Monday, August 10, 2009

HIBURAN : ISNIN 10 OGOS 2009


HEBAT
Konsertsolo Jamal... Kembara Seniman yang berlangsung selama lima malamberturut-turut mendapat sambutan luar biasa pada malam terakhir, diIstana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.


Konsert Jamal catat sejarah dunia hiburan
KUALALUMPUR 9 Ogos – Konsert solo penghibur terkenal, Jamal Abdillah yangberlangsung selama lima malam berturut-turut di Istana Budaya di siniberakhir malam ini dengan penuh gemilang.








Tetamu kecil Suria FM
SEJAK memulakan operasi penyiaran lima tahun lalu, inilah kali pertamaSuria FM bersiaran bersama tetamu paling kecil, Engku Aleesya EngkuEmran yang merupakan anak kepada pelakon popular, Erra Fazira dan jugaKetua Pegawai Operasi stesen berkenaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin.


Pencarian gadis Melayu urban
GADISMelayu sinonim dengan paras rupa menawan, serta peribadi yang saratdengan nilai dan budaya Melayu serta bersopan santun hingga mampumeruntun hati siapa sahaja yang memandangnya.


Mengukuh semula jenama Hot FM
SELEPAS diumumkan berada di tangga ketiga dalam persaingan merebutjumlah pendengar oleh Nielsen Radio Audience Measurement pada Jun lalu,Hot FM kini menyusun strategi baru untuk mengukuhkan kembali jenamanya.


Celcom ketengah pemuzik indie
PENGARUHmuzik yang di bawa oleh pemuzik mahupun penyanyi yang bergerak secaraindie ternyata membawa perubahan besar terhadap perkembangan industrimuzik tempatan.


Ernie Djohan tidak percaya botox
PADAtahun 1965, lagu Teluk Bayur nyanyian Ernie Djohan dari Indonesiabegitu masyhur sehingga menarik perhatian peminat seni Malaysia danSingapura ketika itu.






Dulu harapan kini terbaik
BIASANYA penerima anugerah bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik FilemFestival Malaysia terdiri daripada pelakon yang sudah gah danberpengalaman dalam industri perfileman.


Apa kata pemenang
FESTIVALFilem Malaysia Ke-22 melabuhkan tirai dengan seribu satu cerita dinegeri di bawah Bayu Sabah. Dengan rata-rata pembahagian trofi dananugerah nampak setara apabila Papadom dan Talentime pulang dengan limakemenangan, beberapa filem lain seperti Setem , Bohsia - Jangan PilihJalan Hitam , Cicakman 2 dan Histeria tidak pulang dengan tangankosong.


Konsert tak berbaloi-baloi
RASAkecewa yang tidak boleh dinafikan, itulah luahan kebanyakan penontonyang hadir menyaksikan konsert penutup, Konsert Di Awan Biru kumpulanrock terkenal, Search baru-baru ini.








'Ini filem mengenai keluarga saya'
KEMENANGANPapadom yang diangkat sebagai Filem Terbaik, Festival Filem MalaysiaKe-22 (FFM22) malam kelmarin, mempunyai signifikan kepada pengarahnya,Afdlin Shauki kerana garapan terbarunya yang bakal menemui peminat pada8 Oktober depan begitu dekat di hatinya.

'Kakak buat filem bukan untuk anugerah'
JASADNYAkini aman bersemadi, namun dirinya akan terus diingati sebagai seoranginsan seni yang berjasa dan menyumbang bakti kepada pembangunanindustri perfileman tempatan. Dia hanya satu dan kehilangannya tidakmungkin ada pengganti. Sesungguhnya nama Allahyarham Yasmin Ahmad akanterus mekar dan memahat di hati penggemar dunia hiburan sebagai seorangpengkarya yang berjaya menyentuh hati sanubari masyarakat lewatgarapannya yang kreatif.

FFM22 tebus kekecewaan
KEINGINANNYAcuma mahu namanya tersenarai dalam Top 5, namun Tuhan memberikannyalebih daripada itu. Pernah dulu harapan menggunung yang diletakkankepadanya tersasar apabila trofi Pelakon Harapan Wanita Terbaik beralihkepada pelakon lain tetapi Sabtu lalu, Liyana Jasmay sudah mamputersenyum lebar.

Buat yang wajib saja!
TIADApaluan kompang, tidak ada majlis persandingan seperti yang biasadilakukan oleh pasangan yang bergelar raja sehari. Yang ada hanyalahperkara yang wajib iaitu ijab dan kabul.

Detik manis bintang veteran
BARANGKALIdunia seni sudah lama ditinggalkan sebahagian mereka. Sebuah dunia yangakan tinggal menjadi catatan manis untuk dikenang selagi hayat dikandung badan. Legasi yang diteroka sejak 1943 di Jalan Ampas,Singapura itu kini membesar sebagai sebuah industri yang menyaksikankelahiran barisan pelapis hadir memahatkan nama.

Tak peduli strategi stesen lain
"KITAtak perlu risau apa yang stesen radio lain buat, sebaliknya, yang perlujadi keutamaan ialah apa yang kita mahu rancang dan laksana bagi terusmemantapkan kedudukan radio naungan Media Prima Berhad," kata KetuaPegawai Operasi Hot FM, Seelan Paul mengenai faktor kekuatan dankelemahan stesen radio milik syarikat itu.

Dengarnya... Usah perlekeh soal tudung kepala
SEJUKhati Cik Normah apabila diberitahu rakan sepejabat mengenai niat murniPelakon Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian,Noorkhiriah untuk melakukan hijrah dalam hidupnya yakni bertudunglitup. Tapi semua itu masih dalam peringkat perancangan dan masih belumpasti hujung pangkalnya.

Dengarnya... Nabil tak menang tangan menjelang Aidilfitri
REZEKIBintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian(ABPBH) 2008, Nabil nampaknya tetap ada. Ini tahun kedua Nabilmenyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai artis. Cik Normah dapat tahunampaknya seperti tahun lalu, Nabil juga tak menang tangan memenuhiundangan program raya.

Panel TV: Saluran istimewa 110 khas untuk Yasmin Ahmad
SEBAGAImemperingati Allahyarham Yasmin Ahmad, Astro melancarkan sebuah saluranistimewa bagi mengimbas kembali hasil karya beliau melalui SaluranYasmin Ahmad Dalam Kenangan: 1958 - 2009 yang bersiaran di saluran khas110 bermula Sabtu lalu, 8 Ogos sehingga 31 Ogos






Kekuatan 'dua beranak'
KEJAYAAN bintang remaja, Liyana Jasmay diumumkan Pelakon WanitaTerbaik menerusi lakonannya sebagai Amy dalam filem Papadom nyatamengundang kejutan di acara kemuncak Festival Filem Malaysia ke-22(FFM22) yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah(UMS), Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.

Ramli Sarip abadi khazanah 40 tahun
SIAPA tidak kenal Papa Rock Ramli Sarip. Penyanyi dianugerahkansuara unik serak-serak basah dan mempunyai imej rambut gondrong sebagaiidentiti, tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang.

Hollywood: Teman ubah cita rasa Jennifer
NAMANYA terkenal di persada perfileman Hollywood, tetapi mungkinramai tidak tahu aktres jelita, Jennifer Aniston, 39, cukup sukamengajak teman rapat berkunjung ke rumahnya untuk makan bersama.

Kerja sebumbung uji keserasian
SEKIAN lama membujang, bukan senang Norman Abdul Halim, 37, membuatkeputusan untuk berumah tangga. Paling penting untuk mencari keserasiandan kesesuaian dengan pasangan untuk berkongsi hidup. Sebagai abangsulung, Norman juga tidak tertekan apabila jodoh adiknya, Edry, Yusrydan Halina sampai dulu.

Talentime julang Yasmin Ahmad
DI sebalik kemeriahan Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) yangberlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, malamkelmarin, terselit duka apabila filem Talentime arahan AllahyarhamYasmin Ahmad diberi pengiktirafan.

Juri telus pilih pemenang
KEPUTUSAN filem Papadom arahan Afdlin Shauki sebagai Filem Terbaikdianggap mencipta kejutan pada FFM22 kali ini. Di sebalik kejayaan itu,ada yang bertanya-tanya mengapa filem itu boleh menang anugerah utamabiarpun ia belum ditayangkan kepada umum.

16 program RamadanBEGITU pantas masa berlalu, kurang dua minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadan Al Mubarak.

Soseh Soseh: Digugur dek besar kepala
TIDAK dinafikan pelakon lelaki ini memang berbakat besar dan mampupergi lebih jauh dalam industri perfileman tanah air. Maklumlah, diabukan saja berbakat besar dalam bidang lakonan, tetapi pada masa samaseorang anak seni yang kreatif juga.

Soseh Soseh: Fahrin, Vanidah tak serasi?
SS sibuk bertanya kawan-kawan mengenai majlis Festival FilemMalaysia ke-22 (FFM 22) yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, Sabtulalu. Bukan apa, SS ingin berkongsi cerita dengan mereka mengenaimajlis penganjurannya.

Depan Mata: Kontroversi matangkan artis
CAKAP salah, tak cakap salah. Mungkin itu situasi yang dialami ustazrock, Akhil Hayy. Ketika orang memperkatakan mengenai gosip hubunganintimnya dengan penyanyi dan pelakon Waheeda malah mereka dikatakansudah berkahwin, bekas anggota kumpulan D' Riyadh itu menafikannya danmemilih untuk tidak mengulas lanjut cerita itu.

Sopan tetapi glamor
SETIAP kali berlangsungnya majlis anugerah, fesyen selebriti padaacara permaidani merah sering menjadi tumpuan peminat yang menantipenuh setia untuk melihat gaya serta penampilan artis yang seringmelaram pada majlis gilang gemilang.

Tetamu kecil Suria FM

Tetamu kecil Suria FM


Engku Aleesya turut ditemani ayahnya, Engku Emran di konti Suria FM.


SEJAK memulakan operasi penyiaran lima tahun lalu, inilah kali pertama Suria FM bersiaran bersama tetamu paling kecil, Engku Aleesya Engku Emran yang merupakan anak kepada pelakon popular, Erra Fazira dan juga Ketua Pegawai Operasi stesen berkenaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Minggu lalu, memasuki konti Suria FM seawal pukul 7.30 pagi, Ungku Aleesya yang masih lena dalam dakapan ibunya memenuhi undangan bersiaran bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi.

Sepanjang 90 minit bersiaran, pelbagai topik serta pertanyaan dilayangkan oleh penyampai mahupun pendengar Suria FM sendiri kepada kedua-dua tetamu istimewa itu. Hampir kesemua soalan yang diajukan menjurus kepada si comel itu.

Pelbagai gelagat serta aksi bersahaja si comel itu dipertontonkan secara langsung di suria.tv yang boleh ditonton menerusi laman sesawang rasmi Suria FM, www.suriafm.com.my khas buat tontonan pendengar setia mereka.

"Dia tidak banyak ragam, kecuali jika dia lapar dan hendak tidur," kata Erra mengenai tabiat puteri sulungnya itu.

Benar seperti yang dikatakan oleh ibunya, Engku Aleesya tidak banyak ragamnya. Si kecil bermata bundar ini memerhati dan bertindak balas dengan keadaan sekeliling.

Bagaikan sudah terbiasa dikerumuni dan diperhatikan khalayak, dia tidak sedikit pun menunjukkan aksi kurang senang tatkala 'diusik' oleh kedua-dua penyampai tersebut.

Biarpun baru mencecah usia empat bulan, seperti ibu dan ayahnya, Engku Aleesya turut mewarisi 'kemahsyuran' kedua-dua selebriti itu.

Kemana sahaja dia dibawa pasti puteri comel berkulit cerah itu menjadi perhatian ramai.

Malah sejak dalam kandungan lagi ramai yang begitu teruja menanti kelahirannya. Malah, sesudah dilahirkan bertambah ramai yang setia menunggu kesediaan Erra dan suami merelakan wajah anak sulungnya itu dirakamkan.

Dilahirkan seberat 4.04 kilogram (kg) di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur pada 30 Mac lalu, Engku Aleesya kini hampir mencecah berat 8 kg.

Bertuah menjadi Engku Aleesya. Biarpun telah direncanakan rancangan pendidikan sempurna oleh ibu dan ayahnya, dia juga pada masa yangsama sudah mengumpul ribuan malah mungkin jutaan peminat menerusi program Gugu Gaga Erra.

Menariknya, program tersebut merupakan antara program yang cukup mendapat perhatian ramai di saluran Ria (saluran 104, Astro) ketika ini.

Selepas muncul di kaca televisyen, Engku Aleesya muncul pula sebagai tetamu undangan di radio, apa lagi selepas ini?

Erra dalam Andartu Terlampau

Tidak sah sekiranya bertemu Erra jika tidak menyingkap perihal aktiviti seni terbarunya.

Jelas Erra, dia bakal muncul dalam filem Andartu Terlampau terbitan syarikat milik pelakon Haliza Misbun.

Selain Haliza, pelakon lain yang terlibat termasuklah Awie dan Abby Abadi.

Kalau sudah ratu filem, yang bermain di fikiran sudah tentu Erra bakal muncul sebagai salah seorang pelakon utama. Tambah menarik, mungkinkah filem ini bakal mengubati kerinduan peminat apabila bertemu semula dengan Awie di lokasi filem yang sama?.

Belum sempat memanjangkan pertanyaan, pantas jawapan yang diberikan Erra, dia hanya muncul seketika dalam filem tersebut dan memulakan pengambaran semalam.

"Dalam filem ini, watak saya sebagai Markonah, seorang andartu (anak dara tua) yang tidak bijak merencana penampilan diri," katanya.

Dalam sisi lain, jelas Erra, dia baru sahaja habis menjalani pengambaran drama bersiri Mertua vs Menantu dan sebuah telefilem yang bakal ditayangkan di Astro pada hari raya nanti.

"Walau sibuk berlakon dan menguruskan perihal rumah tangga, sempat juga saya ke lokasi filem," kata Erra lagi.

Sedar tidak sedar, siri realiti yang memaparkan bagaimana pelakon jelita itu meniti hari-hari bergelar ibu bakal melabuhkan tirainya esok (11 Ogos).

Biarpun mencatat rating yang cukup memberangsangkan, jika sudah namanya rancangan realiti sudah tentu tidak dapat lari daripada pelbagai tanggapan negatif.

Malah, baginya adegan 'drama' dalam sesebuah rancangan realiti itulah yang mencantikkan lagi jalan ceritanya.

Pelbagai babak 'pergaduhan' antara Erra dengan Pembantu Peribadi (PA), Nor Azira Zakaria, 22, yang mengurusnya sejak tiga bulan lalu dipaparkan dalam rancangan itu.

Mengulas perihal adegan pergaduhan, kata Erra, ia merupakan 'drama' yang dihasilkan bagi menambah perisa dan mensensasikan lagi rancangan tersebut.

"Di luar negara ia bagaikan sudah di anggap biasa, namun tidak kepada masyarakat kita yang lebih sensitif kepada perkara-perkara negatif.

"Memang akan ada pro dan kontranya, nak tak nak kenalah bersedia menerima. Setidak-tidaknya Gugu Gaga Erra ini dapat dijadikan panduan kepada rancangan realiti lain seumpamanya.

"Dari segi rating, Alhamdulillah berjaya dan saya rasa Astro sudah memperoleh apa yang mereka mahukan daripada penerbitan program itu," kata Erra yang mempunyai kontrak setahun lagi sebagai wajah eksklusif Astro.

Erra antara nama-nama besar yang disenaraikan sebagai wajah eksklusif Astro selain beberapa artis lain antaranya Aaaron Aziz, Farid Kamil dan Lisa Surihani.

Namun, penampilan Erra lebih menonjol berbanding pelakon lain menimbulkan spekulasi kurang enak pelbagai pihak bahawa kononnya Astro 'memerah' kudratnya atas tiket populariti pelakon dan penyanyi kesayangan ramai itu.

Menolak dakwaan itu, kata Erra: "Saya tidak rasa diri dipergunakan sebab saya mematuhi kontrak dan mereka (Astro) tidak melanggar perkara yang ada dalam kontrak.

"Orang boleh bercakap macam-macam. Tetapi bagi saya dalam hubungan kontrak perlu ada give and take (timbal balas), kalau tidak susahlah nak buat kerja," kata Erra sebelum mengakhiri perbualan.

Pencarian gadis Melayu urban

Pencarian gadis Melayu urban


Wajah 12 finalis yang akan menyahut cabaran dalam program realiti musim baru, Gadis Melayu.


GADIS Melayu sinonim dengan paras rupa menawan, serta peribadi yang sarat dengan nilai dan budaya Melayu serta bersopan santun hingga mampu meruntun hati siapa sahaja yang memandangnya.

Namun, ada persepsi yang mendakwa itu gadis Melayu dahulu. Sesuai dengan era baru, gadis-gadis Melayu kini sudah berubah atau dilabel sebagai gadis urban!

Biarpun begitu, sebilangan besar gadis urban masih berpegang teguh kepada nilai-nilai gadis Melayu biarpun pada masa yang sama aktif, lasak, moden, berdikari dan berkeyakinan tinggi.

Atas kesedaran itu, TV9 kini mencari ikon gadis Melayu yang urban dalam rancangan Gadis Melayu 2.

Musim baru Gadis Melayu 2 yang mula bersiaran sejak 6 Ogos lalu pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam dikendalikan oleh Sharifah Shawati Syed Mohd. dan Juliana Evans.

Hasil daripada penjelajahan ke enam lokasi bermula di Johor, Pulau Pinang, Shah Alam, Perak dan Kuala Lumpur, 12 orang peserta bertuah yang mempunyai latar belakang yang berlainan berjaya dijejaki.

Mereka berjaya mengetepikan hampir 1,000 gadis lain yang turut sama menghadiri uji bakat itu.

Mereka ialah, Norfarizan Mohamad, Shazfinaz Hashim, Hafiza Bustanul Ariffin, Hazlin Hussain, Sharifah Jasmine Soraya Syed A. Jalil Jamalullail, Nadiah Adrianna Mohd Akbal, Putri Noor Nawal Ramlan, Rahimah Ibrohim, Robeaha Ramza, Siti Sharinnie Rizal, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin dan Raja Nor Juliana.

Rancangan realiti selama sejam ini memaparkan pelbagai aksi dan cabaran yang berbeza pada setiap minggu.

Cabaran-cabaran ini terdiri daripada penampilan diri, kecantikan, kebijaksanaan, keperibadian, kebolehan berkomunikasi, asas sains rumah tangga dan seni serta budaya.

Kesemua ini penting untuk memastikan pemenang benar-benar layak menjadi ikon kepada Gadis Melayu serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk mewarisi budaya dan tradisi orang Melayu.

Namun begitu, kelainan yang cuba ditonjolkan pada musim ini adalah elemen tradisional seorang gadis Melayu dan elemen moden bersesuaian dengan zaman sekarang.

Penerbit Rancangan Gadis Melayu 2, Shukri Ibrahim berkata, pencarian gadis Melayu pada kali ini bukan sekadar mengetahui budaya Melayu semata-mata, malah turut diuji dari segi kebijaksanaan, kreativiti, serta mempunyai pengetahuan am.

"Mereka juga akan diuji dengan pelbagai aksi lasak sesuai dengan ciri-ciri gadis Melayu zaman sekarang walaupun berpegang kuat pada adat ketimuran, mereka juga tegas, berkeyakinan dan serba boleh.

"Seiring dengan konsep baru TV9 yang lebih urban, pencarian Gadis Melayu pada kali ini mengutamakan aspek gadis Melayu yang kontemporari, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik di samping tidak mengabaikan tata susila dan keayuan sebagai seorang gadis Melayu," ujarnya pada sidang baru-baru ini.

Antara cabaran yang akan dilalui ialah, para peserta akan disediakan wang saku dan diminta untuk menyediakan masakan kampung.

Bagaimanapun, sekiranya wang tersebut tidak mencukupi, mereka haruslah pandai mencari dan memetik sendiri ulam-ulaman yang hendak disediakan.

Secara tidak langsung, tugasan ini akan menguji para peserta sama ada mengenali ulaman kampung atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, karakter merupakan perkara sebenar yang dicari dan kerana itu, para peserta haruslah memiliki karakter diri serta bakat dan personaliti tersendiri.

Dari segi pemarkahan untuk setiap tugasan yang diberikan, 50 peratus datangnya daripada undian penonton dan 50 peratus lagi akan dinilai oleh juri jemputan yang berbeza dalam setiap episod.

Tambah Shukri, antara perbezaan yang ditonjolkan pada musim ini, konsep imuniti diperkenalkan iaitu peserta yang berjaya memenangi cabaran pada episod itu akan dikecualikan daripada dibuang pada akhir rancangan.

Menurutnya, ia diwujudkan untuk menambah daya saing antara peserta dan menjadikan rancangan ini lebih menarik.

Mengukuh semula jenama Hot FM

Mengukuh semula jenama Hot FM


AHMAD IZHAM OMAR (kiri) dan Seelan Paul pada majlis malam apresiasi Hot FM, Fly FM dan One FM di ibu negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SELEPAS diumumkan berada di tangga ketiga dalam persaingan merebut jumlah pendengar oleh Nielsen Radio Audience Measurement pada Jun lalu, Hot FM kini menyusun strategi baru untuk mengukuhkan kembali jenamanya.

Melakukan beberapa perubahan membabitkan pengisian program di samping turun padang merapati pendengar, Hot FM bagaimanapun mengakui penurunan rating sedikit sebanyak memberikan hikmah kepada mereka.

Mengenal pasti kelemahan di samping perlu lebih kreatif dan fokus, ia membuatkan stesen radio milik Media Prima Berhad (MPB) ini bersemangat untuk kembali segar dalam trek persaingan.

Menurut Seelan Paul selaku Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, sebaik pengumuman diuar-uarkan dengan Hot FM berada di belakang Era dan Sinar FM, stesen radio itu pantas menjalankan kaji selidik untuk mencari punca serta kehendak pendengar.

"Pendengar mahukan sesuatu yang menarik. Namun, daripada hasil kajian yang dilaksanakan, kami mendapati bahawa tidak semua pengisian program perlu diubah.

"Rombakan jadual tugas penyampai radio juga tidak perlu. Masing-masing sudah cukup mantap dalam segmen tersendiri.

"Salah satu contoh perubahan jadual segmen yang dilakukan adalah program Fakta Atau Auta. Ia dipercepatkan dari pukul 7 pagi ke 6.50 pagi," katanya ketika ditemui pada malam apresiasi Rangkaian Radio Media Prima di ibu negara, baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan bagi meraikan warga kerja Hot FM, Fly FM dan One FM serta media itu turut dihadiri Ketua Rangkaian Radio Media Prima, Ahmad Izham Omar.

Hot FM sebelum ini dilihat sebagai pencabar utama kepada Era namun kedudukannya agak sedikit goyah dengan peningkatan Sinar FM.

Berada di kedudukan ketiga secara keseluruhannya, Hot FM bagaimanapun mengekalkan kedudukan nombor satu bagi segmen pendengar di bawah usia 35 tahun.

Hot FM juga mampu berbangga kerana slot pagi iaitu Hot FM AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail masih kekal sebagai program pagi terbaik.

Menyambung kata-kata, Seelan menjelaskan, di sebalik pengumuman kajian oleh Nielsen Radio Audience Measurement itu, pihaknya merasakan kejatuhan jumlah pendengar adakalanya bagus untuk sesebuah organisasi seperti Hot FM.

"Ia membuatkan kami lebih fokus dan kreatif. Tidak semestinya semua akan naik. Dalam soal ini, kami di Hot FM tidak perlu risau tentang apa yang stesen lain buat. Hot FM telah buat yang terbaik dan seharusnya kita perlu risau dan ambil berat tentang apa yang telah dilakukan,'' tegasnya.

Mengenai soal iklan pula, Seelan berkata, sektor pengiklanan Hot FM masih berada pada kedudukan yang baik.

"Jumlah pengiklan di Hot FM cukup bagus dan kami bukan hanya menawarkan segmen iklan semata tetapi mencari satu kaedah bagi membolehkan para pengiklan mencapai objektif masing-masing,'' jelasnya.

Ketika banyak stesen radio swasta beroperasi, Seelan bagaimanapun, gembira persaingan berlangsung dalam keadaan yang sihat.

Katanya, persaingan mampu memberikan keuntungan kepada pendengar apabila mereka dapat menikmati pelbagai variasi daripada kelainan setiap program yang ditawarkan oleh stesen radio.

"Persaingan memanglah sengit tetapi dalam konteks industri penyiaran radio, kami sememangnya saling bekerjasama untuk saling membangunkan antara satu sama lain.

"Dalam pada itu, radio bukan hanya bersaing sesama radio tetapi persaingan dengan teknologi penyiaran yang lain.

"Justeru, Hot FM juga sedang berusaha untuk mengemaskini penggabungan radio dan online. Elemen-elemen radio sudah mengalami revolusi. Sekarang ini adalah platform untuk menggunakan ruang udara, alam maya dan mobile,'' ujarnya.

Prestasi penyampai radio Media Prima

Sementara itu, Seelan ketika ditanya tentang prestasi penyampai radio terutamanya membabitkan penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan prestasi mereka serta warga kerja stesen radio lain.

"Fara dan Faizal nampak lebih agresif. Kieran juga bagus dan kelihatan mantap dengan gandingannya iaitu AG. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati,'' kata Seelan.

Menurutnya, Fly FM juga mencatatkan jumlah pendengar yang membanggakan iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus manakala One FM ketika awal kemunculannya sudah mengumpul lebih 300,000 pendengar.

Celcom ketengah pemuzik indie

Celcom ketengah pemuzik indie


Zalman Aefendy (berdiri, tengah) bersama 13 wakil kumpulan indie yang tercalon untuk membuat persembahan pada MTV World Stage Live In Malaysia 2009 yang bakal berlangsung di Sunway Lagoon Surf Beach, Petaling Jaya, Selangor pada 15 Ogos ini.


PENGARUH muzik yang di bawa oleh pemuzik mahupun penyanyi yang bergerak secara indie ternyata membawa perubahan besar terhadap perkembangan industri muzik tempatan.

Kehadiran mereka ternyata berjaya mengubah landskap dunia muzik tempatan hari demi hari.

Buktinya, kemasukan pemuzik dan artis luar bertali arus sebelum ini yang dicanang sebagai 'perampas' keistimewaan pemuzik mahupun penyanyi tempatan seakan memberi gambaran cerah arus muzik tempatan di masa depan.

Berpijak di bumi nyata, nama-nama seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, Estranged, Yuna dan Bunkface antara pemuzik dan penyanyi indie yang berjaya diketengahkan.

Malah, ada di antara mereka mencipta kejayaan dan sejarah tersendiri apabila berjaya memahat nama memenangi beberapa anugerah muzik tempatan.

Hakikatnya, masih ramai di kalangan mereka yang perlu diketengahkan sebagai pencipta dan pemuzik pelapis bagi memulihara senario muzik tempatan yang di lihat seakan kusam.

Membuka peluang dengan meluas, syarikat komunikasi terkemuka Celcom (Malaysia) Berhad menerusi jenama prabayarnya, Xpax mengambil pendekatan memperkenalkan 13 pemuzik indie yang bakal bersaing menerusi undian muat turun (download).

Saingan tersebut bagi merebut tiga tempat teratas melayakkan diri membuat persembahan pada MTV World Stage Live In Malaysia 2009 yang bakal berlangsung di Sunway Lagoon Surf Beach pada 15 Ogos ini bermula pukul 6 petang.

Mereka terdiri daripada Pesawat, Silver Gum Superman, O-Two, Rock Star, Yakamashii, Sugar Love Cookies, Diary, The Closed, Abstrak Hingga Ke Bulan, Bite Me Butterfly, Roti Band, Static dan Angelica.

Biarpun ramai di antara mereka yang kurang dikenali, Celcom tidak menjadikan faktor populariti sebagai kekangan.

Naib Presiden Kanan Celcom Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, 13 kumpulan berkenaan adalah antara 550 pemuzik indie yang bergerak secara bebas di negara ini.

"Mereka ini disenaraikan oleh MTV bagi menyertai program ini. Kebanyakan daripada mereka boleh dikatakan masih mencari-cari peluang ditonjolkan dan bertapak dalam industri hiburan.

"Daripada jumlah tersebut, tiga kumpulan yang mendapat undian muat turun tertinggi bakal beraksi pada MTV World Stage Live In Malaysia 2009 nanti.

populariti

"Bagi kami, populariti bukan keutamaan. Sesiapa sahaja yang dirasakan layak, kami beri peluang untuk diketengahkan," katanya ketika ditemui pada sidang media kempen undian muat turun Call Me Tone (CMT) di Menara Celcom, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kempen yang berlangsung selama sebulan bermula 10 Julai lalu membuka peluang kepada pelanggan CMT memilih kumpulan indie pilihan mereka menerusi laman sesawang www.channelx.com.my sehingga 10 Ogos ini.

MTV World Stage Live In Malaysia 2009 menampilkan bintang-bintang terkemuka antarabangsa antaranya Hoobastank, Boys Like Girls, Pixie Lott, Raygun, Kasabian dan The All-American Rejects.

Menariknya, persembahan bakal dimeriahkan lagi oleh kumpulan indie popular, Estranged.

"Sebagai penyiar rasmi MTV World Stage 2009, Xpax merupakan inisiatif kami dalam mengetengahkan bakat pemuzik dan penyanyi indie menerusi Channel X. Menerusi peluang sebegini, muzik indie tempatan mampu bersinar di persada antarabangsa.

"Muzik dan generasi muda adalah sinonim. Menjadi jenama eksklusif di kalangan remaja, Xpax sentiasa melihat pelbagai platform hiburan dalam mengeratkan lagi hubungan kami dengan pelanggan yang terdiri di kalangan generasi muda.

"Menerusi inisiatif sebegini, pelanggan kami boleh memutuskan siapakah di kalangan 13 pemuzik indie yang berpeluang membuat persembahan pada acara antarabangsa itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly pula.

Pelanggan Xpax boleh menebus dua pas percuma menyaksikan persembahan tersebut di mana-mana cawangan Axcess. Caranya mudah sahaja, hantarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip REGMTV ke 28881.

Sebaik menerima SMS pengesahan, pelanggan hanya perlu membeli isian semula (reload) RM50 untuk mendapatkan pas percuma.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.channelx.com.my atau www.celcom.com.my/broadband.

Ernie Djohan tidak percaya botox

Ernie Djohan tidak percaya botox


WAJAH terbaru Ernie Djohan.


PADA tahun 1965, lagu Teluk Bayur nyanyian Ernie Djohan dari Indonesia begitu masyhur sehingga menarik perhatian peminat seni Malaysia dan Singapura ketika itu.

Kelembutan suara penyanyi itu serta liriknya yang penuh makna membuat lagu itu mudah popular

Lagu yang menguji ketabahan dan kesetiaan hati seorang kekasih itu mencipta kejayaan tersendiri buat Ernie.

Sejak lagu itu sering ke udara dan sekali gus membuatkan Enie dikenali sehingga membawanya ke luar negara.

Ernie bukan sahaja diundang menyanyi di Malaysia dan Indonesia, bahkan Teluk Bayur membawa Ernie belayar jauh hingga ke Eropah.

Sebetulnya, tuan punya badan juga seperti terpana gara-gara Teluk Bayur mencetus fenomena yang bukan kecil.

Teluk Bayur ujar Ernie, bukan lagu cinta yang klise yang mendorong para kekasih merayu kasih atau cinta.

Sebaliknya, lagu berkenaan merupakan teman kepada kekasih yang akan ditinggalkan sepanjang menuntut ilmu jauh dari mata.

"Saya sendiri tidak sangka lagu itu mendapat sambutan. Apabila mengadakan persembahan di Singapura, lagu itu mesti yang pertama diminta.

"Kiranya Teluk Bayur bukan sahaja telah mempopularkan saya malah ia memang satu-satunya lagu yang amat dekat di hati saya.

"Disebabkan lagu itu jugalah saya menjadi artis Indonesia yang pertama merakamkan album di luar negara iaitu Singapura," cerita Ernie, 58, dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun Teluk Bayur sudah berusia 44 tahun, tetapi ia masih tetap segar dan sentiasa dirindui ramai.

Teluk Bayur yang menerima anugerah Golden Record kerana populariti dan jualan albumnya yang tinggi bukan sahaja telah mempopularkan ibu kepada dua orang anak, Achyat Iman Zacharias, 37, dan Shanna Danlela, 32, malah ia juga telah memberi peluang merakamkan album di Belanda.

Ernie yang menjelajah Eropah sebanyak lima kali kerana lagu itu, ditawarkan merakamkan album dengan Syarikat Rakaman Philips di Belanda.

Menurut Ernie, sebelum merakamkan lagu tersebut pada tahun 1965, dia sebenarnya telah merakamkan album pada tahun 1962 dengan album pertamanya, Suria Gemilang terbitan Allahyarham Saiful Bahari.

Kini walaupun usianya hampir mencecah 60 tahun, Ernie masih tidak putus daripada menerima undangan menyanyi di luar negara.

Malah pada tahun 2007, ketika Eropah menyambut hari kemerdekaannya , Ernie diundang mengadakan persembahan di Geneva.

Kini selain aktif menerima undangan mengadakan persembahan pentas, nenek kepada lima orang cucu itu juga memenuhi masa lapangnya dengan melukis.

"Sejak Disember tahun lalu, saya mula meminati melukis dan ada beberapa yang saya telah hasilkan.

"Sebagai penyanyi kita menghiburkan peminat dengan lagu-lagu, tetapi sebagai pelukis kanvas menjadi teman saya mencurahkan rasa hati saya di kanvas. Warna menceritakan segala-galanya di samping lukisan yang kita zahirkan," kata Ernie yang baru merakamkan lagu Kuda Hitam dan Panti Asuhan bersama sebuah syarikat rakaman di Singapura.

Menyentuh mengenai kecantikannya yang masih tidak pudar walaupun usia sudah lebih separuh abad, tanpa teragak-agak Ernie memberi petua:

"Syukur Alhamdulillah dalam usia begini saya masih sihat. Rahsia menjaga kesihatan saya amat mudah, kena amalkan minum air kunyit untuk mencuci darah, kurangkan makan daging dan semangat mesti kuat."

Ernie yang juga anak keempat daripada lapan beradik berkata, walaupun kini pelbagai pembedahan kosmetik boleh dijalani dan macam-macam suntikan untuk tampak muda tetapi dia lebih suka pentingkan kesihatan.

"Saya tahu sekarang macam-macam ada, cucuk botox atau segalanya. Tetapi saya tidak mahu itu semua. Saya mahu lalui hari tua dengan tenang, aman dan sihat.

"Saya kadang-kadang hairan, manusia mahu hidup lama tetapi tidak mahu kelihatan tua, kenapa? Bagi saya dulu saya sudah pernah merasai saat muda, kini biarlah saya lalui hari tua seperti yang telah ditetapkan Tuhan," kata Ernie sambil tersenyum.

Dulu harapan kini terbaik

Dulu harapan kini terbaik


AFDLIN menjadi figura tumpuan malam FFM22 apabila pulang dengan anugerah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.


BIASANYA penerima anugerah bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem Festival Malaysia terdiri daripada pelakon yang sudah gah dan berpengalaman dalam industri perfileman.

Sekadar menyebut beberapa nama primadona filem yang pernah memegang gelaran itu termasuklah Fauziah Datuk Ahmad Daud, Erma Fatima, Vanida Imran, Ida Nerina dan Nasha Aziz. Namun, Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang berakhir Sabtu lalu memberikan skrip cerita yang sangat menarik.

Berbeza daripada selalunya gadis comel Liyana Jasmay diangkat FFM22 sebagai pemenangnya menerusi filem Papadom.

Menariknya, Liyana mengecapi kejayaan itu hanya selepas tiga tahun dia pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Harapan.

Pada tahun 2006, menerusi filem Castello, lakonan hebatnya berjaya meletakkan nama Liyana dalam calon Pelakon Wanita Harapan. Bagaimanapun dia tewas kepada Carmen Soo yang cemerlang dengan filem The 3rd Generation.

Kali ini menerusi Papadom Liyana memenangi gelaran paling diimpikan setiap pelakon dengan menewaskan Nabila Huda, Sharifah Amani, Heliza Helmi dan Nadia Mustafar.

Liyana yang ditemui sejurus majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah itu berakhir mengakui, dia terkejut dan tidak menyangka akan meraih anugerah dalam kategori yang dianggap antara yang terbesar dalam karier seorang pelakon. Apatah lagi, saingannya terdiri daripada mereka yang hebat.

"Semasa nama saya tercalon lima teratas, saya sudah cukup gembira dan bila nama saya disebut sebagai pemenang saya kaku sekejap kerana tidak sangka akan menang. Bagi saya saingan hebat saya ialah Nabila, tetapi yang lain pun bagus juga," katanya.


PEMENANG FFM22 (dari kiri) Afdlin, Datin Orked (mewakili Yasmin), Liyana, Salina Saibi, Syed Ahmad dan Gayatri Su-Lin.


Namun, apabila menggenggam anugerah yang menjadi idaman ramai pelakon wanita tiba-tiba sahaja terdapat satu beban berat yang terpaksa dipikul oleh Liyana, tambahan usianya baru saya menginjak ke angka 21 tahun.

"Sebenarnya bila menang anugerah ini, saya memikul beban dan tekanan yang berat. Ini disebabkan banyak pihak akan meletakkan harapan yang tinggi terhadap lakonan saya selepas ini.

"Mesti ramai orang beranggapan lakonan saya selepas ini akan lebih bagus dan saya tidak boleh membuat kesalahan. Itu yang membuat saya takut tetapi saya cuba memberikan yang terbaik pada masa hadapan," ujarnya.

Tambah Liyana, kemenangannya berkemungkinan besar disebabkan keserasian antaranya dan Afdlin sebagai bapa dan anak dalam filem Papadom meskipun filem tersebut merupakan gandingan pertama kali Liyana bersama Afdlin.

"Papadom sangat istimewa buat saya kerana watak saya sebagai Mia Sarah sebenarnya merupakan watak sebenar kepada anak perempuan abang Afdlin.

"Wataknya ringan dan ceria, berbeza dengan filem lakonan saya sebelum ini yang lebih berat dan gelap. Ceritanya juga santai dan apabila melihat abang Afdlin bersungguh-sungguh di set penggambaran, secara semula jadi saya terus menjadi anaknya. Kasih sayang itu yang lahir di skrin,

"Bagi saya watak yang paling ringkas sebenarnya paling sukar untuk saya lakonan dan meskipun sebelum ini filem lakonan saya berat tetapi saya menang anugerah melalui filem yang ringan. Tidak semestinya hanya filem berat yang akan menang anugerah," tuturnya.

Promosi awal Papadom


KEMENANGAN besar Papadom bagaikan satu promosi terbaik sebelum memecah panggung 8 Oktober depan.


Bercakap mengenai filem Papadom yang menang besar menerusi kategori Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Cerita Asal Terbaik, Liyana mahupun Afdlin sama-sama terkejut kerana mereka menyangka filem Talentime akan menguasai pentas FFM22.

"Sebagai seorang pelakon dalam filem Papadom saya turut berbangga dan gembira dengan kejayaan yang diraih. Seluruh tenaga kerja yang terlibat dalam filem ini pasti sangat seronok seperti saya juga.

"Saya percaya jika kita buat sesuatu kerja dengan ikhlas pasti dan bukannya mengejar populariti pasti ia akan membawa pulangan yang baik," jelasnya yang anggun bersama busana pereka terkenal Jovian Mandagie.

Bagi pengarahnya pula Afdlin yang turut menerima anugerah untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menyifatkan kemenangan dalam FFM22 merupakan yang terbesar kerana sebelum ini dia tidak pernah memenangi kategori Filem Terbaik.

Kemenangan berganda yang diperolehnya membuatkan Afdlin sebak ketika menerima anugerah terakhir.

Afdlin menjelaskan filem Papadom begitu dekat dengan jiwanya kerana dibikin berlandaskan pengalaman sebenarnya sebagai seorang bapa.

"Terkenangkan arwah Yasmin, meskipun tidak rapat, kami pembikin filem sentiasa menghubungi antara satu sama lain. Saya sangka Yasmin akan menang. Tidak sangka Papadom yang sangat dekat dengan jiwa saya sendiri akan menang besar. Itu yang menyebabkan saya sebak," katanya.

Bagaikan mendapat promosi awal memandangkan filem Papadom akan memecah panggung pada 8 Oktober depan, kata Afdlin filem itu dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai seorang bapa yang sibuk dengan kerja dan kurang menghabiskan masa bersama keluarga.

"Hampir tiga tahun saya kurang masa dengan keluarga kerana terlalu fokus pada kerja. Suatu hari kami pergi bercuti dan sebagai seorang bapa yang ada anak perempuan, saya terfikir apa akan jadi jika isteri saya sudah tiada. Adakah saya akan berhenti menjadi pengarah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak saya.

"Itu yang lahirnya idea untuk membikin Papadom kerana ia adalah cerita diri saya sendiri. Saya tidak rasa bersalah meninggalkan anak-anak untuk bekerja kerana saya bekerja pun untuk keluarga begitu juga dengan bapa-bapa yang lain. Tetapi saya bertuah kerana mempunyai isteri yang begitu faham dengan diri saya.

"Cuma sebagai seorang bapa termasuk saya, mereka tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak terutama anak perempuan. Sebab itu dalam filem ini bermacam-macam cara pelik yang dilakukan seorang bapa demi memastikan anak perempuannya selamat dan gembira walaupun cara itu salah," ujarnya.

Walaupun telah memenangi banyak anugerah dalam FFM22, pengarah, pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal itu masih mengidamkan kemenangan dalam kategori Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh arwah Yasmin Ahmad menerusi filem Talentime.

"Sebelum ini saya pernah menang bagi kategori Pengarah Harapan dan kali ini Filem Terbaik tetapi satu lagi anugerah yang belum menang dan saya nak sangat menang ialah Pengarah Terbaik," tuturnya penuh serius.

Apa kata pemenang

Apa kata pemenang


SALINA SAIBI Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Bohsia)


FESTIVAL Filem Malaysia Ke-22 melabuhkan tirai dengan seribu satu cerita di negeri di bawah Bayu Sabah. Dengan rata-rata pembahagian trofi dan anugerah nampak setara apabila Papadom dan Talentime pulang dengan lima kemenangan, beberapa filem lain seperti Setem, Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam, Cicakman 2 dan Histeria tidak pulang dengan tangan kosong.

Jom ikuti apa kata pemenang selain corat-coret yang sempat dirakamkan wartawan Haryati Karim sepanjang berkampung di Kota Kinabalu.

SALINA SAIBI Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Bohsia)

“Selama lapan tahun bergelumang dalam dunia lakonan dan telah berlakon ratusan drama, ini kali pertama saya berlakon filem, tercalon dan menang anugerah. Mula-mula tercalon pun macam tidak percaya dan memang tidak jangka menang sebab saya bukannya popular.

“Bila menang memang terkejut sangat. Rasa berbaloi apabila semua penat lelah dihargai, saya harap dengan kemenangan saya ini lebih ramai orang sedar akan bakat yang saya miliki,” katanya.

SYED AHMAD FAIZAL Skor Muzik Asal Terbaik (Papadom)

"Sebelum ini saya pernah menang di anugerah Oskar tetapi ini kali pertama saya menang di FFM. Apabila menang pastinya gembira dan terharu kerana hasil kerja dihargai.

"Saya hanya bekerja di belakang tabir tetapi masa majlis anugerah saya buat persembahan bersama Afdlin dan Rashidi dengan lagu tema filem Setem, harap suka dengan hasil kerja saya selepas ini."

ZAHIRIL ADZIM Pelakon Harapan Lelaki (Kami The Movie)

"Saya tidak sangka pertama kali berlakon terus menang anugerah. Saya jangkakan untuk menang sesebuah anugerah selepas dua atau tiga tahun berlakon.

"Alhamdulillah perjalanan seni saya dipermudahkan dan saya gembira serta sedar saya perlu lakukan yang lebih baik kerana anugerah ini umpama motivasi diri saya."

JACYLN VICTOR Pelakon Wanita Harapan (Talentime)

"Walaupun tidak mahu berlakon pada mulanya, tetapi saya mencuba juga yang terbaik. Syukur saya diberi satu anugerah yang saya rasakan cukup besar. Lakonan bidang baru bagi saya, itu satu kejutan apabila menang."

ORKED WAKIL ARWAH YASMIN AHMAD Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik (Talentime)

"Ini yang diimpikan oleh kakak saya. Dia buat filem bukan untuk terima anugerah tetapi untuk menggembirakan hati emak dan abah. Filemnya menonjolkan kehidupan yang sebenar dan menyentuh perasaan.

"Saya berharap semua orang dapat maafkan kesilapan kakak jika dia ada buat silap dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman."

GAYATRI SU-LIN PILLAI (PENERBIT EKSEKUTIF TAYANGAN UNGGUL) Papadom/Setem/Histeria

"Kemenangan filem-filem terbitan Tayangan Unggul membuktikan kami memberi kualiti di samping hiburan. Selepas filem Kala Malam Bulan Mengambang, kini tiba giliran Papadom, pastinya saya rasa gembira.

"Harap dengan kejayaan Papadom di FFM22, ia akan meningkatkan keterujaan penonton untuk menonton filem ini yang akan ditayangkan pada 8 Oktober depan."

MARIANI ISMAIL Pelakon Veteran Wanita

"Kalau pun tidak dapat anugerah ini, saya tetap akan berlakon kerana dunia seni sudah menjadi darah daging saya.

"Anugerah ini sepatutnya diberi setiap tahun kepada pelakon lama sebab ia memberi pengiktirafan dan penghormatan atas pengorbanan yang dilakukan oleh penggiat seni."

Konsert tak berbaloi-baloi

Konsert tak berbaloi-baloi


KID menjadi figura penting apabila membuat kemunculan semula dalam konsert ini.


RASA kecewa yang tidak boleh dinafikan, itulah luahan kebanyakan penonton yang hadir menyaksikan konsert penutup, Konsert Di Awan Biru kumpulan rock terkenal, Search baru-baru ini.

Melodi Fantasia Bulan Madu sebagai lagu terakhir berlalu begitu sahaja dan sekitar 25,000 penonton melangkah pulang dengan rasa penuh hampa terhadap ambien konsert terutamanya jika menyentuh aspek sistem bunyi yang disediakan pada malam Sabtu lalu.

Lantas ia menimbulkan tanda tanya, apakah ertinya tagline promosi konsert yang menggunakan ayat berbaloi-baloi?

Debaran pada awal konsert dan wang ringgit yang disediakan bagi konsert berkenaan disifatkan tidak berbaloi untuk sebuah pengharapan yang diletakkan setinggi gunung terhadap penampilan Amy, Nasir, Yazit, Din dan Hillary.

Apatah lagi kelewatan yang menjadi ritual tradisi Search masih berlaku pada malam tersebut dan kali ini dikatakan terjadi ekoran kesukaran meloloskan diri memasuki kawasan acara kerana parkir kereta yang berlapis-lapis.

Faktor utama penyumbang rasa tidak puas hati tertumpu kepada sistem bunyi yang dikatakan mencacatkan hampir keseluruhan konsert tersebut. Ditambah pula dengan pemilihan lagu yang tidak 'mesra bunyi' bagi peminat yang rata-rata mengharapkan lagu hit mereka.

Mungkin peminat setia kumpulan ini boleh menyanyikan lagu-lagu seperti Paranoid, Gadis Ayu dan Hello Kawan tetapi mereka mengharapkan sesuatu yang lebih dan boleh dinyanyikan bersama. Lagu-lagu yang dirasakan mempunyai rasa yang lebih menangkap sukma.

Ada segolongan pemuzik yang menghadiri konsert tersebut juga menganggap kemunculan Amy tidak seghairah dan energetik seperti dahulu.

Ini ditambah pula dengan kes lupa lirik dan kebanyakan nada tinggi diserahkan kepada audiens untuk dilagukan. Taktik lama, kata mereka.

Selepas 'gorengan' solo gitaris kedua Search, Din untuk lagu Balada Pemuzik Jalanan 'hancur' dek kerana masalah putus bekalan elektrik, kemunculan Kid selaku gitaris undangan boleh dikatakan antara pengundang seri kepada kesuraman malam tersebut.

Walaupun gorengan Kid pada bahagian awal lagu tidak kedengaran, namun mujur persembahan Kid untuk lapan lagu seterusnya tidak mengecewakan kerana berjaya mencuri perhatian seluruh konsert.


BERUSAHA untuk memberikan yang terbaik, tetapi malangnya segalanya bagaikan serba tidak menjadi.


Permainan gitar Hillary masih seperti selalu, bersih walau sedikit gelincir pada intro lagu Gothic Malam Edan. Yazid dan Nasir, seiring usia, mereka membawakan tenaga secara individu.

Satu hal lagi yang mendorong kepada rasa kecewa penonton terutamanya mat-mat rock yang hadir dengan gaya rock mereka adalah imej yang dipertontonkan oleh Search kali ini. Rata-rata merasakan stail mereka tidak segah nama yang dibawa 28 tahun. Mereka boleh bergaya lebih daripada itu.

Cuma kalau boleh diberikan satu anugerah untuk stail rock berjaya malam itu adalah kepada Din yang memenuhi cita rasa mat rock. Kasut dan bandana yang menonjolkan identiti jiwanya masih setia dipakai oleh Din.

Di sudut hati yang dalam, rata-rata peminat fanatik Search mengharap akan ada sebuah konsert lain yang dapat menebus rasa kecewa mereka terhadap grup tersebut.

Tidak perlu promosi yang terlampau, cukup hanya dengan penyediaan konsert yang serba sempurna daripada aspek bunyi dan persembahan jiwa Search yang 100 peratus. Itu sahaja.