Wednesday, August 19, 2009

HIBURAN : RABU 19 OGOS 2009


"Biarlah kali ini sampai mati"
TINGGALKAN spekulasi dan hindarkan daripada melemparkan dakwaan yangbukan-bukan. Sebaliknya, doakanlah kebahagiaan pasangan merpati sejoliini yang baru saja bergelar suami isteri.


MLTR mahu terus bertahan
TIADAsiapa yang mampu menafikan pengaruh muzik yang dibawakan oleh kumpulanMichael Learns To Rock (MLTR) yang berasal dari Denmark ini.


Program realiti perkenalkan budaya tempatan
ANDAseorang rakyat Malaysia, tahu berbahasa Melayu, melepak di kedai mamaksambil melayan teh tarik atau menikmati mi rebus sambil berbincangtentang rancangan TV tempatan terbaru.


Siti pilih pemenang RM10,000
BUAT pertama kalinya, Datuk Siti Nurhaliza akan berada di konti SuriaFM bagi menutup kempen Lagu Berduit Suria FM hari ini (Rabu). SitiNurhaliza akan berada di konti Suria FM dari pukul 7.30 pagi hingga 10pagi untuk menyanyikan lagu Biarlah Rahsia secara langsung.


Judul filem, pengisian dan mentaliti penonton
ISU filem-filem kita yang menghadapi masalah bukanlah perkara baru.Sejak dari dulu lagi, filem-filem kita memang sudah ada macam-macammasalah.


MTAR terjemah keperibadian Tun Abdul Razak
JIKAbercakap perihal insan bergelar Bapa Pembangunan negara, Tun AbdulRazak Hussein, pasti ramai yang pantas memberi jawapan, dialah






Dulu kayu, sekarang aktor
Iqbal Mazlan membuktikan jika minat datang dengan tekad dan disiplin yang tinggi, ia mampu membuahkan hasil.


Alamak komedi sinikal
SUDAH ditayangkan di saluran Astro Ria sejak 5 Ogos lalu, kelainan sirikomedi terbaru Alamak mula mendapat perhatian penonton.


Katy berdoa payu dara besar
PENYANYIKaty Perry, mendedahkan yang dia pernah berdoa berjam-jam lamanyasupaya Tuhan memberikan dia payu dara yang lebih besar.


Mayat Jacko ditanam dalam keadaan beku
LOS ANGELES – Ibu Michael Jackson dilapor membuat keputusan luar biasasupaya jenazah anaknya dibekukan kerana bimbang kubur Raja Pop berisikodirompak atau dirosakkan oleh peminat-peminatnya, lapor sebuah akhbarsemalam.


Spears pamer tiga bikini
LOSANGELES – Selepas dikritik kerana kuat makan, bintang pop BritneySpears tampil langsing memakai bikini kecil ketika bersantai bersamadua anaknya, Sean Preston dan Jayden James, lapor sebuah akhbarsemalam.


Bilionair India biayai filem Spielberg
LOSANGELES – Lelaki terkaya India, Anil Ambani memuktamadkan pembiayaansecara perkongsian dengan DreamWorks Studios di sini kelmarin bagimenerbitkan enam buah filem bernilai AS$875 juta (RM3.1 bilion) setahun.








Ratu Solo Wangi
SOFIAJane Hisham bukan nama asing di persada seni. Malah sejak 90-an lagi,aktres jelita kepada tiga orang anak ini antara penyeri di layar perak.Siapa boleh lupa watak panas sebagai Zaleha yang pernah dipegangnyamenerusi filem penuh kontroversi, Perempuan, Isteri dan ......

Setem dapat lebih RM1 juta
PERTARUHANpertama sutradara terkenal Kabir Bhatia mengarahkan filem komedimembuahkan hasil apabila filem Setem yang ditayangkan dua minggu lalumencecah kutipan lebih RM1 juta.

Jawablah!: 'Tak mungkin tutup periuk nasi sendiri'
EBELUMini, Fahrin Ahmad pernah dilabelkan sebagai pelakon tidak berdisiplin.Kononnya dia pernah menghadapi masalah dengan produksi program GadisMelayu musim pertama di TV9 sehingga tersebar cerita terpaksadisingkirkan disebabkan masalah disiplinnya itu.

Panas, tegang
MENGAPAbanyak program tidak diketahui oleh AJK dan ahli biasa? Mengapa dalamlaporan kewangan mengatakan persatuan mengalami kerugian besar?

Fragmen: Ustaz Asri, Rabbani, nasyid dari kaca mata stesen TV dan radio
ARTIKELberjudul Benarkah filem Yasmin karya tanah air paling hebat? yangdisiarkan dalam ruangan ini pada minggu lalu menerima reaksi yangpelbagai daripada pembaca.

3 tahun penuh makna
TANGGAL12 Ogos lalu, Radio Malaysia Klasik Nasional menyambut ulang tahunnyayang ketiga. Walaupun sambutan diadakan secara sederhana dengan jamuankek dan pulut kuning di kalangan kakitangan Klasik Nasional sendiri,namun semangat jati diri dan ukhwah warganya sungguh membanggakanhingga menjadikan stesen ini popular dan diminati segenap lapisanpendengar seluruh negara.

Dengarnya...: Sibuk nafi tapi nikah juga
DULUberiya-iya menafikan, sekarang sudah jadi suami isteri. Inilah realitidan penyakit di kalangan segelintir artis atau personaliti dalam duniahiburan. Hakikatnya hubungan cinta rahsia Akhil Hayy dan Waheedaberakhir di jenjang pelamin.

Dengarnya...: Mungkin belum masa bercinta
CIKNormah kadang-kadang simpati juga dengan rakan artis kita ini. Apabilabercinta dan selalu bersama dibenci orang. Sebaliknya, apabila jarangbersama dikatakan hubungan mereka sudah berantakan pula. Lihat sajacerita mengenai hubungan Liyana Jasmay dan Aizat, jika dulu merekakerap dilihat bersama dan diundang ke sesi fotografi bersama.

Dengarnya...: TV3 terbit program khas untuk Ustaz Asri
TAKsia-sia Cik Normah mengomel di dalam ruangan ini Isnin lalu mengenaistesen TV yang tidak peka dan tergerak hati untuk menerbitkan programkhas kepada Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Alih-alih,Cik Normah dapat tahu ada stesen TV yang mendakwa mereka sebenarnyasudah mula merangka beberapa program mengenang Allahyarham.

RM50,000 kempen Lagu Berduit Suria FM milik Ida
KEMPENLagu Berduit Suria FM yang ditaja One Drop Perfumes telah pun tiba kekemuncaknya, Jumaat lalu, apabila RM50 ribu berjaya menjadi milik ibutunggal dari Kota Bharu, Kelantan, Ida Sharihanim Shaari, 33 tahun.




Bujang Liza ada 'harga'
TIDAK kisah terus membujang meskipun usia Haliza Misbun sudahmencecah 36 tahun. Banyak perkara yang perlu dilakukannya daripadaasyik memikirkan jodoh yang entah bila akan kunjung tiba.

INTERAKSI: 'Presiden mesti jujur'
WALAUPUN kepemimpinannya menerajui Persatuan Penyanyi, Pemuzik danPenulis Lagu Tanah Air (Papita) dikatakan lebih kepada mencaripopulariti dan mementingkan diri, ahli masih mahu Datuk M Daud Wahidterus mengetuai Papita sebagai presiden bagi penggal keempat.

'Saya mahu jadi contoh'
BERTITIK tolak dari tarikh 22 Februari lalu yang menjulang namanyasebagai juara My Starz LG musim kedua, Noriezuana Syed Shafudin, 22,atau Wana sedar mahu atau tidak, dia harus bersedia menghadapi cabaransebagai anak seni.

Sentuhan terakhir Yasmin
TANGGAL 25 Julai lalu, negara kehilangan pengarah filem dan iklanterkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad. Namun, siapa sangka hingga ke akhirhayatnya sutradara kreatif itu tetap 'tegar' berkarya. Ia nyataterbukti menerusi projek 15Malaysia yang disertainya.

Legasi Tun Razak di Istana Budaya
Darah bangsawan yang diwarisi oleh mu tuan, Tidak pernah walau setitik kau simpan dalam tempayan emas, Di mahligai kebesaran seorang negarawan, Tetapi darah suci itu kau relakan mengalir ke kolam kasih, Milik marhaen payah di pedalaman jauh serta tumpah di tengah riuh kota yang teguh. - Seharum Namamu Tuan, Sahrunizam Abdul Talib, Puisi Khas Penyair Pahang.

Soseh Soseh: Maizawati dapat semangat baru
BEKAS suami dapat isteri baru. Si isteri yang ditinggalkan pulasemakin jauh mengorak langkah dalam bidang perniagaaan sebagai dutaproduk dan model pakaian muslimah.

Soseh Soseh: Dapat peluang kerana pengurus
PESERTA program realiti televisyen boleh dikatakan paling bertuah.SS berkata demikian kerana selain mempunyai platform menerusitelevisyen, hampir kebanyakan peserta program realiti boleh disifatkancukup dikenali penonton.

Mawi tak serik buat ‘stunt’
FILEM Aduh Saliha yang menjadi filem sulung Asmawi Ani atau Mawibelum juga siap, namun peminat tetap dapat melihat aksi lakonannyamenerusi filem Jin Notti terbitan KRU Studios yang akan ditayangkanpada hari raya pertama nanti.

"Biarlah kali ini sampai mati"

"Biarlah kali ini sampai mati"


kucupan daripada suami buat isteri tercinta.


TINGGALKAN spekulasi dan hindarkan daripada melemparkan dakwaan yang bukan-bukan. Sebaliknya, doakanlah kebahagiaan pasangan merpati sejoli ini yang baru saja bergelar suami isteri.

Itulah harapan yang dipanjatkan oleh komposer terkenal, Mohd. Faizal Maas atau Ajai yang memilih Norliza Mohamad Ilias atau Liza sebagai suri di hati.

Seluruh kerabat seni sebelum ini sedia maklum, Ajai dan Liza adalah pasangan kekasih.

Perkara itu bukan rahsia lagi, lebih-lebih lagi sejak setahun yang lalu, Ajai dan Liza sering dilihat berdua dalam pelbagai acara.

Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi terkenal, Nurul berakhir, Ajai pada awalnya pernah terfikir untuk melupakan hasrat untuk berkahwin lagi.

Ini kerana, pengalaman gagal dalam perkahwinan pertama seperti 'mimpi ngeri' buat komposer yang juga seorang penyanyi masyhur ini lagi.

Namun, kalau sudah namanya takdir, Ajai tidak mampu menolaknya, jauh sekali untuk bercakap takbur menghindar jodoh yang ditetapkan buatnya.

"Pada awalnya, saya bimbang akan gagal dan kecewa lagi, tetapi bila difikir-fikirkan, siapa saya untuk menghalang ketentuan Ilahi.

"Saya terima jodoh saya kali ini dan tentunya saya tidak lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah agar perkahwinan saya kali ini kekal sampai mati," Ajai menyuarakan harapannya.

Kebetulan pula, jodoh kedua Ajai kali ini juga wanita yang berasal dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang sama seperti negeri asal kelahiran bekas isteri terdahulu.

"Ini semua kerja Tuhan. Saya sendiri tidak menyangka jodoh saya kali ini juga dengan orang Pulau Pinang," kata Ajai sambil mengukir senyuman penuh makna.

Bertemu jodoh kali kedua pada usia 34 tahun, kata Ajai, dia percaya kematangan akan datang seiring dengan masa apatah lagi isterinya kali ini berbeza usia tiga tahun daripadanya.

Liza yang berusia 37 tahun dari kaca mata Ajai merupakan seorang wanita yang memiliki 98 peratus ciri-ciri yang dimilikinya untuk dijadikan calon isteri.

Paling utama personaliti kelahiran Johor itu menjelaskan, Liza yang juga Pengurus Acara dan Pengurusan Artis di syarikat rakaman milik Ajai, Wake The Baby Sdn. Bhd. turut disenangi anak tunggalnya, Ayu Nazirah, 11.


AYU NAZIRAH (kiri) di samping papanya, Ajai (tengah) dan mama barunya, Liza.


"Saya gembira kerana Liza faham kedudukan saya yang mempunyai seorang anak. Lebih membuatkan saya bersyukur ialah hubungan Liza dan Ayu sangat akrab.

"Ini membuatkan saya tidak teragak-agak untuk menamatkan zaman duda saya dengan Liza," ujar Ajai menceritakan hubungan akrab anaknya dengan isterinya itu.

Ajai dan Liza juga memilih untuk bernikah menjelang bulan Ramadan kerana itulah tarikh paling ideal buat mereka selepas semua kerja sudah dibereskan.

"Kalau ikutkan kami merancang awal tahun, lepas tu tunda pertengahan tahun. Semuanya tak jadi sebab banyak kerja yang perlu diuruskan.

"Alhamdulillah, akhirnya 15 Ogos merupakan tarikh yang paling ideal dan kerana itu kami memilih untuk melangsungkannya," kata Ajai menjelaskan persoalan banyak pihak yang tertanya-tanya bila mereka akan mendirikan masjid.

Dan kini, semuanya sudah berakhir. Ajai mahu mengajak isterinya memberi tumpuan pada kehidupan baru yang akan mereka lalui.

Sayang sekali, Ajai dan Liza tidak ada perancangan untuk berbulan madu memandangkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan lebih-lebih lagi disebabkan penularan wabak H1N1 yang membimbangkan.

"Tinggalkan dulu bab bulan madu kerana yang penting ialah kami mahu melalui kehadiran bulan Ramadan bersama-sama," bersemangat Ajai menceritakan hasrat menyambut bulan puasa dengan isteri tercinta.

Sekali lafaz

SEMENTARA itu, Ajai dan Liza diijab kabul dalam satu majlis akad nikah yang diadakan cukup sederhana di Masjid Negeri, Pulau Pinang.

Ajai sah bergelar suami Liza dengan hanya sekali lafaz di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Bandaraya Pulau Pinang, Mansor Taib.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar," demikian reaksi Ajai pada wartawan sejurus selepas dinikahkan.

Pada majlis pernikahan itu, Ajai menghadiahkan Liza wang hantaran berjumlah RM15,000 serta mas kahwin berjumlah RM1,001.

Tidak ketinggalan sepasang kasut dan beg tangan berjenama Louis Vuitton serta hantaran-hantaran lain.

Sementara Liza pula menghadiahkan suaminya itu sebentuk cincin jenama Bulvgari, sebuah telefon bimbit Blackberry dan beberapa hantaran lain.

Liza yang tidak putus-putus mengukir senyuman selepas bergelar isteri Ajai juga memanjatkan kesyukuran kerana perkahwinan mereka berdua berjalan lancar.

"Insya-Allah saya akan cuba menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada Ayu (anak tirinya)," ikrar Liza.

Liza bagaimanapun, tidak akan sama sekali memisahkan hubungan Ayu dengan ibu kandungnya, Nurul.

Sebaliknya, Liza akan memikul tanggungjawab ketika Ayu berada bersama-samanya.

"Tidak sukar untuk mendidik Ayu kerana dia seorang anak yang baik dan mudah mendengar kata," kata Liza lagi.

MLTR mahu terus bertahan

MLTR mahu terus bertahan


KUMPULAN Michael Learns To Rock yang terdiri daripada (dari kiri) Mikkel Lentz, Jascha Richter dan Kare Wanscher akan beraksi dalam konsert mereka pada 5 September ini.


TIADA siapa yang mampu menafikan pengaruh muzik yang dibawakan oleh kumpulan Michael Learns To Rock (MLTR) yang berasal dari Denmark ini.

Muzik dan lagu mereka dengan begitu pantas diterima dengan cukup baik apabila muncul dengan album pertama mereka yang mengangkat nama kumpulan mereka sendiri pada tahun 1991.

Lagu The Actor yang merupakan single pertama dari album itu menyaksikan titik tolak populariti yang dikecapi oleh anggota kumpulan ini yang dianggotai oleh Jascha Richter selaku vokalis dan pemain keyboard, Kare Wanscher (drum) dan Mikkel Lentz (gitar).

Bermula detik itu, mereka bertiga tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menghasilkan lagu-lagu yang memperkasakan kedudukan mereka di persada muzik antarabangsa.

Rangkaian lagu-lagu seperti 25 Minutes, Sleeping Child, Out of the Blue, That's Why (You Go Away), Someday dan Paint My Love merupakan antara karya mereka yang terus diminati sehingga ke hari ini.

Ternyata, kecintaan mereka dalam dunia seni dan mahu terus melahirkan muzik yang berkualiti menjadi tunjang utama dan kekuatan mereka bertahan lama di dalam industri.

Biarpun ada suara-suara nakal yang mengatakan MLTR sudah tidak lagi relevan, namun bagi MLTR ia bukanlah satu halangan untuk mereka terus berkarya.

"Resipi utama kami untuk terus bertahan adalah minat kami yang mendalam terhadap muzik. Buktinya, lagu-lagu popular kami telah berjaya menyatukan kami dengan peminat.

"Menyaksikan peminat dan masyarakat menyanyikan lagu kami sehingga ke hari ini sudah cukup membuatkan kami gembira sekali gus menaikkan semangat untuk terus memberikan yang terbaik buat mereka," kata Mikkel yang mewakili teman-teman MLTR sewaktu dihubungi Hits, baru-baru ini.

Menyambung bicara, Mikkel menjelaskan muzik adalah universal dan ia berjaya menyatukan peminat mereka tanpa mengira bangsa, latar belakang dan budaya.

Ujarnya, peminat merupakan kekuatan kepada kejayaan mereka untuk terus bertahan sehingga ke hari ini.

MLTR sedar bahawa muzik berubah seiring dengan peredaran masa namun, bagi Mikkel biarpun begitu mereka tidak mahu mengubah corak muzik mereka dengan begitu mendadak.

"Bagi MLTR, muzik itu

seperti fesyen yang berubah mengikut masa tetapi apa yang penting adalah sentuhan itu dikekalkan bagi menggambarkan identiti seorang pereka itu.

"Begitu juga dengan kami yang amat menitikberatkan kualiti muzik demi kepuasan peminat. Itulah apa yang kami lakukan untuk album terbaru kami yang sedang diusahakan kini," katanya panjang lebar.

Tutur Mikkel, album terbaru MLTR kelak akan menerapkan sedikit elemen baru selain mengekalkan identiti muzik yang diperjuangkan mereka selama ini.

Begitu juga dengan corak persembahan mereka menerusi konsert Michael Learns To Rock Eternity Tour 2009: Live in Malaysia yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 5 September ini.

Kali terakhir mereka mengadakan persembahan di negara ini adalah pada tahun 2007 selama dua malam berturut-turut di pentas yang sama.

Biarpun sudah berkali-kali hadir ke negara ini mengadakan persembahan, Mikkel memberitahu mereka tidak pernah bosan menghiburkan peminat di negara ini.

"Disebabkan itulah, kami sepakat untuk menampilkan sedikit kelainan kerana kami tidak mahu berasa bosan dan melihat persembahan kami sebagai klise. Kami mahu konsert ini menjadi lebih intim buat kami dengan peminat.

"Kami mengharapkan agar mereka akan datang menonton persembahan kami. Bukan sahaja peminat yang sedia ada tetapi juga peminat-peminat baru," katanya yang memberitahu MLTR akan tetap menyampaikan lagu-lagu popular mereka untuk konsert itu nanti.

Sebagai sebuah kumpulan yang melayari lautan seni selama dua dekad, MLTR memanjatkan rasa syukur mereka di atas penerimaan baik oleh peminat terhadap karya mereka.

Mikkel juga sempat ditanya tentang pandangannya terhadap industri muzik masa kini dan ini jawapan yang diberikannya.

"Lambakan pertandingan realiti TV yang ada pada hari ini sedikit sebanyak telah menjadikan industri hiburan sebagai hab untuk mencari keuntungan semata-mata dan bukannya bakat sebenar.

"Saya tidak nafikan ada yang berbakat namun ia boleh dibilang dengan jari. Mereka bertuah kerana sudah disediakan platform terbaik tetapi malangnya, mereka lebih selesa untuk mencari glamor daripada menonjolkan bakat.

"Artis-artis senior seperti kami perlu bermula dari bawah dan menyakinkan ramai pihak dengan karya kami sebelum layak menjadi artis," katanya dalam nada penuh berhemah.

Program realiti perkenalkan budaya tempatan

Program realiti perkenalkan budaya tempatan


Lam Swee Kim (empat dari kanan) bersama dengan krew produksi dan sebahagian daripada peserta Discover Smiles Zoom! Malaysia pada majlis sidang media di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.


ANDA seorang rakyat Malaysia, tahu berbahasa Melayu, melepak di kedai mamak sambil melayan teh tarik atau menikmati mi rebus sambil berbincang tentang rancangan TV tempatan terbaru.

Tetapi, sebagai rakyat Malaysia, adakah anda tahu cara membuat kulit kuih popiah dengan betul, menari tarian tradisional Melaka, Dondang Sayang ataupun membuat penonton tersenyum dengan persembahan wayang kulit.

Semua ini mungkin nampak remeh tetapi kenyataannya ramai yang lebih tahu memasak spaghetti dengan betul dan lebih arif menari tarian moden ketika di kelab malam daripada menguasai tarian tradisi sendiri.

Atas kesedaran itu, 8TV mempersembahkan sebuah program realiti Discover Smiles Zoom! Malaysia yang cukup menghiburkan dan berbeza dengan program-program realiti yang sedia ada.

Discover Smiles Zoom! Malaysia yang memulakan siarannya pada 29 Julai lalu, setiap Rabu pukul 9.30 malam diacarakan oleh pengacara jelita, Aishah Sinclair.

Dengan kerjasama Esso Malaysia Berhad (Esso), ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. (Mobil) dan Kementerian Pelancongan Malaysia, rancangan realiti ini menguji pesertanya dengan cabaran berkenaan kebudayaan masyarakat setempat.

Program ini menampilkan 48 orang peserta warganegara Malaysia yang akan memulakan perjalanan merentasi Semenanjung Malaysia dan menyelesaikan tugasan-tugasan yang telah disediakan.

Sebagai sebuah negara yang penuh dengan sejarah dan budaya yang berbeza-beza, Discover Smiles Zoom! Malaysia juga akan membawa penonton meneroka kawasan-kawasan yang menarik sekitar Semenanjung Malaysia.

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim berkata, Discover Smiles Zoom! Malaysia merupakan program realiti TV pertama 8TV yang menampilkan dan mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan tempatan.

"Rancangan ini bukan sekadar program realiti biasa. Anda dapat menyaksikan peserta-peserta berdepan dengan beberapa tugasan mencabar pada setiap minggu.

"Yang menariknya, kebanyakan lokasi yang kami pilih merupakan tempat yang amat menarik tapi kurang diketahui ramai terutamanya generasi muda," ujarnya pada satu sidang media memperkenalkan Discover Smiles Zoom! Malaysia di Menara Kuala Lumpur, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, Discover Smiles Zoom! Malaysia dapat membuka mata orang ramai untuk lebih menghargai tempat-tempat menarik di Malaysia disamping mengenali sesebuah tempat dan masyarakat dengan lebih mendalam.

Setiap minggu, dua kumpulan yang terdiri daripada dua orang setiap kumpulan akan berentap sesama sendiri.

Peserta-peserta perlu memandu ke destinasi yang telah ditetapkan dan mereka akan diuji dari segi pengetahuan am, sejarah dan budaya.

Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kad ExxonMobil 'Smiles' dengan jumlah mata tertentu yang membolehkan mereka mendapatkan petrol, makanan dan minuman.

Bagaimanapun, setiap kumpulan perlu bijak mengatur perbelanjaan sehingga perjalanan mereka tamat.

Destinasi-destinasi pilihan antaranya Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kuala lumpur dan Selangor.

Setiap minggu, pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, 50,000 mata kad 'Smiles' dan dua botol minyak hitam Mobil-1 (4 liter setiap botol).

Pemenang tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai RM1,000, 30,000 mata kad 'Smiles' dan dua botol minyak hitam Super 2000 (4 Liter setiap botol).

Menurut Lam lagi, untuk musim pengenalan ini, negeri-negeri cabaran hanyalah di sekitar Semenanjung Malaysia dan jika mendapat sambutan, 8TV akan membawa peserta menjelajah ke Sabah dan Sarawak pula pada musim akan datang.

"Selain itu, kami juga ada membuat pertandingan antara selebriti iaitu Alif Satar, Alvin Wong, Anith OIAM dan Baki Zainal.

"Mereka akan menjelajahi sekitar Kuala Lumpur sahaja tetapi penonton akan terkejut kerana walaupun mereka orang Kuala Lumpur tetapi tidak mengetahui sepenuhnya selok belok bandar mereka sendiri," ujarnya.

Menariknya, selain berhibur, program ini juga tidak lupa dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Setiap mata yang dikumpulkan dalam kad 'Smiles' sewaktu pertandingan berlangsung akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih di dalam setiap episod.

Siti pilih pemenang RM10,000

Siti pilih pemenang RM10,000


SITI NURHALIZA


BUAT pertama kalinya, Datuk Siti Nurhaliza akan berada di konti Suria FM bagi menutup kempen Lagu Berduit Suria FM hari ini (Rabu). Siti Nurhaliza akan berada di konti Suria FM dari pukul 7.30 pagi hingga 10 pagi untuk menyanyikan lagu Biarlah Rahsia secara langsung.

Menariknya, isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini juga akan memilih sendiri seorang pemenang bertuah untuk Lagu Berduit Ekstra yang bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 daripada SMS yang dihantar oleh pendengar.

Menerusi slot Breakfast@Suria itu juga, Siti akan ditemu ramah oleh pengacara Suria FM iaitu Tuah dan Zizi. Pendengar boleh mengemukakan soalan kepada Siti menerusi panggilan telefon ataupun SMS.

Kempen Lagu Berduit Suria FM yang bermula sejak 20 Julai lalu berjaya mendapat perhatian dan sambutan paling hebat jika dibandingkan dengan kempen yang pernah dianjurkan Suria FM sebelum ini.

Kempen yang ditaja oleh One Drop Perfumes ini menghadiahkan wang tunai RM100,000 kepada 66 orang pendengar Suria FM yang bertuah.

Daripada jumlah itu, 30 orang berjaya memenangi RM500, 35 orang pula membawa pulang RM1,000 sementara Ida Sharihanim Shaari dari Kota Bharu, Kelantan merupakan pendengar bertuah yang memenangi hadiah RM50,000.

Pemilihan Ida dibuat secara rambang daripada lebih 20,000 SMS yang diterima pagi Jumaat lalu (14 Ogos) menerusi segmen Breakfast@Suria.


IDA Sharihanim Shaari (empat dari kanan) bersama replika cek RM50,000 yang disampaikan oleh Engku Emran Engku Zainal Abidin (tiga dari kanan).


Sebaik saja diumumkan sebagai pemenang, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi serta Kak V, membuat kejutan menuju ke rumah Ida untuk menyerahkan replika cek bernilai RM50,000.

Menurut Ida, kemenangan ini umpama keajaiban dan pasti akan mengubah hidupnya selepas ini.

"Jutaan terima kasih kepada Suria FM. Duit ini akan saya gunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan dua orang anak lelaki saya yang berumur 13 dan 7 tahun.

"Saya akan terus mendengar Suria FM dan juga akan pastikan semua teman dan keluarga saya turut mendengar stesen yang dikenali dengan Muzik Terbaik Tanpa Henti ini," ujar ibu tunggal berusia 33 tahun ini.

Menurut Engku Emran, dia berasa usaha mereka ini berbaloi kerana wang tunai RM50,000 yang mereka berikan ini dimenangi oleh insan yang sememangnya amat memerlukan untuk menampung kehidupannya.

"Saya juga amat gembira apabila diberitahu Datuk Siti Nurhaliza juga turut mendengar Suria FM.

"Tambahan pula kesudian beliau datang ke studio Suria FM untuk Lagu Berduit Ekstra yang bernilai RM10,000," ujarnya,"kata Emran.

Selain itu, satu majlis penyerahan cek telahpun diadakan di Pejabat Suria FM yang menyaksikan 12 orang pemenang Lagu Berduit dari sekitar Lembah Kelang menerima cek masing-masing yang bernilai RM500.

Manakala bagi pemenang luar dari Lembah Kelang, cek akan dikirimkan menerusi khidmat kurier dan yang pasti mereka akan menerimanya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Judul filem, pengisian dan mentaliti penonton

Judul filem, pengisian dan mentaliti penonton


SOFIA Jane dalam satu babak filem Perempuan, Isteri dan...


ISU filem-filem kita yang menghadapi masalah bukanlah perkara baru. Sejak dari dulu lagi, filem-filem kita memang sudah ada macam-macam masalah.

Daripada masalah yang remeh-temeh seperti judul filem sampailah kepada pengisian apa yang hendak kita 'sumbatkan' dalam sesebuah filem. Isu-isu seperti itu memang tidak pernah selesai sampailah sekarang.

Suatu ketika dulu contohnya, pengarah U-Wei Haji Saari pernah tampil dengan filem arahannya yang berjudul Perempuan, Isteri dan Jalang. Isu judul filem beliau itu memang cukup sensasi.

Namun, kerana perkataan 'jalang' yang dikatakan kurang sopan bunyinya itu, judulnya terpaksa dihadkan kepada Perempuan, Isteri dan ...

Berapa ramai penonton yang membuat andaian seperti itu? Sampai sekarang kita tidak pasti. Adakah yang kata begitu orang kampung, orang bandar atau siapa mereka itu?

Mungkin kita kenalah akur dengan pandangan pihak-pihak yang amat prihatin dalam isu-isu seperti itu. U-Wei pun mungkin sudah faham.

Terbaru penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman juga dikatakan terpaksa menukar judul filem terbaru terbitannya yang pada asalnya berjudul Anu Dalam Botol kepada ... Dalam Botol.

Judul-judul baru itu kedengaran lebih padat dan sensasi. Ini kerana, ... (titik-titik atau dot dot) itu sendiri boleh menimbulkan tandatanya kepada para penonton. Barangkali ada sedikit tarikan di situ.

Tetapi penerbit dan pengarah seperti U-Wei dan Raja Azmi mungkin boleh sesak nafas dibuatnya. Apa yang penting, filem-filem mereka akhirnya mesti ditayangkan juga di pawagam-pawagam. Kalau tidak, rugilah keluar duit sampai RM1 juta untuk bikin filem.

Secara tidak disedari keprihatinan kita itu mengundang persoalan yang lain pula. Kita seolah-olah masih bengap dalam menentukan mana lebih penting, soal judul filem atau 'apa yang ada' dalam sesebuah filem itu.

Sebab itu tidak hairanlah, judul-judul filem kita mesti gempak atau hebat bunyi-bunyinya. Barulah boleh tarik ramai penonton ke pawagam.

Soal cerita apa, itu perkara nombor dua. Apa yang penting ialah kutipan tiketnya mesti bertaraf box-office. Penerbit perlu untung. Para penonton memuji atau menyumpah seranah selepas keluar panggung, itu perkara nombor tiga.

Dalam hal ini, kadang-kadang kita pelik juga macam mana filem-filem yang bagus jalan ceritanya seperti tidak kisah pula fasal judul-judul filem mereka. Misalnya filem dengan judul Taken, Sign, Unbreakable dan sebagainya.

Oh! terlupa pula kita. Itu adalah filem-filem Hollywood yang kos pembikinannya menyamai atau melebihi bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang terletak di Hulu Klang, Selangor.

Namun, tidak dinafikan kita ada filem Melayu yang bagus daripada segi jalan cerita dan falsafahnya. Contohnya, filem berjudul Wayang arahan Dr. Hatta Azad Khan yang ditayangkan di pawagam seluruh negara sedikit waktu dulu.

Sayangnya, filem itu dikatakan kurang mendapat sambutan ramai ketika tayangannya. Mungkin judul filem itu yang tidak sensasi antara penyebabnya.

Selain isu judul-judul filem, penerbit dan pengarah filem kita juga selalu sahaja berdepan dengan masalah kecelaruan matlamat dalam menerbitkan sesebuah filem.

Paling ketara soal pengisian dalam sesebuah filem. Ketika isu mat-mat rempit bermaharajalela di jalan-jalanraya, maka kita pun sibuklah menerbitkan filem tentang remaja yang berlumba haram.

Kita kononnya mahu mengajar para penonton supaya menjauhi gejala-gelaja yang tidak sihat seperti bohsia, dadah atau pertaruhan haram terutamanya di kalangan remaja.

Sedangkan tanpa disedari, babak yang dipaparkan dalam filem-filem sebegitu lebih mengajar golongan muda menjadi sebaliknya. Mungkin mereka akan menjadi 'lebih pandai' daripada sebelumnya.

Ini kerana ramai remaja yang pada mulanya tidak tahu tentang gejala-gejala sosial seperti itu menjadi lebih hebat daripada apa yang telah dipaparkan menerusi filem.

Jika benarlah para penerbit filem kita mahu mendidik golongan muda menjadi lebih baik, tumpuan sepatutnya ditujukan bukan kepada anak-anak muda, tetapi khusus buat kalangan ibu bapa.

Sebabnya, ibu bapa merupakan pencetus utama dalam mencorak warna-warni kehidupan masa depan anak-anak mereka. Sama ada menjadi anak yang baik atau sebaliknya.

Pendidikan seharusnya bermula sejak dari kecil di rumah dan bukannya di atas motosikal, kereta atau di jalan-jalanraya sesudah anak-anak dewasa.

Tetapi sehingga kini, belum pun terdengar ada penerbit atau pengarah filem kita yang mahu menerbitkan filem-filem sebegitu.

Soal siapa mahu mengajar siapa dalam medium perfileman juga tidak timbul. Para penonton masuk panggung kerana mereka mahu mencari hiburan atau menimba pengalaman baru.

Tugas penerbit atau pengarah filem seharusnya memerah idea bagaimana mahu menghasilkan karya-karya yang bermutu. Para penonton mengambil iktibar atau sebaliknya, itu bukan kuasa penerbit mahupun pengarah filem.

Isu judul filem atau perkara remeh-temeh yang lain sepatutnya sudah tidak timbul lagi. Kalaulah perkara-perkara seperti itu masih menjadi isu, maka kita mungkin boleh menyamakan mentaliti para pembikin filem kita lebih kurang sama dengan tahap pemikiran para penonton.

Ini kerana, golongan yang dikategorikan sebagai salah satu trend setter dalam masyarakat, para penerbit dan pengarah filem kita sepatutnya melangkaui tahap pemikiran audiens mereka.

Jika tidak, filem-filem kita bukan sahaja tidak akan pergi ke mana, jauh sekali ke persada dunia, malah para penonton juga akan terus membandingkan filem-filem kita dengan filem-filem dari luar negara. Sampai bila-bila.

MTAR terjemah keperibadian Tun Abdul Razak

MTAR terjemah keperibadian Tun Abdul Razak


'TUN Abdul Razak' menerima mandat sebagai pemimpin negara daripada 'Tunku Abdul Rahman'.


JIKA bercakap perihal insan bergelar Bapa Pembangunan negara, Tun Abdul Razak Hussein, pasti ramai yang pantas memberi jawapan, dialah

pemimpin negara kedua yang dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Tunku Abdul Rahman.

Secara lahiriah, masyarakat mungkin hanya melihat figura yang cukup disegani itu sebagai pemimpin yang berjaya membentuk pelbagai idea dan pencetus kepada arus pembangunan negara yang jelas dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat hari ini.

Ironinya, pada sisi lain, Tun Abdul Razak merupakan insan biasa seperti kita. Punya cita-cita dan wawasan serta tanggungjawab terhadap keluarga yang perlu digalas.

Biarpun 'dilambakkan' dengan timbunan kerja yang tidak pernah surut, namun, tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah tidak pernah terabai.

Gambaran tentang sikap serta kepimpinan figura yang juga bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib itu diterjemah dalam pementasan Muzikal Tun Abdul Razak (MTAR) yang dipentaskan selama lima malam berturut-turut bermula 16 Ogos lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

MTAR dipentaskan sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-52.

Hampir 200 pelakon dan tenaga produksi terlibat dalam pementasan tersebut.

Selain pelakon utama, Rashidi Ishak dan Fauziah Latiff, turut terlibat ialah penuntut dan pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Ini merupakan pementasan kedua MTAR selepas dipentaskan di Panggung Eksperimen, Aswara pada Oktober tahun lalu yang dijayakan oleh para pelajar Aswara.

Naskhah asalnya diarahkan oleh Khairunazwan Rodzy sebelum dikembangkan pada skala yang lebih besar dan dipadatkan dalam empat segmen persembahan selama hampir dua jam itu.

Segmen-segmen yang terkandung dalam persembahan tersebut termasuklah Abdul Razak dan awal kepimpinan beliau, Abdul Razak sebagai Perdana Menteri, kemuncak pentadbiran Abdul Razak dan hari-hari terakhir Allahyarham.


SaTU babak yang menyaksikan 'Tun Abdul Razak' dijulang selepas kemenangan UMNO pada pilihan raya umum ketika itu.


Membuka persembahan dengan babak nyanyian kumpulan boria, Pulau Pinang menerusi Boria Anak Tanjung, emosi dan fokus penonton cuba dibawa ke masa lampau yang memaparkan detik-detik awal kepimpinan Tun Abdul Razak.

Paling awal dipertontonkan ialah bagaimana situasi di Lincoln's Inn, London sewaktu Allahyarham melanjutkan pengajian jurusan undang-undang di sana.

Ketika itu, bakat dan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin dan pejuang bangsa yang unggul terserlah dalam keperibadian beliau.

Namun, dalam memperjuangkan maruah bangsa kemelut penerimaan 'bangsa kulit putih' terhadap orang Melayu ketika itu turut disingkap.

Muzikal arahan pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rahim Razali itu turut menyingkap penglibatan Tun Abdul Razak dalam UMNO bersama-sama Tunku Abdul Rahman sehingga membawa kepada kemerdekaan negara.

Antara lain ialah menonjolkan penglibatan beliau dalam beberapa peristiwa penting negara termasuk konfrontasi Malaysia-Indonesia, 13 Mei dan MAGERAN.

Sebagai seorang pemimpin, isteri tercinta, Toh Puan Rahah Mohd. Noah, umpama tulang belakang serta pembakar semangat kepada tokoh negarawan itu.

Pada tahun 1969, dalam kerancakan merencanakan pelbagai misi pembangunan negara, beliau berhadapan dengan kemelut penyakit leukemia yang dihidapinya sendirian.

Dipendamnya derita penyakit jauh daripada pengetahuan isteri dan juga anak-anak.

Kegembiraan rakyat berkongsi kejayaan demi kejayaan negara yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri kedua itu tidak kekal lama.

menyelami emosi

Kemuncak pementasan, penonton dibawa menyelami emosi masing-masing menerusi berita mengejutkan, Tun Abdul Razak kembali menghadap Ilahi sehingga membongkar rahsia penyakit yang disembunyikan selama ini.

Bercerita tentang pementasan itu, Rahim Razali yang ditemui selepas raptai penuh MTAR memberitahu, muzikal yang menggunakan sebanyak 22 buah lagu itu menggunakan simbolik demi melicinkan jalan cerita pementasan itu.

"Sayangnya muzikal ini tidak banyak menggunakan simbolik. Sepatutnya kisah tentang pemimpin dan pejuang perlu banyak bermain dengan simbolik demi melicinkan jalan cerita.

"Berbanding cerita asal yang pernah dipentaskan dahulu, memang ada perubahan. Bagaimanapun, ketika itu saya tidak berkesempatan menonton pementasan di Aswara.

"Dalam kerja saya memang tidak pernah puas, dalam masa empat hari memang tidak cukup untuk membuat latihan. Rujukan pada mana-mana persembahan secara khusus memang tiada.

"Namun keupayaan pentas Istana Budaya bertaraf antarabangsa perlu kita gunakan sebaik mungkin," katanya.

Menyentuh 22 buah lagu dalam pementasan tersebut yang mengehadkan penggunaan dialog dalam pementasan itu.

Kata Rahim, dalam sesebuah pementasan muzikal, penggunaan dialog boleh dikatakan hampir tiada.

"Sebenarnya muzikal memang tiada dialog langsung, bagaimanapun untuk pementasan ini kita perlu adakan untuk mengenengahkan fakta-fakta tentang perjuangan Tun Abdul Razak.

"Kita banyak gunakan dialog dalam lagu-lagu yang digubah sebab ucapan dan kata-kata daripada pemimpin politik sukar untuk dilagukan," kata rahim lagi.

Sementara itu, dua pelakon utamanya, Rashidi Ishak dan Fauziah Latiff yang ditemui selepas raptai penuh pementasan tersebut, mengakui masih gementar berlakon dalam pementasan itu.

"Hari demi hari, corak lakonan semakin meningkat. Bagi saya kesemua babak adalah sukar sebabnya yang pertama saya perlu fokus pada karakter dan kedua setiap babak memerlukan saya bermain dengan emosi yang berlainan," kata Rashidi yang berkorban membotakkan separuh daripada kepalanya.

Bagi Fauziah Latiff pula, penghayatan mendalami watak Tun Rahah sebagai individu yang lemah lembut dan menjadi tulang belakang kepada Tun Abdul Razak cuba dilakukan sebaik mungkin.

"Persembahan ini sesuatu yang besar buat saya. Saya dapat melihat peningkatan demi peningkatan dalam persembahan berbanding ketika latihan," katanya.

Dulu kayu, sekarang aktor

Dulu kayu, sekarang aktor

Iqbal Mazlan membuktikan jika minat datang dengan tekad dan disiplin yang tinggi, ia mampu membuahkan hasil.




PROGRAM realiti pencarian bakat pelakon, Pilih Kasih melabuhkan tirainya malam Ahad lalu dengan menobatkan Iqbal Mazlan, sebagai juara.

Menariknya jika dilihat daripada undian peminat, Iqbal sepatutnya berada di tangga terbawah namun, ternyata pelakon dan juga penerbit, Rosyam Nor bukan sahaja menyelamatkan pelakon muda itu, bahkan meletakkan dia di kedudukan teratas.

Rosyam Nor telah memberikan 39 peratus markah kepada Iqbal yang menjadikan keseluruhan jumlah markahnya 39.36 peratus. Tidak timbul isu ketidakadilan di sini kerana umum sudah mengetahui bahawa format pemarkahan diberikan secara seimbang antara Rosyam dan undian penonton di rumah.

Mengambil kira lakonan peserta menerusi drama, Memburu Mangsa yang telah dirakamkan sebelum itu serta persembahan kesemua 10 finalis termasuk monolog dan teater muzikal, Inspirasi Pilih Kasih, Rosyam berpendapat Iqbal paling menonjol bukan pada malam itu sahaja.

Disebabkan Iqbal menunjukkan peningkatan dari hari pertama dan mempunyai disiplin, dia menjadi pilihan utama aktor itu. "Disiplin Iqbal lebih baik. Dari hari pertama, saya sudah menegaskan bahawa disiplin amat penting. Kami bukannya hanya mahukan pelakon berbakat tetapi juga berdisiplin.

"Dia menunjukkan peningkatan pada permulaan pertandingan tetapi agak perlahan pada pertengahan pertandingan. Namun, ketika itu dia tidak berada di tangga bawah. Jika tidak, dia mungkin sudah disingkirkan. Sejak kebelakangan ini, dia menunjukkan prestasi baik," kata Rosyam ketika ditemui selepas pertandingan.


BERBEZA dengan program realiti lain, Pilih Kasih masih belum berjaya menjadi satu fenomena di kalangan peminat seni tanah air.


Bersiaran secara langsung di TV2 dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammmad, Seremban, Iqbal membawa pulang wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria, trofi, pakej percutian ke Perth bernilai RM5,000, cenderamata Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Selain daripada hadiah itu, Iqbal bersama empat pemenang lain, Reza Hasbi (kedua), Indera Hafiz (ketiga), Nabila Dally (keempat) dan Wanina Zaki (kelima) akan berlakon dalam drama muzikal sebanyak 26 episod arahan Erma Fatima, Inspirasi Variasi dengan menyaksikan Iqbal sebagai pelakon utama.

Kesemua 20 peserta sebelum itu juga akan terlibat dalam rakaman drama raya dan projek ketiga mereka adalah drama sebanyak 13 episod yang turut diarahkan oleh Erma Fatimah.

Bermula seperti semut

Tidak lekang dengan senyuman Iqbal yang pernah dikaitkan mempunyai wajah seiras penyanyi comel Dafi tidak menyangka dirinya akan menjadi pemenang.

"Saya tidak pernah rasa diri saya akan menang. Apa yang ada dalam kepala saya adalah untuk menghabiskan persembahan pada malam itu. Maka, apabila diumumkan sebagai pemenang, saya tidak mampu berkata apa-apa.

"Asalnya saya rasa berada dalam tangga kelima pun sudah cukup baik bagi saya. Jadi saya tidak kisah jika undian SMS saya adalah terendah. Sekurang-kurangnya kini saya telah membuka mata penonton," kata Iqbal, 20.


IQBAL (lima dari kanan) menunjukkan prestasi cemerlang sehingga dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih.


Memiliki sedikit pengalaman dalam dunia lakonan, ramai yang tertanya-tanya sama ada latar belakang itu memberikan kelebihan Iqbal berbanding peserta lain yang tidak pernah berlakon.

"Tidak. Saya meletakkan diri saya sebagai semut semula sama seperti peserta lain. Bermula dari bawah, saya menimba banyak pengalaman dan tahu bahawa saya tidak sehebat mana pun berbanding peserta lain," ujar Iqbal.

Rosyam yang berada di sebelahnya mencelah, "Dulu lakonan dia sangat kayu. Tidak ada kelebihan dan saya tidak kenal dia langsung. Tapi tengoklah lakonan dia sekarang terutama dalam drama. Dia telah berjaya memikat penulis skrip dan pengarah sehingga mendapat watak utama."


PENYOKONG Iqbal bersungguh-sungguh membawa pelbagai bentuk sepanduk untuk meningkatkan undian pelakon itu.


Bagaimanapun Rosyam menegaskan, ini merupakan sebuah program realiti dan dia beranggapan bahawa pemenangnya tidak semestinya berjaya dan mereka yang tersingkir atau tidak menang sebenarnya masih boleh berjaya jika berusaha.

Maka, naib juaranya, Reza sedikit pun tidak berasa sedih apabila kalah kepada Iqbal.

"Memang saya berada di kedudukan teratas dalam undian peminat. Ini kerana ramai penonton sukakan saya. Tetapi ini adalah program realiti. Lagipun saya banyak belajar di sini dan pengalaman yang dikumpul sebenarnya cukup bernilai," katanya yang berasal dari Taiping, Perak.




Undian SMS sedikit

Walaupun mengikut perancangan awal, semua peserta bakal muncul dalam sebuah filem arahan Bade Azmi Rosyam bagaimanapun membuat keputusan untuk menangguhkan projek itu.


IQBAL menjulang trofi kemenangannya dalam pertandingan Pilih Kasih.


Katanya kesemua pesertanya termasuk pemenang masih kurang popular. "Saya kena mencipta populariti mereka dahulu sebelum buat filem. Mereka sekarang belum cukup popular lagi jadi tidak perlu terburu-buru.

"Jika dilihat dari segi jumlah undian, tidak banyak yang mengundi sebenarnya. Dekat surat khabar pun tidak banyak liputan mengenai mereka. Maka, tidak hairanlah jika mereka tidak dikenali lagi.

"Saya pernah membiarkan mereka membeli-belah di Mid Valley sebagai kajian sama ada orang mengenali mereka. Malangnya, tiada siapa yang menegur mereka dan ini membuktikan mereka belum cukup menarik perhatian lagi. Jadi tunggu mereka popular dahulu baru memulakan penggambaran filem Kekasih," tambah Rosyam.

Kesemua 20 peserta kini merupakan artis milik RTM dan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. tetapi mereka boleh menyertai mana-mana syarikat produksi yang mahu mengambil mereka sebagai pelakon.


IQBAL (tiga dari kiri) bersama pemenang lain (dari kiri) Wanina, Reza Hasbi, Sofian Bujang, Indera Hafiz dan Nabila Dally.


Rosyam memberitahu syarikatnya tidak akan mengikat perjalanan karier mereka tetapi hanya memberikan tunjuk ajar supaya mereka belajar berdikari.

Diserikan dengan dua pengkritik pada malam itu, iaitu juri tetap, Pensyarah Kanan Jabatan Media, Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan dan juri jemputan, Mamat Khalid.

Alamak komedi sinikal Astro Ria Rabu 9.30 malam.

Alamak komedi sinikal


ALAMAK menampilkan 10 hingga 15 sketsa lucu dalam setiap episod.


SUDAH ditayangkan di saluran Astro Ria sejak 5 Ogos lalu, kelainan siri komedi terbaru Alamak mula mendapat perhatian penonton.

Rancangan komedi sketsa ala spoof yang unik seperti Jangan Ketawa dan juga Scary Movie itu mengandungi 10 hingga 15 sketsa lucu dalam setiap episod.

Menurut Pengarah Alamak, Zaid Zahari, siri komedi itu mempunyai stail lawak yang universal, daripada silent comedy (ala Charlie Chaplin) sehingga ke dialog pelbagai bahasa.

"Alamak mempunyai segmen-segmen yang unik seperti cowboy, superman, chef selebriti, lanun, drakula, segmen berita, spiderman, mamak dan banyak lagi yang pasti membuatkan penonton tidak kering gusi," katanya.

Dibintangi oleh pelakon baru seperti Jeff Omar, Shamsunder Binwani , Badrol Shah, John Wayne dan Zaid sendiri Alamak turut menampilkan pelakon jemputan Radhi Khalid, Ellie Suriaty, Pian Cecupak dan Azura Zainal.

Siri komedi itu diterbitkan Ritz Channel dan turut diarahkan Woo Ming Jin dengan menggunakan kamera Sony EX-5 High Definition (HD) yang mempunyai kualiti penggambaran filem.

Alamak ke udara di Astro Ria, setiap Rabu pukul 9.30 malam.

Katy berdoa payu dara besar

Katy berdoa payu dara besar




PENYANYI Katy Perry, mendedahkan yang dia pernah berdoa berjam-jam lamanya supaya Tuhan memberikan dia payu dara yang lebih besar.

Bintang jelita yang popular dengan I Kissed a Girl itu memberitahu dia berbuat demikian pada zaman kanak-kanaknya kerana payu daranya ketika itu sangat kecil.

Katy, 24, yang kini mempunyai saiz payu dara yang sesuai dengan usia dan bentuk tubuhnya memberitahu: "Saya masih ingat dengan jelas, sewaktu berusia 9 tahun, saya berlutut di atas katil dan berdoa agar Tuhan memberikan saya payu dara yang besar. Saya katakan pada Tuhan biar payu dara itu besar sehinggakan kalau saya berbaring saya tidak nampak kaki saya."

"Nampaknya doa saya termakbul!" ujar Katy.

Tetapi dengan payu dara yang besar Katy memikul satu tanggungjawab tambahan. Katy perlu menjalani latihan senaman yang intensif sebelum meninggalkan rumah bagi memastikan payu daranya sentiasa terbentuk cantik.

Katy membuat pendedahan itu kepada akhbar Britain The Sun. "Setiap kali sebelum saya ke atas pentas atau keluar untuk sesi fotografi saya akan melakukan senaman tali skip selama 10 minit."

Mayat Jacko ditanam dalam keadaan beku

Mayat Jacko ditanam dalam keadaan beku


MICHAEL JACKSON


LOS ANGELES – Ibu Michael Jackson dilapor membuat keputusan luar biasa supaya jenazah anaknya dibekukan kerana bimbang kubur Raja Pop berisiko dirompak atau dirosakkan oleh peminat-peminatnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa sumber yang rapat dengan keluarga Michael turut mendedahkan ibunya, Katherine Jackson masih tidak dapat menerima hakikat bahawa penyanyi tersohor itu telah pergi buat selama-lamanya.

Menurut mereka, wanita berusia 79 tahun itu membekukan Raja Pop berkenaan supaya dia dapat menatap wajah anaknya.

Jenazah Michael didakwa diletak di belakang lapisan gentian kaca bagi mengelakkannya diseliputi ais.

Sejak kematian bintang yang terkenal dengan lagi Beat It tersebut pada 25 Jun lalu, lokasi pengebumian Michael secara berterusan menjadi perbalahan di kalangan anggota keluarganya.

Katherine berangan-angan mahu mengebumikan anaknya di sebuah kubur persendirian manakala ayahnya, Joe Jackson pula mahu Michael disemadi seperti yang dilakukan kepada legenda Rock& Roll, Elvis Presley.

Bagaimanapun, pertelingkahan keluarga itu akhirnya reda apabila beberapa laporan semalam menyatakan Joe, 80, akhirnya bersetuju agar Michael dikebumikan pada hari lahirnya yang ke-51 di Tanah Perkuburan Forest Lawn di sini pada pukul 10 pagi waktu tempatan, 29 Ogos ini. – Agensi

Spears pamer tiga bikini

Spears pamer tiga bikini


BRITNEY SPEARS bersama dua anaknya, Sean Preston (tengah) dan Jayden James di Los Angeles baru-baru ini.


LOS ANGELES – Selepas dikritik kerana kuat makan, bintang pop Britney Spears tampil langsing memakai bikini kecil ketika bersantai bersama dua anaknya, Sean Preston dan Jayden James, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Womanizer itu bercuti bersama dua anaknya di Hotel Ritz Carlton di sini sebelum menyambung konsert jelajah dunia album terbarunya, Circus esok.

Sepanjang menginap di hotel berkenaan, Spears turut dirakam menggunakan tiga bikini berbeza warna dan rekaan.

Waktu terluang itu digunakan sepenuhnya oleh Spears untuk melayan kerenah Sean dan Jayden yang masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Laporan terbaru media Amerika Syarikat menyebut Spears telah berpisah dengan teman lelakinya, Jason Trawick yang juga merupakan ejennya.

Perpisahan tersebut diramal menyukarkan urusan perniagaan mereka kerana lelaki itu masih menjadi ejen ratu pop tersebut. – Agensi

Bilionair India biayai filem Spielberg

Bilionair India biayai filem Spielberg



Spielberg

LOS ANGELES – Lelaki terkaya India, Anil Ambani memuktamadkan pembiayaan secara perkongsian dengan DreamWorks Studios di sini kelmarin bagi menerbitkan enam buah filem bernilai AS$875 juta (RM3.1 bilion) setahun.

Perjanjian digelar sebagai ‘Bollywood membeli Hollywood’ itu membolehkan sutradara terkenal Steven Spielberg dan rakannya Stacey Snider mendapat bajet menghasilkan filem selepas menamatkan persefahaman dengan syarikat Paramount Pictures.

Ambani menerusi firma hiburan terbesar India, Reliance BIG Entertainment pernah melabur untuk filem lakonan Nicolas Cage, Tom Hanks, George Clooney dan Jim Carrey.

Agihan dan pemasaran global enam filem keluaran DreamWorks pula akan dikendalikan syarikat Disney kecuali di India di mana hak tersebut diberikan kepada Reliance. – Agensi

Ratu Solo Wangi

Ratu Solo Wangi

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


SOFIA JANE sebagai Ratu Solo Wangi.

Berikan apa saja watak kepada Sofia Jane, dia tidak pernah menghampakan

SOFIA Jane Hisham bukan nama asing di persada seni. Malah sejak 90-an lagi, aktres jelita kepada tiga orang anak ini antara penyeri di layar perak. Siapa boleh lupa watak panas sebagai Zaleha yang pernah dipegangnya menerusi filem penuh kontroversi, Perempuan, Isteri dan ......

Begitu juga wataknya sebagai gadis kasar dalam filem Cinta Kita di sisi aktor, Arman Graseka. Paling tidak pun sebagai Tun Teja dengan pesona wajah yang cukup jelita dengan warna bibir merah menyala di dalam Puteri Gunung Ledang.

Tak dilupakan watak Mona, wanita yang cukup taksub dengan kecantikan di dalam filem Susuk yang ditayangkan tahun lalu.

Memulakan kerjaya lakonan seawal usia belasan tahun hingga kini hampir ke ambang 40-an, isteri kepada Meor Zain Azman ini pernah melakar kejayaan dalam Anugerah Skrin 2007.

Ketika itu, Sofia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik selepas melakonkan watak isteri yang teraniaya dalam drama terbitan JS Pictures (milik Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo) berjudul Sebuah Ijtihad. Ternyata percaturan Sofia melakukan come back membuahkan hasil apabila pelawaan Sheila Rusly diterimanya.

SOFIA JANE merasmikan pembukaan butik Bahari Asyek di Plaza Shah Alam, baru-baru ini.

Bagaimanapun, hakikatnya selepas mendirikan rumah tangga pada 1995 dan memikul tugas sebagai suri rumah, dalam setahun kemunculannya di kaca TV dan filem agak terbatas dan boleh dikira dengan jari saja kemunculannya sebagai pelakon. Bukan kerana terlalu selektif atau mewujudkan nilai eksklusif, sebaliknya Sofia mempunyai alasannya sendiri.

"Bukan tiada tawaran berlakon yang datang, cuma faktor masa yang tidak bersesuaian. Bayangkan tawaran yang diterima datang dalam tempoh yang dekat seperti contoh penggambaran akan dilakukan minggu depan tanpa memberikan skrip terlebih dulu sedangkan saya lebih suka benda yang teratur.

"Sebagai contoh, dulu, skrip filem akan dapat dua bulan sebelum memulakan penggambaran. Berbeza sekarang, skrip itu boleh datang pada saat akhir. Saya akui bukan jenis kategori pelakon yang spontan, hari ini dapat skrip, esok lusa juga boleh terus berlakon. Saya lebih suka mengkaji watak dan mendalami dulu tuntutan skrip.

"Tapi ada juga pelakon yang dalam kategori spontan. Sebab itu, saya senang bekerjasama dengan mereka yang memahami cara bagaimana saya bekerja. Setidak-tidaknya apabila sebati dengan karakter, ia akan memudahkan saya memulakan tanggungjawab sebagai pelakon di lokasi," katanya yang ditemui Hip sewaktu melancarkan butik Bahari Asyek di Plaza Shah Alam baru-baru ini.


Sesekali muncul di kaca TV atau skrin lebar, lalu tanggungjawab lebih besar untuk memastikan hasil dan mutu lakonannya pada tahap yang mampu memuaskan hati pengarah di samping menunggu reaksi penonton yakni penggemar bakat lakonannya.

"Kalau saya meletakkan diri saya sebagai peminat pun, nescaya saya mengharapkan pelakon kegemaran akan memberikan prestasi yang baik dan kelainan dalam setiap watak yang diamanahkan. Sebagaimana saya mengharapkan kejutan terhadap lakonan pelakon kegemaran, saya sendiri pun mahu menampilkan sisi watak lain yang boleh ditonjolkan kepada penonton.

"Saya sendiri sukakan kejutan dan ingin melihat sejauh mana mampu saya tawarkan variasi lakonan yang ada. Ia seperti menguji diri sendiri sama ada saya dapat menuju ke arah yang diharapkan. Kita sendiri sebagai pelakon tidak akan tahu jangkaan penonton. Bimbang juga penonton akan muak dengan lakonan saya atau terus menyukai persembahan saya," katanya..

Tahun ini, sekali lagi Sofia menerima tawaran Sheila Rusly membintangi drama 20 episod arahan Azman Yahaya atau Jinggo berjudul Cucu Betong yang dijangka siarannya di TV3 pada hujung tahun ini. Tidak sia-sia usaha Sheila menawarkan watak bunian kepadanya hingga membuka hati Sofia lagi.

Cucu Betong adalah sambungan kepada Anak Betong yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini. Memegang watak sebagai Ratu Solo Wangi, Sofia berkata, watak fantasi sebegitu memang cukup diminatinya. Apatah lagi sejak kecil, golongan sepertinya cukup menggemari ceritera dongeng seperti Cinderella, Snow White atau apa saja watak seperti bergelar puteri. Watak itu seperti membawanya ke zaman kanak-kanak.

"Gara-gara solekan yang dikenakan untuk watak itu, anak-anak saya pun terkejut dan melihat saya bukan seperti Mama mereka. Selalunya, saya pulang ke rumah tanpa menanggalkan solekan dan lebih selesa mencucinya di rumah. Sampai di rumah, secara tidak langsung mereka berpeluang melihat wajah saya dengan solekan di wajah.

"Di sini, saya melihat aspek solekan dan kostum memainkan peranan penting untuk mengubah mood dan karakter pelakon. Ia secara tidak langsung memberi perasaan berbeza kepada saya. Untuk watak ini juga saya berbahasa baku. Saya senang bekerja dengan produksi Sheila dan sebab itu saya menerima tawaran ini," katanya.

Terpikat cara Kabir Bhatia

IBU kepada Arissa (13), Khadija (9) dan Soraya (6) ini tanpa berselindung memberitahu drama yang sedang ditontonnya kini ialah Nur Kasih. Sambil berseloroh, Sofia memberitahu jangan sesekali mengganggunya pada Jumaat jam 9 malam kerana ketika itu tumpuan penuh diluangkan untuk menonton drama terbabit.

Menurut Sofia, dia turut akan menonton drama atau filem yang membabitkan lakonan rakannya seperti Vanidah Imran. Malah menerusi drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia itu juga pelakon kegemarannya, Liza Othman turut berlakon.

"Bagi saya drama itu mempunyai jalan cerita yang bagus dan Kabir berjaya mengubah sisi lain yang ada pada pelakonnya. Sebagai contoh, saya melihat lakonan Abang Jalal (merujuk kepada Datuk Jalaluddin Hassan) seperti sewaktu awal kemunculannya hingga berjaya membuatkan saya menitiskan air mata.

"Begitu juga dengan kemunculan beberapa pelakon lain termasuk Remy Ishak. Sebelum ini sewaktu dia berlakon filem Anak Halal, saya tidak melihat impak kehadirannya. Tetapi ia berbeza dengan lakonannya dalam drama ini. Sinematografi sentuhan Kabir juga berjaya menggamit perhatian penonton.

"Kabir termasuk pengarah fotografinya bijak menangkap emosi penonton dengan warna dan objek yang indah dalam setiap karyanya. Kita seolah-olah boleh merasai apa yang ingin ditonjolkan. Setakat ini, saya baru saja ketinggalan menonton tiga episod drama ini kerana mengikut suami bercuti ke Hawaii," katanya yang secara kebetulan kerap berlakon dengan pelakon yang seangkatan dengannya berbanding generasi baru.

PROFIL: Sofia Jane

  • NAMA SEBENAR: Sofia Jane Hisham
  • TARIKH LAHIR: 14 Februari 1972
  • TEMPAT LAHIR: London, England
  • ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik
  • STATUS: Berkahwin (9 September 1995)
  • SUAMI: Meor Zain Azman Datuk Meor Mohamed Taib
  • ANAK: Arissa, Khadija dan Soraya
  • FILEM: Mira Idora, Harry Boy, Kekasih Awal & Akhir, Cinta Kita, Perempuan, Isteri dan ..., Jimi Asmara, Suratan Kasih, Puteri Gunung Ledang, Susuk

Setem dapat lebih RM1 juta

Setem dapat lebih RM1 juta

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

PERTARUHAN pertama sutradara terkenal Kabir Bhatia mengarahkan filem komedi membuahkan hasil apabila filem Setem yang ditayangkan dua minggu lalu mencecah kutipan lebih RM1 juta.

Biarpun angka itu tidak semeriah kutipan filem lain namun bagi Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai ia sudah cukup membuatkan mereka menarik nafas lega.

“Ketika filem ini ditayangkan, ia terpaksa bersaing dengan filem Hollywood. Persaingan itu sedikit sebanyak menjejaskan jumlah kutipan. Namun, kami percaya, sambutan penonton lebih rancak memandangkan Setem adalah satu-satunya filem yang ditayangkan ketika ini. Sepanjang Ogos ini saya rasa tidak ada filem tempatan ditayangkan, begitu juga pada bulan puasa nanti.

“Mungkin selepas itu barulah kutipan filem ini meningkat. Seperti biasa, kami tidak mensasarkan berapa banyak kutipan kerana kami tak mahu apa yang diharapkan tidak kesampaian. Apa yang penting peminat datang memberi sokongan dan mereka itu nanti mampu memartabatkan filem tempatan,” jelas Gayatri sambil memberitahu Lembah Klang adalah lokasi yang mempunyai jumlah penonton tertinggi yang menonton filem Setem.

Mengulas hasil kerja Kabir yang sebelum ini memang terkenal dengan genre drama seperti Cinta dan Sepi, Gayatri berkata walaupun Setem filem komedi pertama arahannya, namun hasilnya sama seperti filem lain yang pernah dihasilkannya.

“Kabir punya komedi selamba, tidak membosankan dan saya percaya ramai akan terhibur apabila menonton Setem. Walaupun ada orang kata gaya pengarahan Kabir lebih kepada urban tetapi pada masa yang sama ia juga sesuai untuk pasaran komersial semasa,” katanya.

Sebagai penerbit filem yang pernah bekerja dengan pelbagai pengarah berbeza pendekatannya, Gayatri berkata Kabir mempunyai cara yang tersendiri menyebabkan dia begitu selesa untuk terus bekerjasama dengan pengarah itu pada masa akan datang.

“Pertama kali berjumpa, saya memang dapat rasakan Kabir ada aura tersendiri sebagai seorang pengarah. Tak dinafikan setiap pengarah masing-masing ada cara mereka, begitu juga dengan Kabir. Dia juga tidak kisah berkongsi idea dan yang penting, walaupun nampak serius tapi siapa sangka dia boleh tampil dengan hasil karya seperti Setem,” kata Gayatri lagi.

Biarpun Setem masih lagi ditayangkan namun ada ura-ura mengatakan filem ini akan disambung dan judulnya adalah Syiling. Difahamkan penggambaran filem ini akan dibuat di luar negara.

“Dia sudah memberikan jalan cerita mengenai sambungan filem Setem yang diberi judul Syiling. Kalau mengikut apa yang dibayangkan Kabir, dia mahu lokasi filem Syiling ini dilakukan di Jordan. Dia pernah berkunjung ke sana sebelum ini dan menyifatkan Jordan mempunyai panorama menarik serta bersesuaian dengan jalan cerita filem itu nanti.

Jawablah!: 'Tak mungkin tutup periuk nasi sendiri'

Jawablah!: 'Tak mungkin tutup periuk nasi sendiri'

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


FAHRIN terkilan dengan dakwaan dia seorang pelakon yang tidak berdisiplin.

SEBELUM ini, Fahrin Ahmad pernah dilabelkan sebagai pelakon tidak berdisiplin. Kononnya dia pernah menghadapi masalah dengan produksi program Gadis Melayu musim pertama di TV9 sehingga tersebar cerita terpaksa disingkirkan disebabkan masalah disiplinnya itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Fahrin. Senyap sekejap cerita panas mengenai Fahrin. Kalau ada pun, hanyalah berkisar mengenai kisah putus cinta atau bertemu teman baru yang boleh dikatakan menjadi sebahagian dari kehidupannya.

Terbaru, cerita yang sama dibangkitkan kembali. Fahrin dikatakan kembali ke perangai lamanya iaitu tidak berdisiplin apabila sering menyusahkan petugas dan pelakon di lokasi penggambaran apabila dikatakan sering datang lewat.

Sudahlah datang lambat sehingga menyebabkan jadual penggambaran terpaksa ditangguh atau bercelaru, kemudian nak pulang awal pula kerana terikat dengan tugasan lain. Pendek kata sikap suka menyusahkan orang ini menyebabkan ada produksi yang sudah serik untuk bekerjasama dengan pelakon ini. Iyalah, disebabkan nila setitik, rosak sebelanga. Hanya kerana seorang pelakon buat hal, satu produksi dilanda masalah.

Namub begitu, benarkah Fahrin pelakon bermasalah? Adakah ini khabar angin yang sengaja disebarkan oleh mereka yang kurang senang melihat kejayaannya? Hip mendapatkan penjelasan daripada Fahrin apakah benar dia pelakon tidak berdisiplin seperti yang digembar-gemburkan. Reaksi yang diterima sebaik saja diajukan pertanyaan berhubung perkara ini, Fahrin berkata, dia cukup terkilan kerana cerita yang dipaparkan dalam artikel itu adalah tidak benar.

Hip: Adakah benar Fahrin bersikap seperti yang digambarkan dalam artikel itu?

Fahrin: Terlebih dulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Sebaik saja membaca artikel itu, saya sudah dapat mengagak produksi mana yang diceritakan. Saya masih ingat peristiwa itu berlaku pada 9 Ogos dan ia terjadi kira-kira jam 2 hingga 5 petang di lokasi filem Andartu Terlampau. Saya akui, memang datang lewat dan nak balik cepat pada masa itu. Untuk pengetahuan semua, saya berbuat begitu kerana saya mendapat keizinan daripada penolong pengarah dan juga pengurus produksi. Sejak awal lagi saya sudah berunding dengan mereka mengenai hal ini dan mereka memang mengizinkannya. Jadi apabila cerita seperti ini timbul, saya jadi hairan kerana apa yang ditulis dalam artikel itu kebanyakannya tidak benar.

Hip: Fahrin ada bersemuka dengan pihak produksi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini?

Fahrin: Sebaik saja saya membaca artikel itu, memang saya ada bertemu dengan penolong pengarah dan pengurus produksi untuk membincangkan hal ini. Sebenarnya saya rasa terkilan dengan artikel itu kerana cara penulisannya seolah-olah menggambarkan yang saya memang seorang yang tidak berdisiplin. Walhal hakikatnya tidak sebegitu. Apabila kami lihat kembali artikel itu, rasa lucu juga kerana memikirkan macam mana cerita seperti itu boleh tersebar dan yang lebih penting, apa yang ditulis tidak benar sama sekali. Bagaimanapun, saya anggap setiap orang mempunyai sudut pandangan tersendiri dalam hal ini. Mungkin orang yang menyampaikan cerita itu kepada wartawan berkenaan tidak mengetahui perkara sebenar.

Hip: Mungkin orang yang menyebarkan fitnah itu bertujuan untuk mensabotaj kerjaya lakonan Fahrin?

Fahrin: Saya tidak mahu menuduh. Cuma seperti saya katakan setiap orang sudut pandangan berbeza dalam hal ini. Namun saya tak nafikan, dakwaan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi saya sebagai pelakon. Mana mungkin saya hendak melakukan perkara yang boleh menutup periuk nasi sendiri. Saya rasa sudah matang untuk menyusun jadual sendiri dan tak perlu hendak terkejar-kejar kerana itu bukan saja menyusahkan banyak pihak tetapi juga diri sendiri. Lagipun sebelum ini bukan saya tidak pernah berada di situasi yang berbeza iaitu menjadi pelakon yang terpaksa menunggu artis lain. Tapi, saya tidak merungut kerana saya tahu mereka ada alasan sendiri mengapa lewat. Bagi saya, dalam hal ini kita kena bertolak ansur dan jangan terlalu mementingkan diri sendiri.

Hip: Dari segi tawaran macam mana? Apakah Fahrin masih lagi mengambil banyak tawaran dalam satu masa?

Fahrin: Setakat ini alhamdulillah, rezeki itu ada. Malah menjelang puasa, semakin banyak tawaran yang datang. Saya bercadang untuk rehat seketika pada bulan puasa ini tetapi nampaknya rancangan terpaksa difikirkan semula. Dulu, mungkin saya baru dalam bidang ini. Jadi selagi ada tawaran, selagi itulah saya terima. Tapi kini saya sudah tahu bagaimana hendak menguruskan jadual dan berurusan dengan mereka yang terbabit di bidang ini. Saya banyak belajar dan tidak mungkin saya ulangi kesilapan yang sama.

Hip: Kalau kita lihat, nama Fahrin sering dikaitkan dengan dua perkara ini. Masalah disiplin dan juga teman wanita. Komen sikit?

Fahrin: Itulah! Saya perasan juga perkara ini. Tapi nak buat macam mana. Itu adalah asam garam mereka yang bergelar artis. Bagi saya sendiri, setiap kali cerita seperti ini timbul, saya lihat dari sudut positif. Biarlah orang hendak kata apa pun kerana yang penting, kita tahu apa yang kita lakukan. Tak perlu nak pening memikirkan hal seperti ini. Kita kena cool sentiasa.

Hip: Pertanyaan ini tak ada kena mengena dengan cerita tadi. Bila Fahrin dan Scha nak ada ikatan?

Fahrin: Kalau ikutkan, saya sendiri memang sudah bersedia tetapi tunggulah, saya serahkan semua ini kepada Tuhan. Kalau ada jodoh, adalah.

Panas, tegang

Panas, tegang

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

Ahli Papita tidak puas hati dengan laporan kewangan persatuan yang tidak kemas

MENGAPA banyak program tidak diketahui oleh AJK dan ahli biasa? Mengapa dalam laporan kewangan mengatakan persatuan mengalami kerugian besar?

Itulah antara isu yang dibangkitkan oleh ahli dalam Mesyuarat Agung Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanah Air (Papita) kali ke-12 di Pawagam Mini P Ramlee, Finas pada Sabtu lalu.

Selain berkaitan soal aktiviti dan kedudukan kewangan persatuan, isu lain yang turut ditimbulkan ialah berkaitan dengan status keahlian. Semuanya itu menyebabkan mesyuarat agung berlangsung dalam suasana tegang dan panas terutama selepas Presidennya, Datuk M Daud Wahid membentangkan laporan kewangan 2006 persatuan ini.

Ahli persatuan ini mempersoalkan kenapa Presiden tidak memaklumkan kepada barisan AJK atau ahli persatuan mengenai wujudnya program atau aktiviti seperti Senandung Budaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Malam Anugerah Kecapi, perolehan daripada slot siaran RTM; pendapatan daripada program Ogy Salih Yacob, baki Jam slot RTM, Majlis Makan Malam Malaysiaku Gemilang, Buka Autograf, Projek Tanah di Melaka dan Sijil yang ditandatangani oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Bekas AJK Papita, Othman Mahmood menuntut penjelasan daripada M Daud mengapa lapan program anjuran Papita tidak diketahui.

Katanya, merujuk kepada laporan kewangan yang diedarkan kepada ahli, semua program itu bukan saja tidak diketahui exco yang dilantik namun turut mengalami kerugian yang besar.

“Sebagai AJK, banyak program yang diadakan tidak diketahui oleh kami mahupun ahli biasa dan laporan yang ditulis melaporkan persatuan mengalami kerugian yang besar.

“Sebelum ini pun apa-apa program yang dirancang oleh persatuan tidak diketahui barisan exco lain dan tidak melampirkan minit mesyuarat yang diadakan. Mengikut buku perlembagaan, sekiranya mesyuarat yang diadakan tanpa pengetahuan exco lain dan tiada minit direkodkan, mesyuarat itu dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi syarat perlembagaan.

“Saya dilantik sebagai AJK bagi sesi 2007/2009. Sebagai AJK, saya mahu laporan kewangan 2006 diselesaikan sebelum membentangkan laporan kewangan seterusnya kerana bimbang kalau berlaku penyelewengan ia tidak membabitkan saya,” katanya.

Turut melahirkan perasaan tidak puas hati ialah Shamsuddin PA Moidutty atau lebih dikenali Din Maidin apabila keahliannya selama ini tidak direkodkan bermula 2007 hingga 2009.

“Pada Mesyuarat Agung Papita ke-11, saya mendaftar keahlian dengan membayar yuran sebanyak RM220. RM120 untuk keahlian seumur hidup dan RM100 untuk perkampungan Artis di Melaka.

“Baru-baru ini saya menyemak nama saya di Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan nama saya sah sebagai ahli. Tetapi sebulan lalu, saya dimaklumkan, saya bukan ahli Papita. Keahlian saya dilucutkan. Perlucutan keahlian itu ada dilaporkan di dalam laporan mesyuarat agung hari ini dengan alasan keahlian saya tidak sah kerana tidak berdaftar.

“Sebenarnya, selepas mendaftar keahlian pada tahun 2007, saya dilantik sebagai salah seorang AJK. Tiba-tiba sebulan sebelum mesyuarat agung hari ini diadakan, saya dikhabarkan yang saya bukan ahli dan nama saya tidak ada di dalam keahlian. Jika benar nama saya tidak didaftarkan, mengikut syarat perlembagaan, bermakna mesyuarat sebelum ini tidak sah,” katanya.

Kedudukan kewangan Papita yang tidak kemas turut dimuatkan dalam laporan juru audit luar. Menurut laporan yang dibuat oleh Azmi Ismail & Co., antara lain mengakui buku dan rekod kewangan persatuan tidak disimpan dengan memuaskan dan sistem kawalan dalaman tidak mencukupi.

Laporan itu turut menyatakan walaupun beberapa pelarasan dibuat ke atas penyata kewangan berdasarkan rekod dan dokumen yang sedia ada, maklumat daripada pihak exco persatuan dan penemuan semasa pengesahan ke atas transaksi terpilih, tidak dapat menyatakan transaksi kedudukan urusan persatuan pada 31 Disember 2006.

Selepas agak lama bertegang leher, bertikam lidah antara ahli dan barisan AJK mengenai Laporan Kewangan Persatuan 2006, Pengerusi mesyuarat, Datuk Malek Radzuan kemudian mencelah dan menyuraikan pertelingkahan yang tidak mendapat apa-apa kata putus.

Perdebatan mengenai agenda kedudukan kewangan persatuan 2006 hingga 2008, menyebabkan mesyuarat bersetuju untuk menangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan pada Oktober depan.

M Daud kekal Presiden Papita penggal ketiga

WALAUPUN berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden penggal ketiga berturut-turut, tugas berat pastinya menanti M Daud untuk memberi penjelasan beberapa isu tertunggak dalam Mesyuarat Agung Papita Ke-12, seperti soal kedudukan kewangan, aktiviti persatuan dan keahlian.

M Daud sebagai pemimpin selepas menerima 29 undi berbanding pencabarnya, Nasir Datuk Ahmad Nawab yang memperolehi sembilan undi.

Mengulas kemenangan mengekalkan jawatan Presiden, beliau berkata mesyuarat agung yang diadakan kali ini adalah satu lagi ilmu yang diperoleh sekali gus mematangkan dirinya untuk memimpin persatuan dengan lebih adil dan berkarisma.

“Seperti yang sudah saya ramalkan, Mesyuarat Agung Papita ke-12 panas dengan pihak yang tidak faham dengan apa yang sudah persatuan lalui selama ini. Tapi ketidakpuasan hati itu adalah biasa.

“Pada majlis inilah mereka selama ini mereka berhak luahkan perasaan tidak puas hati itu, dan saya sebagai pemimpin tetap mendengar. Mereka sedang marah dan kita harus mendengar kerana sekiranya kita juga marah, majlis ini akan berakhir dengan perkara tidak baik.

“Mana yang saya boleh jawab saya akan jawab, mana yang tidak boleh dijawab disebabkan kesuntukan masa kita akan tangguhkan. Saya juga bersedia memperjelaskan mana-mana yang tidak jelas pada mesyuarat agung khas yang bakal pada Oktober nanti,” katanya.

Bagaimanapun, M Daud berkata, isu tidak puas hati di kalangan ahli tidak menghalangnya untuk meneruskan beberapa agenda penting yang dirancang untuk tahun depan.

“Antara agenda penting iaitu ialah menganjurkan Festival Muzik Etnik bertaraf antarabangsa dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah. “Selain itu juga, kita akan bekerjasama dengan RTM untuk menghidupkan kembali Pertandingan Kugiran bagi mengisi tabung persatuan. Kita juga merancang untuk memiliki bangunan sendiri dalam masa terdekat ini.

“Saya yakin untuk melaksanakan agenda itu dalam masa dua tahun dari sekarang dan selepas itu sekiranya saya sudah tidak diperlukan dalam persatuan saya akan mengundur diri,” katanya.

INFO: Exco Papita sesi 2009/2011

* Presiden: Datuk M Daud Wahid
* Timbalan Presiden: Datuk Malek Radzuan
* Naib Presiden 1: Johari Mat Rozekhi
* Naib Presiden 2: Nasir Ahmad Nawab
* Setiausaha: -Belum Dilantik
* Penolong Setiausaha -Belum Dilantik
* Bendahari: -Belum Dilantik

Fragmen: Ustaz Asri, Rabbani, nasyid dari kaca mata stesen TV dan radio

Fragmen: Ustaz Asri, Rabbani, nasyid dari kaca mata stesen TV dan radio

zainuri@bharian.com.my


GAMBAR kenangan Asri bersama anggota Rabbani.

ARTIKEL berjudul Benarkah filem Yasmin karya tanah air paling hebat? yang disiarkan dalam ruangan ini pada minggu lalu menerima reaksi yang pelbagai daripada pembaca.

Ada yang bersetuju, tetapi ramai juga yang kurang senang dengan artikel itu kerana mempersoalkan kredibiliti Yasmin sebagai pengarah filem. Dari aspek personaliti, kita tidak sentuh sama sekali siapa Yasmin Ahmad. Namun, dari sudut karya, adalah lumrah kalau terus diperdebatkan walaupun pengkaryanya sudah meninggal dunia. Ini berlaku di mana, hatta dalam karya penulisan sastera tanah air.

Oleh itu, kita semua pihak yang memberi maklum balas terhadap artikel itu. Seperti kita katakan, idea Yasmin memang bagus. Niatnya baik. Namun begitu kita tidak membaca, menilai, mengamati aspek sub-teks dalam karya atau persembahan filem Yasmin secara selapis saja, iaitu dengan sekali pandang saja.

Dalam banyak isu dan persoalan, kita melihat karya Yasmin sebagai berat sebelah, tidak realistik, menyindir orang Melayu, mengajak orang Melayu dan Islam supaya berfikiran liberal. Semasa hayatnya beliau terbuka dengan kritikan dan teguran. Allahyarham Yasmin tidak mudah melatah berbanding peminatnya.

Apa sekalipun, kita tetap berpendirian karya Yasmin memang baik tetapi bukanlah yang terbaik, jauh sekali hendak dikatakan hebat atau agung. Dalam menilai karyanya, kita tetap mengambil kira citra dan budaya bangsa, khususnya sebagai orang Melayu dan agama Islam.

Kita tidak mempersoalkan niat stesen TV menyiarkan slot khas mengenang jasa dan sumbangan Yasmin. Cuma daripada maklum balas umum, apa sebenarnya sumbangan Yasmin terhadap dunia perfileman tanah air secara keseluruhannya?

Kita tidak pasti stesen TV melihatnya sebagai pengkarya filem yang hebat atau pembikin iklan komersial handalan? Kalau sebagai pembikin iklan komersial atau iklan awam, memang betul, dan kita akui Allahyarham Yasmin seorang yang handal dan mengagumkan.

Tapi adakah kerana itu stesen TV menyiarkan slot khas mengenang kembali Yasmin Ahmad? Kalau itu ukurannya, kenapa tiada stesen TV yang dengan serta merta akan membuat siaran khas mengenang jasa dan sumbangan Ustaz Asri atau Mohd Asri Ibrahim, pemimpin dan vokalis kumpulan Rabbani yang meninggal dunia, Khamis lalu?

Kita mengalu-alukan inisiatif stesen TV menyiarkan slot mengimbas semula karyawan seni yang sudah meninggal dunia. Tetapi ia mestilah dilakukan dengan adil. Bukan hanya orang tertentu saja. Genre muzik nasyid tidak mendapat layanan sewajarnya oleh stesen radio. Muzik nasyid disifatkan sebagai tidak ada kelas atau dalam istilah sekarang tidak ‘urban’. Malahan mungkin beranggapan muzik nasyid macam muzik kampung.

Muzik atau lagu nasyid sekadar menjadi penghias untuk slot masuk waktu solat dan selepasnya. Pengendali stesen radio tidak menilai muzik nasyid secara keseluruhannya iaitu bukan saja muzik tetapi inti pati pada seni kata lagu-lagunya.

Disebabkan layanan tidak adil ini, pergerakan kumpulan nasyid tidak ubah sebagai kumpulan indie. Tapi sekurang-kurangnya sekarang muzik dari kumpulan indie ini sudah mendapat tempat yang lebih baik di stesen radio mahupun TV berbanding dengan muzik nasyid.

Realitinya pemergian Ustaz Asri sebenarnya turut menyedarkan kita di mana sebenarnya kedudukan penyanyi atau kumpulan nasyid. Ia jelas menunjukkan mereka tidak dianggap sebagai sebahagian daripada karyawan muzik yang sepatutnya diberi peluang, layanan dan tempat sama seperti pemuzik dan penyanyi lain.

Sebaliknya, genre nasyid seperti kena diskriminasi, terpinggir atau dipinggirkan, hanya diberi peluang muncul musim tertentu saja seperti Aidilfitri, Aidiadha, Ma’al Hijrah, nuzul al-Quran, Maulidur Rasul, persembahan di musabaqah al-Quran dan tidak lama lagi sempena Ramadan. Mungkin tidak dinafikan muzik nasyid agak stereotaip. Ini kita tidak nafikan. Inilah kelemahan yang perlu diperbaiki oleh penggiat nasyid. Namun, Asri bersama-sama Rabbani sudah mengambil langkah jauh ke depan. Beliau membawa genre nasyid ke dimensi baru dengan menjadi lebih segar, dinamik dan bergaya tersendiri. Walaupun masih mengekalkan irama nasyid konvensional - yang memberi penekanan kepada percussion atau muzik bergendang - Asri dari semasa ke semasa terus mengetengahkan perubahan baru sekurang-kurangnya dalam satu atau lagu terbaru nyanyiannya. Lagu Pergi Tak Kembali dan Intifada, misalnya, diketengahkan dengan muzik techno dengan teknologi komputer dan gelombang bunyi (synthesizer).

Namun begitu, lagu-lagu Rabbani masih menghadapi kesukaran untuk menembusi tembok halangan stesen radio. Kalau kumpulan nasyid seperti Rabbani pun menghadapi masalah untuk penyiaran di radio, apatah lagi dengan kumpulan nasyid lain.

Jadi, apakah kerana kekurangan maklumat atau ketiadaan dokumentasi mengenai aliran muzik nasyid, terutama mengenai personaliti bernama Mohd Asri Ibrahim menyebabkan stesen TV atau radio mengambil masa untuk membuat program terbitan mengenang kembali Ustaz Asri?