Dengarnya...: Rosyam 'naik hantu'
AHAD lalu, Cik Normah sempat luangkan masa menonton di rumah pertandingan akhir Pilih Kasih yang diadakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Mohammad, Senawang, Seremban. Cik Normah tak nak sentuh, siapa yang menang, siapa yang kalah. Yang Cik Normah nak sentuh ialah mengenai kisah di belakang tabir yang tak nampak di dalam skrin TV.
Cik Normah dapat tahu pelopor kepada program terbabit iaitu Rosyam Nor khabarnya ‘naik hantu’ dengan pengacara yang diberi mandat mengacarakan program itu. Siapa lagi, Raja Azura dan Reza Mohamedlah. Nama tetamu VIP pun boleh tersasul, tak betul sebutannya. Kenapa boleh jadi macam itu?
Untuk program yang bersiaran langsung sebegitu, seharusnya pengacara perlu bijak mengawal penonton dan momentum program. Ini tidak, Raja Azura yang berpengalaman lama pun macam tak bersedia saja. Begitu juga dengan Reza yang pernah mengacarakan beberapa program. Jadi jangan nak cakap alasan masih baru pula.
Raja Azura yang mesra dengan panggilan Kak Engku pun masih terjerit-jerit macam orang tak betul. Lucunya, cakap dalam artikel sebuah surat khabar yang keluar pada hari yang sama menafikan perihal itu. Kononnya, sudah tidak jerit lagi tapi tetap menjerit pada pertandingan akhir itu. Letih akak dik oi!
Cik Normah diberitahu sebenarnya pasangan pengacara ini tidak melakukan sesi raptai. Patut pun macam ‘hancus’ saja. Malah, Rosyam pun tak senang duduk dan sudah macam pengurus pentas saja lagaknya. Setiap kali program berhenti untuk laluan iklan, Rosyam akan ke belakang pentas kerana tidak puas hati dengan perjalanan program termasuk pengacara.
Cik Normah diberitahu, Rosyam sampai tendang meja dan kerusi kerana terlalu geram dengan apa yang dipersembahkan pada malam itu. Tapi biasalah, apabila wajahnya disiarkan di kaca TV dan ditonton orang, Rosyam masih berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Nama pun pelakon kan? Iyalah, ini pun program ‘bayi’ kepadanya tapi hasilnya .... Siapa nak jawab?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment