Sunday, August 9, 2009

HIBURAN : AHAD 09 OGOS 2009


Marion tangguh kahwin
MARION Rose Caunter. Seindah nama begitu jugalah perjalanan kehidupandan kerjayanya. Ya, siapa yang tidak mahu popular dan berkasih sayangpula dengan orang terkenal.


Serina nikah 1 Januari 2010
RENTETAN perjalanan cinta Serina Redzuawan agak berliku. Cintanyapernah tidak direstui oleh bapanya, tukang masak popular, Chef Wan.


Ini bukan duit Datuk - Haliza Misbun
Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami. Begitulah tajuk filempertama terbitan Big Production, syarikat kedua milik Haliza Misbunyang sudah memulakan penggambaran pada 1 Ogos lalu.

Alahai Melodi
Sitimenerima banyak komen daripada teman-teman mengenai Melodi di TV3minggu lepas. Mereka memberikan komen yang jujur, bukan kerana untukmengenakan Melodi. Siti pun tak berapa terkejut sangat apabila Melodidikatakan telah mengaibkan orang.

Nora Danish - Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
SEJAKkembali aktif dalam lakonannya, Joyah dengar banyak betul tawaran yangditerima pelakon Nora Danish. Iyalah, orang cantiklah katakan danberbakat pula. Siapa yang tahu mahu rebut! Dengarnya sekarang inibanyak masa Nora Danish dihabiskan di lokasi penggambaran. Khabarnyatak menang tangan artis jelita yang seorang ini dengan tawaran kerjayang mendatang.

Suria FM buat dulu - Engku Emran
BARU-BARUini sedang Joyah syok melayari Internet dan membaca beberapa blogkesukaan, tiba-tiba Joyah terjumpa satu blog yang Joyah kenal sangatempunyanya.


Jamal memercik nostalgia
Tiga dekad menyusuri bidang seni bukanlah satu jangka masa yangsingkat. Tidak banyak artis yang mampu memanjangkan laluan mereka dalamseni sebegitu lama. Malah dalam tempoh masa itu juga pelbagai suka danduka melingkari hidup yang menjadi pengalaman amat berharga.


Nasib malang Penelope
PENELOPE Cruz tetap menghadiri pertunjukan Broken Embraces di SomersetHouse, London walaupun beg pakaiannya hilang semasa dalam perjalananmenuju ke tempat berkenaan.


Scarlett sedia jadi Marilyn Monroe
AKTRES berambut blonde, Scarlett Johansson bersedia memegang wataksebagai Marilyn Monroe dalam filem yang diarahkan Simon Curtis berjudulMy Week With Marlin .

Shilpa tidak hormat kuil
DISEBABKANmemakai kasut semasa memasuki kuil dan tidak segera meminta maaf atasperbuatannya itu, pelakon Shilpa Shetty dikecam oleh golongan sami danpenganut Hindu yang lain.


Yoon Eun Hye ada perniagaan sendiri
BINTANGYoon Eun Hye kini berbangga pada dirinya kerana mempunyai perniagaannyasendiri, The House Company yang menganjurkan aktiviti seni dalamindustri hiburan Korea.


Luna Maya diterima keluarga Ariel
LUNA Maya nama yang sudah tidak asing lagi bagi dunia hiburanIndonesia. cantik dan berbakat adalah ungkapan yang sesuai dilayangkankepada seorang artis yang bernama Luna Maya. Mungkin kelebihan inilahyang menambat hati penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel.


Pasha marah Okie lapor polis
TINDAKAN Okie Agustina melaporkan tindakan kekerasan yang dilakukanoleh mantan suaminya Pasha Ungu menimbulkan rasa tidak puas hati Pasha.Pansha menganggap ini hanyalah masalah keluarga dan tidak perludiperbesarkan.


Tak serik bercinta - Sarah
NAMA Sarah Raissuddin kembali disebut-sebut selepas menang bergayadengan meraih tiga pingat emas serta dua pingat perak dalampertandingan seni persembahan dunia (WCOPA) di Hollywood, Los Angeles,Amerika Syarikat baru-baru ini.


Pelukis sepanjang hayat
Melukis adalah kerja sepanjang hayat. Untuk membina nama bukanlah satuperkara yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi," tutur FaizalSidik apabila ditemui baru-baru ini.


Cuba nasib menyanyi - Ainul
Assalamualaikum.


Laluan sukar Maximus
SEMAKIN ramai peminat mengenali kumpulan Maximus yang kini populardengan lagu Biar Mati Cinta Ini dan Katakan Padaku yang selaludiputarkan di radio sejak kebelakangan ini.


Reo Ridza permata Rusdi, Sharon
PENANTIAN sembilan bulan berakhir kira-kira pukul 5.05 pagi, 4 Ogoslalu apabila Reo Ridza Ramli selamat dilahirkan. Bayi seberat 3.05kilogram itu adalah pelengkap rumah tangga pelakon, Rusdi Ramli danisterinya, komposer Sharon Anne Paul Abdullah.








Tubuh grup baru
RAMAI yang mula berteka-teki akan nasib penyanyi bervokal tinggi iniselepas dia keluar daripada kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), Julailalu. Adakah perjalanan seninya akan terus mengalir atau terhenti disitu sahaja?

Rusdi kembali jadi bapa
Mula-mulanya saya takut juga apabila kembali bergelar bapa. Tapi secara semula jadi, pengalaman lama itu datang kembali

Dayang nak cari duit dulu
TANPA sebarang keraguan, Dayang adalah bintang dalam kelas tersendiri.Penyanyi versatil dari Bumi Kenyalang ini sememangnya seorang bintangyang tiada tandingan dari segi stail dan keunikan vokalnya.

Meraikan sang legenda
"JIKA bukan kita sendiri yang memberi, siapa lagi." Sebaris kata-kata itu cukup mengharukan bagi hati yang memahami.

Bosan jadi diri sendiri
PENYANYIdan penulis lirik dengan nama penuh Lenka Kripac menjejakkan kaki diKuala Lumpur pada 1 Ogos lalu. Ia kunjungan kali pertama penyanyiAustralia ini bagi mempromosi album terbarunya, Lenka yang dibawakan TMdan Sony Music dalam rangka Lenka Live in Malaysia.

Duo pemuzik lucu
JERMAINECLEMENT, 35, dan Bret Mckenzie, 33, bergabung untuk mencuba bakat danmenebarkan gelombang persahabatan. Setelah mencetuskan fenomena dinegara asal, New Zealand, mereka ke pusat dunia, New York pula untuktujuan yang sama.

Asheed sudah berpisah
DIVA dapat cerita yang kurang enak tentang penyanyi yang terkenaldengan lagu Merah dan Cinta Sakti, Asheed yang merupakan vokaliskumpulan Def Gab C. Teman Diva yang sekali-sekala muncul di kedai minumkegemaran Diva memberitahu Asheed kini sudah bergelar duda.

Dibela isteri orang
TENGAH malam minggu lalu masa Diva asyik bersantai, seorang teman Divamenelefon. Katanya dia telefon khusus nak beri cerita hangat kepadaDiva. Cerita tentang peserta lelaki sebuah program realiti televisyenyang dibela isteri orang.

Artis mulut jahat
BARU-BARUini Diva makan tengah hari dengan seorang teman wartawan yang tengahpopular. Borak punya borak, teman Diva yang mesra dipanggil S inimelahirkan rasa meluatnya terhadap penyanyi remaja yang tak begituterkenal ini.

Search mengecewakan

SAYA hanya ingin menyatakan kekecewaan saya kepada pihak Search tentangkonsert mereka di Mont Kiara baru-baru ini. Saya dan kawan-kawan sangatkecewa dan berasa rugi menonton konsert tersebut.

Strategi Anis Aneesa
RAMAI kawan Diva yang tertanya-tanya siapa Anis Aneesa? Diva pun padamulanya tak kenal. Rupa-rupanya Anis ini penyanyi. Diva kenal selepasdua kali dia cari publisiti murahan dalam program Melodi. Pertama kalisewaktu dia kata dia dituduh mendera bapa sendiri. Secara jujur, Divafikir, Anis sebenarnya mereka cerita sebab nak popular.

Alahai Vernon
SEJAK Kosmo! mendedahkan satu fakta kontroversi dalam beritanya baru-baru ini, ramai betul yang nak boikot akhbar ini.


Scha tinggalkan Fahrin?
SCHA yang sebelum ini hangat digosipkan dengan Fahrin Ahmad, kinidikhabarkan memilih jejaka kacak dari seberang sebagai teman iaitupelakon, Fauzi Badilla.

Dua kali kahwin dua
MASAdapat berita tentang seorang penyanyi lelaki yang juga terkenal sebagaipelakon ini didakwa sudah berkahwin lagi satu, Diva ketawa saja. Inibukan kali pertama dia kahwin dua.


Ini kekasih Cheryl?
DIVA memang suka dengan keletah pelakon dan pengacara kecil molek,Cheryl Samad. Lakonan dan caranya bercakap memang semula jadi.Kadangkala sewaktu melihat wajahnya di kaca televisyen, Divatertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang dekat dengan diri Cheryl.

Paul Moss kutuk Upin & Ipin
SERIBU alasan atau permohonan maaf belum pasti dapat membasuhketerlanjuran kata yang mengguris perasaan sebilangan besar penonton.





Nur Kasih Remy, Tizz
TERKENAL dengan karya berseni dan cantik menjadikan Kabir Bhatiaantara pengarah yang dikagumi ramai bintang muda. Filem Cinta dan Sepigarapannya menjadi buat mulut dan laras penanda betapa kreatifnya insanseni yang terlebih dulu mencipta nama di Indonesia ini.

Inilah saya
DILAHIRKAN sebagai anak kepada rockers tersohor, Amy Search, sama sekali tidak membuatkan gadis ini megah atau bongkak.

Liku Wana
LEGASI seninya masih jauh. Malah kehadirannya masih belum dirasai.Landasan gelaran juara program realiti My Star LG musim kedua belumcukup kuat baginya bergelar penyanyi.

Kesabaran tinggi
JAM 6 petang, Ifa Raziah dan rombongannya tiba di Studio Finas. Itumasa yang dijanjikan untuk rakaman program Bintang Pujaan bagi slotMuzik Aktif RTM.

Hujan Mencari Konklusi
SELEPAS Bunkface, kini giliran Hujan pula memeriahkan Channel V.Tambah menarik, saluran berkenaan akan menyiarkan klip video Hujanmenerusi lagu berjudul Mencari Konklusi.

Bermula semula
KERJAYA seni Naib Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Rizbagaikan suram. Barangkali, jika tiada single duet bersama Alyah,kemungkinan besar peminat sepi daripada alunan suaranya.

Lirik mahal Nana
DENGAN hanya menghafal lirik, sesiapa saja boleh membawa pulanghadiah hingga RM1 juta. Tidak kira anda suri rumah, tentera, jururawat,pelajar atau apa saja pekerjaan, jika sudah tertulis rezeki itu milikanda pasti pulang dengan senyuman.

Hazami cekal
MUNGKIN ramai tertanya-tanya ke manakah menghilangnya Hazami? Malah,kebelakangan ini lagu dendangannya juga jarang diputarkan stesen radiotempatan. Adakah jejaka ini merajuk atau bosan dengan industri?

Borak Paknil: Prihatin virus H1N1
ASSALAMUALAIKUM! Makin seram pula bila seorang demi seorang gugurmenjadi mangsa Influenza A H1N1, senang cerita ‘selesema babi’. Paknilcukup gerun bila bayi juga menjadi mangsa.

Gayah Gebu: Tiga dara bosan
BARU minggu lalu Gayah membebel mengenai dua artis yang sekarangsemua orang tahu ada hubungan cinta sampai dah bercakap soal kahwin.Minggu ini Gayah terbaca pula mengenai kisah seorang artis dan seorangselebriti yang lebih kurang sama kesnya dengan dua artis berkenaan.

CAK: Kejut guna kaki
KISAH ini dilayangkan khas buat CAK daripada seorang teman yangsudah lama bergiat dalam industri. Dia kasihan dengan nasib bekaspelajar AF7 yang diperlakukan seperti budak hingusan oleh seorangpengurus artis.

CAK: Mazin di ZEE TV
SEJAK Jumaat lalu bermula sesi pencarian pengacara bagi program barudi saluran Zee TV, Bollywood Anchor Hunt. Seramai 20 orang disenaraikandan akan disaringkan ke beberapa orang yang kini berlangsung di Nandos,One Utama, Bandar Utama sehingga jam 6 petang ini.

CAK: ‘Cantik pelamin daripada pengantin’
TERGELAK besar CAK bila dengar cerita mengenai seorang penyanyi danpengacara yang tak sayang mulut. Memang tak dinafikan orangnya peramahdan banyak bercakap, tapi agak-agaklah sikit sebab kadangkala apa yangkeluar dari mulut boleh buat orang terasa hati. Satu hal lagi, tengokjugalah tempatnya.

CAK: Lagi artis kena buatan
MASYARAKAT kita, baik Melayu atau mana-mana kaum, masih tidak lekangdengan mainan ilmu hitam atau makhluk halus. Ramai yang percaya, malahtidak kurang juga yang tidak yakin dengan kewujudan mereka. Apa-apapun,semuanya makhluk Allah.

CAK: Bertemankan air mata
RAMAI juga artis yang berkahwin lebih daripada satu, hidup merekadamai saja. Ikon poligami contoh terdekat kita siapa lagi kalau bukanSalih Yaakob.

CAK: Betul ke Yuna buat hal lagi?
DULU pernah kecoh cerita penyanyi dan komposer baru, Yuna, sukamembatalkan sesi fotografi bersama media pada saat akhir. Macam-macamalasan diberi sampaikan ada yang tidak masuk akal.

Suntikan antarabangsa KRU
KONSEP 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri NajibTun Abdul Razak di abad ke-21 kini diterjemahkan oleh KRU menerusi buahtangan terbaru mereka, filem Merong Mahawangsa berlatarkan abad ke-2.

Kembara Jamal
HAMPIR tiga jam, Jamal Abdillah membuai penonton dalam konsert soloeksklusifnya, Jamal... Kembara Seniman di Panggung Sari, Istana Budaya,malam Selasa lalu.

FILEM: Kehebatan CGI
MELIHAT babak demi babak promosi filem ini, penulis membayangkankarya sutradara Stephen Sommers menerusi GI Joe: Rise Of Cobra sesuatuyang bakal menarik perhatian peminat filem aksi.

FILEM: Akan datang
KABLE adalah juara permainan video yang dimain secara ‘on-line’iaitu Slayer. Bagaimanapun, permainan video berkenaan dilengkapi dengan‘kawalan minda’ di mana pemain akhirnya dikawal oleh pemain lain untuksatu sebab yang menakutkan.

FILEM: Kungfu komedi
SELAIN kisah ‘gangster’, pergaduhan, pembunuhan kejam, Kungfu Tootsie menjadi cerita menarik dan menghiburkan untuk ditonton.

Thomas puas
BEKAS vokalis Matchbox 20, Rob Thomas (RT) berbicara mengenai albumsolo keduanya, Cradlesong yang merangkumi pelbagai aspek, termasukidea, pembikinan dan kelainan yang cuba ditampilkan kali ini.

Sedia sambut Ramadan
SABAN tahun, stesen televisyen di negara ini tidak ketinggalan dalam menyediakan program terbaik untuk penonton sempena Ramadan.

Jarum Emas: Artis veteran ada ‘penjaga’
TIKA kolum ini dicatat, sudah tiga hari saya ada di Kota Kinabalu(KK), Sabah. Jika saya ke sini sejak Rabu, delegasi Festival FilemMalaysia (FFM) Ke-22, khususnya petugas serta seniman dan seniwativeteran, pula berkampung di negeri bawah bayu ini sejak Isnin lalu.

Kumpul dana HIV
SABAN hari, lebih 10 rakyat negara ini disahkan memiliki virus HIV.Malah menurut kajian, ratusan anak kecil yang tidak berdosa turutmenerima nasib malang itu.

Lebih cabaran
LEBIH lasak dan agresif namun masih mengekalkan nilai-nilai tradisi!Itulah kriteria tambahan yang dipilih dalam mencari 12 peserta bagimusim kedua program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 ini. Selain itu,mereka turut diuji dari segi aksi lasak, kebijaksanaan, kreativitiserta mempunyai pengetahuan am.

Kawan 9 mula aktiviti
MALAYSIA kaya dengan makanan. Sebut saja nama makanan, pastinyamudah dicari. Masakan Melayu, Cina, India, barat dan banyak lagi begitumudah dicari, baik di restoran mahupun di gerai sesuai dengan kehidupanrakyat Malaysia majmuk ini. Hanya rasanya saja berbeza.









Serik diasak kontroversi
GANDINGANMemey, 21, dan Sari Yanti, 25, boleh disaksikan menerusi drama online,Mingguan Lelaki di www.gua.com.my, namun kedua-dua artis cantik inimempunyai cerita sensasi berbeza yang pastinya ingin diketahui umum.

'Saya tak buat hubungan sulit'
GARA-GARAkiriman SMS 'Baby, I miss you', berlakulah 'drama swasta' yang tercetusdi luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, baru-baru inimembabitkan pelakon dan penyanyi kumpulan OAG, Radhi Razali, 32, denganisterinya, Shazlin Sharif, 31, yang juga aktres dan bekas penyanyikumpulan Girls In Music (GIM).

Penangan GI Joe!
GOVERNMENTIssue, itu rupanya maksud kependekan GI dalam filem aksi lasak GI Joeyang sudah pun mula menjengah panggung mulai Khamis lalu. Puasdifikirkan selama ini dan rasanya ramai yang tidak tahu, apapunsekurang-kurangnya dapat juga berkongsi sedikit latar belakang mengenaiasal usul koleksi permainan figura aksi terkenal keluaran Hasbro ini.

Cari formula kuatkan jalan cerita filem
FESTIVALFilem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang berakhir di Kota Kinabalu, Sabahsemalam seharusnya dijadikan medan mencari formula bagi memajukan jalancerita sesebuah filem tempatan untuk menjadikannya sesuatu yang luarbiasa tanpa terlalu bergantung kepada aplikasi teknologi.

Peluang rebut RM50,000 hanya dengan satu SMS
HANYAsatu SMS (khidmat pesanan ringkas), anda mungkin peminat bertuah yangakan menerima RM50,000! Kempen Lagu Berduit Suria FM anjuran stesenradio, Suria FM kini menawarkan hadiah wang tunai lebih lumayan.Daripada RM500 dan RM1,000, kini hadiahnya naik berganda kepadaRM50,000.

Misteri Tower 13 di TV3
TIDAKdinafikan, genre seram terus menjadi pilihan penonton tempatan sejakbeberapa tahun kebelakangan ini. Malah, setiap kali drama atau programseram disiarkan di saluran televisyen utama tempatan terutama TV3, iasudah pasti mencatatkan rating penonton yang tinggi.

Lapan jam terapung di laut
PENGALAMANhanyut selama lapan jam yang hampir meragut nyawa apabila bot dinaikikaram di Tanjung Pinang, Indonesia sering membuatkan penyanyievergreen, Ria Resty Fauzy, 43, sedar betapa hidup sebenarnya singkat.Beliau tidak pernah rasa serik untuk meneruskan kerjaya nyanyianbiarpun berdepan dengan seribu satu cabaran.

Ada chemistry!
BAHASAtubuh dan keserasian yang dipancarkan dua penyanyi muda yang sedangmula mencari tapak di persada arena seni muzik tanah air cukup semulajadi. Hampir terpedaya jika tidak diberitakan pertama kali merekabertemu adalah ketika masuk studio untuk menyempurnakan single terbaruShamsul Hirdy Muhid, 24, atau lebih senang di sapa Diddy Hirdy berjudulBiar Diddy Sambung.

Bimbang peminat fanatik
MEREKAmasih muda, perjalanan kerjaya masih hijau, namun kadang kala penyanyiremaja, Aliff Aziz, 18, dan Alif Satar, 19, kebingungan dengan gelagatpeminat fanatik mereka. Dua remaja yang dilahirkan nama sama itumempunyai pengalaman pahit, manis dengan peminat yang mengilai mereka.

Tak timbul soal singkir Dynas, Zulhuzaimy
WANIntan Edrinaz Wan Mokhtar (Dynas) tidak pernah disingkirkan dari ImpakMaksima - The Musical tetapi cuma direhatkan dari pementasan keduanyayang dijadualkan berlangsung di Esplanade, Singapura bermula 17 hingga18 Oktober ini.

Berpantang maut sebelum ajal
"NASIBbaik kami tukar hotel penginapan. Jika tidak, tentu kami sudah jaditajuk berita," demikian kata Penerbit Eksekutif Noradz Productions,Fazreen Abdul Wahab, yang nyaris maut dalam tragedi pengeboman Hotel JWMarriot di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Diana Amir bersama kekasih & isu pinggul Rempt-It V3
APABILAterpandang wajah comel Diana Amir, 23, dalam sebuah majalah hiburanbaru-baru ini, terdetik di dalam hati, siapa dia ni? Zubir tak pernahnampak atau dengar namanya sebelum ini. Adakah dia penyanyi, pelakon,pengacara, penyampai radio atau sekadar model penghias majalah?

Finalis bintang realiti 'ratu arak & lesbian'
TERBELIAKbiji mata Zubir apabila menerima dua set e-mel daripada 'sumber beranimati' yang tidak pernah jemu menyalurkan maklumat dan foto sensasiuntuk dihebahkan menerusi ruangan ini.

Epik Merong Mahawangsa misi KRU tawan dunia
DENGANkos penerbitan RM8 juta, Hikayat Merong Mahawangsa muncul sebagai filemtermahal kedua tempatan selepas Puteri Gunung Ledang (PGL) terbitanEnfiniti Productions, lima tahun lalu, yang belanjanya dikatakanmencecah RM14 juta.

Sekadar boleh menyanyi
TIDAKadil jika kita mengharapkan sesuatu yang terlalu sempurna dari seoranganak seni yang pada dasarnya bukan seorang penyanyi yang baik, biarpunSaiful Azam atau lebih kita kenali dengan panggilan Saiful Apek, 39,memang boleh menyanyi.

Papita, Seniman bantu artis penagih dadah
BERITAmengenai masalah penyalahgunaan dadah di kalangan artis tempatanmenjadi tajuk utama kebanyakan akhbar utama tempatan pada 4 Februari1991 selepas ia didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk SeriMegat Junid Megat Ayub ketika itu.

NSR dakwa Ilyka kurang cerdik
KONTROVERSIberterusan yang ditimbulkan oleh penyanyi terkenal, Ilyka atau namasebenarnya, Zuraila Mohd Yassin, dianggap syarikat rakamannya, NewSouthern Records (NSR) sebagai tindakan kurang cerdik, malah lebihdilihat sebagai usaha mencari publisiti murahan.

Sofea Jane jadi artis rakaman
SELEPASberjaya mencipta nama di pentas peragaan dan layar perak, tiba giliranSofea Jane mempertaruhkan bakatnya sebagai penyanyi apabila dilamarsyarikat rakaman, Dangaroos Sdn Bhd, milik Nasir Daud yang juga pemaingitar bass kumpulan rock terkenal tempatan, Search.

Shima tak kisah menjanda pada usia muda
HAMPIRdua tahun bersendirian selepas berpisah dengan bekas suaminya, SatimanIsmail pada Februari 1993, Ku Nazhatulshima Ku Kamarulzaman atau lebihdikenali sebagai Shima, mengakui masih belum menemui cinta baru, malahselesa hidup menjanda.

Hidup Erema semakin tertekan
HIDUPtak selalunya indah, ada ketika diuji dengan dugaan yang memilukan.Begitulah berlaku kepada penyanyi Erema. Raja terkedu mendengar Eremamenangis teresak-esak di talian ketika menghubunginya lewat petang Rabulalu. Sekadar ingin bertanya khabar, cerita lain pula yang Raja dengar.

Pelakon, pengarah berpeluk?
KALAURaja sebut nama pelakon seorang ini, rasanya seantero Malayamengenalinya. Malah sejak dulu, si pelakon memang terkenal dengan sikapcerewet, garang dan bengis ketika bekerja.

Alam Maya: 45 minit paling berharga bersama Yasmin
ASSALAMUALAIKUM.Diharap semua pembaca B*Pop sihat dan bahagia bersama keluarga sertateman-teman. Semoga anda dapat berehat dan bersantai sepenuhnya padapagi Ahad ini. Takziah saya sampaikan kepada keluarga AllahyarhamahYasmin Ahmad di atas pemergian beliau baru-baru ini.

Diddy Hirdy & Wangi : Ada chemistry!

Ada chemistry!

Oleh Suzan Ahmad



Peminat boleh kata apa saja tetapi jangan sampai tunangan Diddy Hirdy marah

BAHASA tubuh dan keserasian yang dipancarkan dua penyanyi muda yang sedang mula mencari tapak di persada arena seni muzik tanah air cukup semula jadi. Hampir terpedaya jika tidak diberitakan pertama kali mereka bertemu adalah ketika masuk studio untuk menyempurnakan single terbaru Shamsul Hirdy Muhid, 24, atau lebih senang di sapa Diddy Hirdy berjudul Biar Diddy Sambung.

Boleh diterima akal memandangkan si bunga berasal dari tanah seberang (Indonesia) manakala si kumbang pula anak jati Kuala Lumpur.

“Terus terang Diddy katakan, pertama kali kami bertentang mata dan bertegur sapa adalah di studio sewaktu merakamkan single ini pertengahan Jun lalu. Memang kami agak malu-malu pada mulanya. Maklum selama ini hanya mengenalinya menerusi pembacaan dan cerita teman. Ternyata Wangi seorang yang cukup menghormati orang biarpun usia kami tidak pun banyak beza,” jelasnya yang mengakui semakin mereka mesra semakin terserlah sikapnya yang periang dan gila-gila.

Idea menampilkan Wangi dalam single nyanyian Diddy dicetuskan komposer, penerbit juga anggota Fabulous Cats, Cat Farish yang juga pencipta sepenuhnya lagu Biar Diddy Sambung. Merehatkan sebentar kerjaya lakonan ternyata membuktikan keutamaan terhadap nyanyian yang sekian lama berakar umbi.

“Lakonan perlu direhatkan buat sementara memandangkan sekarang ini dua projek membabitkan muzik bergerak serentak. Pertamanya album solo berkonsep modern pop yang membabitkan komposer seperti Aizat, Nurfatimah dan Audi Mok dan keduanya projek album duet yang masih berjalan dan dalam peringkat mengumpulkan bahan secukupnya,” kata anak muda itu.

Kelibat Diddy dalam bidang lakonan diakui cukup variasi dan dinamik. Jika dalam Rebab Tidak Bertali, artis yang pernah tampil dengan album Selembut Sutera dan Gadis ini membawa watak pemuda Kelantan yang pandai bermain Rebab dan bercakap dalam loghat Kelantan, Kasih Bebunga Lalang pula memerlukan pembawaan karakter yang emosi dan berat. Selain itu, Diddy turut membintangi Serakah Rashid, Otai (bual bicara), Sukun (semi-komedi) dan Jelma drama online yang sedang disiarkan di Gua.com.my

Jika Diddy Hirdy dibongkar bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia, Wangi pula atau Wangi Julianda Indra Meida, 19, pernah menyertai Indonesia Idol. Gadis lincah kelahiran Bandung ini juga rela untuk bercuti seketika daripada pengajian dalam bidang pengurusan selama setahun di Universitas Padjajaran semata-mata untuk mengejar cita membina nama dalam bidang nyanyian.

“Sebelum rakaman single ini bermula, Cat sudah lama memperdengarkan kepada saya. Cat minta saya karang sedikit kata-kata dan nada-nada yang masuk dengan melodi lagu mungkin kerana itu proses rakaman tidak rumit dan berjalan lancar,” ceritanya yang diam tak diam sudah enam bulan bersama The Fabulous Cats.

Hasilnya, gandingan Diddy Hirdy menampilkan Wangi menerusi Biar Diddy Sambung mendapat sambutan cukup membanggakan selepas hanya beberapa minggu dimainkan di stesen radio tempatan dan sudah pun mula mendaki carta muzik popular stesen radio swasta tanah air.

Dalam pada kerjaya seninya menunjukkan graf yang positif, sebagai anak rantau Wangi akui, bukan mudah bagi keluarga untuk melepaskan anak gadis sepertinya berdikari dan mencari hala tuju diri di negara orang. Kerana itu juga, Wangi sering berulang alik ke kampung halaman sekali sebulan atau paling tidak pun, orang tuanya akan datang berkunjung setiap kali rindu menebal.

“Memang pada mulanya agak sukar untuk berjauhan dari keluarga, tetapi sekarang syukur saya pun menetap dengan rakan senegara yang sedang menuntut di sini, jadi lebih selesa,” jelasnya yang sedang memikirkan untuk menyambung pengajian di sini saja jika keadaan mengizinkan.

Ditanya mengenai perancangan kerjayanya, selepas Aidilfitri nanti, Fabulous Cats akan tampil dengan single terbaru album ketiga mereka Fabulous City yang berjudul Cinta Kosmik. Jika tiada halangan pihaknya bakal mempromosikan single dan album ini di Malaysia dan juga Indonesia.

Ditanya mengenai kemesraan yang semakin terserlah di antara Wangi dan Diddy sejak terbabit dalam kerjasama itu, jawab Wangi ringkas sambil menjeling Dinddy dan ketawa, "Peminat boleh mengatakan apapun, tapi jangan sampai tunangan Diddy marah nanti ya."

Sari Yanti & Memey : Serik diasak kontroversi

Serik diasak kontroversi

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my



Sari Yanti dituduh hipokrit apabila tidak bertudung, Memey pula digelar perigi mencari timba gara-gara mengaku sedia bergelar isteri kepada Norman Hakim

GANDINGAN Memey, 21, dan Sari Yanti, 25, boleh disaksikan menerusi drama online, Mingguan Lelaki di www.gua.com.my, namun kedua-dua artis cantik ini mempunyai cerita sensasi berbeza yang pastinya ingin diketahui umum.

Memey dilabel perigi mencari timba gara-gara kenyataannya bersedia mengahwini Norman Hakim, manakala Sari artis hipokrit apabila bertudung dalam drama, tapi penampilannya di luar dikatakan agak seksi!

Nama Memey meledak panas selepas dicekup kerana disyaki berkhalwat pada awal pagi 30 Oktober lalu bersama aktor popular, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 33, oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pejabat pelakon lelaki itu di Ukay Perdana, Selangor.



Justeru, industri hiburan terus bergegar gara-gara kontroversi panas itu sehinggalah membawa kepada perceraian Norman dengan isterinya, Abby Abadi, 32, pada 18 Disember lalu apabila pasangan pelakon Gerak Khas itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Kini, selepas 10 bulan peristiwa hitam itu berlalu, akhirnya Memey membuat pengakuan kepada beberapa media massa, dia bersedia mengahwini Norman Hakim, sekalipun belum pernah serius merancang ke arah itu.

"Tapi, buat masa ini, kami belum berbincang soal kahwin lagi. Namun, sebagai wanita bujang, sudah pasti saya mengharapkan hubungan saya dan Norman berakhir dengan perkahwinan suatu hari nanti," kata Memey sebelum ini.

Ekoran kenyataan itu, Memey terus dilabel umpama perigi mencari timba apabila Norman menganggap apa yang dikatakan Memey adalah berkaitan harapan menamatkan hubungan mereka di gerbang perkahwinan sebagai luahan hati dan naluri seorang wanita, sebaliknya buat masa terdekat, dia memang belum ada perancangan untuk menamatkan zaman duda, tetapi tidak menafikan hubungan dengan Memey adalah intim.

“Memang tidak dinafikan, hubungan saya dan Norman ketika ini intim. Saya seperti pasangan lain, pastinya mengharapkan perhubungan ini berakhir dengan perkahwinan. Secara umum maksud saya begitu, tapi dalam masa terdekat, saya belum bersedia bergelar isteri memandangkan faktor usia yang terlalu muda, selain perjalanan seni yang masih jauh dan berliku.

“Akhirnya saya diberitahu, orang melabel saya perigi mencari timba. Itulah sebabnya saya tak gemar buat kenyataan yang lain sikit, pasti ada pihak yang buat spekulasi dan saya dihentam bertubi-tubi! Namun, saya pernah berdepan isu yang lebih dahsyat, tuduhan berkhalwat apabila semua pihak menghentam saya dari setiap ruang. Tapi, hentaman itulah yang menjadikan saya kuat dan berfikiran lebih matang,” kata Memey tanpa berselindung.

Entah apa malangnya nasib Memey dirinya terus dibenci, tahap menyampah masyarakat terhadapnya ditunjukkan secara terang-terangan menerusi sebuah laman web hiburan yang menyediakan carta bar menampilkan tahap kebencian orang ramai terhadap golongan artis atau selebriti apabila Memey menduduki tangga kedua dengan peratusan undian sebanyak 22 peratus!

“Saya sedar, apabila berlakunya insiden tuduhan berkhalwat, saya dicaci, dihina dan dilabel perosak rumah tangga orang! Sebenarnya saya sudah serik dengan apa yang pernah berlaku. Sudah banyak air mata yang mengalir dan berpuluh kali saya memohon kemaafan. Namun, jika masih ada yang membenci, saya reda. Pun begitu, saya tidak pernah jemu memohon kemaafan daripada masyarakat,” katanya jujur.

Tak layak jadi Puteri Aurora?

TERBARU, Memey menjayakan drama bersiri 20 episod untuk slot Lagenda TV3, Puteri Aurora Beradu. Drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd ini mendapat sentuhan Fairuz Loy sebagai pengarah dan mula disiarkan sejak 21 Julai lalu. Memey memegang watak utama sebagai Puteri Aurora bergandingan dengan Iqram Dinzly, Rozita Che Wan, Eizlan Yusof dan Norish Karman.

Ada cakap-cakap yang mempertikaikan Memey tidak layak membawakan watak Puteri Aurora yang dipotretkan sebagai seorang yang berpekerti mulia.

“Itu pandangan segelintir pihak yang masih membenci saya, tapi saya tetap berasa bangga kerana maklum balas yang saya terima, drama berkenaan mendapat sambutan membanggakan,” katanya lagi.

Diterjah dengan soalan sensitif, khabarnya bekas isteri Norman, Abby Abadi masih mengganggu kehidupan Memey. Ketika ditanya, Memey berkata, “Ia sekadar desas-desus, saya harap janganlah ada lagi pihak yang cuba menyimbah minyak ke dalam api. Biarlah saya berpeluang meneruskan kehidupan dengan aman.”

Ketika diusik bahawa ada yang mendakwa screen saver pada permukaan telefon bimbitnya memaparkan gambar dia bersama Norman, Memey yang berturut berlakon dalam Khatan dan Cinta Balkish untuk slot Akasia TV3 itu berkata, “Dah namanya pun kami menjalin hubungan intim, justeru apabila ada gambar kami di permukaan telefon bimbit saya, ia bukan sesuatu yang luar biasa. Cukup-cukuplah dengan spekulasi yang sedia ada, janganlah ditambah bara di dalam dada.

Norman dan Memey tidak mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat apabila perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Salehudin Yatim bersambung pada 28 Ogos ini.

Tegur tanda sayang

SEMENTARA itu, Sari Yanti menempa populariti selepas drama bersiri Kisah Kaisara musim pertama dan kedua meledak di TV3. Kini, musim ketiganya terus bersiaran tetapi kali ini menerusi TV9 setiap Rabu jam 9.30 malam.

Baki penggambaran Kisah Kaisara musim ketiga dijadualkan bermula sekitar Oktober, namun kali ini bukan untuk siaran TV, sebaliknya boleh diikuti menerusi laman web Kotex iaitu www.kotex.com.my

Sari melakonkan watak budak sekolah berusia 16 tahun bernama Kaisara, seorang yang bertudung dan berpakaian sopan. Kini, selepas berumah tangga, Sari masih memegang watak yang sama. Justeru, nama Sari dan Kaisara begitu sinonim di kalangan remaja dan kanak-kanak, sekali gus dia boleh dianggap role model.

Pun begitu, penampilan Sari menerusi drama berkenaan dengan kehidupannya di luar set penggambaran, jauh berbeza. Daripada seorang yang bertudung dan berbaju kurung dalam Kisah Kaisara, Sari menjalani kehidupan sebenarnya tanpa tudung dan pakaiannya boleh dikategorikan agak seksi. Justeru, tak semena-mena Sari dilabel hipokrit atau cakap tak serupa bikin!

“Watak Kaisara di dalam drama berkenaan hanya ciptaan semata-mata. Apabila orang terpegun, percaya dengan Kaisara, alhamdulillah, watak yang saya bawakan itu menjadi. Apabila saya ditawarkan sebagai Kaisara yang perlu memakai tudung, saya terima kerana wataknya ringan, lagipun budak-budak pun suka. “Apabila saya menyertai road tour Kisah Kaisara, budak-budak tak pernah bertanya apabila melihat saya tanpa tudung, sebaliknya orang dewasa yang bertanya kenapa saya tak pakai tudung? Bagi saya, baguslah orang beri nasihat. Saya memang ada terfikir nak pakai tudung, tapi buat masa ini, saya belum bersedia. Apabila orang tegur, itu menandakan mereka sayang pada kita, supaya kita berubah kepada kehidupan yang lebih positif.

“Justeru, jangan samakan watak saya di dalam drama dengan kehidupan seharian. Saya memang tak pakai tudung. Lagipun Kaisara bukan Sari dan Sari bukan Kaisara. Mungkin dari segi pakaian dan penampilan, saya bukan contoh terbaik, namun apa yang saya tutur dan budi bahasa, sekurang-kurangnya boleh dijadikan contoh oleh kanak-kanak.

“Namun, dalam berpakaian, saya sering mengawal keadaan supaya tidak keterlaluan. Saya akan memastikan pakaian yang disediakan tidak terlalu seksi, orang kata berpada-pada. Saya memulakan kerjaya sebagai model iklan, kemudian diminta jadi budak sekolah. Lagipun bukan setiap hari saya berpakaian begitu, saya seorang yang simple dan sedar status sebagai isteri, saya perlu menjaga nama baik suami,” jelasnya panjang lebar.

Info Memey

NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi

TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988

ASAL: Kota Tinggi, Johor

KELUARGA: Anak ketiga daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Tenggaroh A, Kota Tinggi

DRAMA: Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda Kuala Lumpur, Mabuk Estrogen, Tragedi Oktober, Lara Rindu Mahsuri dan Farah Syakirah

FILEM: Dimensi Cinta

PENGACARAAN: Diari Anak Seni



Info Sari Yanti

NAMA PENUH: Sari Yanti Mohamad Nazari

TARIKH LAHIR: 9 November 1984

ASAL: Kuala Pilah, Negeri Sembilan

KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik

PENDIDIKAN: Diploma Perniagaan dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten)

KOMERSIAL: Hotlink, Kentucky Fried Chicken (KFC), Kotex, Parmolive dan Sunsilk

DRAMA: Kisah Kaisara 1, 2 & 3, Sofea Zahra, Lima, Gadis Merah Jambu, Secebis Doa, Cempaka Aleesya dan 3 Dara Latah

FILEM: Impak Maksima dan Hooperz

Isteri Radhi OAG : 'Saya tak buat hubungan sulit'

'Saya tak buat hubungan sulit'

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

Shazlin Sharif

Shazlin akui pertengkaran dengan Radhi OAG di luar mahkamah mengaibkan

GARA-GARA kiriman SMS 'Baby, I miss you', berlakulah 'drama swasta' yang tercetus di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, baru-baru ini membabitkan pelakon dan penyanyi kumpulan OAG, Radhi Razali, 32, dengan isterinya, Shazlin Sharif, 31, yang juga aktres dan bekas penyanyi kumpulan Girls In Music (GIM).

Radhi mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan bekas suami seorang aktres yang pernah berlakon dengannya dikenali sebagai Izat.

Perang mulut itu juga disaksikan wakil media massa yang memenuhi kawasan luar mahkamah apabila sebelum itu kedua-duanya akur dengan keputusan Hakim Syarie, Ghazali Ahmad yang menerima sumpah syarie yang dibuat Radhi bagi menafikan dakwaan dia menceraikan isterinya pada 15 September 2008, lalu mengesahkan Radhi dan Shazlin masih pasangan suami isteri yang sah.

Pun begitu, peguam Shazlin, Noorafizah Abdul Azis memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan perceraian kali kedua yang berlaku 25 Februari lalu menerusi telefon.

Shazlin ketika ditemui malam Jumaat lalu di Bangsar, Kuala Lumpur nekad menuntut perceraian daripada Radhi apabila mengakui hatinya ketika ini sudah tertutup rapat untuk suaminya itu, sekali gus tidak mampu meneruskan ikatan rumah tangga mereka. Namun, sepanjang perbualan itu, Shazlin selagi boleh mahu menutup pekung perkahwinan mereka dan memelihara aib suaminya itu. Tapi, Shazlin ada sesuatu untuk dikongsi bersama.

"Apabila mahkamah memutuskan kami masih suami isteri, jujurnya memang saya berat menerima keputusan itu, namun saya reda dan menghormati keputusan mahkamah. Tapi, saya akan tetap meneruskan permohonan pengesahan perceraian kali kedua yang berlaku 25 Februari lalu menerusi telefon apabila Radhi ada melafazkan kata-kata ‘aku ceraikan kau dengan talak tiga terus.’

Selepas mendengar keputusan mahkamah, berlaku sedikit kekecohan di perkarangan mahkamah apabila Radhi mendapat tahu, tak tahu siapa sumbernya, mendakwa saya ada hubungan sulit dengan bekas suami seorang aktres dikenali sebagai Izat. Aktres itu pernah berlakon dengan Radhi dalam filem Antoo Fighter, Amukan Drakulat.

Saya tak nafikan, memang saya mengenali Izat. Kami memang berkawan. Tapi, perhubungan kami tak lebih daripada seorang kawan, jauh sekali bercinta! Saya tak nafikan kami pernah keluar makan, tak kiralah beramai-ramai mahupun berdua. Tapi, kalau keluar berdua sekalipun, perhubungan kami tetap sebagai kawan, bukan pasangan kekasih.

Justeru, apabila Radhi mengetahui perhubungan kami, dia marah. Saya pula tak dapat menerima kemarahannya kerana saya tahu, perkara yang disangkanya itu tak benar. Tuduhan yang dilemparkan Radhi, tak pernah berlaku. Saya kecewa apabila Radhi menghebahkan perkara itu, tapi saya tak mampu berbuat apa-apa, kita tak boleh tutup mulut orang.

Mungkin tuduhan yang dilemparkan Radhi, faktanya sudah ditokok tambah, kita tak tahu, justeru ia pasti mendatangkan kemarahannya. Sekiranya ada pihak ketiga yang bercerita kepada Radhi, hubungan saya dan Izat mesra, itu adalah haknya, saya tak mampu tutup mulut orang. Kebenaran ceritanya bukan begitu. Justeru, itu adalah punca pertengkaran kami di luar mahkamah tempoh hari.

Radhi juga mendakwa dia ada bukti SMS ‘Baby, I miss you’. Menurutnya, dia pernah tengok SMS berkenaan. Nak kata I miss you kepada boy friend, saya tak ada boy friend. Seingat saya, memang saya pernah hantar SMS berkenaan kepada seorang kawan, tapi tak ada perkataan baby. Jarang kita panggil kawan lelaki baby (ketawa). Hanya I miss you kepada kawan, maksudnya rindu sebab lama tak jumpa, lama tak lepak sama.

Saya pun dah tak ingat SMS itu saya hantar kepada kawan yang mana satu, saya ada ramai kawan lelaki, kawan perempuan pun ramai. Kawan-kawan ambil berat pasal saya. Jadi, apabila dah lama tak bertemu mereka, saya hantarlah SMS macam tu, bukannya I miss you nak peluk cium! Justeru, apabila maksud I miss you itu disalahertikan, lagilah menambah kemarahan Radhi kepada saya.

Lagipun antara saya dan Radhi dah lama tak berjumpa, lama tak bermanja, jadi apabila mendapat tahu saya ada mengirimkan SMS berkenaan kepada orang lain dengan maksud berbeza, mungkin dia rasa tercabar. Bagi saya, memang tak ada hubungan istimewa dengan sesiapa termasuklah Izat sebab semuanya kawan semata-mata.

Tuduhan Radhi, saya menggunakan alasan hubungan sulit dan sudah ada pengganti, justeru ingin meminta cerai daripadanya, itu sama sekali tidak benar. Macam mana nak ada pengganti, saya memang tak ada teman lelaki istimewa. Lagipun saya tahu, status diri saya macam mana, jadi saya tak boleh menjalin hubungan serius dengan sesiapapun. Jadi, sesiapa yang nak berkawan dengan saya, apa salahnya kalau kawan semata-mata?”

'Saya tak mahu bersikap hipokrit'

"SEBENARNYA hati saya buat masa ini sudah tertutup rapat untuk Radhi. Terus-terang, saya dah tak boleh meneruskan kehidupan berumah tangga dengannya. Saya tahu, Radhi masih menyayangi saya, sebab itu dia keberatan nak melepaskan saya. Saya juga pernah menyintai dan menyayangi Radhi suatu ketika dulu, tapi sekarang ini saya tak mampu meneruskannya.

Selepas empat tahun saya memberinya peluang berkali-kali untuk menambah keharmonian rumah tangga kami, tapi akhirnya dia gagal berubah. Saya kecewa dengan situasi berkenaan. Jalan sebaiknya saya ambil keputusan untuk berpisah saja. Namun, sebab utama saya meminta cerai daripadanya, biarlah kami berdua saja yang tahu. Punca terperinci kenapa, saya tak boleh menghebahkannya. Ini rahsia rumah tangga kami.

Memang buat masa ini hati saya tertutup untuk Radhi, tapi untuk masa akan datang, saya tak mampu meramal, manalah tahu tiba-tiba hati saya berubah dan menerimanya kembali. Lagipun saya tak mahu bersikap hipokrit. sekiranya Radhi ingin meneruskan perkahwinan ini, apabila saya turuti kemahuannya, tapi sekadar lakonan dan menyayanginya secara berpura-pura, selain terus makan hati dengan sikapnya, nak buat apa?

Andai perasaan cinta dan sayang hanya di pihak Radhi, saya pula sebaliknya, lebih baik saya minta cerai daripada terus hidup dalam kepura-puraan. Bagi saya, jodoh kami sudah sampai ke hujung jalan. Justeru, permohonan pengesahan perceraian kali kedua ini, saya mengharapkan ia dapat dilaksanakan secara aman, tak perlulah lagi nak kecoh-kecoh dan bergaduh di depan orang ramai.

Saya malu apabila krisis rumah tangga kami menjadi tatapan di dada akhbar dan stesen TV. Saya ada keluarga, mana nak letak air muka mereka? Artis dan selebriti lain pun bercerai juga, tak kecoh pun. Sekadar mengambil contoh, Nora Danish dan Rizal misalnya, mereka berpisah secara aman, tak pernah menuding jari kepada mana-mana pihak dan antara mereka tak pernah memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Jadi, permohonan pengesahan perceraian kali kedua ini, saya juga mengharapkan keadaannya jadi begitu. Harap-harap Radhi dapat menerima kenyataan, antara kita jodoh tak panjang, seterusnya dia dapat melepaskan saya dengan hati dan fikiran terbuka. Kita dah tak boleh jadi suami isteri, tapi saya tetap menerima kenyataan, Radhi adalah ayah Muhammad Rifdhi, hubungan itu tak akan putus sampai bila-bila.

Radhi akan tetap menjadi sebahagian daripada hidup saya sebagai ayah Rifdhi dan insya-Allah kami akan terus menjadi kawan yang boleh berkongsi masalah. Manalah tahu pada masa akan datang Radhi ada masalah, saya ada masalah, kita boleh bercerita. Saya tak mahu ada rasa sakit hati antara satu sama lain apabila sudah berpisah nanti. Biarlah kita membawa diri dengan haluan masing-masing. Apa yang berlaku semuanya dugaan Tuhan.

Saya rasa Radhi tahu tanggungjawabnya sebagai seorang ayah, tak perlulah saya mendedahkan di sini keburukan diri masing-masing. Harap-harap dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Saya yakin, Radhi memahami apa yang cuba saya sampaikan di sini. Tak perlulah saya membuka pekung rumah tangga kami, nanti yang malu bukan orang lain, kita juga.

Jujurnya saya lebih senang begini (hidup sendiri). Kehidupan saya lebih gembira. Sekalipun saya tak aktif lagi menyanyi dan berlakon, sekurang-kurangnya saya ada pekerjaan tetap. Sekiranya Radhi melepaskan saya, saya kembali kepada status solo, mungkin saya akan bertemu jodoh dengan orang lain, Alhamdulillah."

Info Shazlin

NAMA PENUH: Shazlin Sharif

TARIKH LAHIR: 18 Jun 1978

ASAL: Petaling Jaya, Selangor

KELUARGA: Anak sulung daripada empat beradik

KOMERSIAL: Nissan, Boh, Ginvera dan DiGi

ALBUM: GIM, sertai kumpulan Girls In Music (GIM) pada 1998

DRAMA: Kereta Baru dan Kisah Benar

FILEM: Cinta

TARIKH NIKAH: 1 Januari 2005

NAMA SUAMI & ANAK: Mohd Radhi Razali & Muhammad Rifdhi Muslim, 4 tahun

PROFESION KINI: Petugas firma guaman di Petaling Jaya, Selangor

Penangan GI Joe!

Penangan GI Joe!

Oleh Suzan Ahmad

Antara pelakon utama dalam GI Joe-The Rise of The Cobra.

Info

FILEM: G.I Joe - The Rise of The Cobra

PENGARAH: Stephen Sommers

PELAKON: Channing Tatum, Sienna Miller, Marlon Wayans, Dennis Quaid, Ray Park, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Said Taghmoui dan Rachel Nichols.


GENRE: Aksi/ Sains fiksyen

MULA TAYANG: 7 Ogos 2009

GOVERNMENT Issue, itu rupanya maksud kependekan GI dalam filem aksi lasak GI Joe yang sudah pun mula menjengah panggung mulai Khamis lalu. Puas difikirkan selama ini dan rasanya ramai yang tidak tahu, apapun sekurang-kurangnya dapat juga berkongsi sedikit latar belakang mengenai asal usul koleksi permainan figura aksi terkenal keluaran Hasbro ini.

Bukan hendak memandai (maklum yang minat permainan begini majoriti budak lelaki) tapi melalui pembacaan, musuh ketat pasukan GI Joe ini dipanggil Cobra Command. Dan hakikat itu membawa penulis dan penonton kepada satu kesimpulan bahawa filem ini pasti ada kesinambungannya – The Rise of The Cobra.

Untuk menandingi kemampuan dan keupayaan filem musim panas berkelas mega, Transformers: Rise of The Fallen mungkin masih jauh terutama dari segi impak promosi serta penjenamaan, begitupun sekurang-kurangnya dari segi visual dan koreografi aksi lasaknya, kita masih boleh nampak dan faham apa yang menghentam apa dan siapa yang dihentam dan menghentam.

Hendak buat penonton ternganga dengan kesan khas janaan komputer grafik (CGI) yang maha canggih memang boleh, tapi kalau tidak diperincikan visualnya, tidak guna juga. Di situ letak kekuatan filem ini yang berlatar naratif cukup ringkas dan mudah difahami biarpun penulis akui penonton yang pernah membesar dengan karakter figura aksi begini selain khalayak yang dahagakan filem aksi mantap penuh teknologi dan visual definisi tinggi yang akan tenggelam dan terus layan dengannya.

Apa yang pasti, khalayak yang lapar dan dahagakan filem aksi fiksyen sains begini pasti akan kenyang kerana seawal babak pertama lagi letusan, dentuman dan adegan pertarungan cukup padat. Sesekali seperti nafas tersekat-sekat dek impak bunyi yang cemerlang. Cuma perlu diingatkan, kanak-kanak bawah 13 tahun perlukan pengawasan ibu bapa jika teringin untuk menontonnya, faham sajalah walaupun adaptasi daripada karakter permainan elemen komersil dan sensasi pasti tidak dilupakan.

Stephen Sommers nyata bijak menyuntik elemen kedewasaan dalam naratif dan plot GI Joe memberikannya satu keseimbangan. The Rise of The Cobra antara lain mengisahkan dua anggota tentera darat elit Amerika Syarikat, Duke (Channing Tatum) dan Ripcord (Marlon Wayan) yang diserang hendap sewaktu diberi tanggungjawab untuk mengiringi penghantaran senjata nuklear berteknologi tinggi mengandungi ‘nanomites’ – robot mikroskopik yang mampu memusnahkan apa saja di muka bumi. Bekas teman wanita Duke, Ana (Sienna Miller) mencuri senjata berkenaan sekali gus cuba menghapuskan Duke dan Ripcord. Namun cubaan itu gagal apabila mereka diselamatkan Alpha Team, GI Joe sebuah kumpulan askar yang sangat elit dan sulit, dianggotai pahlawan ala ninja Snakes-Eyes (Ray Park); pakar persenjataan Heavy Duty (Adewale Akinnuoye-Agbaje), pakar teknologi Breaker (Said Taghmaoui) dan pakar senjata panah Scarlett (Rachel Nichols). Melihatkan ketangkasan Duke dan Ripcord, Team Alpha terus menawarkan mereka untuk menyertai GI Joe dengan mengunjungi The Pit, pusat latihan GI Joe diketuai General Hawk (Dennis Quaid).

Selainnya, penulis rasa penonton sendiri boleh mengagak bagaimana penyatuan antara Duke, Ripcord dan Alpha Team dalam usaha mengembalikan nanomites bakal memberikan impak. Bak kata orang putih ‘action speaks louder than words’.

Apapun macam rugi pula rasanya apabila aktres berkelas A seperti Sienna Miller dan Channing Tatum diletakkan dalam filem aksi yang karakternya tidak banyak bermain dengan emosi.

Cari formula kuatkan jalan cerita filem

Cari formula kuatkan jalan cerita filem

Oleh Hardi Effendi Yaacob



Produser filem elak bergantung dengan teknologi canggih hingga abaikan kualiti karya

FESTIVAL Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang berakhir di Kota Kinabalu, Sabah semalam seharusnya dijadikan medan mencari formula bagi memajukan jalan cerita sesebuah filem tempatan untuk menjadikannya sesuatu yang luar biasa tanpa terlalu bergantung kepada aplikasi teknologi.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata komponen utama dalam memastikan sesebuah filem itu berjaya bukan terletak pada teknologi pembikinan semata-mata, sebaliknya jalan cerita yang dihasilkan.

“Filem bukan mesin tetapi suatu karya seni yang harus bercerita dengan sendirinya. Orang Mongolia boleh berbangga dengan filem mereka, begitu juga Thailand. Jika kita bercakap fasal teknologi seperti CGI (Imej Janaan Komputer) dan sebagainya, mereka lebih dulu menggunakannya daripada kita.

“Mengapa filem mereka boleh berjaya di negara sendiri dan peringkat antarabangsa. Semuanya sebab jalan ceritanya kuat dan menarik. Kenapa harus dibanggakan sangat penggunaan CGI dan teknologi penggambaran lain sedangkan aspek yang harus dititikberat ialah jalan cerita,” katanya.

Katanya, di mana-mana saja industri perfileman di seluruh dunia, hampir semua teknologi penggambaran yang digunakan adalah sama tetapi yang membezakan sesebuah filem itu ialah jalan ceritanya.

“Itu yang membezakan filem kita dengan negara lain. Penggunaan teknologi tidak sepatutnya dijadikan kayu pengukur sama ada filem kita bagus atau tidak. Sebab itulah, dalam mana-mana festival (filem) pun, penilaian lebih bertumpu kepada jalan cerita atau screenplay, bukannya teknologi.

“Lagipun, kita bukan bercakap fasal persaingan teknologi di sini. Malah, kebolehan untuk mencapai semua teknologi itu bukannya payah. Sebaliknya, jalan cerita yang memainkan peranan penting dalam menjadikan karya kita unik dan berbeza dari negara lain,” katanya.

Beliau turut melihat penganjuran festival kali ini selari dengan perubahan iklim politik di dalam negara, selain ekonomi dan sosio-budaya masyarakat, terutama dari segi peningkatan jumlah penyertaan yang disifatkan tertinggi dalam sejarah penganjuran FFM.

“Diakui, transformasi ini cukup unik, terutama pada naskhah filem dihasilkan walaupun penerokaannya masih bersifat komersial dan belum mencapai tahap intelektual. Namun, apa yang penting di sini bukanlah jumlah filem yang dihasilkan, sebaliknya pencapaian boxoffice filem berkenaan di pawagam.

“Ini yang perlu difahami bagi memastikan zaman kejatuhan filem tempatan sekitar 80-an dan 90-an dulu tidak berulang. Kita mungkin boleh `berpekik’ apabila filem kita berjaya di pawagam kerana kebetulan ada ruang kosong ketika itu apabila tiada persaingan dari produksi besar Hollywood.

“Atau, ia turut dipengaruhi penayangan filem dari seberang yang menarik audien ke pawagam hingga mereka menganggap filem Melayu sudah berada pada tahap terbaik sedangkan masih banyak yang perlu diperbaiki, terutama pada aspek jalan cerita,” katanya.

Katanya, bukan menjadi satu kesalahan jika penggiat filem tempatan bercita-cita tinggi mahu membawa karya masing-masing ke persada dunia seperti tema yang dipilih bagi penganjuran festival kali ini, malah tidak mustahil hasrat itu mampu dicapai jika diusahakan.

“Memangnya kita selalu menginginkan filem kita ke persada dunia. Ia tidak salah, malah bukannya mustahil untuk dijayakan,. Namun, yang paling penting sesebuah filem haruslah berjaya di negaranya sendiri terlebih dulu.

“Apa guna menang sampai 40 anugerah di peringkat dunia kalau tidak ditayangkan atau gagal di negara sendiri. Kesimpulannya, anugerah bukan sebagai penentu, sebaliknya penerimaan masyarakat terhadap sesebuah filem. Itulah penanda aras yang sebenarnya,” katanya.

FFM22 - Kota Kinabalu 2009 dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), selain mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Ia yang kali pertama berlangsung di luar Semenanjung sejak mula dianjurkan pada 1981, turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila menerima jumlah penyertaan terbanyak iaitu 193 karya untuk dipertandingkan, masing-masing filem cereka, digital, dokumentari, animasi serta filem pendek.

Produser perlu ubah budaya pemikiran

SEMENTARA itu, Ketua Pengarah Finas, Mahyiddin Mustakim, berkata pemilihan tema Filem Malaysia Ke Persada Dunia bukan bermaksud mahu mencari filem tempatan untuk dihantar ke luar negara, sebaliknya lebih kepada usaha meningkatkan kualiti karya tempatan agar menepati standard antarabangsa.

“Ia perlu dilihat dari skop lebih meluas, membabitkan segala aspek dalam proses penerbitan filem. Ia bermula seawal proses penulisan dan pembangunan skrip, diikuti aplikasi teknologi penggambaran terkini, pasca produksi, seterusnya urusan pemasaran dan pengedarannya.

“Sebenarnya, objektif utama pemilihan tema itu adalah untuk meningkatkan kualiti filem tempatan. Kita mahu produser kita menghasilkan lebih banyak filem yang berpotensi dibawa ke luar negara, sekali gus membuka pasaran lebih luas dengan syarat mesti berjaya di negara sendiri terlebih dulu,” katanya.

Bagi menjayakan misi itu, katanya, mereka yang terbabit dalam kerja perfileman perlu mengubah budaya pemikiran bahawa setiap filem dihasilkan bukan sekadar untuk tayangan tempatan, sebaliknya mempunyai potensi ke pasaran luar negara.

“Diakui, memang ada produser tempatan yang mengambil inisiatif memasarkan filem ke negara luar, dengan ada di antaranya belum ditayangkan di negara sendiri pun. Kami menyokong usaha ini tetapi tidak ramai produser yang berani melakukannya disebabkan beberapa faktor penghalang.

“Justeru, dalam beberapa siri pertemuan dengan pihak produser sepanjang festival ini berlangsung, Finas ada memberikan penerangan mengenai bentuk bantuan yang boleh diperoleh dari kerajaan dalam menjayakan usaha itu, bukan saja membabitkan filem cereka tetapi filem dokumentari,” katanya.

Beliau berkata, melihatkan pencalonan filem yang bertanding kali ini, beliau turut merumuskan memang berlaku tranformasi yang cukup ketara dalam industri perfileman tempatan, bukan saja dari segi teknologi penggambaran, malah genre filem yang diterbitkan.

“Banyak genre filem wujud sekarang ini, sekali gus menawarkan lebih pilihan kepada penonton. Saya melihat ada keberanian di kalangan produser kita menerbitkan filem aksi, fantasi dan animasi yang menggunakan pelbagai teknologi penggambaran terkini.

“Perubahan ini cukup drastik berbanding tiga tahun lalu, di mana ketika itu pasaran filem tempatan lebih terhad kepada filem cinta, romantik dan komedi. Bagi saya, ini satu perkembangan baik, yang mampu memberikan implikasi positif terhadap pertumbuhan industri perfileman kita,” katanya.

Kempen Lagu Berduit Suria FM : Peluang rebut RM50,000 hanya dengan satu SMS

Peluang rebut RM50,000 hanya dengan satu SMS

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Engku Emran

HANYA satu SMS (khidmat pesanan ringkas), anda mungkin peminat bertuah yang akan menerima RM50,000! Kempen Lagu Berduit Suria FM anjuran stesen radio, Suria FM kini menawarkan hadiah wang tunai lebih lumayan. Daripada RM500 dan RM1,000, kini hadiahnya naik berganda kepada RM50,000.

Kempen Lagu Berduit Suria FM berlangsung dari 20 Julai hingga 16 Ogos ini menghendaki pendengar meneka judul lagu yang diputarkan Suria FM. Setiap hari sebuah lagu diputarkan di slot yang berbeza. Sebaik mendengar lagu diputarkan sepenuhnya di Suria FM, pendengar hanya perlu SMS dengan menaip, SuriaLB hantar ke 33080.

Talian SMS akan dibuka selama 20 minit sebaik saja lagu berduit ke udara. Pendengar bertuah akan dihubungi oleh penyampai radio dan mereka perlu menjawab panggilan dalam masa lima saat, kemudian berikan judul lagu yang ke udara.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, berkata sehingga kini, RM30,000 sudah diberikan kepada 45 pendengar yang berjaya memenangi wang tunai RM500 dan RM1,000 setiap seorang dalam tempoh 15 hari sejak kempen berkenaan bermula pada Isnin, 20 Julai lalu.

"Kami terkejut dengan sambutan yang diterima, malah sehingga hari ini, kami menerima hampir 60,000 penyertaan menerusi SMS. Bukan hanya penyampai radio berdepan dengan pelbagai kerenah pendengar, malah kakitangan Suria FM lain turut berdepan dengan masalah pendengar yang begitu teruja untuk merebut peluang keemasan memenangi ‘durian runtuh’ duit raya yang ditawarkan oleh One Drop Perfumes.com dan Suria FM.

"Pejabat Suria FM turut dihujani panggilan telefon yang tidak henti-henti, malah ada yang menggunakan daya kreativiti tersendiri untuk memujuk penyampai Suria FM bagi mengetahui waktu ‘lagu berduit’ itu ke udara. Antaranya, seperti yang dilakukan oleh Maziah Ahmad dari Kajang, Selangor yang sanggup datang ke pejabat Suria FM dengan membawa makanan seperti karipap dan kek untuk menjamu penyampai Suria FM.

"Kempen ‘Lagu Berduit Suria FM’ kini semakin rancak diperkatakan selain di facebook Suria FM, ia turut menjadi bualan di portal hiburan antaranya manggaonline, zonartis.com, emenang.com, budiey.com, cari.com, selain menerusi beberapa laman blog seperti rockybru.com.my, nursamad.blogspot.com dan lain-lain," katanya.

Engku Emran berkata, kempen berkenaan memberi peluang kepada pendengar memenangi wang tunai dengan cara paling mudah dan membolehkan pendengar Suria FM memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM100,000 yang ditawarkan oleh One Drop Perfumes.com. dan Suria FM.

"Selepas tiga minggu, kami tidak lagi menawarkan hadiah wang tunai RM500, sebaliknya tawaran dinaikkan kepada RM1,000 setiap kali ‘lagu berduit’ diputarkan sepenuhnya setiap hari. Menariknya, sehingga kini, hadiah RM50,000 yang ditawarkan untuk seorang pendengar Suria FM yang bertuah masih belum berjaya dimenangi.

"Jadi untuk memenangi wang RM1,000 dan RM50,000, pendengar perlu dengar segmen pagi, breakfast@suria bersama Tuah Zoqarnain & Zizi jam 8 pagi, setiap hari untuk mengetahui apakah lagu berduit yang dipilih untuk hari berkenaan. Keterangan lanjut, bolehlah melayari www.suriafm.com.my," katanya.

Misteri Tower 13 di TV3

Misteri Tower 13 di TV3

Oleh Shaffique Ahmad Zehnun

Antara babak mengerikan dalam Tower 13.

Slot Seram dapat sambutan menggalakkan, catat rating 2.8 juta penonton setiap minggu

TIDAK dinafikan, genre seram terus menjadi pilihan penonton tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, setiap kali drama atau program seram disiarkan di saluran televisyen utama tempatan terutama TV3, ia sudah pasti mencatatkan rating penonton yang tinggi.

Justeru, tidak hairanlah mengapa slot Seram yang disiarkan setiap minggu mendapat sambutan luar biasa hingga muncul sebagai antara slot paling popular di TV3.

Bermula dengan Susuk, kemudian Puaka Niyang Rapik dan Keliwon, berlaku peningkatan ketara dari segi jumlah penonton yang menyaksikan slot ini yang disiarkan setiap Khamis, jam 9.30 malam ini. Secara purata, ia menerima rating 2.8 juta penonton setiap minggu.

Babak-babak cemas dalam Tower 13.

Meneruskan `misteri’ slot kegemaran ramai ini ialah Tower 13 yang mula disiarkan 6 Ogos lalu. Diterbitkan Filmscape Production sebanyak 13 episod, ia mendapat sentuhan pengarah cukup berpengalaman, Kabir Bhatia yang cukup terkenal dengan pelbagai kerja seninya yang bermutu sama ada filem, drama mahupun telefilem.

Tower 13 adalah `buah tangan’ kedua beliau dalam penerbitan drama seram di TV3. Beliau sebelum ini pernah menghasilkan KekasihKu Seru, juga untuk slot yang sama. Kali ini, Tower 13 mengetengahkan pelakon handalan tanah air termasuk Bront Palare, Azhan Rami, Dira Abu Zahar, Fara Aliya dan Rahim Omar.

Ia mengisahkan Adam Bakhtiar yang disoal siasat polis selepas berlaku pembunuhan di Menara Emerald. Dia bertugas sebagai pengurus bangunan itu dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan diketuai Detektif Malik Ridhuwan.

Adam memulakan cerita bahawa pembunuhan yang berlaku disebabkan oleh entiti misteri seperti roh atau makhluk halus. Detektif Malik tidak percaya sama sekali pada cerita Adam, namun untuk meyakinkan beliau, Adam mula membuka cerita kematian misteri kemalangan yang berlaku di sekitar bangunan itu.

Ia bermula dengan kisah pasangan muda, isteri yang didera suaminya, Natalya dan Imri. Sejak berpindah, Natalya menjadi fokus utama dalam kejadian berhantu, bermula dari bilik air terutama di tab mandi.

Pada masa yang sama, Adam didatangi Ustaz Khalil yang sedang mengumpul dana surau dari penghuni Menara Emerald. Adam mengusir ustaz terbabit dari kawasan kondominium itu kerana ia kawasan persendirian.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, berkata pihaknya sentiasa mencari kelainan dalam setiap penerbitan sesebuah drama, terutama yang bergenre seram bagi menarik perhatian penonton.

“Justeru, kami tidak ragu-ragu untuk bekerjasama lagi dengan Kabir. Kelainan kali ini apabila beliau menggabungkan unsur seram dan mistik dengan penyiasatan.

“Melalui Adam, watak utama dalam siri ini, penonton akan dibawa mengembara ke pelbagai kejadian misteri dan mistik berlaku di bangunan itu yang akhirnya membawakan kepada kematian. Setiap minggu kisah yang dipaparkan berbeza melalui penceritaan Adam,” katanya.

Beliau berkata, penerbitan dan penyiaran drama sebegini bukannya berniat untuk menakut-nakutkan penonton, sebaliknya ia lebih bertujuan memperingatkan orang ramai dari tertipu atau diperdaya oleh amalan tahyul.

Kepada peminat siri seram, jangan ketinggalan untuk menonton drama terbaru ini dan alami sendiri misteri alam mistik pada setiap Khamis, jam 9.30 malam hanya di TV3.

Ria Resty : Lapan jam terapung di laut

Lapan jam terapung di laut

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Ria Resty (tengah) bersama rakan artis sezaman dengannya.

Ria Resty Fauzy terkenang saat berdepan dengan maut gara-gara bot hampir karam

PENGALAMAN hanyut selama lapan jam yang hampir meragut nyawa apabila bot dinaiki karam di Tanjung Pinang, Indonesia sering membuatkan penyanyi evergreen, Ria Resty Fauzy, 43, sedar betapa hidup sebenarnya singkat. Beliau tidak pernah rasa serik untuk meneruskan kerjaya nyanyian biarpun berdepan dengan seribu satu cabaran.

Biarpun peristiwa dihanyutkan itu sudah 22 tahun berlalu, namun Ria masih tidak lupa, malah ia sentiasa menjadi igauan hingga hari ini. Ketika kejadian, Ria yang pernah popular dengan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiophia dan Cintaku Sedalam Lautan Atlantik bersama dua penyanyi tempatan dan beberapa pemuzik dalam perjalanan pulang ke Jakarta, Indonesia selepas mengadakan persembahan di Tanjung Pinang.

Bagaimanapun, mereka tidak bernasib baik apabila bot yang dinaiki hampir karam dan terapung-apung selama lapan jam di tengah lautan, sebelum ditemui sekumpulan nelayan di situ.

Wajah Ria Resty sekarang pada usia 43 tahun.

Sambil merenung jauh, Ria akui, “Semuanya sudah lama berlalu, tetapi saya rasa baru seperti semalam detik cemas itu berlaku. Ketika itu, saya hanya fikirkan mati. Saya tak fikir kami semua akan selamat kerana kami terapung-apung di tengah lautan. Mungkin akan datang ribut, gelombang besar dan bot akan tenggelam bila-bila masa. Bagaimanapun, saya tak putus-putus berdoa supaya terselamat daripada musibah ini.

“Kami juga tidak membawa bekalan makanan, jadi selama lapan jam saya terpaksa berlapar. Secara kebetulan, kami bertolak daripada jeti di Tanjung Pinang selepas subuh, jadi semua yang berada di dalam bot tidak sempat bersarapan pagi. Mujurlah ada yang membawa kopi dan biskut, saya membuat kopi dengan air laut. Terpaksalah menelannya kerana perut saya kosong dan dalam keadaan bot yang terumbang-ambing, ada yang muntah dan pening kepala.

“Bagaimanapun, Tuhan masih menyayangi kami, selepas lapan jam bot yang dinaiki dibawa arus, sekumpulan nelayan menemui bot kami. Mereka membantu kami hingga tiba ke jeti seberang. Memang ketika itu, saya rasa trauma dan tidur malam saya tidak pernah lena terbayangkan detik yang berlaku. Apa pun, sudah ditakdirkan saya dilahirkan sebagai anak seni, seribu satu perasaan yang hadir hanyalah seketika.

“Apa yang berlaku, saya tidak pernah menjadikan ia titik noktah dalam perjalanan seni, malah saya belajar daripada pengalaman. Saya akui bukan mudah merentasi hidup sebagai anak seni, saya cukup belajar dengan apa yang berlaku selama lebih dua dekad bergelar anak seni,” katanya.

Menyanyi sejak usia empat tahun

RIA Resty Fauzy atau nama sebenarnya, Resty Restiati dilahirkan di Jakarta, Indonesia pada 22 Jun 1966. Beliau adalah anak pertama pasangan Fauzi dan Etty iaitu wartawan dan jurukamera TVRI. Ria mula menunjukkan bakat dalam bidang seni sejak berusia empat tahun.

Di usia semuda itu, Ria sudah berani tampil di khalayak ramai, bahkan sering mengadakan persembahan di majlis rasmi. Ketika di bangku sekolah rendah, Ria ditawarkan kontrak menyanyi di Taman Ria Monas dan Taman Impian Jaya Ancol selama dua kali sebulan dengan bayaran RP1,750.00.

Namun bagi Ria bukan nilai wang yang diterima menjadi perkara utama sebaliknya pengalaman dan peluang untuk mengasah bakat yang lebih penting. Tambahan ketika itu, Ria sering diundang menjadi artis pembuka persembahan kepada penyanyi terkenal, Hetty Koes Endang.

“Saya bersyukur sudah diberi ruang dan peluang ketika usia yang muda. Selepas menyanyi secara sambilan di Taman Ria Monas dan Taman Impian Jaya Ancol, saya hanya mengimpikan menghasilkan album solo. Saya juga gembira dalam usia yang muda, saya sudah mampu mengumpul wang simpanan untuk membiayai persekolahan.

“Kesempatan ditawarkan merakamkan album hadir dengan tidak sengaja. Saya masih ingat lagi ketika itu, saya mengadakan persembahan di sebuah kafe di Mangga Besar, Jakarta. Ketika itu, kafe itu sedang mencuba sistem bunyi baru. Saya menyanyi diiringi kumpulan pemuzik kafe itu. Salah seorang pemain muzik adalah Allahyarham Kamal iaitu pemain bass kumpulan D’lloyd. Arwah merakam suara saya secara suka-suka dan tanpa pengetahuan, rakaman itu dibawa ke Akurama Record.

“Pihak Akurama Record tertarik dengan vokal saya walaupun orang atasan label itu masih agak ragu-ragu. Saya diminta menjalani uji bakat. Hasilnya, pihak Akurama Record berpuas hati dan menawarkan kontrak rakaman album dan lahirlah album pertama saya berjudul Cintaku Sedalam Lautan Atlantik.

“Album Cintaku Sedalam Lautan Atlantik bukanlah album pertama saya, malah sebelum itu, saya pernah merakamkan album bersama Jackson Record, tetapi entah kenapa, rakaman itu tidak diedarkan. Kemudian saya ditawarkan kontrak oleh syarikat Kelompok Usman Bersaudara. Malangnya, kontrak berakhir begitu saja tanpa saya sempat merakamkan lagu.

“Akhirnya impian bergelar artis rakaman terlaksana apabila bersama Akurama Record. Bersama syarikat ini, saya menghasilkan 13 album. Saya bersyukur kesukaran yang dilalui akhirnya ada hikmah di sebaliknya. Saya memperoleh lima Golden Record dengan minimum jualan album untuk satu Golden Record adalah 300,000 unit. Bukan itu saja, saya juga mendapat penghargaan dari HDX Award dan BASF Award,” katanya yang sudah menghasilkan 25 album dalam tempoh lebih dua dekad dalam bidang seni.

"Hidup tidak sentiasa di atas"

RIA akui, kejayaan penjualan albumnya mengubah kehidupannya dan keluarga. Royalti yang diterima membuatkannya mampu memiliki dua rumah dan kenderaan mewah. Anugerah yang diterimanya juga memberi kesempatan kepadanya mengunjungi negara luar seperti Brazil, Jerman dan Belanda.

“Alhamdullilah, jadual persembahan saya semakin padat. Saya terus menyanyi dari pentas ke pentas, kota ke kota yang lain. Malah saya juga sampai ke Malaysia, Brunei, Singapura dan Eropah untuk menyanyi. Ia adalah sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan selama ini. Saya melalui sesuatu yang luar biasa ketika itu, tetapi saya sering ingat di mana bumi dipijak dan langit dijunjung. Saya tak pernah lupa diri.

“Bagaimanapun, perubahan besar dalam muzik sedikit sebanyak memberi tempias kepada saya. Secara perlahan tapi pasti, penjualan album saya semakin menurun. Saya menerima hakikat, hidup tidak sentiasa di atas, saya tidak perlu rasa kecewa. Di saat kerjaya dan populariti yang melonjak, saya sudah bersedia untuk tenggelam seiring dengan putaran waktu,” katanya.

Menceritakan soal peribadinya, Ria berkata dia berkahwin dengan seorang peguam, Krisna Ryacudu pada 1990 dan kini, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Walaupun berkahwin dan sibuk dengan urusan rumah tangga, dirinya tetap menyanyi walaupun tidak serancak ketika zaman anak dara.

“Nyanyian sudah menjadi darah daging saya, malah saya tidak mampu berpisah dengan bidang nyanyian. Mujurlah suami memahami dan memberi restu. Biarpun tidak sesibuk dulu, kerjaya nyanyian saya terus berjalan dan kini, saya terbabit dengan Misi Kebudayaan Indonesia ke Eropah,” katanya yang kini sibuk mempromosikan album The Best of Ria Resty Fauzy yang berada di pasaran awal tahun lalu.

Info

  • RIA Resty Fauzy atau nama sebenarnya, Resty Restiati dilahirkan di Jakarta, Indonesia pada 22 Jun 1966. Beliau adalah anak pertama pasangan Fauzi dan Etty iaitu wartawan dan jurukamera TVRI. Ria mula menunjukkan bakat dalam bidang seni sejak berusia empat tahun.

  • Di usia semuda itu, Ria sudah berani tampil di khalayak ramai, bahkan sering mengadakan persembahan di majlis rasmi. Ketika di bangku sekolah rendah, Ria ditawarkan kontrak menyanyi di Taman Ria Monas dan Taman Impian Jaya Ancol selama dua kali sebulan dengan bayaran RP1,750.00.

  • Ria berkata dia berkahwin dengan seorang peguam, Krisna Ryacudu pada 1990 dan kini, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Walaupun berkahwin dan sibuk dengan urusan rumah tangga, dirinya tetap menyanyi walaupun tidak serancak ketika zaman anak dara.
  • Aliff Aziz, Alif Satar : Bimbang peminat fanatik

    Bimbang peminat fanatik

    Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed



    Aliff Aziz, Alif Satar hargai sokongan mereka tetapi mohon tidak terlalu bersikap berlebihan

    MEREKA masih muda, perjalanan kerjaya masih hijau, namun kadang kala penyanyi remaja, Aliff Aziz, 18, dan Alif Satar, 19, kebingungan dengan gelagat peminat fanatik mereka. Dua remaja yang dilahirkan nama sama itu mempunyai pengalaman pahit, manis dengan peminat yang mengilai mereka.

    Ada kala mereka panik dengan sikap peminat fanatik, ada yang sanggup bunuh diri apabila mengetahui mereka rapat dengan seseorang atau kerap bergambar dengan artis dan peminat perempuan. Ada ketika mereka diugut, ada masa mereka dikeji, dikecam dengan kata-kata yang melukakan hati.

    Secara jujur, Aliff Aziz yang popular dengan lagu Sayang Sayang mengakui, “Kadang kala saya seram dengan sikap segelintir peminat fanatik, saya jadi takut dibuatnya. Saya menghargai peminat yang menyokong kerjaya nyanyian saya, tetapi ada sesetengahnya bersikap keterlaluan sehingga buat saya tersepit.

    “Saya pernah membaca satu blog seorang peminat, dia memaparkan semua gambar saya yang dirakamkan dengan peminat perempuan. Saya pelik di mana peminat itu mendapat foto saya bersama peminat. Saya sendiri tidak memiliki koleksi gambar itu. Peminat fanatik itu begitu marah hingga dia mengugut, saya akan menyesal. Saya tak faham apa yang dimaksudkan, keesokannya saya tidak dapat membuka lagi blog berkenaan.

    “Saya jadi risau, apa terjadi kepada peminat itu, adakah dia bunuh diri atau melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Hingga hari ini, blog itu tidak dapat dibuka dan saya tidak tahu perkembangan peminat itu. Kadang kala sikap peminat membuat saya tidak tidur malam, saya tidak mahu hanya kerana diri saya, mereka melakukan sesuatu yang menyedihkan.

    “Namun paling saya tidak dapat lupa apabila seorang peminat fanatik menyebarkan cerita dalam laman blog, saya adalah tunangannya. Cerita yang direka-reka buat saya tergelak kecil, saya anggap peminat ini suka berfantasi. Saya tidak mampu berbuat apa-apa, saya juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

    “Mereka terlalu taksub dengan laman web yang saya sendiri tak tahu daripada sumber mana yang mereka ketahui. Saya masih remaja, baru berusia 18 tahun, saya bukannya kaki enjoy atau clubbing, tetapi ada cerita mengatakan saya kaki mabuk. Bagi yang mengenali saya, mereka tahu saya sering bersama ibu. Saya tidak boleh terlepas daripada ibu dan keluarga kerana saya masih bawah umur, jadi saya pelik bila cerita yang tak enak didengar boleh timbul.

    “Saya kecewa apabila ada peminat mula membenci saya apabila mendengar fitnah yang dilemparkan hingga satu tahap mereka sanggup menghamburkan kata-kata yang melukakan hati saya,” katanya anak kelahiran Kota Singa itu.

    Bagaimanapun, Aliff berkata, hidup perlu diteruskan. Jika terlalu banyak membaca cerita negatif yang dilemparkan terhadap dirinya pasti akan membuatkan emosinya terganggu dan dia berputus asa. Oleh itu, dia tidak lagi berminat membaca apa-apa cerita yang dipaparkan laman blog seperti dulu.

    Dengan nada tersenyum, Aliff berkata, tumpuannya kini pada rakaman album keduanya. Dia gembira apabila dilamar bekerjasama dengan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Sony BMG Music Entertainment Malaysia selepas kontraknya bersama MediaCorp Corporation tamat tidak lama dulu.

    “Sudah tiba masanya saya bergerak sendiri menentukan hala tuju dalam bidang nyanyian. Dulu saya terikat dengan MediaCorp Corporation, jadi pergerakan saya sedikit terbatas. Selepas dua tahun, saya tidak menyambung kontrak dengan syarikat gergasi itu sebaliknya memilih untuk bernaung di Sony BMG Music Entertainment Malaysia.

    “Saya bertuah mampu melebarkan sayap kerjaya saya ke Malaysia. Saya sedar bukan mudah menempa nama di sini, malah saya perlu berusaha menempatkan diri seperti M Nasir, Imran Ajmain, Aaron Aziz, Maizurah dan Ady Putra yang punya nama besar di Malaysia,” katanya.

    Aliff Satar pula berkata dia serik mempunyai laman sembang dengan peminat berikutan satu peristiwa yang sehingga kini membuatkan tidak senang hati.

    “Dulu saya rajin melayan peminat menerusi laman web komuniti, friendster, tetapi selepas berlaku kejadian salah seorang peminat fanatik saya yang didakwa membunuh diri, saya jadi takut. Sebelum kejadian, saya ada menerima panggilan telefon dan mendengar seorang gadis menangis. Saya tidak hiraukan, tetapi selepas seminggu saya mendapat pesanan seorang peminat di friendster, peminat itu membunuh diri selepas mengetahui saya rapat dengan seorang gadis.

    “Saya terkejut dan masih ingat kata-kata si penghantar berita, ‘my friend just kill sebab dapat tahu u ada girlfriend, al-Fatihah’. Rasa mereka tak main-main, takkan perkara mati pun nak jadi gurauan. Sejak itu, saya tak pernah ada laman sembang dengan peminat, baik friendster atau facebook. Saya jadi takut,” katanya.

    Alif berkata, baru kini dapat merasakan dirinya bergelar seorang artis rakaman selepas bernaung di bawah syarikat rakaman Sony BMG Music Entertainment Malaysia.

    Sambil merenung jauh, Alif pula berkata, “Selepas keluar One In A Million, saya terkapai-kapai sendiri walaupun bernaung di sebuah syarikat rakaman. Kerjaya nyanyian saya seolah-olah ada dalam tiada sehinggalah syarikat rakaman berkenaan bungkus.

    “Saya terpaksa mengalihkan tumpuan ke bidang pengacaraan. Mujurlah ramai penerbit yang mempercayai bakat saya hingga saya dipilih mengacarakan rancangan Remaja, Super Soccer Star Malaysia, Adik Nak Raya, Siapa Pintar dan Idola Kecil yang masuk musim kedua.

    “Ada juga yang terlupa saya adalah seorang penyanyi, tetapi itulah cabaran yang perlu saya terima untuk menjadi anak seni. Saya gembira untuk projek pertama, saya akan berduet dengan Aliff Aziz menerusi lagu raya, Balik Kampung sebagai tribute kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

    “Jika diberi peluang, saya juga mahu berduet dengan Aliff untuk sebuah lagu yang akan dimuatkan dalam album pertama saya. Sehingga kini, saya sudah menyiapkan rakaman lima lagu ciptaan Audi Mok, Aidit Alfian, Zimi Sofaz dan Panji Sakti. Saya masih menunggu rakaman untuk dua lagu. Album bergenre pop ini akan memuatkan tujuh lagu dan dijangka berada di pasaran selepas Aidilfitri nanti,” katanya yang sebelum ini pernah muncul dengan single lagu Adikku Pandai Menari, Jangan Nakal dan Akan Tiba.