Friday, August 21, 2009

HIBURAN : JUMAAT 21 OGOS 2009

Suami Noniswara mengaku tidak bersalah
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Belum pun sebulan mendirikan rumah tangga denganpelakon Noniswara, tokoh korporat, Datuk Rosman Ridwan (gambar) hariini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mendatangkankecederaan terhadap bekas isterinya, empat tahun lalu.

Permohonan Norish ditangguh
SHAHALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, menangguhkan kepada 10September ini untuk keputusan berhubung permohonan tuntutan nafkahsementara dan harta sepencarian Norish Karman terhadap bekas suaminya,Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.






AC Di Sini berkubur?
BEBERAPA bulan selepas dikatakan akan berehat untuk sementara waktu,program bual bicara AC Di Sini yang menampilkan AC Mizal selaku hosrancangan kini kembali dengan nafas baru.


Kejutan romantik buat Siti
TIGAtahun lepas, pada tarikh hari ini, penyanyi popular Datuk SitiNurhaliza Taruddin menamatkan spekulasi ramai apabila beliau memilihmenamatkan zaman bujangnya.


Mengenang Ustaz Asri di TV3
EMERGIANMohd. Asri Ibrahim atau lebih mesra dikenali Ustaz Asri meninggalkankesan yang bukan sedikit buat para pejuang muzik nasyid khususnya danindustri hiburan amnya.


Tari Tirana sarat elemen tarian
JIKAbercerita tentang filem mahupun drama tempatan yang jalan ceritanyadisaratkan dengan elemen tarian, di negara ini masih baru jikadibandingkan dengan produksi negara luar. Cuba memberi kelainanmengikut arus global, syarikat penerbitan Radius One Sdn. Bhd.,membawakan kisah Tari Tirana yang bakal disiarkan setiap Selasamenerusi slot Lestary di TV3 bermula 25 Ogos ini pukul 9 malam.








Risau peminat bosan
SERING kali digandingkan sebagai pasangan kekasih di layar perak, FaridKamil dan Lisa Surihani bagaikan tidak lagi memberi sebarang'kesegaran' kepada penonton. Bukannya bosan dengan lakonan merekatetapi disebabkan terlalu banyak disatukan sebagai kekasih, timbulpersoalan mengapa mereka perlu digandingkan sekali lagi?


Menghayati perjuangan Bapa Pembangunan
APABILA penulis menjengah dunia pada tahun 1985, beliau sudah sembilan tahunkembali ke rahmatullah. Sebagai individu yang bernafas dalam nikmatudara selesa selepas lebih tiga dekad negara mencapai kemerdekaan,hanya gambar dan ceritera kehebatannya dapat dibaca lewat akhbar danbuku sejarah.

J.Lo takut gelap
BUNYI seperti agak kelakar tetapi itulah yang diceritakan sendiri JenniferLopez kepada majalah Style . "Aku takutkan gelap!" akui Lopez. Keranaitu, ujar penyanyi bertubuh seksi berkenaan, setiap malam suaminya,Marc Anthony akan menunggu sehingga dia tidur terlebih dahulu.

Bergaduh di Twitter
SELEPAS berpisah dengan kekasihnya, Justin Gaston bintang remaja yang semakinpopular, Miley Cyrus kini dilaporkan sedang berperang besar denganJustin.


Ricky Martin seronok jadi bapa tunggal
MIAMI - Penyanyi irama Latin, Ricky Martin menyiarkan imej anak kembarlelakinya sempena menyambut hari jadi pertama mereka dalam laman blogmikro Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Oprah saman 50 pemilik perniagaan
NEWYORK - Hos program bual bicara terkenal, Oprah Winfrey (gambar) danpakar televisyen, Dr. Mehmet Oz menyaman lebih 50 pemilik perniagaankecantikan dan ubat diet kerana menggunakan nama mereka tanpa izin.

Denzel Washington buat kejutan dalam tren
TOKYO- Para penumpang tren komuter mendapat sentuhan Hollywood apabila aktorDenzel Washington (gambar) bertugas sebagai pegawai perlepasan denganmembuat pengumuman dalam bahasa Jepun.


Tiket tonton Miss Universe tidak laku
SAN JUAN - Kehadiran jelitawan dari seluruh dunia gagal memikatpenonton berikutan jualan tiket pertandingan akhir Miss Universe 2009kurang memberangsangkan, kata seorang pegawai semalam.





Sunyi tanpa Asri
PERBUALAN melalui telefon sebulan setengah lalu mengundang Allahyarham Mohd AsriIbrahim untuk bersama-sama menyemarakkan kelas agama yang diadakan dikediamannya setiap Khamis rupanya perbualan terakhir Biduanita Negara,Datuk Sharifah Aini dengan penyanyi utama kumpulan Rabbani itu.

Penyanyi profesional, amatur berentap
SEBANYAK 10 daripada 350 penyertaan yang diterima daripada kempen Pencarian HotFM Lagu 1Malaysia dipilih ke peringkat akhir merebut peluang wang tunaibernilai RM5,000 yang ditawarkan kepada juara.

Kerjasama tubuh sekolah filem
DENGAN matlamat melahirkan lebih ramai penggiat filem profesional, PersatuanPengarah Filem Malaysia (FDAM) mengadakan kerjasama bersama OrangeInternational College (OIC) dan Scientific Arts Capital bagimerealisasikan penubuhan Sekolah Filem dan Teknologi di kolej itu.

Dengarnya...: Filem lakonan Fazura ditayangkan 5 November
BEBERAPAhari lalu, rakan Cik Normah ada berborak dengan orang kuat PrimeworksStudios, yang sebelum ini bertanggungjawab menghasilkan filem Talentimearahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Dengarnya...: Berhati-hati kalau mahu buat perbandingan
CIK NORMAH turut terasa hati apabila membaca berita mengenai perkahwinanseorang selebriti baru-baru ini, sebagaimana disiarkan beberapa mediamassa. Iyalah, wanita mana yang tidak tersentak apabila si lelakimenyatakan, isteri barunya itu hampir memenuhi kriteria yang diidamkanselama ini.

Dengarnya...: Jangan jadikan masjid macam dalam rumah
CERITA yang Cik Normah nak sampaikan ini di harap dapat jadi pengajaran kepadasesiapa yang membacanya termasuk Cik Normah sendiri. Bukanlah CikNormah nak puji sendiri tapi dalam bab agama, pada Cik Normah memangtak ada tolak ansur.

Jejak Rasul kembali lagi dengan paparan Sirah Anbiya
SEBAGAIMANA kurma dan dan bazaar Ramadan menjadi penyeri sambutan bulan puasa,begitu juga dengan program di TV3, Jejak Rasul yang menjadi santapanrohani setiap kali menjelangnya bulan yang mulia ini.




Bukan suka-suka
PERTAMA kali bersua dengan pelakon dan pengacara, Raja Ramilah RajaMohamad, 24, atau Ilya pasti ada yang perasaan wajah gadis dari Ipoh,Perak ini seperti bintang Bollywood.

Taufik bengang dituduh kasanova
BERBEKALKAN wajah tampan, penampilan menarik serta bergaya sudahtentu menjadi igauan ramai wanita. Ditambah pula, kelunakan suaranyadalam melodikan lagu, menarik perhatian dunia muzik tempatan.

Kurniaan bawa rezeki
SUARANYA yang sengau dianggap satu kekurangan dan tidak kurangmenjadi bahan persendaan bagi mereka yang agaknya terlupa Ilahimenjadikan setiap manusia itu pasti ada kekurangan.

Mari selamatkan dunia
KEHIDUPAN di dunia yang semakin sakit dan tercemar menjadi intipatikepada teater muzikal Gamat terbitan CTRA Production milik Siti RohayahAttan yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), 2hingga 8 Oktober ini.

'Cerita itu tidak benar'
CERITA negatif dirinya dikatakan menarik diri daripada Konsert JamalAbdillah...Kembara Seniman di Istana Budaya, pada 5 hingga 9 Ogos,baru-baru ini mungkin sudah reda diperkatakan orang.

'Kami suka peristiwa'
KERJAYA penyampai berita sentiasa menyediakan pengalaman baru danmenawarkan peluang kepada seseorang meluaskan pandangan terhadapperkembangan dunia luar.

SOSEH SOSEH: Orang solat, dia bersolek
ESOK, Ramadan menjelma dan umat Islam wajib menunaikan rukun Islamketiga itu. Justeru, pada kesempatan ini SS mengucapkan selamatberpuasa kepada pembaca setia Harian Metro. Diharap, sempena bulanmulia dan berkat ini, kita dapat bermuhasabah diri.

SOSEH SOSEH: Lebih baik ada perubahan walaupun sedikit
WALAUPUN sudah lebih setahun tampil bertudung, nampaknya cara DatukSiti Nurhaliza mengenakan tudung masih dikritik meskipun berbuih mulutSiti memberi penjelasan kepada peminat.

Buka minda bisnes
MASYARAKAT sedia maklum peranan perniagaan sebagai teras pembangunanummah amat jelas dituntut dan dianjurkan dalam Islam. Ia sebagaimanamaksud hadis Rasulullah, sembilan persepuluh daripada sumber rezekiberpunca daripada perniagaan.\

AC Di Sini berkubur?

AC Di Sini berkubur?


BIAR AC Di Sini ditukar namanya kepada AC?, AC Mizal masih dikekalkan sebagai hos program berkenaan.


BEBERAPA bulan selepas dikatakan akan berehat untuk sementara waktu, program bual bicara AC Di Sini yang menampilkan AC Mizal selaku hos rancangan kini kembali dengan nafas baru.

Bukan lagi berjudul AC Di Sini, ia sebalikny menjalani proses transformasi bagi menarik lebih ramai lagi penonton dengan pendekatan santai dan berkonsepkan humor.

Menggunakan judul baru yang lebih ringkas iaitu AC?, ia secara tidak langsung menyaksikan bahawa AC Di Sini sudah pun 'berkubur'.

Mula ke udara sejak 28 April 2006, AC Di Sini diakui sebagai program yang banyak pengikutnya dan merupakan antara terawal menggunakan khidmat band pengiring di studio.

Konsep yang diketengahkan itu sememangnya menjadi ikutan program-program bual bicara lain dengan paparan eksklusif membabitkan golongan selebriti.

Meski kadang kala mengundang kontroversi, namun, AC Di Sini tidak lebih sebagai program yang mahu mendekatkan artis atau selebriti kepada penonton.

Elemen lucu dan menghiburkan ditambah dengan isu-isu panas artis tanah air dan negara merupakan kekuatan program tersebut.

Adflin Shauki dan Sheila Rusly merupakan antara artis yang pernah menitiskan air mata semasa menjadi tetamu AC Di Sini.

Maka tidak hairanlah ia menjadi sebahagian rancangan yang mempunyai rating tertinggi di saluran Ria (saluran 104, Astro).

Dan melihatkan populariti yang diraih AC Di Sini bukannya sedikit, Astro melihat ia perlu diberikan nafas baru memandangkan format AC Di Sini semakin menjadi ikutan program lain.

Biarpun menukar judul programnya kepada AC?, ia bagaimanapun masih mengekalkan AC Mizal dalam menerajui program berkenaan.

Bersiaran setiap Jumaat mulai 7 Ogos lalu, AC? menggunakan set studio yang baru dengan berlatarbelakangkan kelab malam bagi menimbulkan suasana glamor.

Menurut Penerbit AC?, Azwin Kamarul Zaman, AC? tampil dengan lima segmen iaitu Carta AC & Teropong, Borak AC & Kaunter AC, Gelak Geli AC, Wow! dan Garaj AC.

Masih menggunakan tagline Sempoi, kata Azwin, AC? lebih memfokus kepada karakter AC Mizal dalam menghidupkan suasana program bual bicara itu.

"Sebenarnya, ada banyak lagi karakter AC Mizal yang masih belum digali. Dia seorang yang berbakat dan bakat yang ada padanya itu akan kami cari untuk AC? tampil lebih segar.

"Kami perlu ke hadapan memandangkan ketika ini sudah banyak program bual bicara diterbitkan oleh stesen televisyen.

"Untuk itu, elemen-elemen baru perlu ditampilkan,'' katanya ketika ditemui pada sesi rakaman AC? untuk episod 26 di studio 2, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Episod 26 yang bakal disiarkan pada Aidilfitri itu menampilkan dua pelakon muda, Fizo Omar dan Kamal Adli serta penyanyi Alyah yang kini popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang.

Menyambung perbualan, Azwin menjelaskan, AC? lebih kepada santai dan lawak tetapi masih mengekalkan soalan-soalan panas untuk artis yang diundang ke studio.

Ujarnya, AC? juga tidak lupa kepada peranan penonton di studio apabila memberikan peluang kepada mereka untuk bertanyakan apa sahaja persoalan terhadap artis melalui Kaunter AC.

Menerusi segmen Wow! pula, katanya, ia akan mengenengahkan personaliti berbakat besar negara yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Ditanya mengapa menukar nama daripada AC Di Sini kepada AC?, Azwin berkata, AC? boleh ditakrifkan kepada nama pengacara program itu dan boleh juga merujuk kepada persoalan 'apa cerita?'.

"Sekali berubah, kita akan cuba untuk mengubah semuanya,'' jelas Azwin yang percaya AC? akan berjaya menambat hati penonton.

Kejutan romantik buat Siti

Kejutan romantik buat Siti


wajah-wajah ceria Siti Nurhaliza sebaik mendengar suara suaminya yang menghubungi konti Suria FM pada Rabu lalu.


TIGA tahun lepas, pada tarikh hari ini, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menamatkan spekulasi ramai apabila beliau memilih menamatkan zaman bujangnya.

Di Masjid Wilayah Persekutuan, artis masyhur negara bersatu dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dalam acara pernikahan gemilang.

Selang masa berlalu, hidup sebagai seorang isteri benar-benar membahagiakan penyanyi lagu popular Cindai dan Biarlah Rahsia itu.

Dan bersempena dengan ulang tahun yang penuh kemanisan itu, Siti dikejutkan oleh suaminya dengan panggilan telefon yang sarat dengan ucapan penuh romantik.

Kemanisan itu tambah berganda apabila ungkapan kasih dan cinta itu dilafaz dan disiarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi siaran radio Suria FM awal pagi kelmarin.

Kebetulan ketika itu, Siti memenuhi undangan stesen radio berkenaan sebagai tetamu undangan krew Breakfast@Suria bersama juruhebah Tuah dan Zizi.

"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke syurga," itulah luahan Khalid kepada Siti ketika membuat panggilan kejutan.

Siti yang pada awalnya tergamam tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut sebaik mendengar suara suami.

Selain pendengar radio, reaksi Siti juga ketika itu juga dapat disaksikan secara langsung menerusi laman sesawang rasmi Suria FM, www.suriafm.com.my.

Ditemui sebaik tamat siaran kata Siti, itu merupakan ucapan ulang tahun perkahwinan terawal yang diterimanya sepanjang hampir tiga tahun bergelar isteri.

"Mula-mula dengar suara saya seperti dapat meneka sebab saya kenal benar suara yang membuat panggilan itu.

"Ini merupakan ucapan yang terawal sebab sebelum ini dia (suami) ucap pada hari ulang tahun," katanya sambil ketawa kecil.

Biarpun sebelum ini, kehidupan Siti dilingkari pelbagai cabaran dan kata nista yang cuba leonggarkan ikatan perkahwinan mereka, namun semua itu diterimanya dengan penuh tabah dan sabar.

"Apa yang boleh saya dan suami buat ialah sentiasa sabar dan jangan cepat melatah.

"Apa pun yang berlaku selagi boleh kami berfikir secara matang. Insya-Allah dengan kesabaran tiada apa perkara yang tidak elok berlaku," ujar Siti sambil tersenyum manis.

Bertambahnya usia perkahwinan beliau dan suami membuatkan Siti bersyukur kerana berpeluang mengenali serta melayari kehidupan bersama Khalid.

Malah, menurut penyanyi berusia 30 tahun itu lagi, pelbagai perkara yang dilaluinya kini seakan semakin menstabilkan kehidupannya.

"Jika dahulu kehidupan saya dilingkari urusan kerja dan muzik tetapi apabila sudah berkahwin saya sudah ada masa untuk diri sendiri dan juga suami.

"Saya sudah ada masa untuk keluar bersama suami menonton wayang, pergi bercuti. Semua ini membuatkan kehidupan saya lebih seimbang.

"Saya rasa sudah dapat apa yang saya impikan selama ini. Dia (suami) sentiasa menyokong apa yang saya lakukan dan ini membuatkan saya seronok sebab kami masing-masing menerima seadanya," Siti menyuarakan rasa gembira.

Menyingkap perkembangan terkini penyanyi itu, menurut Siti, dia bakal mengeluarkan produk kecantikannya tidak lama lagi.

Sehingga kini, kata Siti, ia baru sahaja dirancang dan kemungkinan besar bakal direalisasikan hujung tahun ini," kata Siti lagi.

Sebetulnya, kehadiran Siti ke konti Suria FM ialah untuk memilih pemenang hadiah wang tunai RM10,000 bagi kempen Lagu Berduit Suria FM tajaan One Drop Perfumes sementelah lagu nyanyiannya, Biarlah Rahsia menjadi lagu pilihan untuk ganjaran tersebut.

Pertandingan yang menerima jumlah undian lebih 30,000 penyertaan itu di menangi oleh Nor Shahida Nasir, 20 dari Kota Emerald, Senawang, Selangor.

Sementara itu, Suria FM juga bakal membuka gerai Ramadan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan menjual pelbagai jus minuman mulai esok (22 Ogos).

Sambil membeli, pelanggan gerai yang dikenali sebagai Jus Jumbo itu berpeluang menerima barangan khas Suria FM.

Mengenang Ustaz Asri di TV3

Mengenang Ustaz Asri di TV3


ALLAHYARHAM USTAZ Asri ibrahim


EMERGIAN Mohd. Asri Ibrahim atau lebih mesra dikenali Ustaz Asri meninggalkan kesan yang bukan sedikit buat para pejuang muzik nasyid khususnya dan industri hiburan amnya.

Seperti yang semua orang sedia maklum, perjuangan Ustaz Asri bersama kumpulan Rabbani yang mula diasaskan pada 1 Mac 1997 mendapat sambutan luar biasa.Perjuangan Ustaz Asri bersama Rabbani mereka mengajak masyarakat berzikir dan menyanyikan melodi indah bertemakan ketuhanan.Itulah manifestasi dakwah dari kaca mata Ustaz Asri yang akan terus dikenang sampai bila-bila.Justeru, sebagai mengenang perjuangan mulia Allahyarham, stesen televisyen TV3 mengambil inisiatif menerbitkan program Ustaz Asri Dalam Kenangan.Program istimewa itu bakal disiarkan hari ini pada pukul 6 petang.Selama sejam, para peminat setia Allahyarham Ustaz Asri berpeluang menonton semula rakaman persembahan kumpulan Rabbani di konsert-konsert yang pernah dirakamkan oleh stesen televisyen itu khususnya sewaktu beliau menjayakan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1428H (2007).Tidak ketinggalan rakaman Konsert Rabbani Istimewa Maulidurrasul 1427H (2006) yang turut menampilkan persembahan duet beliau bersama artis-artis tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi. Dalam program Ustaz Asri Dalam Kenangan ini juga, TV3 akan menyiarkan sedutan visual majlis pengkebumian Allahyarham serta wawancara bersama ahli Rabbani yang lain. Menyedari ramai peminat Ustaz Asri yang merasakan kehilangannya, TV3 memberi peluang kepada peminat dan penonton di rumah mengirim ucapan takziah ketika program ini disiarkan dengan cara menghantar SMS.Jadi, kepada peminat-peminat Allahyarham Ustaz Rabbani, pastikan anda tidak ketinggalan menonton program Ustaz Asri Dalam Kenangan di TV3 pada pukul 6 petang hari ini.

Tari Tirana sarat elemen tarian Lestary TV3 25 Ogos pukul 9 malam.

Tari Tirana sarat elemen tarian


Antara babak menarik yang dipaparkan dalam Tari Tirana.


JIKA bercerita tentang filem mahupun drama tempatan yang jalan ceritanya disaratkan dengan elemen tarian, di negara ini masih baru jika dibandingkan dengan produksi negara luar. Cuba memberi kelainan mengikut arus global, syarikat penerbitan Radius One Sdn. Bhd., membawakan kisah Tari Tirana yang bakal disiarkan setiap Selasa menerusi slot Lestary di TV3 bermula 25 Ogos ini pukul 9 malam.

Menampilkan barisan pelakon utama seperti Wan Sharmila, Nadia Aquila, Shaz Jazle dan Ammar, kisah yang mengangkat tema tarian itu fokus kepada kehidupan seorang gadis dari Singapura bernama Tirana yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajiannya.

Drama arahan sutradara, Shahrulezad Mohamedin itu turut di jayakan oleh Noryati Taib, Zaibo, Zaefrul Nordin, Ruzana Ibrahim dan Faizul.

Bukan sahaja menampilkan ramai muka baru dalam bidang lakonan, malah Shahrulezad agak bertuah kerana barisan pelakon yang dipilih kebanyakannya mempunyai asas dalam bidang tarian.

Biarpun baru, tegas Shahrulezad, kebanyakan mereka mempunyai bakat lakonan yang dirasakannya mampu menyampaikan mesej dalam Tari Tirana.

"Sebelum ini, memang banyak pihak mengatakan bahawa saya gemar mengambil pelakon yang sama bagi kebanyakan produk arahan saya.

"Bagi saya, mana-mana syarikat produksi memang begitu. Apabila mereka sudah selesa bekerjasama dengan seseorang pelakon secara tidak langsung orang yang sama sahaja akan dipanggil.

"Tentang pemilihan ramai pelakon baru dalam drama ini, bukan untuk lari dari dakwaan itu tetapi kerana ingin memberi kelainan dalam drama yang berkisarkan kehidupan remaja sebegini," katanya.

Menyuntik elemen tarian dalam drama tersebut, jelasnya, idea dan perancangan menghasilkan drama sedemikian telah tercetus sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, mencari pelakon yang bersesuaian dengan kepelbagaian karakter dalam Tari Tirana sedikit membantutkan usaha tersebut.

"Tari Tirana banyak bermain dengan adegan-adegan tarian. Di negara ini, pelakon-pelakon kita bukan macam pelakon di Bollywood yang boleh dikatakan mempunyai pakej lengkap dengan lakonan, tarian dan nyanyian.

"Untuk mencari pelakon yang ada bakat dan pandai menari itulah yang saya rasa sukar dan merupakan satu cabaran buat saya.

"Bagaimanapun, untuk drama ini saya sediakan beberapa orang koreografer yang bagus untuk melatih mereka menari dengan baik," kata pengarah drama bersiri Sindarella itu lagi.

Sekilas mengenai siri tersebut, kisah bermula apabila Tirana seorang gadis dari Singapura yang terputus hubungan cinta dengan seorang penyanyi pop terkenal di negara itu, Ash.

Hubungan mereka retak setelah Ash dihasut oleh pengurusnya, Vee yang mahukan Ash menumpukan perhatian dalam kerjaya.

Kerana kecewa, Tirana mengikut nasihat bapanya untuk menyambung pengajian di London. Sedar akan agenda ayahnya yang ingin menjodohkannya dengan Ryan, Tirana mengambil keputusan menyambung pengajian di Kuala Lumpur.

Tanpa pengetahuan ayahnya, Tajudin, Ryan membantu menguruskan urusan Tirana ke Kuala Lumpur.

Episod baru kehidupan Tirana bermula setelah berjaya menjadi pelajar di Universiti LimKok Wing. Di sana dia mula menyedari bahawa dia benar-benar meminati tarian.

Dalam pada itu, Chika seorang pelajar di universiti itu yang juga seorang ketua kumpulan tarian berlagak sombong biarpun mengetahui bahawa Tirana begitu teruja untuk menjadi sahabatnya.

Kebencian Chika terhadap Tirana bertambah apabila menyedari bahawa Tirana mampu menyainginya dan mengetahui kekasihnya, Neo seakan menyukai Tirana. Apakah yang berlaku seterusnya?. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan siri Tari Tirana ini.

Selain tarian dan percintaan, gandingan Zaibo dan Noryati dilihat sebagai pencetus elemen komedi dalam siri tersebut.

"Noryati sebelum ini sangat dikenali dengan watak Makcik Mary dan dalam cerita ini wataknya sebagai seorang pengawal keselamatan wanita yang garang.

"Berpasangan dengan Zaibo, dapat menyuntik elemen komedi dan juga kekeluargaan dalam cerita ini. Salah satu sebab lagi ialah saya tidak mahu ketinggalan penonton dari kawasan luar bandar," katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Farid Kamil & Lisa Surihani : Risau peminat bosan

Risau peminat bosan


LISA SURIHANI semakin banyak belajar daripada aktor senior termasuk Farid.


SERING kali digandingkan sebagai pasangan kekasih di layar perak, Farid Kamil dan Lisa Surihani bagaikan tidak lagi memberi sebarang 'kesegaran' kepada penonton. Bukannya bosan dengan lakonan mereka tetapi disebabkan terlalu banyak disatukan sebagai kekasih, timbul persoalan mengapa mereka perlu digandingkan sekali lagi?

Tidak dinafikan mereka mampu memaparkan keserasian sebagai kekasih tetapi ada penonton yang mahukan kelainan. Bukan sahaja pernah digandingkan dalam tiga buah filem iaitu I'm Not Single, Remp-It V3 dan terbaru Semerah Cinta Stilleto, mereka juga pernah berlakon bersama dalam drama 3 Janda yang ditayangkan di Astro.

Bagi penerbit filem Semerah Cinta Stilleto, David Teo, dia mempunyai alasan yang kukuh mengapa kedua-dua aktor itu dipilih untuk membintangi filem ke-37 keluaran syarikat miliknya, MIG Production Sdn. Bhd. Berpendapat bahawa mereka berdua adalah pasangan romantik, David tidak dapat memikirkan alasan untuk memisahkan Lisa dan Farid.

"Mereka ialah pasangan kekasih paling sesuai untuk pasaran filem sekarang. Sebenarnya bukan senang bagi kami mencari pasangan kekasih yang sesuai. Bukan sahaja mengambil aspek padanan wajah, faktor kematangan dan ketinggian juga penting.

"Jadi berdasarkan kajian yang dibuat kami dari semasa ke semasa, Farid dan Lisa ialah pasangan yang sesuai terutama dengan watak dalam filem itu. Lisa sangat sesuai dengan watak gadis kaya dan Farid pula padan dengan watak penjual ikan. Kesesuaian watak juga penting dalam pemilihan pelakonnya."

Farid pula mengambil peluang bekerjasama dengan Lisa sebagai satu benda yang positif. Disebabkan keserasian yang telah dibina daripada gandingan sebelum itu, Farid berpendapat ia patut digunakan sebaiknya untuk mencapai efek yang dikehendaki oleh skrip filem.

"Apa yang David lihat mengenai kami berdua adalah perkara biasa dilihat oleh mana-mana penerbit yang mahu mencapai kutipan box-office. Ini kerana bagi menjayakan filem genre romantik komedi, keserasian adalah sangat penting.

"Lagipun keserasian yang ada memudahkan saya untuk bekerja di set penggambaran. Jadi saya tidak perlu lagi mencari masa untuk membina keserasian dengan aktres baru. Lisa sekarang juga lebih matang dan berkembang dari segi lakonan. Itu memudahkan lagi kerjasama kami," jelas Farid yang turut menghadiri majlis pelancaran itu.

Sibuk dengan penggambaran drama Korban 44, Farid belum meluangkan masa untuk menjiwai wataknya sebagai Leto yang menjadi penjual ikan di pasar borong serta tinggal di kawasan flat murah.

"Disebabkan watak saya dalam drama Korban 44 juga mencabar, saya belum ada masa untuk membuat kajian mengenai watak Leto. Tapi saya sudah membaca skripnya sepintas lalu. Jadi gambaran mengenai watak itu sudah ada dan saya juga yakin kerana keserasian bersama Lisa," tambahnya lagi.

Lisa yang memegang watak Stila mengaku ramai audiens suka menyaksikan dia dan Farid berganding sebagai pasangan kekasih dalam filem. Jadi dia hormat dengan pendapat penonton dan kelebihan itu memudahkan dia bekerja di set.


KARYAWAN di depan dan di belakang filem Semerah Cinta Stilleto termasuk penerbitnya, David Teo (empat dari kanan).


"Keserasian membolehkan saya membuang perasaan kekok. Lagipun kita bekerja secara profesional dan sering berbincang. Maka, tidak timbul masalah saya berasa susah untuk 'bercinta' dengan Farid dalam filem.

"Tidak juga ada isu keselesaan kerana saya hanya melakukan tanggungjawab saya. Apa yang penting adalah saya lakukan yang terbaik. Saya juga menggunakan peluang ini untuk belajar dengan Farid yang lebih senior daripada saya," jelasnya yang bakal dilihat dalam filem Zoo, Legenda Budak Syaitan dan Kapoww.

Komedi realistik

Memulakan penggambaran pada 12 Ogos lalu, penggambaran dijadualkan siap dalam masa 18 hari. Turut dibintangi oleh Cat Farish, Angah Raja Lawak, Kenchana Dewi, Nanu, Maimon Muttalib dan Shaharudin Thamby, filem itu diarahkan oleh Ahmad Idham.

Menjalankan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dengan bajet RM1.5 juta, Idham tidak memerlukan persiapan yang banyak memandangkan filemnya kali ini lebih ringan dari segi genrenya.

Namun, Semerah Cinta Stilleto tidak memberi fokus sepenuhnya kepada elemen cinta. Nilai hiburannya juga merangkumi komedi yang lebih realistik.

"Selalunya jika anda menonton filem romantik komedi, banyak babak bersifat fantasi dipaparkan. Saya mahu memberikan cerita yang lebih realistik," ujar Idham.

Menceritakan kisah dua kehidupan berbeza antara Lisa dan Farid, Idham mahu membuat kupasan mengenai sifat seseorang yang dilahirkan daripada keluarga kaya dan miskin. Cerita dua darjat itu diceriakan dengan komedi berdasarkan situasi yang berlaku.

"Saya cuba untuk membongkar kehidupan dua golongan berbeza dan mencari erti kesempurnaan yang dicari setiap insan. Perbezaan taraf perlu dilihat dari perspektif positif memandangkan negara kita sedang menuju ke arah globalisasi. Maka, diharap dengan filem itu, ia dapat meningkatkan kesedaran penonton," jelas Idham.

Memberitahu bahawa pemilihan pelakon dilakukan bersama krew filem dan pihak MIG, Idham menyatakan dia tidak mahu dikatakan bias terhadap mana-mana pelakon. Proses yang sama juga dilakukan semasa memilih judul yang sesuai.

"Pada mulanya kami mahu meletakkan judul Stilleto sahaja. Tapi selepas melakukan perbincangan, kami takut judul itu terlalu urban. Ini kerana sasaran penonton kami bukannya golongan dari bandar. Oleh itu, pemilihan judul filem juga memainkan peranan penting dalam menarik perhatian audiens.

"Satu lagi, kita juga perlu membuat kajian siapa sasaran penonton. Contohnya seperti filem Brainscan, filem itu menarik tetapi gagal mengaut keuntungan kerana judulnya terlalu urban. Jadi kami tidak kisah jika ada orang yang cakap Semerah Cinta Stilleto itu 'kampung'. Janji judul itu dekat dengan hati audiens kami," ujarnya.

Menghayati perjuangan Bapa Pembangunan

Menghayati perjuangan Bapa Pembangunan


KELUARGA bahagia Tun Razak digambarkan dengan cantik sekali.


APABILA penulis menjengah dunia pada tahun 1985, beliau sudah sembilan tahun kembali ke rahmatullah. Sebagai individu yang bernafas dalam nikmat udara selesa selepas lebih tiga dekad negara mencapai kemerdekaan, hanya gambar dan ceritera kehebatannya dapat dibaca lewat akhbar dan buku sejarah.

Pun begitu, baru-baru ini sisi lain yang terbentang di depan mata membuatkan individu cukup berharga itu menjadi semakin dekat di pemikiran.

Meskipun hanya di pentas teater dan tidak pernah mengenali tokoh politik yang diberi gelaran sebagai Bapa Pembangunan, perjuangan atas nama Malaysia sehingga ke akhir hayatnya cukup meruntun jiwa.

Itulah yang dirasai tatkala menonton teater muzikal Tun Abdul Razak yang dipentaskan di Istana Budaya sejak 16 Ogos hingga semalam.

Hanya melalui teater, setiap penonton merasai betapa besarnya sumbangan Tun dalam kemakmuran yang dikecapi Malaysia kini.

Fahamlah kami, bagaimana jasa dan pengorbanan beliau yang membawa kepada gelaran sebagai Bapa Pembangunan negara.

Tun Abdul Razak, bukan sahaja berjaya memupuk perpaduan berdasarkan peristiwa 13 Mei dan menamatkan konfrantasi antara Malaysia-Indonesia, malah melahirkan idea membasmi kemiskinan menerusi Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan.

Selain itu juga, teater berkenaan dengan jelas memaparkan ciri-ciri hebat kepimpinan beliau yang membuka hubungan dua hala bersama China dalam menggerakkan ekonomi dalaman.

Melihat ke kolam rasa, sebenarnya rasa syukur bersarang di hati saat menonton teater yang diarahkan oleh Datuk Rahim Razali itu bersempena dengan bukan kemerdekaan ke-52 baru-baru ini.

Nampaknya teater yang mengangkat Rashidi Ishak sebagai Tun Abdul Razak dan penyanyi terkenal Fauziah Latif sebagai Toh Puan Rahah Mohd. Noah isteri kepada mantan Perdana Menteri itu cukup menarik minat orang ramai yang dilihat memenuhi setiap kerusi di Panggung Sari, Istana Budaya.

Selain tarikan dua artis terkenal, teater ini sebenarnya cukup bersejarah apabila menggunakan sepenuhnya tenaga pelajar dan graduan dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Walaupun terdapat beberapa kekurangan seperti gangguan sistem bunyi, teater muzikal ini boleh dikatakan menarik dan juga mampu mendidik penonton tentang perjuangan tokoh politik waktu sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Menurut Rahim, membawakan sebuah teater yang bercerita tentang ketokohan seorang pemimpin yang disegani bukanlah satu tanggung jawab mudah.

Sementelah tugasnya sebagai penghulu kepada teater muzikal ini cukup berat dan mencabar sementelah sudah 10 tahun tidak mengarah mana-mana teater.

Bagaimanapun, tawaran yang diberikan kepadanya tetap diterima memandangkan Tun Abdul Razak bukan sahaja orang yang dihormatinya, malah, merupakan orang yang cukup dekat dengan jiwanya sebagai seorang anak Melayu.

"Saya arah teater ini daripada hati kerana saya tahu Tun orang yang cukup disayangi ramai. Sebab itu, tanggungjawab mengarah teater ini cukup berat.

"Subjek teater ini sendiri sangat berat dan saya cukup bimbang jika mesej yang ingin diterjemahkan kepada penonton melalui dialog dan lagu tidak sampai.

"Tetapi syukur, setelah beberapa malam banyak reaksi positif yang saya terima. Saya juga gembira dengan barisan pelakon utama yang setiap hari menunjukkan peningkatan," katanya.

Tidak diragui lakonan Rashidi sangat bagus, namun apabila tiba bahagian nyanyian, suaranya tidak berapa jelas kedengaran ditambah jika dia berpadu suara dengan Fauziah Latif.

Timbul persoalan mengapa pengarahnya masih merelakan Rashidi menggunakan suara sendiri dan menyanyi secara langsung, sedangkan banyak lagi alternatif lain yang boleh digunakan agar tidak mencacatkan perjalanan teater itu.

Bagi pengarahnya, bukan dia tidak mahu menggunakan segala alternatif yang ada tetapi kerana dia yakin dengan kemampuan yang dimiliki oleh pelakon pilihannya itu.

"Saya yakin dengan Rashidi, saya tahu ada beberapa kekurangan tetapi saya bangga dengan keberanian serta kebolehannya.

"Kita semua tahu yang Rashidi seorang pelakon, pemuzik tetapi bukan seorang penyanyi. Namun, saya tetap memilihnya untuk memegang watak utama yang memerlukan dia nyanyi secara langsung kerana saya tahu dia mampu," ujarnya.


KASIH sayang Razak dan Rahah.


Rashidi akui kelemahan

Rashidi yang ditemui sejurus pementasan selesai juga mengakui masih ada perasaan gugup memandangkan ini kali pertama dia terlibat dengan teater walaupun pernah ditawarkan oleh Datuk Rahim sebelum ini.

"Sebelum teater muzikal Tun Abdul Razak, saya pernah ditawarkan berlakon teater oleh Datuk Rahim tetapi saya tolak dengan baik kerana takut.

"Mungkin sebab sudah terlalu selesa berada di hadapan kamera membuatkan saya tidak mahu orang melihat segala kelemahan apabila di atas pentas," katanya.

Tambah suami kepada pelakon Vanida Imran ini lagi, tawaran kali kedua oleh Datuk Rahim sukar ditolak memandangkan subjeknya seorang yang amat dikaguminya.

"Saya tahu banyak kelemahan terutama nyanyian tetapi saya sudah cuba yang sehabis baik. Dapat pula berlakon dengan seorang penyanyi yang saya minat dan diarah oleh seorang pengarah dan pelakon berkaliber, mana mungkin saya menolak," tuturnya.

Kata Rashidi yang membotakkan separuh kepalanya demi watak Tun, meskipun tidak pernah berjumpa dengan Tun Abdul Razak tetapi apabila dipertanggungjawab sebagai pelakon utama dia telah mula rapat dengan Tun Abdul Razak melalui kajian yang dilakukannya.

"Saya seolah-oleh dapat melihat dengan mata kasar perjuangan Tun menerusi kajian dan dari situ saya mula kumpulkan karakter Tun dalam diri.

"Walaupun karakter yang dipentaskan tidak sama dengan Tun yang sebenar tetapi melalui dialog serta lagu saya rasa cukup mesej yang ingin disampaikan.

"Kalau ikutkan Tun seorang yang tidak banyak cakap, kalau bercakap sangat lembut dan tidak dalam nada yang tinggi, tetapi untuk teater kalau saya cakap dengan cara itu tiada siapa yang mendengar suara saya," terang Rashidi yang semakin ketagih untuk berlakon teater.

Buang rasa malu

Bagi wanita jelita di samping Rashidi, Fauziah Latif atau mesra disapa sebagai Gee pula dilihat menampilkan lakonan yang cukup berkesan ditambah dengan suara yang cukup merdu dan menarik perhatian penonton.

Boleh dikatakan Gee antara kekuatan teater ini meskipun wataknya tidak besar berbanding dengan watak Tun.

"Seingat saya semasa latihan penuh suara saya langsung tidak boleh keluar, tetapi pada pementasan yang sebenar alhamdulillah suara saya okey.

"Mungkin kerana mood itu sudah ada dan saya pun semakin menjiwai watak Toh Puan Rahah dari hari ke hari. Sebenarnya saya cuba perbaiki kelemahan setiap hari," luahnya.

Bicara Gee lagi, walaupun dia berjaya menampilkan lakonan beremosi tetapi terselit juga rasa malu jauh di sudut hatinya kerana sudah terlalu lama dia tidak menjejaki pentas teater.

"Teater ini ibarat yang pertama bagi saya kerana melakon watak yang sangat berat. Malu itu tetap ada tetapi semakin lama perasaan itu makin hilang.

"Sepanjang berlatih dan bersama rakan-rakan dalam teater ini apa yang saya lihat, Tun seorang yang berjiwa rakyat dan kejayaan setiap lelaki disusuli dengan bantuan seorang wanita dibelakangnya.

"Jadi tanggungjawab isteri Tun juga sama besar dengan suaminya kerana, dia bukan sahaja wanita yang memberi harapan kepada Tun tetapi juga negara," terangnya.

J.Lo takut gelap

J.Lo takut gelap

BUNYI seperti agak kelakar tetapi itulah yang diceritakan sendiri Jennifer Lopez kepada majalah Style. "Aku takutkan gelap!" akui Lopez. Kerana itu, ujar penyanyi bertubuh seksi berkenaan, setiap malam suaminya, Marc Anthony akan menunggu sehingga dia tidur terlebih dahulu.

Tetapi bukanlah untuk mendodoi isterinya itu, sebaliknya untuk mematikan lampu bilik tidur.

Pelakon berusia 40 tahun yang cukup terkenal dengan kelakuan divanya itu memberitahu: "Saya sukakan suasana sunyi, tetapi saya tidak mahu berada dalam keadaan gelap. Kami selalu tidur bersama jika tidak terbang ke mana-mana. Kalau saya berseorangan, saya akan biarkan lampu bilik menyala.

"Tetapi bila bersama Marc, dia akan matikan lampu apabila mahu tidur. Selalunya dia masuk tidur selepas saya sudah melelapkan mata, atau sekiranya kami di atas katil pada waktu yang sama dia akan menunggu sehingga saya tidur terlebih dahulu," ungkap wanita itu.

Nyata sikap romantik Marc antara pengikat kasih pasangan berkenaan untuk terus hidup bahagia bersama cahaya mata kembar Max dan Emme, 18 bulan.

Menurut Lopez, dia selalu membaca buku-cuku mengenai kisah kejayaan sesebuah rumah tangga bagi mendapatkan tip bagaimana untuk menghidupkan cintanya dengan Marc.

Miley Cyrus : Bergaduh di Twitter

Bergaduh di Twitter

SELEPAS berpisah dengan kekasihnya, Justin Gaston bintang remaja yang semakin popular, Miley Cyrus kini dilaporkan sedang berperang besar dengan Justin.

Namun, sesuai dengan zaman teknologi ini, Miley dan Justin bukan berperang secara bersemuka sebaliknya melalui blog Twitter.

Justin dikatakan memulakan pertengkaran Internet itu dengan menulis di halaman Twitternya: "Sangat mudah apabila orang melakukan kesilapan memberikan alasan yang dia berani."

Miley, 16, kemudian membalas: "Ya, aku suka orang melakukan kesilapan bodoh dengan alasan berani terutamanya orang yang menulis perkara bodoh di Twitter kononnya seperti orang lain tidak peduli. Kau hanya takut untuk bercinta."

Di sebalik perpisahan mereka, media melaporkan Miley sebenarnya masih menaruh hati kepada Justin.

Miley pernah menulis dalam Twitternya: "Aku antara gembira dan sedih hari ini. Gembira kerana aku mencintaimu tetapi sedih aku tidak memilikimu sepenuhnya."

Ricky Martin seronok jadi bapa tunggal

Ricky Martin seronok jadi bapa tunggal


RICKY MARTIN menghabiskan masa bersantai bersama anaknya Matteo (kiri) dan Valentino di Miami baru-baru ini.


MIAMI - Penyanyi irama Latin, Ricky Martin menyiarkan imej anak kembar lelakinya sempena menyambut hari jadi pertama mereka dalam laman blog mikro Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Martin mahu berkongsi kegembiraan menjadi bapa dengan para peminatnya selepas pasangan kembar Valentino dan Matteo dilahirkan seorang ibu tumpang pada Ogos tahun lalu.

Beberapa gambar menunjukkan penyanyi kacak itu memangku anak kembarnya ketika mereka bersantai di sebuah pantai Amerika Syarikat (AS).

"Walaupun kembar, personaliti mereka jauh berbeza. Valentino tenang dan suka tidur. Matteo pula aktif dan suka berjaga," katanya.

Keputusan penyanyi lagu Livin' la Vida Loca itu mendapatkan anak melalui ibu tumpang menyemarakkan lagi spekulasi bahawa dia seorang homoseks.

Menurutnya, walaupun sukar, dia memilih untuk menjaga kedua-dua anaknya secara bersendirian dan tidak memberikan tanggungjawab itu kepada pengasuh. - Agensi

Oprah saman 50 pemilik perniagaan

Oprah saman 50 pemilik perniagaan

NEW YORK - Hos program bual bicara terkenal, Oprah Winfrey (gambar) dan pakar televisyen, Dr. Mehmet Oz menyaman lebih 50 pemilik perniagaan kecantikan dan ubat diet kerana menggunakan nama mereka tanpa izin.

Saman melibatkan entiti perniagaan kecil di seluruh Amerika Syarikat (AS) itu dibuat menerusi dua firma milik Winfrey, Harpo Inc. dan OW Licensing Co. serta syarikat Zo Co. yang diterajui Oz.

Dalam saman tersebut, pihak plaintif mahu menghentikan penggunaan nama, gambar, suara dan cap dagangan kerana ia menyalahi undang-undang hak cipta.

"Defendan-defendan ini secara sengaja menggunakan reputasi dan harta intelek plaintif bagi mengaut keuntungan lumayan dengan membuat dakwaan palsu bahawa produk mereka diuji atau disokong oleh Winfrey dan atau Oz sedangkan perkara itu tidak berlaku," kata saman berkenaan.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab peniaga-peniaga kecil itu mencemarkan reputasi mereka.

Antara produk yang dipertikai termasuk makanan tambahan, kosmetik seperti krim antiselulit dan penuaan selain produk pemutih gigi. - Agensi

Denzel Washington buat kejutan dalam tren

Denzel Washington buat kejutan dalam tren

TOKYO - Para penumpang tren komuter mendapat sentuhan Hollywood apabila aktor Denzel Washington (gambar) bertugas sebagai pegawai perlepasan dengan membuat pengumuman dalam bahasa Jepun.

Dalam suara garau, Washington mengumumkan "kereta api ini akan bergerak sekarang," sejurus sebelum tren bergerak pada pukul 1.23 tengah hari di sini semalam.

Pemenang anugerah Oscar dua kali itu melawat pusat pengendalian stesen tren bawah tanah Tokyo bagi mempromosikan filem terbarunya yang berkisar tentang rampasan kereta api bertajuk The Taking of Pelham 123.

"Seronok dapat menjadi pegawai perlepasan untuk sehari. Hati-hati kerana saya bertugas," katanya dengan nada berseloroh.

Dalam filem tersebut, Washington berlakon sebagai pegawai perlepasan kereta api di New York yang ditugaskan untuk berunding dengan seorang pengganas dan perampas kereta api lakonan John Travolta. - AFP

Tiket tonton Miss Universe tidak laku

Tiket tonton Miss Universe tidak laku


SEKUMPULAN peserta akhir Miss Universe 2009 berlatih di Pulau Paradise, Bahamas semalam.


SAN JUAN - Kehadiran jelitawan dari seluruh dunia gagal memikat penonton berikutan jualan tiket pertandingan akhir Miss Universe 2009 kurang memberangsangkan, kata seorang pegawai semalam.

Jurucakap Kementerian Pelancongan Bahamas, Janet Johnson berkata, perkembangan itu memaksa pihak penganjur mengadakan sesi promosi habis-habisan beberapa hari sebelum acara berprestij itu dijadual bermula Ahad ini.

"Promosi itu melibatkan pakej beli tiga tiket dapat satu tiket percuma untuk peringkat akhir pertandingan Miss Universe yang turut disiarkan di televisyen," kata Johnson.

Tambahnya, orang ramai mula menunjukkan minat menjelang bermulanya pertandingan tersebut kerana ia sudah menjadi budaya setempat untuk membuat sesuatu pada saat-saat akhir.

Pihak penganjur menjelaskan, sebanyak 3,000 tiket bagi peringkat akhir masih boleh dibeli dengan harga antara AS$175 (RM617) dan AS$750 (RM2,640).

Menurutnya, seramai 15 ratu cantik akan bersaing dalam pertandingan kali ini yang turut menampilkan persembahan beberapa penyanyi popular seperti David Guetta dan Kelly Rowland. - AP

Kak Pah : Sunyi tanpa Asri

Sunyi tanpa Asri

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Datuk Sharifah Aini

Tak ramai tahu Kak Pah akrab dengan vokalis utama kumpulan Rabbani yang menyahut panggilan Ilahi pada 13 Ogos lalu

PERBUALAN melalui telefon sebulan setengah lalu mengundang Allahyarham Mohd Asri Ibrahim untuk bersama-sama menyemarakkan kelas agama yang diadakan di kediamannya setiap Khamis rupanya perbualan terakhir Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dengan penyanyi utama kumpulan Rabbani itu.

Allahyarham bagaimanapun tidak dapat memenuhi undangan penyanyi yang selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Pah dengan alasan masalah kekangan waktu. Bagaimanapun penolakan dibuat secara baik dan lembut barangkali tidak mahu mengecilkan hati tuan rumah.

Seakan masih baru perbualan antara mereka, tiba-tiba Khamis minggu lalu beliau menerima berita yang sukar dipercayai. Berita kepulangan Asri ke Rahmatullah amat mengejutkan Kak Pah hingga membuatkan moodnya terjejas sepanjang hari.

Mungkin ramai tidak tahu biarpun berbeza aliran muzik namun mereka cukup akrab, persahabatan mereka sudah terjalin lebih 17 tahun lalu sejak Asri masih lagi bersama kumpulan Nada Murni. Hubungan mereka tambah akrab apabila sama-sama bernaung di bawah syarikat rakaman EMI.

“Kak Pah terkejut mendapat berita Asri sudah meninggal dunia sehingga Kak Pah jadi bingung. Kak Pah tak dapat terima kenyataan Asri sudah tiada sehinggalah apabila di tiba di rumah keluarga Allahyarham barulah Kak Pah yakin yang dia memang benar-benar sudah pergi. Kebetulan pada hari berkenaan Kak Pah terikat dengan rakaman program raya untuk RTM, jadi Kak Pah tak berkesempatan nak lari sekejap untuk menziarah jenazah.

MEMBACAKAN selawat bersama ustaz dan pelajar tahfiz.

“Setelah selesai rakaman kira-kira jam 9 malam barulah Kak Pah dapat bergegas ke rumah Allahyarham. Kak Pah terkilan sangat sebab tak sempat menatap wajah Asri buat kali terakhir. Kak Pah mahu sangat berbuat demikian tetapi jadual Kak Pah ketika itu sangat ketat.

“Kak Pah memang terasa sangat pemergian arwah kerana kami sudah saling mengenali lebih 17 tahun. Dulu arwah sering menghadiri tahlil dan kelas agama di rumah Kak Pah tetapi sejak Rabbani sibuk, arwah jarang dapat turut serta. Bagaimanapun setiap kali kami terserempak di mana-mana, arwah tak pernah lupa bertanyakan khabar Kak Pah. Arwah panggil Kak Pah dengan panggilan Kak saja, jadi apabila setiap kali kami terserempak dia mesti bertanya, Kak apa khabar? Kak masak apa? Itu antara soalan wajib yang ditanyakan arwah.

“Bukan saja dengan Kak Pah, arwah juga akrab dengan Aliff. Jika dia ke Madinah, dia tak lupa menghubungi Aliff dan belanja anak Kak Pah makan. Kalau Aliff balik bercuti seperti tiga tahun lalu, arwah juga akan hubungi Aliff dan mengundangnya berbuka puasa di Hotel Singgahsana, tempah arwah menyanyi sepanjang bulan Ramadan,” kata Kak Pah yang sukar melupakan kebaikan Asri yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

Oleh kerana sudah menganggap Asri seperti adiknya sendiri, Kak Pah sanggup mengadakan majlis tahlil di kediaman arwah tetapi dia tidak menganggap sumbangan itu dari seorang yang bernama Sharifah Aini sebaliknya daripada seorang kakak kepada adiknya.

MELAYAN kanak-kanak tahfiz menjamu selera selepas selesai majlis ilmu.

Sepanjang mengenali Allahyarham, perkara paling membuatkan Sharifah Aini sukar melupakan Asri adalah kepada keperibadian mulia Ikon Nasyid itu. Sikapnya yang bertimbang rasa dan tidak berkira adalah antara sikap terpuji yang cukup membuatkan Kak Pah kagum.

“Arwah seorang yang unik, dia bukan seorang yang mata duitan dan tidak pernah berkira soal bayaran. Berapa pun yang diberikan penganjur dia akan terima dengan ikhlas tidak kiralah banyak atau sikit.

“Kak Pah juga cukup terharu kerana pernah sekali penganjur tak mampu menyediakan bayaran sebaliknya hanya mampu memberikan duit minyak saja tetapi arwah tetap terima undangan berkenaan. Kebaikannya betul-betul membuatkan Kak pah terharu, dia langsung tidak berkira sebaliknya amat berbesar hati dapat membantu.

“Arwah juga seorang yang sangat tenang, sepanjang tempoh perkenalan kami, Kak Pah tak pernah dengar dia marah atau merungut. Kata-kata yang keluar dari mulutnya semuanya lembut dan sangat berbudi bahasa. Nampaknya selepas ini Kak Pah tidak berpeluang lagi untuk bertemu dengan orang yang baik seperti Asri dan Kak Pah akan merindui keindahan suaranya mengalunkan azan,” kata penyanyi itu lagi.

Bagaimanapun penyanyi yang sudah lebih 40 tahun pengalaman dalam dunia seni suara tanah air itu menasihati ahli kumpulan Rabbani yang lain supaya tidak patah semangat sejak ketiadaan Asri, sebaliknya mengharapkan anggota kumpulan yang lain akan terus kekal berdakwah dan berjuang demi Rabbani.

Kak Pah teruja Ramadan tiba

SAMBUTAN Ramadan tahun ini tentu sekali cukup bererti bagi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini apabila anak lelaki tercinta, Aliff, turut berada di sisi. Aliff yang masih menuntut di Madinah, kembali ke ibu kota 3 Julai lalu untuk bercuti panjang kira-kira tiga bulan, sebelum pulang semula ke Arab Saudi.

Pengajian anak muda berusia 27 tahun itu masih berbaki empat tahun di kota suci itu. Lalu, kata penyanyi bersuara buluh perindu itu, tiada apa lagi yang diinginkan selain menyambut kedatangan bulan puasa penuh keberkatan itu bersama anak tunggalnya.

"Kak Pah sebenarnya amat seronok sekarang kerana Aliff pulang ke Kuala Lumpur untuk sama-sama menyambut Ramadan di Malaysia. Yang lain tidak lagi penting apabila dia ada di samping Kak Pah," ujar wanita yang sering membahasakan dirinya sebagai Kak Pah itu tatkala ditemui di kediamannya, baru-baru ini.

Akui penyanyi yang paling lama bertahan bersama syarikat rakaman EMI Malaysia ini, pada ketika dia cukup gembira dengan kehadiran Aliff, hatinya akan cepat bersedih sebaik saja hari-hari si bujang kesayangannya itu hendak meninggalkannya semula hampir tiba.

"Walaupun dia masih bersama Kak Pah, tetapi hati Kak Pah sudah mula tidak tenang sebaik saja mengetahui hanya beberapa hari yang tinggal untuk kami meluangkan waktu bersama sebelum dia pulang ke Madinah. Itulah yang selalu Kak Pah rasakan setiap kali Aliff terpaksa pulang menyambung pengajian," cerita penyanyi Yayadan ini. Tahun ini, Aliff akan kembali ke Madinah pada Aidilfitri ketiga.

Ditanya apakah dia tidak merancang sebarang percutian bersama anak lelakinya itu sepanjang Aliff berada di ibu kota, penerima Anugerah Khas Bintang Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 memberitahu, dia sebenarnya sudah pun mempunyai perancangan sendiri.

"Pada awalnya, Kak Pah memang hendak pergi bercuti bersama Aliff serta anak angkat Kak Pah ke Australia. Tetapi, mengenangkan keadaan sekarang yang kurang mengizinkan apabila penyakit Influenza A (H1N1) semakin menular, nampaknya biarlah Kak Pah tunda dulu perancangan itu.

"Namun, Insya-Allah, dalam masa terdekat ini Kak Pah dan Aliff akan turun ke Singapura untuk bertemu dengan ibu Kak Pah di sana. Setiap kali tibanya Ramadan, Kak Pah menang tidak lupa untuk menjenguk ibu di kota Singa," ujar artis yang turut menghiasi beberapa filem popular ini.

Sering anjurkan majlis ilmu di rumah

MENYAMBUT Ramadan secara bersederhana, Sharifah Aini berkata, sebagaimana amalannya sejak kira-kira setahun yang lalu, pada Ramadan ini dia akan tetap menganjurkan majlis ilmu atau majlis khatam Quran di kediamannya. Amalan menganjurkan majlis ilmu seperti itu, kata Biduanita ini, menjadi sesuatu yang amat menggembirakan serta menyenangkan hatinya saat ini.

"Pada setiap bulan, Kak Pah memang ada menjemput ustaz dan anak-anak tahfiz sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk hadir pada majlis khatam al-Quran yang diadakan di surau di kediaman Kak Pah. Seperti yang dapat dilihat pada malam ini, kira-kira 80 kanak-kanak tahfiz bersama ustaz mereka hadir mengimarahkan majlis.

"Kak Pah ingin memenuhkan rumah Kak Pah dengan bacaan ayat suci al-Quran serta zikir. Apalah gunanya rumah yang tersergam ini jika Kak Pah tidak menggunakannya untuk mendapatkan pahala? Baiklah Kak Pah manfaatkan rezeki yang diberi Tuhan ini untuk mendapatkan kebaikan.

"Lagipun, sudah menjadi azam Kak Pah dulu, apabila siap saja rumah ini, Kak Pah hendak menjadikannya pusat majlis agama dan ilmu. Kak Pah amat gembira dengan semua amalan ini," katanya yang turut mengundang saudara-mara serta kenalan rapat setiap kali majlis sedemikian dianjurkan.

Menurut Sharifah Aini, sebagaimana manusia dia mencari rezeki menerusi bakat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya sebagai penyanyi. Namun, amalan untuk bekalan akhirat tidak akan dilupakannya.

"Kak Pah berasa cukup bertuah apabila ustaz yang datang pun agak rapat dengan Kak Pah. Mereka golongan yang penuh dengan ilmu di dada. Kini Kak Pah berasa lebih selesa apabila golongan berilmu ini yang datang ke rumah. Kak Pah sudah penat dianiaya mereka yang mengaku sahabat, tetapi akhirnya melakukan perkara tidak baik di belakang kita.

"Bukannya Kak Pah sombong untuk tidak mengundang golongan itu lagi ke rumah, tetapi Kak Pah sentiasa belajar daripada kesilapan," ujarnya yang akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur.

Penyanyi ini turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambung Ramadan kepada semua peminat serta pembaca Berita Harian.

Ustaz Asri Dalam Kenangan di TV3

MASIH terngiang-ngiang suara Mohd Asri Ibrahim atau Ustaz Asri bersama rakan-rakannya dalam kumpulan Rabbani menyanyikan lagu Pergi Tak Kembali yang sejak akhir-akhir ini sering disiarkan oleh stesen radio.

Bagi mereka yang pernah bertemu secara langsung dengan Ustaz Asri, sudah tentu akan terkenang kemesraan dan keramahannya dengan wajahnya yang sentiasa tersenyum.

Pemergian Ustaz Asri yang meninggal dunia pada 13 Ogos lalu meninggalkan kesan besar bukan saja kepada industri muzik tanah air keseluruhannya. Allahyarham bukan saja dikenali sebagai penyanyi, tetapi juga seorang personaliti TV dan penggubah lagu, selain sering terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan terutama memberi motivasi kepada generasi muda.

Perjuangan Ustaz Asri di dalam kumpulan Rabbani yang mula ditubuhkan pada 1 Mac 1997 berjaya mendapat sambutan peminat dengan alunan zikir dan menyebarkan dakwah melalui irama nasyid yang diperjuangkan.

Sebagai mengenang perjuangan Allahyarham, TV3 menerbitkan program Ustaz Asri Dalam Kenangan selama satu jam mulai jam 6.00 petang ini.

Program ini akan memaparkan kompilasi persembahan kumpulan Rabbani dalam konsert yang pernah dirakamkan TV3 seperti Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul asul 1428H (2007) & Konsert Rabbani Istimewa Maulidur Rasul 1427H (2006) termasuk persembahan duet kumpulan Rabbani bersama penyanyi terkemuka tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi.

Penonton juga akan dapat menyaksikan sedutan visual sewaktu pengebumian jenazah Allahyarham serta wawancara bersama anggota kumpulan Rabbani yang lain.

Selain itu, penonton boleh menghantar ucapan takziah yang akan dipaparkan melalui crawler ketika program ini disiarkan dengan cara menghantar SMS: hantar TV3 Mesej anda ke 33399. Setiap sms akan dicaj RM0.50.

Orang ramai boleh menelefon talian bantuan 03-79557736 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 6 petang untuk sebarang maklumat lanjut.

Sementara itu, TV3 menganjurkan Majlis Doa Selamat Sempena Ramadan dan tahlil kepada Allahyarham Ustaz Asri - Rabbani di Surau Sri Pentas (TV3), Damansara Utama, jam 12.30 tengah hari, semalam.

Lagu 1Malaysia : Penyanyi profesional, amatur berentap

Penyanyi profesional, amatur berentap

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


KETUA Pegawai Eksekutif Celcom (M) Berhad, Datuk Sri Shazalli Ramly, Ahmad Izham dan Seelan bersama finalis dan mereka yang terbabit menjayakan kempen Pencarian Hot FM Lagu 1Malaysia.

Tarikh tutup undian Pencarian Hot FM Lagu 1Malaysia pada 26 Ogos

SEBANYAK 10 daripada 350 penyertaan yang diterima daripada kempen Pencarian Hot FM Lagu 1Malaysia dipilih ke peringkat akhir merebut peluang wang tunai bernilai RM5,000 yang ditawarkan kepada juara.

Apa yang menariknya, pertandingan ini bakal menyaksikan pertarungan di antara komposer serta penyanyi profesional dan amatur yang berentap merebut gelaran juara.
Pemilihan lagu terbaik ini hanya boleh dibuat melalui undian secara talian menerusi sesawang rasmi Hot FM di www.hotfm.com.my. Tarikh tutup undian adalah pada 26 Ogos sementara pemenang diumumkan pada 31 Ogos nanti sempena Hari Kemerdekaan ke-52.

Ketua Rangkaian Radio Media Prima, Ahmad Izham Omar berkata, pemilihan ke semua 10 peringkat akhir ini tidak hanya dibuat oleh Media Prima Berhad (MPB) tetapi turut membabitkan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Katanya, kriteria pemilihan tidak terletak kepada populariti artis tetapi 10 lagu yang terpilih itu dinilai kepada melodi serta liriknya.

“Lagu yang kami pilih pertamanya perlu menarik supaya sesuai untuk disampaikan oleh pancaragam atau ketika konsert, setelah kami mengenal pasti 30 lagu yang terbaik barulah kami melihat liriknya. Apa yang mengejutkan kami, pihak jabatan sendiri mencari lagu yang moden sesuai dengan aliran muzik semasa.

“Kami amat berbangga kerana usaha Hot FM mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pada mulanya, kami meminta supaya Perdana Menteri yang memilih pemenang tetapi beliau menyarankan supaya masyarakat Malaysia diberikan hak untuk memilih kerana lagu itu kelak ditujukan khas untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi Hot FM, Seelan Paul menafikan penyenaraian pendek artis dan komposer profesional terletak di tangan mereka, sebaliknya turut membabitkan pihak JPM. Beliau bagaimanapun berkata, pembabitan komposer mahupun artis terkemuka tidak menjamin kemenangan mudah kepada mereka.

“Ketika kami mengumumkan senarai finalis Rabu lalu, maklum balas yang kita terima tidak banyak yang berpihak ke arah komposer terkenal. Saya percaya pendengar Hot FM sedar ini bukannya pertandingan yang mengetengahkan artis popular tetapi kempen 1 Malaysia.

“Kempen ini sebenarnya meletakkan semua peserta dalam satu kelas yang sama, tidak ada istilah siapa yang profesional dan amatur. Pada tahap ini mereka semuanya sama saja, semuanya memiliki bakat serta kebolehan tersendiri,” kata Seelan.

Menurut Seelan lagi, pada mulanya mereka tidak berharap kempen yang dicetuskan secara spontan oleh Faizal Ismail dan Fara Fauzana akan mendapat sambutan menggalakkan. Malah ketika peringkat saringan, mereka hanya menjangkakan hanya empat buah lagu saja yang menepati kriteria tetapi mengejutkan apabila lebih 30 buah lagu menarik yang diterima mereka.

Lagu yang akan dipilih sebagai lagu 1 Malaysia terbaik tidak hanya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 25,000 tajaan Xpax, tetapi juga berpeluang merakamkan muzik video yang bakal ditayangkan di televisyen.

Kempen Pencarian Hot FM 1 Malaysia lahir secara spontan apabila penyampai radio itu, Fara Fauzana mencabar Faizal supaya menghasilkan lagu patriotik yang bersesuaian dengan generasi baru apabila melihat masyarakat masih lagi menyanyikan lagu patriotik lama ketika menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Manchester United dan Malaysia. Faizal menyahut cabaran berkenaan dan berjaya menghasilkannya dalam tempoh tiga hari, dari situ maklum balas positif diterima daripada pendengar Hot FM mendorong stesen berkenaan menganjurkan kempen berkenaan. Lebih membanggakan penyertaan diterima dari masyarakat berbilang bangsa.

Kerjasama tubuh sekolah filem

Kerjasama tubuh sekolah filem

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


AHMAD bertukar dokumen MoU dengan Pengarah Eksekutif Scientific Arts Capital, Alfred Sia sambil diperhatikan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin dan Abdul Wahab (kanan).

Peluang lepasan diploma, ijazah lanjut pelajaran

DENGAN matlamat melahirkan lebih ramai penggiat filem profesional, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mengadakan kerjasama bersama Orange International College (OIC) dan Scientific Arts Capital bagi merealisasikan penubuhan Sekolah Filem dan Teknologi di kolej itu.

Pewujudan sekolah itu atas kesedaran ramai graduan yang tercari-cari lokasi terbaik untuk mempraktikkan teori yang dipelajari ketika di kolej mahupun universiti. Begitu juga ramai lepasan institusi pengajian tinggi yang bekerja dalam bidang bukan dipelajari mereka, berikutan peluang agak terhad.

Lalu, dengan adanya sekolah filem ini, diharap lepasan diploma mahupun ijazah, serta mereka yang berminat dalam industri pembikinan filem tidak perlu risau mengenangkan masa depan mereka selepas tamat pengajian.

Ketua Pegawai Eksekutif OIC, Abdul Wahab Badaruzaman, berkata ramai bekas pelajar perfileman tidak mempunyai kepakaran atau kurang terlatih apabila tamat pengajian.

"Justeru, kami menyediakan tempat untuk golongan ini, serta mereka yang berminat dalam dunia perfileman, tidak kiralah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ataupun universiti, untuk mempraktikkan teori yang dipelajari," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman itu di Finas, Hulu Klang, baru-baru ini.

Menurutnya, tempoh kursus akan berlangsung tiga hingga enam bulan dengan tenaga pengajarnya disediakan FDAM, yang kini memiliki lebih 300 anggota dengan 16 orang daripadanya pemegang ijazah doktor falsafah.

Abdul Wahab memberitahu, kursus perfileman yang ditawarkan di kolej terbabit ialah suntingan, penulisan skrip, pengarahan, animasi, lakonan dan videografi.

"Seramai kira-kira 40 pelajar dijangka mendaftar untuk peringkat permulaan ini, pada November depan. Abdul Wahab berkata, sijil tamat kursus yang disediakan kolej itu diiktiraf kerajaan.

Bagi membantu FDAM menjayakan kursus berkenaan pula, persatuan terbabit turut mendapat sokongan Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima).

Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim berkata, selepas Aidilfitri nanti, seramai 25 tenaga pengajar daripada ketiga-tiga persatuan terbabit akan diberikan latihan selama dua minggu sebelum mereka memulakan tugas pada Januari tahun depan.

Pengerusi Eksekutif OIC, Tan Sri Yahaya Ibrahim pula berkeyakinan kursus perfileman yang ditawarkan mereka muncul usaha yang bakal mencapai kejayaan berikutan wujudnya ramai pakar dalam bidang berkenaan dalam persatuan terbabit.

Dengarnya...: Filem lakonan Fazura ditayangkan 5 November

Dengarnya...: Filem lakonan Fazura ditayangkan 5 November


Fazura berlakon dalam filem Pisau Cukur.

BEBERAPA hari lalu, rakan Cik Normah ada berborak dengan orang kuat Primeworks Studios, yang sebelum ini bertanggungjawab menghasilkan filem Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Khabarnya, banyak lagi projek menarik bakal diusahakan syarikat penerbitan dan pengedaran filem ini untuk tahun depan.

Primeworks juga nampaknya selesa dengan projek usaha sama beberapa syarikat lain dalam penghasilan filem. Dengan cara itu, katanya, penjimatan kos boleh dilakukan. Dalam keadaan pasaran filem Malaysia yang belum begitu besar ini, tindakan itu tentulah antara cara terbaik untuk meneruskan pembangunan industri filem tempatan.

Khabarnya, projek seterusnya membabitkan usaha sama antara Primeworks dengan Red Films yang sebelum ini turut bekerjasama dengan mereka menghasilkan Pisau Cukur. Dua lagi syarikat yang akan sekali lagi bekerjasama dengan Primeworks ialah Skop Productions dan Lineclear Motion Pictures.

Ketiga-tiga syarikat terbabit memang sudah sering bekerjasama dengan Primeworks. Jadi, mereka memang saling memahami antara satu sama lain. Sebuah lagi syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan mereka ialah KRU Studios.

Selain Pisau Cukur lakonan Maya Karin, Fazura dan Aaron Aziz yang akan ditayangkan 5 November ini, dua lagi filem yang sudah pun disiapkan bersama Lineclear, Dua Hati Satu Jiwa dan Empat Madu bakal menemui peminat pada tahun depan.

Disember ini pula, Primeworks dikatakan bakal menyaksikan filem usaha samanya bersama syarikat penerbitan dari Thailand, Sanctuary, ditayangkan di negara ini. Filem yang dibintangi pelakon Thai dan Hollywood itu menjenguk pawagam di negara Gajah Putih terbabit pada Oktober depan.

Primeworks juga khabarnya kini dalam proses terakhir menghasilkan filem I Not Stupid dalam versi Melayu. Filem yang dibuat berdasarkan komedi popular dari Singapura terbitan 2002 itu bakal diarahkan sekali lagi oleh sutradara asalnya, Jack Neo. Sebuah lagi filem komedi berjudul Where Got Ghost? juga bakal diterbitkan oleh Primeworks tahun depan.

Jejak Rasul kembali lagi dengan paparan Sirah Anbiya

Jejak Rasul kembali lagi dengan paparan Sirah Anbiya

SEBAGAIMANA kurma dan dan bazaar Ramadan menjadi penyeri sambutan bulan puasa, begitu juga dengan program di TV3, Jejak Rasul yang menjadi santapan rohani setiap kali menjelangnya bulan yang mulia ini.

Mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3, Jejak Rasul adalah dokumentari ilmiah yang popular kerana memaparkan peninggalan para anbiya selain peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul.

Kali ini, Jejak Rasul - Sirah Anbiya yang disiarkan sebanyak 29 episod ini menemui penonton TV3 sepanjang Ramadan setiap hari jam 6 petang mulai, esok.

Sirah Anbiya’, dokumentari sejarah berkonsep kembara jalanan atau travelogue ini adalah pembikinan semula siri Jejak Rasul musim pertama. Bagaimanapun, kali ini pengisiannya lebih segar dan bermaklumat.

Sejak diperkenalkan 14 tahun lalu, Jejak Rasul 1 memberi kesan amat berkesan kepada penonton dan industri dalam pembikinan dokumentari berbentuk ilmiah.

Siri pengenalan Jejak Rasul ini terus menjadi permintaan ramai dan selepas lebih sedekad menemani penonton, lokasi-lokasi Jejak Rasul yang masih menjadi sebutan penonton setia siri ini kembali dikunjungi oleh krew penerbitan Jejak Rasul.

Bersempena sambutan ulang tahun TV3 yang ke 25 ini, Jejak Rasul 15 kembali menerokai lokasi bersejarah yang pernah dilawati seperti Syria, Mesir, Jordan, Israel, Turki, Arab Saudi dan Yemen.

Jejak Rasul 15 akan mengupas sejarah Nabi dan Rasul juga kisah-kisah penuh pengajaran yang disebut dalam al-Quran dan Sunnah. Bersesuaian dengan lokasi penggambaran yang bersejarah, warna kehidupan masyarakat tempatan juga akan turut dipaparkan merangkumi latar belakang sejarahnya, budaya serta bahasa.

Siri 29 episod ini membawakan kisah bersumberkan al-Quran dan Sunnah disokong dengan fakta dan kajian ilmiah serta disampaikan oleh pengacara berwibawa, Ahmad Noor Sulaiman.

Penerbit Jejak Rasul Musim ke-15, Jasmi Shahir berkata, siri kali ini memberi tumpuan kepada semangat yang ditunjukkan oleh Rasul serta pengajaran yang boleh didapati daripada sejarah.

Kisah-kisah para Rasul ini dapat dilihat dengan jelas lagi melalui siri Jejak Rasul selain dari mengetahui peristiwa yang bersejarah melalui al-Quran dan Hadis. Ayat-ayat suci al-Quran dan Hadis menerangkan perjuangan para Rasul dan sahabat demi menegakkan syiar Islam seperti rintangan yang terpaksa dihadapi ketika berdakwah, kesusahan dan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh mereka serta pencapaian dalam menyebarkan agama Islam.

Penggambaran yang dijalankan selama 100 hari ini bukan saja menerokai peristiwa sejarah para Rasul seperti yang dinyatakan di dalam Quran dan Sunnah tapi turut memaparkan pemandangan, rakyat tempatan dan lokasi-lokasi yang dilawati sepanjang pengembaraan di serata pelusuk bumi Anbiya’.

Khusus buat penonton setia TV3, pastikan petang anda terisi sepanjang bulan Ramadan ini dengan menonton Jejak Rasul 15 -Sirah Anbiya.

Raja Ramilah Raja Mohamad : Bukan suka-suka

Bukan suka-suka

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my


PERTAMA kali bersua dengan pelakon dan pengacara, Raja Ramilah Raja Mohamad, 24, atau Ilya pasti ada yang perasaan wajah gadis dari Ipoh, Perak ini seperti bintang Bollywood.

Gadis berkulit gelap dengan penampilan ranggi menjadi tarikan kepada Ilya yang pernah berkhidmat di awan biru sebagai pramugari bersama Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) lebih empat tahun lalu.

Menurut Ilya, pembabitan dalam drama dan filem yang pada mulanya sekadar ingin mencuba, akhirnya menimbulkan minat mendalam untuk berkecimpung dalam dunia seni.

Gadis berdarah Melayu-Malayalam yang fasih berbahasa Tamil, Inggeris dan Melayu ini mengambil keputusan nekad untuk menjadikan dunia seni sebagai karier utamanya.

"Ketika masih berkhidmat sebagai pramugari, saya sudah mula berjinak-jinak dalam dunia seni dengan menghadiri beberapa uji bakat sekitar 2007.

"Sehingga saya mengambil keputusan nekad untuk tidak menyambung kontrak dengan MAS tahun lalu. Sebaliknya memilih untuk terbabit sepenuh masa dalam dunia seni.

"Pembabitan dalam bidang seni bukan sekadar suka-suka, sebaliknya saya mahu menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama. Keputusan itu juga didorong keinginan untuk mencari cabaran baru. Cukuplah pengalaman bertugas lebih empat tahun sebagai anak kapal," kata Ilya ketika berkunjung menjayakan sesi fotografi di Studio NSTP, Bangsar, baru-baru.

Dia yang menyertai uji bakat pertama bersama KL Motion Picture membuat kemunculan pertama di layar kaca menerusi telemovie, Malam Tujuh Likur terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, dua tahun lalu.

Bakatnya turut diintai produksi antarabangsa apabila membintangi drama Tamil, Tup Periyum Pulli dan Be Brave 2 (telemovie Inggeris).

Di samping lakonan, Ilya terbabit dalam bidang pengacaraan. Bermula dengan program majalah permotoran, X Tune, dia mula mendapat tempat mengendalikan beberapa program bercorak majalah wanita seperti Anggun Pesona di TV2.

Pengacaraan dan lakonan dua bidang yang cukup diminati. Malah, Ilya menyifatkan pembabitan dalam dunia seni bukan sekadar mengejar populariti. Sebaliknya, menganggap pembabitan serius didorong keinginan untuk menyumbang sesuatu seterusnya meraih anugerah dalam dunia seni.

"Memang sukar untuk pendatang baru seperti saya menceburi dunia lakonan. Sebagai orang baru dalam bidang ini, saya perlu rajin berusaha. Perlu sentiasa cuba menyertai sesi uji bakat.

"Bukan mudah untuk meyakinkan seseorang penerbit dan pengarah sesebuah produksi. Tambahan pula, orang baru seperti saya ini.

"Sehinggakan ada yang cuba mengambil kesempatan dan beranggapan serong kepada orang baru seperti saya. Bukan semua pendatang baru dalam dunia seni mudah diperkotak- katik. Perkara ini sedikit sebanyak mencemarkan imej dunia seni itu sendiri," katanya.

Mengakui mungkin kelebihannya kerana menguasai bahasa Tamil, selain bakat semula jadi dalam dunia seni turut memberi ruang untuk bertapak dalam arena seni tanah air.

Ilya juga pernah mendapat tawaran daripada produksi Bollywood. Biarpun ada keyakinan untuk menyambar peluang yang diberikan, dia lebih suka bersikap realistik memikirkan soal masih cetek pengalaman dan mahu membina nama di negara sendiri terlebih dulu sebelum melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.

Selepas Tup Periyum Pulli, dia turut ditawarkan membintangi sebuah lagi telemovie Tamil, Agguran arahan Shanjay Perumal serta menjayakan program Astro Vaanavil sempena Hari Kebangsaan.

Ilya menyifatkan impian sejak kecil untuk berkhidmat di awan biru sudah terlaksana. Malah kerjaya pramugari itu banyak mengajarnya untuk berhadapan dengan orang ramai dan membina keyakinan diri yang tinggi.

Padanya, biarpun jalan yang dipilih dalam dunia seni masih samar, namun dia percaya pada rezeki yang ditentukan Yang Maha Esa. Justeru, baginya setiap tawaran yang diberikan tidak mahu dipersiakan atau ditolak mentah-mentah. Dia bersyukur kerana sejak terbabit dalam dunia seni, rezekinya tidak pernah putus malah ada saja tawaran yang datang.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk tampil dalam dunia seni. Saya sememangnya tidak kisah ditawarkan apa saja watak sama ada kecil atau besar.

"Kalau boleh, setiap peluang yang diberikan akan saya terima. Malah kadangkala saya rasa tidak puas hati apabila tidak dapat menerima tawaran yang diberikan disebabkan terikat dengan komitmen lain.

"Setakat ini, saya sudah mencuba pelbagai watak seperti gadis kampung, gedik dan watak wanita tua. Kalau boleh, saya memang mahukan watak yang mencabar seperti tomboi dan orang kurang siuman," katanya.

Dengan hanya bersandarkan pengalaman membabitkan diri dalam bidang teater ketika zaman persekolahan, Ilya boleh dilabel sebagai generasi pelapis dalam dunia lakonan. Malah sikap mahu mencuba sesuatu yang berbeza membawa kepada pembabitannya dalam bidang itu.

"Memang saya tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ini. Hanya bersandarkan minat. Berlatih sendiri menerusi pengalaman menyertai pelbagai uji bakat selain melalui tawaran yang diterima. Pada saya, latihan paling bagus ialah menerima banyak tawaran bekerja.

"Saya sendiri mengakui mendapat banyak pengalaman dalam setiap pekerjaan yang saya lakukan. Namun, setiap tawaran yang diterima perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan jangan secara sambil lewa. Saya sentiasa menilai setiap kelemahan dalam karakter lakonan supaya dapat menampilkan yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.

PROFIL

NAMA PENUH: Raja Ramilah Raja Mohamad

NAMA KOMERSIAL: Ilya

TARIKH LAHIR: 11 Julai 1985

TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak

ADIK-BERADIK: Anak keempat daripada empat beradik

PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Perak

KARIER: Pengacara dan pelakon

PENGACARA: Pesona Anggun, Akademi 1001 Rasa Baba's, X Tune, Zero To Hero, Fight School

DRAMA: Malam Tujuh Likur, Kekasihku Seru, Penghujung Rindu, Pantai Keramat, Biru Cinta Laguna, Majal, Tup Periyum Pulli (Tamil) dan Be Brave 2 (Inggeris)

FILEM: Janin

Taufik bengang dituduh kasanova

Taufik bengang dituduh kasanova

Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my


BERBEKALKAN wajah tampan, penampilan menarik serta bergaya sudah tentu menjadi igauan ramai wanita. Ditambah pula, kelunakan suaranya dalam melodikan lagu, menarik perhatian dunia muzik tempatan.

Biarpun disempadani dua negara, namun populariti penyanyi kelahiran Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah, 28, turut dirasai di sini.

Taufik yang juga seorang komposer, menganggap populariti adalah satu perkara penting dalam industri hiburan kerana tanpanya sukar bagi dia menembusi pasaran Malaysia dan dikenali ramai.

Tidak mahu dikenali berdasarkan rupa paras, Taufik yang sudah beberapa kali memenangi Artis Singapura Paling Popular di Anugerah Planet Muzik, menginginkan peminat menghargai muzik yang diperjuangkannya.

Justeru, kerana 'publisiti' akhirnya Taufik dikatakan pula seorang kasanova dan gemar bertukar pasangan berikutan dia selalu dilihat berdampingan dengan ramai wanita.

Runsing dengan kenyataan itu, namun Taufik yang ditemui selepas majlis pelancaran album terbarunya berjudul Suria Hatiku di Red Box Ria, baru-baru ini, menjawab segala pertanyaan berkisar kontroversi itu dengan tenang.

Jelas Taufik, dia tidak pernah mengamalkan sikap kasanova kerana cinta adalah satu perasaan simbolik yang sukar ditafsirkan menerusi kata-kata.

Apatah lagi, dia menghormati kehadiran wanita yang bakal bersamanya seumur hidup seperti kasih kepada ibunya sendiri.

"Kelakarlah bila dengar orang kata saya seorang 'player' memandangkan selalu keluar bersama wanita. Bagi saya, keluar dengan wanita adalah perkara biasa dan tidak semestinya kami bercinta. Kalau diikutkan, kawan baik saya sendiri seorang wanita.

"Ketika ini, saya berkawan dengan ramai wanita. Lagipun, kalau keluar dengan lelaki saja, nanti timbul pula gosip mengatakan saya ini gay. Sukar hendak menutup mulut orang. Tetapi, saya terima kerana ia menandakan pembabitan dalam dunia seni muzik disedari ramai.

"Ketika awal menerima gosip itu, sakit hati dan bengang pun ada. Tetapi, lama-kelamaan sudah biasa dan saya bukanlah seorang yang gemar mainkan perasaan wanita. Buat masa ini, saya masih belum ada teman istimewa selepas putus cinta semasa belajar di Politeknik, Singapura.

"Pedih rasanya bila kehilangan orang yang disayangi. Disebabkan itu, lagu Usah Lepaskan saya tujukan khas kepada dia. Berdasarkan pengalaman itu, banyak mengajar saya erti cinta dan berhati-hati memilih pasangan," katanya.

Suasana majlis pelancaran album keempat Taufik dilihat turut mengundang penyanyi dan pelakon, Ezlyn. Kehadiran Ezlyn di situ, menimbulkan persoalan apatah lagi apabila Taufik mendendangkan satu lagu istimewa buat gadis manis ini. Mungkinkah pasangan ini bercinta?

"Hubungan kami tidak lebih sekadar kawan baik saja. Saya kenal dia ketika membuat persembahan dua tahun lalu di Desaru, Johor Baharu. Bagi saya, dia seorang gadis baik dan mempunyai ciri-ciri wanita idaman lelaki. Senang cerita, saya senang berkawan dengannya.

"Kedatangan Ezlyn ke majlis ini sebagai tanda sokongan dan tidak lebih dari itu. Sebagai menghargai rakan artis yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini, tidak salah rasanya sekiranya menyanyikan satu lagu khas buat mereka.

"Justeru, saya harap tidak timbul pelbagai spekulasi mengenai kehadiran Ezlyn. Tetapi, kalau ada jodoh antara kami, tidak mustahil saya akan melamar Ezlyn sebagai peneman hidup bersama," seloroh Taufik.

Buah tangan terbaru Taufik berjudul Suria Hatiku sudah berada di pasaran pada 4 Mei lalu dan pertama kali berkolaborasi dengan Suria Records (SRC) untuk pengedaran dan promosi album di negara ini. Memuatkan 10 lagu bahasa Melayu, lapan adalah hasil ciptaannya dan dua daripada komposer dan penyanyi terkenal, M Nasir, album kali ini menampilkan kelainan berbanding sebelum ini.

Beritahunya lagi, memandangkan album Teman Istimewa kurang mendapat sambutan di negara ini, album terbarunya dipadatkan dengan pelbagai elemen baru yang lebih menarik dan mempertaruhkan lagu seperti Gadis Itu dan Nafasku untuk menjadi lagu hit di sini. Dua lagu yang dicipta khas oleh M Nasir, Hey dan Citra Suria turut dijangka menjadi lagu hit untuk dimainkan di stesen radio tempatan.

Mohd Azmira Mohamad Arif : Kurniaan bawa rezeki

Kurniaan bawa rezeki
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


SUARANYA yang sengau dianggap satu kekurangan dan tidak kurang menjadi bahan persendaan bagi mereka yang agaknya terlupa Ilahi menjadikan setiap manusia itu pasti ada kekurangan.

Tidak kiralah sama ada secara luaran mahupun dalaman kerana begitulah sifat kita insan biasa.

Namun, rezeki juga sudah ditentukan-Nya buat mereka yang terpilih. Masalah sengau yang dihidapi Mohd Azmira Mohamad Arif, 26, atau nama komersilnya, Azmir Ariff, sebenarnya adalah satu ‘kurniaan’ yang membawa punca rezeki.

Barangkali, di sini peluang Azmir untuk mencipta sedikit terbatas hanya kerana kekurangan itu namun, pihak luar melihatnya sebagai satu keistimewaan.

Justeru tidak hairanlah, mengapa Azmir berjaya mendapat kontrak daripada pihak Kris Media Pte.Ltd yang secara rasminya bertindak sebagai syarikat rakaman yang turut bertanggungjawab menguruskan kerjaya seninya di Singapura.

Azmir yang ditemui di majlis pelancaran album sulungnya, ‘Kurniaan’ yang diadakan di Restoran Seri Melayu baru-baru ini, ternyata begitu terharu dengan peluang yang diberikan.

“Menjadi insan bernama Azmir Ariff itu tidak mudah kerana saya sudah lelah dengan kata-kata cacian orang yang memandang rendah bakat saya.

“Namun, saya percaya selagi niat kita ikhlas dan sentiasa berusaha, Insya-Allah segala yang diusahakan akan tercapai walaupun payah.

“Terus-terang saya sebenarnya tidak menyangka memperoleh peluang ini apatah lagi, tawaran itu datangnya dari syarikat rakaman dari Singapura. Alhamdulillah, mungkin ini dikatakan nikmat hasil penat lelah selama ini,” katanya.

Pada acara yang indah itu, Azmir sempat menghiburkan tetamu menerusi rangkaian lagu seperti Maafkan Aku, Zapin Kelana, Misteri Cinta Saksi dan Cinta Jasmin.

Sepanjang persembahan, dia kelihatan gementar sehingga hilang kata-kata barangkali kerana tidak menyangka penantian lebih setahun menyiapkan pembikinan album ini berakhir.

“Saya ingat akan menyerah kalah sebelum majlis ini diadakan kerana ada masanya saya fikir saya tidak mampu menghadapi cabaran dan tohmahan menjadi anak seni.

“Syukur, saya masih teguh berdiri dan diberi kekuatan. Kesempatan ini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua komposer yang terbabit.

“Iaitu Aidit AF3, Rafiq, Qalill, Rosdi Harun, Aesar Mustafa dan tidak ketinggalan komposer disegani ramai, Adnan Abu Hassan kerana mempercayai bakat saya. Tanpa mereka ini, album ini pasti tidak mampu dihasilkan.

“Tidak lupa juga media cetak dan elektronik khususnya stesen radio kerajaan dan swasta yang sudi memutarkan lagu-lagu saya,” katanya.

Pengalaman komposer yang bekerjasama dengannya turut ditanya di majlis pelancaran itu dan seorang daripada mereka iaitu Aidit AF3 menyifatkan Azmir penyanyi yang sangat berbakat besar.

“Azmir dianugerahkan bakat semula jadi dan memiliki ciri-ciri ikon yang boleh dijadikan inspirasi serta contoh kepada masyarakat kerana sifatnya yang merendah diri.

“Selepas tamat AF3, saya bergiat aktif dalam bidang penciptaan lagu dan sudah merakamkan banyak single penyanyi tempatan terutamanya bintang Akademi Fantasia.

“Apa yang istimewanya mengenai Azmir walaupun dia mempunyai masalah sengau, dia mampu menyelesaikan proses rakaman untuk satu lagu kurang daripada dua jam.

“Sedangkan artis penyanyi ‘normal’ lain yang pernah bekerjasama dengan saya ada yang terpaksa mengambil masa tujuh jam untuk satu sesi rakaman,” katanya sambil dipersetujui seorang lain komposer, Rafiq.

Sementara itu, wakil Kris Media Pte Ltd, Aiman Amani, pula menambah, kali pertama menyaksikan persembahan Azmir, pihaknya cukup mengagumi bakat pemuda kelahiran Pulau Mutiara, Pulau Pinang itu.

“Tiada apapun kekurangan pada pemuda ini bahkan suaranya yang merdu dan nyanyiannya itu lebih baik daripada kebanyakan penyanyi lain sehinggakan kita tidak akan menyangka Azmir ada rahsia di sebalik kehebatan suaranya itu.

“Selaku syarikat rakaman kami akan memastikan yang terbaik buat Azmir dan sekarang ini pun beberapa acara sudah direncanakan untuk mempromosikan namanya di Singapura.

“Misalnya pada 11 Oktober nanti Azmir akan membuat persembahan ‘Hi Tea Salam Lebaran Singapore Bersama Rosyam Nor’,” katanya.