Saturday, August 15, 2009

HIBURAN : SABTU 15 OGOS 2009


Param meninggal
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, P.Paramasivam yang lebih dikenali sebagai Param, meninggal akibatserangan jantung hari ini.

Param meninggal
KUALALUMPUR: Pelakon komedi veteran, P Paramasivam atau lebih dikenalisebagai Param, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalamperjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman GombakSetia, Gombak dekat sini, pagi semalam.





Juara Pilih Kasih milik siapa?
SETELAH sepuluh minggu menghadapi pelbagai kesukaran mempelajari tekniklakonan, akhirnya 10 peserta program realiti Pilih Kasih disatukan danbakal berentap di Pentas Akhir Pilih Kasih .


Perit jerih Nizam berbalas
SUDAH lama dia mendambakan sebuah album bagi memperkasakan namanya di persada seni tanah air.


Giamatti sertai TTS
SEWAKTUperkhabaran tentang filem The Three Stooges (TTS) diumumkan tidakberapa lama dulu, ramai yang menantikan penuh teruja akan projektersebut.

Ikon gitaris Les Paul meninggal dunia
NEWYORK 14 Ogos - Ahli-ahli muzik seluruh dunia memberikan penghormatanterakhir kepada Les Paul ( gambar ), ikon muzik yang menjadi perintisgitar elektrik di era rock 'n' roll yang dilaporkan meninggal duniasemalam ketika berusia 94 tahun.

Brad Pitt didorong jadi Datuk Bandar
NEWORLEANS, Amerika Syarikat 14 Ogos - Idea mendorong Brad Pitt menjadiDatuk Bandar New Orleans telah menimbulkan banyak perbualan di sekitarbandar raya ini, walaupun beliau dilihat tidak layak.

Koleksi Jackson milik ahli perniagaan dicuri
LASVEGAS 14 Ogos - Seorang ahli perniagaan New Jersey, Henry Vaccaromendakwa sebahagian koleksi Michael Jackson miliknya telah dicuridaripada peti simpanan di Nevada malah turut dilelong tanpapengetahuannya.





Hayden tidak kisah berbogel
CANTIK dan berkeyakinan tinggi, Hayden Panettiere dengan cepat telahmengukuhkan dirinya sebagai salah seorang pendatang baru yang cemerlangdi Hollywood. Terima kasih kepada siri Heroes yang bertanggungjawabmemulakan tapak karier Hayden.


Bulan madu terakhir Asri
SAATkehilangan orang tersayang memang satu hakikat yang pahit- nya sukarditelan. Terpisah oleh jarak lagikan mengundang seribu keresahan,inikan pula dua insan yang sudah berikrar sehidup semati dipisahkanoleh dua dunia yang berbeza. Hanya kena- ngan lalu menjadi penggantidiri, saat kerinduan datang menyapa.


Ahmad Dhani mengaku ada isteri baru

Lelakipopular dari seberang, Ahmad Dhani sebenarnya tidak pernah diam tanpaberita panas. Bermula dengan kisah perbalahan dengan pihak syarikatrakaman hinggalah proses perceraiannya yang berbelit-belit dengan bekasisteri, Maia Estianty.







Makin tua, makin mahal
DIAakan mencecah usia 51 tahun, esok. Tetapi, jika dilihat kepadapenampilan dan caranya bekerja, wanita ini langsung tidak menunjukkantanda-tanda dia semakin dimamah usia. Bahkan, penyanyi yang dilahirkandengan nama Madonna Louise Ciccone semakin kental melakar sejarahtersendiri dalam industri hiburan dunia.

@Sinepleks: Filem Setem terus bertahan
SEJAKdiperkenalkan kepada penonton dunia pada tahun 2000, siri filemmengerikan, Final Destination, mencipta popularitinya sendiri sehinggaia dihasilkan juga dalam bentuk komik dan buku. Bermula dengan siripertama, Final Destination, ia kemudian disusuli siri kedua dan ketiga,masing-masing pada 2003 dan 2006.

Mesti Tonton: Mesej tajam di sebalik District 9
APABILAPeter Jackson bertindak menerbitkan filem fiksyen sains, District 9,ramai peminatnya membuka mata dan ternanti-nanti, apakah filem daripadaproduser dan pengarah trilogi The Lord of the Rings (LOTR) itu sekalilagi bakal membawa pembaharuan dalam penceritaan dan persembahannya?

Ella adakan konsert mini istimewa tajaan Canon
MEMANGsangat jarang Ella membuat persembahan secara eksklusif kepadapeminatnya. Malahan, penyanyi yang mendapat jolokan 'ratu rock' jugadianggap sebagai kurang aktif dalam arena muzik tanah air.





Vanessa malu besar
BINTANG High School Musical, Vanessa Hudgens, 20, sekali lagiberhadapan dengan episod memalukan dalam hidupnya apabila gambarseparuh bogelnya tersebar meluas di Internet, awal minggu lalu.

PSC masih berbisa
JIKA sebelah pagi artis tertentu sibuk bermain golf dengan VIP, padasebelah malam selepas malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-22(FFM22), pelakon Kazarudin Saidi atau ada acara sendiri.

BELASUNGKAWA PARAM (1953 - 2009): Bujang ke akhir hayat
BUKAN mudah buat orang ketawa, tetapi sebagai pelawak itulah kerjamereka untuk menghiburkan orang dengan lawak jenaka hingga membuatkanorang pecah perut.

Industri nasyid hilang seri
INSAN yang baik, membuatkan kita selalu terkenangkannya. Biarpunjasadnya sudah tiada, namanya terus menjadi sebutan dan kebaikannyamenjadi sanjungan.

'Saya pilih peserta berdasar bakat'
DEBARAN Anak Wayang sudah melabuh tirainya akhir Julai lalu danmenyaksikan Hairi bergelar juara, kini saingan hebat program realitilakonan itu, Pilih Kasih berada di ambang kemuncak selepas beberapaminggu bersiaran.

Lan tak bimbang kekurangan The Typewriter
BAGI Azlan and The Typewriter, bermula langkah pertama dan bertatihdari bawah mengajarnya untuk kembali bangkit menyahut cabaran duniahiburan dalam usaha mencapai impian kemuncak karier bersaing di persadaantarabangsa.

Tunggu kejutan Ella esok
AGAK jarang berita mengenai Ratu Rock, Ella disiarkan akhbar ataumajalah. Mungkin sikap Ella yang hanya mahu menjalani fotografi jikaada produk baru untuk diperkenalkan.

Masa undian ditambah
SAMBUTAN baik undian SMS untuk mencari dua bintang utama membawakanwatak Ruby dan Ghaus untuk filem ...Dalam Botol, membuatkan penerbitfilem itu, Raja Azmi Raja Sulaiman memanjangkan tarikh undian kepada 24Ogos ini.

Bulan madu terakhir Asri

Bulan madu terakhir Asri

SAAT kehilangan orang tersayang memang satu hakikat yang pahit- nya sukar ditelan. Terpisah oleh jarak lagikan mengundang seribu keresahan, inikan pula dua insan yang sudah berikrar sehidup semati dipisahkan oleh dua dunia yang berbeza. Hanya kena- ngan lalu menjadi pengganti diri, saat kerinduan datang menyapa.

Kelmarin, seorang wanita bergelar ibu kepada enam cahaya mata berdepan satu takdir, takdir kematian yang kalau boleh mahu ditolak ke kemudian hari.

Dia bukan sesiapa, tetapi kerana pekerti mulia dan nama besar milik Allahyarham suaminya, Asri Rabbani, duka wanita bernama Halizah Shahzan, 39, meresap ke jiwa.

Segagah manakah hati wanita Halizah saat diterpa berita kematian sang suami, itu yang terdetik di fikiran ramai. Kosmo! mendekati isi hati Halizah selepas 24 jam dia kehilangan suami tercinta. Sungguh! Kami kagum sekali dengan ketabahan wanita ini yang lewat bicaranya kelihatan cukup reda dengan tragedi kehilangan yang tiba-tiba bertandang itu.


KHAZANAH seni yang ditinggalkan Asri akan terus menjadi penyubur pahala buatnya.


Bagaimanakah Halizah melalui hari pertama tanpa arwah?

HALIZAH: Kehidupan saya sehari tanpa arwah memanglah sedih, siapa yang tidak sedih. Namun yang lebih penting ialah kita perlu teruskan kehidupan. Sudah menjadi satu kelaziman arwah sering pulang ke rumah pada pukul 3 pagi setiap hari. Kalau arwah bawa kunci rumah, arwah akan buka pintu sendiri tetapi selalunya sebagai isteri saya tetap akan bangun dan menyambut kepulangannya. Sebab itu malam tadi (malam pertama arwah meninggal), tepat pukul tiga pagi secara tiba-tiba saya tersedar dari- pada tidur. Terasa seperti dikejut- kan oleh sesuatu. Mungkin roh arwah pulang untuk melihat-lihat keadaan kami sekeluarga di rumah semalam.

Ramai yang ingin tahu bagaimana kehidupan Halizah bersama arwah, pernah bergaduh atau tidak?

Selalunya tidaklah sampai peringkat nak bergaduh sebab kalau ada percangga- han antara kami, arwah akan cepat memujuk, jadi pergaduhan kami tidak sebesar mana, saya pun tak jadi nak marah. Cuma saya selalu mengawasi arwah dari segi syariat seperti peminat perempuan. Itu saja, yang lain tidak ada. Arwah seorang yang lembut, susah hendak marah.


KENANGAN akhir arwah bersama isteri di Hudaibiah, Mekah ketika dalam percutian menunaikan umrah sambil berbulan madu.


Kenangan paling manis bersama arwah?

Alhamdulillah kenangan manis terakhir saya bersama arwah ialah kami dapat mengerjakan umrah sambil berbulan madu di Mekah pada cuti sekolah yang lepas pada bulan Jun. Saya tidak tahu itu petanda terakhir kerana sebelum itu arwah ada cakap untuk bawa saya mengerjakan umrah bersamanya kerana dia memang selalu buat umrah tetapi saya tidak pernah ikut. Hasrat pergi umrah bersama itu tidak pernah tercapai kerana ada saja halangannya. Masa cuti sekolah itu buat pertama kali saya mengerjakan umrah dan dapat pergi bersamanya.

Apakah itu kenangan paling manis sepanjang perkahwinan?

Ya, itu salah satu di antaranya. Dan kenangan itu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


ANAK-ANAK dan isteri setia menemani di sisi saat jenazah Allahyarham Asri dikafankan.


Apakah pesanan arwah kepada Halizah dan perancangan masa depan untuk anak-anak?

Arwah bukan jenis yang suka mengikat sesuatu, cuma arwah kata arwah nak anak jadi ahli tahfiz, selebihnya pandai-pandai sayalah untuk mengarahkan anak ke arah itu. Mungkin bila anak sudah besar kalau mereka ada bakat macam arwah, saya tidak menghalang tetapi harus utamakan pelajaran terlebih dahulu.

Adakah di antara anak-anak yang bakal ikut jejak langkah arwah sebagai pendakwah melalui irama nasyid?

Apa yang saya lihat belum ada lagi yang menunjukkan bakat, sebab mereka semua pemalu seperti arwah.


DALAM ketabahan, Halizah tidak mampu menahan kesedihan.


Bulan Ramadan bakal menjelang, bagaimana agaknya situasi anak-anak?

Bulan puasa atau raya sama sahaja bagi saya, Allah sudah aturkan semuanya. Sudah jalan- nya begini, kami kenalah terima. Buat masa sekarang saya kena pentingkan pelajaran anak- anak, itulah yang arwah mahu- kan. Kalau ikutkan hati memanglah terasa, tetapi yang pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Insya-Allah, kita harap semua orang akan mendoakan yang terbaik buat arwah di alam barzakh.

BELASUNGKAWA PARAM (1953 - 2009): Bujang ke akhir hayat

BELASUNGKAWA PARAM (1953 - 2009): Bujang ke akhir hayat

Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

BUKAN mudah buat orang ketawa, tetapi sebagai pelawak itulah kerja mereka untuk menghiburkan orang dengan lawak jenaka hingga membuatkan orang pecah perut.

Tidak hairanlah pada zaman 50-an dan 60-an serta 70-an dan 80-an, kehadiran pelawak cukup penting sama ada di filem, pentas dan televisyen hingga muncul pelawak hebat seperti Datuk Aziz Sattar, S Shamsuddin, AR Tompel, Wahid Satay, Mat Sentul, AR Badul, R Jaafar, Param, Datuk Jamali Shadat, Yahaya Sulong, Yusni Jaafar, Hamid Gurkha, Piee, Accapan, Salih Yaccob, Jalil Hamid, Harun Salim Bachik, Ali Mamak, Norlia Ghani, Os, Sabri Yunus dan Imuda.

Bagaimanapun, zaman berubah apabila era 90-an, kehadiran pelawak dianggap kurang penting malah kurang mendapat peluang menjayakan persembahan pentas. Zaman kehebatan pelawak tidak seperti dulu apatah lagi dengan kehilangan seorang demi seorang pelawak seperti R Jaafar, AR Ayappan dan Yusni Jaafar.

Semalam, kita kehilangan seorang lagi bintang lawak apabila Param atau nama sebenarnya, P Paramasivam meninggal dunia jam 5.45 pagi semalam kerana sesak nafas ketika usia 56 tahun.

Param yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) di Institut Jantung Negara (IJN) pada 10 Februari 2007, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 5 pagi semalam apabila mengadu sesak nafas dan meninggal dunia dalam perjalanan.

Anak bongsu daripada lima beradik dan mempunyai saudara kembar, Parameswara, hidup membujang sampai akhir hayat.

Param antara pelawak bukan Melayu yang menjadi perhatian selain Ayappan, Accapan dan Sathiya. Pelawak kelahiran Bukit Baru, Melaka pada 25 November 1953 mula dikenali selepas menyertai Bakat TV anjuran RTM pada 1974.

Ketika itu Param membuat persembahan lawak diselang-selikan nyanyian bahasa Tamil. Ramai orang ketawa melihat aksinya, tetapi tidak berjaya dalam pertandingan itu. Bagaimanapun, RTM memberi peluang kepadanya mengasah bakat melalui rancangan hiburan terbitannya.

Mulai saat itu, Param sering muncul di televisyen bersama barisan pelawak seangkatan dengannya seperti A R Badul, R Jaafar, Yahaya Sulong, Ayappan, Hamid Gurkha dan Jamali Sadat.

Param juga sering digandingkan dengan R Jaafar. Panggilan manja Param untuk R Jaafar, 'Paaa' bagaikan panggilan buat kekasih, cukup disinonim dengannya. Mereka juga seperti adik-beradik apabila di pentas dan setiap lawak mereka pasti menjadi.

Selepas ditinggalkan kawan baiknya, R Jaafar yang meninggal dunia pada 15 September 1995, Param terpaksa berehat selepas menjalani pembedahan bagi memulihkan urat sarafnya yang tersepit antara tulang belakang kerana terjatuh ketika menyaksikan perlawanan hoki di Stadium Hoki Tun Razak pada 1992.

Pada 10 Februari 2007, Param dimasukkan ke IJN selepas mengadu semput dan sesak nafas. Dalam keadaan dirinya tidak mampu bekerja, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) membantunya sebagai antara penerima Skim Bantuan Artis Veteran dengan RM500 sebulan.

Dalam artikel 'Jenaka Param dalam sakit' yang disiarkan Harian Metro pada 22 Februari 2007, Param mengakui tetap mengikuti perkembangan dunia hiburan tempatan terutama bidang komedi.

Katanya, program televisyen yang tidak pernah ketinggalan ditontonnya ialah Raja Lawak yang diperkenalkan Astro tahun itu.

"Saya tak suka Raja Lawak. Cakap pun tak betul, macam mana nak jadi Raja Lawak. Raja Lawak tu gelaran untuk orang-orang macam AR Badul, Datuk Jamali Shadat, Aziz Sattar dan Ahmad Nesfu.

"Orang baru ni mana boleh jadi Raja Lawak. Takkanlah buat beberapa episod program tu sudah dapat title macam tu. Tak sesuai tajuk Raja Lawak tu. Entahlah, nanti Astro marah saya pulak. Tapi tak apa saya tegur saja, jangan ambil hati," katanya.

Pada 6 Mac lalu, Param berpeluang muncul dalam Raja Lawak musim ketiga apabila finalisnya, Mohd Amirullah Azmi, 20, (Amir) yang popular dengan tagline I'm Sorry, berkunjung ke rumahnya untuk berkenalan lebih dekat sebagai pelawak idolanya itu sekali gus mendapatkan tip untuk berentap di peringkat akhir.

Industri nasyid hilang seri

Industri nasyid hilang seri

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

INSAN yang baik, membuatkan kita selalu terkenangkannya. Biarpun jasadnya sudah tiada, namanya terus menjadi sebutan dan kebaikannya menjadi sanjungan.

Begitulah diibaratkan dengan pemergian vokalis utama kumpulan nasyid popular negara, Rabbani, Mohd Asri Ibrahim, 40, yang kembali ke rahmatullah, pagi kelmarin kerana serangan jantung.

Ketiadaannya amat dirasai rakan dan mereka yang pernah bekerja dengannya. Dikurniakan sekeping hati yang tulus ikhlas, bapa kepada enam cahaya mata itu akan terus subur dalam kenangan.

Bekas penyanyi kumpulan Raihan, Nazrey Johani, berkata, dia mengenali Allahyarham lebih 16 tahun lalu dan begitu senang bergaul dengannya.

"Kematian Asri amat mengejutkan kerana ia datang tiba-tiba. Sebelum ini pernah saya terfikir macam mana dengan Rabbani andainya Asri tiada. Tidak sangka pula waktu itu datang begitu pantas pada hari ini (Khamis).

"Cara kematian Asri mengingatkan saya kepada Allahyarham Azahari Ahmad (Zairie) yang juga rebah sebelum meninggal dunia di Genting Highlands ketika menghadiri majlis Anugerah Era.

"Bagaimanapun, sebagaimana kumpulan Raihan pernah melalui zaman gerhana itu, saya yakin kumpulan Rabbani dapat melaluinya. Cuma mereka perlu menjadi lebih kuat daripada dulu. Pemergian Asri yang tiba-tiba itu juga mengingatkan kita mengenai kematian yang akan datang pada bila-bila masa dan sebagai hamba-Nya, adakah kita cukup bersedia untuk kembali menemui-Nya.

"Asri dianugerahkan sifat yang amat baik, lemah lembut dalam pergaulan, tidak pernah marah dan selalu berbaik sangka. Kehilangan Asri tiada pengganti kerana Allah SWT mencipta manusia itu satu saja. Asri memang tiada duanya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang soleh," katanya.

Anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris, hanya mampu menitiskan air mata tatkala menerima perkhabaran Asri sudah tiada. Bagaikan tidak percaya insan yang menjadi ikon kepada semua kumpulan nasyid tanah air pergi dulu menghadap Ilahi.

"Sukar terima kenyataan Asri sudah tiada. Kami kenal lama. Saya membesar bersama lagu nyanyiannya. Ketiadaan Asri membuatkan industri nasyid tiada seri. Allahyarham nadi utama kepada lagu nasyid tanah air.

"Benar seperti kata pepatah, yang patah akan tumbuh dan hilang akan berganti, namun bagi saya Asri tiada galang gantinya. Meskipun Asri tiada lagi bersama kita, saya yakin masyarakat akan terus mengingatinya sebagai pejuang Islam menerusi lagunya.

"Semua kumpulan nasyid pun turut didakwahkan dengan lagu yang disampaikannya. Malah Asri sendiri seorang ikon tulen, tidak pernah sombong dan bangga diri.

"Beliau tidak kisah berkongsi makan di pinggan yang sama. Pernah saya makan rojak, Asri menghirup kuahnya. Antara kenangan terakhir bersamanya, Raihan dan Hijjaz berkongsi pentas dengan Rabbani menjayakan Konsert Antara Dunia di Stadium Malawati, Shah Alam, 1 Ogos lalu selepas lebih lima tahun kami tidak berkolaborasi pada persembahan yang besar seperti itu," katanya.

Asri pengsan ketika hendak memulakan latihan sebelum sidang media dan pelancaran program Syahadah di Angkasapuri, jam 10.30 pagi dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar dan disahkan meninggal dunia jam 11 pagi ketika usia 40 tahun.

Ramai rakan-rakan kumpulan nasyid menziarah jenazahnya seawal jam 11 pagi di hospital itu. Asri yang meninggalkan balu, Noor Jannah Shahadan, 39, dan enam anak, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lancong, Seksyen 28, Shah Alam, selepas solat Maghrib.

Sementara itu, pemuzik terkenal, Ramli MS menganggap Asri sebagai 'tidak tahu' hendak marah orang. Jika diminta menegur artis yang sedang merakamkan lagu, dia beristighfar dan tersenyum.

"Asri mempunyai suara yang sangat sedap yang saya ibaratkan datang dari langit. Allahyarham kawan yang baik. Saya biasa mendengar orang menyanyi, tetapi saya boleh terus mendengar Asri menyanyi sampai habis. Beliau ibarat sebutir bintang yang menerangi semesta alam.

"Pernah saya minta kopiah tarbus yang dipakainya. Dia hendak berikan saya yang baru, tetapi saya mahukan kopiah di atas kepalanya itu. Saya akan terus mengingati insan yang bernama Mohd Asri Ibrahim kerana kehilangannya tiada pengganti," katanya.

Juara Pilih Kasih milik siapa?

Juara Pilih Kasih milik siapa?


SEPULUH finalis Pilih Kasih bakal berentap pada malam kemuncak esok.


SETELAH sepuluh minggu menghadapi pelbagai kesukaran mempelajari teknik lakonan, akhirnya 10 peserta program realiti Pilih Kasih disatukan dan bakal berentap di Pentas Akhir Pilih Kasih.

Misinya, tidak lain hanyalah untuk merebut gelaran juara sulung pertandingan itu yang akan berlangsung esok (Ahad, 16 Ogos) di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan.

Pertandingan itu akan disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 8.30 malam.

Sepuluh peserta yang akan memperlihatkan bakat mereka ialah Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan); Farah Azleenda Abdul Aziz, 20 (Zulin Aziz); Nabila Ali Dally, 18 (Nabila Dally); Abdul Hafiz Abdul Alim, 25 (Indera Hafiz)dan Rabiatul Balqis Rameshan, 21 (Rea Rameshan).

Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi); Mohamad Sofian Bujang, 24 (Sifian Bujang); Nur Raihan Mat Zaki, 21 (Wanina Zaki); Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi) dan Laurendia Fiona Bernard, 21 (Fiona Benard).

Juara pertandingan itu bakal memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Naza Suria, wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Hadiah turut diberikan kepada pelakon lelaki dan wanita terbaik Pilih Kasih.

Konsep pemarkahan

Masih lagi mengekalkan konsep pemarkahan mingguan, peserta Pentas Akhir Pilih Kasih diadili menerusi 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala 50 peratus lagi markah menerusi pelakon Rosyam Nor.

Ketika ditemui pada sidang media Pentas Akhir Pilih Kasih di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini, Rosyam mengakui bahawa dia tiada sebarang prejudis mahupun bersikap kompromi dalam menilai bakat peserta pilih kasih.

"Saya melihat kepada kesungguhan dan persembahan mereka pada malam tersebut. Hanya yang terbaik layak bergelar juara.

"Saya tiada sebarang kompromi mahupun bersikap pilih kasih sebab apa yang saya mahukan, ialah pelakon-pelakon yang dilahirkan menerusi program ini mestilah berbakat.

"Apa yang boleh saya katakan, malam akhir nanti adalah malam penentuan buat mereka. Jika gagal membuat persembahan dengan baik pada malam tersebut, sukar bagi mereka bergelar juara," katanya.

Kata Rosyam lagi, format pemarkahan 50-50 itu sebagai memberi keadilan kepada kesemua peserta Pilih Kasih di peringkat akhir nanti.

"Undian SMS belum boleh menentukan kecenderungan bakat yang dimiliki oleh mereka sebab itu saya rasa bakat perlu seiring dan menyerlah.

"Sehingga malam akhir itu nanti, saya harap tidak ada di antara mereka yang berasa selamat. Apa yang dinilai oleh saya bukan hanya bakat dan kualiti tetapi keseluruhan termasuk penampilan dan juga budi bahasa," kata pelakon filem Castello itu lagi.

Menurut Rosyam, kesemua finalis Pilih Kasih bakal diberi peluang dalam beberapa drama malah bakal diberi bimbingan lakonan untuk tempoh setahun.

Selama tiga bulan, kata Rosyam, dia melihat peningkatan demi peningkatan dan kebolehan para peserta sehingga berjaya tersenarai sebagai 10 peserta akhir.

"Saya lihat kesemua mereka ini ada kebolehan dan masa depan yang cerah dalam bidang lakonan. Selama tiga bulan saya melihat mereka diasuh dengan pelbagai teknik lakonan.

"Siapa yang tidak sedih ketika terpaksa memilih dan menyingkirkan peserta-peserta Pilih Kasih. Mungkin apabila keluar nanti hanya beberapa peserta sahaja yang berjaya menyerlah. Itu memang sudah menjadi adat pertandingan realiti.

"Sebab itu kalau boleh saya mahu mereka cuba mencuri sebanyak mana peluang yang ada dan kekalkan sikap sederhana dalam membina nama serta populariti.

"Buat tempoh terdekat mereka perlu menjadi pelakon untuk rancangan-rancangan serta drama terbitan RTM. Selepas setahun, mereka berhak memilih mana-mana jalan untuk mereka terus berjaya dalam lakonan," katanya.

Pada 19 Ogos nanti, 10 finalis Pilih Kasih bakal memulakan rakaman untuk sebuah muzikal hari raya yang bakal disiarkan di RTM Syawal nanti.

Malah, bagi pemenang pelakon lelaki dan wanita terbaik pula, akan diberi peluang memegang watak utama dalam drama 26 episod arahan Erma Fatima.

Perit jerih Nizam berbalas

Perit jerih Nizam berbalas


NIZAM (tengah) bersama penerbit albumnya, Othman Mohamed (kanan) dan Adam Ahmad yang menyumbang dua buah lagu dalam album sulungnya.


SUDAH lama dia mendambakan sebuah album bagi memperkasakan namanya di persada seni tanah air.

Namun, peluang itu tidak pernah hadir kepadanya, apatah lagi diberikan platform yang lebih besar untuk menonjolkan bakatnya.

Dia memiliki pengalaman berpuluh-puluh tahun menyanyi di kelab-kelab malam dan juga hotel yang banyak membantunya membentuk diri sebagai seorang penyanyi.

Dia juga pernah berbaris panjang bersama peserta lain semata-mata mahu mencuba nasib dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

Dalam masa yang sama, dia juga menerima tawaran daripada syarikat rakaman FGM Sdn. Bhd., yang sebelum ini dibarisi oleh artis-artis popular tempatan antaranya Zaiton Sameon, M. Rizal, Raisuddin Hamzah dan Zariha Yusof.

"Biarpun nasib tidak berpihak kepada saya untuk menyertai AF7 walaupun lulus di semua peringkat, mungkin rezeki saya adalah untuk bersama FGM.

"Alhamdulillah, inilah peluang yang saya nantikan sekian lama kerana sebelum ini amat sukar sekali untuk saya menyakinkan beberapa pihak tertentu menerusi bakat yang ada dalam diri saya ini," luah Nizam penuh perasaan sewaktu ditemui di majlis pelancaran album sulungnya, Nizam di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Rabu lalu.

Turut hadir ialah Othman Mohamed selaku penerbit album Nizam serta adiknya, Adam Ahmad yang menyumbangkan dua buah lagu dalam album tersebut.

Menyambung bicara, penghasilan album pertamanya itu mengambil masa empat bulan untuk disiapkan sebaik sahaja dia menandatangani kontrak bersama FGM pada bulan Mac lalu.

Kata Nizam lagi, dia bertuah kerana mendapat Othman sebagai penerbit albumnya kerana komposer itu tahu dan bijak memilih lagu yang terbaik sesuai dengan suaranya.

"Jujurnya, saya memang berpuas hati dengan album pertama ini kerana ia melambangkan diri saya yang sebenar serta identiti muzik yang saya bawakan.

"Tiada lain yang saya harapkan selepas ini hanyalah peluang untuk beraksi di pentas yang lebih besar untuk menonjolkan bakat saya kepada masyarakat," ujar pemilik nama penuh Mohd. Nizam Mohd. Din ini.

Nizam turut ditebak dengan pertanyaan tentang keyakinan dirinya dalam memikat hati masyarakat dengan album perdananya itu memandangkan usianya yang mencecah 40 tahun itu.

Dengan penuh optimis, dia yakin album berkenaan mampu diterima dengan baik oleh pendengar memandangkan variasi lagu yang terkandung dalam albumnya sesuai untuk semua golongan.

Dalam hal ini, dia memberikan contoh sahabatnya, Adibah Noor yang berjaya mengubah pandangan skeptikal masyarakat apabila bakat lebih diutamakan berbanding bentuk fizikal mahupun paras rupa.

"Adibah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dan cita-cita saya.

"Apabila kerap bersamanya untuk persembahan, banyak yang saya belajar daripadanya. Lebih membuatkan saya terharu apabila dia menyatakan kesudian untuk berduet dengan saya menerusi lagi Kerana Cinta.

"Sebagai balasan, saya turut menyelitkan sebuah lagu solo nyanyian Adibah berjudul Kecurigaan dalam album ini," tutur anak jati Kuala Lumpur ini penuh berhemah.

Nizam juga meraih pengalaman menerusi beberapa pertandingan nyanyian terbitan TV3 seperti Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan Komposer 97/98.

Biarpun sudah memiliki album sendiri, Nizam tidak akan melupakan kumpulannya, R.N.D. yang banyak menyelusuri kehidupan bersamanya baik sewaktu susah dan senang.

Single pertamanya, Biar sudah pun mendapat perhatian di stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan kini sedang mendaki carta popular.

Selain Biar, enam lagu lain dimuatkan dalam album berkenaan termasuklah Kepastian, Bunga, Kesamaran Kian Nyata, Lagu Pantun Berlapik serta sebuah lagu medley, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan Di Hari Persandingan Mu.

Sebagai penerbit album, Othman memberitahu dia cukup berpuas hati dan bangga kerana dapat bekerjasama dengan seorang yang berbakat besar seperti Nizam.

Jelasnya, Nizam memiliki kualiti vokal yang boleh dibanggakan dan ditambah pula dengan kemampuannya dalam melagukan pelbagai genre lagu.

"Kalau didengar album ini, saya yakin ia mampu menarik perhatian ramai kerana terdapat pelbagai jenis genre lagu di dalamnya.

"Sepanjang rakaman juga, saya tidak berdepan dengan masalah kerana dia bijak untuk mewarnakan setiap lagu yang dinyanyikannya," ujar Othman yang karyanya pernah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal seperti Aishah dan Jaclyn Victor.

Giamatti sertai TTS

Giamatti sertai TTS


PAUL GIAMATTI


SEWAKTU perkhabaran tentang filem The Three Stooges (TTS) diumumkan tidak berapa lama dulu, ramai yang menantikan penuh teruja akan projek tersebut.

Filem tersebut juga menyaksikan barisan pelakon yang bukan calang-calang untuk membawakan tiga watak ikonik iaitu Larry, Curly dan Moe.

Mereka yang dimaksudkan ialah Jim Carrey yang akan memegang watak sebagai Curly, Sean Penn (Larry) dan Benicio Del Toro (Moe).

Namun, apakan daya apabila Penn dan Carrey mengambil keputusan untuk menarik diri daripada membintangi filem tersebut atas sebab-sebab yang tidak mampu dielakkan.

Hanya Del Toro sahaja yang masih mahu meneruskan projek ini dengan membawakan watak Moe.

Dalam pada itu, pelakon pengganti bagi menggantikan Carrey masih belum ditemui.

Sementara itu, pengarah filem ini iaitu Bobby dan Peter Farrelly memberitahu Paul Giamatti sudah pun disahkan akan menggantikan Penn.

"Kami percaya Giamatti akan membawakan watak ini dengan cemerlang sekali," kata mereka kepada The Boston Globe.

TTS kini di peringkat pra produksi dan filem ini dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Ikon gitaris Les Paul meninggal dunia

Ikon gitaris Les Paul meninggal dunia

NEW YORK 14 Ogos - Ahli-ahli muzik seluruh dunia memberikan penghormatan terakhir kepada Les Paul (gambar), ikon muzik yang menjadi perintis gitar elektrik di era rock 'n' roll yang dilaporkan meninggal dunia semalam ketika berusia 94 tahun.

Paul merupakan pemain gitar terhebat yang pernah membuat persembahan bersama beberapa bintang terkenal di awal era pop rock dan turut menerbitkan sebuah album popular. Malah beberapa kali digandingkan dengan isterinya, Mary Ford.

Namun, atas daya usahanya itu, beliau kini disanjungi di seluruh dunia dan terpilih dalam senarai Rock and Roll Hall of Fame sebagai satu daripada kuasa paling penting dalam industri muzik.

"Sebenarnya dia turut mempelajari sendiri cara bermain gitar untuk menunjukkan teori-teori elektroniknya," kata pemain gitar Rolling Stones, Keith Richards.

"Kami semua rasa terhutang budi dengan hasil kerja dan bakat yang dimilikinya," tambahnya.

Paul dilaporkan meninggal dunia semalam di White Plains, New York kerana mengalami komplikasi berikutan penyakit pneumonia yang dihidapinya setelah bersara daripada bidang itu yang banyak mendorongnya untuk mencipta gitar elektrik pertamanya.

Segala hasil karyanya berada setaraf dengan pemain gitar legenda seperti Pete Townshend dan Jimmy Page.

"Nama Les Paul menjadi ikon malah turut dikenali dengan inspirasinya dan merupakan pemain gitar terhebat di seluruh dunia," kata penyanyi kedua Kiss, Paul Stanley.

"Gitar merupakan asas utama bagi kebanyakan muzik terhebat yang mula dihasilkan sejak 50 tahun lalu," katanya.

Paul juga banyak membangunkan teknologi yang menjadi lambang penerbitan lagu pop rock, bermula dari pelbagai track rakaman yang dibenarkan untuk lapisan berganda "alih suara" kepada alunan gitar dan kesan bunyi lain. - AP

Brad Pitt didorong jadi Datuk Bandar

Brad Pitt didorong jadi Datuk Bandar

NEW ORLEANS, Amerika Syarikat 14 Ogos - Idea mendorong Brad Pitt menjadi Datuk Bandar New Orleans telah menimbulkan banyak perbualan di sekitar bandar raya ini, walaupun beliau dilihat tidak layak.

Malah, idea itu turut menyebabkan aktor itu ketawa pada satu temu bual di televisyen semalam.

Ramai penduduk dilihat memakai kemeja-T bertulis Brad Pitt for Mayor (Brad Pitt bertanding Datuk Bandar) sejak pertengahan Jun lalu, apabila seorang profesor Universiti Tulane dan dua adik-beradik yang memiliki kedai kemeja-T New Orleans menyertai sebuah kempen untuk menyakinkan Pitt untuk bertanding jawatan itu.

Pelakon itu telah mengasaskan organisasi Make It Right pada tahun 2007 untuk membina rumah-rumah kos rendah bagi penduduk berpendapatan rendah dan mereka yang kehilangan rumah semasa taufan Katrina.

Setakat ini, lebih sedozen rumah telah dibina di Lower 9th Ward menerusi program tersebut, manakala lapan lagi sedang dalam pembinaan.

"Dia seorang lelaki berkeluarga, dan kamu tidak perlu bimbang dia akan terlibat dengan rasuah.

"Lagipun dia akan membantu industri perfileman di New Orleans dan memberi sinar baru di bandar ini," jelas Drew Cambre, 26, yang bekerja di kedai pastri di bandar ini, selain mempunyai pelekat tertera Brad Pitt for Mayor pada komputer ribanya.

Sementara itu, Pitt memberitahu NBC Today, beliau sedar mengenai pakaian itu, namun hanya ketawa mengenai idea tersebut.

"Saya tidak ada pilihan. Sambil berjenaka beliau berkata, 'Saya sedang memperjuangkan perkahwinan gay, tiada agama, membenarkan marijuana dan mengecualikannya daripada cukai.''

Pitt adalah benar mengenai peluangnya, sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya Datuk Bandar akan datang, beliau dan teman wanitanya, Angelina Jolie telah membeli sebuah kediaman mewah daripada seorang lelaki Perancis pada tahun 2007.

Untuk layak bertanding, calon Datuk Bandar mesti menjadi penduduk New Orleans untuk sekurang-kurangnya lima tahun sebelum tarikh pilihan raya.

Pemilihan Datuk Bandar dijadual diadakan pada 6 Februari 2010. - AP

Koleksi Jackson milik ahli perniagaan dicuri

Koleksi Jackson milik ahli perniagaan dicuri

LAS VEGAS 14 Ogos - Seorang ahli perniagaan New Jersey, Henry Vaccaro mendakwa sebahagian koleksi Michael Jackson miliknya telah dicuri daripada peti simpanan di Nevada malah turut dilelong tanpa pengetahuannya.

Vaccaro telah membuat satu laporan polis pada 31 Julai lalu, mendakwa tempat simpanan yang disewanya telah dirompak dan barang-barang berharga Jackson dalam simpanannya dilaporkan hilang," kata polis North Las Vegas semalam.

Lelongan tersebut telah diadakan pada 26 Julai lalu, kira-kira sebulan selepas kematian bintang pop itu di sebuah rumah sewanya di Beverly Hills.

"Vaccaro yang berasal dari Asbury Park, New Jersey memberitahu para penyiasat, kali terakhir dia melihat barangan tersebut dalam peti simpanan di Southern Nevada Movers, North Las Vegas ialah pada 30 Mei 2007," kata Sarjan Tim Bedwell.

Vaccaro turut mendakwa kehilangan memorabilia tersebut, tiada kaitan dengan Jackson.

Jumlah barangan yang hilang dianggarkan bernilai AS$1 juta (RM3.5 juta).

Vaccaro turut memberitahu The Associated Press, barangan yang dilaporkan hilang seperti lirik-lirik lagu, komputer riba dan kostum lama yang diperoleh pada tahun lalu.

Katanya, dia telah bersetuju untuk mengembalikan beberapa barangan tersebut kepada hartanah Jackson tetapi tidak menyatakan apakah barang yang hendak dikembalikan itu.

Tambahnya, dia mula mengetahui mengenai kecurian itu pada 19 Julai lalu.

"Kesemuanya yang dicuri telah dijual di pasaran dagangan," kata Vaccaro, yang berusia 69 tahun.

Pemilik firma Lelongan Awam Daerah Clark County, Mario Trabado berkata, dia telah membida barangan Jackson secara sah pada awal bulan lalu daripada seorang pengumpul persendirian.

Dia menolak untuk mengenal pasti pengumpul tersebut tetapi menyatakan ia bukan Vaccaro.

"Kebanyakan barang yang terjual berkaitan rapat dengan keluarga Jackson tetapi bukan Raja Pop sendiri," kata Trabado.

Barang-barang tersebut termasuk 31 halaman album gambar keluarga Jackson sejak tahun 1980-an, bernilai AS$1,000 (RM3,514) dan sebuah buku nota peribadi yang mengandungi contengan, petikan kitab Bible dan nota-nota lain yang ditulis oleh Michael Jackson.

Buku nota itu telah dijual dengan harga AS$3,500 (RM12,327). - AP

Hayden tidak kisah berbogel

Hayden tidak kisah berbogel




CANTIK dan berkeyakinan tinggi, Hayden Panettiere dengan cepat telah mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang pendatang baru yang cemerlang di Hollywood. Terima kasih kepada siri Heroes yang bertanggungjawab memulakan tapak karier Hayden.

Dilahirkan di Palisades, New York pada 21 Ogos 1989, Hayden Leslie Panettiere mula menceburi dunia hiburan dengan penglibatan dalam iklan ketika berusia 11 bulan. Kemudian pada usia empat tahun setengah, dia melibatkan diri dalam siri One Life to Live sehingga tahun 1997.

Sejak itu, dia telah muncul berulang kali dalam filem dan TV. Namun, apa yang membuatkan dia dikenali dunia barangkali adalah wataknya sebagai Claire untuk siri popular, Heroes (2006), manakala filem yang membantu komersialkan Hayden termasuk Remember the Titans (2000) bersama Denzel Washington dan Joe Somebody (2001) dengan Tim Allen.

Terbaru, Hayden terlibat dalam filem komedi, I Love You Beth Cooper yang diadaptasi daripada novel popular. Filem itu menceritakan mengenai dua pelajar dari Sekolah Tinggi Buffalo Grove, Dennis Cooverman (Paul Rust) dan Beth Cooper (Hayden). Dennis memiliki masa depan yang cerah tetapi keadaan berlainan berlaku kepada Beth.

Namun, situasi mula berubah pada hari graduasi apabila Dennis secara lantang memberitahu kepada khalayak ramai, 'Saya cintakan kamu, Beth Cooper.' Sementara Dennis merupakan pelajar naif yang tidak pernah merasai keseronokan institut pengajian tinggi, Beth merupakan pelajar popular.

Maka, disebabkan teruja dengan apa yang diluahkan oleh Dennis, Beth membuat keputusan untuk membawa Dennis menjalani kehidupan yang dia tidak pernah lalui. Melanggar peraturan, memusnahkan harta benda, mengambil alkohol secara berlebihan, bergaduh, memandu secara laju dan bergaul dengan wanita. Itu semua belum pernah dilakukan oleh Dennis.

Pengarahnya, Chris Columbus amat bertuah kerana berjaya mendapat pelakon yang sempurna untuk watak Beth Cooper, Hayden. Walaupun sibuk dengan siri Heroes musim keempat, Hayden meluangkan masa untuk mengambil watak itu. Apa yang menarik perhatian Hayden adalah lapisan perbezaan watak Beth yang membolehkan dia berlari seketika daripada imej Heroes.

Ikuti petikan temu bual bagi mendalami filem, kehidupan dan prinsip hidup Hayden.

Adakah watak anda itu, Beth Cooper, boleh dikaitkan dengan diri anda?

HAYDEN: Rasanya. Ia adalah seperti metafora walaupun secara spesifik saya tidak pernah melalui kehidupan sepertinya. Dia tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak mempercayai dirinya. Saya tahu diri saya juga tidak mempunyai keyakinan diri. Itu mungkin persamaan saya dengan watak itu.

Seperti apa?

Seperti kurang keyakinan terhadap imej badan saya. Apabila usia bertambah, saya menjadi lebih selesa dengan badan saya. Tetapi ada kalanya, saya tidak rasa badan saya hebat. Saya merasa gemuk dan perlu memakai pakaian besar untuk menutup badan saya.

Tapi anda kelihatan menarik. Ia adalah sukar untuk percaya hanya anda juga kurang keyakinan diri. Anda banyak bersenam?

Sebenarnya saya bukannya salah seorang daripada mereka yang terlalu obses bersenam untuk menjadi kurus. Itu bukan cara saya tetapi saya sentiasa cuba untuk kekal sihat. Namun, ia bukan mudah apabila ada orang berdiri di belakang anda dengan kamera di kawasan pantai dan merakamkan gambar anda.

Mereka akan menunjukkan bahagian gemuk atau cuba untuk menambahkan kegemukan anda. Maksud saya, anda akan menjadi lebih kritikal terhadap diri anda kerana berada dalam posisi yang dinilai dan diteliti. Itulah cara hidup selebriti.


PERCINTAAN pada alam persekolahan yang penuh dengan kelam-kabut menjadi mesej filem terbaru Hayden.


Ceritakan sedikit mengenai tatu anda telah salah dieja. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ya. ia salah dieja tapi siapa yang peduli? Apa yang boleh saya lakukan? Saya hanya boleh ketawa apabila melihatnya. Saya boleh membuangnya tetapi belum terfikir untuk melakukannya. Berkemungkinan besar saya akan memperbaikinya. Nasib baik, saya mencacah tatu itu di bahagian belakang dan kini saya tidak perlu melihatnya sepanjang masa.

Apa yang menarik perhatian untuk terlibat dalam filem itu selain bekerja dengan Chris Columbus? Apa yang menarik mengenai watak anda? Adakah anda perlu melakukan banyak aksi?

Saya lakukan seberapa banyak yang mereka benarkan. Membesar sebagai atlet, saya sukakan sukan tetapi tidak lagi boleh aktif seperti zaman persekolahan. Jadi melakukan aksi adalah seperti sukan bagi saya.

Bagaimana dengan babak mandi dalam bilik lokar? Adakah anda betul-betul berbogel?

Ya. Tapi ia sedikit pun tidak mengganggu saya. Rasanya apabila orang yang melakukannya (bogel) berasa tidak selesa dan malu, orang di sekeliling akan menjadi lebih malu dan tidak selesa. Namun, saya selesa dan para krew amat profesional.

Rasanya ramai peminat dan lelaki yang sering meluahkan perasaan cinta terhadap anda. Bagaimana anda tahu jika seseorang itu jujur atau jika seseorang itu menyukai anda kerana populariti sebagai selebriti?

Selepas beberapa pengalaman, saya sudah bagus dalam membaca pemikiran orang. Namun, bagaimana anda boleh begitu pasti? Apa yang penting adalah saya mempercayai naluri saya.

Ciri-ciri lelaki yang anda suka?

Dia perlu menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi untuk bersama saya kerana karier saya. Kami perlu keluar dan bersosial dengan orang dan dia perlu mengetahui batasan karier dan kehidupan peribadi saya. Selain daripada itu, saya juga sukakan seseorang yang boleh memahami sifat humor saya kerana ada kalanya saya suka merapu.




Semasa muda, siapakah idola anda tidak kira dalam industri lakonan atau muzik?

Saya mengagumi ramai orang sebagai pelakon. Contohnya seperti Meryl Streep. Dia seorang aktres yang hebat, bijak dan yakin. Saya mahu menjadi seperti dia, menjadi seorang pelakon berkaliber.

Dalam filem itu, percintaan pada zaman sekolah tinggi kelihatan huru-hara dan sukar. Adakah anda lebih rela untuk bercinta pada zaman sekolah atau di Hollywood?

Saya tidak tahu. Kedua-duanya amat teruk. Di Hollywood, mereka tidak akan membenarkan anda bercinta dan berseronok seperti seorang remaja. Saya tidak boleh lepak dengan sesiapa sahaja kerana sejurus selepas itu, spekulasi akan timbul.

Bagaimana anda berdepan dengan impak yang diperoleh sejak siri Heroes ditayangkan? Adakah keadaannya lebih senang sekarang?

Saya tidak rasa anda boleh menyediakan diri untuk semua populariti itu. Saya sebenarnya amat bertuah kerana memiliki keluarga yang hebat serta berjaya berada di tahap ini. Menjadi tumpuan pada usia muda, saya mungkin akan terkandas jika bukan disebabkan perhatian yang diberikan oleh keluarga saya.

Ditambah dengan para pelakon lain yang banyak memberi sokongan, saya juga menjadikan pelakon lebih senior sebagai contoh. Saya lihat bagaimana mereka berdepan dengan populariti dan impak kejayaan Heroes.

Berapa banyak lagi siri Heroes yang akan diterbitkan?

Kini kami sedang merakamkan musim keempat. Saya tidak berapa pasti berapa banyak lagu tetapi kami telah menandatangani kontrak selama enam tahun.

Jadi apa akan terjadi kepada watak Claire dalam siri itu?

Dia berada di kolej sekarang dan mempunyai rakan sebilik. Saya tidak berapa mengenali dia pada mulanya. Terdapat sekumpulan orang baru yang dipanggil The Carnival dan mereka bertentangan dengan The Company.


HAYDEN percaya bahawa kasih sayang dan pemahaman keluarga banyak membantu perkembangan kerjayanya.


Adakah anda berasa penat dengan watak anda dalam Heroes? Sudah empat tahun anda memegang watak yang sama. Adakah anda ingin melepaskan watak itu sekarang?

Tidak kira dalam filem, TV atau teater, kesemuanya mempunyai aspek baik dan buruk. Filem amat menarik kerana anda berpeluang untuk mencuba pelbagai watak dan melancong banyak tempat. Jadi anda tidak akan berasa penat. Dengan TV, saya berpeluang untuk menghabiskan masa empat tahun untuk satu watak dan sudah mengenali 'dia' serta membesar dengan watak itu.

Ya, saya teruja untuk melakukan benda-benda lain tetapi juga gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Jika berlakon dalam teater pula, ia memberikan ruang kepada anda untuk memperbaiki diri pada setiap persembahan. Semuanya adalah aspek berbeza dalam lakonan.

Projek akan datang?

Selain daripada filem itu, seperti yang saya katakan, saya sedang merakamkan Heroes musim keempat. Saya juga dalam proses mencari idea untuk projek baru di studio untuk program TV dan menerbitkannya.

Sebagai penerbit atau anda ingin mengarah?

Saya ingin cuba untuk mengarah jika berpeluang supaya dapat berehat dari dunia lakonan. Saya ingin menghabiskan sedikit masa dan tenaga untuk benda lain.

Adakah berlakon sesuatu yang menyeronokkan untuk anda?

Pastinya. Jika tidak mengapa saya perlu melalui semua benda itu? Maksud saya, ketiadaan masa peribadi adalah benda yang paling teruk dalam industri ini. Ramai yang berpendapat bahawa apa yang kami lakukan adalah senang. Ia cuma satu kerja. Tapi adakah saya ingin bangun setiap pagi dan pergi ke lokasi penggambaran? Tidak. Ada kalanya saya juga mempunyai perasaan malas. Namun, saya suka apa yang saya lakukan sekarang.

Apa yang anda paling suka mengenai kerjaya anda?

Bahagian yang paling menyeronokkan? Saya selalu suka mengembara, bekerja dengan orang baru serta mempelajari benda baru setiap hari. Setiap kali saya bekerja dengan seseorang dan mengembara ke tempat berlainan serta memegang watak berbeza, saya mendapat pengalaman baru.

Ahmad Dhani mengaku ada isteri baru

Ahmad Dhani mengaku ada isteri baru




Lelaki popular dari seberang, Ahmad Dhani sebenarnya tidak pernah diam tanpa berita panas. Bermula dengan kisah perbalahan dengan pihak syarikat rakaman hinggalah proses perceraiannya yang berbelit-belit dengan bekas isteri, Maia Estianty.

Kisah asmaranya juga sering menjadi perhatian media. Terbaru, pemilik Republik Cinta Management itu kembali menggemparkan arena gosip setelah mengakui sudah menikah lagi.

"Saya sudah ada (isteri) yang baru. Kalian sahaja yang tidak tahu," ujarnya sambil tersenyum kala ditemui media Indonesia di sebuah studio ketika menyiapkan sebuah klip video terbaru Dewa 19 di gedung CTC, Jakarta Isnin lalu.

Saat ditanya siapa wanita yang menjadi isteri keduanya itu, Dhani hanya tersenyum.

Katanya persis berselindung: "Ada, tetapi rahsia dulu."

Dhani juga menolak untuk bicara kisah asmara terbarunya itu diulas lebih lanjut. Dia malah sengaja bermain-main dengan pertanyaan wartawan ketika ditanya bilakah pernikahan itu dilangsungkan.

"Rahsia. Nanti saja. Ya, kalau saya beritahu sudah tiga tahun, nanti kalian sudah tahu siapa orangnya," ucap Dhani lagi berbolak-balik.

Sehingga ke hari ini, hanya ada seorang wanita yang memang sering digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Ahmad Dhani. Ia tidak lain tidak bukan Mulan Jameela, bekas anggota Ratu.

Malangnya Dhani sendiri tidak memberikan keterangan yang jelas dan seolah-olah sengaja mahu mencetuskan teka-teki.

MADONNA : Makin tua, makin mahal

Makin tua, makin mahal

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my




Madonna jana RM980 juta dalam satu persembahan

DIA akan mencecah usia 51 tahun, esok. Tetapi, jika dilihat kepada penampilan dan caranya bekerja, wanita ini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda dia semakin dimamah usia. Bahkan, penyanyi yang dilahirkan dengan nama Madonna Louise Ciccone semakin kental melakar sejarah tersendiri dalam industri hiburan dunia.

Lihat saja pada kemunculannya dalam konsert terbaru, Sticky & Sweet Tour, yang kini dicap sebagai siri persembahan paling berjaya oleh mana-mana penyanyi solo, dengan kutipan RM980 juta!

Ia juga muncul projek mega pertama penyanyi Amerika Syarikat ini bersama Live Nation, syarikat barunya selepas berpisah dengan Warner Bros Records.

Pada usia yang sudah mencecah separuh abad, harga Madonna pada hakikatnya semakin meningkat. Bayangkanlah, untuk menyertai Live Nation, dia dibayar RM420 juta bagi tempoh 10 tahun.

Namun, untuk berada pada tahap sekarang bukanlah pengalaman yang mudah buat wanita beranak dua ini. Mula mencari tapak dalam arena seni muzik tiga dekad lalu, dia hanya wanita disertai bakat menari serta kesungguhan untuk berjaya sebagai penyanyi. Lalu, pelbagai jalan susah ditempuh, termasuk ‘menumpang hidup’ bersama penyanyi lain dan pemuzik lelaki lebih berpengalaman.

RAKAMAN lensa majalah Vogue beberapa tahun lalu.

Semuanya mula menampakkan sinar apabila DJ yang juga penerbit album, Mark Kamins terpesona dengan rakaman demo yang dilakukannya, seterusnya memperkenalkan Madonna kepada Sire Records, anak syarikat Warner. Lalu, pada April 1982, muncullah single Everybody, diikuti album Madonna setahun kemudian.

Tidak ada lagi pandangan ke belakang, langkah wanita kelahiran Michigan ini diteruskan sehingga terhasilnya beberapa lagi album yang mendapat tempat di hati puluhan juta peminat di seluruh dunia seperti Like a Virgin (1984), True Blue (1986), Like a Prayer (1989), Erotica (1992), Bedtime Stories (1994), Ray of Light (1998), Music (2000), American Life (2003), Confessions on a Dance Floor (2005) dan terbaru, Hard Candy (2008).

Selepas tiga dekad bergelumang dalam industri muzik, Madonna tentu saja boleh berbangga dengan pelbagai pencapaian dikecapi termasuk bergelar artis wanita paling banyak memilik lagu paling popular di dunia. Terbaru, dia bekerjasama dengan penerbit yang juga DJ Trance terkemuka antarabangsa, Paul Oakenfold, dalam menghasilkan lagu Celebration, karya yang bakal dimuatkan dalam album kompilasi terbaiknya bersama syarikat Warner.

Album terakhirnya bersama syarikat rakaman gergasi yang turut menggunakan judul Celebration itu dijadualkan berada di rak kedai muzik seluruh dunia mulai 21 September nanti. Ia memuatkan 34 trek paling berpengaruh penghibur terbabit sepanjang kariernya berlangsung.

SAAT bahagia Madonna bersama bekas suami, Guy Ritchie.

Madonna dan kepercayaan mistik

SELAIN bakat serta kreativitinya dalam penulisan lagu, penyanyi ini sebenarnya kekal dalam persada seni kerana bijak membentuk semula imej serta penampilan diri setiap kali album barunya bersedia menemui peminat.

Perhatikan perubahan pada gaya pemakaian, fesyen rambut, malah tariannya setiap kali wanita yang turut bergelar pelakon, penerbit dan pengarah ini hadir bersama CD terkini.

Ketika mula-mula tampil di pentas muzik, dia lebih dikenali dengan fesyen bengkung, sarung tangan serta fabrik berenda. Dia juga pernah tampil lebih santai dengan imej kemeja koboi, seluar denim serta bertopi, sebelum menghangatkan dunia dengan leotard merah jambu ketika muncul bersama album Confessions on a Dance Floor, empat tahun lalu.

Ketika ini, Madonna masih lagi meronda beberapa kota di Eropah menerusi siri konsert Sticky and Sweet. Sudah berbulan-bulan dia menjelajah beberapa benua. Sebagaimana popularnya penyanyi ini, begitulah juga masyhur siri persembahan yang dijayakan Madonna. Boleh dikatakan, setiap kali tampil bersama konsert baru, dirinya pasti ditekap kontroversi. Selalunya, konsert penghibur ini diselar tokoh Kristian sebagai melampau serta menghina kesucian agama mereka.

Dilahirkan sebagai penganut Katolik, Madonna kini mengamalkan kepercayaan Kabbalah, fahaman yang lebih menitik beratkan aspek mistik dalam agama Yahudi.

Sebelum ini, videonya yang dilihat antara paling dikenali peminat, Like a Prayer, turut mengundang perdebatan agama apabila dia digambarkan membakar salib serta bercium dengan seorang lelaki yang dipapar menyerupai Isa. Siri jelajah Confessionnya tiga tahun lalu pula menyaksikan bintang Material Girl ini menyalib dirinya sambil memakai mahkota berduri.

Pada Julai lalu, seorang tenaga kerja pembinaan konsertnya di Stadium Marseille, Perancis, terbunuh, apabila sebahagian bumbung pentas runtuh. Dua lagi pekerja berada dalam keadaan serius, manakala empat pekerja lain turut mengalami kecederaan. Tentunya ia perkhabaran tidak enak buat penyanyi ini, apatah lagi apabila konsertnya sering menjadi medan ‘maki hamun’ tokoh agama.

Gagal mempertahan rumah tangga

SELAIN itu, Madonna juga kencang menjadi bahan berita dek tekadnya mengambil dua anak angkat dari negara Malawi, David dan Mercy. Dia didakwa mengetepikan perincian perundangan negara itu dalam usaha menjadikan kanak-kanak lelaki dan perempuan terbabit sebagai sebahagian anggota keluarganya. Selepas perbicaraan yang mengambil masa agak panjang, akhirnya Madonna bergelar ‘ibu’ kepada dua kanak-kanak kulit hitam berkenaan.

Selain Mercy James dan David Banda, Madonna mempunyai dua anak kandung, Lourdes Leon dan Rocco, masing-masing hasil perhubungannya dengan bekas jurulatih peribadi, Carlos Leon dan bekas suami, Guy Ritchie, seorang pengarah British.

Bercerita mengenai perkahwinan, ternyata walaupun kaya raya, Madonna gagal membina rumah tangga berkekalan. Selain beberapa teman lelaki yang pernah singgah dalam hidup wanita tersohor ini, serta Ritchie yang dikahwininya di Scotland pada 22 Disember 2000 (bercerai pada Disember 2008), Madonna juga sempat bergelar isteri kepada aktor Sean Penn. Mereka berkahwin di Malibu, California, pada Ogos 1985 dan perkahwinan itu kekal sehingga September 1989.

Paling baru, penyanyi Vogue itu dikatakan sudah pun memutuskan perhubungan bersama jejaka Brazil, Jesus Luz, selepas bersama hampir lapan bulan. Model tampan berkenaan bagaimanapun nampaknya berjaya mencipta populariti sendiri sebaik saja ‘menempel’ bersama bintang wanita paling berkuasa di pentas hiburan dunia.

Info

Album Madonna

Album studio:

  • Madonna (1983)

  • Like a Virgin (1984)

  • True Blue (1986)

  • Like a Prayer (1989)

  • Erotica (1992)

  • Bedtime Stories (1994)

  • Ray of Light (1998)

  • Music (2000)

  • American Life (2003)

  • Confessions on a Dance Floor (2005)

  • Hard Candy (2008)



    Album kompilasi:

  • You Can Dance (1987)

  • The Immaculate Collection (1990)

  • Something to Remember (1995)

  • GHV2 (2001)

  • Remixed & Revisited (2003)

  • Celebration (2009)



    Album runut bunyi (Lagu Dari Filem):

  • Vision Quest (1985)

  • Who's That Girl (1987)

  • I'm Breathless - Music from and inspired by the film Dick Tracy (1990)

  • With Honors (1994)

  • Evita (1996)

  • Austin Powers: The Spy Who Shagged Me (1999)

  • The Next Best Thing (2000) · Die Another Day (2002)
  • @Sinepleks: Filem Setem terus bertahan

    @Sinepleks: Filem Setem terus bertahan

    Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


    POSTER yang pasti menggamit ramai penggemar filem Setem berkunjung ke pawagam.

    Episod terbaru Final Destination kekal seram

    SEJAK diperkenalkan kepada penonton dunia pada tahun 2000, siri filem mengerikan, Final Destination, mencipta popularitinya sendiri sehingga ia dihasilkan juga dalam bentuk komik dan buku. Bermula dengan siri pertama, Final Destination, ia kemudian disusuli siri kedua dan ketiga, masing-masing pada 2003 dan 2006.

    Siri filem ini mengisahkan bagaimana sekumpulan anak muda menjadi mangsa kepada tragedi membawa maut yang pernah dielak secara tidak sengaja, apabila seorang daripada mereka terlihat tragedi itu dalam minda mereka.

    Dari segi kutipan juga, ketiga-tiga filem yang masing-masing diarahkan James Wong (filem pertama dan ketiga) dan David R Ellis sudah memungut sekitar RM1.1 bilion. Terbukti sebagai francais yang amat menguntungkan, filem edaran New Line Cinema (Warner Bros) itu terus dihasilkan untuk kali keempatnya, The Final Destination atau Final Destination 4.

    Diarahkan sekali lagi oleh Ellis, filem yang menelan belanja kira-kira RM150 juta ini dijadualkan tayangannya di Malaysia pada 27 Ogos. Selain siri kedua filem terbabit, pengarah berusia 56 tahun dari Santa Monica, California itu pernah menghasilkan judul popular seperti Cellular (2004) dan Snakes on a Plane (2006).

    Sebagaimana biasa, siri filem Final Destination tidak mengharapkan bintang ternama untuk melariskan judulnya. Sekali lagi, filem terbaru turut mengetengahkan rata-rata nama yang belum biasa didengar untuk menghidupkan cerita, seperti Bobby Campo, Shantel VanSanten, Haley Webb, Nick Zano, Krista Allen, Andrew Fiscella dan Jessica Ritchie.


    Daripada barisan pelakon siri filem ini, hanya Ali Larter yang cukup popular menerusi siri Heroes, pernah ditampilkan sebanyak dua kali, menerusi Final Destination 1 dan 2.

    Dalam versi terbaru, kisahnya bermula dengan seorang pemuda, Nick O’Bannon (Campo) yang mendapat bayangan mengerikan mengenai perlumbaan kereta yang bertukar menjadi medan perlanggaran dahsyat.

    Pada kecelakaan yang dibayangkannya itu, kereta lumba berlanggar antara mereka, menyebabkan serpihan berterbangan ke tempat duduk penonton yang seterusnya membunuh rakan-rakan lelaki itu. Kekacauan itu juga membuatkan tempat duduk atas roboh ke atas Nick.

    Lalu, apabila dia tersedar daripada ‘mimpi ngerinya’, Nick memujuk teman wanitanya, Lori (VanSanten) dan kawan mereka, Janet (Webb) serta Hunt (Zano), untuk meninggalkan tempat terbabit, beberapa saat sebelum bayangan ngeri yang singgah di kepala Nick menjadi nyata.

    Terfikir apakah mereka sudah berjaya mengelak maut, kumpulan itu menarik nafas lega dan cuba meneruskan hidup. Namun, nampaknya semua itu hanyalah permulaan yang menakutkan bagi Nick dan Lori. Pada ketika bayangan di mindanya berterusan dan mangsa kemalangan mati seorang demi seorang, dalam keadaan amat menakutkan, Nick mesti mencari jalan untuk menipu ajal yang cuba menjemputnya sebelum dia sendiri sampai ke destinasi terakhir.

    Berbeza dengan siri terdahulu, The Final Destination pasti menjanjikan pengalaman menonton yang lebih hidup atau lebih mengerikan apabila filem terbabit dihasilkan dalam bentuk 3D.

    Bersedia untuk mengalami ketakutan paling sensasi tahun ini? Tunggu saja kehadiran filem sepanjang 82 minit ini apabila siri keempat Final Destination menjengah pawagam berdekatan anda sedikit masa lagi. Bagi mereka yang lemah semangat atau mempunyai potensi untuk sakit jantung, mungkin judul lain lebih sesuai untuk anda.

    Sementara itu, filem Setem terus mempertahankan kedudukannya dalam sepuluh filem paling mendapat sambutan penonton apabila berada pada posisi keempat carta filem pecah panggung tempatan. Filem terbabit mula ditayangkan pada 30 Julai lalu.

    Menerima ulasan yang positif daripada pengkritik, filem terbabit muncul judul komedi aksi pertama arahan Kabir Bhatia, yang sebelum ini cukup sinonim dengan filem romantik mengusik jiwa seperti Cinta dan Sepi.

    Menghiasi filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu ialah Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Que Haidar, Bront Palarae, Datuk Aziz Sattar serta ramai lagi pelakon undangan.

    Setem turut menerima pengiktirafan pada Festival Filem Malaysia Ke-22 yang baru berlalu apabila judul berkenaan dinobatkan paling cemerlang dalam kategori suntingan, penataan seni dan sinematografi. Tentu sekali sebuah persembahan yang tidak mahu anda lepaskan, sebagai hiburan ringan seisi keluarga.

    Carta pecah panggung:

    1 - GI Joe: Rise Of The Cobra

    2 - On His Majesty's Secret Service

    3 - The Proposal

    4 - Setem

    5 - Overheard

    6 - The Ghosts Of Girlfriends Past

    7 - Harry Potter And The Half-Blood Prince

    8 - Land Of The Lost

    9 - Tracing Shadow

    10 - The Taking Of Pelham 123

    Mesti Tonton: Mesej tajam di sebalik District 9

    Mesti Tonton: Mesej tajam di sebalik District 9




    Filem: District 9

    Genre: Fiksyen Sains, Aksi

    Pengarah: Neill Blomkamp

    Pelakon: Sharlto Copley, Jason Cope, Robert Hobbs, Vanessa Haywood, David James, Mandla Gaduka, Louis Minnaar, William Allen Young, Nick Blake, Kenneth Nkosi, Sylvaine Strike

    Penerbit: Peter Jackson

    Tayangan: Mulai 13 Ogos

    APABILA Peter Jackson bertindak menerbitkan filem fiksyen sains, District 9, ramai peminatnya membuka mata dan ternanti-nanti, apakah filem daripada produser dan pengarah trilogi The Lord of the Rings (LOTR) itu sekali lagi bakal membawa pembaharuan dalam penceritaan dan persembahannya?

    Lalu, apabila District 9 yang diarahkan anak didiknya, Neill Blomkamp, memasuki panggung mulai 13 Ogos, pasti saja peminat Jackson mengharapkan kehebatan serupa, atau lebih daripada filem garapan tokoh filem dari New Zealand itu sendiri.

    Nyata, District 9 tidak menghampakan walaupun ia bukan lagi datangnya daripada sentuhan kreativiti Jackson. Jackson sendiri dilaporkan berbangga dengan pencapaian pengarah muda berusia 29 tahun dari Johannesburg, Afrika Selatan itu. Sudah semestinya kerana District 9 sebuah karya asal yang berdiri kukuh atas ketulenannya, bukan daripada komik ataupun siri kartun tayangan televisyen.

    Kisah bermula dengan kemunculan sebuah kapal angkasa makhluk asing yang tersergam menghiasi langit bumi Johannesburg. Kononnya, makhluk asing sudah pun memulakan perhubungan dengan manusia di bumi kira-kira tiga dekad yang lalu. Namun, kedatangan kapal angkasa terbabit bukan untuk bermusuh, sebaliknya mereka ialah pelarian yang mencari perlindungan di planet ini.

    Makhluk asing berkenaan ialah bangsa terakhir daripada golongan mereka dan akibat tekanan masyarakat dunia, pelarian dari angkasa itu ditempatkan di sebuah kawasan diberi nama District 9 oleh kerajaan Afrika Selatan. Bagaimanapun, mereka dilayan sebagai pendatang, dengan penempatan itu tidak ubah sebuah kawasan setinggan yang huru-hara.

    Apabila masyarakat mula berasakan bahang atas kehadiran pelarian yang dipanggil ‘udang’ itu, penyelenggaraan dan pengurusan makhluk asing terbabit diserahkan kepada sebuah syarikat swasta dikenali sebagai Multi-National United (MNU). Syarikat ini lebih berminat mencari jalan bagaimana untuk memahami teknologi senjata ciptaan makhluk itu.

    Sehingga kini, MNU gagal menemui jalan untuk menggunakan senjata yang dicari-cari, sehinggalah seorang kakitangan mereka, Wikus van der Merwe (Sharlto Copley) yang ditugaskan mengetuai operasi pemindahan makhluk ke kawasan baru, terdedah dengan bahan teknologi kimia pendatang asing itu.

    Insiden terbabit menyebabkan tubuh lelaki ini berubah. Tanpa disedari, dia menjadi kunci kepada senjata yang menjadi misteri buat pakar MNU. Menyedari dirinya menjadi lelaki paling dikehendaki, Winkus tidak ada tempat perlindungan selain District 9! Di situ, dia terpaksa bersekongkol dengan makhluk asing dikenali sebagai Christopher.

    Dipersembahkan secara rakaman kamera pegangan tangan, pada mulanya ia nampak janggal. Ketika itu, bayangan filem Cloverfield mula kelihatan. Namun, apabila kisahnya mula berkembang, penonton akan khusyuk mengikuti detik demi detik yang ditayangkan.

    Menakjubkan apabila watak yang dihidupkan menggunakan teknologi CGI seperti Christopher masih mampu menyentuh perasaan. Ketelitian pada penghasilan gerak wajah dan lirik mata Christopher, membuahkan hasil yang sukar untuk dinafikan keajaibannya.

    Pelakon utamanya, Copley, pula memberikan aksi meyakinkan sebagai lelaki yang pada awalnya kelihatan lurus, tetapi berubah karakter sebaik saja menyedari dia menjadi pelarian, tidak ubah sebagaimana makhluk asing yang berada di bawah pengawasannya.

    Apa-apa pun, District 9 lebih bermakna apabila kita menyedari, ia bukan sekadar sebuah persembahan fiksyen sains mengenai makhluk asing, sebaliknya sebuah kritikan sosial terhadap layanan yang diterima sesetengah penduduk di Afrika Selatan.

    Pengasingan dan layanan buruk yang diterima makhluk asing itu satu metafora cukup memedihkan, membayangkan penindasan pernah berlaku menerusi sistem pemerintahan terdahulu.

    Ella adakan konsert mini istimewa tajaan Canon

    Ella adakan konsert mini istimewa tajaan Canon

    MEMANG sangat jarang Ella membuat persembahan secara eksklusif kepada peminatnya. Malahan, penyanyi yang mendapat jolokan 'ratu rock' juga dianggap sebagai kurang aktif dalam arena muzik tanah air.

    Mungkin disebabkan tiada cerita terbaru berkaitan dengan kerja muziknya menyebabkan Ella disifatkan sebagai menyepikan diri. Ini membuatkan ada sebahagian peminatnya yang masih merindui suara lunak dan manja penyanyi berusia lebih 40 tahun itu.

    Dalam hal ini, Canon Marketing (Malaysia) akan meleraikan kerinduan peminat Ella apabila membawakan penyanyi itu dalam konsert mininya di Mist Club di Jalan Liku, Bangsar, Kuala Lumpur, esok (16 Ogos) jam 8 malam.

    Konsert mini itu adalah sejajar dengan usaha Ella untuk membuat kemunculan semula di persada muzik selepas sekian lama agak tidak aktif. Dia akan menyanyikan lagu-lagu popularnya yang dimuatkan dalam album Greatest Hits Ella yang turut mengandungi tiga lagu baru.
    Dell XPSTM M1530 - With RM700 Instant Cash Redemption!


    Bagi Canon, kemunculan album Greatest Hits Ella bersesuaian dengan imej salah satu produk keluaran syarikat ini iaitu beberapa siri terbaru kamera PowerShots. Ella pula sejak beberapa tahun lalu sudah lama menjalin hubungan dengan syarikat ini dengan menjadi Duta Canon.

    Malahan konsert Ella juga adalah sebahagian daripada kempen promosi dan pemasaran kamera jenama PowerShot, lebih-lebih lagi ketika ini ini Jualan Power PowerShot sedang berlangsung.

    Bagi peminat Ella jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket menyaksikan persembahan penyanyi itu.

    Bagaimana hendak mendapatkan tiket?

    Pengguna kamera Canon boleh bawa kamera anda di mana-mana kedai konsep Canon di sekitar Lembah Klang, isikan borang mudah dan tukarkan dengan empat tiket untuk menyaksikan konsert ini.

    Bagi bukan pengguna kamera Canon pula, bawa keratan iklan Canon di akhbar di kedai konsep Canon untuk mendapatkan dua tiket konsert Ella.

    Satu tiket hanya dibenarkan untuk masuk seorang saja. Tiket boleh didapati di Kedai Konsep Canon sejak 8 Ogos lalu. Kedai Konsep Canon terpilih di ibu negara ialah di Suria KLCC, Gedung Membeli Belah Mid Valley, Sunway Pyramid, Pavillion Kuala Lumpur, e@Curve, Low Yat Plaza dan Pusat Membeli Belah 1 Utama.

    Vanessa malu besar

    Vanessa malu besar

    Susunan Norhadiani Baharom
    yanie@hmetro.com.my

    BINTANG High School Musical, Vanessa Hudgens, 20, sekali lagi berhadapan dengan episod memalukan dalam hidupnya apabila gambar separuh bogelnya tersebar meluas di Internet, awal minggu lalu.

    Kejadian seumpama itu bukanlah yang pertama berlaku kerana dua tahun lalu, Vanessa pernah terjebak dengan masalah sama tetapi membabitkan foto berlainan.

    Ramai yang bersimpati, tidak kurang juga mentertawakan Vannessa kerana tindakan bodohnya merakamkan foto dirinya dalam separuh bogel dengan menggunakan telefon bimbit.

    Sehinggakan perbuatannya itu menyebabkan dia terpaksa menanggung malu yang teramat sewaktu menghadiri Anugerah Pilihan Remaja (Teen Choice Awards) yang berlangsung 9 Ogos lalu hingga Vanessa segera meninggalkan acara itu dengan wajah merah padam.

    Dalam majlis itu, Vanessa dijadikan bahan persendaan pelawak Dane Cook yang berseloroh mengatakan: "Sebelum saya menyampaikan anugerah Choice Hotties ini, boleh tak saya memperkatakan sesuatu yang berlegar di fikiran setiap orang dalam dewan ini tetapi tidak ada siapa berani mengatakannya.

    "Vanessa Hudgens dan semua gadis, jangan biarkan pakaian anda terbuka. Telefon bimbit hanya untuk membuat panggilan," katanya sambil memandang tepat pada Vanessa yang sudah tidak keruan duduk di kerusi penonton.

    Dane Cook yang menukar saat akhir ucapannya dengan melafazkan kata-katanya itu sewaktu mengambil alih pentas untuk menyampaikan anugerah Choice Hotties kepada bintang seksi, Megan Fox dan Robert Pattinson.

    Bagaimanapun, penganjur sempat menyunting ucapan Dane Cook sebelum terlepas kepada penonton yang menyaksikan siaran langsung anugerah itu di rumah mereka.

    Tindakan pelawak itu ternyata tidak disenangi pelbagai pihak terutama peminat Vanessa yang mengutuk perbuatan Dane Cook mempersendakan pelakon remaja popular juga kekasih kepada Zac Efron.

    Peminat dan penganjur acara mendesak Dane Cook memohon maaf secara terbuka. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang inisiatif dilakukan.

    Vanessa mengakui amat tertekan dan malu dengan apa yang berlaku. Katanya, sejak gambar itu tersebar, dia berasa amat tertekan kerana semua orang memperkatakannya sehingga membuatkan dirinya takut untuk keluar rumah.

    "Belumpun reda dan saya sedang cuba bangkit mengumpul kekuatan untuk bertemu peminat, saya dimalukan pula dalam majlis yang ditonton ribuan peminat terutama kanak-kanak dan remaja.

    "Saya tidak salahkan pelawak itu 100 peratus tetapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Penyebaran gambar itu di luar kawalan saya, namun apa yang boleh saya katakan ialah foto itu adalah peribadi dan saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas," katanya dengan nada sebak.

    Vanessa yang sebelum ini terkenal dengan watak Gabrielle Montez menerusi siri High School Musical, tidak mahu perkara itu terus membelenggu diri, sebaliknya tetap memberi tumpuan kepada kerjaya.

    Katanya, selepas bertahun-tahun terikat dengan pembikinan filem box office berkenaan sehingga persembahan lakonannya sering dikatakan 'klise', Vanessa mahu mencabar dirinya dengan filem baru, Bandslam.

    "Sudah agak lama saya terikat dengan watak yang sama dalam High School Musical tapi saya yakin filem baru ini bakal memberi persepsi berlainan daripada karakter pernah dibawakan sebelum ini.

    "Perbicaraan filem ini lebih 'bersifat introvert' dan 'selamba' tetapi pada masa sama menarik selain menepati apa yang dicari selama ini.

    "Ia masih berkisarkan soal muzik, namun yang membezakannya dengan High School Musical, pergolakan atau isu yang ditampilkan lebih dewasa. Jika di High School Musical dulu, saya perlu menari dan menyanyi tetapi dalam filem ini, saya sebagai Sa5m (sebutan Sam) mempunyai keinginan tinggi menjadi pemuzik.

    "Untuk menjayakan watak ini menuntut saya belajar bermain gitar. Mujurlah ia tidak begitu sukar kerana saya sudah biasa bermain piano sejak kecil.

    "Bahkan, kerja semakin mudah dan berjalan lancar kerana Todd Graff selaku pengarah sentiasa memberi bimbingan kepada kami. Dia juga pernah menjadi pelakon dan kelebihan itu membuatkan dia lebih memahami," katanya yang turut membintangi dua lagi filem baru, Beastly dan Sucker Punch.

    Bakal menginjak 21 tahun pada 14 Disember nanti, gadis berbintang Sagitarius ini mengharapkan majlis kejutan daripada teman lelakinya, Zac Efron di sebuah destinasi percutian sempena meraikan ulang tahunnya itu.

    "Saya mengharapkan ada seseorang sudi menganjurkan majlis kejutan untuk saya. Teringin sebenarnya kerana kalau tidak silap, kali terakhir saya diraikan secara besar-besaran pada usia 9 tahun.

    "Jadi tahun ini alasannya lebih munasabah. Ketika 16 tahun saya mengharapkan sebuah majlis kejutan, namun ia tidak berlaku. Sewaktu meraikan ulang tahun ke-18 pun begitu juga tetap tidak menjadi kenyataan.

    "Justeru, saya amat mengharapkan ada kejutan tahun ini. Saya yakin ia akan berlaku," kata gadis berdarah campuran Irish dan Amerika sebelah bapa serta Filipina, Cina dan Latin (sebelah ibu) itu.

    >Profil

    NAMA: Vanessa Anne Hudgens

    NAMA KOMERSIL: Vanessa Hudgens

    TARIKH LAHIR: 12 Disember 1988

    UMUR: 21 tahun

    TEMPAT LAHIR: Salinas, California

    BINTANG: Sagitarius.

    ANTARA DRAMA: Evita, Carousel, The Wizard of Oz, The King & I, The Music Man, Cinderella dan Damn Yankees. experience which gave ANTARA FILEM: Thirteen, Thunderbirds, The Suite Life of Zach & Cody, High School Musical, High School Musical 2 , High School Musical 3 dan Bandslam.

    ALBUM: 'V' dan Identified

    KERJAYA: Pelakon, penyanyi, model dan pengacara

    PSC masih berbisa

    PSC masih berbisa

    >>Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
    wanasr@hmetro.com.my

    JIKA sebelah pagi artis tertentu sibuk bermain golf dengan VIP, pada sebelah malam selepas malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22), pelakon Kazarudin Saidi atau ada acara sendiri.

    Buat julung kalinya pelakon, Kazar yang dikenali dengan watak Degawan dalam drama Susuk memerah keringat di padang bola apabila dilantik mengetuai pasukan, Kelab Sukan Bola Sepak Papar (PSC) pada perlawanan persahabatan menentang Majlis Sukan Negeri Sabah, malam Ahad lalu.

    Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu serentak dengan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) itu turut disertai bintang bola sepak Sabah dan Kebangsaan seperti Matlan Marjan, Suhaimin Yusof dan Nizamudin Abdul Hamid (bekas pemain kelab PKNS). Aksi bertenaga dipamerkan kedua-dua pasukan memperlihatkan skil permainan bola sepak masing-masing.

    Kunjung ke Sabah sempena FFM22 dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kazar dengan menyertai pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan. Kelapangan pada hari terakhir FFM22 membolehkan Kazar melepaskan 'gian' menendang bola di padang.

    Ikut perancangan, perlawanan bola sepak berkenaan turut disertai beberapa artis tempatan yang hadir ke Negeri Di Bawah Bayu itu sempena FFM22. Begitupun, atas sebab tertentu, barisan artis tidak dapat turut serta dalam perlawanan itu.

    Menurut Kazar, minat terhadap sukan itu mendorongnya beraksi tidak kira di mana dia berada sekalipun sibuk dengan aktiviti seni. Kesempatan beraksi di samping bekas pemain negeri dan kebangsaan peluang yang cukup ditunggu-tunggu.

    "Mungkin mereka (artis lain) tidak berminat menyertai perlawanan itu disebabkan jadual penerbangan yang memaksa mereka bertolak lebih awal. Ada di antara mereka yang sudah menyusun jadual sendiri.

    "Saya pula sudah banyak kali menyertai perlawanan membabitkan pasukan ini. Mereka juga sering berkunjung ke Kuala Lumpur untuk perlawanan persahabatan menentang beberapa pasukan termasuk bersama rakan artis.

    "Saya mula menyertai pasukan ini sejak dua tahun lalu. Perlawanan kali ini pula cukup menarik kerana buat pertama kalinya berlangsung serentak dengan penganjuran FFM22. Sememangnya, ia perlawanan yang cukup sengit seperti pertembungan dua pasukan yang bertanding dalam liga bola sepak kebangsaan," katanya.

    Biarpun mengakui kalau ikut pada faktor kecergasan memang kurang, namun disebabkan minat terhadap bola sepak mendorongnya mengambil bahagian dalam perlawanan itu.

    "Ditambah pula minat mendalam pihak pengurusan PSC terhadap sukan itu. Sebelum ini, saya kerap menyertai beberapa perlawanan persahabatan dan pertunjukan membabitkan rakan artis.

    "Selain perlawanan persahabatan membabitkan pemain kebangsaan seperti Azman Adnan, Rashid Hasan, Zainal Abidin dan Dollah Salleh," katanya.

    "Saya hanya tumpang bermain dengan pasukan ini kebetulan ada kelapangan ketika perlawanan berlangsung. Biarpun tanpa pembabitan ramai artis, saya juga merakamkan terima kasih kepada Adam Salleh (Pengarang Hiburan Harian Metro) yang sudi menerima pelawaan menyertai perlawanan ini," katanya.

    Malah Kazar menyifatkan pelantikan sebagai ketua pasukan ketika perlawanan itu sebagai satu penghormatan buatnya biarpun gagal membantu pasukan menjaringkan gol.

    Apatah lagi dapat beraksi di samping beberapa bekas pemain negeri dan kebangsaan. Hadir sama menyaksikan perlawanan itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Azman Mohamad. Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 4-4.

    Mungkin ramai yang masih terkenangkan aksi dan kelincahan pemuda kelahiran Negeri Di bawah Bayu, Matlan Marjan. Ketika kemuncak kerjaya, aksinya menentang England sekitar 1991 mendapat perhatian. Biarpun gagal mengatasi lawan, dua jaringannya cukup bermakna dan memahat sejarah tersendiri buat skuad kebangsaan yang tewas 4-2 dalam perlawanan itu.

    Aksi Matlan mendapat pujian ramai pemerhati bola sepak. Kali terakhir Matlan bersama pasukan Sabah ketika meraih gelaran juara Piala FA 1995 sebelum didakwa terbabit dalam gejala rasuah bola sepak yang menular ketika itu. Begitupun, aksi dan semangat cintakan permainan bola sepak tidak pernah padam buatnya. Malah Matlan sendiri sehingga kini, masih aktif bermain bola sepak.

    Sementara itu, Pengurus PSC, S S Chung berkata, perlawanan itu sebahagian daripada aktiviti kelab, malah sejak ditubuhkan sekitar 1989, pelbagai program dan perlawanan bola sepak giat diadakan di seluruh negara.

    "Ini perlawanan penutup menentang MSN sebelum bulan puasa. Sepanjang tahun ini, kami sudah mengatur 20 perlawanan yang berlangsung di sekitar Sabah di mana pasukan ini mencatat 16 kemenangan, dua kali seri dan kalah. Penubuhan pasukan ini cukup terkenal dengan penampilan pemain bola sepak kebangsaan dan legenda bola sepak Sabah.

    "Dengan cara ini, kami memberi peluang kepada masyarakat luar bandar terutama di sekitar Sabah untuk melihat aksi bekas pemain kebangsaan. Selain Sabah, kami juga ada menganjurkan perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur dan Thailand.

    "Apa yang lebih membanggakan pihak kami, biarpun tanpa penaja tetap, kelab ini berjaya bertahan sehingga kini. Apabila ada perlawanan di luar Sabah, kita bertuah kerana mempunyai bantuan dan sokongan daripada individu tertentu yang sudi menaja pasukan.

    "Setiap kali perlawanan membabitkan PSC, kira-kira 3,000 hingga 12,000 penonton memenuhi kapasiti stadium menyaksikan perlawanan. Paling mencipta sejarah apabila lebih 15,000 penonton hadir menyaksikan perlawanan membabitkan kelab ini ketika di daerah Semporna," katanya.

    Minat terhadap sukan itu mendorong Chung untuk menguruskan kelab berkenaan walaupun dia sendiri kurang aktif bermain bola sepak. Minat sejak kanak-kanak memberi kepuasan kepadanya apabila melihat pasukan yang ditubuhkan hampir dua dekad itu cukup dikenali di negeri di bawah bayu itu.

    Bintang bola sepak Sabah, Matlan Marjan yang menyertai kelab itu sejak 1995 juga sebagai pengasas dan membimbing barisan pemain muda.

    Tambah Chung, PSC kini mempunyai lima pasukan iaitu PSC Senior Sabah yang diketuai Matlan Marjan, PSC Junior Sabah pula dilahirkan Khairul Azman Mohamad, PSC Artis Kuala Lumpur dan akan datang penubuhan dua pasukan PSC bawah 20 tahun dan 15 tahun yang akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.

    Dalam pada itu, Chung yang meminati aksi bekas pemain kebangsaan seperti James Wong, Hassan Sani, Arwah Mokhtar Dahari dan Dollah Salleh yang juga ketua pasukan PSC Kuala Lumpur memaklumkan pasukan PSC akan berkunjung ke Kuala Lumpur bagi menentang Pilihan TV3 di Stadium Mini Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam, jam 8.30 malam ini.

    'Saya pilih peserta berdasar bakat'

    'Saya pilih peserta berdasar bakat'

    Oleh Sakini Mohd Said
    sakini@hmetro.com.my

    DEBARAN Anak Wayang sudah melabuh tirainya akhir Julai lalu dan menyaksikan Hairi bergelar juara, kini saingan hebat program realiti lakonan itu, Pilih Kasih berada di ambang kemuncak selepas beberapa minggu bersiaran.

    Bermula dengan 20 peserta dan beberapa proses penyingkiran dilakukan, hanya 10 finalis layak ke peringkat akhir program realiti berkenaan untuk merebut gelaran juara.

    Bakal berlangsung esok Ahad, pertandingan akhir Pilih Kasih disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM 2 dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan.

    Peserta yang layak ialah Iqbal Mazlan, Zulin Aziz, Nabila Dally, Indera Hafiz dan Bea Rameshan.

    Turut tidak ketinggalan Diwan Nawi, Sofian Bujang, Wanina Zaki, Reza Hasbi dan satu-satunya peserta bukan Islam, Fiona Benard.

    Sudah tentu bukan mudah menentukan juara pertama program realiti julung kali terbitan syarikat Rosyam, Suhan Movies & Trading itu.

    Berdasarkan kepada corak penjurian, 50 peratus adalah kuasa penonton menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan selebihnya bergantung kepada keputusan Rosyam Nor sendiri.

    Justeru, biarpun peserta itu mendapat undian tinggi namun jika tidak terpahat kesukaan di hati Rosyam, dia akan terkeluar daripada terus beraksi.

    Merujuk kepada kuasa veto Rosyam, akhirnya ramai membuat spekulasi pelakon ini mengamalkan sikap ‘favouritism’ dalam soal penyingkiran peserta.

    Program yang sentiasa dihambat kontroversi ini turut merungkai kepada persoalan sinis di mana Rosyam akan terus mengamal sikap berat sebelah di malam akhir pertandingan.

    Semuanya bermula apabila salah seorang finalis Pilih Kasih, Zulin selalu terselamat dari disingkirkan biarpun markahnya berada di kedudukan terendah.

    Mengulas lanjut mengenai komen itu, Rosyam menafikan sekeras-kerasnya yang dia mengamal sikap '’favouritism’ dalam penyingkiran peserta.

    Baginya, keputusan yang dibuat merangkumi semua aspek dan bukan hanya tertumpu pada bakat lakonan.

    “Saya tahu perkara ini akan terus diungkit dan diperkatakan. Pemilihan Zulin sebagai finalis akhir Pilih Kasih adalah berdasarkan persembahan dia yang berbakat untuk diketengahkan sebagai pelakon.

    “Kalau dikatakan saya berat sebelah dalam proses penyingkiran, kamu semua boleh lihat yang Zulin bukannya lawa sangat pun, malah badan dia juga berisi.

    “Dari sistem penjurian SMS, kesalahan memilih mereka berbakat boleh terjadi kerana penonton akan mengundi peserta yang menjadi kesukaan.

    “Saya tidak mahu perkara itu berlaku dalam Pilih Kasih dan ingin mereka yang layak saja mara ke peringkat akhir.

    “Biarpun Zulin tidaklah lawa sangat tetapi dia berupaya menjiwai watak dengan baik. Disebabkan itulah, saya selalu selamatkan dia kerana yakin boleh pergi jauh,” kata Rosyam ketika sidang media di majlis makan malam finalis akhir Pilih Kasih di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, baru-baru ini.

    Pada malam akhir pertandingan Pilih Kasih, keperibadian peserta merangkumi aspek budi bahasa, kesopanan dan bagaimana mereka membawa diri akan dititikberatkan selain dari bakat lakonan.

    Sekiranya sebelum ini, Rosyam menguarkan Pilih Kasih diadakan untuk mencari lima pelakon untuk lima watak utama dalam filem Kekasih, kini ditukar pula kepada pemberian hadiah.

    “Mereka tidak terkenal lagi jadi susahlah sekiranya terus berlakon ke layar perak.

    “Lagipun, salah satu faktor utama yang menarik orang ramai berkunjung ke pawagam adalah faktor populariti. “Jadi, lima terpilih bakal membawa pulang hadiah lain. Namun, saya tidak mahu umumkannya lagi.

    “Bagi anugerah Pelakon Lelaki/Wanita Terbaik akan dinilai oleh lima juri iaitu Along Kamaruddin, Amie Maziah, Rohani Yusuff dan Rosmina Tahir. Mereka yang memenangi anugerah ini berpeluang membintangi drama 26 episod arahan pelakon dan pengarah, Erma Fatimah,” katanya.

    Mengenai ramalan siapa bakal mengungguli juara Pilih Kasih, Rosyam enggan berbicara lanjut berkaitan perkara itu. Baginya, setiap dari 10 finalis itu berpotensi besar untuk merebut gelaran juara malah dia sendiri sukar menidakkan bakat mereka.

    “Saya tidak mahu meneka siapa terbaik atau siapa juaranya. Kalau hendak tahu keputusan, tunggulah Ahad nanti,” beritahu Rosyam.

    Peserta yang sentiasa mendapat undian tertinggi setiap minggu, Diwan Nawi atau nama sebenarnya Mohammad Redzuan Rosli, 19, dijangka memberi saingan sengit kepada rakan seperjuangannya di malam akhir pertandingan itu nanti. Peserta berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini berkata, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan akhir yang akan dipersembahkan pada malam final nanti.

    “Saya menyertai program ini bukan saja kerana minat tetapi yang penting ingin membantu keluarga serta tidak ada niat meraih populariti. Sebagai persediaan ke final, saya akan cuba untuk hindarkan diri daripada terlalu tertekan. Bagi saya, kalau tertekan sangat boleh buat orang hilang fokus. Jadi, saya cuba untuk hadapi semuanya dengan tenang,” kata Diwan.

    Sekiranya Diwan sentiasa meraih undian tertinggi, Wanina Zaki, 21, pula dilihat sebagai pencabar utama kerana persembahannya sering mendapat pujian juri. Walaupun tidak mendapat undian memuaskan, namun itu tidak menghalang peserta dari Kuala Kemaman, Terengganu ini berputus asa berjuang untuk bergelar juara Pilih Kasih.

    “Saya tahu bukan saja saingan semakin sengit malah tugas diberikan pun cukup mencabar. Tidur pun tidak cukup dan keadaan semakin tertekan. Tetapi, inilah yang saya pilih dan ingin jadikan sebagai karier. Perihal undian rendah, akan saya jadikan ia sebagai semangat untuk membaiki kelemahan diri.

    “Dalam masa suntuk ini, saya amat menekankan penjiwaan watak. Tanpa penjiwaan watak berkesan, penonton serta juri tidak akan gembira atau seronok menonton lakonan saya nanti. Jadi, berbekalkan pengetahuan yang ada akan saya gunakan di malam final nanti,” katanya.