Friday, August 28, 2009

HIBURAN : JUMAAT 28 OGOS 2009

Lydiawati gagal fail tuntutan RM103,000
SHAHALAM: Pelakon, Lydiawati (kanan) akan memfailkan tuntutan nafkah edah,mutaah, tunggakan nafkah serta pemulangan semula barang perkakasperkahwinan bernilai RM103,000 di Mahkamah Tinggi Syariah, di sinidaripada bekas suaminya selepas beliau gagal membayar tuntutan itusehingga kini.


Ramadan kali ini cukup bermakna buat Mawi
KUANG 27 Ogos - Ramadan kali ini disifatkan penyanyi popular, Mawipaling bermakna kerana kali pertama menyambutnya sebagai suami.






Khazanah berharga di RTM
KITA sering mendengar frasa muzik merupakan bahasa sejagat yang membawamaksud muzik akan difahami oleh semua tanpa mengira lingkungan fahaman,budaya, geografi dan juga kaum.


Cabaran Erma arah Natrah
RAMAI yang tahu tragedi kisah cinta dan anutan agama gadis Belandabernama Natrah yang terpaksa berpisah daripada keluarga angkatnya yangberagama Islam pada tahun 1950-an.


Sajian RTM sempena Ramadan, Merdeka
MENJELANGRamadan dan Hari Kemerdekaan negara ke-52 tahun ini, Radio TelevisyenMalaysia (RTM) tidak lupa untuk bersama membangkitkan rasa cintakantanah air di samping menimbulkan kenikmatan menjalani ibadah puasa.






Tak pinjam bintang Alyah dan Stacy
BUKAN adik-beradik, bukan juga teman rapat. Namun, banyak persamaanyang dimiliki oleh Riz dan Chaq yang kini duduk di bawah jagaansyarikat rakaman milik komposer Ajai, Wake The Baby.

Cerai bukan raih populariti
KETIKA berita pelakon utama filem Santau , Putri Mardiana Zainal Abidindan suaminya, Shahnaz Norwawi, 32, disahkan bercerai secara taklikdengan talak satu diumumkan pada 25 Ogos lalu, ramai yangtertanya-tanya siapakah aktres itu?


Renee bertunang kekasih Aniston
SETELAH beberapa bulan bercinta, pelakon jelita Renee Zellweger dilaporkan telah bertunang dengan pelakon Bradley Cooper.









Ikon 1Malaysia
PEMERGIANPenghibur No 1 tanah air, Sudirman Arshad, 17 tahun lalu masih belumada galang gantinya. Bukan tiada yang cuba menjadi seperti Sudirmantetapi mereka ternyata gagal menandingi kehebatan penyanyi yang kembalike Rahmatullah pada 22 Februari 1992 itu.

Apabila KJ, Tok Guru jadi pelakon...
MEREKAberbeza dari segi fahaman politik, ada yang dari kerajaan dan ada jugadari barisan pembangkang, namun atas dasar semangat 1Malaysia merekasanggup mengenepikan kekangan itu apabila bersetuju untuk muncul dalamsebuah projek 15Malaysia yang berteraskan slogan yang dilaung-laungkankerajaan ketika ini.

Ikut selera peminat
SEDEKADtidak menghiburkan peminatnya di Singapura menyebabkan BiduanitaNegara, Datuk Sharifah Aini amat menantikan Konsert Malam Lagenda SeriDewi yang bakal dijayakannya di Stadium Tertutup Singapura (SIS) pada 8November depan.

Serlah keunikan Malaysia di mata dunia
SEBUAHusaha positif yang membantu perkembangan industri penerbitan tempatanselain mengetengahkan keunikan Malaysia di mata dunia. Itu antararangkuman pengalaman yang dikutip Abdul Hamid Abdullah, seorangdaripada empat penerbit tempatan yang terpilih untuk menjayakanproduksi, Eye On Malaysia.

Dengarnya...: Hafiz turut berlakon
NAMPAKNYAmacam-macam cara dilakukan oleh Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB)terutama untuk memastikan hayat bintang realiti di bawah naungannyaterus bertahan. Begitu juga dengan apa yang dirancang Astro untukmemastikan juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz kekaldiingati.

Dengarnya...: Sabar sajalah Farid...
BETULke yang Cik Normah dengar mengenai filem pertama arahan pelakon kacak,Farid Kamil iaitu Remp-it V3 tidak akan ditayangkan selepas menghadapibanyak masalah.

Sanggup digelar gila kerana Aznil, Din Beramboi
GARA-garaterlalu meminati penyampai radio Era FM kesayangannya iaitu AznilNawawi dan Din Beramboi, suri rumah Zaleha Idris sanggup menghabiskanmasa selama tiga minggu berkepit dengan penyampai radio itu





Bukan 'mak cik' lagi
SEPANJANG tempoh lima tahun berkecimpung dalam bidang peragaan,pelakon dan pengacara jelita, Haryati Hamzah atau Yatt mengakui diasering menjadi model bertudung dan berbusana Muslimah untuk majalah.

Hidup Lynn lengkap
SUDAH lama tidak mendengar khabar berita pelakon Sharifah Norhaslinda atau lebih mesra disapa Lynn.

Tarikan unik raya pertama
ACAP KALI terlintas di fikiran masyarakat, hiburan cuma seronok danmelalaikan? Walhal definisi hiburan itu cukup luas kerana jikadigunakan dengan betul, mampu menyuntik motivasi kepada pendengar yangmencari konsep berlainan dalam hiburan terutamanya yang bercirikankeislaman.

Awie-Erra bukan isu
HUBUNGAN Awie dan Erra Fazira yang pernah bertunang dan berpisahtidak perlu jadi isu, sebaliknya dinilai daripada sikap profesionalapabila kedua-duanya terbabit dalam filem Andartu Terlampau...21 HariMencari Suami terbitan sulung syarikat kakak ipar Awie sendiri iaituHaliza Misbun.

U-Wei cari Nina Hanyut
BERUSIA 55 tahun, pengarah filem U-Wei Saari nyata belum kehilangan aura untuk terus berkarya.

Asri ikon nasyid sejati
LEMAH lutut Isman Nadim Isa, 40, sebaik mendapat berita vokalisutama Rabbani, Mohd Asri Ibrahim pulang ke rahmatullah pada 13 Ogoslalu.

Lagu nasyid artis 3 negara
PADA Ramadan ini menjadi kelaziman umat Islam memperbanyakkan amalanibadah dan aktiviti baik yang lain di samping menunaikan kewajibanberpuasa.

Astro dedikasi saluran untuk Siti
ISTIMEWA sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Astro membawakan salurandedikasi istimewa untuk pelanggannya dan peminat setia Datuk SitiNurhaliza dengan mempersembahkan saluran SITI (saluran 188).

Video 'panas' Leighton
LAKONAN aktres Hollywood, Leighton Meester sebagai Blair Waldorfmenerusi drama bersiri popular Gossip Girl mencuri perhatian ramai.

Zila tak sabar beraya
KEHIDUPAN dramatis imej seksi, Zila Bakarin dirasakan begitusempurna sejak hadirnya Kaseh yang menjadi pengikat cinta dengan suami,Azri Izhar.

SOSEH SOSEH: Main cinta dengan suami orang
MELIHATKAN wajah gadis ini, SS tidak nafikan kecantikannya. Ditambahtutur katanya yang lemah lembut nyata melambangkan dia ‘gadis Melayu’sejati. Bagaimanapun, baru-baru ini SS terdengar cerita kurang enakmengenai si jelita ini.

SOSEH SOSEH: Artis menang anugerah hidung tinggi
ARTIS sombong atau kekwat bukan isu baru dalam industri hiburantanah air. Sudah banyak kali diperkatakan, namun ia tetap berlaku.Mungkin, kerana merasakan diri sudah seperti selebriti terkenal tetapiapabila diukur bilangan pembabitannya hanya seberapa saja.

Sukarnya bintang program realiti bersinar
BUKAN mudah membina tapak dalam dunia seni tanah air apatah lagimengekalkannya. Justeru tidak hairan jika sebelum ini ramai artis barukecundang sebelum sempat meraih populariti. Fenomena popularitiadakalanya naik dan turun tetap menghantui mereka.

Semangat merdeka TV2
BULAN kemerdekaan diraikan seluruh masyarakat tanpa mengira kaummahu pun usia dan masing-masing mempamerkan pelbagai cara untukmenunjukkan semangat juang serta rasa kecintaan terhadap negara.

Cabaran Erma arah Natrah

Cabaran Erma arah Natrah


DARI kiri Mohd. Yazid Zakaria, Mohamed Juhari Shaarani, Erma Fatima dan Fatini Yaacob selepas sidang media teater Natrah di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAMAI yang tahu tragedi kisah cinta dan anutan agama gadis Belanda bernama Natrah yang terpaksa berpisah daripada keluarga angkatnya yang beragama Islam pada tahun 1950-an.

Malah, Natrah atau nama asalnya Maria Bertha Hertogh pada ketika itu juga sudah berkahwin dengan jejaka Melayu, Mansur Adabi tetapi sayang jodohnya tidak berpanjangan.

Disebabkan faktor undang-undang dan keadaan semasa tidak menyebelahinya menyebabkan dia dipisahkan daripada suaminya dan dibawa pulang oleh keluarga asalnya ke Belanda.

Natrah yang meninggal dunia pada 9 Julai lalu meninggalkan kenangan pahit dalam lipatan sejarah negara di mana anutan agama beliau pada penghujung hayatnya menjadi pertikaian ramai.

Justeru apabila Istana Budaya berhasrat mahu mementaskan kisah Natrah di Panggung Sari sebagai sebuah naskhah teater, ia bukanlah perkara yang mudah untuk direalisasikan.

Pengarah teater Natrah, Erma Fatima mengakui, cabaran terbesarnya mengarahkan teater itu ialah bagaimana mahu mengangkat syiar Islam berdasarkan kisah hidup wanita tersebut.

"Cabaran atau dilema saya ialah bagaimana saya mampu memenangkan atau mengangkat imej agama Islam daripada kisah Natrah itu di saat kita kalah dalam isu tersebut.

"Ini kerana, ada yang kata Natrah mati dalam bukan agama Islam dan ada juga yang kata Natrah pada penghujung hayatnya merupakan seorang yang berfahaman free thinker (tiada agama).

"Saya harus berhati-hati dengan segala sensitiviti dan sensasi yang bakal tercetus. Saya harap bukan saya yang cetuskan kontroversi kerana kisah Natrah itu sendiri sudah sensasi," katanya.

Itu adalah nada kebimbangan Erma berhubung teater Natrah ketika ditemui sebelum sidang media teater tersebut di Bilik Seri Nilam, Istana, Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teater Natrah yang kini sedang mencari barisan pelakonnya dijadualkan menjalani latihan pada Oktober ini sebelum ia dipentaskan di Panggung Sari dari 17 hingga 25 November ini.

Selaku pengarah serta penulis skrip Natrah, Erma cuba menekankan soal agama dan bangsa Melayu sebagai memenuhi hasrat Istana Budaya selaku penganjur pementasan tersebut.

"Saya menerima tawaran mengarahkan Natrah daripada Istana Budaya. Ia juga dipentaskan atas kehendak Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan).

"Ia suatu tanggungjawab yang besar buat saya. Teater ini bukan setakat tentang Natrah yang dipisahkan daripada keluarga angkatnya tetapi ia juga ada kaitan dengan maruah agama Islam.

"Itu adalah isu yang harus kita ketengahkan kepada masyarakat. Skrip teater ini juga dalam proses untuk disiapkan dan saya masih memilih daripada sudut mana cerita ini akan dihalakan," ujarnya.

Menurut Erma, cabaran mengarah Natrah satu daripada dua perkara yang belum dilaksanakannya iaitu mengangkat syiar Islam melalui seni dan menjadi ibu serta isteri yang baik.

Sementara itu, pengkaji dan penasihat teater Natrah, Datin Fatini Yaacob pula berkata, selepas membuat kajian selama 20 tahun baru kini beliau dapat merumuskan kisah wanita Belanda itu.

"Ada tiga perkara utama yang saya boleh rumuskan iaitu kisah Natrah adalah kisah perjuangan bangsa Melayu yang dijajah oleh British dan Belanda.

"Keduanya ia tentang semangat orang Melayu yang cintakan agamanya bagi menentang British di mana perjuangan ini amat mulia dan patut dihormati oleh generasi hari ini.

"Dan yang ketiganya kisah Natrah adalah kisah pertentangan antara undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Dalam kes ini pihak penjajah telah memperlekehkan agama Islam," jelasnya.

Fatini yang mula mengkaji tentang kisah hidup Natrah sejak 1989 sewaktu bertugas sebagai wartawan akan membantu Erma dalam menyediakan susur galur cerita teater tersebut.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia, Mohd. Yazid Zakaria.

Pada majlis itu, Mohamed Juhari mengumumkan Istana Budaya juga akan mengadakan Konsert 1Malaysia bersama Orkestra Tradisional Malaysia pada 27 hingga 29 September ini.

Khazanah berharga di RTM

Khazanah berharga di RTM


chuari Selamat menunjukkan fail senarai koleksi lagu melayu yang berada dalam simpanan Klasik Nasional.


KITA sering mendengar frasa muzik merupakan bahasa sejagat yang membawa maksud muzik akan difahami oleh semua tanpa mengira lingkungan fahaman, budaya, geografi dan juga kaum.

Ada benarnya maksud frasa berkenaan. Namun sebelum sampai ke tahap menjadi bahasa sejagat, muzik perlu menjadi suara jiwa pendukung dalam masyarakatnya.

Dalam budaya orang Melayu misalnya, muzik pula disifatkan sebagai susur jiwa.

Lantaran itu, khazanah berharga muzik Melayu wajar dipelihara dan semua ini menuntut rasa kasih dan cinta yang menebal selain minat yang mendalam.

Mujur, negara ini yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu memiliki stesen televisyen dan radio gergasi, RTM.

Khazanah berharga khususnya koleksi lagu Melayu yang ada dalam simpanan RTM bukan kecil jumlahnya.

Di Rakam Khanah P. Ramlee misalnya, anda boleh senaraikan apa saja judul lagu Melayu terutamanya, semuanya tersimpan molek dalam perpustakaan yang mula diwujudkan sejak siaran radio pertama di Malaya pada tahun 1946.

Bayangkan lebih 100,000 judul lagu tersimpan rapi dalam Rakam Khanah P. Ramlee.

Justeru, Rakam Khanah P. Ramlee menjadi manifestasi terhadap kesungguhan kerajaan menerusi RTM memelihara khazanah lagu-lagu Melayu.

Usaha meningkatkan apresiasi terhadap lagu-lagu Melayu juga diperluaskan lagi dengan pengenalan stesen radio Klasik Nasional pada tahun 2006.

Sebetulnya Klasik Nasional merupakan penjenamaan baru stesen berkenaan oleh RTM bermula dengan Radio Irama Melayu Asli atau RIMA yang dilancarkan pada April 1998.

Hampir tujuh tahun bersiaran, RIMA kemudiannya dikenali pula Klasik FM pada 1 April 2005.

Dan hanya pada tahun 2006, stesen berkenaan diubah semula namanya menjadi Klasik Nasional.

Biar apa sekalipun perubahan yang berlaku, hakikatnya, tanggungjawab stesen berkenaan ialah untuk memelihara karya berharga karyawan muzik tanah air.

"Kita semua bernasib baik kerana Klasik Nasional diwujudkan. Ia sebagai badan yang melindungi lagu-lagu klasik yang begitu terhad jumlahnya.

"Bayangkan, jika tiada usaha mewujudkan stesen berkenaan, saya tidak tahu apa akan jadi pada lagu-lagu klasik kita," luah Pengawal Klasik Nasional, Chuari Selamat pada satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Ada kebenaran kata-kata Chuari itu. Masakan tidak, 'perlindungan' yang diberikan oleh Klasik Nasional kepada lagu-lagu Melayu klasik yang jumlahnya berpuluh ribu mempunyai nilai yang cukup berharga.

Bagi generasi masa kini, andai diajak berbicara mengenai lagu-lagu Melayu klasik, kita barangkali hanya akan terkenang penyanyi-penyanyi seperti Allahyarham Abdullah Chik, Allahyarham Rosiah Chik, Aspalela Abdullah dan Andre Goh yang kita anggap sebagai pejuang lagu-lagu Melayu.

Namun, di Klasik Nasional, kita sebetulnya mampu berkongsi kegemilangan lagu Melayu seawal tahun 1930-an.

Ketika itu, pejuang-pejuang lagu Melayu adalah terdiri daripada nama-nama hebat seperti Miss Julia, Miss Tijah dan ramai lagi.

"Inilah kelebihan yang ada pada Klasik Nasional yang orang jarang mahu ambil tahu. Lagu paling lama dalam simpanan kita ialah lagu yang diterbitkan pada tahun 1930-an," Chuari mendedahkan kelebihan yang ada pada stesen yang diterajuinya itu.

Apa yang menariknya, ketika stesen radio swasta lain menjalankan operasi berorientasikan perniagaan, Klasik Nasional wajar dihargai lantaran mengekalkan konsep penyiaran memuatkan muzik atau lagu berteraskan budaya Melayu.

Dalam erti kata yang mudah, penyiaran lagu-lagu di Klasik Nasional bukan berteraskan aspek komersial.

Lantaran sasaran dan objektif penyiarannya yang berbeza dengan stesen-stesen lain, Klasik Nasional dihormati sebagai stesen radio yang memiliki identiti sendiri.

Klasik Nasional bukan seperti stesen radio lain yang memilih pendekatan popular, sebaliknya, ia diwujudkan sebagai khidmat sosial kepada masyarakat sekali gus menanam penghayatan budaya menerusi muzik.

Justeru, Chuari berharap Klasik Nasional sewajarnya dilihat dari perspektif yang lebih besar berbanding daripada apa yang dada sekarang.

"Klasik Nasional merupakan stesen radio yang berteraskan budaya nasional," tegasnya berkali-kali.

Tinjauan Hits ke stesen berkenaan selain Rakam Khanah P. Ramlee mendapati kekayaan khazanah yang ada di Angkasapuri, RTM sungguh luar biasa.

Masakan tidak, stesen radio berkenaan menghimpunkan lagu-lagu yang mewakili warna sosiobudaya era pramerdeka, pascamerdeka dan masa kini.

Bahkan, terpaku dan ralit sejenak apabila Chuari menyenaraikan genre-genre lagu-lagu yang berkumandang di stesen itu terdiri daripada pelbagai genre dan menyimpan mesej dalam bentuk langgam, joget dan keroncong.

"Kalau mereka yang mendengar Klasik Nasional, ia saling tidak ubah membawa pendengar melayari zaman-zaman yang berbeza.

"Seperti mendengar lagu keroncong dengan sendirinya tersingkap zaman silam. Inilah stesen yang mendekatkan mereka dengan persekitaran yang kini sekadar menjadi nostalgia.

"Ada ketika saya sendiri terkenang kisah silam apabila mendengar lagu-lagu yang pernah popular di zaman kanak-kanak saya diputarkan di stesen Klasik Nasional," ujar Chuari yang juga personaliti radio yang sangat masyhur suatu ketika dulu.

Mendengar Klasik Nasional juga, membawa pendengar yang terdiri daripada warga emas menyelusuri jalan-jalan kenangan.

Sementara bagi generasi muda pula, mereka dengan mudah terbuai dengan irama zaman itu.

Sehingga kini, stesen yang didengari oleh lebih 1.2 juta pendengar menyenaraikan banyak segmen menarik.

Antara segmen yang cukup popular di Klasik Nasional ialah segmen Nostalgia yang menemui pendengar pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Segmen Nostalgia lebih banyak menyiarkan lagu-lagu yang cukup popular di sekitar tahun 1950-an.

Manakala segmen Masihkah Kau Ingat atau MKI yang disiarkan pada pukul 2 hingga 4 petang pula tentunya akan membawa ingatan para pendengar kepada lagu-lagu yang pernah masyhur di sekitar tahun 1960-an, 1970-an hingga 1980-an.

Buat peminat-peminat lagu antarabangsa pula, Klasik Nasional memilih hari Sabtu selama 45 minit bermula pukul 9.15 malam untuk menyiarkan segmen Klasik Antarabangsa.

Menurut Chuari, biarpun Klasik Nasional lebih fokus kepada penyiaran lagu-lagu lama, namun apa yang membanggakan beliau ialah, para juruhebah yang bertugas sebilangan besarnya terdiri daripada orang muda.

Ada juga beberapa juruhebah senior yang disifatkan oleh Chuari sebagai 'perpustakaan bergerak' lantaran ilmu dan pengalaman mereka yang begitu mantap.

Gabungan penyiar muda dan senior di Klasik Nasional juga sejajar dengan hasrat stesen berkenaan untuk menarik perhatian pendengar yang berusia 25 tahun ke atas.

"Sudah pasti kami juga mengundang semua lapisan pendengar untuk sama-sama menghayati lagu irama Melayu," katanya mengakhiri perbualan.

Sajian RTM sempena Ramadan, Merdeka

Sajian RTM sempena Ramadan, Merdeka


BARISAN para pelakon dalam telemovie Songkok yang akan disiarkan di TV2.


MENJELANG Ramadan dan Hari Kemerdekaan negara ke-52 tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lupa untuk bersama membangkitkan rasa cintakan tanah air di samping menimbulkan kenikmatan menjalani ibadah puasa.

Menerusi saluran TV1, TV2 dan 34 buah stesen radionya, tema kemerdekaan dan Ramadan diselitkan dalam program-programnya.

Untuk Ramadan, TV1 hadir dengan tema Nikmat Ramadan di TV1, manakala TV2 pula menawarkan program Ikhlas Ramadan di TV2.

Melalui Nikmat Ramadan di TV1, saluran utama RTM itu membariskan program terhebat yang meliputi drama bersiri, dokumentari, program masakan serta program agama.

Antara program-program itu ialah drama bersiri Ramadan Bersamamu dan Seharum Kasturi, manakala terdapat juga dokumentari yang menghidangkan tujuh buah program iaitu Melangkau Destinasi, Antidot, Sihat Ramadan, Land of Prophets, Syahadah (musim kelima), Pertama Ramadan dan Ronda-Ronda Ramadan.

Bagi program masakan, TV1 menghimpunkan enam program seperti Ketuk-Ketuk Ramadan Bersama Sheila Rusly, Citarasa Selebriti Bersama Datuk Siti Nurhaliza, Jurnal Chef, Jom Rasa, Kulinari Daisy Chef Liza dan Ramadan Bersama Naida.

Program bercorak keagamaan juga tidak ditinggalkan yang merangkumi Tijarah, Siaran Langsung Solat Tarawih Dari Mekah, Tadarus al-Quran, Ramadanku serta Khas Ramadan.

Di TV2 pula, Ikhlas Ramadan di TV2 membawakan enam buah telemovie khas, dua buah drama bersiri, 11 buah program majalah di samping program istimewa Persiapan Raya Kaum India Muslim dan Persiapan Raya Kaum Cina Muslim.

Telemovie khas menghidangkan drama Di Bawah Teduh Lazuardi, Nur Ar Rahman, Buah Nau Halwa Kabung, Memintas Seribu Bulan, Anak Cucu Tok Wan dan Email Dari Ankara, selain drama bersiri Pas Az Baran serta Hanya Tuhan Yang Tahu.

Tidak cukup dengan itu, 11 buah program majalah di TV2 menjanjikan pelbagai maklumat seperti Busana Lebaran, Fesyen De Raya, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan, Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan, Diet @ Ramadan, Sinaran Sihat, Enak Lagi Sihat, Aneka Rasa Ramadan, Syahadah dan Syahadah (India).

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, sempena bulan Ramadan, sebanyak 54 jam diperuntukkan bagi penayangan program di televisyen dengan kesemuanya adalah rancangan-rancangan baru.

"RTM menyediakan rancangan yang baru. Tiada ulangan dilakukan terhadap rancangan-rancangan yang lalu,'' katanya pada sidang media Pertemuan Murni Ramadan dan Merdeka RTM di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, kebanyakan program yang disediakan adalah untuk membantu penonton dan pendengar memahami erti kemerdekaan serta menghayati Ramadan.

Sementara itu, di pihak radio pula, kehadiran Ramadan sememangnya dinanti-nantikan oleh pendengar setia radio-radio milik RTM.

Sebagai contoh, radio Klasik Nasional yang terkenal dengan lagu-lagu Melayu klasik akan membawakan Resipi Warisan Ramadan, manakala KLfm menampilkan Menu Ramadan @ KLfm serta Prebiu Buku Khas Ramadan yang mengetengahkan buku-buku panduan mengenai penghayatan Ramadan.

Turut serta, saluran radio khusus untuk masyarakat Orang Asli, ASYIKfm yang menyediakan sebuah rancangan berjudul Suci Henem.

Di samping rangkaian radio nasional, stesen radio negeri juga tidak ketinggalan dengan pelbagai program menarik masing-masing.

Program Merdeka

Untuk sambutan kemerdekaan pula, TV1 dengan tema Bersatu Merdeka di TV1 menghidangkan 17 buah program khas dan Merdeka TV2 bagi tema saluran TV2 dengan lapan buah filem serta telemovie terbaik yang berkonsepkan kemerdekaan.

Antara program sempena kemerdekaan di TV1 ialah Paradigm, Riak-Riak Merdeka, Kebebasan, Mercu Merdeka, 8 Glittering Malaysian, Malaysia's Success Story, Majalah Kanak-Kanak Merdeka, Tokoh-Tokoh Merdeka, Gerbang Merdeka (The Making of Malaysian Society), Tun Sambanthan dan Tunku Abdul Rahman, The Residency Years, Unburying The Past - Perak Man, Bajau Laut - Nomads of The Sea untuk program dokumentari selain sebuah program muzikal, Simfoni Merdeka.

Empat buah telemovie khas bakal ditayangkan iaitu Lemas Dalam Cinta, Namaku Bukan Setsuko, Bunga Dari Liverpool dan Menantu Tiga Rasa.

Menerusi TV2, lapan buah filem serta telemovie yang disediakan ialah 1957 Hati Malaya, Chicken Little, Songkok, Kasih Merdeka, Bunga Raya Untuk Su Tin, Hati Yang Merdeka, Azam dan Daerah Kelabu.

Songkok lakonan Mubarak Majid, Jesse Lim, Hasnol Rahmat, Justin Choo, Maimon Mutalib, Nurul Hidayah Ishak dan Abdul Hadi Hassan mengajak penonton berkongsi kisah suka duka Mustafa, seorang pembuat songkok tradisional sejak zaman sebelum merdeka.

Dalam pada itu, laungan semangat patriotisme bakal berkumandang di 34 buah stesen radio RTM dengan gabungan satu suara.

Selain radio berbahasa Melayu, Aifm, stesen berbahasa Mandarin akan menyiarkan drama khas merdeka iaitu 1 Malaysia di samping sampaikan salam merdeka dalam Salam 1 Malaysia.

Bagi masyarakat India, MINNALfm juga memeriahkan sambutan merdeka dengan Sketsa Merdeka dan Pantun Merdeka.

Tak pinjam bintang Alyah dan Stacy

Tak pinjam bintang Alyah dan Stacy




BUKAN adik-beradik, bukan juga teman rapat. Namun, banyak persamaan yang dimiliki oleh Riz dan Chaq yang kini duduk di bawah jagaan syarikat rakaman milik komposer Ajai, Wake The Baby.

Masih baru dalam menjadi anak seni yang tegar, mereka mahu mencipta nama dan mengecapi populariti sepertimana yang diraih artis dan penyanyi popular seperti Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain.

Umum tahu, mereka menempa nama melalui pertandingan program realiti iaitu daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) serta Mentor yang baru saja selesai pertandingannya.

Masing-masing membawakan muzik berkonsep pop R&B namun persamaan mereka lebih jelas boleh dilihat apabila karier mereka dibayangi wanita lain untuk bertapak dalam industri muzik.

Menggabungkan Riz dan Chaq untuk sesi fotografi kali ini, mereka tersenyum saja tatkala diajukan soalan mengenai bayangan wanita yang mereka miliki.

Tak tumpang populariti

Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi tidak boleh menafikan karier seni sedikit dingin selepas keluar daripada AF6. Namun, sejak beberapa bulan lalu, nama Riz kembali meniti di bibir peminat, tuah duetnya bersama Alyah dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap diputarkan di radio.

Kerana lagu itu juga nama Riz semakin bersinar. Bagaimanapun, Riz seperti dibayangi Alyah ke mana sahaja dia pergi.

Malah, untuk single ketiga, Bermula Semula, Riz juga menggunakan suara Alyah untuk beberapa bahagian lagu tersebut.


CHAQ berkebolehan menyanyi dan menari dengan baik.


Menurut Riz, dia tidak pernah terlintas untuk menumpang populariti penyanyi jelita itu.

"Saya tak terfikir atau beranggapan untuk tumpang populariti sesiapa. Apa yang ditampilkan oleh saya dan Alyah sekadar mahu mencari kelainan kepada peminat.

"Lagipun saya masih baru dalam bidang ini. Untuk bertahan lama dan menarik perhatian peminat, kita perlu kreatif supaya usaha kita nampak di mata masyarakat.

"Kalau nak dijadikan cerita, masa mula-mula dulu, Alyah juga kurang dikenali. Apa yang saya rasa, nama kami naik bersama dengan lagu itu.

"Sebelum kami rakam lagu itu, saya dengar dulu suara dia, nak dengar sesuai atau tidak dengan suara saya. Bila dah dengar, masing-masing setuju untuk rakam lagu tersebut," katanya.

Tambah Riz, dia berharap agar peminat tidak salah faham mengenai hubungannya bersama Alyah yang dianggap sebagai kakaknya sahaja, tidak lebih daripada itu.

"Saya tahu, ada juga orang yang memanggil saya sebagai Riz-Alyah. Tapi saya tak kisah, janji nama saya disebut. Itu tandanya orang tahu mengenai kewujudan saya dalam industri," ujarnya.


NAMA Riz kembali menjadi sebutan selepas lagunya bersama Alyah semakin mendapat perhatian.


Kata Chaq, dia tahu, kehadirannya dalam industri selepas adiknya pasti akan menjadi perbualan ramai.

"Suka atau tidak, saya kena terima. Takkan saya tak mahu mengaku dia (Stacy) ialah adik saya. Lagipun Stacy pun sudah mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

"Kami mempunyai cita-cita yang sama iaitu, mahu menjadi seorang penyanyi. Sebelum ini saya dan Stacy pernah bersama dalam kumpulan Evoke dalam pertandingan Gangstars dan rezeki berpihak kepadanya dahulu bila menjuarai AF5.

"Bagaimanapun, saya tak kisah apa orang nak kata. Janji tiada yang buruk mengenai kami berdua. Tapi kalau boleh, saya nak orang nampak bakat saya, bukan kerana saya ini abang kepada Stacy," ujarnya yang turut merancang untuk berduet dengan adiknya itu.

Bermula Semula

Bercerita mengenai single ketiga Riz iaitu Bermula Semula yang dihasilkan oleh Ajai dan lirik oleh Abie Abdullah, ia merupakan sebuah lagu yang begitu bermakna buat penyanyi kelahiran Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak ini.

Mana taknya, untuk menyiapkan lagu itu sahaja, Riz terpaksa mengumpul wang sehingga mencukupi sebelum merakamkan lagu berkenaan.

"Biasalah kalau guna bajet sendiri, memang lama sikit sebab nak kena kumpul duit sampai cukup. Insya-Allah, single ketiga saya ini akan dilancarkan selepas Hari Raya Puasa," ujarnya.

Berbicara mengenai lagu Bermula Semula, Riz merasakan bait-bait lirik itu begitu kena dengannya.

Apatah lagi ia mengisahkan mengenai kebangkitan seseorang daripada masalah, membuatkan Riz mudah untuk menghayati lagu tersebut ketika dirakamkan.

"Lagu ini mempunyai dua maksud. Satu, ia mengenai kisah cerai antara suami isteri yang kemudiannya mahu berdamai semula. Tapi saya anggap, lagu ini membayangkan seperti saya, di mana, perjalanan karier saya agak perlahan selepas AF6 dan inilah masanya untuk saya bangkit semula," kata Riz yang baru saja tamat rakaman drama raya, Mawi Habibi Raya.


DUA anak muda kelahiran program realiti TV ini berusaha gigih untuk berjaya di persada muzik tanah air seperti mana penyanyi wanita yang sering dikaitkan dengan mereka.


Begitu juga dengan Chaq atau nama sebenarnya, Camellus De'Lelli, dia tidak terkecuali dikatakan menumpang populariti adiknya yang merupakan juara AF5, Stacy, ketika di awal penyertaannya dalam Mentor lagi.

Bagi Chaq pula, biarpun kehidupannya terus berubah dek status seorang selebriti, anak kelahiran Sabah ini masih lagi tidak biasa dengan kehidupan barunya itu.

Apatah lagi bila ada orang yang tidak dikenali mula menyapanya, Chaq terasa pelik kerana sebelum ini, tiada siapa yang kisah mengenainya.

Namun, keadaan itu mula dibiasakan. Cuma, Chaq tidak sangka, menjadi seorang penyanyi bukannya mudah. Banyak cabaran yang perlu dilalui sebelum dapat hidup senang seperti penyanyi-penyanyi berjaya lain.

Ditambah pula dengan lagu singlenya, Penjelasan 1/1, masih belum lekat di hati peminat-peminat muzik, ia membuatkan Chaq takut jika dirinya tidak diterima.

"Bila lagu saya dihantar ke semua stesen radio, saya berharap ia akan terus melonjakkan karier saya.

"Sebaliknya pula berlaku bila tidak semua stesen radio yang memainkan lagu saya. Itu membuatkan saya perlu mencari alternatif lain untuk promosikan single yang diciptakan oleh Ajai ini.

"Baru saya faham, bagaimana sukarnya untuk bergelar seorang penyanyi yang berjaya. Bagaimanapun, saya tak mahu keadaan ini berlarutan. Target saya, dalam setahun, saya akan memberikan pencapaian yang memberangsangkan dan menyumbang sesuatu dalam industri muzik tempatan," tegasnya.

Tambah Chaq, biarpun risau dengan penerimaan orang tentang lagu singlenya, dia tidak sabar untuk menanti kemunculan filem lakonan pertamanya, Dimensi Cinta.

Cerai bukan raih populariti

Cerai bukan raih populariti




KETIKA berita pelakon utama filem Santau, Putri Mardiana Zainal Abidin dan suaminya, Shahnaz Norwawi, 32, disahkan bercerai secara taklik dengan talak satu diumumkan pada 25 Ogos lalu, ramai yang tertanya-tanya siapakah aktres itu?

Ramai yang tidak mengenalinya kerana filem lakonan pertamanya, Santau hanya akan ditayangkan pada Disember ini. Tetapi Putri Mardiana sebenarnya merupakan wakil tunggal negara dalam kategori lakonan Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat yang berlangsung pada 11 hingga 19 Julai lalu. Lebih manis dia memperoleh pingat emas pada acara itu.

Namun, ramai yang mempunyai tanggapan bahawa Putri Mardiana yang selesa dengan panggilan Nina itu sengaja 'memilih' masa ini untuk bercerai kerana mahukan populariti bagi membantu karier lakonannya yang sedang meningkat naik.

Nina bagaimanapun menafikan pandangan itu ketika ditemui pada sidang media drama terbitan MIG Production Sdn. Bhd., Mama Murai yang turut dilakonkan olehnya bersama Kartina Aziz, Shiela Mambo dan Intan Ladyana.

"Siapa yang tahu sebenarnya, rumah tangga saya sudah bergoyang sebelum saya menjadi pelakon lagi? Dulu mungkin orang tidak mengenali saya jadi tidak ada berita.

"Tapi kini saya juga faham mengapa ramai orang mencari saya untuk mendapatkan pengesahan. Namun, saya ingin orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi jangan salah anggap kerana apa yang penting adalah bakat saya dan bukannya apa yang terjadi kepada kehidupan peribadi saya."

Menyifatkan mereka kurang serasi dan kurang komunikasi sehingga menjadi punca perpisahan, bekas suami Nina bekerja di Singapura sebagai konsultan jurutera.

Itu yang menyebabkan hubungan mereka tidak mesra. Disebabkan merajuk, Nina mengambil tindakan meninggalkan rumah sekitar Jun 2008 untuk menetap bersama ibunya di Setiawan, Perak.

"Enam bulan saya meninggalkan dia dan tiga orang anak saya kerana masalah saya dan dia. Tapi saya ada pulang setiap minggu untuk melawat anak-anak saya. Ketika itu, mereka dijaga oleh pembantu rumah kami," jelas Nina yang hanya mula berlakon sejak April lalu.


PUTRI Mardiana mengakui keretakan rumah tangganya berlaku sebelum dia bergelar pelakon lagi.


Selepas enam bulan meninggalkan rumah, Nina kembali untuk memperbaiki hubungannya dengan bekas suami. Berusaha selama enam bulan, Nina sedar hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

"Saya telah cuba sedaya upaya untuk baiki tetapi kalau saya seorang sahaja berusaha, hubungan kami tidak akan baik semula.

"Tapi saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak. Saya juga tidak mahu mengaibkan keluarga kami berdua kerana ini adalah cerita peribadi kami," keluh Nina yang sedang menjalankan penggambaran Legasi 43 Carot.

Shahnaz memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai taklik itu apabila mendakwa Nina melanggar syarat taklik pada 3 Julai lalu. Bekas suaminya telah melafazkan cerai menerusi telefon pada 1 Jun lalu untuk menghalang Nina daripada meninggalkan rumah sekali lagi.

Namun, Nina yang tidak tahan dengan sikap bekas suaminya bertindak meninggalkan rumah pada 3 Julai selepas satu pergaduhan besar.

"Saya tahu apa akibatnya keluar dari rumah tetapi saya sudah tidak boleh menerima dia. Lagipun saya tahu niat di sebaliknya mengapa dia lafaz taklik. Bayangkan kalau dua bulan kami hidup tanpa berhubungan. Lebih baik lepaskan saya," ujarnya lagi.

Berkahwin sejak tahun 2003, Nina, 28, dikurniakan tiga cahaya mata. Anak sulungnya, Aliawia Dani, 6, Amir Firman, 4 dan Airell Zuhair, 3, kini hidup bersama bekas suaminya.

Ini kerana Nina tidak mahu memisahkan anak-anaknya dengan bapa mereka tetapi turut meminta supaya dia diberi hak untuk melawat mereka.

"Kami akan berbincang secara damai nanti mengenai hak penjagaan anak. Kalau dia memberi kebenaran untuk saya berjumpa dengan anak-anak, saya okey.

"Tapi kalau tidak, saya akan membawanya ke mahkamah. Apa yang saya minta cuma peluang untuk berjumpa dengan anak. Janganlah sampai memisahkan anak-anak daripada saya," katanya yang turut terlibat dalam telefilem Duda dan Dara.

Bertanya sama ada penglibatan dalam dunia lakonan menjadi salah satu punca perpisahan, Nina dengan tegas memberitahu dia ada meminta izin bekas suaminya sebelum berlakon.

"Saya pernah berniaga jual nasi lemak untuk meringankan beban dia. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon dan semuanya dilakukan dengan izin dia.

"Hanya selepas mendapat restu dia saya meneruskan impian saya. Malah, saya menerima tawaran penggambaran juga dengan niat mahu menambahkan rezeki untuk anak-anak kami," tambah Nina.

Sudah banyak bersabar sejak melahirkan anak pertama, 'kebebasan' yang dikecapi Nina sekarang adalah satu permulaan kepada kehidupannya yang baru. Mendapat sokongan daripada keluarganya, Nina kini mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada kariernya.

"Berlakon menjadi perkara paling utama sekarang kerana saya sudah tawar hati dengan cinta. Kalau cerita mengenai penerimaan lelaki lain pada masa akan datang, saya tidak mahu fikir lagi.

"Hati saya sudah tertutup tetapi bukan sepenuhnya," katanya yang memulakan penggambaran drama Mama Murai hari ini.

Renee bertunang kekasih Aniston

Renee bertunang kekasih Aniston


RENEE ZELLWEGER


SETELAH beberapa bulan bercinta, pelakon jelita Renee Zellweger dilaporkan telah bertunang dengan pelakon Bradley Cooper.

Satu sumber memberitahu Contactmusic, Bradley, yang pernah bercinta dengan Jennifer Aniston telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian yang anggun kepada Renee.

"Dia juga telah membawa Renee untuk bertemu dengan keluarganya di Jenkintown, Pennsylvania bagi memaklumkan berita pertunangan mereka," kata sumber tersebut.

Aktor berusia 34 tahun itu pernah bekerjasama dengan Renee dalam filem seram, Case 39, sebelum ini. Baru-baru ini, mereka dilaporkan telah membuat sesi fotografi bersama di Barcelona, Sepanyol.


BRADLEY COOPER