BINTANG Hollywood sememangnya cukup terbuka apabila membicarakan mengenai topik panas, apalagi kalau ia membabitkan isu seks.
Aktres veteran yang bersuamikan orang muda, Demi Moore, tidak terkecuali.
Pelakon berusia 46 tahun itu baru-baru ini membuat pendedahan bahawa dia tidak kisah jika ada wanita lain cuba menggoda suaminya, aktor Ashton Kutcher, 31.
Malah menurut Moore, perkara itu membuatkan dia menyedari betapa bertuah dirinya bersuamikan Kutcher.
Bintang yang popular menerusi filem Ghost (1990) itu baru-baru ini menulis dalam laman sembang Twitter: "Apabila ada wanita yang cuba menggoda Ashton, saya melihat perkara itu sebagai satu pujian terhadap saya."
Itu bukan satu-satunya kenyataan terbaru Moore mengenai kehidupan peribadinya yang tersiar menerusi Twitter.
Moore juga mengakui dia menjadi keliru apabila bangun daripada tidur pada suatu pagi apabila mendengar suara suaminya yang merayu-rayu untuk mengadakan hubungan seks.
"Suatu pagi ketika saya bangun tidur, saya dengar Ashton berkata, 'masa untuk seksi', berulang kali.
"Saya ingatkan dia mahu kami mengadakan hubungan seks, tetapi rupa-rupanya dia sedang bercerita mengenai filem terbarunya, Spread dalam satu sesi temu bual menerusi telefon bersama sebuah stesen radio," jelas Moore.
Namun, Angelina Jolie dan Brad Pitt mendedahkan 'kisah bilik tidur' mereka yang lebih panas.
Pasangan yang membesarkan enam orang anak bersama itu mengakui melakukan 'sesuatu' bagi memastikan hubungan seks mereka sentiasa hangat.
Jolie, 34, dan Pitt, 45, tidak malu untuk memberitahu mereka sanggup melakukan hubungan seks di tempat yang istimewa.
"Di kediaman kami ada gua kecil yang dibina khusus berhampiran air terjun buatan yang menghiasi kolam mandi. Jadi, di situlah 'syurga' kami," akui Pitt kepada Contactmusic.
Angelina kemudian mencelah: "Ya, memang banyak tempat istimewa untuk kami lakukan seks. Senaraikanlah."
Pitt dalam tawa kemudian menambah: "Ada tempat yang lebih selesa untuk kami 'bersama'. Ada satu bangunan di kawasan Hollywood lama yang mana kolam mandinya dilengkapi air terjun dan sudah tentu ada gua kecil di belakang air terjun itu. Khabarnya mendiang Jimi Hendrix pernah menghabiskan 'masa berkualiti' di situ. Cerita itu sememangnya mengujakan saya dan Angelina."
No comments:
Post a Comment