Sunday, August 23, 2009

HIBURAN : AHAD 23 OGOS 2009

Ziela Jalil nafi kahwin lagi
KUALALUMPUR 22 Ogos - Pelakon dan penerbit drama terkenal, Ziela Jalilmenafikan spekulasi yang beliau sudah mendirikan rumah tangga kalikedua selepas kematian suaminya hampir dua tahun lalu.






Sherry selepas kecewa
NAMANYA mungkin baru tetapi dia sebenarnya sudah mencipta satu empayaruntuk berada kukuh dalam dunia lakonan. Itupun selepas membuatkeputusan meninggalkan kerjaya sebagai pramugari dengan sistemPenerbangan Malaysia (MAS).


Iqbal Mazlan bukan hero lembik
RAMAIyang terkejut apabila Muhammad Iqbal Mazlan, 20, diumumkan sebagaijuara Pilih Kasih, sebuah program realiti terbitan bersama Suhan Moviesdan RTM Ahad lalu.

SITIJARUM
Ayat-ayat klise yang paling memualkan Siti ialah, “Ala kritiklah, kamiprofesional. Kami tak kisah punya.” Ayat itu dihamburkan dalam keadaansetengah sedar. Bunyi ayat-ayat setengah sedar ini sangat manis danmolek sekali. Kita yang dengar pun kembang telinga macam telinga gajahsebab orang kita dah boleh terima kritikan.

Reaksi Pembaca
Mana ada uji bakat? Saya merujuk kepada omelan SJ minggu lepas tentanguji bakat. Untuk pengetahuan SJ, sekarang ini mana ada uji bakat. Caripelakon pakai tangkap muat saja.

Pengacara mana fitnah Misha & Mimie?
PETANG Rabu lepas kebetulan Niezam terbuka laman sembang Facebook danterbaca keluhan Mimie, kakak kepada penyanyi Misha Omar. Dalam ruangankomen status itu Mime menegur seorang artis supaya jangan membuatfitnah terhadap dia dan juga adiknya itu.

Kaki bengkak kerana makhluk halus?
Dahhampir dua bulan pelakon drama Shahriza Mahmud menderita kakinyabengkak diserang landak laut semasa menyelam di Pulau Perhentian,Terengganu.

Masih kecoh dengan Papita
MESYUARAT Agung Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air(Papita) pada 15 Ogos lalu sebulat suara memilih Datuk M. Daud sebagaipresiden. Tahniah.

“Tak kelaslah makan tepi jalan”
KRING KRING (KK): Hai Niezam? Selamat berpuasa. Mudah-mudah you puasa penuh tahun ni.


Aura Singapore Idol
SELEPASempat tahun memenangi Singapore Idol, nama Taufik Batisah begitusinonim di negara kelahirannya, Singapura. Kini perjalanan Taufiksemakin laju apabila cuba menakluk hati peminat yang ada di Malaysiapula.


Pekin lupakan soal cinta
DALAMorang dok berteka teki tentang hubungannya dengan Ayu Raudhahrupa-rupanya Pekin ada projek lain. Lupakan soal cinta sebab Joyahdengar Pekin sekarang sibuk dengan kerja-kerjanya bersama syarikatsendiri, Indeworkshop yang dikongsi bersama rakannya.

LPF terkejut dakwaan David Teo
KEMELUTmengenai filem Remp-It V3 terbitan MIG Production Sdn. Bhd. menjadisemakin panas apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendedahkan bahawamereka belum menonton filem tersebut.

Umie Aida teruja ke IB
JOYAHmemang sudah lama mendengar Umie Aida bercita-cita untuk beraksi diPanggung Sari, Istana Budaya (IB). Iyalah ramai yang menanti untukberkarya di sana dan Umie Aida merupakan salah seorang aktres yangsudah lama mengidam untuk beraksi di IB.

Teater pendek membuahkan hasil
IAjulung kali diadakan dan diusahakan dalam tempoh yang singkat - hanyatiga minggu, menariknya pementasan Teater Anugerah Merdeka 2009 bukansahaja memenuhi matlamat, lebih penting mendapat sokonganmemberansangkan daripada penggiat dan peminat.


Ahli Fiqir tanpa Tukang Kata
BERJAYAKAHAhli Fiqir tanpa Tukang Kata? Itulah soalan pertama yang bermain difikiran tatkala melihat hanya tiga anggota Ahli Fiqir meneruskankesinambungan yang dimulakan lima tahun lalu.

Rumah tangga Scarlett bergoyang?
SETELAHmenyepi buat seketika, tiba-tiba perkahwinan Scarlett Johansson danRyan Reynolds menjadi perbualan umum. Pasangan itu bernikah secarasenyap pada September lalu dan dikatakan sering bertengkar apabilabertemu.


Fergie mahu anak cepat
AHLI kumpulan Black Eyed Peas, Fergie bersedia memikul tanggungjawabseorang ibu dalam tempoh terdekat dan keinginan itu memeranjatkansuaminya, Josh Duhamel.

Jay Chou berlakon Green Hornet
SETELAHsekian lama spekulasi mengenai pelakon yang layak menggantikan watakKato dalam filem Green Hornet akhirnya terjawab apabila pengarah filemberkenaan, Michel Gondry memilih Jay Chou.

Mugdha Godse risau ibu bapa
PELAKONMugdha Godse yang berada di Mauritius kerana menjalani penggambaranfilem seram terganggu apabila mendapat tahu tempat tinggal kedua ibubapanya di Pune mencatatkan kematian tinggi akibat selesema babi.

Dewi Perssik kalahkan Asep
SIGoyang Gergaji, Dewi Perssik sekarang mampu menarik nafas lega apabilakes tuntutan mantan pembantunya selesai. Majlis Hakim Pengadilan NegeriJakarta Utara menolak tuntutan yang dibuat oleh Asep Komaruddinterhadap penyanyi dangdut ini.


Ashraf nafi hubungan dengan Nabila
DRAMAbersiri, Cinta dan Anugerah menemukan dua bintang yang terkenal, AshrafSinclair dan Nabila Syakieb. Mereka membawa peranan penting dalam dramaini iaitu sebagai Reza dan Nabila.


Apa cerita Akhil-Waheeda?
SAYAterpanggil untuk menulis dalam ruangan Bukan Nak Kata selepasmengetahui tentang pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda. Sebagai saudarasesama Islam, saya mendoakan kebahagiaan mereka dan mengharapkanperkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat.

Terhibur dengan Kieran dan AG
SAYAadalah salah seorang pendengar setia Hot Fm. Saya ingin mengucapkanterima kasih dan tahniah buat pasangan DJ Kiran & AG kerana celotehbersahaja mereka membuatkan saya tidak terasa letih memandu pulangdalam keadaan jalan sesak.


Nikki terlupa sudah kahwin
HAI Nikki, saya merupakan salah seorang daripada peminat anda dan amatmeminati vokal gemersik yang anda. Saya ada beberapa soalan dan sangatberharap Nikki dapat menjawabnya.


Hanyut epik latar kurun ke-19
GAMBARANfilem Almayer‘s Folly atau Hanyut arahan pengarah keturunan Melayu yangberpendidikan filem di New York, U-Wei Haji Saari semakin jelas kerananaskah tersebut menggunakan genre epik dan berkaitan dengan sejarah.


Akar budaya melalui lukisan
MASYARAKATMelayu sememangnya kaya dengan khazanah warisan sejak zaman berzamanmerangkumi pelbagai aspek kehidupan. Keindahan budaya dan cara hidupyang melingkari kehidupan masyarakat Melayu semakin terhakis sedikitdemi sedikit atas pelbagai faktor dan tidak mustahil semua ini hanyaakan tinggal sejarah jika tiada usaha dilakukan oleh semua pihak.


Tiada yang sempurna - Aleeza
KISAHrumah tangganya terus diperkatakan. Tidak bahagia, itulah ungkapan yangkerap dilemparkan kepada perkahwinan aktres/model Aleeza Kassim dengansuaminya, Mohd. Fauzi Che Rus.






Belum sedia untuk glamor
YUNA, pertama kali mendengar nama dan lagu-lagunya, ramai anak mudamengklasifikasikan penyanyi bertudung ini sebagai 'jarang ditemui'. Diagadis yang bermain gitar dan menyanyi serta punya grup sendiri. Yunamencipta gelombang perbezaan dan tampil dengan pengenalan yang adatitik hitam dan putih.

'Shazlin diperdaya' - Radhi
DRAMA mahkamah pelakon, Shazlin Sharif dan penyanyi, Mohd. Radhi Razaliberlaku lagi. Jika sebelumnya disebabkan kegagalan Radhi hadir kemahkamah, namun munculnya Radhi telah membikin kecoh.

Diddy elak pakai topi
DIDDY HIRDY - begitu predikat komersial penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) tiga tahun lalu.

Bosan tanpa kontroversi
MENJADI anak Singapura yang berjaya meloloskan diri dalam pasaranindustri lakonan Malaysia, Ady Putra tidak mempunyai masalah untukmendapat peluang berlakon dalam pelbagai drama dan filem.

MTV World Stage 2009 - Pentas Malaysia untuk dunia
SEBUAHproduksi berskala besar dan bertaraf dunia dipersembahkan dari bumiMalaysia untuk penonton di seluruh dunia - MTV World Stage 2009 diSunway Lagoon.

Rianty khusyuk beribadat
TIDAK semua selebriti bergiat aktif pada bulan puasa. Malah ramai yang tidak mempunyai pekerjaan langsung sepanjang Ramadan.

Lagu untuk mangsa taufan
LEBIH 100 orang artis Hong Kong termasuk pelakon, Andy Lau berhimpunbagi merakamkan sebuah lagu khusus untuk mengumpul dana mangsa TaufanMorakot yang melanda Taiwan, baru-baru ini.

Tam tunang Aida
DALAM diam-diam rupa-rupanya Tam Spider sudah pun menjadi tunangankepada Aida Mustaffa, 28. Mereka mengadakan majlis pertunangan secarasederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu.


Zizan dan gadis bertudung
TEMPOH hari teman Diva, Barrymore, lepak-lepak di Restoran Pelita diBangsar. Dalam ramai-ramai orang yang datang makan di kedai mamaktersebut, dia ternampak dua pasangan duduk di sebuah meja. Diamatilama-lama rupa-rupanya Zizan dan temannya dengan pasanganmasing-masing.

'Sorry I tak layan'
DIVA betul-betul terkejut dengan perubahan seorang pelakon yang juga hos rancangan popular ini.

Ramadan tanpa gosip
SAYA merupakan peminat setia drama-drama televisyen. Sempena bulanpuasa ini saya harap pihak televisyen mahupun produksi akan mempamerkanproduk-produk yang berkualiti dan membimbing ke jalan yang positif.Malah lebih afdal kalau banyakkan cerita tentang Nabi dan Islam.







Tak mudah jatuh cinta
MEREKA jelita. dua pelakon muda ini sering menjadi dambaan ramai jejaka. Ramaiyang cair hati melihat aksi fizikal dua gadis ini. Dek kerana rupaparas yang menawan itu jugalah Diana Danielle Danny Beeson, 18, dan danNor Fouziah Mohd Gous, 27, sering menjadi mangsa kontroversi dandipalit dengan pelbagai gosip cinta dan dituduh ada hubungan denganbeberapa lelaki kenamaan.

'Anur Aminah, Tiz Zaqyah tak sama'
POPULARITI drama bersiri terbaru arahan Khabir Baktiar, Nur Kasih sebanyak 26episod mulai 29 Mei lalu di TV3, mencapai rating membanggakan. Lakonanaktres jelita yang juga bakat baru, Tiz Zaqyah, 21, di sisi aktor, RemyIshak berjaya meronta jiwa penonton. Lakonannya berbekas di jiwapenonton.

Jamal Abdillah bengang
SALAM Ramadan untuk semua pembaca B*Pop yang beragama Islam. Mudah-mudahanamalan kita di bulan penuh keinsafan ini mendapat keberkatan dankeredaan daripadaNya

Diddy Hirdy elak pakai topi

Diddy elak pakai topi




DIDDY HIRDY - begitu predikat komersial penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) tiga tahun lalu.

"Saya mahu berdiri di atas kaki sendiri dengan mencicirkan brand lain. Jadi, saya memilih untuk membawa nama sendiri iaitu Diddy Hirdy," kata pemuda berusia 24 tahun ini tanpa mengetepikan rasa terima kasih terhadap AF kerana menjadi platform buat dia menjadi anak seni.

Muncul dengan single terbaru yang diberi nama Lelaki Atas Awan karya Bad Hisham dan lirik oleh Abie, kata Diddy lagu berentak balada ini mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya yang sedang bahagia kerana kerjaya biar tidak segah artis lain.

"Saya juga masih bahagia bersama tunang saya," katanya yang sudah tiga tahun mengikat pertunangan dengan sahabat zaman persekolahannya.

Agenda seninya pada Ramadan ini diisi dengan rakaman dua buah lagu untuk melengkapkan albumnya yang dijangka dipasarkan pada hujung tahun termasuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim.



Yuna : Belum sedia untuk glamor

Belum sedia untuk glamor




YUNA, pertama kali mendengar nama dan lagu-lagunya, ramai anak muda mengklasifikasikan penyanyi bertudung ini sebagai 'jarang ditemui'. Dia gadis yang bermain gitar dan menyanyi serta punya grup sendiri. Yuna mencipta gelombang perbezaan dan tampil dengan pengenalan yang ada titik hitam dan putih.

Selain single Dan Sebenarnya mendapat puji-pujian, kisah Yuna yang attitude memadai untuk dia meraih perhatian ramai. Membuat temu janji dengan Yuna kadangkala menyukarkan pihak wartawan malah menyebabkan kerja tertangguh.

Pada telahan saya, ia mungkin berpunca daripada pengurusan kerjayanya yang kurang teratur atau Yuna sendiri mengalami kejutan dunia glamor yang menerpanya secara tiba-tiba. Lalu saya tanyakan kepada gadis berusia 22 tahun ini tentang perkara itu.

"Saya akui perkara yang paling mengejutkan adalah perhatian yang luar biasa terhadap saya. Pada mulanya saya tidak faham kerana saya bukan penyanyi power house seperti Jaclyn Victor mahupun bintang Akademi Fantasia.

"Tiba-tiba orang bercakap tentang Yuna, Yuna, Yuna dan saya terkejut dalam syukur," ujarnya yang memakai topeng pada acara MTV World Stage 2009 di Sunway Lagoon, baru-baru ini.

Yuna mengakui dia seorang yang agak serius dan pendiam. "Kalau orang tidak bercakap dengan saya, saya susah mahu menegur. Mungkin orang anggap saya berlagak. Tapi itu sifat semula jadi saya," ucapnya.

Yuna juga membayangkan sukar menjadi anak seni kerana khalayak menyimpan pelbagai persepsi terhadap golongan ini. Namun katanya, dia hanya mahu menjual muzik dan tidak pernah memaksa orang ramai supaya menyukainya.

Dengan satu single yang meletup dan ekspektasi yang menggunung terhadapnya, Yuna berterus-terang dia belum bersedia untuk glamor.

"Orang ramai anggap saya sudah bersedia untuk ini semua tetapi hakikatnya tidak. Saya memang tidak merancang untuk masuk ke dunia hiburan arus perdana. Semuanya datang sendiri. Jujur saya katakan, saya sedikit segan dengan situasi ini," tutur Yuna.

Dibandingkan dengan Norah Jones

Saya sentuh perihal pengurusannya yang lemah. Manakan tidak, mesej pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon seringkali tidak dijawab oleh pihak Yuna.

Lalu dia menyatakan, Pa'an selaku pengurusnya kini sebenarnya turut sibuk dengan grup dan pembelajarannya di UiTM Shah Alam. Itulah antara punca komunikasi Yuna dengan pihak lain kurang lancar.

"Sekarang saya sudah melantik sepupu saya, Wawa, sebagai pembantu peribadi. Saya tidak percayakan khidmat orang luar," ujarnya mahu menjernihkan suasana.




Gadis bernama Yunalis Zarai ini minat menyanyi sejak berusia enam tahun. Dia yang dihantar ke kelas piano oleh ibunya kemudian berhenti kerana kurang minat.

Yuna membikin lagu pertama pada usianya 15 tahun sebelum bakatnya terhenti seketika. Dia muncul lagi beberapa tahun selepas itu.

Dalam masa yang sama, dia tekun belajar bermain gitar. Itulah asal-usul kenapa Yuna membawa gitar apabila membuat persembahan sekarang.

Maka dengan segala kecintaannya terhadap bidang seni dan berkiblatkan vokalis wanita seperti Feist, Alanis Morrisette, The Cardigans, Lisa Loeb, Fiona Apple, Norah Jones, Tori Amos, Janis Joplin, Lisa Hannigan dan Tegan & Sara, Yuna memasukkan semua unsur tersebut ke dalam pengaruh muzik dan vokalnya.

Sejak album mininya dilancarkan 10 bulan lalu, kelibat wanita bertudung ini juga semakin mudah ditemui di persembahan-persembahan gig.

Di samping menyanyikan single hitnya, lagu yang kerap dibawakan Yuna termasuk Deeper Conversation, Backpacking Around Europe, After Midnight dan Blue Sands.

"Saya tak sangka dibandingkan dengan penyanyi serba boleh Amerika, Norah Jones. Mungkin kerana tona suara yang sama dan cara menyanyi yang relaks, maka kami disamakan.

"Tapi itu menjadi picu untuk saya terus menyanyi. Kalaulah saya boleh menjadi sebagus Norah Jones, saya akan membuat material yang lebih baik untuk pendengar," ujarnya yang turut menamakan Jonny Buckland, gitaris Coldplay sebagai idola.

Berduet dengan Lenka

Yuna yang merupakan anak tunggal ini menjelaskan dia mempunyai perancangan yang sangat serius tentang muzik.

Biarlah dilabelkan klise tapi hasrat hatinya adalah untuk memperjuangkan muziknya hingga ke peringkat antarabangsa.

Kini, langkah disusun satu persatu. Sepanjang bulan Ramadan ini, dia dan grupnya akan bertungkus-lumus di studio Laguna di Ampang untuk menyiapkan album debut yang dibayangkan akan mengandungi 10 buah lagu.

Baru mencapai 30 peratus proses rakaman, Disember kelak, peminatnya dijangka dapat mendengar segala isi hati dan skil pemainan Yuna.

"Pengaruh untuk album ini masih pop rock tapi akan divariasikan. Kalau dalam album mini dulu ada elemen bossa dan sedikit rock, saya akan terapkan elemen yang sama namun dengan lebih berwarna-warni.


YUNA bersedia menukar pengurusnya demi memantapkan kerjaya seninya.


"Saya seorang yang cepat bosan dengan satu stail muzik, jadi saya mahu mencuba banyak perkara," ujarnya yang kini kecanduan mendengar nyanyian penyanyi bernama Lykke Li.

Sempat berbual dan berduet dengan penyanyi Australia, Lenka, sewaktu mereka digandingkan dalam satu rancangan yang bakal keluar di saluran Channel [V], Yuna menghargai pengalaman tersebut.

"Saya dan Lenka ada persamaan. Kami sama-sama penyanyi dan penulis lirik. Kami pelajar seni yang terinspirasi penuh kerana seni. Saya juga sempat bertanyakan perihal klip videonya," ujar Yuna teruja.

Dalam kepayahan mengejar seorang Yuna, akhirnya berbalas panggilan telefon yang berjalan dengan lancar.

Cuma satu pesanan buat Yuna yang dilihat punya masa hadapan seni yang cerah, pihak media sentiasa menyokong produk Malaysia yang bagus.

Dalam masa yang sama, media juga mengharapkan pemuzik mahupun artis menghormati perjalanan kerjaya wartawan yang sama-sama cari makan dalam industri.

'Shazlin diperdaya' - Radhi

'Shazlin diperdaya' - Radhi


DRAMA suami isteri ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Julai lalu.


DRAMA mahkamah pelakon, Shazlin Sharif dan penyanyi, Mohd. Radhi Razali berlaku lagi. Jika sebelumnya disebabkan kegagalan Radhi hadir ke mahkamah, namun munculnya Radhi telah membikin kecoh.

Bertelagah di hadapan khalayak menunjukkan sisi tegang hubungan mereka sebagai suami isteri. Shazlin berkata dia mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain hanya kerana mahu menyakiti hati Radhi.

Habis insiden itu, gambar-gambar Shazlin sedang berfoya-foya dengan gadis lain pula bertebaran di Internet. Radhi mengaku semua ini datang dalam hidupnya secara serentak tetapi bersyukur dia sering diberi ruang untuk menebus kesilapan.

Mahu bergelar manusia normal, sekarang Radhi mempunyai kerja dan tidak mengharapkan wang nyanyian semata-mata. Dia juga ingin berbaik-baik dengan si isteri demi kebaikan anak mereka, Mohd Rifdi Muslim, 4 tahun.

Sibuk merancang mengeluarkan album solo, Radhi bakal memberikan royalti album tersebut buat isteri dan anaknya untuk keperluan masa depan.

"Satu lagi hajat saya, jika bercerai, saya mahu mendapatkan hak penjagaan Rifdi. Walaupun hanya diberikan setahun, itu sudah memadai.

"Saya mahu Rifdi mengenali bapanya," ujar Radhi yang ditemui pada majlis Makan Malam Radio Rosak di Kuala Lumpur tempoh hari.

Bagaimana keadaan anda sekarang?

Saya sudah menjadi manusia biasa. Selama 15 tahun menjadi penyanyi rock, saya tidak berkesempatan melalui kehidupan dan pekerjaan yang normal. Sekarang saya sudah ada kerja tetap di syarikat Malaysian Game Online Sdn. Bhd.

Tugas saya di situ ialah membuat lagu-lagu runut permainan dalam talian iaitu untuk trailer, promosi dan muzik latar.

Maksudnya sudah boleh bangun awal pagi?

Saya bersyukur kerana syarikat ini memberi sedikit kelonggaran kepada saya. Saya masuk kerja pukul 11 pagi dan berazam untuk datang seawal 9 pagi selepas ini.

Saya menerima pekerjaan ini kerana mahu memperbaiki segala kerosakan yang pernah berlaku dalam hidup saya terutama masalah rumah tangga. Saya mahu menjadi manusia normal yang berdisiplin.

Dalam masa yang sama anda masih membuat album solo?

Ya, saya merancang merakam single solo saya yang bertajuk Ambisi. Saya akan masuk studio rakaman sekitar bulan puasa dan harap single ini akan dapat dikeluarkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.




Setakat ini berapa peratus Radhi sudah berubah?

Baru 10 peratus. 15 tahun saya hidup dalam keadaan yang sama dan untuk berubah tentulah mengambil masa. Saya tahu sekarang saya tidak boleh harapkan persembahan sahaja. Saya mahu tunjukkan diri saya seorang yang boleh diharap.

Sebelum ini anda seakan-akan membuka pekung rumah tangga terlalu banyak di depan khalayak. Kenapa?

Benda dah berlaku. Saya boleh katakan ini kerana sebelum ini saya sukar untuk bertemu dengan isteri saya, Shazlin. Telefon dan SMS tidak pernah dijawab. Jadi apabila dapat peluang, saya mahu berkomunikasi dengannya.

Anda sudah lihat gambar-gambar panas Shazlin di Internet?

Ya, saya tak boleh nak cakap apa. Saya sudah cuba menutup perkara tersebut. Shazlin telah mengaku salah dan minta maaf. Gambar itu diambil sekitar Julai lalu dan saya nasihatkan dia supaya berhati-hati. Saya rasa dia diperdaya. Perempuan dalam gambar itu yang perangkap dia.

Tahun ini beraya dan berpuasa seorang diri?

Sejak tahun lepas sebenarnya saya sudah beraya sendiri. Tahun ini saya akan berpuasa sebaik mungkin. Saya mahu Shazlin dan saya berbaik semula. Kalau bukan sebagai suami isteri setidak-tidaknya sebagai ibu dan ayah kepada Rifdi. Saya tidak mahu anak menjadi mangsa.

Saya minta kepada Shazlin supaya kami sentiasa baik di depan Rifdi. Shazlin mahu berbaik selepas bercerai tetapi saya rasa elok kami berbaik sebelum berpisah. Mungkin sebagai kawan. Saya rasa kami boleh berkawan baik.

Dalam masalah anda dan isteri, orang memang pandang anda dengan prinsip rock n roll anda?

Kalau sebut pasal dadah, saya sudah mendedahkannya sejak tahun 2001 lagi. Saya mengaku mengambil dadah pada waktu itu. Tapi itu dulu. Sekarang adalah masalah rumah tangga yang berpunca daripada tidak duduk sebumbung dan tiada privasi.

Saya rasa Shazlin memang tidak bersedia untuk menjadi isteri dan ibu. Shazlin patutnya bersyukur sebab saya bukan rock star yang kaki perempuan.

Tapi adakah anda seorang yang sangat bergantung kepada wanita secara emosi?

Secara terus-terang, ya terutama dalam bab masakan. Saya mahu air tangan seorang wanita. Saya kecewa sebab jarang dapat merasa masakan isteri.

Shazlin pandai masak cuma dia tak praktikkan. Kalau dia masak telur pun, saya sudah rasa sedap. Saya memang perlukan wanita di samping saya.

Ady Putra : Bosan tanpa kontroversi

Bosan tanpa kontroversi




MENJADI anak Singapura yang berjaya meloloskan diri dalam pasaran industri lakonan Malaysia, Ady Putra tidak mempunyai masalah untuk mendapat peluang berlakon dalam pelbagai drama dan filem.

Kredibiliti lelaki berusia 28 tahun ini diyakini. Dengan sosok tubuh dan wajah komersial ditambah kemampuannya membawa karakter yang tidak klise, pemilik nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim selalu mencuri hati khalayak dengan aksinya. Sementelah pengalaman sebagai seorang model sebelum serius menjadi pelakon banyak membantu.

Antara lakonan hebatnya adalah menerusi drama seperti Mya Zara, Haryati 2, Kelahiran Yang Teristimewa dan Aku Cinta Padamu. Ady turut cemerlang di layar lebar dengan lakonan bersahajanya dalam filem seperti Histeria dan Anak Halal.

Biar sepanjang enam tahun terbabit sebagai pelakon dengan moto mementingkan kualiti berbanding kontroversi, Ady tidak terlepas dilanda badai.

Jika beberapa tahun lalu perkahwinannya dengan warga Malaysia bernama Aida dipertikaikan segelintir khalayak sebagai mahu mendapat lebih peluang berlakon di Malaysia, terbaru Ady dihurung sensasi apabila bersetuju melakonkan watak gay dalam filem ‘panas’, ...Dalam Botol.

Berada dalam senarai top 3 untuk watak Ruby, kata Ady: “Saya tidak takut dengan kontroversi kerana kehidupan tanpa kontroversi kadangkala membosankan juga. Apa yang penting adalah mesej yang ingin kita sampaikan kepada masyarakat.”

Bagi Ady juga, sebagai seorang pelakon, seharusnya mereka bersedia untuk membawa apa juga karakter yang dipertanggungjawabkan dengan berkesan.

Terbaru pelakon yang menggemari Kusdawinata dan Johnny Depp ini akan memberi satu lagi lakonan berkesannya menerusi drama khas Merdeka, Hati Yang Merdeka di RTM 2 pada 28 Ogos depan pukul 12.30 tengah hari.

Melakonkan watak lelaki kurang upaya bernama Ris, ia menceritakan tentang ketabahan jiwanya menjadi lelaki OKU sehingga berjaya tanpa menyusahkan orang lain.

MTV World Stage 2009 - Pentas Malaysia untuk dunia

MTV World Stage 2009 - Pentas Malaysia untuk dunia


KASABIAN. Persembahan mereka menjentik keterujaan peminat setia mereka di Malaysia.


SEBUAH produksi berskala besar dan bertaraf dunia dipersembahkan dari bumi Malaysia untuk penonton di seluruh dunia - MTV World Stage 2009 di Sunway Lagoon.

Pentas di atas sebuah kolam mandi, suluhan lampu yang cantik dan sistem bunyi yang menyedapkan telinga, pakej hiburan malam Sabtu lalu sememangnya sempurna.

Rata-rata penghibur antarabangsa itu pertama kali datang ke Malaysia kecuali Hoobastank.

Walaupun hujan yang turun sejam sebelum konsert berlangsung mendinginkan suasana, kehangatan dimulakan dengan persembahan grup tempatan.

Estranged memberikan mukadimah yang cukup hangat dengan Slave In Us, Ketika Ini, Yang pernah dan In No Time. Ia kebanggaan buat Din, Rich, Hanafi dan Andy di tanah air sendiri.

Grup dari Massachusetts, Amerika Syarikat, Boys Like Girls kemudian membuat pengisian internasional dengan lagu seperti Hero/Heroine, Thunder dan The Great Escape.

Ini diikuti oleh Ray Gun, sebuah grup yang menampilkan warna 80-an dengan lagu seperti Just Because. Aksi gila-gila vokalis utamanya, Ray Gun ternyata menarik minat penonton hingga selepas persembahan.


BOYS and Girls, grup baru yang memberi salam perkenalan.


Tiga grup 'kumbang' itu menyebabkan penonton wanita letih menjerit. Kemudian, tiba masanya untuk peminat daripada kaum Adam menjamu mata dan telinga dengan kehadiran gadis berusia 18 tahun, Pixie Lott.

Berpakaian sopan, Pixie melontar kekuatan vokal melalui Turn It Up, Boys Like Girls dan lagu hitnya Mama Do. Tiga buah lagu Pixie sudah cukup untuk memperkenalkannya.

Tiga kali bertandang ke Malaysia memadai bagi peminat Hoobastank bersatu di Sunway Lagoon.

Tenaga yang diberikan oleh vokalisnya untuk lagu hit seperti My Turn, The Letter, Crawling In The Dark dan pastinya The Reason sekali lagi meraih jeritan.

Selepas itu, Doug Robb dan rakan-rakannya membuatkan hampir 15,000 penonton menyanyikan lagu nostalgia, Ghostbuster. Kehadiran kali pertama The All-American Reject sememangnya dinantikan.

Tyson yang banyak berlucu dan tampil dengan lukisan yang ditampal serbuk berwarna-warni menyanyikan lagu Dirty Little Secret, I Wanna, The Real World dan Gives You Hell. Ia sungguh bertenaga.

Mungkin sebahagian penonton pulang awal kerana mahu mengelak daripada kesesakan lalu-lintas atau disebabkan kurang mengenali grup asal Leicester iaitu Kasabian.


DOUG Robb, vokalis Hoobastank berjaya memeriahkan suasana.


Rugi mereka pulang awal kerana Kasabian memberikan impak penuh untuk pentas acara ini.

Gabungan Tom Meighan, Sergio Pizzorno, Chris Edwards dan Ian Matthews walau letih kerana baru sampai dari Sydney setelah dikuarantin, sangat mengujakan.

Mereka memuntahkan bunyi yang padu untuk lagu Fire, Clubfoot, Vlad The Impaler, Where Did The Love Goes, Underdog dan sesudah dijeritkan 'Kami mahukan lagi', mereka menghadiahkan sebuah lagu wajib dalam persembahan Kasabian, LSF (Lost Soul Forever).

Grup ini membuatkan konsert malam itu sempurna.

Rianty khusyuk beribadat

Rianty khusyuk beribadat


RIANTY CARTWRIGHT


TIDAK semua selebriti bergiat aktif pada bulan puasa. Malah ramai yang tidak mempunyai pekerjaan langsung sepanjang Ramadan.

Itulah yang dilalui oleh pelakon filem Ayat-Ayat Cinta, Rianty Cartwright. Rianty sengaja menolak beberapa tawaran kerana ingin berehat dan menjalani ibadat puasa dengan baik.

"Ini merupakan tahun keempat saya tidak bekerja pada bulan puasa. Jadi saya mampu menikmatinya bersama keluarga. Kalau sebelum ini saya banyak aktiviti tapi sekarang mudahan-mudahan lebih khusyuk beribadat," kata Rianty yang baru saja menyelesaikan sinetron terbarunya.

Lagu untuk mangsa taufan

Lagu untuk mangsa taufan


ANDY Lau dan 100 artis lain yang menyumbangkan suara dalam lagu untuk mangsa Taufan Morakot di Taiwan.



MANGSA taufan yang kehilangan harta dan ahli keluarga.


LEBIH 100 orang artis Hong Kong termasuk pelakon, Andy Lau berhimpun bagi merakamkan sebuah lagu khusus untuk mengumpul dana mangsa Taufan Morakot yang melanda Taiwan, baru-baru ini.

Lagu tersebut merupakan lagu adaptasi daripada grup Simon and Garfunkel's berjudul Bridge Over Troubled Water. Ia dinyanyikan semula dalam bahasa Cina.

Penganjurnya, pelakon Eric Tsang berkata, konsert yang dibikin khas sebagai lambang prihatin mereka terhadap mangsa taufan tersebut turut disertai oleh Jacky Cheung, Aaron Kwok, Leon Lai, George Lam dan Alan Tam.

"Artis Hong Kong telah mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat Taiwan selama ini. Kami berharap usaha ini berjaya. Kami akan terus membantu selagi mampu," tegas Andy Lau.

Tam tunang Aida

Tam tunang Aida


TAM dan Aida pada majlis pertunangan mereka di Pontian, 15 Ogos lalu.


DALAM diam-diam rupa-rupanya Tam Spider sudah pun menjadi tunangan kepada Aida Mustaffa, 28. Mereka mengadakan majlis pertunangan secara sederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu.

Teman Diva terus menghubungi Tam sebaik saja menerima kiriman e-mel daripada seorang peminat Tam yang bertanyakan kesahihan berita itu.

Ujar Tam: "Bukan tak mahu beritahu pihak wartawan tapi kami mahu mengadakannya secara sederhana. Lagipun baru bertunang. Nanti kalau sudah mahu kahwin, baru boleh beritahu." Gembira saja suara Tam di hujung talian.

Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan.

Menurut penyanyi Rela Kupujuk tersebut, majlis persandingan akan diadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelah ibu Tam.

Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu dua atau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkan hubungan yang serius.

Kata Tam, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan tentang tanggungjawab menjadi suami semula setelah 11 tahun menduda.

"Kalau ada pasangan, sakit pening ada orang jaga," ujarnya.

Ditanya tentang keistimewaan Aida, jawab Tam: "Dia mengikuti perkembangan saya dan memahami keadaan kerja saya.

"Waktu dating memang tak menentu sebab saya banyak terlibat dengan kerja-kerja studio tapi dia faham. Yang penting dia menerima anak dan keluarga saya," ujarnya berkongsi cerita.

Tambah Tam yang baru menubuhkan studio sendiri ini, di samping sibuk membuat persiapan kahwin, dia dan Spider juga sedang dalam proses mengeluarkan single terbaru yang bertajuk Ajaib.


Diva: Bayangkan Tam menyanyikan lagu untuk bakal isterinya dengan menggunakan gitar. Pasti romantis!

Zizan dan gadis bertudung

Zizan dan gadis bertudung


ZIZAN


TEMPOH hari teman Diva, Barrymore, lepak-lepak di Restoran Pelita di Bangsar. Dalam ramai-ramai orang yang datang makan di kedai mamak tersebut, dia ternampak dua pasangan duduk di sebuah meja. Diamati lama-lama rupa-rupanya Zizan dan temannya dengan pasangan masing-masing.

Teman Diva kata dia nampak kemesraan antara Zizan dan wanita yang menemaninya malam itu. Lebih penting, teman wanita tersebut nampak manis dan ayu bertudung.

Zizan pernah beritahu seorang teman Diva yang dia memang berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Mungkin itulah calon isteri pilihan Zizan.


Diva:Nampaknya tahun ini makin ramailah teman yang mendirikan rumah tangga.

'Sorry I tak layan'

'Sorry I tak layan'

DIVA betul-betul terkejut dengan perubahan seorang pelakon yang juga hos rancangan popular ini.

Bukan apa, dulu masa mula-mula dia masuk dalam industri, Diva suka dengan sikapnya yang sederhana walaupun dia berpendidikan tinggi dan urban orangnya. Pendek kata dia tak pilih bulu dan senang untuk memberi kerjasama.

Tapi sekali air bah sekali pantai berubah. Diva dapat cerita selebriti wanita ini semakin demanding, kadangkala tidak menghormati krew dan berasa dirinya popular sehingga pernah berkata dia kini asyik diekori lelaki yang tidak dikenali.

Malah khabarnya dia pun sudah pandai pilih bulu. Kalau mahu muncul di media cetak, dia tak mahu muncul pada muka surat biasa-biasa saja. Sebaliknya mesti di muka depan. Kalau tidak, 'sorry i tak layan'.




Diva:Berpijak di bumi nyata.

Ramadan tanpa gosip

Ramadan tanpa gosip


Jejak Rasul antara pengisian terbaik Ramadan.


SAYA merupakan peminat setia drama-drama televisyen. Sempena bulan puasa ini saya harap pihak televisyen mahupun produksi akan mempamerkan produk-produk yang berkualiti dan membimbing ke jalan yang positif. Malah lebih afdal kalau banyakkan cerita tentang Nabi dan Islam.

Diharapkan janganlah menayangkan cerita yang sama yang pernah ditayangkan di tahun-tahun lepas.

Saya sebagai peminat industri tempatan juga berharapkan agar artis kita menjaga tingkah laku khususnya pada bulan yang mulia ini. Semoga kuranglah dengar gosip ataupun cerita-cerita yang kurang manis tentang selebriti tanah air. Selamat menyambut Ramadan al-mubarak.

BIMBIM, KUALA LUMPUR