Monday, August 17, 2009

Penangan Nur Kasih

Penangan Nur Kasih

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


Tiz dan Remy.

Kehadiran drama 26 episod arahan Kabir Bhatia, lakonan Remy Ishak dan Tiq Zaqyah melonjakkan nama kedua-dua pelakon ini

JODOH Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam skrin memang kuat. Setelah digandingkan dalam telefilem Bernafas Dalam Lumpur arahan Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-22, James Lee pada 2007, mereka kembali disatukan dalam drama penuh emosi dan meruntun jiwa, Nur Kasih.

Impak drama 26 episod itu pun bukan sedikit kerana sejak bersiaran pada 29 Mei lalu, peminat hiburan tanah air mula memperkatakan mengenai drama terbitan Filmscape itu yang disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam. Malah kerana kehadiran drama itu, ramai pihak termasuk rakan selebriti memilih untuk pulang awal dan tidak keluar rumah kerana enggan ketinggalan menontonnya di TV3.


Entah apalah agaknya formula yang digunakan pengarahnya, Kabir Bhatia dibantu Faisal Ishak sehingga mampu membuatkan penonton terpaku di depan kaca TV. Buah tangan suami kepada penulis skrip Mira Mustaffa ini nampaknya terus-terusan memikat hati penonton malah terus diingati sebagai karya berseni dan cantik.


Lalu tidak hairan, percubaan pertama Remy dan Tiz bekerja buat pertama kalinya dengan pengarah itu memberikan penangan yang cukup mengesankan. Watak Adam dan Nuramina yang dipegang mereka hadir dengan impak tersendiri hingga membuatkan penonton ingin terus mengetahui apa kesudahan yang bakal berlaku nanti.

Bukan saja Remy dan Tiz berasa bertuah dapat menimba pengalaman di sisi pengarah itu, bahkan ramai lagi anak seni menyimpan hasrat yang sama. Pertaruhan Kabir menggandingkan mereka di sisi pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera, Liza Othman dan Ayu Raudhah ternyata menjadi ramuan terbaik.

Rezeki Tiz untuk menyerlah hanya pada tahun ini selepas berlakon drama Nur Kasih biarpun dia sudah membabitkan diri dalam bidang seni sejak 2005.

Bagi Tiz, drama ini mula memberikan transisi lain kepada pacuan kerjayanya yang mula bercambah sejak 2005. Malah secara kebetulan juga watak Nuramina memerlukannya bertudung seperti watak Kak Ika yang dilakonkan dalam drama Impian Ilyana musim kedua dan ketiga. Kerana tuntutan watak sebegitu juga sudah mula ada yang menyangka gadis berkelulusan SPM ini sebenarnya bertudung.

“Saya harus bersyukur kerana watak Nuramina secara tidak langsung mula membuka mata ramai orang terhadap kehadiran saya. Ia memberi dimensi baru dalam lonjakan kerjaya saya. Ibaratnya seperti baru bermula perjalanan seni saya. Pendedahan dan promosi diri yang saya terima juga begitu berbeza sama sekali.

“Saya sangat terhutang budi kepada Kabir yang memberi peluang dan kepercayaan untuk saya terus meneroka sisi bakat yang ada. Saya diuji bakat di depan Kabir sendiri, malah drama Hartamas arahannya sebelum ini pun pernah dia meminta saya lakukan uji bakat.

“Saya tahu ramai yang tersalah anggap menyangkakan saya bertudung. Malah dalam kenyataan saya sebelum ini pun saya selesa melakonkan watak bertudung. Cuma demi kepelbagaian watak, saya mahu mencuba lagi watak lain. Bukan bermaksud saya mahu lari daripada watak bertudung, sebaliknya saya tidak mahu terus terikat dengan watak yang sama,” kata anak tunggal ini yang akan genap 21 tahun pada 25 Oktober ini.

Jodoh Remy dan Tiz berlakon sebagai pasangan suami isteri terus berlarutan daripada telefilem Bernafas Dalam Lumpur hingga ke drama Nur Kasih.

“Insya-Allah, kena pada waktunya nanti, siapa tahu saya juga akan bertudung tanpa paksaan sesiapapun. Tuhan Maha Adil, lalu saya harus sentiasa mensyukuri rezeki kurniaan-Nya. Apa yang saya kecapi kini atas keberkatan-Nya juga,” kata Tiz lagi sambil memuji Kabir yang dianggap macam abang sendiri.

Beralih bicara kepada Remy, 27, watak Adam sekali lagi membuatkan namanya kembali menjadi sebutan. Perkara yang sama turut terjadi kepada drama sulung lakonannya, Sindarella kerana watak Tengku Haidar yang dipegangnya. Selama tiga tahun membabitkan diri dalam bidang seni, peluang berlakon di bawah arahan Kabir seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

Katanya, seiring dengan peredaran masa, Remy percaya kematangan diri terus membuatkannya berazam menjadi lebih bagus daripada semalam. Hadir dengan pakej lengkap, Remy melihat apa yang dilaluinya kini sebagai proses perubahan besar untuk terus memahat nama sebagai pelakon.

“Saya bersyukur kerja keras saya selama ini akhirnya berbayar juga. Namun itu bukan alasan untuk saya terus mendabik dada, sebaliknya ia terus menjadi azimat untuk saya tegar bertahan mencari rezeki sebagai anak seni. Seperti Tiz, saya juga harus berterima kasih kepada Kabir kerana banyak membantu saya mendalami serta mengembangkan watak Adam.

“Kerana Adam juga, biarpun saya berjalan memakai topi dan kaca mata di tempat awam, masyarakat masih perasaan kelibat saya. Pengalaman saya nak ke lokasi pun membolehkan saya bertemu dengan pelbagai ragam orang dan ada di antara mereka turut menghargai bakat saya.

“Malah, ketika terbabit promosi Jom Heboh di Sarawak dan ketika melihat diri saya dikelilingi ramai orang, saya berasa seolah-olah baru saja merasai nikmat sebagai artis. Selagi bakat saya diterima, Insya-Allah saya akan terus memberikan persembahan terbaik untuk dikongsi bersama dan memanjangkan terus legasi seni tempatan,” katanya yang akan terbabit dengan pementasan teater arahan Erma Fatima di Istana Budaya November depan.

Sisi berbeza Remy Ishak

REPUTASI Mohammad Zalimei Ishak pernah tercalar kerana dikatakan berlagak dan sukar memberi kerjasama dengan pihak media untuk melakukan sesi fotografi dan temu bual. Malah paling teruk, ada yang mengatakan Remy hanya layan fotografi muka depan saja. Namun sejak tiga bulan lalu, jadual dirinya sedikit teratur apabila mula menggunakan khidmat pengurus.

“Saya masih Remy yang dulu dengan sikap yang sama. Bezanya cuma peraturan masa dan penerimaan saya terhadap orang lain. Pengalaman tentunya mematangkan diri saya. Saya akui jenis keras kepala dan tak menafikan mungkin ada pihak yang tidak faham cara saya.

“Apabila saya berkata tidak terhadap perihal tertentu, saya dikatakan itu dan ini hingga menjadi isu. Dulu jika tidak berpuas hati, saya akan pendam saja. Sejak ada pengurus, saya lihat segala proses menjadi lancar termasuklah soal membabitkan sesi fotografi,” katanya yang besar kemungkinan tidak dapat terbabit sama untuk musim baru Awan Dania.

APA KATA REMY MENGENAI TIZ, UMMI:

  • Agak rumit juga meletakkan emosi terhadap Tiz. Tapi berkat keserasian, Remy berharap penonton akan merasai apa yang mereka ingin luahkan. Semuanya atas dasar profesionalisme.

  • Mengenai Ummi pula, selepas beberapa bulan mengenali hati budi dan melihat kemungkinan hubungan itu akan pergi jauh, di dalam hatinya mula terbit rasa betapa sukar untuk meneruskan hubungan ini lagi.

  • “Kami terus mencuba, namun tidak pasti sampai ke mana destinasinya. Jadi atau tidak, saya hanya berserah kepada Tuhan. Saya tidak mahu memberi komen berlebih-lebihan. Ini baru peringkat berkawan, kesudahannya saya sendiri tidak mampu mengagak,” katanya.

  • Tetap tegas bahawa wanita bernama Nurul Huda Hamidon yang dikatakan kekasihnya sebelum ini hanyalah kawan.


APA KATA TIZ MENGENAI REMY:
  • Remy sangat komited dan serius di lokasi. Tidak lokek berkongsi ilmu lakonan. Seorang kawan yang baik dan bercakap lemah lembut.

  • Tiz yang masih solo tidak menafikan kriteria yang dimiliki Remy sedikit sebanyak menjadi pilihannya.

  • Tetapi untuk bercinta barangkali tidak mungkin kerana umum juga tahu gosip kini mengaitkan Remy dengan Ummi Nazeera yang turut berlakon dalam drama itu.

Siti Sarah Raisuddin : Bintang bersinar semula

Bintang bersinar semula

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my


KETIKA nama berada di puncak, Siti Sarah Raisuddin, 25, dirundung kontroversi lalu bintang yang bersinar terang itu pudar dan langsung hilang dari penglihatan. Pun begitu mereka yang tidak pernah berputus asa, pasti Allah SWT membuka jalan kepadanya untuk membina semula hidup baru.

Keputusan Sarah untuk menyertai program realiti One In A Million (OIAM) langkah tepat kerana peminat memberi sokongan semula kepadanya. Meskipun gagal meraih wang RM1 juta, namun kemunculan semula Sarah itu membuat lembaran baru kepada kerjaya seninya.

Hati Sarah amat bangga apabila dalam banyak bakat yang ada, dia dan Bob AF (Hasrizal Yusof) terpilih untuk mewakili negara ke pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA ke-13) di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai lalu.

"Selesai saja OIAM, saya terus sibuk dengan aktiviti seni dan jadual bertambah padat sekembali dari Hollywood. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana penyertaan saya dalam kedua-dua pertandingan itu memberi sinar semula dalam kerjaya saya. Segala yang berlaku dijadikan iktibar dan panduan untuk menghadapi hari muka.

"Umur pun dah 25 tahun, membuatkan saya semakin matang dan banyak berfikir sebelum melakukan apa-apa perkara. Kedatangan Ramadan ini juga akan saya sambut dengan penuh kesyukuran dan berazam menghabiskan banyak masa bersama keluarga serta menambahkan amal ibadat.

"Jemputan berbuka puasa pun sudah banyak diterima dan mungkin tidak semua saya akan pergi kerana biasanya jika berbuka di luar, maka tipislah harapan untuk bersolat tarawih di masjid. Insya-Allah, saya sedang berusaha mengubah diri menjadi lebih baik," katanya.

Kesibukannya yang bertali arus juga membuatkan Sarah tidak sempat menempah baju raya.

"Ketika pergi ke Hollywood tempoh hari, ada juga membeli- belah tetapi baju biasa. Takkan hendak pakai gaun di pagi raya. Dengan tubuh yang kecil dan rendah, susah hendak beli baju kurung siap. Tengoklah macam mana nanti," katanya yang akan beraya bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Dalam pemilihan teman hidup juga, Sarah semakin berhati-hati. Tanpa mengira calon suami bangsa apa, Sarah mahu lelaki yang beriman dan boleh membimbingnya ke jalan diredai Allah SWT.

"Pernah putus tunang tidak membuatkan saya fobia untuk bercinta lagi kerana ia perasaan paling indah. Bagaimanapun, kini saya lebih berhati-hati untuk mencari pasangan hidup.

"Emak pun tidak kisah siapa pilihan saya kerana yang penting saya bahagia. Selepas putus tunang, ada yang ingin berkawan rapat tetapi saya tak berkenan dan saya juga tidak mahu tergesa-gesa mencari pengganti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sarah sibuk di studio merakamkan lagu single ciptaan Aidit Alfian. Ada syarikat rakaman yang merisiknya bagi menghasilkan album penuh, namun semuanya masih dalam pertimbangan.

"Dengan keadaan pasaran album yang belum ada tanda hendak pulih, bimbang juga hendak menghasilkan album penuh tetapi apapun terpulang pada rezeki. Untuk sementara ini, biarlah saya keluarkan lagu single dulu untuk menguji pasaran dan selera peminat.

"Pendengar muzik sekarang juga lebih suka muat turun lagu daripada membeli CD. Mengikuti aliran baru itu, lagu single ini juga boleh dimuat turun," katanya.

Mengembangkan lagi kerjaya seninya, sempena Aidilfitri ini, Sarah berlakon dua drama komedi untuk siaran TV3 dan TV1.

"Watak yang diberikan tidak berat dan seronok berlakon dalam kedua-dua drama itu kerana ia berbentuk komedi," katanya.

Kamal Adli : Penangan badan besi

Penangan badan besi

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

"MANA badan besi," ujar seorang kakitangan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad kepada pelakon kacak, Kamal Adli, 23, sewaktu mereka bertembung di dalam lif.

Dengan wajah tersipu-sipu, Kamal yang mengunjungi Balai Berita, baru-baru ini untuk sesi fotografi khas bersama Rap Harian Metro menjawab: "Hari ini tak pakai la abang, tak ada shooting."

Pertanyaan sebegini barangkali jelik bagi kita mendengarnya tetapi tidak bagi Kamal kerana sejak membintangi drama bersiri Bio-Nik, acap kali dia disapa dengan soalan sedemikian rupa.

Situasi sebegini jelas memberikan petanda, lakonannya sebagai Nik menerusi siri terbitan KRU Studio's itu benar-benar menjadi.

"Sudah selalu sangat orang menyapa saya sebegitu. Malah, mereka lebih mengenali watak daripada nama saya sendiri.

"Baru-baru ini, misalnya, sewaktu mengikuti karnival Jomheboh, ada segelintir peminat mahu bergambar tetapi mereka menegur saya dengan panggilan Nik, malah ada juga memanggil Bio-Nik.

"Lucu mengenangkan keadaan itu. Tetapi tidak mengapalah walaupun ramai yang tidak tahu nama sebenar saya, sekurang-kurangnya ini membuktikan mereka menghargai lakonan saya sehingga watak Nik melekat dalam ingatan mereka.

"Paling tidak dapat dilupakan, pernah beberapa peminat bukan kanak-kanak saja tetapi yang dewasa juga minta saya berlari kerana mahu melihat apakah larian saya sepantas dalam drama Bio-Nik," katanya sambil mengukir senyuman.

Tambahnya, penceritaan yang dipaparkan musim kedua Bio-Nik lebih menarik dengan pelbagai konflik diperkembangkan selain mempamerkan lebih banyak aksi lagak ngeri.

"Kalau musim pertama lalu, Nik dikesan mempunyai kuasa luar biasa dan tidak bertopeng tetapi untuk musim kedua ini, wataknya ditampilkan dengan kostum lengkap.

"Skop penceritaannya juga lebih luas. Jika musim terdahulu tertumpu pada permasalahan dalam kolej, sekarang Bio-Nik harus menyelesaikan kegiatan jahat yang berlaku di luar," katanya.

Akui Kamal, menjayakan watak 'superhero' menjadi keinginannya sekian lama, apatah lagi sejak kecil, dia mula terdedah dengan siri Superman termasuk menjadi peminat tegar filem Spiderman. Namun, Kamal sama sekali tidak menyangka peluang yang diperoleh sepantas ini.

Bayangkan, pembabitannya dalam bidang seni baru menjangkau 10 bulan dan tidak seperti kebanyakan aktor dan aktres yang perlu menunggu lama untuk meraih watak idaman, Kamal sudah pun diuji dengan pelbagai watak daripada pemuda budiman, jejaka 'playboy' sehinggalah peranan mencabar 'superhero' serta menjadi mawas.

Terbaru, khabarnya pemuda kelahiran Pekan, Pahang, yang sedang sibuk menjalani penggambaran musim kedua drama bersiri, Impian ditawarkan pula satu tugasan menarik iaitu membintangi teater muzikal Impak Maksima di Singapura.

Teater muzikal yang pernah dipentaskan di Istana Budaya, hujung tahun lalu bakal dipentaskan di Esplanade, pertengahan Oktober depan.

"Ia memang benar saya ada menerima tawaran itu tapi kalau boleh tidak mahu bercerita panjang mengenainya selagi latihan tidak dimulakan.

"Apapun, saya amat berbesar hati menjayakan pementasan ini kerana saya memang meminati konsep teater muzikal yang memerlukan pelakon, berlakon sambil menyanyi.

"Melaluinya, bukan saja kemampuan lakonan saya lebih teruji, malah boleh memanfaatkan minat menyanyi dalam pementasan ini. Tidaklah pandai sangat menyanyi, tapi bolehlah sikit-sikit.

"Saya menerima tawaran abang Idham ini selepas terbabit dalam penggambaran filem arahannya, Niang Rapik The Movie dan saya antara salah seorang pelakon memegang watak utama.

"Helmi, pemuda yang sifat luarannya nampak perkasa tetapi tidak pada dalaman kerana seorang yang sangat penakut. Ini juga satu lagi kelainan watak pernah saya lakonkan.

"Penggambaran filem ini cukup mencabar kerana selama 10 hari bermula 8 hingga 18 Julai, kami menjalani penggambaran di atas bot," katanya.

Seperti diketahui ramai, melalui drama bersiri Bio-Nik yang kini hangat bersiaran di TV3, Kamal bertemu cinta barunya selepas percintaan dengan personaliti TV3, Nur Syahirah Aiyob, 23, atau Shera, empat tahun lalu sewaktu masih menuntut di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM), Kuala Lumpur, terputus di tengah jalan.

Gadis bertuah yang berjaya merawat kedukaan hati Kamal itu siapa lagi kalau bukan heroin dalam Bio-Nik sendiri, Intan Ladyana, 27, yang pernah menjalin hubungan dengan pakar pemakanan, Kevin Zahri.

Bagaimanapun, timbul cerita kurang enak apabila Kamal dikatakan meninggalkan Sheera selepas bertemu Intan.

"Saya tidak nafikan, ketika mengenali Intan, perhubungan saya dengan Shera sedang berhadapan dengan masalah yang terlalu peribadi untuk diceritakan. Tetapi ingin saya tegaskan di sini, waktu itu Intan cumalah teman biasa saja.

"Usaha mempertahankan hubungan saya dengan Shera gagal kerana kami sudah tidak sehaluan lalu mengambil keputusan berpisah. Hanya selepas itu, hubungan saya dan Intan menjadi rapat," katanya.

>Profil

NAMA PENUH: Ahmad Kamal Ahmad Adli

TARIKH LAHIR: 16 April 1986

ASAL: Pekan, Pahang

KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik

PENCAPAIAN: Hero Remaja 2007/2008

PENGACARAAN: Pandanganku Ceritaku (Astro Ria) dan Rentak Juara (TV1)

KOMERSIAL: Kentucky Fried Chicken (KFC), Maxis dan Celcom

DRAMA: Impian Sunsilk, Renjis 2, Bio-Nik, Zati & Mawas dan Impian Sunsilk 2

FILEM: Niang Rapik The Movie

DUTA: Sony

Ajai mahu kembar lelaki

Ajai mahu kembar lelaki

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

SIFAT lemah lembut dalam diri seorang gadis yang dikenali sejak tiga tahun lalu menambat hati komposer, penulis lirik dan penyanyi, Mohd Faizal Maas (Ajai), 35, untuk memilihnya sebagai isteri.

Cuma sekali lafaz di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang, Ajai sah menjadi suami kepada Norliza (Liza) Mohd Illias, 37. Pernikahan Ajai dan Liza membersihkan pelbagai gosip liar dan kini kehidupan baru dibina bagi melayari hidup berumah tangga untuk hidup bersama sehidup dan semati.

Majlis akad nikah disempurnakan Naib Kadi merangkap Penolong Pendaftar Nikah Bandaraya, Mansor Taib sambil disaksikan Ali Hussin dan Abdul Rahim Aziz sebagai saksi.

Dengan mas kahwin RM1,001 dengan sebentuk cincin berlian di samping hantaran perkahwinan RM15,000 dengan pihak lelaki membawa tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Ajai ketika ditemui selepas upacara akad nikah melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana hasrat untuk mendirikan rumah tangga akhirnya tercapai biarpun sebelum ini pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi termasuk gosip dikaitkan dengan beberapa wanita sebelum ini.

Kini segala-galanya sudah berakhir dan harap ia menjadi penamat dan kini kehidupan baru dibina bersama atas dasar cinta, kasih dan sayang sepenuh jiwa serta kekal selama-lamanya sungguhpun perancangan untuk berkahwin dilakukan sejak tiga tahun lalu dan pemilihan tarikh yang dibuat dianggap hadiah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Lebih manis lagi majlis akad nikah dan perkahwinan itu turut dihadiri anak tunggal perempuan kesayangan Ajai, Ayu Nazirah, 11, dan kegembiraannya sukar digambarkan.

“Alhamdulillah ciri-ciri wanita yang ada pada Liza yang dipanggil Baby dan diri saya dipanggil Abang membuktikan pemilihan yang dibuat tidak silap dan apa yang pasti 98 peratus ciri wanita yang dicari ada pada dirinya,” kata Ajai.

Sementara itu, Liza berkata, jika dilihat sifat yang ada pada suaminya ramai yang berkata Ajai seorang yang serius, tetapi sebaliknya dia penyayang, bertanggungjawab dan yang paling penting dia seorang tukang masak yang handal.

Liza berkata, segala yang dicari selama ini sudah ditemui dan percintaan yang disemai selama ini akhirnya berakhir dengan perkahwinan dan berharap ia kekal untuk selama-lamanya.

“Saya juga sudah bersedia memikul tanggungjawab untuk menjadi isteri dan ibu kepada Ayu Nazirah dan akan membuat yang terbaik sebagai seorang isteri yang diamanahkan biarpun kini sibuk dengan tugas sebagai Pengurus Wake The Baby milik suami.

“Mengenai perancangan bulan madu saya dan suami akan melakukannya pada tahun depan disebabkan wabak Influenza A (H1N1) ketika ini. Ia ditangguhkan buat seketika dan Insya-Allah kami berdua akan pergi,” katanya.

Ajai ketika ditanya mengenai anak berkata, dia ingin anak kembar lelaki dan baginya berada di rumah setiap hari sudah memadai sebagai istilah berbulan madu buat mereka berdua untuk menyemai kasih sayang berbanding di pejabat apabila sibuk dengan tugas masing-masing.

Sementara itu, Ayu Nazirah ketika ditemui gembira apabila janji yang dibuat bapanya akhirnya tertunai sudah dan kini sudah mempunyai ibu baru yang dipanggil ‘mami’ dan berharap agar jodoh mereka berdua kekal.

Ayu berkata, dia diperkenalkan Liza oleh bapanya dan baginya apa yang disukai bapanya dan menggembirakan akan turut sama dirasai serta tiada sebarang bantahan mahupun halangan termasuk merestui perkahwinan mereka.

“Saya tidak mampu kata apa-apa, tapi yang pasti saya cukup gembira dengan perkahwinan papa dan mami biarpun sebelum ini tidak pernah termimpi akan memperoleh ibu baru,” katanya.

Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai turut dihadiri ibu bapa Ajai - Maas Abd Rahim dan Ishah Abu Bakar serta ibu bapa Liza - Mohd Ilias Mohamad dan Asma Hashim.

Depan Mata: Ramah Asri masih terbayang

Depan Mata: Ramah Asri masih terbayang

Oleh Hartati Hassan Basri
CUMA berselang tiga minggu, dunia seni kehilangan dua insan yang gigih memperjuangkan impian dan harapan mereka dalam bidang berbeza. Kematian mereka cukup mengejutkan tetapi tersebar dengan cepatnya sebaik pengsan di lokasi strategik di stesen televisyen.

Pengarah Yasmin Ahmad yang dikenali dengan karya perpaduan kaum melalui iklan dan filem, pengsan ketika membentangkan projek 1Malaysia di Sri Pentas, Bandar Utama pada 23 Julai lalu dan meninggal dunia dua hari selepas itu.

Khamis lalu, penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim, pula pengsan ketika latihan untuk membuat persembahan ketika majlis pelancaran program Syahadah di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Asri disahkan meninggal dunia setengah jam selepas pengsan, jam 10.30 pagi kerana serangan jantung.

Kedua-duanya dikenali sebagai insan berbudi bahasa dan disayangi kelompok peminat mereka hingga pemergian ditangisi dan cukup dirasai. Yasmin sebagai pengarah iklan dan filem yang memperjuangkan keharmonian pelbagai kaum, Rabbani pula berdakwah menerusi muzik dan cuba mendekati golongan remaja menerusi irama pop.

Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997, Rabbani sebenarnya serpihan kumpulan Nada Murni yang diasaskan Al-Arqam lebih 10 tahunlalu.

Kumpulan ini mula menjadi perhatian apabila berani menongkah arus dengan merakamkan lagu yang dianggap lari daripada genre kebiasaan kumpulan nasyid menerusi lagu Pergi Tak Kembali dan Intifada.

Walaupun mencetuskan kontroversi, Rabbani tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan berdakwah menerusi lagu dengan memilih pendekatan berbeza. Malah, Rabbani terus kukuh dan unggul walaupun mempunyai ramai anggota.

Populariti Pergi Tak Kembali dan Intifada juga membuatkan Rabbani mula dikenali ramai hingga merampas gelaran Artis Nasyid Popular daripada Raihan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH2001) dan mengekalkan gelaran itu selama lapan tahun berturut-turut.

Album Iqrar 1421 juga mencatat kejayaan besar pada Anugerah Industri Muzik 2001 (AIM2001) apabila menang Album Nasyid Terbaik, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album dan juga Album Terbaik mengalahkan album pop (Kirana/Nora), rock (Inspirasi/Kamikaze) dan pop etnik (Sahmura/Siti Nurhaliza/Datuk SM Salim).

Secara peribadi, saya tidak rapat dengan anggota Rabbani tetapi sering bertemu mereka atas dasar kerja tetapi pada Jun lalu, saya berpeluang menunaikan umrah menerusi Pakej Umrah dan Ziarah Istanbul Bersama Rabbani dianjurkan Ar-Raziq Travel & Tours dari 30 Mei hingga 12 Jun.

Vokalis Rabbani itu turut membawa isteri, Nur Jannah Shahadan, 39. Walaupun sudah empat kali menunaikan umrah, itu kali pertama arwah membawa isteri. Malah, Jannah mengakui pertama kali berjauhan dengan enam anak, Mohd Nasimuddin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilham, 10, Sofiyah Munawwarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 5.

Ternyata tempoh 14 hari itu menjadi detik cukup bermakna buat Jannah kerana arwah menyifatkan pemergian mereka ke Tanah Suci mengerjakan umrah itu sambil berbulan madu selepas 16 tahun berkahwin.

Kalau ramai mengenali Asri ketika di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ketika tiba di Singapura, ramai mengenali Asri dan meminta bergambar dengannya.

Jannah juga tidak keberatan 'melepaskan' suaminya apabila ada peminat minta bergambar kerana sudah biasa berhadapan dengan permintaan sebegitu.

Sepanjang tiga hari di Istanbul juga, Asri menjadi tumpuan rombongan lain dari Malaysia hingga pemandu pelancong warga Turki, Vildan Celik rasa hairan dan bertanya siapa sebenarnya Asri.

Ketika menaiki bot untuk Cruise Tour di Istanbul, Vildan meminta Asri menyanyi menghiburkan mereka. Asri tidak keberatan dengan menyumbangkan tiga lagu.

Dalam perjalanan ke lapangan terbang Istanbul untuk meneruskan perjalanan ke Jeddah, Vildan sekali lagi meminta Asri menghiburkan mereka dalam bas.

Ketika di Madinah, anak bujang Datuk Sharifah Aini, Aliff datang ke hotel penginapan kami untuk bertemu arwah dan mereka berbual di lobi sampai larut malam. Arwah juga menjadi imam solat Isyak ketika sebaik saja menjejakkan kaki di Masjidil Haram sebelum memulakan ibadat umrah.

Arwah bukan saja memiliki suara merdu walaupun menyanyi tanpa muzik serta pandai mengaji, malah seorang yang ramah dan senang didekati. Masih terbayang kemesraan dan sikap rendah diri arwah sepanjang 14 hari mengikuti rombongan itu.

Bagaimanapun agak terkilan kerana umrah dan ziarah itu berakhir dengan sedikit masalah pada hari terakhir di lapangan terbang di Singapura apabila hendak pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tambang murah AirAsia.

Bagasi yang dibenarkan hanya 15 kilogram seorang manakala selebihnya agensi meminta masing-masing bayar sendiri dan ini tidak dipersetujui majoriti jemaah hingga menimbulkan suasana agak tegang.

Mungkin tidak mahu memanjangkan masalah dan mungkin juga malu dan rasa bertanggungjawab, akhirnya Asri menguruskan timbangan bagasi dan membayar lebihan timbangan rombongan hampir S$1,000.

Selepas berpisah di LCCT, saya tidak berkesempatan bertemu arwah, hanya berpeluang menziarah jenazahnya di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar tengah hari Khamis lalu. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh.

Sunday, August 16, 2009

HIBURAN : AHAD 16 OGOS 2009


Tuah Liyana Jasmay
RIANG dan gila-gila. Itulah kesimpulan yang dapat digambarkan apabilapertama kali menemubual gadis yang sedang meningkat di persada senitempatan. Dengan sosok tubuh yang kecil, Liyana begitu lincah dan tidakhairanlah ramai yang mula jatuh hati dengan perwatakan anak kelahiranKuantan, Pahang yang dibesarkan di Kuala Lumpur ini.


Haliza & Ari Wibowo - Bukan kerana Cinta
Selama ini ramai yang tertanya-tanya sejauhmanakah hubungan cintapelakon Haliza Misbun,36, dengan jejaka seberang, aktor Ari Wibobo,38.

Remp-It V3 ajak buat baik - David Teo
Khabarnya filem Remp-It V3 diharamkan. Boleh David jelaskan sebabnya?


Keunggulan Jamal Abdillah
YA, Wanda masih mahu terus bercerita tentang persembahan Jamal...Kembara Seniman yang telah pun selesai pada malam minggu lalu. Wandaberkesempatan menonton persembahan itu pada malam akhir, 9 Ogos yangturut sama ditonton oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. MahathirMohamed dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Rindu Kak Yong
Entah kenapa, tiba-tiba Siti teringat dengan juruhebah popular suatumasa dulu, Kak Yong. Ketika belum ada lagi stesen radio swasta, KakYong yang bertugas di RTM sangat popular terutama kalangan kanak-kanak.Kak Yong atau nama sebenar Tengku Mariam menjadi selebriti kalangankanak-kanak dalam program bersama juruhebah Zainal Abas atau AbangChik.


Hanya salah faham - Raja Azura
Sudah lama tidak mendengar kisah Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 37,tiba-tiba timbul isu panas lain pula. Sebelum ini Raja Azura atau lebihmesra dipanggil Kak Engku dikatakan mengkritik wartawan penyiaranmenerusi segmen Madam Muah-Muah di Sinar FM.

Julia Ziegler rampas kekasih orang?
DALAM sibuk orang bercerita tentang hubungan Julia Ziegler denganSyamsul Yusof, tiba-tiba timbul pula kisah baru. Khabarnya sekarangJulia sedang berkasih dengan seseorang. Teman baru Julia itu khabarnyabekerja di sebuah pusat kesihatan di ibu kota.

Amboi sedapnya memaki ibu!
JOYAH dengar seorang artis muda yang cantik wajahnya tapi perangainyatak berapa nak molek macam rupa parasnya itu. Bukannya apa, Joyahdengar dia sanggup maki hamun ibunya sambil mengeluarkan perkataankesat dan tak langsung sedap didengar.


FFM-22 tandus bintang popular
Festival Filem Malaysia ke 22 (FFM-22) yang diadakan di Kota Kinabalupada 5 hingga 8 Ogos lalu dilihat mencari perubahan apabilapenganjurannya diadakan di Sabah.

Pilih Kasih menjadi milik siapa
Selepas 10 minggu bersiaran dan satu persatu peserta tersingkir,akhirnya pada malam ini rancangan realiti Pilih Kasih terbitan bersamaSuhan Movies dan RTM menemui noktahnya.


Asri tinggalkan khazanah nasyid
Satu persatu mereka menutup mata pergi meninggalkan kita. Rasanya masihbaru mengira hari saat kehilangan Allahyarham Shukery Hashim. Diikutipula oleh Khairil Khamis, Yasmin Ahmad dan pada Khamis lalu pulaseorang lagi artis iaitu anggota kumpulan Rabbani, Mohd. AsriIbrahim,40 pergi buat selama-lamanya.

Tatu cinta Victoria Beckham
SEMPENA menyambut ulang tahun ke-10 perkahwinan pasangan Victoria -David Beckham mencipta kelainan dengan membuat tatu baru sebagailambang kasih sayang pasangan berkenaan.

Brad kembali pada “cinta pertama”
BRADPitt mengambil langkah kembali kepada cinta lamanya iaitu bidang senibina buat sementara waktu. Baginya, lakaran seni bina itu dapatmembantu dirinya melepaskan tekanan kerja dan masalah rumah tangganyabersama Angelina Jolis apabila semua fokus ditumpukan untuk tujuan itu.

Aishwarya, Salman dekat yang jauh
AISHWARYAdan Salman tidak pernah bertentang mata setelah memutuskan hubungancinta, tetapi kali ini tidak dapat dielakkan. Di studio Mehboob, SalmanKhan bertemu dengan Aishwarya Rai untuk menjalani penggambaran filemmasing-masing.

Song Hye Gyo – Hyun Bin bercinta
JATUHcinta semasa di lokasi pengambaran sering berlaku di kalangan artis.Begitu juga buat dua bintang Korea iaitu Song Hye Gyo dan Hyun Binsetelah berlakon drama Worlds Within.

Aamir-Kiran kehilangan anak
HASRAT untuk menimang anak pertama musnah apabila isteri Aamir Khan,Kiran mengalami keguguran. Khabar buruk itu dikhabarkan menerusi blogAamir sendiri dan turut menggambarkan perasaannya ketika itu.

Suami Paramida akan didakwa
KESSuhaebi atau Eby melanggar isterinya penyanyi dangdut Cici Paramidakini memasuki episod baru apabila Eby yang kini ditahan di PenjaraCibinong akan didakwa tidak lama lagi.

Pasha halau Okie
SETELAHOkie melaporkan kepada polis kejadian mantan suaminya, Pashamencederakannya kini hubungan pasangan yang mempunyai tiga orang anakitu semakin gawat.

Teruskan siaran Upin dan Ipin
TAHNIAHkerana TV9 telah menjadi stesen paling dekat di hati penonton. Sayaharap kartun animasi Upin & Ipin terus bersiaran pada setiapRamadan ini.


Cold Prey II penuh suspen
FILEM Cold Prey atau Fritt Vilt dalam bahasa Norway yang ditayangkanpada 13 Oktober 2006 adalah sebuah filem ngeri yang berjaya disusunbaik. Rata-rata penonton yang menyukai filem seram memberi tabik kepadapengarah Roar Uthaug kerana menghasilkan filem seram moden terbaikNorway.

Teater pendek inspirasi daripada merdeka
Sempena ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini Dewan Bahasa danPustaka (DBP) dan Anugerah Merdeka menganjurkan Festival Teater Pendekdi Stor Teater DBP. Pementasan teater pendek ini akan bermula esokhingga 19 Ogos ini yang disertai oleh 16 kumpulan teater.


mahu tawan Asia
ADA yang mengenali mereka dan tidak kurang juga yang langsung tidakmengetahui siapakah kumpulan Alexa yang begitu sinonim dengan laguJangan Kau Lepas ini.






Afdlin buat filem bukan untuk kaya
Saya tahu tak semua cerita yang boleh melibatkan saya. Kalau andaperasan, tak ada orang yang berani panggil saya berlakon kecuali KabirBhatia

Search mahu tebus kepincangan
DUA minggu Search 'dibantai' impak daripada persembahan yang dikatakanpaling tidak berbaloi pada Konsert Awan Biru mereka yang berlangsung diBukit Kiara Equastrian Park pada 1 Ogos lalu. Tohmahannya - itulahkonsert terburuk dalam sejarah perjalanan Search sepanjang lebih 25tahun!

Asri ajar anak dengan hati
PAGIsemalam, kedatangan saya ke rumahnya di Rawang, Selangor disambut baikisteri Allahyarham Asri Ibrahim, vokalis nasyid Rabbani, HalizahShahzan, 39. Riak wajahnya tenang ketika ditemui. Beliau ditemani anakbongsunya, Hamdi Rabbani, 4 tahun.

Haziq nak tengok makhluk asing
MENGGAMIT perhatian dengan keletah bersahaja dan kebijaksanaannyaberinteraksi dalam program kanak-kanak popular kelolaan Aznil Nawawi,Tom Tom Bak dan Macam-Macam Aznil, Muhammad Haziq Mohd Hazem, 9 tahun,nyata tidak mensia-siakan bakat yang ada.

Tiz banyak menangis demi watak
Saya juga kasihan kepada watak wanita itu yang penyabar, berhati lembut dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga

Dedah kisah dalam kain
BINTANG Hollywood sememangnya cukup terbuka apabila membicarakan mengenai topik panas, apalagi kalau ia membabitkan isu seks.

Dhani mengaku menikah, Maia cool
DALAM nada yang melucu dan sekali lagi mencipta kontroversi, Ahmad Dhani mengaku sudah memiliki isteri pengganti Maia.

Ariel Lin kedekut?
PADApemikiran penyanyi terkenal Taiwan, Ariel Lin, dia hanyaberjimat-cermat dan tidak suka membazir. Malangnya, tanpa disedari, diaboleh diklafikasikan sebagai seorang kedekut.

Pendamping baru Tyra Banks
GADISdengan bentuk badan yang menggiurkan ini bukan berasal daripadakeluarga seni. Dia juga tidak pernah memasuki sebarang pertandinganbakat. Kim Kardashian, 28, popular dalam industri televisyen hanyakerana tuah.

Jasmine tak disingkir
MINGGU lalu, Diva rasa media-media tanah air telah mendapat e-mel yangmengandungi gambar-gambar kurang sopan salah seorang peserta programrealiti yang sedang berlangsung di TV9, Gadis Melayu 2.

Hubungan sulit pelakon
DULU memang heboh gosip mendakwa pelakon cantik berambut panjang ini punya hubungan dengan seorang lelaki VIP.

Aktres mengamuk
DIVA sebenarnya penat dengan drama aktres ini. Dulu drama rumah tangga,lepas itu, drama diri sendiri pula sampai macam-macam kontroversitimbul.

Kacau kekasih orang
SAYA menulis dengan harapan pelakon, Julia Ziegler sedar apa yang dialakukan. Saya difahamkan Julia Ziegler pernah mengalami putus cinta.Pastinya dia tahu betapa peritnya keadaan itu sehinggakan dia terlibatdalam kemalangan beberapa tahun lalu selepas putus cinta dengan RemyInnuendo. Itu yang saya baca dalam media






Afdlin, Liyana terbaik
“SAYA sanggup mati untuk orang yang saya sayangi. Apa saja untukmembahagiakan mereka,” luah pelakon dan pengarah tersohor, AfdlinShauki apabila membicarakan soal keluarga.

Damailah di sana
MASIH basah di ingatan, ketika kali pertama menjejak kaki di Makkahbersama kumpulan Rabbani penghujung Mei 2008, saya mengajak Asrimenjadi mutawif mengerjakan umrah bersama suami, Ahmad Fuad Sungip.Guraunya, jika berkehendakkan dia menjadi mutawif, upahnya mahal iaituseekor ayam golek.

Suria Hati Taufik
DI Kota Singa, namanya gah sebagai penyanyi. Sebut saja TaufikBatisah, pasti ramai memuji vokal pemenang program realiti SingaporeIdol 2004 ini.

CAK: Tak layak kerana imej
SIAPA kata rupa dan bakat adalah jaminan boleh bertahan lama dalamindustri? Kalau tidak disertakan dengan disiplin, belum tentu kekal tau.

CAK: Janji tinggal janji
INI lagi satu masalah yang bukan asing dalam pembikinan filemtempatan. Bab menipu dan tertipu jadi asam garam. Lain dijanjikan, lainpula jadinya, sehingga ramai artis takut untuk percaya dengan syarikatproduksi baru.

CAK: Ramai bintang sedia menari
DALAM diam, rupa-rupanya sudah ada senarai nama peserta programrealiti Sehati Berdansa musim ketiga. Pandai sungguh Astro menyimpanrahsia.

CAK: Susulan ‘kejut guna kaki’
BARU-baru ini CAK berkesempatan bersua muka dengan ‘orang kuat’Astro. Dalam seronok berbual, CAK bertanya mengenai isu artis AF7‘disampahkan’, baru-baru ini.

CAK: Artis baru bodoh sombong
FESTIVAL Filem Malaysia ke-22 (FFM22) melabuhkan tirai denganjayanya. Tahniah kepada penganjur, terutama kerajaan Sabah, keranabertungkus lumus menjayakan festival kali ini.

CAK: Dakwaan tiada asas
MINGGU lalu, ruangan ini memaparkan kisah Yuna, kononnya buat hallagi di dalam satu majlis. Bukan menuduh, tetapi tanda tanya itubagaimanapun mendapat perhatian pihak pengurusan Yuna Room Records yangmenaungi penyanyi Dan Sebenarnya itu.

Gayah Gebu: Eksploitasi diri sendiri
EKSPLOITASI diri sendiri atau tak sedar diri? Itu yang Gayah naktanya kepada beberapa artis yang boleh Gayah sifatkan ‘poyo’ tahapmaksimum.

FFM22 teratur
BERBEZA dengan penganjuran sebelumnya, kemuncak Festival FilemMalaysia ke-22 (FFM22) yang mengangkat tema ‘Filem Malaysia ke PersadaDunia’ lebih kemas dan teratur.

Borak Paknil: Nikah, rahsia dan artis
ASSALAMUALAIKUM! Paknil ingin mengambil kesempatan ini untukmengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat dan yang Paknilanggap seperti adik juga dalam bidang seni ini, Norman Abd Halim (KRU)dan isterinya Dr Shereen.

Mendongak ke atas Up
KOMBINASI karakter Carl Fredricksen dan Russell dalam animasi Upmemberi gambaran yang manusia saling memerlukan. Up bukan sekadarmemandang ke atas melihat rumah terapung semata-mata, malah lebihdaripada itu supaya kita dapat melihat pengisiannya sebenar yangdigambarkan menerusi dua karakter utama itu.

Hargai legenda
NAMANYA tidak segagah Festival Filem Malaysia (FFM) yang menjangkauusia 22 tahun, namun kehadiran Festival Filem Klasik (FFK) mampubersaing seiring dengan festival berprestij untuk menghargai insan seni.

Zee TV pilih Intan
BEBERAPA tahun lalu filem Bollywood sangat digemari penonton dinegara ini. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini lenggok tarian, lagu,persoalan cinta dan persahabatan yang sering dipaparkan menerusi ceritaBollywood kurang mendapat tempat di hati penonton.

FILEM: Saling memerlukan
KARYA terbaru olahan pereka filem animasi popular, Finding Nemo danMonsters Inc, ini sungguh menghiburkan dan sesuai ditonton semualapisan masyarakat.

FILEM: Si Pelik kembali
MASIH ingatkah anda kepada Jason, si pelik yang membunuh sesiapasaja yang datang kepadanya menerusi kebanyakan filem thriller dariBarat? Menonton filem arahan Mats Stenberg ini, konsep ideanya bagaikanserupa dengan filem berkenaan.

FILEM: Jenaka keterlaluan
PENGGEMAR filem bergenre komedi slapstik pasti terhibur dengansegala kandungan dan penceritaan filem Dance Flick arahan pengarahterkenal yang juga pelakon komedi, Damien Wayans. Pengolahan ceritanyasecara keseluruhan sarat dengan elemen komedi berbentuk sindiran, sinisdan keterlaluan.

Strategi AESB
MEMBINA tapak dalam bidang seni bukan mudah. Malah, untukmengekalkannya pula lebih sukar. Tidak hairan jika sebelum ini ramaiartis baru kecundang sebelum sempat meraih populariti.

Jarum Emas: Sindiran Rendra
KETIKA mendapat berita kematian penyajak tersohor Indonesia, WSRendra, saya bersama beberapa artis dalam perjalanan ke masjid di UMS(Universiti Malaysia Sabah) untuk menunaikan solat Jumaat.






Tak buru gelaran primadona
LIMA tahun dulu sebagai Phim, anak kehilangan kasih sayang ibu bapa, laluterjebak di kancah sosial, dia mula memaparkan lakonan membanggakanmenerusi Castello. Kini sebagai Amy, Liyana Jasmay, 21, akhirnyaberjaya menampilkan lakonan cemerlang menerusi Papadom, sekali gusmenobatkannya antara aktres termuda dalam sejarah penganjuran FestivalFilem Malaysia untuk bergelar Pelakon Wanita Terbaik.

Kenangan pahit manis FFM22
MEMANG letih tak habis lagi sejak Kak Pora balik dari Kota Kinabalu. Tetapipenat di sana rasa berbaloi juga kerana sernok dapat bersama orangfilem, yang lama dan baru, yang tua dan muda. Kak Pora ucapkan tahniahkepada penganjur Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di Sabah keranaberjaya mengemudi dan memastikan acara selama lima hari dan malamkemuncak anugerahnya berjalan lancar, meriah dan rata-ratanya ramaiyang gembira. Mereka yang kalah dan tak puas hati, pedulikan.

Artis muda malas bangun awal
BERCAKAP lagi pasal FFM22, Kak Pora juga kena beri pujian kepada mereka yangterbabit secara langsung dan tidak langsung sebab bukan senang pihakpenganjur hendak menguruskan lebih 600 artis dan delegasi dariSemenanjung untuk berkumpul di Sabah. Silap hari bulan boleh kena darahtinggi dibuatnya.

High School Musical di IB?
SELEPAS muzikal terkenal dunia, Mamma Mia! mendapat sambutan luar biasa ketikadipentaskan akhir tahun lalu, Kak Pora mendapati tidak banyak programantarabangsa sehebat itu dianjurkan di Istana Budaya (IB) tahun ini,dengan pengisian lebih bertumpu kepada program tempatan.

Anis nafi sengaja reka cerita
ENTAH dari mana puncanya, tiba-tiba saja nama penyanyi remaja, Anis Aneesa,23, diperkatakan dalam dunia hiburan apabila dituduh mendera bapasendiri, Mushid Desa, hingga mendapat perhatian program hiburan sensasiTV3, Melodi. Khabarnya, antara penderaan yang dilakukan Anis kepadabapanya ialah membasuh coli dan seluar dalamnya sehingga bapanya jatuhsakit dan dimasukkan ke hospital.

Perginya idola nasyid negara
AIR mukanya sentiasa tersenyum manis apabila menerima sesiapa saja tetamu.Senyuman manis yang dilemparkan seolah menarik sesiapa saja untukmendampinginya. Itulah tarikan dan kelebihan dikurniakan kepada MohdAsri Ibrahim, 40, yang pergi meninggalkan keluarga, sahabat handai danpeminatnya pada 13 Ogos lalu.

Kenangan indah di KK
BELUMpun kaki meninggalkan Kota Kinabalu, Sabah, Isnin lalu ada beberapaorang kuat industri filem kita yang bertanyakan penulis: "Macam manakali ini, rumah siap pahat masih lagi berbunyi ke?". Sekadar membalassoalan dengan senyuman jauh di sudut hati, untuk acara sebesar FestivalFilem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang pertama kali dibawa ke luar dariSemenanjung tanah air, penganjurannya boleh disifatkan agak luar biasadan membanggakan.

Bintang veteran tetap disayangi peminat
SEMPENAFestival Filem Malaysia Ke-22 di Kota Kinabalu, minggu lalu, enambintang filem Melayu era 1950-an dan 60-an, turut diangkat dandiiktiraf menerusi penghargaan khas. Mereka ialah Tony Castello untukBintang Lagenda Lelaki, Bintang Legenda Wanita (Latifah Omar), BintangLegenda Komedi (Momo Latiff), Bintang Legenda Belakang Tabir (KassimMasdor), Bintang LegendaSerba Boleh (Datuk Aziz Sattar) dan Bintang Legenda Hadiah Juri (ZaitonAbdullah). Masing-masing menerima RM5,000 berserta trofi dan sijil.

Santai Selebriti buat rakaman program Aidilfitri
MESKIPUNRamadan belum menjelma tetapi persiapan untuk meraikan Syawal sudahdimulakan apabila artis mengambil peluang menghadiri rakaman programberkaitan sambutan Aidilfitri untuk disiarkan di stesen televisyen.Begitulah juga program Santai Selebriti membabitkan penyanyi danpelakon yang berlangsung di Suria Resorts & Hotel, Stulang LautDalam, Johor Bahru, sempena siri keenam jelajah acara berkenaan,baru-baru ini.

173 jam siaran sempena rai Ramadan
SEMPENARamadan yang menjelang tiba seminggu lagi, Astro memperuntukkan 173 jamdi tiga saluran utamanya - Ria, Prima dan Oasis - bagi menyiarkan 16program baru, khusus untuk tontonan pelanggan setianya bermula 17 Ogosini.

1... 2... Jus! kembali di ntv7
RANCANGANberkonsepkan permainan zaman kanak-kanak, 1..2.. Jus! kembali menemuipenonton dengan musim baru yang lebih menyengat. Saksikan aksi nakaldan sifat keanak-anakan terpendam selebriti dalam 1... 2... Jus! musimketiga, setiap Jumaat, jam 8.31 malam, hanya di ntv7 - Saluran CeriaAnda!

MIG lamar Jo-Anna berlakon filem
SEBAIK saja Zubir menyiarkan artikel - Finalis bintang realiti 'ratu arak danlesbian' di ruangan ini minggu lalu, bertalu-talu SMS dan kiriman e-melyang Zubir terima, meminta supaya Zubir mendedahkan siapa gerangan'ratu' berkenaan, bintang realiti dari program TV yang mana satu.

Adik aktres popular bersosial sakan di kelab hiburan!
SEBENARNYA sudah banyak kali Zubir memaparkan kisah yang seakan serupa dengancerita geli yang akan didedahkan minggu ini. Kakak penyanyi popular,adik perangi macam 'teet', bersosial macam tak ada hari esok! Ada tulagi, kakak pelakon popular dan mempunyai ramai peminat, adik pulaperangi buruk, berpakaian seksi macam kedai kain dah kehabisan stok,minum air setan macam air mineral

Andartu Terlampau dedah rahsia cinta Haliza
BERCINTA indah, putus cinta pula menyakitkan. Hakikatnya, hidup ini tidak akansempurna tanpa cinta. Sebagai manusia, perasaan ingin bercinta dandicintai tidak akan terlepas daripada naluri seseorang yang normal.Bagaimanapun, cinta tak selalunya indah, cinta juga tidak semestinyaboleh memiliki si dia, dan cinta itu juga bak memakan sambal belacan -makin pedas dan berair air mata namun makin rancak dijamah. Ada kalanyajuga cinta itu ibarat racun dalam hidup

Irama Melayu Asli tetap segar
JUDULNYA saja sudah menggambarkan betapa istimewanya kompilasi khusus keluaranterkini, Warner Music Malaysia - Irama Melayu Asli. Bukan sedikitjumlah lagu dimuatkan, sebaliknya album dengan rangkaian dua CD mewahini membariskan 30 senarai lagu dendangan gandingan lama dan baru.

Ahmad Daud beraksi dalam filem Hollywood
JARANG pembabitan seniman ini dalam bidang lakonan dipaparkan media, kecualipenampilannya sebagai penyanyi, pelawak, pengacara televisyen danpenyampai radio, yang biasanya mendapat sambutan menggalakkan dikalangan peminat. Mungkin, atas sebab itu, tidak ramai mengetahui DatukAhmad Daud atau lebih gemar membahasakan dirinya sebagai 'Abang Mad'pernah diberikan watak penting oleh pengarah terkenal dunia, MendeBrown dalam sebuah filem Hollywood, Little Jungle Boy.

Ramziela serik jadi artis rakaman
KALAU diikutkan, beliau enggan menyanyi lagi atas alasan serik ditindassyarikat rakaman tetapi disebabkan dorongan anggota keluarga danbeberapa kenalan rapat, Ramziela kembali ke arena muzik tanah airselepas bersara seketika sebelum ini.

Rumah tangga Iwan, Rosnah bergolak
"PERKAHWINAN kami tidak boleh diselamatkan lagi... jauh sangat kami terpisah,"demikian keluhan penyanyi dangdut, Iwan mengenai krisis rumah tangganyabersama dramatis terkenal, Rosnah Mohd Nor kepada Harian Metro pada 10Januari 1995.

Fahrin buat hal?
NAKpercaya susah, tak percaya pun susah. Raja dengar pelakon kacak, FahrinAhmad buat hal di lokasi penggambaran, baru-baru ini. Rasanya takperlulah Raja sebut drama atau filem apa, mungkin orang luar danpeminatnya sudah dapat mengagak.

Biar Diana Danielle habis belajar dulu
MEMILIKI anak dara cantik dan sering menjadi buruan ramai lelaki adalah antaracabaran besar buat seorang ibu yang merangkap pengurus anaknya. Situasiini sering membuatkan ibu pelakon remaja, Diana Danielle, Norsiah Ramlitersepit dengan keadaan. dia megnaku pada raja, pening kepala dibuatnyaapabila Diana tak sudah-sudah dikaitkan dengan cinta dan kontroversi.

Pelakon halau ibu?
BAGAIdihiris-hiris perasaan Raja apabila mendengar kisah seorang pelakonwanita popular yang sanggup menghalau ibunya keluar dari rumah. Kalauikutkan hati mahu saja Raja renyuk-renyuk mukanya yang tak berapacantik dan berseri itu jika bertemu

Memanfaatkan muzik jana kesedaran patriotisme
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Diharap pembaca B*Pop berada dalam keadaan sihatsejahtera, lebih-lebih lagi dalam keadaan kita semua yang terdedahkepada wabak Influenza A - H1N1 yang semakin kritikal pada waktu ini.

Afdlin buat filem bukan untuk kaya

Afdlin buat filem bukan untuk kaya

Saya tahu tak semua cerita yang boleh melibatkan saya. Kalau anda perasan, tak ada orang yang berani panggil saya berlakon kecuali Kabir Bhatia




Ini kisah seorang lelaki genius. Cerita lelaki bernama Afdlin Shauki Akhsan yang pada usia 38 tahun, telah memenuhkan kehidupannya dengan makna-makna terbaik seperti moto hidupnya - Hidup biar ada makna. Live a meaningful life.

Lelaki ini mengklasifikasikan dirinya sebagai bukan pelaris majalah kerana fizikal yang besar. Namun, satu hal yang tidak disedarinya, dia telah menumpahkan karya-karya luar biasa yang selalu menggeletek hati dengan nuansa komedi dan kasih sayang yang tinggi. Setiap sentuhannya mempunyai magis tersendiri.

Meletakkan situasi kehidupan tanpa terikat dengan jalan klise sesebuah naskhah, siapa yang boleh lupakan buah tangan Afdlin seperti filem Buli, Baik Punya Cilok mahupun Sumo Lah dan terbaru Papadom - cinta yang menebal terhadap lapangan seni ini menjadi faktor utama dia berkarya.

Malam selepas Afdlin dijulang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Cerita Asal Terbaik manakala Papadom terbitan Tayangan Unggul diangkat sebagai Filem Terbaik pada majlis Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22), kami bercerita panjang tentang cintanya terhadap industri, kekayaan yang diperoleh, kelekaan membina keluarga sempurna dan masa depannya.

Sekadar catatan, seni dengan Afdlin sudah tumbuh sejak kecil lagi. Namun waktu itu, kecenderungannya lebih kepada penghasilan karya di atas kertas melalui kepakarannya sebagai seorang arkitek.

Mendapat Diploma Arkitektur dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), anak kelahiran Johor Bahru ini kemudian berkhidmat sebagai pereka di TR Hamzah and Yeang Architectural sekitar awal 1990-an.

Sedar bahawa dirinya lebih cenderung untuk terbabit sebagai karyawan, Afdlin mengikuti kursus Pengurusan Produksi dan Penulisan Skrip di National Film London sebelum tumbuh menjadi karyawan seni yang versatil dan disegani.

Pelbagai anugerah sudah diraihnya. Muncul sebagai penulis lirik dan penyanyi, (dinobatkan dalam Anugerah Juara Lagu ke-19 menerusi kategori Etnik Kreatif, lagu Erti Hidup nyanyian Dayang Nurfaizah), Afdlin juga cukup terkenal sebagai pengacara.

Malah melalui lapangan tersebut, dia diiktiraf sebagai Penyampai Televisyen Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia 1999 (melalui Bila Larut Malam) sebelum bakatnya tidak pernah tercicir diiktiraf dalam festival filem berprestij dan dijulang sebagai yang terbaik dalam beberapa kategori termasuk Aktor Terbaik dan Pengarah Harapan.


LELAKI genius yang masih belum puas meneroka bidang seni.


Pendek kata, anugerah dengan Afdlin bukan sesuatu yang asing. Afdlin senyum. Dia tidak tahu memberi respons yang berlebihan terhadap pujian yang melimpah-ruah kepadanya. Bagi Afdlin, apa yang dikerjakannya sekarang semuanya kerana cinta.

"Saya tidak kejar anugerah. Saya berkarya kerana ini cinta saya. Saya rasa, saya tidak pernah sekali pun gagal berfikir tentang filem. Setiap masa rasanya, saya habiskan dengan menonton filem.

"Kerana kecenderungan ini, saya fikir ia telah membakar semangat saya untuk membuat filem. Jujurnya, saya tak buat filem untuk kaya.

"Saya langsung tak fikir daripada perspektif keuntungan atau duit, tetapi saya buat filem dengan cara saya sebab saya nak orang tengok filem saya," luah Afdlin yang sentiasa berusaha memberi idea-idea segar dalam naskhahnya.

Kecanduannya membikin filem mampu memuaskan hatinya. Namun, dari sudut berbeza, suami kepada Maria Abdullah (Christina Low) dan bapa Mia Sara serta Anaif ini memberitahu dia kekurangan dua perkara penting dalam aspek kehidupan - kewangan yang stabil dan masa emas bersama keluarga.

Sanggup mati

"Saya pernah cakap pada isteri saya, kita akan lambat kaya dengan pekerjaan saya sekarang.

"Sebab saya tak buat filem kerana duit, tapi saya buat filem kerana saya nak buat dan mahu berkongsi dengan orang ramai. Mujur isteri memahami dan selalu menjadi penyokong setia saya.

"Tapi saya tak nafikan, ada anak seni yang mampu jadi kaya-raya dalam bidang ini.

"Namun, ramai yang kais pagi makan pagi. Saya? Alhamdulillah, cukuplah untuk menyara keluarga. Tapi memang belum tahap jadi kaya-raya," katanya sambil ketawa.


AFDLIN, Salina dan Liyana diangkat sebagai yang terbaik pada FFM22.


Sementara pada isu kekurangan masa emas bersama keluarga, beritahu Afdlin, hal itu terjadi sejak tiga tahun lalu sewaktu jiwanya bersemarak untuk membikin filem. Sebab itu Papadom wujud.

"Kerana terlalu fokus pada kerjaya, saya tak sedar anak sulung saya, sudah berusia 10 tahun. Jujur, saya sangat kurang meluangkan masa dengan keluarga kerana sibuk bekerja.

"Saya terlepas melihat anak saya membesar dan saya kerugian banyak masa emas bersama keluarga kerana keluar bekerja. Satu hari, bila saya tersedar tentang hal itu, memikirkan apa yang akan terjadi pada saya jika isteri saya tiada kelak.

"Itulah punca wujudnya filem Papadom - filem tentang bapa-bapa yang sibuk mencari rezeki dan menyerahkan tanggungjawab terhadap isteri kemudian terpaksa memikul semua tanggungjawab selepas ketiadaan isteri," katanya.

Bagaimanapun kata Afdlin, dia tidak pernah menyesal dengan situasi yang berlaku. Kerana kata penggemar band British, Jamiraquoi ini dia berusaha untuk memberi kehidupan yang baik terhadap keluarganya.




Bagaimanapun, satu hal yang tidak boleh dipinggirkan juga adalah dia perlu tidak terlepas pandang terhadap anak-anaknya.

Ditanya adakah dia sanggup berhenti menjadi pembikin filem dan menjadi suri rumah tangga jika apa yang digambarkan dalam Papadom benar-benar berlaku, pantas Afdlin memberi jawapan.

Katanya: "Saya gila kalau tidak melakukan pengorbanan untuk anak-anak saya. Saya sanggup mati untuk orang yang saya sayang."

Jalan Lama seperti Lord Of The Ring

Sudah mempunyai label sebagai pelakon dan pengarah komedi, Afdlin akhirnya bertukar jalur. Kali ini, kata Afdlin yang turut terbabit sebagai 'pelakon halusinasi' dia sudah bersedia untuk terbit dengan naskhah epik yang diberi judul Jalan Lama.


AFDLIN berani memecah tradisi membikin filem klise melalui Sumo-Lah.


Memberi imaginasi filem yang bakal diterajui Que Haidar dan Hans Isaac ini mempunyai idea seperti siri Lord Of The Ring, penghasilan naskhah tentang dua beradik penuh muslihat ini bertujuan untuk mencabar dirinya sendiri.

"Sebenarnya saya seorang penggemar filem epik. Namun, saya memulakan langkah sebagai pengarah komedi.

"Tapi kali ini saya sudah bersedia untuk mencabar diri sendiri untuk mengarahkan sebuah filem epik kerana sebagai seorang pengarah, kita yang membina sesebuah jalan cerita atau karakter dan kita pasti boleh lakukannya," katanya yang optimis dan menolak persepsi seorang pengarah komedi tidak layak membikin karya epik.


BARISAN penggerak Papadom. Dari kiri: Farid Kamil, Afdlin, Liyana Jasmay dan Que Haidar. Mereka mengharapkan kemenangan di FFM22 mampu membawa penonton ke panggung apabila filem ini ditayangkan kelak.


Ditanya sampai kapan dia akan terus melibatkan dirinya sendiri dalam filem arahannya, beritahu Afdlin, sebenarnya dia sendiri sudah mula jatuh cinta sebagai seorang pengarah berbanding pelakon.

"Sekarang ini pun saya sudah mula memilih karakter lakonan saya. Saya tahu tak semua cerita yang boleh melibatkan saya. Kalau anda perasan, tak ada orang yang berani panggil saya berlakon kecuali Kabir Bhatia. Satu-satunya filem arahan saya yang tidak menampilkan saya ialah Mat Spy," beritahu Afdlin lagi.

Search mahu tebus kepincangan

Search mahu tebus kepincangan





AMY mengakui penuh telus dan tulus.


DUA minggu Search 'dibantai' impak daripada persembahan yang dikatakan paling tidak berbaloi pada Konsert Awan Biru mereka yang berlangsung di Bukit Kiara Equastrian Park pada 1 Ogos lalu. Tohmahannya - itulah konsert terburuk dalam sejarah perjalanan Search sepanjang lebih 25 tahun!

Lebih 30,000 peminat tegar mereka kecewa dengan sistem bunyi, pencahayaan dan pentas serta Search sendiri kerana gagal mencapai piawaian sebuah konsert grup legenda.

Selaku vokalis, Amy mengambil tanggungjawab terhadap 'kerosakan' yang telah berlaku.

Amy sempat menafikan individu yang bertanggungjawab menguruskan ArtistAtWork membawa lari wang mereka, sebaliknya memberitahu kegagalan menguruskan wang dengan baik menjadi punca perjalanan konsert mereka huru-hara.

Apa yang Search boleh katakan tentang kegagalan konsert mega itu?

Sebenarnya semua berpunca daripada bajet kami yang sudah melebihi had. Untuk Konsert Awan Biru, pihak Celcom memberikan pihak Search yang diwakili ArtistAtWork sebanyak RM490,000 untuk acara di semua lokasi.

Ini bermaksud untuk setiap lokasi, kami seharusnya menggunakan hanya sekitar RM120,000 hingga RM150,000 saja. Malangnya, individu yang bertanggungjawab telah menggunakan bajet melebihi tahap yang seharusnya.

Banyak duit digunakan untuk perkara remeh seperti mencetak sebanyak 400 helai baju pengawal, membuat beg cenderahati pada harga yang tidak relevan, logistik dan sebagainya.

Pada konsert pertama di Pulau Pinang, sebanyak RM300,000 dibelanjakan sebelum konsert di Johor Bahru diadakan dengan bajet RM300,000 juga yang secara dasarnya sudah melebihi had dana kami.

Jadi apa kena mengena dengan sistem bunyi dan kepincangan konsert di Kuala Lumpur?

Sebab sudah membelanjakan dana berlebihan, kita tidak mampu membayar sewa sistem bunyi sebelum ini. Saya akui, kami berhutang ratusan ribu dengan pemilik sistem bunyi tersebut.

Apabila kita ingin mengadakan konsert di KL, mereka tidak mengizinkan sistem bunyi mereka dipakai sehingga kami membayar hutang mereka.

Tetapi kita tidak mempunyai wang dan selepas berunding, kami ingin membayar sedikit, namun pada saat akhir mereka tidak bersetuju. Jadi untuk itu, kami gunakan khidmat sistem bunyi daripada Dino dengan menggunakan krew teknikal kami yang asal.

Apa yang dipersembahkan pada konsert itu adalah yang terbaik usaha daripada krew kami. Malangnya berlaku masalah teknikal dan sistem bunyi blow, membuatkan konsert terhenti selepas lagu kedua.

Kami kecewa dan bila naik ke pentas, kami berharap semuanya kembali baik, tetapi tidak. Search tidak boleh menghentikan konsert kerana masalah itu.

Tapi kerana masalah dalaman ini, reputasi Search tercalar teruk. Semua kecewa. Amy menyanyi sumbang dan permainan setiap anggota Search juga mengecewakan.

Kami akui, kami kecewa kerana gagal memberi persembahan terbaik. Tetapi masalah yang melanda membuat keadaan menjadi buruk. Hanya sebagai profesional, kami tidak akan membatalkan konsert tersebut, sebaliknya berusaha sehabis baik untuk menghiburkan peminat yang datang.

Kalau kami tidak profesional, kami boleh saja batalkan konsert kami sehari sebelumnya kerana sudah tahu masalah sistem bunyi yang kurang baik. Tetapi kami tampil dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Ramai yang merungut Search juga tidak memainkan lagu-lagu hit yang selalu dinyanyikan dalam konsert-konsert sebelum ini. Kenapa?

Sebenarnya ada, tapi (kena) potong sebab masalah teknikal yang kami hadapi. Kami berusaha untuk tidak mengeruhkan suasana, jadi kami bermain mengikut kapasiti teknikal pada malam itu.

Apabila terjadinya perkara macam ini, ia membuatkan syarikat besar bimbang menaja konsert artis tempatan. Mereka akan gunakan alasan ini sebagai jalan untuk menaja artis luar. Apa persepsi anda?

Jujurnya, Celcom tak rugi apa-apa dalam hal ini, sebaliknya kami yang rugi besar. Mereka telah mendapat pulangan daripada apa yang mereka keluarkan dan kami juga menjalankan urus niaga seperti yang diharapkan.

Jadi maksudnya sekarang pihak ArtistAtWork rugi dan konsert ini tidak membawa keuntungan. Tapi dengan kehadiran lebih 30,000 penonton, kutipan kasar harga tiket barangkali mencecah RM1 juta. Jadi tidaklah rugi sangat, kan?

Ya, kami rugi dan semua kutipan tiket yang kami dapat adalah untuk membayar segala hutang kami dengan pihak sistem bunyi dan menjelaskan bayaran krew yang tertangguh.

Dalam masa yang sama, sedikit dana harus digunakan untuk konsert di Sabah dan Sarawak kelak. Selebihnya baru dikira keuntungan kami. Sekarang, yang penting bukan soal keuntungan, tetapi kepuasan peminat kami.

Ada ganti rugi untuk peminat?

Insya-Allah, kalau tiada aral, Celcom sudah bersetuju untuk mengadakan sekali lagi konsert di Kuala Lumpur, Disember depan. Kami berharap ia mampu menebus kekecewaan Search dan peminat.

Asri ajar anak dengan hati

Asri ajar anak dengan hati


PERMATA hati Asri dan Halizah. Dari kiri, Mohd. Fathi, Ilham Fikri, Mohd. Nasiruddin, Hamdi Rabbani dan Sofiyyah Munawarah.


PAGI semalam, kedatangan saya ke rumahnya di Rawang, Selangor disambut baik isteri Allahyarham Asri Ibrahim, vokalis nasyid Rabbani, Halizah Shahzan, 39. Riak wajahnya tenang ketika ditemui. Beliau ditemani anak bongsunya, Hamdi Rabbani, 4 tahun.

Bohong jika dikata tiada riak duka yang terlukis pada wajah wanita yang baru kehilangan ‘nyawanya’ ini. Namun demi anak-anak, ranjau kehidupan yang terbentang, disusuri dengan yakin.

Menjadi pemimpin kepada Mohammad Nasiruddin, 14, Muhammad Fathi, 13, Atiqah, 11, Ilham Fikri, 9, Sofiyyah Munawwarah, 5, dan Hamdi Rabbani, selepas pemergian Asri, hanya keyakinan kepada Allah serta ajaran arwah menjadi kunci kekuatan mereka kini.

Sekuat ibunya dalam meredakan pemergian insan tersayang, anak-anak soleh Allahyarham turut merestui pemergian si bapa.

“Saya rindu ayah,” ringkas, namun begitu menyentuh hati ungkapan yang keluar daripada bibir Hamdi.

Sementara anak-anaknya yang lain, termasuk Nur Afikah yang diserang demam lebih selesa membiarkan ibunya berbicara tentang insan yang paling mereka sayangi.

“Kalau nak ceritakan tentang kenangan, dalam masa sesingkat ini, memang tak tahu nak cerita macam mana,” Halizah memulakan bicara.

Saya membiarkan wanita yang wajahnya cukup suci ini mengutip kekuatan untuk bercerita. Beberapa detik kemudian, Halizah bersuara lagi.




Jelasnya, kenangan menunaikan umrah bersama Asri baru-baru ini adalah kenangan termanis sebelum suaminya itu dijemput pulang oleh Ilahi.

Selebihnya dia menyerahkan kenangan tersebut bertandang mengikut keadaan. “Ada masa-masanya, kenangan yang lama itu mudah saja datang. Kalau teringat, hanya doa saja yang mampu saya titipkan,” katanya tersekat-sekat.

Antara momen yang segar dalam ingatannya selain bulan madu di Mekah adalah ketika kali terakhir menghantar arwah ke pejabat Rabbani pada pagi kejadian iaitu Khamis lalu.

“Walaupun arwah pergi tanpa saya, namun saya puas sebab saya sendiri yang menghantar arwah. Sempat bersalam dan sempat menatap wajahnya,” jelasnya yang memberitahu menerima panggilan tidak sampai setengah jam selepas menghantar arwah.

Ketika saya melanjutkan persoalan mengenai anak-anak, Halizah termenung sebentar.

“Alhamdulillah. Semuanya faham dan reda dengan ketentuan Allah. Ada yang masih sedikit terkejut namun mereka cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini,” jelasnya.

Namun satu hal yang meninggalkan kesan di hatinya apabila bercakap tentang arwah dan anak-anaknya adalah cara arwah mendidik anak-anak mereka. Akuinya, dia akan merindui cara didikan arwah kerana suaminya itu mengajar anak-anak melalui hati – menegur dengan cara halus dan berhemah.

“Jarang arwah marah malah susah melihat dia marah anak-anak. Sebaliknya sikap dia yang suka memujuk dan tenang itu memang cukup berbekas di dalam hati kami,” cerita Halizah tentang seorang lelaki bernama Asri yang tidak akan pernah kembali bersamanya lagi kecuali diizinkan Tuhan sewaktu kiamat menjelma nanti.

Rabbani belum cari pengganti

PERGINYA Ustaz Asri yang dikasihi, membekaskan sejuta rasa di sanubari khalayak yang mengenalinya. Canda dan nasihatnya selalu menjadi penyeri hari-hari anggota Rabbani yang lain.

Bagi Azadan Abdul Aziz, 36, Rahmat Shafie, 37, Mohd Asri Ubaidullah, 38, Lokman Abdul Aziz, 35, Rithahudeen Yaakob, 38, Mohd Nazrul Azhar Tamrin, 31, Zulkifli Azman, 35, dan Affendi Shahabudin, 33, kehilangan arwah umpama sebutir bintang yang membuat kehidupan mereka gelap tanpa cahaya bimbingan.




Biar arwah terlebih dahulu meninggalkan anggota yang lain pada usia 40 tahun, namun legasi Rabbani tidak akan mati. Rabbani akan terus mekar dan memperjuangkan gurindam nasihat daripada alunan merdu nasyid mereka.

“Kami tidak bercadang untuk mencari pengganti arwah. Sebenarnya pemergian arwah bukan sekadar sebagai anggota Rabbani. Tapi dialah teman, dialah ayah dan ketua yang kami sayangi,” luah Azadan yang jelas kedengaran menangis menahan sebak di corong telefon.

Tambah Azadan, demi menghormati pemergian Asri, Rabbani membekukan agenda seni mereka sebelum kembali aktif pada Ramadan keempat kerana terikat dengan kontrak persembahan bersama Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor.

Ditanya apakah lagu kegemaran Asri yang tidak pernah gagal dibawakan dalam persembahan-persembahan mereka, Azadan memberitahu, Asri menggemari banyak lagu daripada album terkini mereka daripada album Nostalgia Nada Murni.

“Tapi lagu kegemarannya adalah Bila Nur Melimpah di Hati dan Mana Milik Kita. Sejak kebelakangan ini, lagu Mana Milik Kita yang arwah cipta sendiri 20 tahun lalu menjadi lagu wajib persembahan kami,” ujarnya yang akan menunaikan hajat Asri membuat aqiqah untuk anaknya pada 18 Ogos ini. – MALIAH SURIP

Haziq nak tengok makhluk asing

Haziq nak tengok makhluk asing




MENGGAMIT perhatian dengan keletah bersahaja dan kebijaksanaannya berinteraksi dalam program kanak-kanak popular kelolaan Aznil Nawawi, Tom Tom Bak dan Macam-Macam Aznil, Muhammad Haziq Mohd Hazem, 9 tahun, nyata tidak mensia-siakan bakat yang ada.

Memang meminati seni sejak kecil, dua program tersebut menjadi platform buat kanak-kanak yang mengaku dirinya nakal ini bergelar pelakon.

Melalui dunia lakonan juga, penggemar Will Smith, John Travolta dan Jack Black ini menyerlah. Hasilnya, anak berdarah campuran Melayu-Arab ini dinobatkan sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik melalui lakonan bersahajanya dalam filem Syurga Cinta pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Teruja dengan kemenangan tersebut, Haziq saat ditanya tentang habuan RM10,000 yang dimenanginya dengan selamba berkata: "Rahsia," sebelum pengikut siri kartun Ben 10 ini lari daripada sesi temu bual. Dia kembali fokus selepas neneknya, Wan, yang setia menemani memujuknya untuk ditemu bual.

"Saya ada banyak tawaran berlakon, tapi saya tak ambil sebab terikat dengan siri Belalang Epik Anakanda Nujum Diraja. Dan lepas ini saya nak berlakon banyak filem," tuturnya tentang jadual seni yang padat.

Tiz banyak menangis demi watak

Tiz banyak menangis demi watak

Saya juga kasihan kepada watak wanita itu yang penyabar, berhati lembut dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga




PEMBAWAKAN gadis ini dalam siri pertama yang menampilkan dirinya sebagai pelakon utama terlihat matang dan manis.

Nur Kasih yang sekarang masih bersiaran di TV3 berjaya menumpahkan rasa kasih dan kasihan buat Nur Amina lakonan hebat Tiz Zaqyah Abdul Razak, 21.

Bagi yang pernah menonton siri Impian Ilyana untuk musim kedua dan ketiga, wajah Tiz sudah biasa dilihat.

“Siapalah yang tidak jatuh cinta dengan Nur Amina. Malah saya juga kasihan kepada watak wanita itu yang penyabar, berhati lembut dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga,” terang Tiz.

Dia mengaku punya persamaan dengan Nur Amina iaitu berhati lembut dan mudah terasa.

Jujur Tiz, dia sebenarnya adalah gadis biasa yang suka mengacau teman-teman, kuat berbicara dan kadangkala nakal. Jauh ibarat langit dengan bumi antara dirinya dan Nur Amina.

Namun, kelainan itulah yang merupakan cabaran terbesar buat Tiz menyemarakkan diri dalam dunia lakonan.


TIZ selesa memainkan pelbagai karakter demi memantapkan bakatnya.


Bakat Tiz nyata memikat pandangan pengarah terkenal, Kabir Bhatia.

Selepas berjaya membawakan satu watak kecil dalam siri Hantu Raya, Tiz mendapat pelawaan untuk menguji bakatnya dalam siri arahan Kabir sekali lagi.

“Saya diuji bakat sebanyak dua kali. Selepas dua bulan, saya mendapat panggilan telefon daripada pihak produksi yang menyatakan saya mendapat watak dalam siri Nur Kasih.

“Tak sangka saya dapat watak utama,” ujarnya yang mengaku banyak menangis dalam siri tersebut.

Gadis yang lahir pada Oktober 1988 ini sedar masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhinya baik dalam kehidupan mahupun bidang lakonan yang dicintainya.

Bercita-cita untuk menyambung pelajaran, Tiz juga mahu memastikan jangka hayat dan perjalanan lakonannya berterusan.

Menjadikan Azean Irdawaty dan Ida Nerina sebagai idola, genre filem pilihan dan kegemarannya jauh dengan jiwa watak yang dibawakannya sekarang.

Tiz gemarkan filem yang bertemakan seram. Namun, variasi ini membuatkan dirinya mahukan sesuatu yang terus mencabar dan tidak bersifat stereotaip.

Dalam nada syukur dia begitu mengagumi pengarah, Kabir Bhatia yang banyak membantunya mendalami karakter yang diberikan kepadanya.

“Kabir relaks dan dia tahu apa yang dia mahukan. Saya sangat banyak belajar di bawah bimbingannya.”

Dedah kisah dalam kain

Dedah kisah dalam kain


JOLIE dan Brad Pitt mempunyai ritual ganjil dalam hubungan mereka.


BINTANG Hollywood sememangnya cukup terbuka apabila membicarakan mengenai topik panas, apalagi kalau ia membabitkan isu seks.

Aktres veteran yang bersuamikan orang muda, Demi Moore, tidak terkecuali.

Pelakon berusia 46 tahun itu baru-baru ini membuat pendedahan bahawa dia tidak kisah jika ada wanita lain cuba menggoda suaminya, aktor Ashton Kutcher, 31.

Malah menurut Moore, perkara itu membuatkan dia menyedari betapa bertuah dirinya bersuamikan Kutcher.

Bintang yang popular menerusi filem Ghost (1990) itu baru-baru ini menulis dalam laman sembang Twitter: "Apabila ada wanita yang cuba menggoda Ashton, saya melihat perkara itu sebagai satu pujian terhadap saya."


DEMI MOORE tidak kisah banyak wanita menggoda suaminya, Ashton. Katanya itu satu pujian buatnya.


Itu bukan satu-satunya kenyataan terbaru Moore mengenai kehidupan peribadinya yang tersiar menerusi Twitter.

Moore juga mengakui dia menjadi keliru apabila bangun daripada tidur pada suatu pagi apabila mendengar suara suaminya yang merayu-rayu untuk mengadakan hubungan seks.

"Suatu pagi ketika saya bangun tidur, saya dengar Ashton berkata, 'masa untuk seksi', berulang kali.

"Saya ingatkan dia mahu kami mengadakan hubungan seks, tetapi rupa-rupanya dia sedang bercerita mengenai filem terbarunya, Spread dalam satu sesi temu bual menerusi telefon bersama sebuah stesen radio," jelas Moore.

Namun, Angelina Jolie dan Brad Pitt mendedahkan 'kisah bilik tidur' mereka yang lebih panas.

Pasangan yang membesarkan enam orang anak bersama itu mengakui melakukan 'sesuatu' bagi memastikan hubungan seks mereka sentiasa hangat.




Jolie, 34, dan Pitt, 45, tidak malu untuk memberitahu mereka sanggup melakukan hubungan seks di tempat yang istimewa.

"Di kediaman kami ada gua kecil yang dibina khusus berhampiran air terjun buatan yang menghiasi kolam mandi. Jadi, di situlah 'syurga' kami," akui Pitt kepada Contactmusic.

Angelina kemudian mencelah: "Ya, memang banyak tempat istimewa untuk kami lakukan seks. Senaraikanlah."

Pitt dalam tawa kemudian menambah: "Ada tempat yang lebih selesa untuk kami 'bersama'. Ada satu bangunan di kawasan Hollywood lama yang mana kolam mandinya dilengkapi air terjun dan sudah tentu ada gua kecil di belakang air terjun itu. Khabarnya mendiang Jimi Hendrix pernah menghabiskan 'masa berkualiti' di situ. Cerita itu sememangnya mengujakan saya dan Angelina."

Dhani mengaku menikah, Maia cool

Dhani mengaku menikah, Maia cool


DHANI


DALAM nada yang melucu dan sekali lagi mencipta kontroversi, Ahmad Dhani mengaku sudah memiliki isteri pengganti Maia.

Bukan kali pertama Ahmad Dhani bergurau dengan menyatakan menikahi Mulan iaitu penyanyi yang dikatakan punca utama keretakan rumah tangga Maia dan Ahmad Dhani.

Malah sewaktu konsert Pesta Malam Indonesia, baru-baru ini, Mulan kononnya datang ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan. Walhal kelibatnya tidak kelihatan di atas pentas.

Ahmad Dhani dikatakan telah membuat pengakuan yang dirinya menikahi Mulan tiga tahun lalu dan respons Maia hanyalah biasa-biasa sahaja.

"Saya tidak mahu berbicara soal itu dan no comment," ujarnya. Maia dikatakan tidak mahu campur dalam masalah peribadi mantan suaminya. Dia membiarkan masyarakat untuk menilai segala komen yang dikeluarkan oleh Dhani.



MAIA



Ariel Lin kedekut?

Ariel Lin kedekut?


ARIEL LIN


PADA pemikiran penyanyi terkenal Taiwan, Ariel Lin, dia hanya berjimat-cermat dan tidak suka membazir. Malangnya, tanpa disedari, dia boleh diklafikasikan sebagai seorang kedekut.

Ariel gemar menggunakan kemudahan awam dan berjalan kaki untuk ke destinasi yang dekat. Dia akan membawa bekalan air sendiri dari rumah dan tidak suka membelanjakan wang untuk membeli makanan. Baru-baru ini dia mula membawa bekal yang dimasak ibunya untuk dimakan sepanjang hari.

Perbelanjaannya selama sebulan juga tidak mencecah RM1,070!

Kim Kardashian : Pendamping baru Tyra Banks

Pendamping baru Tyra Banks




GADIS dengan bentuk badan yang menggiurkan ini bukan berasal daripada keluarga seni. Dia juga tidak pernah memasuki sebarang pertandingan bakat. Kim Kardashian, 28, popular dalam industri televisyen hanya kerana tuah.

Ayahnya, Robert Kardashian merupakan bekas peguam terkenal. Kecekapan Robert sebagai peguam bela dalam kes bunuh pemain bola sepak Amerika yang juga sahabat karibnya, O.J Simpson, telah membuatkan nama keluarga ini naik sepantas kilat.

Kim adalah anak gadis yang paling cantik daripada tiga beradik perempuan. Tumpuan terhadapnya telah mencetuskan sebuah program realiti televisyen, Keeping Up With The Kardashians yang kini memasuki musim ketiga. Ia disiarkan di saluran E! (712) pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Percaya atau tidak, menjadi terkenal bukan sehebat yang dilihat. Saya rasa semakin payah kini dengan perhatian pihak media. Mereka kadangkala boleh menjadi jahat dan kejam,” ujar Kim.

Kini selain kisah kehidupan sehariannya bersama keluarga terutama adik-beradiknya, Khloe dan Kourtney dipertontonkan kepada umum, Kim terus menjadi tumpuan berikutan perpisahannya dengan Reggie Bush, pemain ragbi profesional.

Khabar angin menyatakan penyanyi rap, Kanye West menjadi punca percintaan selama dua tahun itu berakhir.

Sebelum patah hati dengan Reggie, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit, Damon Thomas dan mempunyai rakaman porno dengan bekas teman lelakinya, penyanyi Ray J.

Untuk tahun 2009, Kim sudah merangka muncul dengan minyak wangi jenama sendiri, selain telah dipanggil sebagai hakim jemputan untuk bergandingan dengan Tyra Banks dan Nigel Barker untuk program realiti model tersohor, America’s Next Top Model musim ke-13.