Thursday, August 13, 2009

HIBURAN : KHAMIS 13 OGOS 2009

Fareez tidak sanggup dimalukan
Noraniza bengang dengan media

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Perbicaraan tuntutan harta sepencarian antarapenyanyi Noraniza Idris ( gambar ) terhadap bekas suaminya 'beraliharah' apabila Fareez yang sebelum ini terus meninggalkan mahkamahselepas tamat prosiding bersedia menjawab pelbagai soalan daripadamedia.

Pernikahan Joe Radzwill-Aida Rahim di Yala sah
KUALA LUMPUR 12 Ogos - ''Aku terima nikahnya, Khalidah Adibah Ahmad dengan mas kahwin RM80, tunai.''

Abang Siti Nurhaliza urus harta pusaka bapa
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari inimembenarkan permohonan abang penyanyi nombor satu negara, Datuk SitiNurhaliza untuk menguruskan harta pusaka bapa mereka, AllahyarhamTarudin Ismail yang meninggal dunia Februari lalu.

Abang urus pusaka ayah Siti Nurhaliza
KUALALUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, membenarkan permohonansijil faraid dikeluarkan bagi pembahagian harta pusaka milikAllahyarham bapa penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti NurhalizaTarudin.

Roslin tuntut ganti rugi RM50,000
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kisah perkahwinan singkat pemain badminton negara, Roslin Hashim masih belum berakhir.






Pengalaman mematangkan Shila
KEHADIRANNYA di persada seni tanah air pada tahun 1999 lewat menerusialbum pertamanya, Terima Kasih Guru telah mencuri perhatian ramai.Masakan tidak, ketika itu industri tempatan ketandusan penyanyi cilikdan dia mengisi kekosongan itu dengan bakatnya tersendiri seawal usiasembilan tahun.


Hilangnya seri American Idol
SEMUANYAbermula pada tahun 2002 apabila stesen televisyen Fox menerbitkansebuah rancangan pencarian bakat baru yang telah mencetus revolusi barupenerbitan rancangan televisyen di Hollywood.


Pengaruh nasyid masih utuh
MUZIKnasyid pernah mendominasi pasaran muzik semasa sekitar pertengahantahun 90-an apabila kumpulan Raihan tampil dengan album perdana mereka,Puji Pujian .


Konsert khas kenang pahlawan
Aku bukanlah seorang perwira





Kenapa hasilnya belum kelihatan?
FESTIVAL Filem Malaysia ke-22 (FFM 22) baru sahaja melabuhkan tirainyahujung minggu lalu. Nampaknya filem Papadom arahan pengarah dan pelakonterkenal, Afdlin Shauki membuat kejutan dengan mengungguli kebanyakankategori utama sehingga dinobatkan sebagai filem terbaik dalam FFM22.

Vince cari cinta di Taiwan
"Ada kenalan yang cakap populariti saya bakal hilang selepas bergelarsuami orang kelak, namun saya langsung tidak mempercayai dengankata-kata tidak berasas ini" – VINCE


Festival filem Jalan Ampas
BAGI sesiapa yang pertama kali mendengar nama Festival Filem KlasikParadise pastinya membuat andaian bahawa ia sebuah acara penganugerahanyang mengiktiraf karyawan luar negara.


Tidak pernah masuk kelab
BINTANGcomel yang membuat penampilan di pentas hiburan Korea melalui kumpulanBaby VOX, Yoon EunHye, memberitahu dirinya amat tertekan kerana seringdilemparkan dengan pandangan prejudis oleh pelbagai pihak.


Buat 'projek' dalam tandas gim
Nakterlondeh kain batik ketat Marilyn bila terima telefon daripada seorangteman Marilyn yang cantik dan putih gebu, Meera Deena Loreena minggulalu.







Jiwa Hijau
TIDAKmudah mengajak masyarakat kita menghargai alam sekitar keranarata-ratanya masih dangkal mengenai isu pemanasan global, kitar semuladan kempen hijau. Namun hakikat pahit itu tidak mematahkan semangatZainal Abidin dan Maya Karin untuk terus berjuang kerana percaya suatuhari nanti usaha itu akan menjadi ikutan.

Gadis Melayu tercemar?
BARUsaja menjengah kaca televisyen tidak sampai seminggu, program pencarianGadis Melayu dicemari kontroversi kononnya gambar 'hangat' yangdisebarkan di internet adalah salah seorang peserta program realitiitu.

Dengarnya...: Chef Wan bakal jadi tetamu Oprah
MUNGKINramai yang akan cemburu apabila Cik Normah ura-uarkan cerita ini.Eh..eh, jangan silap faham, apa yang Cik Normah nak sampaikan inibukanlah pasal Cik Normah tapi berkenaan seorang tukang masak yangcukup popular di negara ini, siapa lagi kalau bukan chef Wan. Iyerlah,dia satu-satunya tukang masak yang bukan saja ligat di dapur tetapijuga bermulut bertih jagung.

Muzikal Tun Razak cabar pelajar Aswara
MUZIKALTun Abdul Razak yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budayadari 16 hingga 20 Ogos ini menjadi kemuncak kepada segala pengalamanpenuntut Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yangsebelum ini cuma bergelumang dengan pementasan kecil.

Epilog: Menang di festival luar tidak semesti bagus
KEPUTUSANFestival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 akhirnya diketahui pada malam Sabtulalu. Keputusan itu menterjemahkan imej sebuah festival filem nasionalyang ada ciri dan corak penilaiannya tersendiri. Semua harus akur padapenilaian panel juri yang dipilih penganjur dan tentunya ramai gembiradengan keputusan yang diumumkan.

Curi waktu buang peluh
SPONTANdia menyusun gerak dan langkah mengikut alunan muzik yang dimainkan.Sesekali terhambur tawa keras namun jelas dia cukup senang denganaktiviti santai yang sesekali dilakukan itu.Si jelita yang memiliki nama lengkap, Irma Hasmie Ibrahim, 27, akurkebelakangan ini jadualnya semakin sendat di lokasi penggambaran.

Idea gila membuahkan hasil
SEMUANYAbermula secara spontan apabila mereka mengundang 27 kumpulan muzikmembuat persembahan secara live menerusi laman web pertengahan Maclalu. Siapa sangka, idea gila yang dibuat secara suka-suka akhirnyamembuahkan satu hasil yang memberangsangkan untuk pembangunan industrimuzik tanah air.

Zon Muzik
DIANGGOTAIempat anak muda iaitu Widi (vokal); Kevin (keyboard); Raka (gitar) danTrian (dram), album perdana yang mengangkat My First Love sebagai judulini umpama curahan suara hati remaja.

Tidak sabar puasa Ramadan
PADAmulanya, timbul kerisauan sekiranya tidak dapat menunaikan ibadat puasapada Ramadan kali ini. Maklumlah, dirinya kini berbadan dua dankandungan itu sendiri sudah pun mencecah usia enam bulan.

Dengarnya...: Kalau nak mengelak, bagilah alasan logik sikit
BARU-baruini, teman Cik Normah diundang untuk membuat liputan program televisyenmilik sebuah stesen penyiaran. Pelbagai program diperkenalkan dalamacara itu dan yang pasti, ramai artis yang hadir termasuklah seorangpelakon yang kontroversi ini.

Cinta lama muncul semula dalam drama istimewa di TV2
SELAINsarat dengan plot pengorbanan watak wanita yang diaspirasikan daripadasambutan Hari Wanita yang bakal disambut bulan ini, istimewanya dramaBunga Raya Untuk Su Tin yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM)turut menampilkan konsep 1Malaysia apabila mengetengahkan watak darikaum Melayu, Cina dan India.






Shanty si Ratu Disko
SELEPAS kejayaan merakamkan lagu duet Hanya Memuji bersama Marcell,Shanty meneruskan kolaborasi dengan seorang lagi penyanyi Indonesia,Donne Maulana menerusi lagu Untuk Siapa.

Lawatan amal beri makna
SELESAI sudah debaran Festival Filem Malaysia ke-22 yang berlangsungdi Kota Kinabalu, Sabah bermula dari 5 hinggalah 8 Ogos lalu. Keputusanpemenang Filem Terbaik, Pengarah Terbaik mahupun Pelakon Lelaki/WanitaTerbaik sudah diketahui Sabtu lalu pada malam kemuncak FFM22.

HOLLYWOOD: Sienna musuh wanita
LINCAH beraksi di filem, namun anehnya aktres jelita Britain, SiennaMiller, 27, tidak suka menonton filem lakonan sendiri. Malah bintangG.I Joe The Rise Of The Cobra itu mengaku dirinya bukan baik apabilaberpeleseran bersama suami orang, Balthazar Getty, aktor Brothers &Sisters.

Kaki cedera kena duri landak
TERBABIT membintangi pelbagai drama sebelum ini, pelakon ShahrizaMahmud antara yang cukup dikenali ramai. Bagi Shahriza, lakonan menjadikarier sepenuh masa dan dia tetap mahu terus memberi sumbangan terhadaphiburan tempatan.

Keena tak duduk diam
MESKIPUN gagal merebut gelaran juara Mentor 3, Suriana Abdul Wahab,23, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Keena, tidak pernah jemuuntuk mengetengahkan bakat.

BORAK LOKASI: Rahsia Siti Nurhaliza di dapur
JIKA di pentas nyanyian, namanya unggul sebagai penyanyi wanitanombor satu negara. Berilah apa saja lagu, pasti dapat didendangkandengan lontaran vokal memukau. Namun, sejauh mana pula agaknyakepakaran Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di dapur?

BORAK LOKASI: 'Biar kamera cari saya'
SELAIN artis popular seperti Rosyam Nor, Umie Aida, Ezlynn, NabilRaja Lawak, Salih Yaccob, Rubiah Suparman dan Noniswara, Siti turutmengundang rakan wartawan dan juga insan lain yang berkait rapat dengankerjaya seninya seperti jurumekap, Nurul Shukor dan perancangperkahwinan, Datuk Shah Rezza.

BORAK LOKASI: Ketegasan Erma banyak membantu
LIMA tahun bekerja dengan Erma Fatima diakui banyak membantunyasebagai petugas di belakang tabir. Justeru, Mohd Fazli Yahya yangmemulakan karier sebagai pembancuh air (handy man) nyata cukupmengenali cara kerja pengarah berbakat itu.

BORAK LOKASI: 'Bukan semua kru tak senonoh'
SELAIN jurukamera, penata bunyi juga mempunyai tugas penting dalamrakaman di sebalik tabir. Memastikan, tiada bunyi 'bising' sepanjangpenggambaran berlangsung nyata bukan perkara mudah. Maklum saja, bunyi'tidak diundang' muncul di mana-mana.

SOSEH SOSEH: Artis veteran lebih berdisiplin
BANYAK juga cerita menarik yang SS dengar daripada kawan-kawan yangmengikuti rombongan ke Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di KotaKinabalu, Sabah dari 5 hingga 8 Ogos lalu.

SOSEH SOSEH: Artis, pengurus tak sebulu
BUKAN sekali dua SS dengar cerita mengenai pengurus 'tidak sebulu'dengan artis. Biarpun sudah beberapa tahun menguruskan artis,persefahaman antara artis dan pengurus memang sukar dijangka.

Tidak terasa di negara asing
“Dengan sambutan hangat lebih 1,000 penonton di Teater Sains UNSW,mereka menyanyi bersama kami mengikut lirik. Suasana dirasakan mesrakerana jarak pentas hampir dengan penonton. Kami tidak pernah rasasuasana itu ketika membuat persembahan di Malaysia.

Program TV di telefon
STESEN 8TV terus mendahului arena penerbitan dengan menawarkankemudahan 8TV Mobile apabila 10 rancangan terbaik daripada pelbagaigenre akan disiarkan terus kepada telefon bimbit melalui laman webmobile.8tv.com.my.

Kepuasan sebenar Flop Poppy
BUAT julung kali dalam tempoh 20 tahun, kumpulan Flop Poppymenganggap konsert Charity With Love Down Under - Charity Gig diUniversity of New South Wales (UNSW), Australia, yang dijayakanbaru-baru ini, memberi kepuasan sebenar buat mereka selaku pemuzikprofesional.

Hilangnya seri American Idol

Hilangnya seri American Idol


SENYUMAN dan bicara lembut Paula tidak dapat lagi dinikmati oleh pengikut dan peminat setia American Idol selepas ini.


SEMUANYA bermula pada tahun 2002 apabila stesen televisyen Fox menerbitkan sebuah rancangan pencarian bakat baru yang telah mencetus revolusi baru penerbitan rancangan televisyen di Hollywood.

Diadaptasi daripada konsep rancangan Pop Idol dari Britain, rancangan yang diberi nama American Idol itu menjadi satu fenomena baru dalam sekelip mata.

Konsep kedua-dua rancangan itu adalah sama iaitu mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian yang mampu diangkat ke peringkat lebih tinggi sekali gus untuk dijadikan sebagai bintang ternama dunia.

Mahu atau tidak, tiga figura yang mengemudikan rancangan tersebut sebagai juri tetap iaitu Randy Jackson, Paula Abdul dan Simon Cowell juga merupakan faktor kejayaan luar biasa rancangan realiti itu.

Mengapa ia jadi begitu hebat? Ini disebabkan kerenah dan pendapat yang diberikan mereka saban minggu bermula dari peringkat uji bakat sehinggalah ke peringkat akhir sememangnya mencuri perhatian.

Ketiga-tiga mereka memiliki personaliti yang tersendiri dan berjaya mencipta kelompok peminat masing-masing.

Randy merupakan seorang yang cool dan cukup terkenal dengan istilah 'dawg' yang saban minggu terpacul dari mulutnya.

Berbanding Randy, Simon pula cukup terkenal dengan kelancangannya dalam memberikan komen kepada setiap peserta sehingga dilabelkan sebagai juri bermulut jahat dan tidak berhati perut.

Satu-satunya 'bunga' dalam rancangan tersebut, Paula pula lebih selesa untuk memilih jalan tengah dengan memberikan komen yang berlapik dan beralas.

Biarpun dikritik hebat kerana dikatakan sering berlembut dalam memberikan komen selain dikatakan merapu, Paula tetap berdiri teguh selama lapan musim American Idol bersiaran.

Gelagatnya yang ceria dan sentiasa tersenyum terutama sekali apabila disakat dan diusik oleh Simon sememangnya mencuri perhatian.

Malah kerana keakraban mereka itu jugalah, mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa di luar set namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh mereka berdua.

Bukan itu sahaja, dek kerana kelantangan Simon itu jugalah berkali-kali Paula menyuarakan hasrat untuk meninggalkan rancangan tersebut.

Kata Paula, Simon seharusnya memberikan semangat dan perangsang kepada peserta untuk mereka lakukan yang terbaik dan bukannya merencatkan keyakinan mereka yang bertanding untuk bergelar juara.

Jelasnya lagi, Simon seolah-olah langsung tidak memikirkan serta menjadi hati dan perasaan peserta dan keluarga mereka.

Namun, Simon membidas kenyataan Paula dengan mengatakan ia sifat semula jadinya yang suka berterus-terang demi kebaikan peserta rancangan tersebut dalam usaha membantu mereka mencari arah tuju dalam bidang muzik.

Akhirnya, mimpi bertukar realiti apabila Paula mengumumkan bahawa dia tidak akan kembali lagi sebagai juri tetap American Idol untuk musim kesembilan tahun depan.

Sedangkan sebelum ini Simon yang disebut-sebut akan meninggalkan rancangan yang paling ramai ditonton di dunia itu.

Memang benar. Ia adalah satu kebenaran yang sungguh sukar untuk ditelan kerana Paula, Simon dan Randy serta pengacaranya, Ryan Seacrest telah mencipta American Idol sebagai satu produk yang cukup berkuasa.

Mungkin ramai yang menganggap pemergian Paula adalah satu tindakan yang tepat dan bijak kerana dikatakan sudah tidak lagi relevan dengan rancangan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, pada mula American Idol dimulakan dan mengumumkan Paula sebagai salah seorang jurinya, ramai juga yang mempertikaikan kredibilitinya dalam bidang seni terutamanya nyanyian.

Kata mereka, Paula yang cukup popular dengan lagu Rush, Rush dan Promise Of A New Day ini tidak layak untuk bergelar juri memandangkan kejayaannya dalam bidang nyanyian tidak begitu menyerlah biarpun dia seorang penari dan koreografer yang tiada tandingan.

Bukan itu sahaja, tindakan Paula yang sering mengungkapkan frasa "America loves you!", "You're authentic!" atau "It wasn't your best performance," juga telah mengundang rasa bosan dan jelik bagi pengikut setia rancangan itu.

Hakikatnya, Paula atau nama sebenarnya Paula Julie Abdul telah memberi satu nafas baru dalam rancangan tersebut dengan gaya dan karakternya yang tersendiri.

Adakah dia peduli dengan kata-kata orang selama lapan musim menduduki kerusi juri tetap? Mungkin ya dan mungkin tidak. Jika dia mengambil serius dengan kritikan negatif, mustahil untuk dia bertahan sehingga lapan musim.

Keputusan Paula yang berdarah Syria Yahudi (sebelah bapa) dan Yahudi (sebelah ibu) meninggalkan rancangan itu juga telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Antaranya apabila dia dikatakan kurang bersetuju dan tidak berpuas hati apabila pihak Fox mahu menampilkan kelainan dengan memperkenalkan juri keempat oleh Kara DioGuardi tahun lalu.

Paula dikatakan sedikit cemburu dengan Kara yang akan terus dikekalkan sebagai juri tahun depan biarpun dia menafikan khabar angin tersebut.

Bukan itu sahaja, Paula juga mahu bayarannya digandakan kepada AS$20 juta (RM70 juta) jika mahukannya kembali untuk musim kesembilan.

Permintaan Paula itu dikatakan terlalu tinggi dan tidak munasabah. Tetapi, jika difikirkan kembali, tidak mustahil untuk Paula meminta bayaran yang tinggi kerana selama lapan musim dia menerima bayarannya yang sama sahaja iaitu AS$5 juta (RM17.5 juta).

Selepas rundingan itu gagal, Fox akhirnya melepaskan Paula yang kemudiannya diumumkan oleh pengurus Paula, David Sonenberg dalam satu temu bual dengan Los Angeles Times.

"Ya, perkara ini terlalu berat untuk dikatakan. Paula tidak akan kembali untuk musim kesembilan atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Sejurus selepas itu, di laman rangkaian sosial Twitter, Paula mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang banyak menyokongnya selama lapan musim bersama American Idol.

"Saya terharu dengan ucapan kalian yang secara terang-terangan menunjukkan keikhlasan, kasih sayang dan sokongan terhadap saya.

"Kalau bukan kerana anda, tidak mungkin untuk saya meneruskan perjalanan saya. Semoga Tuhan merahmati kalian!" katanya dalam nada terharu.

Kontroversi juga tidak pernah lekang daripada dirinya sewaktu bersama American Idol apabila dia didakwa mempunyai hubungan sulit dengan salam seorang peserta musim kedua, Corey Clark.

Tidak cukup dengan itu, ada ketikanya Paula juga dikatakan di bawah pengaruh dadah apabila aksi-aksinya menimbulkan keraguan sedangkan ketika itu dia menerima rawatan kerana sakit tulang belakangnya.

Yang pasti, American Idol akan meninggalkan seribu kenangan buat Paula baik yang pahit mahupun manis.

Biarpun rancangan itu tidak lagi menggunakan khidmatnya, tawaran dan rezeki untuk Paula tetap mencurah-curah.

Terbaru, dia dikatakan menjadi pilihan stesen televisyen ABC yang mahu menggunakan khidmatnya sebagai koregrafer dan juri untuk musim terbaru So You Think You Can Dance.

Tiada sebarang pengesahan tentang berita tersebut tetapi Paula dikatakan berminat dengan tawaran itu dan mungkin akan menerimanya.

Pengalaman mematangkan Shila

Pengalaman mematangkan Shila


SHILA ternyata berpuas hati dengan penghasilan album ketiganya, Bebaskanlah yang disifatkannya sebagai lambang transformasi dirinya.


KEHADIRANNYA di persada seni tanah air pada tahun 1999 lewat menerusi album pertamanya, Terima Kasih Guru telah mencuri perhatian ramai. Masakan tidak, ketika itu industri tempatan ketandusan penyanyi cilik dan dia mengisi kekosongan itu dengan bakatnya tersendiri seawal usia sembilan tahun.

Dia juga bertuah kerana laluannya dalam bidang seni begitu mudah sementelah bapanya, Amir Amzah Salleh atau lebih dikenali sebagai N.D. Lala merupakan seorang artis yang cukup popular satu ketika dulu.

Lantas, ramai yang berpendapat ia merupakan satu tiket emas buatnya untuk bergelar seorang artis dan mengecapi kemewahan serta populariti dengan cukup mudah.

Namun bagi Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah dia tidak mahu masyarakat melihatnya terlalu bergantung kepada bapanya.

Sebaliknya, dia mahu berdiri atas namanya sendiri dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu dibayangi oleh populariti bapanya.

"Hakikatnya, perjalanan seni saya bukanlah semudah yang disangka. Mungkin ada yang berpendapat apabila menjadi anak kepada seorang artis, ia merupakan jaminan untuk menjadi popular dengan sekelip mata.

"Saya tidak nafikan perkara itu tetapi secara peribadi, saya mahu berdikari dan mencipta kejayaan atas usaha saya sendiri. Kalau saya terlalu bergantung kepada bapa, tidak mungkin saya menyertai One In A Million (OIAM) tahun lalu.

"Tetapi ini bukanlah bermakna saya menafikan sokongan dan semangat yang diberikan oleh seluruh ahli keluarga saya. Saya sedar dan akan tetap kenang serta ingat jasa mereka sampai bila-bila. Jika bukan kerana mereka, tidak mungkin untuk saya berdiri di sini seperti hari ini," jelasnya penuh bersungguh dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.

Pengalaman

Untuk itu, Shila yang berusia 19 tahun hari ini lebih selesa bersama ibunya, Fauziah Sarman yang setia menemaninya ke mana sahaja dia pergi biarpun berada di bawah pengurusan syarikat rakamannya, Monkey Bone.

Menyambung bicara, gadis manis yang petah berkata-kata ini dia melihat dirinya kini melalui transformasi yang begitu ketara seiring dengan usianya.

Baik dari segi personaliti, tingkah laku mahupun skil nyanyiannya, Shila mengakui dirinya sudah jauh berubah berbanding sedekad yang lalu.

Di awal kemunculannya dia dikenali sebagai Shila Tekno dan menerusi album keduanya pula, namanya bertukar kepada Sha-Hila. Namun kini dia selesa dan mahu digelar Shila sahaja.

Ujarnya, dia banyak belajar daripada pengalaman khususnya menerusi OIAM yang telah membuka mindanya untuk mencari hala tujunya dalam bidang muzik yang begitu diminatinya.

Lebih setahun mencari dan mencuba, akhirnya dia bertemu dengan apa yang diidamkan sekali gus mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa dia benar-benar serius dengan dunia seninya.

Bakal muncul dengan album ketiganya, Bebaskanlah yang akan dilancarkan minggu depan, Shila menyifatkan album ini sebagai lambang transformasi sebagai seorang anak seni.

Memuatkan 12 buah lagu, Bebaskanlah menampilkan karya-karya komposer handalan negara antaranya Aubrey Suwito, Audi Mok, Kieran Kuek dan Mode serta komposer dari Australia, Jamie Huber.

Bukan itu sahaja, album Bebaskanlah juga memuatkan dua buah lagu Inggeris dan salah satu daripadanya berentak balada ciptaan Aubrey yang berjudul Whisper My Name.

Teruja

Bicaranya penuh teruja saat diminta untuk memberikan pandangannya tentang album ketiganya yang menampilkan lagu Ada Saja sebagai single pertama itu.

Malah, Ada Saja juga pernah dipersembahkan oleh Shila sewaktu membuat persembahan di malam Shout! Awards 2009 baru-baru ini dan mendapat reaksi yang positif.

"Bebaskanlah buat saya bangga kerana lebih setahun kami berbincang dan mencari material yang terbaik untuk kami tampilkan dalam album ini.

"Bukan itu sahaja, Monkey Bone juga memberi kebebasan kepada saya untuk memilih lagu-lagu yang ingin saya bawakan dalam album ini.

"Saya sedar saya harus bawa muzik yang seiring dengan usia dan tidak boleh terlalu mematangkan diri saya dengan muzik yang terlalu jauh dewasa. Bimbang tidak mampu diterima pula nanti," ujar penyanyi yang cukup popular dengan lagu Memori Tercipta ini penuh optimis.

Muzik rancak, segar dan bertenaga menjadi teras kekuatan album ini selain daripada lagu-lagu balada yang dimuatkan bagi memenuhi permintaan peminatnya yang mendambakan nuansa sedemikian daripadanya.

Berkeyakinan tinggi dalam setiap langkahnya, tiada apa yang diharapkannya selain album ini mendapat perhatian dan diterima dengan baik oleh masyarakat.

Ujar Shila, konsep albumnya itu masih lagi belum diterokai sepenuhnya oleh segelintir artis di negara ini dan dia dengan jujur mengakui telah menjadikan album-album milik Britney Spears, Katy Perry dan Lady Gaga sebagai rujukan.

"Bukan meniru secara total tetapi mengambil semangat muzik mereka kerana ia bersesuaian dengan saya. Dengan usia saya yang masih muda, saya rasa tidak salah untuk saya bereksperimen sementara peluang itu masih ada," ujar anak sulung daripada empat adik-beradik ini lagi.

Rezeki

Berbanding juara OIAM musim kedua, Ayu, populariti yang dikecapi oleh Shila ternyata berjaya memintas Ayu biarpun Shila hanya bergelar naib juara.

Personaliti yang dimilikinya merupakan satu kelebihan buatnya apabila dilamar dan dilantik menjadi duta dan jurucakap untuk Cornetto, Coca Cola dan juga saluran Disney Malaysia untuk mempromosikan Hannah Montana.

Malah impak daripada iklan Cornetto yang dijayakan bersama kumpulan Ran dari Indonesia menjadikannya popular sekelip mata dan cepat dikenali di negara seberang.

Tidak mahu menjadikan perkara berkenaan sebagai satu isu, sebaliknya Shila menjelaskan, semuanya adalah rezeki masing-masing.

Malah, dia juga tidak pernah mencemburui Ayu yang sering kali membolosi tembok kebal senarai pencalonan acara anugerah di negara ini.

"Saya kagum dan bangga dengan apa yang dikecapi oleh Ayu kerana dia bermula dari bawah untuk mencapai kejayaan seperti hari ini. Tidak adil jika ada yang membandingkan kami kerana saya sudah menyanyi sejak kecil," kata Shila jujur.

Namun, dia berbangga dan terharu apabila masyarakat dan peminat muzik tempatan sudah mula menerima dirinya dengan baik dengan imej dan muziknya sekarang.

Bermula dengan kejayaannya merangkul pingat emas menerusi pertandingan Penang Shanghai Asia Music Festival 2008 menerusi kategori Lagu Terbaik untuk lagu Memori Tercipta.

Apatah lagi, dengan pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu pada Anugerah Industri Muzik Ke-16 yang lalu, sudah cukup membuktikan bakatnya mula dipandang.

Walaupun tewas di tangan Datuk Siti Nurhaliza, Shila memandangnya dari sudut positif dan menjadikannya sebagai satu perangsang demi masa depannya.

Masa depan

"Bohong kalau saya kata tidak mahu diiktiraf dengan gelaran terbaik tetapi saya percaya ia akan hadir kalau kita terus bekerja keras dan sering memberikan yang terbaik.

"Itu prinsip hidup saya kerana saya percaya kalau kita sering beri yang terbaik, orang akan sedar dan yakin dengan kemampuan kita," katanya.

Biarpun usianya masih lagi muda, namun anak jati Kuala Lumpur ini sudah mula merencana perjalanan masa depannya.

Sedar bahawa bidang seni tidak selalunya menjamin kemewahan dan keindahan yang berpanjangan, Shila mahu menubuhkan perniagaannya sendiri.

Obses dengan dunia fesyen, tidak mustahil bagi Shila untuk meneroka bidang itu di masa depan.

"Saya mahu mereka rekaan pakaian saya sendiri dan memiliki label sendiri. Malah, saya juga mahu ada aksesori atas nama sendiri.

"Idea ini timbul apabila pemakaian saya menjadi ikutan peminat saya khususnya dari kalangan remaja. Namun, ini semua adalah angan-angan. Siapa tahu kalau ia menjadi satu realiti satu hari nanti kan?" ujarnya tersenyum.

Pengaruh nasyid masih utuh

Pengaruh nasyid masih utuh


RAIHAN menyampaikan empat buah lagu dalam Konsert Alam Dunia 2009.


MUZIK nasyid pernah mendominasi pasaran muzik semasa sekitar pertengahan tahun 90-an apabila kumpulan Raihan tampil dengan album perdana mereka, Puji Pujian.

Tiada siapa pernah menyangka muzik nasyid diterima dengan cukup baik apabila album berkenaan mencatatkan jualan mencecah 600,000 unit.

Sehingga kini, belum ada artis yang mampu mengekang rekod yang dipegang oleh Raihan. Tidak cukup dengan itu, album berkenaan dinobatkan sebagai Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 1998.

Bermula detik itu, muzik nasyid semakin menjadi perhatian dan mula diterima dengan baik. Malah, syarikat rakaman ketika itu juga berlumba-lumba menerbitkan album nasyid yang mampu memberi pulangan yang cukup lumayan.

Nama-nama seperti Rabbani, Nowseehart, Hijjaz, Saujana dan In Team merupakan antara kumpulan nasyid yang begitu popular dengan lagu-lagu mereka yang pelbagai.

Seiring dengan peredaran zaman, mahu atau tidak perlu diakui kerancakan muzik nasyid hari ini sudah tidak lagi semeriah dulu.

Stesen-stesen radio popular juga sudah jarang memutarkan irama nasyid. Tidak seperti dulu di mana lagu-lagu nasyid berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan muzik dari genre lain.

Kalau ada yang berpendapat aura dan kuasa muzik nasyid semakin pudar, buang jauh-jauh telahan itu kerana hakikatnya muzik itu masih lagi diminati dan mempunyai pengikut tersendiri.

Kehadiran hampir 10,000 orang penonton dan peminat irama itu di malam Konsert Alam Dunia 2009 yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor baru-baru ini sudah cukup membuktikan pengaruh nasyid masih lagi kuat.

Apatah lagi, persembahan pada malam itu dikuatkan dengan tiga kumpulan nasyid gergasi negara iaitu Raihan, Rabbani, Hijjaz serta kumpulan nasyid dari Indonesia, Shoutul Harokah sememangnya menarik perhatian.

Malah, kumpulan nasyid dari Timur Tengah iaitu Nebras juga diundang bagi memeriahkan konsert yang dijayakan oleh Rabbani Productions dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Masakan tidak, persembahan kesemua kumpulan nasyid itu sememangnya cukup hebat dan mantap serta membangkitkan nostalgia dan membawa penonton menyelusuri zaman kegemilangan yang pernah dikecapi oleh kumpulan nasyid tempatan khususnya.

Rasanya belum pernah ada sebuah konsert yang menggabungkan kumpulan nasyid yang memiliki nama besar di negara ini di atas satu pentas.

Kumpulan Raihan yang memulakan persembahan telah berjaya menggamit nostalgia menerusi lagu-lagu mereka seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara, Syukur dan Thank You Allah.

Lagu-lagu dendangan mereka itulah yang telah berjaya menjulang nama mereka di persada seni tanah air biarpun anggota kumpulan mereka silih berganti.

Kuasa dan aura kumpulan nasyid itu belum menampakkan tanda-tanda pudar kerana peminat dan penonton dilihat menyanyi bersama-sama mereka.

Begitu juga dengan Rabbani yang menyampaikan tiga buah lagu iaitu Ibu Mithali, Bila Nur Melimpah Di Hati dan Pergi Tak Kembali yang berjaya meninggalkan impak menerusi lagu-lagu mereka.

Biarpun Hijjaz dikatakan serpihan yang terpercik daripada kejayaan Raihan dan Rabbani, namun kehadiran dan populariti yang dikecapi mereka boleh dibanggakan.

Lagu-lagu mereka seperti Ritma Kehidupan, Nur Tuhan dan Selimut Putih juga meninggalkan kesan yang berbekas di hati penonton yang terkesan dengan mesej di sebalik lagu-lagu dendangan mereka.

Uniknya, tiga kumpulan nasyid negara ini adalah lagu-lagu yang dibawakan masing-masing semuanya adalah berbeza dan berjaya mencipta identitinya yang sendiri.

Begitu juga dengan kemunculan kumpulan Shoutul Harokah yang menonjolkan sisi baru menerusi karya mereka sekali gus memberi gambaran biar muzik apa pun yang dibawakan, perkara pokok yang diutamakan adalah lirik dan mesejnya.

Kumpulan ini membangkitkan rasa semangat di kalangan penonton apabila muzik rancak yang mereka bawakan itu bagaikan membawa penonton untuk berjihad menegakkan syiar Islam.

Ketika ditemui sejurus selepas konsert, vokalis utama kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim ternyata berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat terhadap konsert tersebut.

Malah, Asri menjelaskan, pihaknya kini dalam perancangan untuk menganjurkan konsert yang sama selepas ini berikutan kejayaan yang dikecapi menerusi Konsert Alam Dunia 2009.

"Objektif utama kami bukanlah hanya untuk berhibur tetapi juga mendidik masyarakat hari ini khususnya golongan muda yang dilihat semakin hari semakin jauh tersasar dari landasan hidup mereka.

"Disebabkan itu, kami tidak tampilkan irama dan lagu semata-mata tetapi juga tazkirah daripada ustaz berpengalaman seperti Ustaz Sobri. Malah, kami harap selepas ini lebih banyak pihak akan tampil untuk sama-sama membantu kami," jelas Asri bersungguh.

Konsert Alam Dunia 2009 bukan sekadar nyanyian tetapi intipatinya yang berjaya membangkitkan kesedaran dan keinsafan dek penangan dan lontaran vokal Ustaz Sobri yang menyampaikan tazkirahnya dengan berkesan sekali.

Tidak cukup dengan itu, visual serta sketsa pendek yang ditampilkan juga berjaya menguatkan serta meninggalkan kesan yang mendalam.

Ditanya tentang pemilihan kumpulan Shoutul Harokah pula, Asri berkata, ia sekadar mahu memberikan satu kelainan kepada konsert tersebut selain memperkenalkan kumpulan yang sudah lapan tahun ditubuhkan itu.

"Setidak-tidaknya, kita dapat melihat pada malam ini bahawa muzik nasyid masih lagi diminati dan diterima dengan baik," ujarnya.

Bagi kumpulan Shoutul Harokah pula, peluang diberikan untuk membuat persembahan pada malam konsert itu adalah satu penghargaan baut mereka.

Sebelum ini, mereka menjelaskan pernah membuat persembahan bersama Raihan dan Rabbani di Indonesia.

"Kami kagum dengan penerimaan yang baik daripada peminat Malaysia dan tidak menyangka, mereka tahu juga lagu-lagu kami biarpun kami baru hendak memasuki pasaran di sini.

"Insya-Allah, kalau diberikan peluang lagi kami mahu terlibat dalam konsert sebegini," kata vokalis utama dan ketua kumpulan Shoutul Harokah, Hilman Rosyad.

Konsert khas kenang pahlawan

Konsert khas kenang pahlawan


PERSEMBAHAN yang penuh emosi daripada Ahmad Jais.


Aku bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini...

ITU antara bait-bait lirik lagu Warisan nyanyian penyanyi popular, Azharina pada Konsert Patriotik Seri Pahlawan yang disiarkan di TV1 baru-baru ini.

Walaupun penyanyi seperti Azharina bukanlah seorang srikandi negara, tetapi dia juga ada semangat dan keinginan untuk menabur jasa pada negara dengan cara sendiri.

Semuanya semata-mata kerana ingin menghargai pejuang-pejuang negara.

Bagi penyanyi seperti Azharina dan lain-lain, penghargaan mereka diterjemahkan dalam bentuk persembahan nyanyian bagi memperingati jasa pahlawan-pahlawan mempertahankan tanah air bersempena dengan Hari Pahlawan baru-baru ini.

Justeru, penglibatan artis-artis popular dalam Konsert Patriotik Seri Pahlawan merupakan manifestasi mereka untuk menyatakan penghargaan buat para pahlawan yang berjuang mempertahankan negara.

Bahkan, pada persembahan yang diterbitkan secara kerjasama antara RTM dengan kerjasama Persatuan Penyanyi, Penulis Lagu dan Lirik Tanahair (Papita) itu juga turut memberi peluang untuk mengutip derma rayuan Hari Pahlawan.

Selain Azharina, artis-artis lain yang turut terlibat ialah Datuk Sheila Majid, Datuk Ahmad Jais, Roy, Azharina, R. Subra, Kenny Lee, Jay Jay, Roy dan Faizal Tahir.

Turut membuat persembahan ialah Anggota Tentera DiRaja Malaysia (ATM) bagi mempersembahkan nyanyian, puisi dan pantomin bertemakan patriotik.

Menurut Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, beliau cukup bersyukur apabila konsert yang dikendalikan untuk kali pertama ini berjalan dengan baik.

"Team produksi berhadapan dengan pelbagau cabaran antaranya mempunyai masa yang sangat terhad untuk menjalani latihan namun saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar," katanya ketika ditemui selepas konsert berakhir.

Bagi M. Daud, beliau sangat beruntung kerana mendapat komitmen daripada barisan artis yang popular dan begitu komited ketika menjayakan persembahan itu.

"Saya akui terdapat beberapa kecacatan sepanjang siaran, namun saya akui berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan konsert ini memandangkan latihan yang amat singkat," ujarnya yang turut memuji kerjasama yang diberikan oleh Badan Kesenian Tentera Udara yang diketuai oleh koreografernya, Kapten Abdul Aziz Ismail.

Ketika acara tersebut, simbol bunga raya berwarna merah turut diedarkan kepada setiap orang yang ingin menderma ke dalam tabung derma Hari Pahlawan tersebut.

Persembahan Konsert Patriotik Seri Pahlawan dimulakan dengan persembahan koir Warisan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil diiringi oleh 12 orang pemuzik yang menyampaikan lagu Pahlawanku dan Sekapur Sirih.

Persembahan koir yang cukup indah itu disusuli dengan persembahan Kenny Lee menyampaikan lagu Bapa yang merupakan nyanyian asal Sudirman.

Pentas kemudiannya diambil oleh R. Subra yang menghiburkan penonton dengan lagu Bunga Negara disertai dengan pantomin Tugu Negara oleh Badan Kesenian Tentera Udara.

Sementara itu, Jay Jay pula penuh semangat menyampaikan lagu Baju Hijau dan kemudian disusuli oleh penyanyi veteran, Ahmad Jais yang mempersembahkan lagu Bahtera Merdeka dengan penuh emosi.

Pujian diberikan kepada Azharina dan Roy menerusi lagu duet Ilham Pujangga serta diiringi puisi patriotik yang penuh semangat dan Azharina kemudian menyampaikan lagu Warisan.

Kemunculan Sheila Majid mendapat reaksi positif dari penonton apabila dia mendendangkan lagu Legenda dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti.

Persembahan diteruskan oleh Faizal Tahir yang mendendangkan lagu Mentera Semerah Padi sebelum pentas diambil alih semula oleh koir Warisan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan lagu Perajurit Tanah Air.

Konsert Patriotik Seri Pahlawan diakhiri dengan lagu 1Malaysia seiring dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah M. Daud, Papita juga merancang untuk memuatkan konsert ini dalam bentuk video cakera padat dan akan dipasarkan dalam waktu terdekat bagi mengutip derma kepada insan-insan memerlukan yang terdiri daripada bekas perajurit dan balu-balu mereka.

"Saya merancang untuk turut menyelit elemen-elemen lain seperti perjuangan keenam-enam Perdana Menteri kita dan pembangunan negara untuk kesedaran umum," katanya lagi.

Konsert berkenaan turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung Kempen Hari Pahlawan.

Pada hari yang sama, beliau turut melancarkan tabung derma rayuan Hari Pahlawan yang kemudian akan digerakkan ke seluruh negara.

Filem Kita Ke Mata Dunia

Kenapa hasilnya belum kelihatan?




FESTIVAL Filem Malaysia ke-22 (FFM 22) baru sahaja melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Nampaknya filem Papadom arahan pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki membuat kejutan dengan mengungguli kebanyakan kategori utama sehingga dinobatkan sebagai filem terbaik dalam FFM22.

FFM22 menyaksikan penyatuan orang baru dan lama dalam memartabatkan filem Melayu.

Namun, di sebalik kemenangan Papadom dan kemunculan banyak nama baru, tema FFM22 - Filem Malaysia Ke Persada Dunia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan di kalangan tetamu di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Meletakkan tema memang mudah tetapi merealisasikannya bukanlah mudah. Ramai yang beranggapan tema tersebut kedengaran terlalu besar untuk industri perfileman tempatan yang dilihat terpaksa bersaing dan acapkali kalah dengan filem Hollywood.

Itu belum dibandingkan dengan filem-filem air tangan karyawan Hong Kong, Indonesia atau pun Bollywood.

Kerana itu, sempena FFM22 satu simposium perfileman dianjurkan di Universiti Malaysia Sabah dengan tujuan mengesan kelemahan dan cara yang berkesan membawa filem tempatan ke luar negara.


ADAKAH mereka yang menggenggam trofi ini mampu melonjakkan nama negara di mata dunia?


Malah, tidak kurang pentingnya membawa pulangan yang setimpal seperti industri yang lain seperti pelancongan dan perindustrian.

Persoalannya di sini, mampukah filem Malaysia menandingi filem luar? Adakah cukup formula yang digunakan untuk menambat hati penonton di luar sana?

Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim yang merupakan salah seorang panel pada simposium itu, pelbagai cara telah dilakukan kerajaan untuk membantu industri perfileman negara ke pentas dunia antaranya meluluskan Dasar Perfileman Negara (DFN) pada tahun 2005.

Objektif DFN adalah untuk membantu membangunkan industri perfileman negara supaya lebih berdaya maju dan dapat bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, ia juga ditubuhkan untuk menjadi pemangkin pertumbuhan industri perfileman tempatan ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat destinasi filem serantau.

"DFN akan memberi fokus kepada pembangunan tenaga kerja, permodalan dan insentif, pembangunan teknologi dan infrastruktur, pembangunan filem dokumentari dan animasi, promosi dan pemasaran serta pengurusan pentadbiran dan perundangan.

"Sebenarnya banyak filem kita mampu dibawa ke luar negara, cuma harus melalui saluran yang betul. Sebab itu, Finas lebih fokus kepada pembikinan filem dokumentari kerana ia bersifat universal.

"Bukan itu sahaja, selain melabur untuk menghasilkan filem dokumentari sendiri yang diperuntukkan dana sebanyak RM6.5 juta setahun, kami juga bekerjasama dengan beberapa saluran antarabangsa seperti National Geographic Channel, Discovery Network Asia dan History Channel," kata Mohd. Mahyidin.

Tambah beliau lagi, pihaknya turut merangka pelan tindakan jangka pendek di antara tahun 2005 hingga 2009 untuk menghantar penyertaan di festival filem antarabangsa.

"Kami sasarkan sekurang-kurangnya negara akan menghasilkan 12 filem bermutu dalam setahun dan kami boleh menghantar filem tersebut ke festival filem luar.

"Ia tidak secara langsung akan promosikan negara dan juga industri filem Malaysia. Saya akui kita masih lagi bertatih dalam bidang ini jika hendak dibandingkan dengan Hollywood tetapi setidak-tidaknya kita mencuba," ujarnya.


DARI ATAS IKUT ARAH JAM: TALENTIME banyak meraih anugerah di luar negara.
ANTOO FIGHTER
FILEM Puteri Gunung Ledang antara yang pernah diletakkan harapan dicalonkan ke Anugerah Oscar.


Walaupun hasil yang diharap masih belum kelihatan, menurut rekod Finas, 16 buah filem dihantar menyertai festival filem antarabangsa pada tahun 2005 disusuli 14 filem (2006), 20 filem (2007), 12 filem (2008) dan sehingga Julai tahun ini sebanyak empat buah filem telah dihantar ke festival filem.

Usaha itu diteruskan juga dengan penayangan filem tempatan di luar negara seperti Cinta Kolestrol (Jakarta), Puteri Gunung Ledang (stesen televisyen Eropah), Pontianak Harum Sundal Malam (stesen televisyen Jakarta) dan Jangan Pandang Belakang dan Cicakman 2 di Filipina serta Singapura.

Bagaimanapun, sebelum menambat hati penonton luar, pembikin filem tempatan harus menambat hati dan menarik penonton tempatan terlebih dahulu jika mahu berjaya di luar negara.

Meskipun masih banyak pihak pembikin filem mengeluh tentang kutipan tiket yang kurang memberangsangkan tetapi sebenarnya penonton tempatan semakin memberi perhatian kepada produk tempatan.

Ia dapat dilihat daripada hasil kutipan kasar filem tempatan yang meningkat secara mendadak dari tahun 2002 hingga 2009.

Jika pada tahun 2002 perolehan keseluruhan kutipan tiket filem hanya berjumlah RM18.6 juta dengan jumlah penonton sebanyak 2.68 juta tetapi pada tahun 2009, filem tempatan berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM50 juta dengan jumlah penonton seramai 6 juta.

Pandangan berbeza pula diterima daripada panel kedua iaitu Pengurus Besar Irresistible Films, Lorna Tee dan juga penerbit kepada beberapa filem pendek yang pernah memenangi beberapa anugerah di luar negara seperti filem The Beautiful Washing Machine, The Shoe Fairy, I'll Call You, Love Story, Before We Fall In Love Again dan My Mother is a Bellydancer.


PAPADOM yang digarap daripada kisah benar hidup Afdlin berjaya memikat hati juri FFM22. Adakah ia mampu melakukan perkara yang sama di luar negara?


Lorna menjelaskan bukan semua filem tempatan yang dihasilkan mampu bersaing dan dibawa ke peringkat antarabangsa.

Begitu juga dengan formula meletakkan beberapa pelakon terkenal dari negara luar di dalam sebuah filem yang ingin dipasarkan ke beberapa negara lain.


MAYA pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia dan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Seram dan Fantasi Antarabangsa Estepona, Sepanyol.


"Formula seperti itu tidak akan berjaya jika jalan cerita dan skrip tidak menarik. Saya melihat ada beberapa filem menggunakan formula tersebut tetapi tidak berjaya.

"Sebenarnya banyak cara yang murah dan mudah boleh digunakan untuk mempromosikan filem tempatan ke luar negara.


LORNA TEE


"Antaranya menggunakan sepenuhnya festival filem yang berlangsung di luar negara terutama festival besar yang menjadi tumpuan ramai," ujarnya.

Bicaranya lagi yang berpengalaman menjadi penasihat di beberapa buah festival filem antarabangsa, sekurang-kurangnya 2,000 hingga ke 3,000 pihak media dari seluruh dunia akan hadir di sesebuah festival yang besar dan kesempatan itu harus digunakan untuk mempromosikan filem.


MOHD. MAHYIDIN


"Itu cara yang saya gunakan untuk beberapa filem yang saya terbitkan kerana saya akan membeli iklan atau menempah papan iklan gergasi di sesebuah festival filem. Inilah cara yang terbaik.

"Sekurang-kurang akan keluar ulasan tentang filem saya di beberapa buah akhbar, televisyen atau pun radio. Kalau filem saya menang dalam festival filem ia tidak secara langsung akan meningkatkan daya promosinya sendiri," katanya.

Selain itu, wanita yang pernah bekerja di Hong Kong bersama Focus Film ini menjelaskan setiap pembikin filem harus mengkaji sasaran penonton mereka terlebih dahulu sebelum membuat filem.

"Bukan semua filem boleh dipasarkan di luar negara dan ada filem yang berjaya di luar negara tetapi tidak di Malaysia. Sebabnya adalah sasaran penonton.

"Jika filem itu menekankan lebih banyak lawak atau aspek yang hanya difahami oleh penonton Malaysia, sudah tentulah filem tersebut akan gagal di luar kerana orang luar tidak akan faham.

"Lainlah kalau pembikin filem berfikir secara universal dan memilih subjek yang lebih mudah diterima semua orang berkemungkinan besar filem itu akan berjaya," ulasnya.

Lorna juga memberi contoh bagaimana filem serta drama dari Korea mampu bersaing dan diminati meskipun penonton tidak memahami bahasa yang dituturkan oleh mereka.

Formula yang digunakan pembikin filem dan drama Korea sudah pasti jalan cerita, skrip serta barisan pelakon yang menarik. Ini kerana Korea mempunyai barisan aktor dan aktres yang bertaraf superstar dan dikenali di seluruh dunia seperti Rain.

"Saya percaya Malaysia mempunyai ramai pelakon berbakat, kacak dan cantik. Jadi kita harus membina jenama dengan melahir seorang aktor atau aktres yang mampu menarik minat orang luar.

"Saya percaya kita mampu lakukannya jika semua pihak bersatu hati dan tidak terlalu mengharap pada bantuan sebaliknya berusaha dengan sendiri," katanya.

Vince cari cinta di Taiwan

Vince cari cinta di Taiwan

"Ada kenalan yang cakap populariti saya bakal hilang selepas bergelar suami orang kelak, namun saya langsung tidak mempercayai dengan kata-kata tidak berasas ini" – VINCE




HAMPIR dua tahun 'menghilangkan' diri daripada dunia seni tanah air kerana merantau ke Taiwan, penyanyi terkenal, Vince, 30, muncul kembali dengan khabar gembira.

Bukannya kerana melahirkan album terbaru, sebaliknya hati jejaka kacak itu sudah dicuri oleh seorang wanita kelahiran Mexico, Veronica Larrauri Abad.

Pemilik nama sebenar Vincent Chong Ying-Cern itu berkata, perkenalannya dengan Veronica yang mendekati usia 30 tahun, bermula kerana mereka menuntut di universiti sama di Universiti Chinese Cultural, Taiwan.

"Pertemuan saya dengan Veronica tidak dirancang sama sekali. Semuanya bermula apabila saya menghadiri sebuah jamuan yang diadakan untuk para pelajar di universiti kami.

"Saat kali pertama terpandang dirinya, saya mula terpesona dengan personaliti Veronica yang kelihatannya seperti seorang wanita Asia.

"Dengan senyumannya yang manis dan boleh dianggap berbeza daripada wanita lain yang pernah saya kenali sebelum ini, saya umpama jatuh cinta pandang pertama kepadanya.

"Akhirnya saya dapat berkenalan dengan Veronica menerusi seorang kawan," katanya semasa ditemui di perkarangan Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Setelah berkenalan dengan Veronica, lantas hati Vince lekas terpaut dengan wanita itu yang disifatkan peramah, mesra dan gemar membantu rakan lain di universiti.

"Disebabkan dia merupakan senior di universiti, lantas Veronica amat disayangi oleh pelajar baru kerana dia gemar membantu orang di sekelilingnya.

"Dia ibarat seorang kakak yang sentiasa menyatakan kesanggupan untuk menolong adik-adiknya tanpa mengira waktu dan keadaan," ungkap Vince berbahas yang indah-indah belaka tentang teman wanitanya.


SUDAH setahun hatinya diisi dengan bunga-bunga cinta, Vince merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan.


Diam tak diam, Vince dan Veronica kini sudah hampir setahun menyemai cinta. Bahkan, mereka juga sudah punya perancangan tersendiri untuk kekal bersatu sehingga akhir hayat.

"Takdir Tuhan tentang waktu perkahwinan memang saya sendiri tidak tahu. Tetapi saya harap dapat mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya pada tahun depan kalau tiada sebarang aral.

"Saya memang sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang suami dalam usia sekarang sekali gus mempunyai keluarga sendiri.

"Saya memang berniat untuk mengadakan majlis perkahwinan di sini dan tidak sesekali akan menyorokkan perkara baik ini daripada pihak media dan peminat.

"Ada kenalan yang cakap populariti saya bakal hilang selepas bergelar suami orang kelak, namun saya langsung tidak mempercayai dengan kata-kata tidak berasas ini.

"Lagipun ramai peminat yang tahu saya sudah ada teman wanita istimewa dalam hidup sebelum ini. Paling penting, saya tahu bahawa peminat meminati saya kerana bakat dan bukan melibatkan cerita-cerita peribadi," jelasnya dalam lontaran suara cukup berkeyakinan.

Tidak merajuk dengan dunia seni

Pemergian Vince ke Taiwan melanjutkan pelajaran di Universiti Chinese Cultural hampir dua tahun lalu bukanlah disebabkan dia merajuk dengan bidang seni yang mula diceburinya pada tahun 2003.

Vince yang mengambil kursus penulisan bahasa Mandarin menjelaskan, sudah sampai masanya untuk dia melebarkan sayap ke negara luar.


VINCE mengambil keputusan untuk ke Taiwan bukan kerana merajuk dengan industri muzik tempatan.


"Bukan bermakna meninggalkan tanah air sendiri disebabkan saya merajuk atau tidak laku di Malaysia.

"Saya mahu mencipta nama di Taiwan selepas mendapat tempat di Malaysia. Kalau saya berjaya mencatat kejayaan di luar, sudah pastilah peminat juga berbangga dengan pencapaian saya.

"Inilah yang cuba saya lakukan sekarang. Sambil melanjutkan pelajaran di universiti, sekurang-kurangnya saya dapat mengenal selok-belok dunia seni di Taiwan dan bertemu dengan penggiat seni di sana.

"Saya juga sempat menyertai rancangan realiti nyanyian One Million Star untuk siaran stesen televisyen nasional di Taiwan pada tahun ini.

"Ia bukan macam pertandingan nyanyian biasa yang sedia ada di mana-mana. Sebaliknya peserta rancangan ini boleh menolak keluar peserta lain dalam setiap episod.

"Para peserta yang menyertai pertandingan ini cukup berbakat dan memiliki keunikan tersendiri. Masing-masing sudah kelihatan profesional dan macam penyanyi yang benar-benar berpengalaman.

"Walaupun sekadar berada dalam tiga episod, ternyata saya masih berpuas hati kerana dapat mendedahkan diri ke arena seni Taiwan," jawabnya berterus-terang.

Belajar hidup berdikari

Hakikat yang perlu diterima apabila berada di Taiwan, dia harus bermula dari bawah dan mendaki setangga demi setangga untuk bergelar anak seni di negara orang.

Biarpun terpaksa bermula daripada angka kosong, namun Vince tetap pasrah dengan situasi itu ditambah niatnya hanyalah satu; mahu membina nama sendiri di Taiwan sebagai penyanyi dan komposer.


INILAH Veronica, gadis kelahiran Mexico yang berjaya menawan hati Vince.


"Bayangkan, pada usia 27 tahun baru saya hendak buat semua ini. Mula-mula memanglah saya tidak biasa untuk hidup keseorangan tanpa keluarga di sisi.

"Barulah saya tahu rasanya hidup bersendiri di negara orang apabila tinggal seorang diri di apartmen dan berjalan kaki atau menaiki bas untuk ke sana ke mari.

"Lama-kelamaan, saya dapat membiasakan diri dengan atmosfera dan cara hidup baru di Taiwan bersama rakan-rakan yang datang daripada seluruh pelosok dunia menuntut di universiti sama.

"Dalam waktu singkat, saya ada kawan-kawan yang berasal dari Switzerland, Jepun, Korea, Vietnam, Indonesia dan Jerman.

"Kami dapat bergaul dengan mudah walaupun pada awalnya ada sedikit masalah komunikasi disebabkan ada antara mereka kurang fasih berbahasa Inggeris.

"Nasib baik masalah ini diatasi apabila kami saling bantu-membantu mengajar pelajar yang lemah berbahasa Inggeris untuk berkomunikasi secara asas.

"Selain itu, saya juga sudah mula belajar memasak. Sejak tinggal di sana hampir dua tahun lalu, sudah semestinya saya rindukan masakan Malaysia.

"Bagi mengubati kerinduan ini, saya buat nasi lemak sendiri. Walaupun baru belajar memasak, namun boleh tahan jugalah rasanya," tutur Vince sambil tergelak kecil.

Festival filem Jalan Ampas

Festival filem Jalan Ampas


DARI kiri: Salmah, Maria, Jins, Mustapha, Pengurus Besar Paradise Sandy Beach Resort, Jeff De Zilva, Kuswadinata dan Aziz pada sidang media Festival Filem Klasik Paradise di Petaling Jaya baru-baru ini.


BAGI sesiapa yang pertama kali mendengar nama Festival Filem Klasik Paradise pastinya membuat andaian bahawa ia sebuah acara penganugerahan yang mengiktiraf karyawan luar negara.

Hakikatnya, festival tersebut diadakan sebagai medan untuk menghimpunkan artis-artis lama yang pernah menempa kemasyhuran di era Jalan Ampas, Singapura sejak setengah abad yang lalu.


PRIMADONA Jalan Ampas, Maria Menado.


Kalau bercakap tentang zaman itu maka mata jelas terbayang figura dan beberapa nama hebat yang menghiasi dunia perfileman Melayu antaranya Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Mustapha Maarof, Datuk Aziz Sattar, Datuk Maria Menado, Kuswadinata, Mariani Ismail dan Salmah Ahmad.

Menjangkau tahun kelima penganjuran festival berkenaan yang dianjurkan oleh Paradise Sandy Beach Resort Pulau Pinang pada tahun ini, Mustapha yang mewakili pelakon-pelakon veteran muncul dengan idea baru untuk menjadikan acara itu ibarat sebuah festival filem sebenar.


AZIZ SATAR turut menjadi tulang belakang Festival Filem Klasik Paradise.


Tidak lagi sekadar mengumpulkan artis-artis lama di satu lokasi untuk tempoh beberapa hari, sebaliknya festival itu mahu dijulang martabatnya ke tahap lebih tinggi.

Bersesuaian dengan gelarannya Festival Filem Klasik Paradise, Mustapha menyarankan agar himpunan filem lama yang tidak pernah dicalonkan dalam mana-mana majlis penganugerahan termasuk Festival Filem Malaysia dinilai bagi mengangkat semula usaha karyawan seni lama.


MUSTAPHA penggerak utama idea mengangkat filem Jalan Ampas.


"Saya, Jins dan teman lain sebenarnya sudah berbincang untuk menjadikan festival ini lebih meriah sekali gus dilaksanakan sehingga bila-bila.

"Saya bercadang untuk mencalonkan sebanyak lima buah filem lama yang dianggap layak untuk mendapat penghargaan setiap kali berlangsungnya festival ini.

"Filem-filem yang dicalonkan untuk festival ini mestilah dibikin sekitar tahun 50-an hingga 70-an dan tidak pernah menyertai sebarang acara anugerah sebelum ini," katanya ketika bercakap pada sidang media festival berkenaan di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sambung Mustapha lagi, walaupun filem-filem lama dihasilkan tanpa menggunakan 100 peratus teknologi canggih berbanding filem sekarang, namun ia tetap ada keistimewaan tersendiri sehingga terus mekar dan ditonton oleh masyarakat masa kini.

Tiada sebarang agenda tertentu, sebaliknya Mustapha sekadar mahu menghidupkan perjalanan Festival Filem Klasik Paradise agar terus bertahan sekali gus menjadi sebuah acara rasmi dalam direktori industri seni tanah air.

"Kita sudah mendapat sepenuh kerjasama daripada Paradise lantas kami cuma perlu mengeluarkan perbelanjaan lain untuk trofi atau hadiah kepada pemenang.

"Secara tidak langsung, peminat filem-filem terdahulu terutama generasi baru dapat mengenali dengan lebih dekat karya seni orang lama dan cara penghasilan filem klasik," jelas Mustapha lagi sambil dipersetujui oleh Jins yang turut menyokong idea unik itu.

Berbicara lebih terperinci tentang Festival Filem Klasik Paradise kelima yang berlangsung hari ini, Mustapha memberitahu, ia menjadi sebuah acara penting kepada penggiat seni dan peminat untuk bersama-sama menghargai karya seni peninggalan seniman dan seniwati industri perfileman sejak beberapa dekad lalu.

"Festival yang berlangsung selama tiga hari ini bakal terisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat.

"Kami akan menayangkan tiga buah filem iaitu Pendekar Bujang Lapuk, Sumpah Pontianak dan Panca Delima sebelum acara ini ditutup dengan malam kemuncak Festival Filem Klasik Paradise yang diadakan di Laguna Ballroom.

"Acara gilang-gemilang ini akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

"Disebabkan ia dilangsungkan dalam bulan Kemerdekaan maka kami akan mengadakan acara deklamasi puisi dan menggalakkan semangat nasionalisme kepada seluruh tetamu yang hadir.

"Festival ini juga mengundang lebih 15 seniman dan seniwati tersohor yang pernah mencapai kegemilangan dalam bidang perfileman sebelum ini.

"Bengkel lakonan dan seminar juga akan diadakan kepada penuntut universiti dan kolej yang bertujuan untuk mendedahkan kepada khalayak tentang nilai seni yang boleh disalurkan daripada karya-karya klasik yang tiada tolok bandingannya.

"Tenaga pengajar untuk bengkel dan seminar ini terdiri daripada saya sendiri, Jins dan Aziz," terangnya.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Paradise, Virgina Ann di talian 019-543 4833.

Yoon EunHye tidak pernah masuk kelab

Tidak pernah masuk kelab


YOON EUNHYE


BINTANG comel yang membuat penampilan di pentas hiburan Korea melalui kumpulan Baby VOX, Yoon EunHye, memberitahu dirinya amat tertekan kerana sering dilemparkan dengan pandangan prejudis oleh pelbagai pihak.

Eun Hye mendedahkan, "Saya sering dilihat seperti seorang gadis yang hanya suka bergembira dan banyak bermain. Tetapi ia hanyalah satu persepsi dan sebenarnya tidak betul."

Dia menambah, dia selalu difitnah sebagai kaki kelab dan sangat gemar bersosial.

"Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam walaupun sekali. Saya tidak banyak mengetahui tempat lain di luar sana selain rumah saya," katanya.

Dia menjelaskan, kerana itu walaupun sudak 10 tahun dalam bidang hiburan, dia tidak pernah mempunyai sebarang skandal. "Bahkan, saya tidak mempunyai seorang kawan pun dalam bidang ini. Saya hanya keluar dengan anggota Baby VOX sekali-sekala," ujarnya yang akan tampil dengan sebuah drama terbaru My Fair Lady tidak lama lagi.

Artis Realiti Lelaki buat 'projek' dalam tandas gim

Buat 'projek' dalam tandas gim




Nak terlondeh kain batik ketat Marilyn bila terima telefon daripada seorang teman Marilyn yang cantik dan putih gebu, Meera Deena Loreena minggu lalu.

Apa taknya, tiba-tiba di pagi-pagi hari, baru jer Marilyn nak panaskan kerusi empuk di ofis, Meera Deena cerita betapa azabnya nafsu seorang artis lelaki ni.

Hmmm…kalau setakat cerita artis lelaki yang suka kaum sejenis Marilyn taklah kisah sangat. Dah biasa sangat cerita tu, dah lali dan basi pun.

Tapi bila Meera Deena cerita penyanyi yang bakatnya dicungkil daripada sebuah program realiti paling popular ini puaskan nafsu dalam tandas gim, terkejut badak jugaklah Marilyn.

Yang nak buat Marilyn tergelak besar tu bukan apa, punyalah terdesak sangat sampai sanggup melampiaskan nafsu dalam tandas. Tambah kelakar mereka buat projek dari tandas berbeza - artis ni dalam tandas A, pasangan dia pula dalam tandas B.

"Ko tahu Marilyn, dekat gim di Damansara baru-baru ini, aku nampak la penyanyi ni duk tinjau-tinjau orang dalam bilik persalinan lelaki. Lepas tu, aku tengok dia masuk satu tandas. Tak lama lepas tu ada seorang lelaki Cina masuk tandas sebelah dia.

"Lepas aku tukar baju busuk aku yang basah dek peluh, aku pun masuk tandas sebelah penyanyi ni sebab nak melepaskan hajat. Oleh sebab tandas dekat gim ni dindingnya kira satu kaki tinggi dari lantai tandas, aku nampak bayang artis ni macam terduduk atas lantai.

"Pelik dan takut gak la, mana tau artis ni pengsan sebab letih banyak undangan menyanyi atau terlebih senaman kat luar tadi. Aku pun pun tundukkan kepala ke bawah. Masya-Allah, tak sangka tiba-tiba aku tengok tangan artis ni baik punya duk selok ke tandas sebelah memegang sesuatu (tak sanggup Marilyn nak sebut. Yang boleh Marilyn cakap lelaki Cina tu pun terduduk di atas lantai. Bayangkan lah sendiri)," cerita teman Marilyn.

Tambah Meera Deena, dia ada ketuk beberapa kali dinding tandas penyanyi tu untuk mengelakkan perbuatan itu berterusan, tetapi tiada sebarang jawapan.

"Aku bukan apa Marilyn, dia tu popular la jugak walaupun namanya suam-suam kuku, tetapi jangan la tunjuk perangai tak elok di tempat awam. Lepas tu, yang azabnya punyalah nak puas nafsu sampai sanggup buat projek sebelah-sebelah tandas," laser teman Marilyn lagi.


Marilyn: Kelakar satu ofis macam ninja minggu lepas. Nampak mata jer bila masing-masing kena pakai topeng mulut dan hidung.