Sunday, August 2, 2009

HIBURAN : AHAD 02 OGOS 2009

Kutipan filem Skrip 7707 diragui?
KAKPora tumpang seronok apabila diberitahu orang dalam industri filemmengenai kutipan untuk filem seram terbitan Primeworks Studios, Skrip7707 sehingga Rabu lalu sudah mencecah RM1.9 juta. Tahniah Kak Poraucapkan kepada pengarahnya, Prof Madya A Razak Mohaideen ataspencapaian itu. Nampaknya, kerjaya Razak tetap ada perhatian dan masihboleh mencapai box-office.

Yasmin pengarah filem Siti Nurhaliza?
HARIini, genap seminggu pemergian pengarah tersohor, Yasmin Ahmad. Kak Poratidaklah mengenali arwah secara peribadi tetapi mengagumi kerja seninyasama ada iklan komersial mahupun filem yang sememangnya mempunyaikeunikan tersendiri, berbeza dengan pengarah lain di negara ini.

Hot FM cari lagu '1Malaysia'
KAKPora tumpang berbangga apabila dimaklumkan Hot FM sedang giatmelaksanakan kempen pencarian lagu berjudul '1Malaysia' sempena bulankemerdekaan kali ini. Kak Pora tidak pasti bagaimana bentuk lagu itutetapi agak tertarik pada lagu '1 Malaysia' ciptaan penyampai popularHot FM, Faizal Ismail.

'Memang salah saya sendiri'
CARAberpakaian anak penyanyi terkenal Salamiah Hassan, Atilia, 35, yangdikatakan menjolok mata ketika dia bersama Noryn Aziz menjadi penghiasmuka depan sisipan Hip (Berita Harian) terbitan 22 Julai lalu, akhirnyamengundang kritikan pedas daripada masyarakat.

Tebusan di stesen bawah tanah
ENTAHmengapa filem yang pernah ditayangkan sekitar 1974 ini berjaya menawanhati sutradara Tony Scott sebagai subjek untuk dibikin semula bagiversi 2009. Mungkin kerana elemen aksi padat penuh mendebarkan selainkonflik yang mampu meraih lebih sambutan khalayak penonton masa kini.

Apabila wajah artis tidak disolek...
JARANGpeminat atau orang ramai dapat bertemu artis yang tidak bertatariascantik dan bersolek mampan terutama ketika menghadiri majlis atau acaratertentu apatah lagi kalau mereka muncul di kaca TV. Namun, bengkelkecantikan Good Skin Labs, produk di bawah rangkaian jenama terkenal,Estee Lauder yang dianjurkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini,menampilkan semua selebriti hadir tanpa solekan.

'Sepah makin terumbang-ambing'
TIGAbulan selepas menjuarai program realiti Raja Lawak musim ketiga,kehadiran tiga anak muda yang bernama Sepah semakin dipandang sepi,malah mereka hanya muncul dalam beberapa program TV dan satu telemoviesaja. Itu tidak berbaloi dengan gelaran hebat yang meraih raih.

Istana Budaya catat kutipan tiket RM4.7 juta
BERLAKUinsiden sekumpulan petugas Istana Budaya (IB) dihalau ketikaberlangsungnya latihan tertutup Konsert Lelaki Ini - Anuar Zain 2009,baru-baru ini, yang turut menarik perhatian umum, lebih-lebih lagiselepas pengurusan penyanyi lelaki popular itu dipersalahkan mediakerana berlagak sombong.

Dafi tolak lamaran gadis kolej
DAFImemiliki segala-galanya - personaliti menarik, populariti,berpendidikan dan lahir daripada latar belakang keluarga VIP, namunsemua itu tidak menjadikan dirinya riak atau hidup menongkat langit,sebaliknya lebih selesa merendah diri dan terus bekerja keras memahatnama sebagai anak seni berjaya.

Isu Gaza, biografi Rosli Dhoby menang Festival Dokumentari 2009
PRIMEWORKSStudios muncul sebagai pemenang utama Festival Dokumentari Malaysia2009 (FDM2009) apabila program majalah terbitannya, Majalah 3 dipilihsebagai Dokumentari Isu Semasa Terbaik pada acara itu di KompleksStudio Merdeka, Hulu Klang, Rabu lalu.

Muzikal Tun Abdul Razak sempena Hari Kebangsaan
BAKALdipentaskan selama empat malam di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula16 Ogos ini bersempena Hari Kebangsaan Ke-52, Muzikal Tun Abdul Razakdiharap mampu mengembalikan kenangan dan kebanggaan terhadap segalajasa tokoh pemimpin itu kepada agama, bangsa dan negara ini.

TV3 saji musim terbaru Kyle XY, Supernatural
DUAsiri penuh aksi, Supernatural terbitan Warner Bros dan Kyle XY (ABCFamily) yang memasuki musim baru kini mula disiarkan menerusi TV3.

Kerja 'sempurna' Kabir dalam Setem
MENONTONfilem terbaru arahan Kabir Bhatia, Setem pasti ramai yang akan terasakesegarannya kerana pengarah ini tidak mengikut konvensi tema lamanyaseperti filem Cinta dan Sepi. Lari dari konvensi filem lalu adalahsesuatu yang amat sihat dan menampilkan kreativiti tinggi dan ia amatperlu untuk sesiapa bergelar pengarah.

Maya dapat jolokan Ratu Alam Sekitar
RATUAlam Sekitar. Itulah jolokan diberikan kepada model dan pelakon jelita,Maya Karin atas kesungguhan dan komitmen tingginya melaksanakanpelbagai usaha memulihara alam sekitar, yang kini turut menjadi rutinkehidupan hariannya.

Hijjaz jadi tauke kopi barli
SELEPASberjaya merintis pelbagai produk bio-teknologi untuk kesihatan sepertisusu, Hijjaz Trade Corporation (HTC), syarikat milik penuh kumpulannasyid popular, Hijjaz, kini mereka muncul sebagai pengedar kopi barlitunggal di Malaysia menggunakan jenama 'KopiHijjaz'.

Aman Shah terkenang kisah dulu
INDUSTRIhiburan tanah air pada pada era 1980 dan 1990-an, begitu menyanjungibakat nyanyian dan lakonannya. Lagu popularnya yang menjadi siulanketika itu ialah Adikku Pandai Menari dan sehingga ke hari ini, setiapkali menjelang Syawal, Kepulangan Yang Dinanti pasti mendapat pilihancorong radio, malah mendengarnya berulang kali, boleh menitiskan airmata apabila menanti orang tersayang pulang ke kampung halaman berhariraya.

Anak seni dekati warga koperasi
PEMBABITANgolongan anak seni dalam industri hiburan terutama penyanyi, pelakon,pengacara dan pemuzik sempena Hari Koperasi Negara yang berlangsung diStadium Indera Mulia, Ipoh, Perak, baru-baru ini, banyak memberipendedahan menarik kepada golongan itu untuk menghayati kegiatan danperjuangan menerusi pertubuhan koperasi yang mampu menjana ekonomiseseorang individu dan komuniti.

Syahadah merantau ke Asia Tengah
PROGRAMSyahadah yang menyingkap rahsia peradaban Islam dengan mengambiliktibar perjalanan mujahid terdahulu dan umat Islam hari ini sudahmemasuki musim kelima disiarkan. Ia kembali menjadi paparan apabilapenjelajahan diteruskan ke negara Islam Asia Tengah iaitu Uzbekistan,Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan dan Tajikistan.

Camni-lah! Ewah-Ewah masuk musim ketiga
KEBANYAKANpelakon drama dan filem tempatan membawa watak diberikan denganberkesan, tetapi bagaimana pula aksi mereka dalam program yangberkonsep pelbagai (variety) yang tidak mempunyai skrip, tetapi mendugakecekapan dalam tugasan diberikan?

Kisah ibu Lohan di 8TV
PERNAHKAHanda membayangkan bagaimana kehidupan seorang ibu tunggal dan dalammasa yang sama menjadi pengurus bintang Hollywood terkenal? Tontonilahkisah Dina Lohan, ibu dua bintang Hollywood popular, Ali dan LindsayLohan dalam drama realiti, Living Lohan setiap Khamis, jam 11 malam,hanya di 8TV

Cinta Ashraf, Shera mula berputik di Sarawak?
SECARAperibadi, Zubir beranggapan kisah cinta, putus kasih, kahwin dan ceraiyang membabitkan golongan selebriti atau artis popular ibarat menegukair mineral sambil cicah sambal belacan kerana ia tidak mendatangkanapa-apa implikasi atau membawa perubahan kepada arus industri hiburannegara. Kisah seumpama itu sekadar menarik perhatian peminat untukmengetahui mengenai perkembangan peribadi artis kesayangan mereka.

Siapa kanak-kanak lelaki di sisi Johan, Ozlyn?
ZUBIRmewakili warga kerja B*Pop ingin merakamkan ucapan Selamat PengantinBaru kepada aktres Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati, 28 yang selamatdiijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Yazid Lim atau lebihpopular sebagai Johan Raja Lawak, 25, apabila melangsungkan pernikahansecara tertutup pada 25 Julai lalu di Masjid Lembah Jaya, Ampang,Selangor selepas solat Asar

Nabil lari lintang pukang terpegang ular di Perth
TERPEGANGular sawa sebesar lengan orang dewasa antara kenangan manis BintangPaling Popular 2008, Ahmad Nabil Ahmad ketika menjalani penggambaranprogram televisyen, Pondok Pondok di Perth, Australia, bulan lalu.Nabil bersama produksi berkenaan berada di sana dari 9 hingga 24 Julailalu.

Vokal jujur Hafiz
ALBUMyang boleh penulis katakan paling dinanti-nantikan seluruh peminatsetia Juara Akademi Fantasia 7 (AF7) kelahiran Sarawak ini sudah mulaberedar di pasaran. Cepat juga siap buah tangan sulung juara muda ini.

BPR siasat penyelewengan LPF
PADAera awal 1990-an, industri hi8buran di negara ini turut dikejutkandengan kontroversi mengenai badan yang bertanggungjawab dalam penapisanfilem. Ia bermula dengan berita mengenai siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR) terhadap dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam LembagaPenapisan Filem Malaysia (LPF) hingga turut menjadi tajuk utamakebanyakan akhbar utama tempatan pada 18 Oktober 1991.

Lagu khas kenang jasa Dr Mahathir
SERAMAI16 penyanyi terkenal tanah air mengambil bahagian dalam rakaman laguPenghargaan Untuk Pemimpin yang ditujukan khas buat bekas PerdanaMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menghargai segala sumbangannyaterhadap rakyat dan negara ini.

Jacinta Lee peluk Islam, kahwini usahawan
"JANGANtanya siapa suami saya tetapi katakan saja, saya sudah bahagia,"begitulah permintaan Jasmina Jacinta Lee Abdullah dalam temubualbersama Metro Ahad pada 19 Disember 1999 mengenai perkahwinan rahsianyakira-kira dua bulan sebelum itu.

Dwen kembali dengan imej dakwah
TENTUtramai yang masih ingat mengenai penyanyi bernama Dwen. Dwen atau namasebenarnya Ridzwan Abu Hassan pernah mengejutkan peminatnya apabilamembuat keputusan meninggalkan karier nyanyiannya pada 1987. Namun,beliau muncul kembali di arena muzik tanah air sebagai penyanyi nasyidempat tahun kemudian.

Kuza intim dengan kenamaan?
SUDAHlama tidak dengar cerita pelakon cantik molek, Kuza. Jarang Rajamelihat Kuza beraksi di kaca TV mahupun layar perak. Kali terakhirmelihat lakonannya dalam drama Kekasihku Seru. Raja pun tak pasti Kuzamasih aktif dalam dunia lakonan atau sebaliknya, Raja tengok Kuzasekejap timbul, sekejap tenggelam.

Fizz, Almy masih bercinta
ADAyang cakap Fizz Fairuz dan kekasihnya, Almy Nadia sudah putus cinta.Ada pula khabar angin yang bertiup kencang mengatakan mereka sudahbertunang dan sedang mula membuat persiapan untuk majlis perkahwinantidak lama lagi, tetapi tarikh dan lokasi majlisnya akan dirahsiakan.Mana satu yang Raja nak dengar ni?

Pengarah filem ... Dalam Botol tarik diri?
PELBAGAIcabaran terpaksa dihadapi produser kontroversi, Raja Azmi dalammerealisasikan impian menerbitkan filem ... Dalam Botol. Judul dulunyaialah Anu Dalam Botol. Selepas terpaksa menukar judul dan menangkispandangan negatif masyarakat, Raja Azmi berdepan pula masalah apabilapengarah untuk projek filem itu, Shadan Hashim, mahu menarik diri.

Pesimistik halangan artis cipta nama
ASSALAMUALAIKUMdan salam sejahtera. Diharapkan semua pembaca setia B*Pop berada dalamkeadaan sihat walafiat di hujung minggu ini. Alhamdulillah, sayabersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mampu menikmati segala pemberiandan anugerah dari Yang Maha Esa hingga ke hari ini.

Sunday, July 26, 2009

HIBURAN : AHAD 26 JULAI 2009

Mawi, Fara tak rasa tergugat
LALUANmendaki tangga populariti bukannya mudah, apatah lagi mahumengekalkannya. Tahap itulah dugaan paling sukar buat seseorangselebriti yang pernah diangkat sebagai bintang popular. Bersilih gantinama, satu demi satu pernah menduduki takhta populariti, tetapihakikatnya, tidak pernah kekal selamanya.

Kamal & Intan memburu cinta baru
POPULARITIdrama bersiri Bio-Nik yang kini ligat bersiaran di TV3 berjalan seiringdengan kehangatan cinta yang meledak antara dua pelakon utamanya, KamalAdli, 23, dan Intan Ladyana, 27.

Benarkah filem punca gejala rempit, bohsia berleluasa?
MINGGUini, Kak Pora tertarik untuk mengulas isu filem mengenai mat rempit,pondan, bohsia dan ragut yang didakwa pihak tertentu termasuk pihakberkuasa kononnya filem yang ada elemen berkenaan boleh mempengaruhiremaja untuk terbabit dalam gejala samseng dan kegiatan tidak bermoralitu.

Ahmad Idham dilantik Ahli Lembaga Pengarah Finas
DALAMkesibukan menyiapkan tugasan pada malam Khamis lalu, Kak Pora dihubungirakan lama dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional malaysia (Finas).kawan itu memaklumkan perkembangan terkini persiapan Festival FilemMalaysia Ke-22 (FFM22) yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah bermula 5hingga 8 Ogos ini.

Ziana dapat anak kembar lelaki, perempuan
LAMAKak Pora tidak dengar khabar penyanyi terkenal, Ziana Zain. Berbandingadik lelaki kesayangannya, Anuar Zain, tidak banyak ceritanyadipaparkan pihak media sejak kebelakangan ini, kecuali beritamengenainya yang mengandungkan anak kembar akhir tahun lalu

Monday, July 20, 2009

Gejolak jiwa remaja Kaki Blue

Gejolak jiwa remaja Kaki Blue


BARISAN pelakon teater muzikal, Kaki Blue bergambar bersama pengarahnya, Joe Hasham (tengah, berkaca mata) dan penulis skripnya, Mark Beau de Silva (duduk, lima dari kiri) serta Faridah Merican (di sebelahnya).


BERPELUANG menyaksikan sedutan teater muzikal, Kaki Blue yang diarahkan oleh pengarah teater tersohor, Joe Hasham di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) baru-baru ini, ia memberi satu impresif baru kepada pengarah itu.

Manakan tidak, jika disingkap kembali hasil pengarahannya sebelum ini, hampir kesemua karyanya adalah berat dan bukan semua golongan boleh menerimanya.

Tetapi, menerusi Kaki Blue yang bakal dipentaskan di KLPac bermula 30 Julai ini, Joe mempamerkan kisah yang cukup ringkas, menarik dan padat dengan maksud tersirat yang begitu dekat dengan masyarakat.

Namun, jangan sesekali membuat prasangka buruk atau memberi tafsiran nakal hanya berdasarkan judulnya sahaja tetapi cuba selami mesej tersirat yang terkandung dalam naskhah ini.

Biarpun ia sebuah teater muzikal, namun ia diselitkan dengan elemen humor, kekeluargaan serta persahabatan dan bukan seperti teater muzikal yang sering dipentaskan.

Tidak mustahil untuk teater muzikal ini meraih perhatian serta mendapat sambutan hangat daripada semua golongan masyarakat apabila dipentaskan kelak.

Plot utamanya mengisahkan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ia juga memuatkan perihal aksi remaja-remaja itu sewaktu dalam kem PLKN.

Dari sisi lain pula, sub plotnya mengupas pergolakan tiga watak utamanya yang berdepan dengan pelbagai masalah dan situasi yang ada kalanya terjadi dalam diri kita mahupun masyarakat sekeliling.

Sungguh menarik apabila kisah PLKN diangkat ke pentas teater kerana sememangnya naskhah sedemikian agak jarang dipentaskan.

Bertemu dengan penggiat seni persembahan tersohor ini sebaik selesai pratonton teater muzikal berkenaan, rona gembira terpancar jelas pada wajahnya tatkala diajak berbicara tentang Kaki Blue.

Jelasnya, dia cukup teruja apabila dapat mengarahkan teater yang diangkat daripada hasil tulisan Mark Beau de Silva yang disifatkannya sarat dengan semangat serta wawasan tinggi anak muda yang terlibat di dalamnya.

Sememangnya dia mahu mencari idea yang baru dan segar untuk teater terbarunya serta memberi kelainan untuk peminat teater tempatan selepas dia terhibur menonton filem High School Musical.

Impak daripada filem berkenaan telah memberikan satu idea untuk mengetengahkan permasalahan dan gejolak jiwa remaja di negara ini yang mungkin tidak ramai menyedarinya.

"Lalu, saya menceritakan kepada Mark tentang idea saya dan sebaik sahaja saya membaca naskhah Mark, saya begitu teruja dan tertarik kerana belum pernah lagi kisah sebegini diangkat ke pentas teater.

"Saya percaya kisah yang berlaku dalam Kaki Blue ini pernah berlaku dalam kehidupan kita terutama sekali sewaktu kita di alam persekolahan. Itulah yang saya cuba tonjolkan dalam teater muzikal ini.

"Lagipun, saya mahu mencari cerita yang lebih ringan tetapi sarat dengan mesej dan mampu memberikan impak kepada penonton yang menontonnya," ujarnya yang juga pengasas The Actors Studio bersama isterinya, Datuk Faridah Merican.

Sebelum ini, semua karya Joe berteraskan genre drama dan menampilkan tema yang agak berat seperti Broken Bridges, Tunku The Musical dan Ismail The Last Days.

Namun, apa yang membanggakan dan membuatkan anak kelahiran Lebanon ini bersemangat dengan produksi terbaru ini ialah jiwa anak muda yang terlibat daripada barisan pelakonnya hinggalah ke pengarah muziknya.

Kata Joe, semangat waja anak-anak muda itu sudah cukup membuktikan bahawa mereka benar-benar mencintai seni biarpun ada sesetengah daripada mereka masih lagi menuntut di bangku sekolah.

Tidak pernah kenal erti penat dan lelah apabila perlu menjalani latihan lebih kurang tiga jam sehari selama enam hari seminggu sejak dua bulan yang lalu membuatkan Joe dan isteri membuat satu kesimpulan.

"Ia telah memberi satu signal kepada saya dan Faridah bahawa kita sudah mempunyai pelapis negara untuk terus memartabatkan serta memperkasakan penerbitan teater tempatan," jelasnya yang bakal menginjak usia 61 tahun pada 4 September ini.

Keseluruhan krew produksi yang terlibat dalam Kaki Blue adalah seramai 70 orang.

Daripada jumlah itu, 11 daripada mereka merupakan pelakon utama yang rata-ratanya memiliki asas serta pengalaman dalam gelanggang teater dan seni persembahan yang lain.

Ini termasuklah juara program realiti, Audition musim pertama pada tahun 2004, Tria Aziz yang memegang watak sebagai Major Sabar.

Sudah pasti, tidak lengkap sebuah teater muzikal itu tanpa lagu-lagu bagi melengkapkan lagi persembahan.

Menariknya, sebahagian daripada 20 buah lagu yang ditampilkan dalam Kaki Blue ini merupakan lagu-lagu malar segar berbahasa Inggeris yang pernah menjadi siulan satu ketika dahulu.

Lantas, ia juga berupaya membawa penonton mengimbas kenangan silam dengan lagu-lagu tersebut biarpun liriknya telah diubah bagi menyesuaikan dengan penceritaan Kaki Blue.

Antaranya lagu-lagunya ialah It's My Party, Girls Just Wanna Have Fun, Silence Is Golden, She Bop dan banyak lagi yang telah digubah dengan muzik yang baru dan segar oleh Nick Davis.

Bagi Mark pula, meskipun secara luarannya tema Kaki Blue agak mudah dan ringkas, namun sebagai penulis, ia merupakan karya yang paling sukar untuk direalisasikannya.

Kerana bagi Mark, dia lebih selesa dan gemar menulis naskhah khususnya untuk genre drama kerana ia mencabar minda serta kreativitinya.

Namun, inspirasi yang terhasil selepas menonton filem Hairspray banyak menggerakkan mindanya untuk mengilhamkan jalan cerita Kaki Blue yang pertama kali seumpamanya dihasilkan oleh Mark.

Bukan itu sahaja, dia juga mahu mengubah stigma dan persepsi negatif terhadap imej PLKN yang sering kali dijaja.

"Agak sukar untuk menolak permintaan Joe dan Faridah. Jadi, apabila Joe mahu sebuah cerita yang berbeza daripada apa yang telah saya lakukan sebelum ini, saya buat sehabis baik.

"Sehinggakan hampir 20 hingga 30 draf saya hasilkan sebelum skrip lengkap dapat disiapkan. Idea saya adalah daripada pengalaman saya sendiri sebagai seorang guru apabila pelajar-pelajar saya sering datang kepada saya untuk meluahkan perasaan mereka.

"Banyak yang diceritakan kepada mereka tentang kegusaran mereka terhadap PLKN dan perancangan selepas tamatnya persekolahan. Maka, dengan itu terhasillah Kaki Blue," jelasnya yang mengajar di salah sebuah sekolah menengah terkemuka di pinggir ibu kota.

Mark sememangnya sudah sebati dengan dunia teater dan kerap bekerjasama dengan Joe dan Faridah sejak usia remaja lagi.

Salah satu karyanya, Stories For Amah yang diarahkan oleh Joe pernah menerima lima pencalonan dalam Anugerah Seni Cameronian 2002 termasuk Skrip Terbaik.

Cabaran dan dugaan Hafiz

Cabaran dan dugaan Hafiz


DUA bulan selepas keluar daripada AF7, Hafiz kini melalui liku-liku hidup sebagai anak seni dengan penuh tabah.


KENANGAN pada detik 16 Mei lalu pastinya sukar untuk dilupakan dan masih jelas serta segar dalam ingatan jejaka comel bernama Mohd. Hafiz Mohd. Suip ini.

Menjuarai Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), cinta dan impiannya untuk bergelar anak seni tidaklah bernoktah begitu sahaja.

Memiliki perwatakan ceria dan mudah melemparkan senyuman, Mohd. Hafiz atau mudah disapa Hafiz mengakui bahawa dia kini amat teruja untuk meneruskan cita-cita bergelar artis ternama.

Bak menggapai awan di langit, namun, laluan seni Hafiz sepanjang dua bulan bertatih di pentas hiburan bukanlah semudah yang disangkanya.

Ini kerana, awan yang digapainya itu seolah menumpahkan hujan toksid dan bisa membuatkan Hafiz tersungkur andai gagal mengawal emosi diri.

Bagaimanapun, biar diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan antaranya dituduh penyombong, tidak mahu bertegur sapa dengan orang lain dan suka berpeleseran di kelab malam, Hafiz masih mampu berhadapan dengan segala kata-kata negatif tersebut.

Sambil menafikan dakwaan itu, Hafiz dalam wajah tenang berkata, dia memilih untuk tidak mengangkat kata-kata itu sebagai bebanan bagi diangkut dalam kehidupan hariannya.

Bagi Hafiz, cara mengawal permasalahan yang melanda adalah dengan cara bertawakal kepada Allah samping bersikap tenang.

Apatah lagi, Hafiz sering diingatkan sebaik memasuki bidang, dia perlu berhadapan dengan cabaran dunia seni yang cukup hebat.

"Sepanjang dua bulan ini juga, Hafiz telah mendengar macam-macam yang orang lain kata tentang Hafiz. Semuanya itu tidak benar, termasuk dakwaan berpeleseran di kelab malam.

"Hafiz bukanlah begitu. Tapi tidak mengapa, semua itu lumrah kehidupan,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Masih Jelas di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah, Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina dan kalangan komposer antaranya M. Nasir, Ajai, Aidit Alfian dan Taja.

Turut hadir, empat finalis AF7 iaitu Aril, Akim, Yazid serta Isma.

Menyambung bicara, ujar jejaka berusia 19 tahun ini, dengan kata-kata negatif yang menghujani dirinya, dia sesekali tidak akan menanam rasa menyesal dalam hati kerana berkecimpung dalam dunia hiburan.

Jelas Hafiz, dalam menghadapi cabaran dan dugaan, dirinya bernasib baik kerana keluarga terutama ibunya, Halizawati Mohd. Salleh, 44, sentiasa memberikan semangat dan mendoakan kesejahteraan.

"Emak selalu beri nasihat supaya saya kerja baik-baik dan gunakan tenaga yang dikurniakan Allah ini dengan sebaiknya serta jangan melakukan sesuatu yang tidak elok,'' katanya yang mengimpikan untuk bergelar pelakon serta pengacara.

Gembira dengan Masih Jelas

Sementara itu, Hafiz ketika diajak berbicara tentang album sulungnya berjudul Masih Jelas memberitahu, dia cukup gembira dengan kelahiran album terbabit.

Berkonsepkan pop balada, Masih Jelas kata Hafiz, merupakan percubaan pertamanya untuk terus bergerak dalam bidang nyanyian.

"Sudah tentu saya berpuas hati dengan hasil rakaman album ini. Ia juga menampilkan komposer-komposer hebat dan terkenal. Terima kasih kepada mereka.

"Masih Jelas juga turut memuatkan lagu-lagu rakan-rakan saya dalam akademi iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma,'' katanya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram baru-baru ini.

Masih Jelas memuatkan lima buah lagu baru nyanyian Hafiz iaitu Masih Jelas (Aidil Alfian, Ad Samad); Noktah Cinta (Ajai, Syeikh Qalam); Watak (Aidil Alfian, Ad Samad); Ku Akui (Ajai) dan Awan Nano (M. Nasir, Buddhi Hekayat).

Selain lagu-lagu berkenaan, turut dimuatkan adalah Toksid nyanyian Aril, Bengang (Akim), Ya Papa (Yazid) dan Bisikan...Godaan (Isma).

Menurut Hafiz, sepanjang rakaman, dia diberikan ruang dan peluang untuk memberikan pendapat mengenai lagu-lagu nyanyiannya itu.

"Hafiz banyak bertanya kepada komposer dan penulis lirik seperti abang Ajai (Ajai) bagaimana hendak menghayati lagu-lagunya,'' katanya yang teringin untuk menghasilkan lagu sendiri satu hari nanti.

Kaitan Ku Akui dengan Hafiz

Masih lagi berbicara soal Masih Jelas, Hafiz berkata, antara lagu-lagu yang terkandung dalam album berkenaan, lagu berjudul Ku Akui sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan dirinya.

"Ia seperti menyindir diri Hafiz sendiri terutama soal cinta. Abang Ajai yang cipta lagu ini ada bertanya Hafiz tentang cinta Hafiz sebelum ini.

"Namun, bagi Hafiz, buat masa ini, biarlah Hafiz tumpukan kepada kerja terlebih dahulu. Kalau ada pun (teman wanita), Hafiz akan bertanyakan kepada emak terlebih dahulu,'' jelas Hafiz sambil ketawa besar.

Strategi pemasaran AESB

Dalam pada itu, Zainir yang diajukan persoalan tentang proses pembikinan Masih Jelas yang dilihat seakan tergesa-gesa berkata, Masih Jelas perlu dipasarkan awal seiring dengan populariti Hafiz yang masih 'panas'.

"Ini adalah strategi AESB. Kalau dilihat pengalaman lalu, album dikeluarkan agak lewat dan hasilnya ia kurang mendapat sambutan,'' tegasnya.

Ketika ditanya mengapa Masih Jelas menyelitkan lagu-lagu empat lagi finalis AF7, ujar Zainir, ia sebagai penunjuk aras untuk membangunkan karier artis-artis lain.

"Selain untuk menaikkan nama mereka, kami gunakan Masih Jelas untuk melihat penerimaan peminat masing-masing.

"Selain Hafiz, empat daripada mereka ini iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma sudah mempunyai jenama tersendiri,'' tambahnya.

Anita 'berperang' di dapur

Anita 'berperang' di dapur


HOS rancangan Perang Kuali, Anita Sarawak.


PUAS mengendalikan rancangan bual bicara, kini penghibur tersohor, Anita Sarawak mula mencari kelainan dalam bidang pengacaraan.

Mungkin bagi sesetengah orang, asalkan sudah bergelar pengacara, mengendalikan rancangan yang hampir serupa sudah cukup memadai.

Namun, tidak bagi penghibur yang cukup mesra dengan panggilan Kak Nita ini.

Sentiasa inginkan kelainan, daripada perwatakan lemah lembut penuh kewanitaan dalam rancangan kendaliannya Bersama Anita, kini Anita mula bertukar 'watak' dan sedang mengumpul tenaga mempersiapkan diri untuk 'berperang.'

Dua kumpulan menjadi lawan. Masing-masing mempunyai misi serupa, iaitu merebut kuali emas bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya memenangi hadiah utama, troli emas.

Itu adalah percaturan yang termaktub dalam rancangan terbaru terbitan Astro, Perang Kuali yang mengetengahkan Anita yang juga wajah eksklusif Astro sebagai pengacara.

Bersiaran di Astro Prima (saluran 105, Astro) pada setiap hari Jumaat pada pukul 7.30 malam, Perang Kuali disiarkan bagi menggantikan rancangan Warung Kita bermula 17 Julai ini.

Pertama kali mengendalikan rancangan gameshow masakan berkonsepkan realiti TV memberikan cabaran tersendiri buat anak seniman dan seniwati S. Roomai Noor dan Siput Sarawak itu.

"Saya sukakan konsep rancangan ini dan sudah tentu ia merupakan sesuatu yang berlainan yang boleh saya lakukan untuk Astro.

"Ketika pertama kali mengadakan perbincangan dengan Astro, memang saya rasa rancangan ini sesuatu yang menarik. Terfikir juga sama ada boleh buat atau tidak. Bagaimanapun, saya yakin boleh buat dan mencuba yang terbaik untuk rancangan ini.

"Bagi saya rancangan ini cukup mencabar sebab walaupun nampak seronok tetapi ada kesusahan tersendiri terutama apabila terpaksa memilih pemenang.

"Kadang-kadang dalam satu minggu, kedua-dua kumpulan yang bertanding hasilkan masakan yang baik, jadi yang susahnya apabila kena buat keputusan memilih satu daripada mereka," kata Anita yang turut diberi tanggungjawab sebagai penilai.

Memeriahkan lagi suasana di dapur Perang Kuali, seorang selebriti bakal menjadi tetamu jemputan pada setiap minggu.

Antara selebriti yang terlibat termasuklah Mawi dan Ekin, Amber Chia, Anita Baharom, Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Chef Ismail, Johan dan Zizan Raja Lawak, Isma AF dan suami Anita, Mahathir Abdullah.

Selain dimeriahkan oleh artis dan selebriti jemputan, kata Anita, kehangatan Perang Kuali ditambah dengan elemen-elemen kejutan berbeza pada setiap minggu.

Sekilas mengenai perjalanan rancangan itu, setiap episod diwakili oleh dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada empat ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan dua anak.

Tugasan yang diberikan, si bapa dikehendaki memasak menu yang diberikan manakala si isteri hanya di benarkan untuk membantu.

Kedua-dua anak pula ditugaskan membeli keperluan masakan yang bersesuaian dengan menu yang diberikan.

Di peringkat suku akhir iaitu pada episod sembilan hingga 12, tugasan memasak diberikan kepada suami dan seorang anak sementara tugas membeli keperluan masakan diberikan kepada si ibu.

Pada peringkat separuh akhir (episod 13 dan 14), peserta diberi kebebasan untuk menentukan tugasan masing-masing meliputi memasak, membantu dan membeli barangan keperluan.

Memilih pasar raya Carefour, Ampang sebagai lokasi set Perang Kuali, menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, ia memberikan kemudahan kepada para peserta memilih barangan keperluan bagi melengkapkan menu masakan mereka.

Malah, kata Nizam, selain memudahkan peserta membeli barang, suasana di set Perang Kuali menjadi lebih terbuka, tidak terlalu serius dan lebih menyeronokkan.

Menariknya tentang Perang Kuali, tugasan memilih barangan keperluan diberikan kepada anak-anak sebagai galakan kepada mereka berjimat cermat dengan sejumlah wang yang diperuntukkan dan memilih barangan yang betul-betul bersesuaian dengan masakan.

"Sebanyak enam jenis barangan keperluan di senaraikan, empat lagi barangan sengaja disertakan bersama-sama senarai barangan yang diperlukan.

"Di sini kita dapat melihat sejauh mana pengetahuan anak-anak terhadap sesuatu masakan.

"Jika anak-anak dapat membeli kesemua barangan mengikut keperluan dengan betul, lima markah tambahan akan diberikan kepada kumpulan mereka," katanya.

Rahsia pemilik nama Hamidah Urif

Rahsia pemilik nama Hamidah Urif


WAJAH terbaru Hamidah Urif.


SEKITAR tahun 1970-an, setiap kali mendengar lagu Sayang Bukan Selasih Padi ke udara dendangan Hamidah Urif dan A.Talib, mengingatkan penulis kepada seorang lagi penyanyi bernama Sabariah Urif.

Ketika itu bukan sahaja penulis, malah ramai peminat lagu-lagu asli dan joget, menyangkakan Hamidah Urif dan Sabariah Urif merupakan pasangan adik-beradik.

Ini kerana, tempoh penglibatan mereka dalam gelanggang seni tidak jauh beza, justeru mencetuskan salah sangka di kalangan banyak pihak.

Tahun demi tahun dan sehingga hari ini, begitulah andaian peminat lagu-lagu 70-an dan asli terhadap kedua-dua penyanyi ini.

Bagaimanapun, pada satu pertemuan dengan penyanyi yang juga pesara kerajaan itu baru-baru ini, penyanyi itu membongkar satu rahsia yang selama ini tidak diketahui ramai.

"Sebenarnya antara saya dengan Sabariah Urif, kami tidak ada pertalian saudara. Kami bukan adik-beradik, cuma secara kebetulan nama bapa kami sama dan genre muzik yang kami nyanyikan juga tidak jauh bezanya," itu pendedahan yang dibuat oleh Hamidah.

Mengimbas kenangan silam, Hamidah berkongsi cerita, sejak dari awal penglibatannya sebagai penyanyi, tiada siapa khususnya pihak media yang bertanyakan hal itu padanya.

Biarpun pada hakikatnya, beliau dan Sabariah bukan saudara, namun, Hamidah hairan kerana tidak ada yang bertanyakan mengenai status hubungan mereka.

"Saya berasal dari Singapura dan Sabariah pula dari Hulu Langat, Selangor. Tetapi kalau mahu tahu, Sabariah pernah menjadi penyanyi pancaragam ayah saya," cerita Hamidah panjang lebar mengenai persoalan yang tidak pernah ditanyakan padanya itu.

Biarpun ada yang menganggap mereka adik-beradik tetapi menurut Hamidah, tidak pernah pula peminat ataupun mereka yang bertemunya bertanya mengenai mereka berdua.

Namun begitu, menurut Hamidah, biar apa sekalipun tanggapan orang ramai terhadap persamaan nama ayah mereka, apa yang penting kehadiran mereka dalam dunia seni dengan bakat semula jadi.

Sama ada Hamidah Urif atau Sabariah Urif, kedua-duanya mahir menguasai lagu-lagu melayu asli, ghazal, keroncong dan langgam dengan baik.

Hamidah yang dilahirkan di Geylang Serai, Singapura tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur, mula berjinak-jinak dalam bidang seni setelah tamat sekolah dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan Bintang Radio bahagian lagu-lagu asli (1965 dan 1966).

Selang beberapa tahun, Hamidah sekali lagi memenangi tempat kedua Bintang Radio Bahagian lagu-lagu Asli seluruh Malaysia.

Bertolak dari kejayaan itulah, Hamidah yang pernah menjadi penyanyi utama band Irama Perwira yang dipimpin oleh Allahyarham ayahnya, Urif Siraj diberi peluang merakamkan 4 EP (piring hitam bersaiz kecil) dan 1 LP (piring hitam bersaiz besar) dengan album pertamanya Berkasih Dalam Ingatan.

Album kedua yang menampilkan lagu duet beliau dengan A.Talib menerusi lagu Sayang Bukan Selasih Padi merupakan puncak kejayaan Hamidah dalam bidang seni.

Sejak album edaran MMI, Hamidah sering mendapat undangan menyanyi kerana gandingan suara mereka yang dianggap menyegarkan jiwa apabila mendengarnya.

Sayangnya, walaupun undangan menyanyi yang dipenuhi setiap hujung minggu bagaikan tidak menang tangan tetapi bayaran yang diterima tidaklah tinggi kerana kebanyakan penyanyi ketika itu lebih utamakan cinta pada seni mengatasi segala-galanya.

"Sebenarnya zaman saya, penyanyi-penyanyi bukan sahaja tidak demand, malah ketika rakaman album kami tidak dibayar berdasarkan unit album yang terjual.

"Sebaliknya syarikat rakaman hanya membayar secara pukal. Biarpun begitu saya tidak pernah menyesal apalagi ketika itu saya juga masih bekerja," kata Hamidah, isteri kepada Sarif Talib yang juga pesara kerajaan.

Hamidah dan Sarif mendirikan rumah tangga pada Oktober 1970. Hasil daripada perkahwinan bahagia itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Saiful Haimi, Sharida Hanim, Shahrul Hairi dan Shafizul Haziq dan lapan orang cucu.

Selepas bersara, Hamidah bekas Pembantu Khas di Jabatan Perdana Menteri, mula menumpukan perhatian pada bidang seni.

"Dulu semasa bekerja banyak juga undangan nyanyian yang dibuat pada hari bekerja saya tolak. Tetapi apabila sudah bersara saya bersama-sama kumpulan kawan yang dinamakan Kumpulan Nostalgia sering memenuhi undangan menyanyi di Kuala Lumpur atau di luar Lembah Kelang," cerita Hamidah mengenai Kumpulan Nostalgia yang dianggotainya, Datin Orchid Abdullah, Datin Azizah Mohamad dan Aspalela Abdullah.

Menurut Hamidah, bersama Kumpulan Nostalgia mereka bukan setakat menyanyi lagu-lagu asli, langgam dan pop malah mereka juga sering bermarhaban.

"Walaupun kini bersama kumpulan Nostalgia saya masih mampu memenuhi undangan menyanyikan lagu-lagu asli dan langgam, namun bimbang jika lagu tersebut terkubur begitu sahaja.

"Saya perhatikan tidak ramai penyanyi yang mampu membawakan lagu-lagu asli dengan baik. Menyanyi lagu asli patah suaranya lain.

"Tetapi sekarang penyanyi baru menyanyi lagu asli moden dengan patah suaranya lebih langgam," kata Hamidah.

Bagi Hamidah, ada ketika beliau memenuhi undangan sebagai pengadil pertandingan nyanyian.

Semua itu dilakukannya kerana amat sukar untuk beliau mengucapkan selamat tinggal pada bidang seni suara.

"Menyanyi memberi saya satu semangat apatah lagi apabila pergi mengadakan persembahan bersama rakan-rakan.

"Cuma apa yang menjadi harapan saya ialah pihak penganjur menghargai bakat kami dan bukan menilai kami daripada segi usia," kata Hamidah mengakhiri perbualan.

Artis Malaysia didiskriminasi?

Artis Malaysia didiskriminasi?





SITI masih berterusan menguasai kategori popular.



BUNGA CITRA LESTARI mengalahkan Siti Nurhaliza untuk Anugerah Artis Wanita Terbaik.









AIZAT menang dua daripada tiga pencalonan yang diraihnya.



AFGAN membuktikan kredibilitinya dengan menang Anugerah Artis Lelaki Terbaik dan Album Terbaik.



AYU tidak sangka berpeluang menjulang trofi pada APM 2009.



KONTROVERSI. Mesej Kaka Slank buat pihak yang bertanggung jawab dalam tragedi pengeboman Jakarta.


KEPUTUSAN APM 2009 sudah muktamad menyaksikan majoriti pemenang, khususnya bagi kategori terbaik dimonopoli oleh karyawan muzik tuan rumah, Indonesia.

Biarpun menerima dengan terbuka keputusan itu, khususnya apabila harapan utama Malaysia, Hujan, kalah dalam kesemua enam pencalonan yang diraihnya,


harus diakui karyawan muzik Indonesia terbukti kredibiliti mereka.

Namun ada apa di sebalik yang tersurat pada APM kali ini? Benarkah karyawan muzik Malaysia yang hadir pada APM 09 itu telah didiskriminasi?

Apa pula kisah vokalis Slank, Kaka atau nama sebenarnya, Akhad Wira Satriaji yang mencetuskan kontroversi di pentas APM kali ini?

Berikut antara beberapa 'kisah' di sebalik tabir APM kali ini:-

*Wajah penyanyi dan komposer, Faizal Tahir dilihat tidak bermaya disebabkan tidak cukup tidur gara-gara menyelesaikan 'masalah' yang dihadapinya di Kuala Lumpur.

*Ketika naik ke pentas bagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai penyampai anugerah, vokalis Slank, Kaka membuat kejutan apabila melondehkan seluarnya sebelum membelakangi kamera bagi menunjukkan bahagian punggungnya yang dibaluti seluar dalam jenis boxer yang tertulis perkataan, Bombers kiss my. Perkataan itu merupakan mesej daripada Kaka yang mengutuk tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap siri pengeboman di Jakarta, Jumaat lepas.

*Aizat cukup terharu apabila ada peminat dari Indonesia yang mengenali dan berteriak namanya sewaktu berada pada acara APM 09.

*Semua pengunjung yang ingin memasuki Pusat Konvensyen Jakarta yang menjadi lokasi APM 09 itu dikenakan pemeriksaan imbasan terlebih dahulu bagi mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

*Stacy, Ayu dan Dafi tanpa berselindung memberitahu kepada pihak media mereka cukup risau setelah mendengar insiden pengeboman itu.

*Pihak media terpaksa berkejar-kejaran untuk menghantar laporan disebabkan penganjur yang tidak menyediakan pusat mengakses Internet.

*Kumpulan yang semakin popular di Indonesia, Kotak sanggup meminjamkan komputer riba kepunyaan mereka kepada pihak media yang sedang kelam-kabut untuk menghantar laporan ke Kuala Lumpur.

*Seolah-olah terdapat diskriminasi apabila artis Indonesia diberikan bilik bersiap bersendirian, manakala artis Malaysia dan Singapura pula terpaksa berkongsi bilik.

*Bunga Citra Lestari sempat meminta pihak media dari Malaysia dan Indonesia yang sedang menemu ramah mereka agar berdoa supaya dia dan suami, Ashraf Sinclair dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Artis tumpang simpati - Pengeboman bersiri di Jakarta

Artis tumpang simpati - Pengeboman bersiri di Jakarta


KAWALAN ketat. Pengunjung APM 2009 diperiksa rapi sebelum dibenarkan masuk ke Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Indonesia, lokasi APM kali ini.


SEHARI sebelum penganjuran APM 09, Jakarta sekali lagi dikejutkan dengan berita menggemparkan apabila dua buah hotel bertaraf lima bintang, JW Marriot dan Ritz-Carlton dibom sehingga mengorbankan seramai sembilan nyawa, manakala lebih 52 mengalami kecederaan.

Kebimbangan dan gundah-gulana sudah tentu menyelubungi seluruh rakyat Indonesia termasuk artis yang turut menjayakan APM 09, baik yang datang dari Malaysia mahupun Singapura.

Siti tidak terkecuali meluahkan perasaan sedih dengan insiden yang mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa itu.

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi pengeboman itu dan berharap agar mereka pasrah dengan takdir yang dialami oleh ahli keluarga mereka.

"Kita sebagai manusia biasa bagaimanapun harus akur dengan ketentuan-Nya," jelas Siti ringkas tetapi dalam nada sedikit beremosi.


MESKIPUN bimbang dengan keselamatan mereka, Siti dan Datuk K tetap bertenang dan kelihatan sangat romantis bersama.


Walaupun bimbang dengan keselamatan dirinya, namun Siti tetap menggagahkan diri untuk hadir ke APM 09 demi bertemu dengan peminatnya.

"Saya hanya berserah kepada Allah dan berniat untuk hadir ke APM 9 bagi membuat persembahan yang menghiburkan.

"Lagipun saya cukup rindukan saat untuk menyanyi di sini dan berjumpa dengan peminat di Indonesia. Lantaran itu, saya sanggup tolak ke tepi tentang insiden merbahaya ini," akui Siti bersungguh-sungguh,

Dalam pada itu, Bunga Citra Lestari turut meluahkan pandangan tentang tragedi berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Yang pasti kejadian itu cukup dikesali. Saya percaya kita sedang berdepan dengan masalah kehilangan pelabur yang ingin melabur di negara ini.

"Pelancong dari negara luar takut untuk berkunjung ke Indonesia. Pada waktu sama, pihak pemerintah juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membiayai bermacam-macam perkara.

"Saya dan rakyat Indonesia lain juga takut untuk keluar rumah dan menyukarkan kami untuk menjalankan urusan seharian dengan sempurna.

"Walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan tetapi kita juga harus berwaspada dalam soal keselamatan ini.

"Saya harap orang yang buat jahat itu akan sedar bahawa tindakannya itu menyebabkan masyarakat yang menderita dan hidup dalam keadaan yang tidak menentu.

"Cuma saya berharap agar pihak pemerintah dapat menjadikan tragedi malang itu sebagai pengajaran kepada mereka," luahnya yang sempat menitipkan nasihat agar setiap manusia harus ada sikap saling menjaga keselamatan di antara satu sama lain.


BUNGA CITRA LESTARI menyeru pemerintah Indonesia menjadikan tragedi pengeboman terbaru di Jakarta sebagai suatu pengajaran.


Afgan yang memenangi kategori Artis Lelaki Terbaik dan Album Terbaik menerusi karya Confession No. 1 pula berkata, sebagai tuan rumah sudah pastinya dia was-was untuk membuat kemunculan di tempat terbuka dan dipenuhi orang ramai terutama dalam APM 09

"Saya ingat APM 09 dibatalkan gara-gara kejadian itu. Namun, ia tetap diteruskan seperti biasa. Justeru saya sekadar berhati-hati dan menyerahkan perkara itu kepada Allah.

"Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik ditambah pihak berkuasa terus meningkatkan keselamatan di sekitar Jakarta.

"Kini saya dapat lihat polis sudah berada di merata-rata tempat termasuk pusat beli-belah," jelas Afgan serius.




ARMAND turut prihatin dengan tragedi Jakarta dibom.


Vokalis kumpulan Gigi, Armand Maulana juga sempat meluahkan kesedihan terhadap insiden memilukan itu yang menyebabkan banyak kesulitan berlaku kepada masyarakat dan tanah tumpahnya sendiri.

"Saya dan ahli Gigi lain turut terkesan dengan kejadian ini. Hati siapa saja yang tidak sakit apabila mengetahui ada korban nyawa dan kecederaan kepada orang lain yang tidak bersalah.

"Harapan saya agar ahli keluarga mangsa diberikan sepenuh kekuatan dan kesabaran untuk berdepan dengan peristiwa hitam ini.

"Kita sebagai rakyat Indonesia juga kena saling mengingati sesama sendiri apabila tibanya soal keselamatan. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka seperti sedia kala selepas ini," beritahu Armand mewakili Gigi yang menerima Anugerah Khas Planet Muzik 2009 berikutan pencapaian mereka selama bergelar anak seni.

Suria FM lancar Lagu Berduit

Suria FM lancar Lagu Berduit


PROGRAM kelolaan Tuah dan Zizi merupakan 'batu loncatan' buat pendengar Suria FM bagi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM75,000.



ENGKU EMRAN


STESEN radio popular, Suria FM membuat satu lagi pembaharuan dengan melancarkan kempen Lagu Berduit Suria FM. Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, kempen tersebut bermula pada hari ini.

"Kempen ini bakal membuka peluang buat pendengar Suria FM membolot ganjaran hadiah wang tunai berjumlah RM75,000! Kempen tersebut 'diwangikan' oleh One Drop Perfumes yang membuka peluang buat semua pendengar Suria FM memenangi sebahagian daripada RM75,000."

"Setiap hari, satu lagu akan dipilih sebagai Lagu Berduit. Bagi meningkatkan perkhidmatan SMS Suria FM, kod ringkas untuk Lagu Berduit telah ditukarkan ke 33080 dan bukan lagi 33511," ujarnya.

Tambahnya, sebaik sahaja mendengar ia diputarkan sepenuhnya di Suria FM, pendengar hanya perlu SMS dengan menaip, Suria LB hantar ke 33080. Talian SMS akan dibuka selama 20 minit sebaik sahaja Lagu Berduit diperdengarkan.

Selepas talian SMS ditutup, penyampai Suria FM akan menghubungi salah seorang pengirim SMS yang perlu menjawab pangilan dalam masa lima saat, sebelum memberikan judul lagu bagi Lagu Berduit yang baru diperdengarkan itu.

Justeru, dengarkan Breakfast@suria bersama Tuah & Zizi, pukul 8 pagi setiap hari untuk mengetahui apakah Lagu Berduit yang telah dipilih untuk hari itu. Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my.

Manohara kini bintang sinetron

Manohara kini bintang sinetron




JAKARTA - Setelah krisis rumah tangganya dengan Tengku Temenggong Kelantan menjadi topik utama akhbar, model Manohara Odelia Pinot (gambar) kembali menceburi industri hiburan.

Manohara berkata, dia memberikan yang terbaik untuk drama atau sinetron pertamanya berjudul Manohara walaupun mengakui penguasaan bahasa Indonesianya masih lemah.

Drama itu mula ditayangkan di stesen televisyen tempatan, Rajawali Citra Televisi Indonesia (RCTI) semalam.

"Saya giat berlatih menguasai bahasa Indonesia dengan membaca pelbagai jenis buku dan akhbar. Saya juga tidak segan untuk bertanya apabila berdepan masalah bahasa," kata remaja berusia 17 tahun itu baru-baru ini.

Ketika menjawab pertanyaan media sama ada drama sensasi itu menyentuh kisah perkahwinannya dengan Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra, Manohara menyatakan ia semata-mata fiksyen dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Namun, tegas Manohara, pengalaman sebagai mangsa penderaan banyak membantunya menjiwai watak utama dalam drama ini

Gadis kacukan Indonesia-Amerika Syarikat itu melarikan diri ke Indonesia pada Mei lepas. dia mendakwa didera suaminya tetapi semua tuduhan itu dinafikan keluarga diraja Kelantan.

Dalam perkembangan sama, keluarga kesultanan Solo, Sunan Pakubuwono XIII Hangabehi menganugerahi Manohara dengan gelaran Kanjeng Mas Ayu.

Jurucakap istana, Puteri Gusti Raden Ayu Koes Murtiyah berkata, anugerah itu adalah sempena sambutan keempat pertabalan Pakubuwono XIII Hangabehi baru-baru ini.

"Dia diberikan anugerah itu kerana Manohara masih menjadi isteri keluarga diraja yang sah," katanya. - Agensi

Sunday, July 19, 2009

Anugerah Planet Muzik 2009 : Siti Nurhaliza, Aizat raih dua anugerah

Siti Nurhaliza, Aizat raih dua anugerah


AIZAT (tengah) meraih kemenangan dalam kategori Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu dan
Lagu Paling Popular menerusi Hanya Kau Yang Mampu pada APM 2009 di Jakarta malam tadi.



SITI NURHALIZA membuktikan popularitinya masih hebat
menerusi kejayaan meraih dua trofi dalam Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta malam tadi.


JAKARTA - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terus mengungguli Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 apabila menggondol dua kategori dalam APM 2009 di sini malam tadi.

Siti diumumkan sebagai pemenang Artis Serantau Paling Popular dan Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan.

Ini adalah kemenangan kesembilan berturut-turut penyanyi cantik berusia 30 tahun itu bagi kategori Artis Paling Popular Malaysia.

"Ini adalah hadiah yang tidak ternilai, selepas ini saya berazam untuk memberikan yang terbaik dengan menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu,'' katanya kepada wartawan selepas majlis berkenaan.

Kosmo! ialah akhbar rasmi acara hiburan itu.

Saya tak rasa malu - Faizal Tahir

Saya tak rasa malu - Faizal Tahir





KERATAN Kosmo! semalam.
FAIZAL


JAKARTA - Kalau bukan kerana Anugerah Planet Muzik (APM 2009) yang berlangsung di sini, penyanyi Faizal Tahir mengaku dia mungkin kekal sebagai peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Namun, disebabkan APM 2009, dia kelam-kabut melangsaikan hutangnya yang sebelum itu didakwa terlepas pandang.

"Saya terlalu sibuk sampai terlepas pandang.

"Saya juga tidak malu dengan apa yang berlaku. Saya sudah membayar semua hutang PTPTN kerana tidak mahu terlepas peluang muncul di APM 2009,'' katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Selebriti perlekeh PTPTN

Selebriti perlekeh PTPTN

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

KUALA LUMPUR - Mereka berbakat besar dan mempunyai reputasi hebat dalam kerjaya masing-masing, baik dalam bidang nyanyian, lakonan, deejay mahupun sebagai pengacara televisyen.

Biarpun karier berbeza, mereka berkongsi satu persamaan - kesemuanya enggan membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas bertahun-tahun meninggalkan universiti.

Majoriti daripada mereka ialah bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jika masih enggan membayar hutang, mereka akan bersama-sama dengan penyanyi Faizal Tahir dan kira-kira 78,000 lagi peminjam tegar PTPTN yang hanya akan dapat keluar negara selepas membayar hutang masing-masing.

Sumber Kosmo! Ahad memberitahu, ada selebriti dalam senarai itu berlakon dalam beberapa filem box-office dan kini bergelar pengarah

Zahida Mohamed Rafik : Bimbang prasangka mak datin

Bimbang prasangka mak datin

Bila gosip itu keluar, saya rasa macam nak pergi jumpa wartawan itu dan tanya daripada mana dia dapat cerita itu?


" "


“KALAU nak tanya pasal kahwin, saya nak baliklah. Saya belum nak kahwin,” begitu pelakon cantik, Zahida Mohamed Rafik menyambut salam perkenalan kami petang itu.

Namun, sedikit pun saya tidak ambil hati kerana sudah dapat menebak personaliti wanita berusia 34 tahun ini – berterus-terang dan tidak hipokrit.

Saya nyatakan pada Zahida, pertemuan petang itu bukan sekadar mahu bercakap tentang isu kahwin, tetapi mahu dia menjelaskan bagaimana kehidupannya boleh menjadi begitu mewah sedangkan hasil lakonannya tidak seberapa.

Adakah benar dia ditaja VIP seperti gosip yang mengalir bagai air sungai. Adakah dia juga sudah berkahwin dengan seorang VVIP yang sejak sekian lama didakwa menjalin hubungan dengannya.

Atau adakah semua kemewahan tersebut diperoleh daripada kekayaan keluarga serta usahanya sendiri. Juga, lelaki bagaimana yang dia mahukan serta isu botox yang tak berkesudahan dan high maintainance seorang Zahida Rafik.

Realitinya juga, Zahida sudah lama tidak berlakon. Kali terakhir wanita yang terjebak menjadi pelakon selepas ditawarkan Aziz M. Osman ini adalah dalam filem Hingga Hujung Nyawa pada tahun 2004. Lebih daripada kisah kerjaya, Zahida panas dengan ceritera negatif yang terus datang bertimpa.

Zahida senyum. Katanya, dia sudah masak dengan soalan-soalan begini. Kadang-kadang tidak larat mahu menjawab. Tapi dek baru-baru ini digosip kononnya dia meraikan hari-hari terakhir sebagai seorang wanita bujang kerana akan bernikah dengan seorang VVIP, membuatkan Zahida terpanggil untuk menjawab persepsi buruk tersebut.

“Sebenarnya saya tak kuasa nak ambil peduli hal-hal begini sebab saya belum mahu berkahwin. Jauh sekali berkahwin dengan VVIP seperti yang didakwa. Bila gosip itu keluar, saya rasa macam nak pergi jumpa wartawan itu dan tanya daripada mana dia dapat cerita itu?

“Fokus saya sekarang nak kembangkan bisnes. Kemudian baru fikir tentang kahwin. Itu pun lama lagi rasanya,” jelas Zahida serius.




Bagaimanapun, Zahida tidak menafikan dia memiliki banyak kenalan di kalangan VIP. Sebagai seorang bisnes, dia selalu berurusan dengan golongan itu.

Tetapi dalam masa yang sama, kata Zahida dia turut memiliki teman-teman lelaki di kalangan orang biasa. Jadi apa masalahnya?

Katanya lagi, dia tidak mahu memanjangkan isu ini. Bimbang nanti disalah tafsir khalayak selain tidak mahu membuahkan prasangka di kalangan mak datin, suami siapakah yang bakal dia kahwini.

Jadi tegas pemilik sosok dengan ketinggian 5 kaki 7 inci ini, cukup sekadar dia memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk bernikah.

Malah akuinya, pada usia 34 tahun, dia masih menetap dengan kedua ibu bapanya. “Saya anak bongsu dan undang-undang dalam keluarga, selagi saya tidak berkahwin, saya harus tinggal bersama mereka,” kata anak kelima yang turut memberitahu tidak tertekan dengan peraturan bapanya yang berdarah Pakistan itu.

Hidup mewah bukan sebab ‘dibela’ VIP

Selain didakwa berkahwin dengan VIP, khalayak turut mempersoalkan kemewahannya. Dia dilihat kerap berada di London. Kala muncul di khalayak ramai, Zahida mewah menjinjing beg jenama antarabangsa seperti Chanel dan busananya ditempah khas daripada pereka seperti Michael Ong.

Zahida kemudian menyoal saya kembali. Katanya apa salahnya kerap pergi ke London? Apa pula kesalahan untuk merasa pakai jenama mewah jika berkemampuan?

Jelasnya: “Saya bukan nak cakap besar, tapi London sudah macam rumah kedua saya. Sekurang-kurangnya setahun dua kali saya ke sana terutama pada waktu jualan murah musim Krismas. Saya juga sangat selesa dan mahir dengan jalan-jalan di sana. Lebih daripada itu, saya mempunyai ramai teman di London, jadi tak terasa asing.”


ZAHIDA merupakan seorang wanita yang lemah lembut dan berdedikasi tinggi terhadap kehidupannya.


Sementara pada isu jenama mahal, akui Zahida, dia memang gemarkannya. Namun, itu tidak bererti dia tidak memakai pakaian tanpa jenama.

“Asalkan ia cantik digayakan, saya masih memakai sesuatu tanpa jenama,” katanya yang kadangkala berbelanja di Bangkok, Thailand kerana berpendapat banyak barangan tanpa jenama yang menarik di Negara Gajah Putih itu.

Kemewahan-kemewahan tersebut bukan baru diperoleh. Bagi yang kerap menuduh wanita ini ‘dibela’ VIP, Zahida membuka sedikit hal peribadinya. Bukan untuk berbangga tapi untuk membetul duduk persepsi masyarakat.

Beritahu Zahida, dia memang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana tetapi berkat saling membantu antara adik-beradik, mereka memiliki empayar bisnes di bawah syarikat Layar Samudera.

Di bawah syarikat Nobel Benchmark Sdn. Bhd. pula, dia membekalkan sayur-sayuran ke pasar raya besar seluruh negara selain baru menubuhkan rumah produksi yang dikongsi bersama Erma Fatima iaitu Nameera Production.

Projek terbarunya, bersama beberapa teman jurusolek, dia menubuhkan yayasan Friends Ukhuwah dalam usaha membantu golongan tidak berkemampuan. Juga di dalam agenda, wanita ini sedang menanti peluang menjadi pengedar barangan buatan Malaysia di beberapa negara luar.

Sementara atmosfera peribadinya juga tidak begitu baik, kata Zahida dia kini lebih selesa bergerak di belakang tabir. Biar merindui dunia lakonan, kesibukan mengurus beberapa bisnes membatas niatnya untuk berlakon.

“Jadi siapa kata saya mewah kerana duit VIP? Saya pun punya duit dan bisnes sendiri. Saya mampu menyara diri,” katanya yang sudah memandu kereta mewah sejak zaman sekolah menengah kerana dimanjakan adik-beradik yang sudah lebih awal mengecap kemewahan.

Zahida mengaku ‘buat’ wajah

Satu lagi isu lama - Zahida Rafik dan botox. “Isu itu sudah lama dan saya kini bebas botox. Cuma nasihat saya, kalau mahu melakukan pembedahan plastik atau botox, pergilah kepada pakar yang betul. Jangan pergi kepada orang yang tidak arif,” ujar Zahida yang mengaku membuat wajahnya kerana terpengaruh dengan kawan-kawan.

Malah katanya, sebagai seorang wanita yang begitu mementingkan penampilan serta kecantikan, dia rasa tidak salah untuk mencuba kaedah tersebut, asalkan tidak memakan diri. Jadi perempuan tak salah nak cantik, ulas Zahida lagi.




Namun, saat ditanya adakah dia akan kembali membuat pembedahan wajah atau fizikal lain untuk sentiasa kelihatan cantik, kata Zahida dia tidak mahu mengubah fizikal dirinya lagi. Tetapi dia tidak menolak jika sekadar mengambil suntikan kolagen agar sentiasa kelihatan cantik.

Sudah lali dengan pelbagai tohmahan, kata Zahida, dia kalis. Apa yang penting, dia hanya menjadi diri sendiri dan tahu apa yang dilakukannya.

Keifli tak kisah digelar pondan

Keifli tak kisah digelar pondan




APA yang membuatkan anda berani untuk mencuba watak Ruby?

Saya tidak berani juga tetapi apabila dapat panggilan, tengok skrip dan disuruh uji bakat, saya pergi. Saya tidak fikir akan dapat nominasi watak utama.

Bagi saya Ruby adalah watak yang berat dan kontroversi. Tapi bila ditimbangkan negatif dan positifnya, saya rasa ini adalah penyampaian mesej dan saya lakukan sebaik mungkin. Jika tidak terpilih pun, masih okey sebab saya tidak letakkan harapan yang tinggi.

Pertama kali diuji bakat, bukan?

Pertama kali dan rasa seronok serta berdebar! Rasa takut itu ada tapi lebih kepada rasa mencabar. Saya tergelincir sewaktu memakai kasut tumit tinggi dan disuruh menari.

Pada saat uji bakat, berapa peratus diri anda adalah seorang wanita?

Saya cuba buat dan rasanya 80 peratus adalah perempuan. Pertama kali lihat wajah saya sebagai wanita, saya ketawa terkekek-kekek.

Cantikkah anda sebagai wanita?

Tak tahulah. Bila saya tunjukkan gambar saya pada emak saya, dia mengucap.

Tidak kisah akan dipanggil pondan selepas ini hanya kerana watak Ruby?

Tidak. Saya cuma sampaikan mesej dan watak. Itu cuma satu lakonan watak. Saya tidak kisah apa orang nak cakap atau panggil.

Nurul : Bahang seorang janda

Bahang seorang janda




NURULHUDA ABDUL WAHAB atau Nurul, selepas kembali solo mencorak kariernya sendirian. Menjadi ibu tunggal sekali gus penyanyi dan pelakon, dia tahu apa yang harus diberi keutamaan.

Cerita cinta ditolak ke tepi dan karier diangkat ke tangga pertama. Kerana itu, lewat kebelakangan ini wajah Nurul turut dikenal sebagai seorang pelakon.

Pada masa yang sama, dia baru sahaja meluncurkan album mininya, Tika Cinta yang mengandungi lima buah lagu termasuk Tertutup Hati, Tangis Syukur dan Bukan Cermin Di Hati.

Bercakap tentang Tika Cinta yang penuh dengan perkataan hati: "Relevan penggunaan perkataan hati pada kebanyakan lagu saya merujuk kepada setiap perbuatan yang bermula dengan hati. Tapi kali ini kurang lagu sedih, sebaliknya banyak lagu rancak dan penuh semangat."

Sementara pada bidang lakonan, Nurul memberitahu dia tidak mahu tamak mengambil watak yang dia tidak mampu bawakan.

"Jika tak mampu, saya tolak. Ramai lagi pelakon lain yang bagus. Saya berlakon kerana minat dan saya harus fokus terhadap dua kerjaya ini tanpa perlanggaran," katanya yang bakal terlibat dengan sebuah drama 26 episod dan menjalani penggambaran di Jakarta, Indonesia, bulan depan.



Black nazar bina rumah ayah

Black nazar bina rumah ayah

Alhamdulillah, keputusan ini tepat. Saya jadi juara dan dalam masa yang sama, saya masih aktif bermain bola




DIJULANG menjadi juara Mentor musim ketiga, Hanifah Md Hanafiah atau dikenali sebagai Black masih sedang menyesuaikan diri dengan atmosfera dunia hiburan. Ditegur orang sana-sini, katanya dia kekok.

"Tapi saya cuba senyum atau angkat tangan dan membiasakan diri dengan keadaan baru," ujar jejaka berusia 22 tahun yang membawa pulang wang tunai RM100,000 serta sebuah kereta Kia Spectra 5 hasil kemenangan dalam program realiti tersebut.

Kami duduk berbual tentang transformasi kehidupannya sebelum dan selepas menjadi anak seni.

Cerita anak bongsu daripada tiga beradik ini, sebelum memasuki program Mentor, jadual hariannya diisi dengan kerja membantu ayahnya, Hanafiah Che Din, 56, menjaja ikan menggunakan van.

Pada sebelah petang, dia menghabiskan masa bermain bola sepak sebagai penyerang di bawah kelab Medan Harmoni.

Malah sewaktu ingin memasuki Mentor, dia harus membuat pilihan tepat antara bola sepak dengan dunia nyanyian kerana sehari sebelum memasuki program tersebut, dia layak mewakili kelab PKNS untuk bertanding dalam Piala Presiden.

"Saya tersepit antara bola sepak dan Mentor. Tapi akhirnya saya ambil keputusan untuk sertai Mentor kerana walaupun saya menyanyi, saya masih boleh main bola.

"Sebaliknya kalau saya main bola, saya tak mungkin dapat ikut pertandingan ini.

"Alhamdulillah, keputusan ini tepat. Saya jadi juara dan dalam masa yang sama, saya masih aktif bermain bola," beritahu Black yang membawa sebiji bola sepanjang dikurung di hotel Mentor untuk melepas geram.

Teruja dengan perjalanan baru yang diteroka, Black yang bernaung di bawah syarikat Monkey Bone memberitahu dia sedang dalam perancangan melahirkan single pertamanya sebelum Aidilfitri.

Bagaimanapun, ia masih belum diputuskan dan sebagai orang baru, dia mengikut kehendak pihak yang lebih arif dalam merencana masa depannya.

Ditanya jika berpeluang, dengan karyawan mana dia mahu bekerjasama, dalam malu-malu bercampur teruja, Black menjawab: "Audi Mok atau M. Nasir. Saya juga menyukai Aidit Alfian dan Spider sebab kena dengan jiwa saya yang tak terlalu jiwang dan tak terlalu rock."

Sementara bercakap tentang wang tunai RM100,000, kata Black, sebahagian wang tersebut mahu disimpan dan sebahagian lagi ingin digunakan untuk membina sebuah rumah buat ayahnya sebagai tanda terima kasih.

"Saya memang bernazar membuat rumah untuk ayah di tanah milik ayah di kampung kami di Kupang, Baling, Kedah," katanya yang baru membuat kenduri kesyukuran kemenangannya di Baling semalam.

Luckylaki dieksploitasi Dhani?

Luckylaki dieksploitasi Dhani?


DARI kiri: Al, El dan Dul menjadi pemuzik hasil rekrut bapa mereka, Ahmad Dhani untuk grup yang digelar Luckylaki.



AHMAD DHANI


ANAK-ANAK lelaki Ahmad Dhani, penggerak utama kumpulan Dewa 19 rupa-rupanya mempunyai minat yang berbeza dengan bapa mereka. Kalau bapa mereka gilakan muzik, Al, El dan Dul sebenarnya lebih menyukai permainan bola sepak dan bercita-cita mahu menjadi pemain bola antarabangsa.

Namun, oleh kerana faktor umur, mereka mengambil keputusan untuk menjadi anak band terlebih dahulu.

Ketiga-tiga mereka dengan nama sebenar Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi, dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani mewarisi bakat dan ego ayah mereka sebagai pemuzik dengan menubuhkan sebuah band, Luckylaki dan bermain instrumen sendiri tanpa pertolongan individu lain.

Single pertama mereka bertajuk Superman telah berjaya membuahkan cakap-cakap peminat dan mendapat perhatian ramai.

Dikhabarkan kali pertama mereka membawakan lagu itu di kaca televisyen dan dimasukkan ke dalam laman Youtube, lebih 5,000 peminat mengakses laman tersebut dalam tempoh sejam. Ini sekali gus menggambarkan kehebatan mereka.

Putera kebanggaan Ahmad Dhani ini membawakan muzik beraliran pop-rock-punk dan lagu ciptaan ayah mereka sendiri. Lagu Superman, taruhan pertama Luckylaki menceritakan ego seorang lelaki. Ia bertemakan nasihat seorang ayah kepada anaknya untuk menjadi seorang yang berani dan tidak cengeng.

Dikhabarkan cuba mengeksplotasi anak-anak sendiri, Ahmad Dhani yang sentiasa mempunyai jawapan kepada setiap soalan menjawab dalam satu temu ramah: "Eksploitasi anak tidak ditujukan kepada anak-anak yang berbakat. Kalau eksploitasi, ia bersifat paksaan."

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Luckylaki bukan eksploitasi kerana terdapat unsur hobi dan kesenangan. Malah band anak muda ini dikhabarkan ditawarkan bayaran yang lumayan untuk satu persembahan.

Fan Fan : Tak akan kahwin

Tak akan kahwin


FAN FAN menegaskan Blackie bukan lelaki pilihannya.


BINTANG terkenal Taiwan yang diketahui sudah lapan tahun menjalin cinta dengan Hei Ren atau Blackie menegaskan mereka tidak akan berkahwin walaupun sudah lama bersama.

Pada majlis pelancaran album terbarunya, F ONE, dia memberitahu akan kembali aktif dengan kelahiran album tersebut. Apabila ditanya tentang hubungannya, Fan Fan memberitahu: "Perkahwinan merumitkan. Saya rasa dua individu pasti akan bergaduh juga.

"Lagipun personaliti saya rumit dan saya degil. Jika lebih ramai yang mahu saya mengahwini Blackie, saya lebih tidak mahu berbuat demikian. Kenapa mesti saya mengahwininya?"

Bagaimanapun, penyanyi ini tidak menolak untuk berkahwin pada masa akan datang. Dia turut menegaskan, lelaki yang bakal dikahwini juga bukan Blackie.

Xandria ajak jalan-jalan

Xandria ajak jalan-jalan




PEMEGANG Ijazah Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Melbourne, Australia ini mula meneroka dan menikmati isi bidang seni sejak berusia 16 tahun.

Malah biar sedang menuntut di universiti, pemilik nama Xandria Ooi ini tetap menulis dalam sebuah kolum, Tale of Two Cities di akhbar The Star yang membandingkan antara Kuala Lumpur dan bandar di Australia.

Bakat tersebut tidak pernah terhenti sekembalinya ke Malaysia apabila dia menjadi VJ bagi Astro Hitz.TV sebelum menjadi hos di stesen 8TV. Kini kembara seninya menyelusur lebih jauh apabila memiliki program yang dikendali sendiri, Xandria Weekend Discovery di bawah syarikat XO Productions.

Program dokumentari 13 episod itu memberi panduan kepada khalayak tentang destinasi menarik serta makanan masyarakat tempatan. Dokumentari ini ditayangkan di ntv7 pada setiap Khamis pukul 7.30.

Menurut wanita yang juga seorang model ini, walaupun ini bukan program pertama yang menjelajah seluruh Malaysia, dia cuba menampilkan sebuah dokumentari yang realistik serta mencungkil rahsia di sebalik penyediaan sesuatu makanan dan itu tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Ia realistik kerana ini bukan percutian bajet ataupun mewah. Ia sederhana dan semua orang mampu mendapatkannya. Ia amat berbaloi terutama untuk mereka yang ingin pergi bercuti bersama keluarga,” ujar Xandria, 26.

Lebih menarik, dokumentari ini telah meninggalkan sejarah manis buat dirinya apabila babak dia dilamar kekasihnya, Yuri Wong, turut disiarkan dalam salah satu episod pada Mei lalu.

Perkahwinan mereka sekali gus memecah persoalan Xandria tentang misteri cinta dan perkahwinan yang pernah ditulisnya dalam rencana di kolum miliknya, Sights & Sounds dalam seksyen Metro, The Star pada Mei lalu.

Malah di dalam rencana tersebut, Xandria dan suami sempat berdialog tentang sebuah perhubungan dan perasaan cinta.

“Saya mencintai anda walaupun pada hari yang saya rasa tidak begitu mencintai anda,” begitu suaminya pernah berkata sebelum Xandria membalas: “Maksudnya apa? Anda hanya mencintai saya mengikut situasi?”

“Tidak, saya amat mencintai anda. Ada masa yang saya rasa saya sangat cintakan anda pada waktu kita gembira. Tapi kadang-kadang waktu kita berselisih faham, rasa cinta itu kurang sedikit. Tapi saya tetap cinta anda,” jawab si suami lagi menyimpulkan definisi cintanya.