Tuesday, August 11, 2009

HIBURAN : SELASA 11 OGOS 2009


Kemenangan bersejarah Afdlin
PELAKON dan pengarah Afdlin Shauki merupakan finalis dalam FestivalFilem Malaysia ke-22 ( FFM22 ) yang paling banyak menggondol anugerahpada malam kemuncak festival itu di Dewan Cancelor, Universiti MalaysiaSabah, Kota Kinabalu, Sabah malam Sabtu lalu.

Juri terikat peraturan penganjur?
KRITERIApencalonan dan penjurian merupakan aspek yang paling penting bagimengangkat sesuatu calon itu memenangi sesebuah kategori yangdipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia ke-22 ( FFM22 ).


Laporan Panel Juri Filem Cereka
FESTIVALFilem Malaysia ke-22 (FFM22) menyaksikan 26 filem cereka bertandingmenyaksikan jumlah penyertaan kategori itu yang terbesar sepanjang iadianjurkan setakat ini.


Bijak sembunyi cinta
DUAtahun lamanya mereka menganyam buih-buih cinta secara diam-diam,akhirnya, 7 Ogos lalu menjadi detik paling manis buat dua insan iniapabila disatukan dengan ikatan pernikahan.


Oasis terajui Ramadan di Astro
MENJELANGRamadan yang dijangka disambut pada 22 Ogos ini, stesen televisyenantara yang sibuk mengatur strategi bagi menyemarakkan bulan yang muliaitu.


Nama Reo hadir dalam mimpi
RONAbahagia dan gembira terpancar pada wajah manis Rusdi Ramli saat bertemudengannya di rumah ibu mertuanya yang terletak di Taman Melawati, UluKelang, Selangor minggu lalu.


Antara dua dunia Siti
DALAMdiam tak diam, sudah lima tahun dia menggalas tanggungjawab sebagaiDuta Yayasan Jusco Malaysia di bawah kempen With All Our Hearts yangdiinisiatifkan oleh AEON Co. (M) Berhad (AEON).


Komedi yang menyenangkan
DUAbuah filemnya terdahulu bukan sahaja memberikan kelainan daripada aspekpendekatan naratifnya tetapi juga kelainan daripada stailpersembahannya.


Mengejar populariti bukan niat mereka
MEMASUKI dunia hiburan, elemen popular sememangnya amat diperlukan olehmereka yang bergelar insan seni. Dilabel sebagai mereka yang seringdiperhatikan, namun, pada satu peringkat, ada segelintir artis tidaklagi memikirkan soal populariti dan hanya fokus kepada kerjaya dengancara tersendiri.







Suara 'ajaib' seorang lelaki
Sebuah konsert dengan kesederhanaan membumbui segenap ruang pentas. Iaadalah sebuah konsert yang lengkap dengan perisa, ada manis, suka danduka yang dilontarkan melalui lagu dan muzik


Barack Obama versi wanita
WALAUPUN filem Hisss masih belum menemui peminat di layar lebar, namunpemegang watak utamanya yang juga aktres jelita Bollywood, MallikaSherawat sudah bersiap sedia untuk 'mencipta' kontroversi agar namanyaterus menjadi buah mulut peminat.


Bukan takut watak gay
ADAsebab rupa-rupanya bintang kacak Bollywood, Saif Ali Khan engganterlibat dalam filem arahan Karan Johar yang berjudul, Dostana .








Tetap kejar impian
SEKALImelangkah ke dalam dunia hiburan, setiap sisi baik mahu pun buruk yangbakal terjadi perlu diharungi dan diterima seadanya. Bukan masanya lagiuntuk berundur ke belakang kerana kehidupan mendatang harus dilaluitanpa sebarang penyesalan di hati.

Usah terburu-buru pikat orang luar
TIDAKsemua filem yang dihasilkan oleh produksi tempatan sesuai untuk pasaranantarabangsa, justeru penerbit tidak seharusnya terdesak untuk menjualfilem tempatan di pasaran antarabangsa.

10 program TV melalui telefon bimbit peribadi
HANYAmenekan satu butang saja, segala maklumat boleh sampai dalam masabeberapa saat, itulah yang dikatakan teknologi mampu mengubah gayahidup terkini dan pastinya tidak akan terlepas dirasai semua individu.

'Tak tutup peluang artis tempatan'
SETIAPkali ada artis dari luar negara membuat persembahan atau konsert dinegara ini, pasti akan kedengaran laungan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang begitu menjaga kebajikan artis tempatan. Bukansaja mereka, malah ada juga artis tempatan yang memprotes tindakansesetengah pihak yang begitu kerap menaja konsert sebegini. Dan antarapihak yang terkena tempiasnya adalah syarikat telekomunikasi.

Upin & Ipin dapat pengiktirafan lagi
FILEMGeng: Pengembaraan Bermula.. mendapat satu lagi pengiktirafan bertarafglobal apabila meraih kejayaan bagi kategori Anugerah Pilihan Penontondi Festival Filem Untuk Kanak-Kanak Antarabangsa, Indonesia (KidsFest2009) baru-baru ini.

SinarFm semakin menyerlah
TIADAyang baru, pastinya tiada yang lama namun nostalgia lagu retro dan rockdi awal tahun 70-an dan 80-an masih segar dalam ingatan pencinta muziktanah air namun Konsert R&R Sinar di Tapak Ekspo Seberang Jaya,Pulau Pinang baru-baru ini menjadi bukti segalanya.

Mohon restu Rahah
WALAUPUNpertemuan dengan Tun Rahah Mohd Noah, isteri bekas Perdana Menterike-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bersama pengarah, penulis skrip danpelakon Muzikal Tun Abdul Razak di kediamannya berlangsung cumaseketika, namun ia tetap menjadi pertemuan cukup bermakna buat merekayang menjayakan muzikal yang bakal dipentaskan bermula 16 Ogos ini.

Cari kekasih baru demi Hujan
DEMIcinta ada kalanya manusia sanggup mengharungi lautan gelora danmerentas onak duri. Betapa hebatnya kuasa panahan cinta hingga ada diantara kita sanggup mengenepikan apa saja termasuk keluarga demimempertahankan apa saja yang dihajati.

Percikan glamor
KEHADIRANlebih 600 delegasi terdiri daripada selebriti dan karyawan seni kenegeri yang menerima jolokan sebagai Negeri di Bawah Bayu, Sabtu lalumelakar satu sejarah baru dalam diari penganjuran Festival FilemMalaysia (FFM).

Dengarnya... Muak sikap tidak profesional artis
ENTAHkenapa, sehingga kini Cik Normah rasa penyanyi wanita yang seorang initak pernah rasa serik dengan perbuatannya yang memang suka menyusahkanorang. Dulu, sewaktu awal-awal kemunculannya di persada seni tanah air,perangainya tak adalah seperti itu. Tapi, makin lama menyanyi, CikNormah lihat dia semakin hilang kawalan. Bukan saja perangai tapi CikNormah rasa pemikiran dia pun kadang-kadang tak stabil. Banyak sangataduan yang Cik Normah dengar sejak kebelakangan ini.

Dengarnya... Mawi, Faizal berentap musim raya
WALAUPUNbulan puasa belum pun bermula, tetapi ramai juga kalangan peminat senihiburan sudah mula mencongak untuk menonton filem Melayu mana padaAidilfitri ini. Alah biasalah, tiba saja musim raya, mestilah ramaiyang hendak berkunjung ke pawagam, kononnya merehatkan minda padasuasana yang lebih tenang dan santai. Tak payah fikir fasal kerja, kan?

Dengarnya... Lagu pop cemari ceramah di radio
MINGGUlalu, Cik Normah didatangi beberapa rakan yang nampak berkerut semacammuka mereka. Pada mulanya Cik Normah ingat ada saudara mara mereka yangditimpa musibah, dihinggapi demam yang bukan-bukan atau paling tidak,ada kawan hendak kutip hutang. Tapi takkan sampai dua tiga orang sekaligus?

Panel TV: Pengisian AC? lebih segar, mantap
DARIPADAAC Di Sini kepada AC? adalah format terbaru program hiburan terbitanAstro Ria bagi musim terbaru. Dalam diam akhirnya program bual bicaraitu sudah memasuki musim keenam yang akan memulakan siaran pertamanyapada 7 Ogos lalu setiap Jumaat jam 9 malam.







Mimi kerja keras
MENIMBA pengalaman lebih dua tahun dalam bidang lakonan banyakmengajar pelakon muda, Mimi Rahzia Tamin, 27, belajar kehidupanbergelar anak seni. Jika dihitung, dua tahun masih dianggap mentahuntuk pelakon baru mencipta nama dan populariti.

Hilangnya dua seniman rakyat
HANYA berselang dua hari, masyarakat Indonesia dikejutkan dengankematian dua insan seni yang cukup dikenali. Lebih menarik,kedua-duanya dikebumikan di tempat sama, di belakang Bengkel Teater diDepok, Jawa Barat.

Keluarga segalanya
DI kala namanya memuncak di persada seni tanah air, Dayangku Intanmemilih untuk berumah tangga. Ternyata, ia langkah tepat buatnyaapabila perkahwinan dibina bersama Rosman Yahil kira-kira 26 tahun lalumasih kekal dan dikurniakan empat anak.

Hunny tunjuk buktiMELIHAT kepetahannya mengacarakan Quickie di 8TV setiap hari padajam 11.30 malam, tentu ramai beranggapan gadis manis ini tidak lancarberbicara dalam bahasa Melayu.

Michael ‘hidup’ di Wisma Bentley
TIADA lagi aksi tarian robot dan moonwalk yang menjadi identiti RajaPop, Michael Jackson (MJ). Namun sejak kematiannya pada 25 Jun lalu,lagu popular Jackson kembali dirindui peminat begitu juga album lamanyadicari hingga jualan mencatat angka 4 juta selepas kematiannya.

SOSEH SOSEH: Pengarah dulu gagah kini lembut
BARU-baru ini, seorang rakan SS sempat menghadiri satu majlispengumuman. Apa majlisnya, biarlah menjadi rahsia SS. Apa yang pasti,rakan SS itu terkejut melihat gaya seorang 'pengarah' filem yang sudahsemakin 'lembut' berbanding ketika pertama kali bersua.

SOSEH SOSEH: Orkes Nirwana mangsa penganjur
SIKAP sambil lewa dan tidak bertanggungjawab penganjur persembahanpentas terus menghampakan peminat tanah air. Bagi mereka yangmementingkan kepuasan, tentunya mengharapkan sistem bunyi yang baiksupaya lagu disampaikan berkualiti dan memberi kepuasan kepada penonton.

Berdikari capai cita-cita
DUA tahun selepas keluar dari Akademi Fantasia musim kelima (AF5),Nur Aswad Jaafar, 29, tetap gigih merencana kerjaya seni. Malah Aswadkini sudah belajar erti hidup berdikari.

Anggota Butterfly jadi mahasiswi
'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu'.Peribahasa itu tepat menggambarkan rezeki yang diterima empat gadisremaja yang menggelarkan diri mereka Butterfly apabila berpeluangmelanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Misi besar AswadSTATUS suami bukan penghalang buat bintang yang digilap dari programrealiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Muhammad Nur Aswad Jaafar,29, untuk mengukuhkan namanya di persada seni tanah air.

Mengejar populariti bukan niat mereka

Mengejar populariti bukan niat mereka


Yasheedah Yashaiya memberi penjelasan kepada dari kiri AC Mizal, Aaron Aziz, Afdlin Shauki dan Awie mengenai koleksi terbaru Habib Jewels.


MEMASUKI dunia hiburan, elemen popular sememangnya amat diperlukan oleh mereka yang bergelar insan seni. Dilabel sebagai mereka yang sering diperhatikan, namun, pada satu peringkat, ada segelintir artis tidak lagi memikirkan soal populariti dan hanya fokus kepada kerjaya dengan cara tersendiri.

Bagi mereka, zaman mengejar populariti sudah lama berlalu dan kini adalah zaman untuk menstabilkan kehidupan.

Begitulah yang diperkatakan oleh penyanyi rock terkenal tanah air, Awie, kepada wartawan ketika ditemui pada sesi promosi cincin Agate koleksi Pahlawan, Habib Jewels Sdn. Bhd., di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Ujar Awie, selepas 23 tahun berada di pentas seni, dia enggan memikirkan pengaruh populariti atau publisiti.

Pada usianya yang kini menginjak 41 tahun, apa yang memerlukan tumpuannya ialah masa untuk menuai hasil kerja kerasnya selama ini.

"Ketika ini juga, ada beberapa perkara yang melingkari hidup saya yang tidak memerlukan publisiti.

"Meskipun tidak perlu populariti, tetapi saya bersyukur kerana kerja saya masih berjalan seperti biasa,'' katanya.

Selain Awie, sesi promosi cincin Agate itu turut dihadiri rakan seperjuangannya iaitu Afdlin Shauki, Hans Issac, AC Mizal dan Aaron Aziz.

Kelima-lima mereka merupakan antara artis lelaki bertuah kerana terpilih untuk 'dihadiahkan' cincin Agate oleh Habib Jewels sempena promosi koleksi bergaya di Aidilfitri.

Berbalik kepada persoalan populariti, ujar Awie, apa yang berlaku ke atasnya sepanjang bergelar artis sebelum ini merupakan satu pengajaran untuknya membina kehidupan.

"Macam-macam perkara sudah saya lalui. Hidup di bawah kolong, kahwin, cerai, semuanya sudah saya rasa.

"Dalam industri hiburan pun pelbagai perkara sudah saya tempuhi. Kini saya sudah tidak fikir lagi soal publisiti,'' tegasnya.

Apa kata Afdlin, Hans, AC Mizal dan Aaron?

Sementara itu, bagi Afdlin Shauki, kalau dahulu dia menganggap dirinya sebagai 'penumpang' dalam dunia hiburan, kini dia lebih selesa menjadi 'pemandu'.

"Kini, berilah peluang kepada yang masih baru. Kami sebagai 'pemandu' akan cuba membuka jalan kepada artis baru untuk mengembangkan karier.

"Kerana itu juga, saya tidak memikirkan lagi soal populariti,'' jelas seniman berjiwa besar ini lagi.

Bagi sutradara filem Papadom yang baru-baru memenangi kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22, ketika masih merangkak di dalam dunia hiburan dahulu, dia sering dinasihatkan oleh artis-artis senior agar tidak memikirkan soal popular.

"Mereka juga menasihatkan saya supaya bekerja keras dan kerja yang bagus pasti akan mendapat ganjarannya di masa mendatang,'' ujar Afdlin yang meraikan ulang tahun ke- 20 penglibatannya sebagai anak seni.

Pandangan Afdlin turut disokong rakan baiknya, Hans Isaac dan AC Mizal.

Hans dan AC tidak menafikan, di awal pembabitan sebagai artis, mereka sangat dahagakan populariti.

Dan kini, seiring perubahan masa dan usia, Hans dan AC lebih memberikan perhatian pada kerja.

Bagi aktor tampan kelahiran Singapura, Aaron Aziz pula, objektif utama dia berhijrah ke Malaysia bukanlah untuk mencari populariti semata-mata.

Katanya, memasuki bidang lakonan di sini hanyalah untuk menimba pengalaman seni.

"Kalau dianggap popular, itu kira bonuslah. Tetapi bagi saya, selagi ada rezeki, saya akan tetap meneruskan kerjaya sebagai artis walau sudah tidak lagi popular,'' tambahnya.

Peraga cincin Habib

Sementara itu, Awie, Afdlin, Hans, AC dan Aaron menjadu pilihan syarikat pengeluar barangan kemas popular, Habib Jewels untuk mempromosikan kolek terbaru syarikat itu, Agate.

Menurut Penolong Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Habib, Yasheedah Yashaiya, rasional pemilihan kelima-lima selebriti memperkenalkan cincin jenis itu ialah, koleksi berkenaan bersesuaian dengan lelaki berusia 30 tahun ke atas.

"Biarpun ada yang mengatakan ia hanya sesuai dipakai golongan pakcik-pakcik, cincin Agate juga sesuai untuk anak muda.

"Pemilihan Awie, Afdlin, Hans, AC Mizal dan Aaron adalah untuk mendapatkan maklum balas berhubung trend pemakaian cincin Agate di kalangan lelaki bermula pada usia 30 tahun," kata Yasheedah.

Koleksi Agate katanya, dipasarkan bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang akan diraikan bulan depan.

Kemenangan bersejarah Afdlin

Kemenangan bersejarah Afdlin


Dari kiri, Afdlin Shauki, Orked Ahmad, Liyana Jasmay, Salina Saibi, Syed Ahmad Faizal dan penerbit tayangan Unggul Sdn. Bhd., Gayatri Su-Lin Pillai.


PELAKON dan pengarah Afdlin Shauki merupakan finalis dalam Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang paling banyak menggondol anugerah pada malam kemuncak festival itu di Dewan Cancelor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah malam Sabtu lalu.

Filem Papadom arahannya muncul pemenang kategori Filem Terbaik, Pelakon Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Filem Komedi Terbaik.

Keseluruhannya filem itu meraih hadiah wang tunai RM100,000 menewaskan naskhah seperti Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad yang pada mulanya dikatakan mampu untuk mendominasi anugerah pada FFM22.

Dengan kemenangan Afdlin bagi kategori Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik itu, beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000.

Menurutnya, Papadom bukan sahaja membuat kejutan kepadanya tetapi ia juga mampu untuk menarik perhatian para penonton apabila ia akan ditayangkan tidak lama lagi.

"Papadom belum lagi ditayangkan kepada umum tetapi ia sudah mendapat perhatian para juri. Mungkin jalan ceritanya yang mengisahkan pengalaman hubungan antara seorang ayah dan anak perempuan yang sarat dengan nilai kasih sayang telah menambat hati para juri.

"Ini kali pertama filem arahan saya menang kategori Filem Terbaik. Sebelum ini saya pernah memenangi kategori anugerah Pelakon Terbaik melalui filem Suara Hati dan Buli.

"Saya dapati saingan terdekat saya dalam kategori ini ialah filem Talentime dan Setem," ujarnya yang akan mengarahkan filem Jalan Lama iaitu sebuah genre drama thriller dalam waktu terdekat ini.

Hadiah utama FFM22 disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Penerangan, Kominikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Turut serta ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Wong Kam Hoong dan Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim.

Ikhlas berlakon buahkan hasil

LIYANA Jasmay merupakan antara pelakon paling muda di kalangan finalis kategori Pelakon Wanita Terbaik pada FFM22 yang mengungguli kategori tersebut.

Pelakon berusia 21 tahun itu menewaskan empat lagi finalis kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Nabila Huda menerusi filem Bohsia, Nadia Mustafa (Jangan Tegur), Sharifah Amani (Sayang U Can Dance) dan Heliza Helmi (Syurga Cinta).

Dia yang pertama kali memenangi anugerah menerusi festival filem itu tidak menafikan terpaksa bersaing dengan empat finalis itu yang disifatkannya mempunyai kelebihan masing-masing.

"Dalam kategori itu saya rasa pesaing saya yang paling dekat ialah Nabila Huda. Watak lakonanya berkesan. Bagaimanapun, ini adalah persaingan yang sihat.

"Sebelum ini iaitu pada Festival Filem Malaysia yang ke-19 saya pernah dicalonkan sebagai finalis kategori Pelakon Harapan tetapi tidak memang.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini biarpun berasa sedikit tertekan kerana saya rasa para penonton akan membayangkan lakonan saya selepas ini tentunya akan lebih bagus lagi," katanya.

Liyana tidak menafikan bekerja di bawah arahan Afdlin Shauki menerusi Papadom banyak memberikan pengalaman berharga buatnya sehingga dia berjaya mengungguli kategori tersebut.

Biarpun cara pengarah itu bekerja agak serius tetapi jelas Liyana, dia banyak menerima kebebasan daripada Afdlin yang cukup memahami tentang dunia lakonan.

"Saya senang bekerja dengan Afdlin atau Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Saya dapati Afdlin seorang yang mempunyai keghairahan tinggi dalam bidang ini," akuinya.

Filem Castello lakonan Liyana tiga tahun lalu banyak membuka ruang yang luas kepadanya dalam bidang lakonan dan tidak sampai empat tahun dia sudah pun menggondol anugerah penting itu.

Cadang tubuh Yayasan Yasmin Ahmad

WALAUPUN Yasmin Ahmad telah meninggal dunia tetapi menurut adiknya, Datin Orked Ahmad, kakaknya Yasmin Ahmad tentu akan gembira apabila diangkat sebagai pemenang kategori Pengarah Terbaik pada FFM22 baru-baru ini.

Jelas Orked, kegembiraan itu antara lain kejayaan Talentime banyak dibantu oleh rakan-rakan Allahyarham termasuklah di Singapura, India, Thailand dan Jepun yang banyak menyokong filem-filemnya selama ini.

"Terima kasih atas sokongan semua rakyat Malaysia dan rakan-rakan kakak saya yang berada di luar negara yang berada di sisi kami ketika kami dibendung dengan suasana kesedihan.

"Kalau kakak saya masih ada, dia akan berasa amat bersyukur dan gembira kerana menerima anugerah ini. Apatah lagi ini adalah hadiah yang beliau impikan.

"Setiap malam sebelum tidur kakak saya akan minta ampun daripada Tuhan dan memaafkan semua orang. Saya harap semua orang dapat memaafkan kesilapan kakak saya. Doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman," katanya.

Orked mengucapkan ungkapan itu ketika memberi ucapan semasa menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi bagi mewakili kakaknya itu.

Sementara itu, Orked turut mengumumkan, akan menggunakan duit hadiah kemenangan itu bagi menubuhkan Yayasan Yasmin Ahmad tidak lama lagi demi membantu insan-insan kurang bernasib baik.

"Duit ini akan dimasukkan dalam Yayasan Yasmin Ahmad supaya ia dapat disalurkan kepada tujuan-tujuan amal. Idea ini datangnya daripada banyak pihak termasuklah Datuk Seri Farid Ridzuan (Ketua Pegawai Ekskutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad).

"Ini adalah jalan terbaik kami bagi menghargai sumbangan Yasmin dalam bidang seni dan kasih sayangnya kepada semua orang. Penubuhan yayasan itu akan kami umumkan kelak," katanya lagi.

Hadiah Salina untuk anak

SEMENTARA itu, Salina Saibi yang memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Salina Saibi berkata, dia tidak menyangka akan memenangi anugerah itu dan menyifatkan sebagai rezeki anak sulungnya yang kini berusia empat bulan.

Kata pelakon berusia 27 tahun ini, dia akan menggunakan wang tunai RM10,000 yang dimenanginya itu untuk kegunaan anak perempuannya, Farahshakira Amir pada masa depan.

"Saya anggap ini adalah rezeki anak saya. Saya tidak sangka akan menang. Saya ingatkan pemenangnya ialah Vanidah Imran atau Norkhiriah. Lakonan mereka berdua amat hebat. Saya rasa macam dalam mimpi. Apa pun saya amat bersyukur dengan kemenangan ini," katanya.

Salina menyifatkan watak Amy yang dilakonkannya dalam filem Bohsia cukup berbaloi kerana ia merupakan watak yang mencabar bakatnya dalam bidang lakonan.

Malah, keberkesanan watak lakonannya itu turut diakui oleh suaminya, Azmir Osman, 46, dan juga ramai lagi kawan-kawan rapatnya termasuklah pelakon Dynaz.

"Suami saya kata, kalau juri lihat lakonan saya dalam filem itu mereka tentu akan suka. Ramai yang kata saya ada peluang memang kategori itu. Dynaz misalnya, awal-awal lagi sudah meramalkan saya boleh menang.

"Ternyata watak Amy seorang yang psiko, gila-gila dan kaki gaduh tidak sia-sia. Saya lakonkan watak itu dengan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan filem pertama lakonan saya," ujarnya.

Malah, kemenangan Salina itu juga cukup berbaloi apabila ia turut dikongsi dengan ibu bapa dan keluarganya yang datang bersamanya dari Kuala Lumpur bagi memberi sokongan moral kepadanya.

Kemenangan itu tambahnya sebagai galakan dan doa kepadanya untuk lebih yakin dengan bakat lakonan yang dimilikinya dalam perjuangannya sebagai pelakon pada masa depan.

Juri terikat peraturan penganjur?

Juri terikat peraturan penganjur?

KRITERIA pencalonan dan penjurian merupakan aspek yang paling penting bagi mengangkat sesuatu calon itu memenangi sesebuah kategori yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22).

Daripada pihak panel juri kategori Filem Cereka, Ketua Jurinya, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin tidak menafikan mereka sedikit sebanyak terikat dengan kriteria dalam penganjuran kali ini.

"Kami (juri) mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam menerima pencalonan pada setiap kategori yang dipertandingkan kali ini. Contohnya, dalam pertandingan kali ini, penerbit yang akan mencalonkan nama calon-calon mereka dalam kategori yang dipertandingkan.

"Sedangkan sebelum ini pihak penganjur atau juri yang mencalonkan nama-nama calon yang mereka fikirkan layak untuk bertanding dan sekali gus memenangi kategori yang mencalonkan mereka itu," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, Sabah, sebelum malam anugerah FFM22 berlangsung.

Selain Kamarul Ariffin selaku Ketua Juri, FFM22 turut disertai oleh empat lagi juri iaitu Tan Sri Jins Shamsudin, Prof. Dr. Naim Ahmad, Datuk Paduka Shuhaimi Baba dan Zainuri Misfar.

Ketika ditanya tema FFM22, Filem Malaysia Ke Persada Dunia, Kamarul Ariffin juga tidak menafikan memang terdapat filem yang dipertandingkan kali ini yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, elemen-elemen yang ditampilkan itu haruslah diperkuatkan lagi supaya ia mampu diketengahkan serta dihayati oleh segenap lapisan penonton tanpa mengira batas bangsa dan budaya.

"Dalam banyak-banyak filem itu memang ada filem yang sedikit sebanyak memenuhi kriteria itu tetapi kebanyakannya ia lebih untuk tontonan masyarakat di negara ini sahaja.

"Misalnya kalau kita tampilkan elemen jenaka tempatan, maka orang kita sahajalah yang akan faham tetapi ia tidak bersifat universal (global). Perkara-perkara seperti inilah yang harus diambil perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menyerahkan Laporan Panel Juri dan keputusan penuh FFM22 kepada wakil penganjur festival itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) iaitu Mohd. Mahyidin Mustakim yang juga Ketua Pengarah Finas.

Turut serta ialah Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim dan wakil penganjur bersama FFM22, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang diwakili oleh Presidennya, Ahmad Puad Onah.

Kerajaan Negeri Sabah yang juga selaku penganjur bersama FFM22 yang pertama kali diadakan di luar Semenanjung Malaysia mengalu-alukan para pembikin filem agar menjadikan Sabah sebagai lokasi penggambaran filem yang popular pada masa depan.

Iliyas Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Sabah juga berhasrat mahu menjadikan Sabah sebagai pusat perfileman yang penting dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri tersebut.

"Cita-cita kami selepas ini ialah bagi menarik lebih ramai pembikin filem supaya datang membuat penggambaran di sini. Setakat ini saya sudah menerima permohonan daripada tiga penerbit filem yang berminat untuk tujuan itu.

"Pihak kami juga ada menyarankan agar UMS (Universiti Malaysia Sabah) supaya mewujudkan Fakulti Perfilemannya sendiri. Malah, semalam saya mengikut bengkel lakonan dan penulisan skrip di mana ada di antara mereka yang berbakat serta tampil dengan skrip yang bagus-bagus.

"Tidak mustahil kita akan memfilemkan skrip-skrip mereka itu kalau kita ada bajet yang sesuai serta mencukupi untuk merealisasikan lebih banyak filem bermutu terutamanya hasil cetusan idea anak-anak Sabah sendiri," katanya.

Laporan Panel Juri Filem Cereka

Laporan Panel Juri Filem Cereka


KAMARUL Ariffin Mohamed Yassin (kiri) menyerahkan Laporan Panel Juri dan Keputusan Penuh FFM22 kepada Mohd. Mahyidin Mustakim (kanan) sambil disaksikan Iliyas Ibrahim (tengah) bersama panel juri Filem Cereka seperti Jins Shamsudin (dua dari kiri) dan Zainuri Misfar.


FESTIVAL Filem Malaysia ke-22 (FFM22) menyaksikan 26 filem cereka bertanding menyaksikan jumlah penyertaan kategori itu yang terbesar sepanjang ia dianjurkan setakat ini.

Filem sebagai cabang budaya yang tinggi seharusnya berupaya menyampaikan kepada para penonton tempatan dan antarabangsa satu gagasan atau idea yang dijadikan sebuah cerita.

Ia kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk lakon layar yang mempersona dan akhirnya diolah serta digarap dengan berkesan untuk menjadi sebuah filem berkualiti.

Sekiranya filem Malaysia hendak berhijrah ke persada dunia untuk diterima oleh masyarakat antarabangsa maka persembahan dalam semua aspek perfileman hendaklah mengatasi piawaian seni yang berkualiti tinggi.

Semua persembahan seni yang berkualiti tinggi baik sastera, seni tampak, seni tari, muzik atau filem hendaklah dinilai daripada sudut kecemerlangan yang berjaya menyentuh hati naluri penggemarnya.

Karya tiruan lambat laun dapat dikesan sebagai karya yang tidak asli dan persembahan yang hambar dan ia akan ditolak oleh para penonton kelak.

Filem yang berhemah tinggi bukan hanya sekadar menghiburkan tetapi juga meninggalkan kesan mendalam sambil menyentuh hati sanubari para penonton.

Panel juri FFM22 berhadapan dengan beberapa filem yang tidak meninggalkan kesan yang baik, yang mempersendakan institusi negara dan ada pula yang mencampur adukkan agama, kepercayaan dengan perbuatan khurafat yang mengelirukan para penonton.

Ada juga filem yang menonjolkan cara hidup yang keterlaluan seolah-olah memperkenalkan budaya baru. Walaupun hak bersuara adalah hak asasi manusia yang dijamin oleh undang-undang negara tetapi hak itu tidaklah mutlak kerana Perlembagaan Persekutuan juga mempunyai peruntukan menghadkan kebebasan tersebut.

Dalam hal ehwal perfileman, kebebasan berkarya adalah tertakluk kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (khususnya peraturan yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan lesesn penerbitan terlebih dulu) dan undang-undang penapisan filem bagi memotong babak-babak yang tidak sesuai atau mengharamkannya sama sekali.

Bijak sembunyi cinta

Bijak sembunyi cinta


SAAT-SAAT manis buat Norman dan Shireen.


DUA tahun lamanya mereka menganyam buih-buih cinta secara diam-diam, akhirnya, 7 Ogos lalu menjadi detik paling manis buat dua insan ini apabila disatukan dengan ikatan pernikahan.

Berlangsung di Masjib Saidina Omar al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, tiada perkataan yang mampu diluahkan mengenai betapa gembiranya wajah mereka selepas sah bergelar suami isteri.

Dan, semestinya pernikahan tersebut menjadi satu detik yang dinanti-nantikan oleh semua pihak terutama ahli keluarga si jejaka berusia 37 tahun itu.

Masakan tidak, tatkala adik beradiknya yang lain sudah merasai alam perkahwinan, dia sebelum ini dilihat lebih selesa mendiamkan diri daripada berbicara tentang kehidupan berumah tangga.

Begitulah empunya diri bernama Norman Abdul Halim yang baru sahaja bergelar suami kepada Ketua Pegawai Eksekutif KRU International, Dr. Shireen Mardziah Hashim, 44.

Status Shireen selaku janda dan jarak usia antaranya dan Norman berbeza tujuh tahun bukanlah penghalang untuk mereka saling cinta mencintai serta mendirikan rumah tangga.

Semuanya itu diketepikan Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad kerana kasihnya terhadap wanita yang menjadi tonggak di salah satu cabang usaha perniagaannya.

Sudah tentu, paling gembira dengan pernikahan tersebut adalah Yusry dan Edry kerana abang sulungnya itu akhirnya menemui wanita sebagai peneman serta suri hidupnya.

Tampak bergaya mengenakan baju Melayu berwarna putih, Norman yang ditemui sejurus selepas selesai majlis pernikahan tidak henti memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana apa yang dirancang sebelum ini berjalan dengan lancar.

Dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Mohamed Hashim di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Omar al-Khattab, Mohamed Shukeri Yaaccob, dengan sekali lafaz, gelaran bujang yang sekian lama dipegangnya kini sudah mampu dilucutkan.

Berwajah tenang tatkala mengucapkan lafaz nikah, Norman mengakui, dia memilih Shireen atas dasar kematangan yang dimiliki oleh wanita berkenaan.

"Dia juga memahami kerjaya saya. Kematangan Shireen membuatkan saya berasa tenang bersamanya.

"Selama 11 tahun kami berkenalan ketika Shireen dibawa masuk ke dalam KRU, dia amat mengenali diri saya dan menerima saya seadanya.

"Bertahun lalu saya memang sudah buat keputusan untuk mengahwini wanita yang bukan kalangan insan hiburan. Atas pengalaman lalu, memang sukar kalau kita berkahwin sesama artis,'' katanya ketika ditemui sejurus selepas selesai majlis akad nikah.

Ujar Norman, sepanjang 11 tahun perkenalan, dan mula serius bercinta selama dua tahun, pelbagai ujian tidak putus mendatang tetapi dia dan Shireen mampu hadapi segalanya dengan baik.

"Dalam syarikat, saya memang seorang yang tegas tetapi Shireen mampu bertahan dengan cara kerja saya.

"Ketika itu juga keserasian antara kami teruji. Dengan segala kematangan yang Shireen tunjukkan ketika itu, saya mula memikirkan bahawa dialah calon isteri yang saya cari-cari selama ini.'' jelasnya sambil menambah yang dia dan Shireen pernah merancang untuk melangsungkan pernikahan di Australia bagi menutup sebarang fitnah cinta atau spekulasi-spekulasi orang ramai berhubung kisah cintanya sebelum ini.

Ketika ditanya mengenai soal wang hantaran dan majlis resepsi, Norman menjelaskan, dia dan isteri memilih untuk tidak menggembar-gemburkan kedua-dua perkara itu.

"Cukuplah sekadar yang wajib sahaja. Mengenai wang hantaran pula, memang tidak ada. Hanya bersandarkan sekeping hati yang ikhlas,'' kata Norman.

Pada majlis pernikahan yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga terdekat tersebut, Shireen menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang termasuk kain songket, jam tangan, baju Melayu, kemeja dan set wangian.

Selain ahli keluarga, majlis diserikan dengan keberangkatan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan isteri, Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Julita Aishah.

Tetamu lain antaranya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin dan barisan artis seperti Maya Karin, pasangan Mawi serta Ekin.

New Zealand lokasi bulan madu

Sementara itu, sehari selepas majlis akad nikah, Norman dan Shireen berlepas ke New Zealand untuk berbulan madu sehingga 15 Ogos ini.

Lumrah bagi pasangan yang baru bernikah, pastinya mereka tidak terlepas daripada ditanya mengenai cahaya mata.

Dan bagi Norman, jika diberikan rezeki, mereka suami isteri mahu segera memperoleh anak sebagai penyeri kehidupan berumah tangga.

"Jika dapat anak nanti, saya lebih suka Shireen duduk di rumah sahaja. Biarlah saya seorang yang keluar mencari rezeki,'' jelasnya.

Kepada persoalan tentang proses percintaan yang terjalin antara mereka berdua, Norman memberitahu, Shireen merupakan seorang wanita yang bijak menyimpan rahsia cinta.

"Dia bukannya suka bercerita dengan sesiapa tentang hubungan ini. Kalau hendak berjumpa pun, kami akan ke tempat-tempat yang tidak popular dan mengelak daripada tempat-tempat ramai orang,'' ujar Norman sambil ketawa besar.

Projek masa depan KRU

Dalam pada itu, Norman sempat menyambung perbualan mengenai karya berbentuk epik berbahasa Inggeris sepenuhnya iaitu The Chronicle Of Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios.

Kata Norman, untuk filem itu, KRU Studios telah menandatangani satu perjanjian bersama Universal Pictures bagi membolehkan filem berkenaan dipasarkan ke luar negara.

"Pihak Universal akan datang menonton filem itu nanti dan jika mereka berpuas hati, ia akan dibawa untuk tayangan luar.

''Insya-Allah, The Chronicle Of Merong Mahawangsa akan mula ditayangkan tahun depan.

"Proses pengambaran juga sedang giat dijalankan,'' tambahnya.

Oasis terajui Ramadan di Astro

Oasis terajui Ramadan di Astro


ZAINIR (berdiri lima dari kanan) bersama barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri dan telemovie sempena Ramadan di Astro.


MENJELANG Ramadan yang dijangka disambut pada 22 Ogos ini, stesen televisyen antara yang sibuk mengatur strategi bagi menyemarakkan bulan yang mulia itu.

Pelbagai program menarik dihidangkan yang bukan sahaja untuk mengaut seberapa ramai jumlah penonton semata-mata tetapi memberi input kepada semua dalam menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.

Stesen berbayar Astro antaranya sudah mula mengorak langkah dalam menyediakan program-program berkenaan dengan saluran-saluran utamanya seperti Ria, Prima, Oasis serta Ceria.

Namun, bagi Ramadan kali ini, saluran Oasis (saluran 106, Astro) dipertanggungjawabkan untuk menjadi teraju utama dalam menggerakkan semarak Ramadan Astro.

Menyajikan banyak program utama, perubahan dilakukan dengan percubaan membawa drama bersiri untuk ditayangkan di saluran berkenaan.

Berkonsepkan kerohanian, antara drama bersiri yang akan disiarkan di Oasis ialah Cinta Sempurna, Tariq & Shireen dan sebuah drama bersiri Arab, Qamar Bani Hashim.

Selain daripada itu, beberapa dokumentari, program bercorak majalah dan program keagamaan lain turut dimuatkan ke dalam Oasis.

Program-program terbabit, Madrasah Salasiah Rasulullah, Rasa Halal Orient : Kemboja, Tadarus al-Quran, Siaran Langsung Solat Terawih Dari Masjid Nabawi dan Kasih Ramadan.

Di samping itu, kapsul-kapsul Ramadan juga diperbaharui membabitkan slot Indahnya Iman.

Sebanyak lapan kapsul diketengahkan iaitu Travelog Dakwah bersama Profesor Dr. Muhd. Kamil Ibrahim; Khazanah Syurga (Ustazah Asni Mansor al Hafizah); Hadis Pilihan (Datuk Abu Hassan Din al Hafiz); Sejadah (Ustaz Mohd. Shukri Ali); Halwa Buat Hawa (Prof. Madya Dr. Halina Halizah Siraj); Mukjizat al-Quran; Kutubkanah @ Oasis (Siti Munazakiah); dan Islah (Datuk Hassan Mahmud al Hafiz).

Kapsul-kapsul berkenaan akan disiarkan selama lima minit iaitu pada sebelum dan selepas azan.

Selari dengan perubahan yang dilakukan, Oasis sempena Ramadan ini menampilkan azan solat yang baru dengan visual paparan kewajipan mengerjakan solat kepada umat Islam dalam apa jua keadaan sekalipun.

Bercakap soal perubahan Oasis ketika Ramadan, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah berkata, penayangan drama bersiri di Oasis adalah tempoh ujian dalam melihat kemampuan saluran itu menarik khalayak peminat drama berkenaan.

"Kami di Astro berpendapat menonton drama bersiri belum lagi menjadi satu tabiat di kalangan penonton.

"Justeru, dengan kehadiran Ramadan dan tayangan drama bersiri yang cuba dibawa ke Oasis, penonton akan dapat mengikutinya secara tetap.

"Oasis mempunyai kelompok penontonnya yang tersendiri dan jika reaksi diterima adalah baik, ia akan membuka peluang kepada penerbit untuk berkarya dalam penghasilan drama bersiri bagi Oasis,'' katanya ketika ditemui pada majlis Indahnya Ramadan di pejabat AESB di Wisma Penyayang, Taman Equine, Seri Kembangan, baru-baru ini.

Menurut Zainir, mengenai pemilihan drama bersiri di Oasis, ia dinilai menerusi jalan cerita dan kemampuan penerbit untuk mengolah karya masing-masing bagi disesuaikan dengan Oasis.

"Sudah tentu, ia akan lebih kepada kerohanian dan kami di AESB akan menapis dengan teliti sebelum sesebuah karya dibenarkan untuk tayangan di Oasis,'' tegasnya.

Bagaimanapun, jelas Zainir, meski Oasis menjadi teraju Ramadan di Astro, saluran-saluran lain akan tetap meneruskan slot masing-masing khususnya drama dan telemovie.

Jelasnya, sempena Ramadan, AESB telah membuat persiapan rapi dengan menghadiahkan lebih 173 jam untuk program-program baru sepanjang bulan mulia itu.

Bagi Ria dan Prima, program-program menarik yang disajikan sempena Ramadan ialah telemovie Kristal Hitam, Antara Dua Jalan, Kemboja, Sebuah Keranda Kayu, Ulat-Ulat Cinta dan Paku Di Dinding Hati.

Untuk drama bersiri pula, ia menyelitkan drama berjudul Qalesya dan Wadi Unung.

Drama bersiri Arab

Sementara itu, kehadiran Ramadan juga dijadikan platform oleh Oasis untuk melihat sambutan penonton terhadap drama bersiri Arab.

Menurut Pegawai Kanan Astro Oasis, Nurjannah Mohd. Salleh, satu ketika dahulu, drama bersiri Arab begitu popular di kalangan penonton sewaktu disiarkan di sebuah stesen televisyen lain.

Atas dasar tersebut, katanya, Oasis merancang untuk mempopularkan kembali drama bersiri tersebut dengan membawa hasil karya dari beberapa negara Arab.

"Untuk Ramadan, Oasis akan menyiarkan Qamar Bani Hashim. Kami akan menguji sambutan penonton dalam merangka slot drama bersiri Arab pada masa akan datang,'' tambahnya.

Qamar Bani Hashim bakal bersiaran bermula 17 Ogos (setiap Isnin-Khamis) pada pukul 6 petang di Oasis.

Ia menceritakan kehidupan Rasulullah sejak dilahirkan sehingga menjadi seorang pemimpin yang begitu dikagumi.

Nama Reo hadir dalam mimpi

Nama Reo hadir dalam mimpi


KASIH BAPA... Rusdi Ramli memangku Reo Ridza sambil diperhatikan Sharon Paul.


RONA bahagia dan gembira terpancar pada wajah manis Rusdi Ramli saat bertemu dengannya di rumah ibu mertuanya yang terletak di Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor minggu lalu.

Kedatangan kami juga disambut mesra oleh Rusdi bersama isterinya, Sharon Paul yang ketika itu baru selesai menjalani sesi mengurut.

Kali ini, bukan kisah karier mereka yang ingin dicoretkan tetapi berita gembira yang melengkapkan hidup pasangan merpati dua sejoli ini.

Kelahiran Reo Ridza pada 4 Ogos lalu membawa sinar kebahagiaan yang tidak mampu diungkap menerusi kata-kata kepada pasangan ini.

Reo Ridza yang seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal tepat pukul 5.05 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Ketika ralit berbual, sesekali Rusdi memandang Reo yang sedang nyenyak tidurnya dengan penuh kasih.

"Saya sendiri macam tidak percaya menjadi bapa sekali lagi. Sudah pasti saya gembira dengan kelahiran Reo.

"Saya hanya mampu bersyukur apabila Reo dilahirkan sempurna dan cukup sifatnya selain daripada Sharon yang selamat melahirkan Reo dengan normal," kata Rusdi yang kebetulan bercuti daripada menjalani penggambaran pada hari tersebut.

Reo Ridza merupakan cahaya mata pertama buat Rusdi dan Sharon selepas mendirikan rumah tangga pada 16 November tahun lalu.

Sebelum ini, Rusdi memiliki seorang cahaya mata, Efiezal Ridza menerusi perkahwinan pertamanya yang kini sudah pun berusia 19 tahun.

Dan bagaimana pula penerimaan Efiezal atau Efie selepas sekian lama menyimpan hasrat untuk memiliki seorang adik?

"Dia memang gembira dan pada hari kelahiran adiknya, dia sudah melawat kami. Dia pun macam tak percaya yang dia sudah mendapat seorang adik," kata aktor berusia 38 tahun ini ringkas.

Ditanya mengenai ilham dan maksud di sebalik nama anaknya itu, aktor berusia 38 tahun ini menjelaskan, nama Reo itu hadir dalam mimpi Sharon sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi.

Jelasnya, setelah diteliti Reo membawa maksud sungai dan Rusdi bersetuju untuk menggunakan nama itu selepas memikirkan sungai juga merupakan antara ciptaan Allah yang sudah disediakan di syurga.

"Nama Ridza itu pula saya mahu kekalkan memandangkan abangnya juga memiliki nama itu," ujar Rusdi yang mahu Reo memanggilnya dengan panggilan ayah manakala Sharon pula mummy.

Bercerita detik-detik sebelum kelahiran Reo, sambil ketawa Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 ini memberitahu, dia cukup kagum dengan ketabahan Sharon yang tenang berdepan dengan saat-saat genting itu.

Jelasnya, Sharon mengalami pendarahan dan kontraksi pada ketika dia sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja muziknya di studio milik mereka, Filmwerks Sdn. Bhd. yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

"Bayangkan, dia masih lagi boleh pulang ke rumah kami di Bangsar, membersihkan diri dan kemudiannya memandu ke hospital. Kemudian, baru dia menghubungi saya.

"Apa lagi, saya pun bergegas ke hospital selepas meminta pelepasan daripada krew produksi," cerita Rusdi sambil memandang Sharon di sebelahnya.

Kata Rusdi, isterinya itu memang seorang yang kuat bekerja sehinggakan waktu di tempat pembaringan menanti saat untuk melahirkan Reo, Sharon sempat lagi menghantar SMS kepada rakannya.

Selepas hampir 20 tahun tidak menjalani rutin menjaga seorang bayi, Rusdi mengakui, dia agak kekok untuk memulakan semula amalan penjagaan bayi.

Bagi Sharon yang akan menjalani pantang selama 44 hari pula, dia teruja untuk meniti kehidupan sebagai seorang ibu dan menantikan momen manis untuk melihat Reo membesar.

Malah, dia tidak sabar untuk menantikan detik Reo mengucapkan perkataan pertamanya.

Di sebalik itu, Sharon yang berdarah kacukan India dan Cina itu mengakui dia agak gusar seandainya perkara yang tidak enak berlaku sebelum dan selepas melahirkan bayi.

Bukan itu sahaja, pada hari pertama melahirkan Reo, Sharon sedikit tertekan apabila memikirkan perkara-perkara yang mampu memberi kesan kepada bayinya itu.

"Sebelum ini saya pernah mendengar kisah-kisah negatif yang berlaku dan saya bimbang ia berlaku pada saya. Namun, saya berfikiran positif dan optimis dan Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan sempurna," jelas pemilik nama penuh Sharon Anne Paul Abdullah ini.

Apa yang pasti, tempoh berpantang bagi komposer popular ini diibaratkan sebagai tempoh percutian.

Mana tidaknya, sepanjang sembilan bulan mengandung hampir setiap hari dia berada di studio menyiapkan kerja-kerjanya.

Mendengar jawapan itu, Sharon diusik. Kalau sudah setiap hari di studio sepanjang mengandungkan Reo, peluang untuk Reo libatkan diri dalam dunia seni amat cerah. Apatah lagi, bapanya juga seorang aktor handalan.

"Kalau boleh, saya enggan dia menjadi seorang artis, tetapi saya tidak kisah kalau dia mahu melibatkan diri dengan kerja-kerja di belakang tabir," ujarnya.

Sudah pasti, Reo akan membesar menjadi seorang jejaka yang kacak memandangkan darah Melayu, Cina dan India yang mengalir dalam dirinya itu.

Bukan itu saja, bahkan Reo barangkali boleh disifatkan sebagai anak kecil yang mewakili semua kaum di Malaysia.

Lebih tepat lagi, Reo merupakan bayi 1Malaysia kerana darah Melayu, Cina dan India mengalir dalam tubuhnya hasil perkahwinan campur ibu dan ayahnya.

Dan bagi Sharon pula, apakah kelahiran Reo akan mendorong dia dan Rusdi untuk menimang cahaya mata kedua?

Sambil memandang Rusdi, seraya mereka berkata: "Sudah pasti kami mahukan anak lagi selepas ini. Kalau diizinkan Allah, kami mahu anak perempuan pula."

Antara dua dunia Siti

Antara dua dunia Siti


AKSI Siti sewaktu merakamkan lagu terbaru untuk album Tahajud Cinta baru-baru ini.


DALAM diam tak diam, sudah lima tahun dia menggalas tanggungjawab sebagai Duta Yayasan Jusco Malaysia di bawah kempen With All Our Hearts yang diinisiatifkan oleh AEON Co. (M) Berhad (AEON).

Sepanjang tempoh itu jugalah, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengakui, beliau telah memperolehi pengalaman yang cukup berharga.

Peranan Siti sebagai duta yayasan itu bukan sekadar mahu melunaskan tanggungjawab sosialnya sebagai seorang artis.

Sebaliknya, jelas Siti, ia memberi peluang kepadanya untuk menyelami hati golongan yang kurang bernasib baik serta membantu mereka yang memerlukan.

"Apabila kita melibatkan diri dengan kerja-kerja amal sebegini, setidak-tidaknya ia mampu menyedarkan kita bahawa bukan semua manusia memiliki tuah mahupun nasib sama seperti kita.

"Secara jujur dan ikhlasnya saya memberitahu, saya cukup gembira kerana dapat melibatkan diri dengan kerja-kerja amal sebegini dan ia turut memberikan kepuasan kepada saya.

"Lebih-lebih lagi apabila melihat kegembiraan terpancar di wajah masing-masing membuatkan hati saya begitu seronok dan puas apabila dapat menyanyi dan meluangkan masa bersama mereka," jelasnya penuh berhemah.

Siti ditemui pada majlis pelancaran dan penyerahan beruang mainan sempena ulang tahun ke-25 AEON di Jusco AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Urusan AEON, Nagahisa Oyama dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporatnya, A. Rashid Adam.

Menyambung bicara, AEON katanya, cukup memahami tugasnya sebagai seorang artis yang begitu padat jadualnya selain menjalani hidup sebagai seorang isteri.

Kerana faktor itulah, dia begitu selesa untuk terus menjalin kerjasama dengan AEON seandainya diberi peluang berbuat demikian apabila kontraknya tamat hujung tahun ini.

"Alhamdulillah, setakat ini saya menjalankan tanggungjawab sebagai duta dengan baik apabila turun padang untuk semua aktiviti mereka.

"Insya-Allah, kalau diberikan peluang untuk menyambung kontrak, saya tidak akan teragak-agak untuk menerimanya," ujarnya yang memiliki badan amalnya sendiri iaitu Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Berbanding sewaktu zaman sebelum berkahwin, popularitinya itu menyebabkan banyak pihak dan syarikat berlumba-lumba mahu menggunakan khidmatnya sebagai duta mahupun jurucakap.

Namun selepas berumah tangga, peluang itu bagaikan tertutup buatnya. Tambahan pula, dengan imejnya itu membuatkan ramai yang menganggap Siti telah menutup pintu rezekinya sendiri.

Dalam nada tenang, penyanyi lagu Sekian Lama dan Di Kayangan Kita ini memberitahu, masyarakat berhak untuk memberikan pandangan mereka sendiri.

Kata Siti, keadaan dirinya berbanding sewaktu zaman anak dara sudah jauh berubah dan apatah lagi dengan tanggungjawab yang dipikulnya kini membuatkannya perlu menjadi lebih selektif.

"Saya perlu membahagikan tugas sebagai seorang artis dan isteri. Kalau dulu, bolehlah saya buat banyak kerja dalam satu-satu masa namun sekarang sudah berbeza.

"Saya harus memberikan fokus kepada perkara yang lebih penting iaitu keluarga dan rumah tangga kerana kadang-kala ada perkara yang timbul di saat akhir yang perlu saya hadiri.

"Kerana itulah, saya selesa dengan Yayasan Jusco Malaysia kerana mereka faham dengan situasi dan keadaan saya. Lagipun aktiviti yang mereka jalankan juga tidaklah begitu berat dan menuntut masa yang panjang," kata anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini penuh diplomasi.

Dalam perkembangan lain, penghibur berusia 30 tahun ini juga sempat mengkhabarkan tentang pembikinan album kerohanian pertamanya yang bakal dipasarkan dalam bulan Ramadan ini.

Menggunakan judul Tahajud Cinta, album tersebut hanya menampilkan lapan buah lagu sahaja dan jelas Siti, sebagai percubaan pertama dia merasakan bilangan itu sudah mencukupi.

Mempertaruhkan tiga orang penerbit iaitu Eddie Marzuki, Audi Mok dan penerbit dari Indonesia, Tya Subiakto, ternyata Siti berdebar menantikan reaksi peminat terhadap album yang berteraskan muzik pop itu.

Sehingga kini, dia sudah merakamkan vokal untuk kesemua lagu dan tinggal hanya untuk proses mastering bagi memperkemaskan lagi susunan muziknya yang ditugaskan kepada Eddie.

Sambil menegaskan album Tahajud Cinta bukanlah sebuah album nasyid, sebaliknya, Siti mahukan album ini boleh dinikmati pada setiap masa.

"Merakamkan album ini cukup mencabar diri dan vokal saya kerana saya perlu menyanyi dengan penuh jiwa yang mendalam. Saya mahu peminat dan pendengar juga merasakan perasaan yang sama.

"Mujurlah dengan bantuan Salleh dari kumpulan Brothers, saya dapat melagukan dengan baik serta menyebut dengan betul terutama lirik-lirik berbahasa Arab," kata Siti yang juga baru selesai menjalani proses penggambaran kulit album untuk album berkenaan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Dengan penghasilan album berkenaan, Siti berharap agar tiada pihak yang menempelak kualiti album tersebut serta dilabelkan sebagai album tangkap muat.

"Ini kerana proses pemilihan lagu sudah lama dilakukan sejak saya terlibat dalam pementasan teater muzikal Sirah Junjungan.

"Begitu juga dengan lagu Ku Percaya Ada Cinta yang dicipta oleh Audi Mok yang sudah lama disimpan dan baru saya berpeluang untuk dimasukkan dalam album ini," kata anak kepada pasangan Allahyarham Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik ini lagi.

Dua buah lagu yang menjadi lagu tema filem Perempuan Berkalong Sorban iaitu Ketika Cinta dan Batasku Asaku turut dimuatkan dalam album ini.

Lima lagu lain ialah Tahajud Cinta ciptaan Erma Fatima, Asma Ul Husna, Selawat, Ya Rasulullah dan Pintu Raudah yang liriknya ditukar kepada bahasa Melayu oleh Hairul Anuar Harun.

Dalam pada itu, Siti turut disoal tentang perkembangan dan promosi album Lentera Timur yang dinobatkan sebagai Album Terbaik AIM 16 pada bulan Mei lalu.

Meskipun senario dunia rakaman suara tempatan suram dengan penjualan album yang lembap, namun Siti boleh berbangga dengan angka yang menghampiri 40,000 unit yang dicatatkan oleh album itu.

"Saya bersyukur kerana album berkenaan diterima dengan baik oleh peminat meskipun penerimaan di radio tidak serancak dulu. Saya faham dan terima dengan keadaan pasaran muzik sekarang yang sentiasa berubah-rubah.

"Apa pun, saya tetap akan terus menghasilkan album yang berkualiti untuk peminat saya kerana mereka mahukan yang terbaik," ujarnya yang juga akan muncul dengan program masakan, Citarasa Bersama Siti Nurhaliza tidak lama lagi.

Siti juga sempat mengkhabarkan berita tentang konsert Satu baru-baru ini yang akan diterbitkan dalam bentuk DVD khusus untuk memenuhi permintaan peminat-peminatnya

Komedi yang menyenangkan

Komedi yang menyenangkan


Antara adegan menarik dalam filem Setem arahan Kabir Bhatia.


DUA buah filemnya terdahulu bukan sahaja memberikan kelainan daripada aspek pendekatan naratifnya tetapi juga kelainan daripada stail persembahannya.

Filem Cinta dan Sepi bukan saja menggunakan tema yang sama, tetapi juga cerita-cerita individu yang seakan terpisah. Kemudiannya cerita-cerita dan individu tersebut diikat dalam satu hubungan cerita dan kaitan antara individu tersebut. Kepada yang sinikal, mereka menganggap konsep naratif dalam Cinta dan Sepi hanyalah paparan cerita-cerita pendek yang digabungkan.

Namun, apa yang menarik filem-filem ini berjaya menyulam emosi bukan sahaja dari sudut jalan cerita tetapi juga konsep visual yang dipaparkan.

Konsep dan pendekatan naratif yang berbeza dalam filem-filem ini tentu banyak disumbangkan oleh latar pengarahnya yang bukan orang Melayu malah didewasakan dalam persekitaran bukan budaya filem Melayu. Hal ini menjadikan Cinta dan Sepi sebagai dua filem Melayu yang berbeza dengan filem-filem Melayu sebelum ini dan sekali gus meletakkan pengarah filem, Kabir Bhatia dalam kedudukan tersendiri.

Kali ini Kabir tampil dengan sebuah lagi filem terbarunya, Setem. Sekali lagi secara konsisten Khabir muncul dengan filem yang menggunakan satu perkataan sebagai judulnya. Mudah dan tepat. Hal yang sama dilakukan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad dalam memberikan judul filem-filemnya.

Setem yang lakon layarnya ditulis oleh Khabir merupakan kisah sekeping setem yang menjadi buruan beberapa kumpulan yang ingin memilikinya.

Ini kerana nilai setem tersebut begitu mahal di pasaran. Setem tersebut yang asalnya merupakan sekeping setem tahun 1847 yang tersilap cetak oleh Gabenor Melaka, Lord Arthur Barring.

Bagaimanapun, setem yang disangka tidak berharga itu muncul menjadi setem yang begitu mahal lebih daripada 160 tahun.

Kemudian, dalam satu pameran di Melaka, hal ini menjadi faktor yang menarik perhatian beberapa orang untuk mencurinya.

Antaranya ialah Kumpulan Anak Yatim yang dianggotai oleh Joe (Afdlin Shauki) dan Shid (Rashidi Ishak), kumpulan Ah Long yang diketuai oleh Piranha Lim dan Kumpulan Tosai Vellu (Sathiya) dan abangnya Mani (Indi Nadarajah).

Tetapi dalam proses untuk mencuri setem berkenaan sayangnya telah sampai ke tangan Marcello (Harun Salim Bachik) dan Aryanto (Isma Yusuf) iaitu dua orang pendatang Indonesia dan kemudian secara tidak sengaja sampai pula ke tangan Iskandar (Que Haidar) yang buta, tetapi secara tidak sengaja digunakan oleh kakaknya Alliya (Vanidah Imran) untuk menghantar surat.

Joe dan Shid merupakan dua budak nakal yang asalnya penghuni rumah anak-anak yatim dan mereka mahu mencuri setem tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan wang bagi menyelamatkan rumah anak yatim tersebut daripada dijual oleh pemiliknya.

Manakala Vellu, pemandu van yang membawa setem tersebut ke pameran di Melaka mula menyedari nilai setem tersebut selepas dipaksa oleh abangnya.

Setem berbeza dengan dua filem arahan Kabir yang terdahulu. Jika Cinta dan Sepi menanggapi dunia yang terasing, hening dan dengan mood yang tertentu, tetapi Setem merupakan filem aksi cemas yang digarap dengan elemen komedi.

Ada elemen kejar mengejar, tembak menembak dan letupan untuk kesan yang dramatik, tetapi elemen komedi muncul daripada aksi dan situasi tersebut. Di sini kekuatan naskhah Setem yang menjadikan filem ini sebuah filem komedi bersih yang saya anggap dihasilkan untuk bertujuan menyenangkan. Malah watak antagonis dalam filem ini juga tidak ditampilkan begitu jahat dan ganas.

Timbul secara slapstik

Sungguhpun Setem digarap secara komedi tetapi elemen kelucuan tersebut timbul daripada aksi dan situasinya. Dan kelucuan itu juga bukanlah kelucuan yang timbul secara slapstik. Filem ini bertolak daripada satu plot utama dan semua adegan bergerak ke dalam fokus utama ini.

Sedangkan Cinta dan Sepi mempunyai beberapa subplot yang kemudian dirangkaikan ke dalam satu tema yang akhirnya menjadi satu plot utama.

Naratif dalam Setem cuba membawa persoalan antara matlamat moral yang baik dan kaedah yang salah. Apakah mungkin seorang pengetua rumah anak-anak yatim, Pak Ramli (Aziz Sattar) perlu meminta bekas anak didiknya yang diketahuinya nakal meneruskan kerja mencuri setem untuk menyelamatkan sebuah rumah anak-anak yatim? Apakah niat yang murni dapat menghalalkan cara? Apakah filem ini hanya mengangkat persoalan atau sekadar cuba menyenangkan penonton dengan elemen kelucuan dan aksi-cemasnya?

Dengan penghasilan Setem, kita dapat melihat sebuah lagi filem yang cuba memantapkan kelompok filem komedi situasi yang bergerak dalam naratif yang bersih seperti mana filem komedi Cuci arahan Hans Isaacs, Buli dan Cilok oleh Afdlin Shauki.

Plot Setem berjalan lancar, arahan pelakon dan kerja kamera filem ini dilakukan dengan baik. Filem-filem komedi ini digerakkan oleh kekuatan plot yang membezakannya dengan filem-filem komedi slapstik. Namun ini bukan bermakna slapstik juga satu komedi yang mudah. Ini kerana slapstik adalah satu jenis komedi yang menggunakan 'kelemahan dan kebodohan' wataknya untuk mengangkat persoalannya dan ia satu jenis seni komedi yang sebenarnya tidak mudah dikuasai dan ia sangat bersifat tradisi.

Suara 'ajaib' seorang lelaki

Suara 'ajaib' seorang lelaki

Sebuah konsert dengan kesederhanaan membumbui segenap ruang pentas. Ia adalah sebuah konsert yang lengkap dengan perisa, ada manis, suka dan duka yang dilontarkan melalui lagu dan muzik




JIKALAU lahirnya sebagai bintang, dia adalah kejora yang memancar sinaran terang-benderang. Jikalau lahirnya sebagai intan, dia adalah emas suasa yang tidak bergalang.

Sepanjang hujung minggu lalu, Kuala Lumpur dibuai mimpi indah. Lima malam berturut-turut, Panggung Sari, Istana Budaya menghujan kemerduan, menghantar bahagia paling semarak buat peminat biduan pujaan ramai, Jamal Abdillah.

Lima malam di Istana Budaya, bermula 5 Ogos hingga 9 Ogos, Jamal hadir sebagai lelaki penakluk yang meragut hati dan perasaan insan-insan yang cukup menyayangi dirinya.

Ini termasuklah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais. Turut hadir dengan penampilan istimewa, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah. Kehadiran dua pemimpin ini pastinya memberikan semangat yang cukup luar biasa kepada Jamal selaku penghibur dan tidak hairanlah malam akhir konsert, Jamal memperlihatkan stamina yang cukup luar biasa.

Benarlah, di usia 50 tahun, Jamal kekal sebagai lelaki yang hebat dalam dunianya dan konsert ini menyerlahkan sisi maskulin lelaki itu.

Menawan hati yang rawan dengan bahasa vokal gemersik, keperibadian itu membuatkan banyak hati terus jatuh cinta dan kasih kepadanya.

Sebaik Jamal 'membuka' mulut, memulakan intro lagu-lagu pilihan, bulu roma meremang, hati dipagut bahagia yang sukar untuk diungkap. Gundah gulana menghilang, terbang melayang-layang. Demikian ajaibnya suara seorang lelaki.

Rasa ini hanya akan dipunyai oleh peminat Jamal yang setia menghafal dan mengingati setiap lirik bahasa seni yang dilantun.

Sekali lagi Perpisahan Tanpa Relamu, Suratan Nasib, Nasib diriku, Kembalilah dan Sepi Seorang Perindu mengambil ruang hati.

Tidak ketinggalan Senandung Semalam, Perjalananku, Kekasih Awal dan Akhir, Penghujung Rindu menghantar ambar kasturi ke saujana rasa.

Konsert Jamal...Kembara Seniman berlangsung lebih dua jam dengan dua segmen yang melengkapkan perjalanan karier dan kerjaya seorang Raja Pop di mata peminatnya.

Ia diterbitkan oleh syarikat milik Jamal sendiri, Bintang Channel, dengan kerjasama Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Komposer handalan, S. Atan pula sebagai teraju muzik dan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan .

Sebuah konsert dengan kesederhanaan membumbui segenap ruang pentas. Ia adalah sebuah konsert yang lengkap dengan perisa, ada manis, suka dan duka yang dilontarkan melalui lagu dan muzik.


JAMAL akhirnya berjaya membuktikan dia mampu untuk menerbitkan sendiri sebuah konsert berskala besar dengan bantuan karyawan seni lain.


Pun begitu, saya memilih untuk berlaku lebih jujur dalam penulisan ini yang pada saya konsert ini juga memaparkan sisi Jamal Abdillah sebagai manusia biasa yang tidak lari daripada kekurangan terutamanya apabila buat pertama kalinya dia bertindak sebagai penerbit.

Kekurangan utama pada saya dalam konsert ini ialah apabila memilih terlalu banyak unsur dramatik melalui muzikal yang cukup mengganggu tumpuan, terutamanya pada sisi intro pembukaan konsert ini.

Konsert Jamal...Kembara Seniman membuka pintu persembahan dengan lakonan tentang babak kelahiran, zaman remaja dan kisah di pasar minggu Teluk Anson dengan penggunaan masa yang cukup lumayan, sehingga penonton kebosanan menanti.

Lambakan penari-penari yang 'bersimpang-siur' di pentas kelihatan tidak ada relevan dengan roh dan jiwa sebuah konsert.

Beberapa segmen lakonan yang diadakan juga cukup mengganggu penumpuan dan menelaah benak fikir beberapa rakan, kami berkongsi rasa yang sama apabila emosi bagai disentap-sentap, disagat-sagat.

Barangkali mereka perlu berasa kecewa kerana tumpuan untuk lebih 'bermesra' dengan vokal Jamal bagaikan sengaja diganggu-gugat ekoran dicuri elemen lakonan yang kurang 'menyengat'.

Satu yang tidak harus dilupakan, lakonan adalah 'kelemahan' Jamal Abdillah meskipun dia pernah membintangi banyak filem box office pada tahun 80-an dan 90-an seperti Azura, Suratan Kasih dan Ghazal Untuk Rabiah dan lebih mengecewakan lagi apabila 'kelemahan' itu dibawa ke pentas ini.

Bagaimanapun, sedikit kelemahan ini tidaklah sampai mencacatkan keseluruhan persembahan. Jika skalanya ialah 100 peratus, saya memilih untuk memberikan 80 peratus kepada segala pengabdian yang dilakukan untuk konsert ini.

Pada akhirnya saya katakan kepada diri sendiri, inilah yang diinginkan Jamal. Pada akhirnya juga saya memaafkan segala kekurangan itu kerana inilah yang dimahukan oleh Jamal sendiri.

Barangkali sudah 30 tahun Malaysia dihiburkan oleh suara ajaibnya, tetapi masih banyak rahsia diri yang belum dirungkai sepenuhnya dan Jamal mahu lebih intim dengan penonton melalui cerita-cerita zaman kecil dan remajanya.

Sesuatu yang kata Jamal sendiri tidak pernah dia lahirkan dalam mana-mana konsert mahupun persembahannya sebelum ini.


MENERIMA ucapan tahniah daripada Siti Hasmah, Masnah Rais (tengah) dan Tun Dr. Mahathir.


Bagaimanapun suasana berubah apabila rakaman persembahan Bintang RTM yang membawa kepada kemenangan Jamal sebagai Juara di Bintang RTM 1979 ditayangkan dan kami dibawa kepada nostalgia paling istimewa seumur hidup Jamal, detik yang merubah keseluruhan kehidupannya.

Ia bermula dengan penampilan Taufik Latiff (ikon RTM) pada segmen ini yang memperkenalkan Jamal sebagai peserta dan Jamal kemudian mengalunkan Senandung Semalam. Rakaman ini sangat berharga untuk perjalanan sebuah cerita dalam konsert ini yang sepatutnya menjadi intro konsert.

Pada ketika rakaman sampai ke babak aksi Jamal sedang duduk mengalunkan lagu Senandung Semalam (yang sehingga hari ini masih menjadi percakapan apabila soal penguasaan seni pentas didebatkan), pentas Panggung Sari terbuka lebar dan Jamal muncul di pentas untuk menyambung bait-bait Senandung Semalam dengan lebih meyakinkan.

Aduhai, satu detik yang cukup rencah, cukup halwanya untuk menangkap rasa khalayak agar terus tersandar di kerusi menikmati lagi, lagi, dan lagi.

Meskipun dengan permulaan yang sedikit hambar, momentum selepas itu lancar deras dan melunaskan impian empunya diri untuk lebih menghargai peminat yang cinta dan kasih kepadanya. Dengan berkongsi semua perkara tentang dirinya yang selama ini masih disimpan rapi dalam lipatan sejarah, Jamal merasakan dia lebih telus dan menghargai manusia-manusia yang selama ini menjadi 'majikan' kepada dirinya. (Ya, Jamal pernah menggelarkan peminatnya sebagai majikan kerana merasa 'terhutang' dengan mereka).

Jamal mahu bercerita tentang dunianya, sebelum menjadi orang terkenal dan memilih pentas Konsert Jamal....Kembara Seniman ini.

Bukan hanya tribute istimewa kepada komposer Datuk Ahmad Nawab, Jamal juga mahu menjadikan konsert ini sebagai melampias segala rasa kasih sayang, cinta dan keabadian kepada mereka yang mewarnai zaman lampaunya.

Keluarga, sahabat handai dan teman-teman wanita menjadi sisi penting kepada pembangunan jiwa seni Jamal Abdillah meskipun tidak dinyatakan secara jelas nama-nama mereka. Babak-babak berkenaan sudah cukup untuk menyampaikan betapa Jamal terlalu menghargai persahabatan.

Jamal secara peribadi telah memberikan sepenuh-penuhnya usaha untuk mencantikkan lima malam berkenaan dengan segala imaginasi dan kreativitinya.


SETIAP kali melontarkan vokal, peminat akan teruja sehingga meremang bulu roma.


Saya percaya, Konsert Jamal....Kembara Seniman akan menjadi salah satu daripada 'karya ajaib' Jamal Abdillah apabila bercakap tentang sifat kesenimanannya dihari kemudian.

Saya berharap selepas ini akan ada lagi konsert Jamal Abdillah yang diusahakan sendiri oleh empunya diri yang kelihatan semakin yakin untuk berdiri sendiri di bawah payung Bintang Channel.

Cukuplah sekadar bersyukur dengan 80 peratus kejayaan, berbanding dengan 100 peratus kejayaan yang hasil idea dan pemikirannya milik orang lain.

Apa yang lebih penting lagi ialah konsert yang menjadikan Kumpulan Utusan sebagai media rasmi ini membuktikan Jamal boleh berdiri menerbit, mengurus dan menyelia sebuah konsert secara besar-besaran yang 30 tahun lalu tidak pernah dia fikir untuk melakukannya.

Percayalah, ia adalah satu permulaan yang cukup hebat untuk seorang lelaki bernama Jamal Abdillah meneroka ke dunia baru selepas ini, seterusnya menghadiahkan karya-karya besar untuk terus melestarikan kelangsungan dunia kesenimanannya. Jamal Abdillah- Seniman yang sentiasa dan akan selamanya menjadi belahan jiwa peminat-peminatnya.

Barack Obama versi wanita

Barack Obama versi wanita


MALLIKA (kanan) bertemu dengan Kamala untuk menghayati watak wanita itu.



MALLIKA SHERAWAT


WALAUPUN filem Hisss masih belum menemui peminat di layar lebar, namun pemegang watak utamanya yang juga aktres jelita Bollywood, Mallika Sherawat sudah bersiap sedia untuk 'mencipta' kontroversi agar namanya terus menjadi buah mulut peminat.

Masakan tidak, Mallika sudah mencanangkan kepada peminat bahawa dia akan terlibat dalam sebuah projek filem terbaru dengan membawakan watak, Kamala Harris yang diinspirasikan daripada kisah pendakwaraya awam terkenal di San Francisco.

Dalam filem yang menelan perbelanjaan besar itu, Mallika akan melakonkan watak persis Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Cuma watak itu direalisasikan dalam versi wanita dan ada sedikit perbezaan.

"Dia (Mallika) dikhabarkan menghantar jemputan kepada Kamala Harris sambil menikmati makan malam," kata sumber terdekat Mallika yang mengatakan aktres itu ada membuat pertemuan dengan Kamala.

Kamala Harris merupakan seorang wanita yang punya kredibiliti dan aura tersendiri.

Wartawan Amerika Syarikat, Gwen Ifill membuat persamaan antara Kamala Harris dengan Barack Obama dengan mengatakan dalam rancangan bual bicara, David Letterman bahawa Kamala seorang yang bijaksana.

Kamala juga dianggap Barack Obama versi wanita dalam program bual bicara Oprah Winfrey.

Kamala pernah mendapat pengiktirafan sebagai sebagai Wanita Paling Berkuasa di Amerika pada tahun 2004.

Bukan takut watak gay

Bukan takut watak gay




ADA sebab rupa-rupanya bintang kacak Bollywood, Saif Ali Khan enggan terlibat dalam filem arahan Karan Johar yang berjudul, Dostana.

Ia bukan disebabkan Saif takut berlakon dalam filem mengenai homoseksual itu, tetapi dia sebaliknya enggan berlakon bergandingan dengan Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan yang turut muncul dalam filem yang sama.

Pemuda berusia 38 tahun itu terang-terangan mengaku kepada media bahawa dia bukanlah seorang lelaki pengecut untuk melibatkan diri dalam filem berkisahkan cinta sejenis.

"Saya bukan penakut. Lagipun saya sudah mahu kurangkan diri untuk terlibat dalam mana-mana projek filem yang menampilkan Abhishek dan Aishwarya," katanya.

Filem Dostana yang menggandingkan Abhishek, John Abraham dan Priyanka Chopra sebagai watak utama dikehendaki membawakan watak yang tidak menyukai kaum berlawanan.

"Babak yang melibatkan gay sendiri tidak menakutkan saya. Malah saya tidak rasa Abhishek dan John benar-benar berkucupan dalam filem berkenaan.

Shah Rukh Khan sebelum ini mendedahkan bahawa dia sanggup berkucup dengan pelakon lelaki dalam mana-mana filem yang mengisahkan tentang homoseksual.