Saturday, August 22, 2009

HIBURAN : SABTU 22 OGOS 2009


Cara selebriti sambut puasa sambut puasa
BULAN Ramadan terkandung pelbagai nikmat yang tidak terhingga. Baikdari segi amalan, ibadah yang dilakukan juga menjanjikan ganjaranpahala yang berlipat kali ganda.


Kuasa seorang Ratu Rock
DALAMusianya yang sudah mencecah 43 tahun, kuasa yang dimiliki oleh Ellaatau nama sebenarnya, Norazila Aminuddin ini masih lagi kebal.


Berg rasa teruja
PENGARAHfilem terkenal, Peter Berg baru-baru ini menerusi satu temu ramahbersama Sci Fi Wire memberitahu, dia begitu teruja untuk mengarahkanfilem sekuel Hancock .

Filem kisah terakhir Jacko Oktober
LOS ANGELES 21 Ogos - Sebuah filem yang memaparkan minggu-mingguterakhir Michael Jackson (gambar) sebelum kematiannya iaitu ketika diasedang melakukan persiapan bagi konsert kemunculan semulanya, dijadualditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 28 Oktober ini selama duaminggu.

Wanita intai rumah Spears dihukum
LOS ANGELES 21 Ogos - Seorang wanita dijatuhkan hukuman tiga tahundalam pemerhatian dan perlu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jamselepas didapati bersalah kerana menghendap rumah penyanyi pop, BritneySpears (gambar).







Isteri adalah permata Rob
MEMIKUL status sebagai salah seorang artis yang berjaya dalam muzikmoden secara komersial sepanjang sedekad lalu, tidak kira semasabersama kumpulan Matchbox Twenty atau kerjaya solonya, album Rob Thomassudah terjual sebanyak 80 juta unit di seluruh dunia.


Dua tahun masalah tak selesai - Kumpulan Ahli Fiqir terus aktif tanpa Samsol
POPULARITIyang diraih kumpulan Ahli Fiqir ketika kali pertama meluncurkan albumsulung Hari Ini Dalam Sejarah lewat tahun 2005 berjaya meletakkan namakumpulan asal Singapura itu sebaris dengan penyanyi popular sedia ada.


Jangan panggil diva
Dia adalah antara komposer yang telah memasyhurkan banyak nama artisIndonesia, antaranya diva paling popular, Krisdayanti. Namun, MellyGoeslaw yang juga aktif menyanyi enggan digelar diva, baik diva dalambidang nyanyian atau sebagai pencipta lagu.


Perry bidas Lady Gaga
NEW YORK - Penyanyi terkenal, Lady Gaga turut bertanggungjawabmensensasikan gosip bahawa dia merupakan seorang khunsa, kata penyanyiHot n' Cold , Katy Perry.

Misi istimewa Penyampai Ikon
Sebanyak 17 peserta yang terpilih menyertai program Penyampai Ikontidak mempunyai pengalaman, baik di depan kamera mahupun dalam bidangkewartawanan. Berjayakah Penyampai Ikon menzahirkan impian mereka untukbergelar penyampai televisyen terhebat? Saksikan bakat mereka pukul 9malam ini di TV2 RTM.







Padah nama Khan
NAMA Shah Rukh Khan cukup gah sebagai pujaan ramai di negaranya, namun aktorini tidak ghairah untuk membina nama dalam industri filem Hollywoodseperti yang dilakukan kebanyakan pelakon seangkatan dengannya.

Mesti Tonton: Dendam budak yatim dalam The Orphan
SEBELUM ini banyak filem seram yang memaparkan kisah kanak-kanak diterbitkan.Filem The Omen, The Unborn dan Ju-On adalah antara contoh filem seramyang pernah mencetuskan fenomena dan membuatkan penonton masihterbayang-bayang aksi seram yang ditonjolkan. Terbaru, filem dari genreserupa muncul di pawagam Khamis lalu. Pada zahirnya, The Orphanbukanlah sebuah cerita hantu kanak-kanak ataupun kisah kanak-kanak yangdirasuk tetapi lebih kepada kekejaman yang dilakukan oleh seorang budakperempuan berusia 9 tahun.

@sinepleks: Adakala tidak mudah jadi dewasa
MUNGKINfilem I Love You, Beth Cooper lebih sesuai untuk tontonan remajaberikutan kisah yang ditampilkan dalam karya arahan Chris Columbus itubertumpu kepada kehidupan bekas pelajar sekolah tinggi yang kinimenunggu waktu melangkah ke fasa baru dalam kehidupan.

Ella tidak mengecewakan
BARANGKALI untuk mencari kelainan dalam persembahan Ratu Rock, Ella adalah satuperkara paling sulit terutama kepada mereka yang sudah terbiasamenonton aksinya di pentas.

Panel TV: Haiwan Teladan musim kedua sepanjang Ramadan
RANCANGANHaiwan Teladan yang diperkenalkan pada Ramadan tahun lalu kembalimenemui penonton untuk musim kedua khusus ketika penonton kanak-kanakmenjalani ibadat berpuasa.

Cara selebriti sambut puasa sambut puasa

Cara selebriti sambut puasa sambut puasa

BULAN Ramadan terkandung pelbagai nikmat yang tidak terhingga. Baik dari segi amalan, ibadah yang dilakukan juga menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Justeru, kedatangan Ramadan dinanti-nantikan oleh sekalian umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi juga di seluruh dunia.

Sebagai manusia biasa, golongan artis dan selebriti juga seboleh mungkin ingin memenuhi kesempatan yang ada dengan menjalani pelbagai ibadah sampingan selain berpuasa.

Ikuti temuramah pemberita dengan beberapa selebriti tempatan, bercerita tentang Ramadan tahun ini yang mula disambut hari ini.


Nabil


Nabil berbuka dengan keluarga

Pelakon dan pelawak popular kelahiran Negeri sembilan, Ahmad Nabil, Ramadan kali ini tiada bezanya dengan Ramadan yang dilewati sebelum ini.

Bagi anak muda ini, tidak banyak persiapan dilakukannya untuk menyambut bulan penuh berkat itu sebaliknya, dia memilih untuk bersederhana.

Apa yang menggembirakan Nabil ialah, bulan Ramadan memberi peluang kepadanya untuk menggandakan amalan selain mengurangkan aktiviti seni.

"Insya-Allah hari pertama puasa saya akan pulang ke kampung berbuka puasa bersama-sama keluarga.

"Azam saya Ramadan tahun ini nak lengkapkan ibadah puasa saya seperti-tahun-tahun lalu," katanya.

Menurut Nabil dia kini sibuk menjalani penggambaran drama Sonata Labu Labi sehingga November ini.


Scha


Scha berbuka di lokasi

Sebagai pelakon baru, pelakon siri popular Awan Dania, Scha Alyahya atau Scha tidak dapat lari daripada aktiviti lakonan yang perlu diselesaikan sebelum ketibaan Syawal.

Seperti tahun lalu, dia kali ini masih lagi menjadikan lokasi pengambaran sebagai tempat untuknya berbuka puasa.

Buat masa ini, Scha sibuk menjalani penggambaran Awan Dania 2 dan penggambarannya berlarutan hingga ke bulan puasa.

"Walaupun, waktu berbuka puasa itu adalah waktu yang paling tepat untuk bersama ahli keluarga namun, tanggungjawab juga harus Scha dahulukan.

"Apa yang saya harapkan, tahun ini dapat sempurnakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin," katanya yang menggemari juadah ayam percik dan air tebu sebagai menu utama berbuka puasa.


Rosyam


Rosyam ingin banyak bertarawih

Selain melakukan banyak ibadat dan amal jariah, aktor popular, Rosyam Nor juga tidak mahu terlepas daripada menunaikan solat sunat terawih.

Sebolehnya, kata Rosyam, dia tidak mahu ketinggalan untuk menambah amalan di bulan mulia ini dengan memperbanyakkan solat tarawih pada Ramadan kali ini.

"Ramadan kali ini saya akan mengurangkan aktiviti lakonan kerana mahu menumpukan lebih perhatian kepada amal ibadat terutamanya dengan memperbanyakkan tarawih.

"Lagipun kebetulan saya baru sahaja selesai satu pembedahan kecil di tangan kerana terjatuh semasa pengambaran filem Libas baru-baru ini. Sebab itu, saya rasa perlu banyak berehat.

"Saya paling nantikan waktu berbuka puasa kerana dapat berbuka bersama isteri dan anak-anak tersayang dan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kami.

"Untuk hidangan berbuka puasa, saya bukanlah seorang yang memilih tentang makanan. Nasi dengan lauk pauk Melayu disertai dengan ikan masin pun sudah memadai bagi saya," ujar pelakon utama filem Libas itu.


Anne


Anne berbuka puasa di Taiping

Sementara itu, bagi penyampai radio Hot FM, Anne, Ramadan kali ini amat dinantikan kerana inilah kali pertama dia berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga sejak bertugas di stesen berkenaan.

Memasuki tahun ketiga bersama Hot FM dan dua tahun sebelum ini, dia lebih kerap berbuka puasa di konti atas tuntutan tugas.

Bagaimanapun, pada tahun ini Anen memperoleh cuti pada minggu pertama puasa.

Sehubungan itu, Anne merancang pulang ke kampung halamannya di Taiping, Perak mencari peluang berbuka bersama ahli keluarga yang lain.

"Kesempatan itu juga membolehkan saya ke bazar Ramadan di kawasan kampung kerana pilihan makanan di sana lebih banyak dan menarik menarik.

"Antara menu yang paling saya suka pada bulan Ramadan ialah ayam percik sebab pada hari biasa susah nak jumpa," ujar pemilik nama sebenarnya Putri Andreanna Syigim Mohd. Razalli itu.

Kuasa seorang Ratu Rock

Kuasa seorang Ratu Rock


SEBAHAGIAN daripada lebih 500 peminat yang menyaksikan persembahan Ella di The Mist Club, Bangsar, Kuala Lumpur,hujung minggu lalu.


DALAM usianya yang sudah mencecah 43 tahun, kuasa yang dimiliki oleh Ella atau nama sebenarnya, Norazila Aminuddin ini masih lagi kebal.

Biarpun industri muzik hadir dengan penyanyi yang silih berganti, namun tiada siapa yang mampu menafikan kehebatan anak kelahiran Kelang, Selangor ini.

Sudah lebih dua dekad dia menjadi penyanyi dan bintangnya terus bersinar lantas menjadikannya satu dalam sejuta.

Tanyalah sesiapa pun, pasti ramai yang menggelengkan kepala seandainya ditanya siapakah yang mampu menggantikan tempatnya dan seterusnya memegang takhta sebagai Ratu Rock Negara.

Buktinya, hujung minggu lalu pusat hiburan, The Mist Club yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur telah dibanjiri hampir 500 orang peminat Ella yang bersesak-sesak semata-mata untuk menonton persembahannya.

Konsert mini yang diberi nama Ella People & Places With PowerShot Promo Tour itu diadakan seiring dengan pemilihannya sebagai duta untuk jenama Canon.

Memang sudah lama Ella tidak beraksi dalam sebuah persembahan yang berjaya menghimpunkan peminat setianya dan mungkin peminat yang baru mahu mengenali dunia muzik Ella.

Persembahan Ella pada malam itu membuktikan bahawa ikon rock negara itu sememangnya masih lagi mampu beraksi hebat di atas pentas.

Biarpun pentas kecil, itu bukan satu halangan untuk Ella beraksi dengan penuh bertenaga sekali.

Memulakan persembahan tepat pukul 8.45 malam, Ella menghangatkan malam tersebut dengan lagu Permata Pemotong Permata (P.P.P) ciptaan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU yang pernah dimuatkan dalam Ella USA (1994).

Sebaik sahaja kelibatnya kelihatan di pentas, penonton yang hadir bagaikan terkena histeria dan momentum itu semakin memuncak apabila Ella mula melantunkan vokal uniknya itu.

Ella kemudiannya meneruskan persembahan dengan rangkaian lagu-lagu seperti Rama-Rama, Dua Insan Bercinta, Permata Biru dan medley Sepi Sekuntum Mawar Merah serta Pengemis Cinta.

Malam terus hangat apabila Ella membuat kejutan dengan berduet bersama adiknya, Korie menerusi lagu Smells Like Teen Spirit yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Nirvana.

Tidak cukup dengan itu, Ella dan Korie menggamit kenangan silam apabila menyampaikan lagu klasik, Pergilah Sayang yang telah melonjakkan nama Korie sebagai seorang penyanyi popular sekitar pertengahan 90-an.

Ella juga bijak menyusun atur susunan lagunya untuk persembahan pada malam itu apabila tidak hanya menyampaikan lagu-lagu malar segarnya tetapi turut menyanyikan lagu barunya seperti Jiwa Setia , Menari dan Puisi Hamba.

Pengalaman dua dekad dalam industri hakikatnya sudah cukup membuatkan Ella tahu untuk merencana dan merancang sebuah persembahan yang mampu dikenang oleh peminatnya.

Satu yang pasti tentang persembahan Ella pada malam itu ialah mutu dan kualiti vokalnya yang masih ampuh.

Bayangkan untuk persembahan selama satu setengah jam, vokal Ella tidak langsung kedengaran sumbang mahupun 'pancit' biarpun ada lagu yang disampaikan bernada tinggi.

Malah, Ella berjaya membuatkan penonton dan peminatnya bangga dengan dirinya apabila hampir keseluruhan lagu-lagu yang disampaikannya pada malam itu adalah lagu-lagu penuh!

Seperti yang dikatakan tadi, pengalamannya dalam bidang seni sudah cukup membuatkan Ella tahu dan faham bagaimana hendak memancing dan terus mengekalkan momentum peminatnya untuk terus setia bersamanya sepanjang persembahan.

Ella juga tidak perlu menyanyi kerana apa yang perlu dilakukan adalah menghulurkan mikrofon ke arah peminat dan penonton yang tanpa perlu disuruh akan menyanyi dan menyambung bait-bait lirik.

Sementara menantikan Ella muncul pada set kedua, penonton dihiburkan seketika dengan klip video lakonan Ella menerusi filem-filem yang pernah dibintanginya satu ketika dulu.

Filem-filem itu adalah Bayangan Maut, Pemburu Bayang dan Hanya Kawan yang telah mengundang hilai ketawa penonton yang menonton sedutan filem lakonannya itu.

Tidak dinafikan, selain seorang penyanyi yang hebat, Ella juga memiliki bakat tersendiri dalam bidang lakonan.

Untuk set kedua, Ella telah menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan, Sembilu, Resah, Layar Impian dan Nuri.

Secara keseluruhan, persembahan Ella tempoh hari memberi kepuasan maksimum kepada penonton.

Ini kerana Ella telah menyampaikan sebahagian daripada lagu-lagu popularnya yang cukup mesra di telinga pendengar yang tanpa segan silu untuk menyanyi bersamanya.

Cuma, mungkin pengakhiran konsert itu akan meninggalkan kenangan indah dan manis seandainya Ella menyampaikan lagu Gemilang mahupun Standing In The Eyes Of The World sebagai lagu penutup.

Apa-apa pun, Ella sudah layak untuk mengadakan sebuah konsert besar di pentas berprestij seperti Istana Budaya mahupun Stadium Negara.

Berg rasa teruja

Berg rasa teruja


PETER BERG


PENGARAH filem terkenal, Peter Berg baru-baru ini menerusi satu temu ramah bersama Sci Fi Wire memberitahu, dia begitu teruja untuk mengarahkan filem sekuel Hancock.

Hancock yang ditayangkan tahun lalu menyaksikan pelakon Gred A Hollywood, Will Smith menunjangi filem tersebut sebagai teraju utama.

Selain Smith, antara pelakon lain yang membintangi filem berkenaan ialah Charlize Theron dan Jason Bateman.

Katanya, dia sudah tidak sabar lagi untuk kembali ke lokasi penggambaran filem berkenaan seandainya ia mendapat kelulusan daripada pihak penerbit.

Malah, dalam fikirannya sekarang sudah ada beberapa idea yang difikirkannya menarik untuk dikembangkan dalam filem sekuel itu nanti.

"Saya kini hanya menunggu lampu hijau daripada penerbit untuk meneruskan projek ini. Saya merasakan filem sekuel ini seandainya diterbitkan kelak akan memberikan satu cerita baru kepada penonton," ujarnya yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Rundown dan The Kingdom.

Tambahnya, kesinambungan filem sekuel itu juga akan dikembangkan daripada pengakhiran filem pertamanya sebelum ini.

"Bukan sahaja watak Smith dan Theron yang akan dikembangkan tetapi juga watak lakonan Bateman.

"Memang kalau boleh kami mahu memulakannya secepat mungkin tetapi kami perlu memperkemaskan lagi skripnya," katanya yang masih lagi belum dapat menyatakan bilakah projek filem tersebut akan bermula.

Tambahan pula dengan kesibukan Smith dan dirinya sendiri menjadikan projek filem sekuel ini mungkin akan dilewatkan.

Hancock berjaya membuat pungutan tiket sebanyak AS$624 juta (RM2.18 billion) di seluruh dunia.

Filem kisah terakhir Jacko Oktober

Filem kisah terakhir Jacko Oktober

LOS ANGELES 21 Ogos - Sebuah filem yang memaparkan minggu-minggu terakhir Michael Jackson (gambar) sebelum kematiannya iaitu ketika dia sedang melakukan persiapan bagi konsert kemunculan semulanya, dijadual ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 28 Oktober ini selama dua minggu.

Menurut Sony Pictures semalam, filem bertajuk This Is It, mengisahkan satu "gambaran peribadi Michael Jackson yang anda tidak pernah lihat sebelum ini".

Tiket bagi filem tersebut bakal dijual pada 27 September ini, lebih sebulan sebelum filem itu ditayangkan, satu tindakan yang dianggap luar biasa.

This Is It bakal memaparkan 'aksi luar biasa di belakang tabir' mengenai Jackson sedang menjalani latihan antara April dan Jun lalu sebagai persiapan bagi mengadakan siri konsert jelajah yang dijadual bermula pada 13 Julai lalu di O2 Arena, London.

Sony dalam satu kenyataan akhbar berkata, tajuk filem itu diambil daripada salah sebuah lagu hit Jackson, yang juga menjadi tajuk bagi konsert jelajahnya itu.

Pengarah filem tersebut adalah Kenny Ortega yang terkenal menerusi filem arahan Disney, High School Musical 3: Senior Year.

"Filem ini merupakan hadiah Jackson untuk peminatnya.

"Ia bersifat peribadi dan eksklusif diterjemahkan ke dalam dunia kreatif," kata Ortega.

"Menerusi filem ini, kami dapat memaparkan sekeping gambar luar biasa Jackson ketika menyiapkan baju persembahannya dan apa yang saya percaya, ia adalah hasil kerjanya sendiri," tambahnya.

Menurut laporan media, Sony mungkin telah dibayar sehingga AS$60 juta (RM211.9 juta) untuk mendapat hak rakaman bagi latihan terakhir Jackson itu.

Jackson meninggal dunia di Los Angeles pada 25 Jun lalu ketika berusia 50 tahun akibat diserang sakit jantung. - AFP

Wanita intai rumah Spears dihukum

Wanita intai rumah Spears dihukum

LOS ANGELES 21 Ogos - Seorang wanita dijatuhkan hukuman tiga tahun dalam pemerhatian dan perlu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam selepas didapati bersalah kerana menghendap rumah penyanyi pop, Britney Spears (gambar).

Jurucakap Mahkamah Tinggi Los Angeles, Patricia Kelly berkata, seorang hakim di Malibu mendapati Miranda Tozier-Robbins bersalah kerana mengintai rumah Spears di Calabasas, California menerusi tingkap.

Kelly berkata, semalam Tozier-Robbins telah diperintah supaya menjauhkan diri daripada Spears dan rumah penyanyi itu.

Wanita tersebut telah ditangkap pada April lalu selepas timbalan-timbalan polis mendapati dia yang menyamar sambil membawa peralatan kamera menghendap menerusi tingkap-tingkap rumah Spears.

Tozier-Robbins kemudian berkata, dia sedang menghasilkan sebuah dokumentari berdasarkan taktik-taktik paparazzi dan mungkin dapat menjual salah satu rakaman yang diperolehnya mengenai penyanyi pop itu, yang ketika itu tidak ada di rumah. - AP

Isteri adalah permata Rob Thomas

Isteri adalah permata Rob




MEMIKUL status sebagai salah seorang artis yang berjaya dalam muzik moden secara komersial sepanjang sedekad lalu, tidak kira semasa bersama kumpulan Matchbox Twenty atau kerjaya solonya, album Rob Thomas sudah terjual sebanyak 80 juta unit di seluruh dunia.

Menganggap dirinya bertuah kerana kebolehan 'mendengar' irama dalam kepala sebelum menulis dan merakamkannya, tidak dinafikan Rob merupakan penyanyi dan penulis lagu paling berjaya dalam generasinya. Baginya, apa yang penting adalah sumber kreativiti.

Merealisasikan inspirasi muziknya adalah apa yang dilakukan oleh Rob pada tahap kualiti tinggi. Maka, bagi mencapai taraf piawai yang diletakkan oleh Rob, ia melibatkan dua proses - inspirasi dan kemahiran.




"Inspirasi adalah sesuatu yang magis. Contohnya seperti anda duduk di dalam kereta atau bilik dan anda mendengar melodi. Anda menyukainya dan kemudian sedar ia belum pernah wujud. Itulah inspirasi saya dan tempat yang paling banyak memberikan inspirasi adalah bandar raya New York.

"Kemahiran juga satu proses yang menakjubkan. Apabila anda menyiapkan sebuah lagu, anda akan berasa seperti orang paling kreatif di dunia. Daripada sebuah lagu yang tidak dikenali, lagu itu kemudian akan dinyanyikan oleh ribuan atau jutaan peminat anda. Perasaan itu amat mengagumkan," ujar Rob, 37 tahun.

Gabungan inspirasi dan kemahiran itu boleh ditemui dalam album solo kedua Rob, Cradlesong. Diterbitkan oleh Matt Serletic, semua lagu dalam album itu ditulis atau ditulis bersama oleh Rob. Single pertamanya, Her Diamonds yang mengisahkan tentang penyakit isterinya, Marisol Maldonado menerima respons positif terutama di Australia.

"Lagu itu bersifat peribadi menceritakan kisah isteri saya yang menghidap penyakit autoimun (sejenis penyakit yang disebabkan oleh inflamasi dan gangguan auto antibodi). Lagu itu bercerita bagaimana satu pasangan berdepan dengan aktiviti seharian. Terdapat banyak kesedihan apabila seseorang berdepan dengan masalah sebegitu.

"Saya sebenarnya menulis lagu mengenai bagaimana orang berhadapan dengan masa sukar dan masa sukar itu adalah universal yang boleh menjadi apa-apa masalah berbeza," katanya yang paling menyukai lagu Her Diamonds.




Menyukai kacukan muzikal seperti apa yang dipaparkan dalam lagu Cradlesong, Rob gemar membawa pendengar melayan lagu di luar zon selesa masing-masing. Hasilnya, Rob menghadiahkan satu produk rock penuh instrumental yang menawarkan keterujaan serta tenaga.

Bunyi gitar garang boleh didengar menerusi lagu Fire On The Mountain dan elemen pop menguasai lagu Give Me The Meltdown. Elemen elektronik menyempurnakan lagu Real World' 09 dan lagu yang merupakan judul albumnya, Cradlesong adalah satu-satunya lagu balada yang tenang.

"Saya membina studio di tingkat bawah kediaman saya. Jadi banyak lagu dalam album saya bermula dengan bunyi drum. Setakat ini, semua lagu saya ditulis dengan piano atau gitar akustik. Kini saya boleh bermain drum dan memasukkan elemen gitar. Apa yang utama ialah Matt boleh lebih mendalami lagu saya sebelum diterbitkan," ujar penyanyi kelahiran Landstuhl, Jerman itu.

Banyak irama dalam album itu menggambarkan elemen lemah dan sifat natural satu perhubungan. "Saya rasa dalam perhubungan antara manusia, bukan sahaja hubungan romantik sentiasa menjadi inti pati lagu saya. Ia adalah mengenai bagaimana manusia berkomunikasi dengan orang lain, apakah layanan yang diberi dan perkongsian berita gembira dan sedih.

"Dalam lagu Mockingbird, satu pasangan membuat keputusan bahawa kebahagiaan datang dengan perpisahan. Sebuah lagi lagu yang mempunyai hubungan percintaan, Someday menceritakan bagaimana satu pasangan yang berharap supaya pergolakan mereka akan terhenti," ujar Rob yang merupakan penyanyi utama kumpulan Matchbox Twenty.


ALBUM solo Rob Thomas telah terjual melebihi 80 juta unit di seluruh dunia.


Lagu terakhir dalam album Rob, Getting Late mengisahkan peredaran masa. Digunakan sebagai taktik kesedaran, Rob mahu pendengarnya berpijak di bumi yang nyata. Suka memasukkan momen yang mewakili masa kini, Rob melihat dunia secara optimis dan tanpa sempadan. Semangat yang sama turut boleh didapati dalam albumnya.

"Saya bukan orang yang mementingkan wang ringgit. Dengan beberapa buah lagu yang lebih 'gelap', saya memasukkan lagu yang memberi harapan pada penghujungnya. Ia adalah bahagian yang membuatkan anda ingin berkongsi dengan orang yang mungkin memiliki kedukaan yang sama," jawabnya yang lebih suka menyanyi secara live.

Suka membuat persembahan di lokasi luar seperti pantai dan taman, Rob sentiasa mencuri masa untuk berehat setiap enam bulan bekerja keras. Malah, ada masanya, Rob pernah terfikir untuk berhenti menyanyi.

"Selain berehat saya tidak pernah berhenti bermain muzik tetapi ada masanya saya pernah terfikir untuk berhenti. Namun, muzik adalah satu-satunya benda yang saya mahir dalam hidup saya. Walaupun berpeluang untuk pergi ke kolej atau memulakan karier lain, saya sebenarnya tidak mempunyai pilihan. Saya hanya boleh menjadi pemuzik," katanya yang suka berkomunikasi menerusi laman sosial Twitter.


ROB THOMAS berkongsi perasaan gembira dan kesedihan dalam banyak lagu ciptaannya sendiri.


Tidak menyanyi sama apabila lagunya dimainkan di corong radio, Rob memberitahu, dia bagaimanapun berasa teruja apabila lagunya dimainkan. Memulakan karier muzik seawal usia 15 tahun, Rob mengaku dirinya masih berasa gementar apabila diperlukan bercakap dengan peminat.

"Saya gementar apabila perlu bercakap depan orang ramai. Contohnya seperti semasa saya membuat persembahan pada konsert Live 8 di hadapan jutaan penonton, menyanyi adalah senang kerana ia datang secara natural. Tapi apabila saya perlu memperkenalkan orang lain, saya mula cemas," katanya yang berharap untuk membuat persembahan di Stadium Olimpik, Greece.

Dua tahun masalah tak selesai - Kumpulan Ahli Fiqir terus aktif tanpa Samsol

Dua tahun masalah tak selesai - Kumpulan Ahli Fiqir terus aktif tanpa Samsol


AHLI FIQIR kini tinggal bertiga setelah kehilangan Samsol yang didakwa mempunyai masalah peribadi. Dari kiri: Daly, Mawar dan Ceza.


POPULARITI yang diraih kumpulan Ahli Fiqir ketika kali pertama meluncurkan album sulung Hari Ini Dalam Sejarah lewat tahun 2005 berjaya meletakkan nama kumpulan asal Singapura itu sebaris dengan penyanyi popular sedia ada.

Kumpulan yang popular dengan lagu Samseng, Angguk-angguk, Geleng-Geleng, 2x5 dan Dia Datang pada awalnya muncul bersama empat ahli iaitu Fadali Mohd. Darif (Daly atau Ahlifiqir), Samsolnahar Sibengat (Samsol atau Tukangkata), Noor Hidayati Mohamed Yusop (Dayat atau Mawar Berduri) dan Dj Cza atau Muhammad Ceza.

Namun, pertemuan bersama Ahli Fiqir pada majlis pelancaran album ketiga Irama Berimah baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila tiada langsung kelibat Samsol sebaliknya mereka muncul bersama tiga orang ahli sahaja.

Sebelum ini banyak media telah melaporkan kehilangan Samsol daripada Ahli Fiqir tetapi tiada sebab yang pasti mengenai kehilangannya.

Mungkinkah ini petanda Ahli Fiqir sedang dilanda masalah dalaman dan mereka sudah tiada persefahaman lagi?

Bagi mendapat jawapan yang lebih jelas ikuti temu bual antara Kosmo! dengan Ahli Fiqir serta pihak pengurusan mereka iaitu Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.:


MOKHTAZA AHMAD


Daripada berempat tinggal bertiga sahaja, ada sebarang pergaduhan?

DALY: Sebenarnya kami tidak bergaduh, hubungan kami masih baik, cuma Samsol ada masalah peribadi yang perlu diselesaikan di Singapura sehingga menyebabkan dia tidak boleh kembali ke Malaysia lagi.

Tidak boleh masuk ke Malaysia? Besar sangat ke masalahnya?

DALY: Apa masalahnya kami tidak boleh beritahu kerana menghormatinya. Tetapi bukan berkaitan dengan pihak imigresen. Dia masih boleh ke Malaysia, tetapi kerana masalah itu dia tersekat di Singapura dan tidak boleh bersama kami meneruskan perjuangan.

Sejak bila Samsol mempunyai masalah tersebut?

MAWAR: Memang agak lama, sebab itu setelah dua tahun baru kami muncul dengan album ketiga. Kami sengaja lewatkan kerana inginkan dia bersama kami, sepatutnya album ketiga keluar pada pertengahan tahun lalu tetapi nampaknya ia masih tidak selesai jadi kami terpaksa teruskan tanpa dia.

Adakah Samsol tidak akan lagi bersama dengan ahli fiqir selepas ini?

DALY: Dia masih bersama kami dan tidak pernah keluar daripada kumpulan. Kontrak yang ditandatangani secara berkumpulan bersama Warner Music pun masih ada baki satu album lagi. Kami harap dia selesaikan masalahnya secepat mungkin dan bersama kami semula.

Untuk album ketiga, apabila muncul bertiga tidakkah kalian rasa janggal dalam album dan persembahan pentas?

Kalau ikutkan untuk album ketiga kami sudah rakam satu lagu bersama Samsol tetapi dia terpaksa direhatkan untuk seketika. Bila jadi begitu, kami tukar semua susunan lagu untuk disesuaikan dengan vokal tiga orang. Tidak ada rasa janggal sebab kami sebelum ini kami sudah biasa lakukan persembahan dengan ahli yang tidak cukup.




MAWAR: Tahun lalu saya lahirkan anak sulung, jadi kebanyakan persembahan dilakukan tanpa saya dan ada ketikanya tanpa Daly. Sebab itu kami sudah biasa, kami anggap Samsol hanya berehat dan kembali apabila semua sudah okey.

Bagaimana pula dengan penerimaan peminat tentang kekurangan ahli?

MAWAR: Setakat ini tiada apa-apa lagi, mereka semua masih menyokong kami, walaupun ketiadaan Samsol mereka masih memberikan reaksi positif terhadap lagu-lagu kami.

Adakah kalian masih menanti kepulangan Samsol bersama Ahli Fiqir?

DALI, MAWAR dan CEZA: Ya, sudah tentu, Ahli Fiqir wujud bersamanya dan kami sentiasa akan menantinya.

Melly Goslow : Jangan panggil diva

Jangan panggil diva




Dia

"Saya bukan seorang diva, saya bukan pencipta lagu. Saya hanya diberikan setitis anugerah daripada Allah untuk berkarya. Sampai saat ini saya tidak ingin menjadi diva," ungkap Melly sambil disambut dengan tepukan ramai penonton yang datang menyaksikan konsertnya Glow di Arena Tenis Tertutup, Senayan, Indonesia baru-baru ini.

Konsert solo pertama Melly yang berlangsung Rabu lalu turut disaksikan oleh penyanyi-penyanyi hebat yang biasanya digelar The Ladies oleh media Indonesia iaitu Yuni Shara, Kristina dan Krisdayanti.

Banyak kejutan yang diberikan Melly dalam konsert itu termasuklah mengenakan gaun hitam yang dinyalakan dengan lampu sambil dia ditarik ke atas siling. Tidak hanya dengan aksi itu, dia kemudian memutarkan tubuhnya sebanyak empat kali di udara.

Aksi dramatik tersebut dilakukan Melly sewaktu mendendangkan lagu Pernikahan Dini.

Bintang berusia 35 tahun itu menjadi perhatian industri hiburan serantau apabila lagu-lagu ciptaannya seperti Jika dan Menghitung Hari meledak di pasaran. Biarpun acap kali tampil dengan imej pelik dan aneh, ibu kepada dua cahaya mata itu, Anakku Lelaki Hoed, 9 dan Pria Bernama Hoed, 6, memang dikenali sebagai seorang yang sangat merendah diri.

Perry bidas Lady Gaga

Perry bidas Lady Gaga


PERRY



NEW YORK - Penyanyi terkenal, Lady Gaga turut bertanggungjawab mensensasikan gosip bahawa dia merupakan seorang khunsa, kata penyanyi Hot n' Cold, Katy Perry.

Sejak kebelakangan ini, perdebatan berlaku di Internet sama ada Lady Gaga memiliki dua jantina.

Bagaimanapun, Perry berasa yakin bahawa Lady Gaga sengaja mensensasikan isu itu dengan meletakkan sesuatu dalam seluarnya supaya terdapat benjolan di bahagian alat sulitnya.

"Itu (Lady Gaga mensensasikan isu Khunsa ) sengaja dilakukan.




LADY GAGA


"Dia tahu apa yang dilakukannya," kata Perry kepada sebuah akhbar yang disiarkan semalam.

"Lady Gaga meletakkan sesuatu di dalam seluar dalamnya.

"Saya pasti dia melakukannya," kata Perry.

Kenyataan Perry itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh Lady Gaga dalam laman web HollyScoop.com.

Dalam laman itu, Lady Gaga dilaporkan sengaja membuat kenyataan bahawa dia menganggap dirinya sebagai seorang wanita walaupun mempunyai dua jantina.

Namun, selepas gosip itu semakin tersebar luas, Lady Gaga membuat kenyataan bahawa dakwaan dia memiliki dua jantina sebagai berita tidak munasabah. - Agensi

Misi istimewa Penyampai Ikon

Misi istimewa Penyampai Ikon

Sebanyak 17 peserta yang terpilih menyertai program Penyampai Ikon tidak mempunyai pengalaman, baik di depan kamera mahupun dalam bidang kewartawanan. Berjayakah Penyampai Ikon menzahirkan impian mereka untuk bergelar penyampai televisyen terhebat? Saksikan bakat mereka pukul 9 malam ini di TV2 RTM.




UNTUK tampil menjadi penyampai yang baik di TV, setidak-tidaknya seseorang itu perlu terlebih dahulu mempunyai asas sebagai seorang wartawan.

Itu satu kenyataan yang boleh dibuktikan kerana pengacara tersohor seperti Wan Zaleha Radzi, Suhaimi Sulaiman, Dang Suria Zainurdin, waima pengacara terkenal Aznil Nawawi pun pernah bergelar wartawan pada awal kerjaya mereka satu ketika dahulu.

Di kaca TV, penyampai haruslah versatil dalam apa jua situasi. Ketika itu, apa sahaja emosi yang tidak kena dalam diri harus diketepikan. Namun, di sebalik lensa kamera yang memotret mereka sebagai individu serba bijak dan sempurna itu, tidak banyak diketahui umum tentang karier itu. Sukar atau senang, semuanya tersimpan sebagai rakaman berharga buat penyampai terbabit sahaja.


BAWAH dari kiri: Noormadiana, Siti Fazurita, Siti Aisyah, Beatrice dan Hazel. Atas dari kiri: Atikah, Norsila, Aina, Nur Izaati, Cassandra dan Khirjaa.


Dari situlah idea pencarian program Penyampai Ikon bermula. Bertitik tolak daripada pengalaman peribadinya, bekas pembaca berita di TV3, Yusanani Yushak kini mula membidik misi mahu melahirkan generasi baru penyampai TV berkaliber di RTM.

Bukan soal menyambung legasi atau membina semula nama yang tenggelam selepas meninggalkan TV3, Penasihat Persembahan di RTM itu ada alasan yang lebih kukuh.

"Saya percaya ilmu yang ada haruslah dikongsi bersama. Beginilah, apabila tiba masa yang sepatutnya, seseorang penyampai berita kena berundur untuk memberi peluang kepada orang baru.

"Ketika karier saya bermula, saya belajar melalui jalan yang sukar. Dulu, tidak semua senior mahu berkongsi ilmu dengan saya. Bahkan saya perhatikan, kerja wartawan ini memerlukan satu latihan intensif. Melangkah sahaja ke bilik berita, seorang wartawan itu terus sibuk dengan tugasan seharian dan tiada masa untuk dihantar berkursus," katanya yang serius mahu melihat kemunculan penyampai baru yang berkaliber menerusi Penyampai Ikon.


BARISAN peserta Penyampai Ikon tekun mendengar taklimat daripada pengetua mereka, Yusanani.


Bertindak sebagai Pengetua Penyampai Ikon yang memulakan episod pertamanya menerusi TV2 Rtm malam ini, Yusanani percaya biarpun bersifat program realiti TV, Penyampai Ikon mampu melahirkan penyampai TV yang benar-benar layak bergelar 'ikon'.

"Saya faham, ikon satu ungkapan yang besar maksudnya. Untuk program ini, saya mahu semangat untuk bergelar ikon meresap ke dalam diri kesemua 17 peserta. Sebab itulah program ini dinilai 100 peratus oleh juri profesional, bukannya SMS dan hanya seorang yang akan diangkat sebagai Penyampai Ikon," katanya yang mula berkhidmat di RTM sejak awal 2009.

Untuk menjadi penyampai yang baik, kewartawanan menjadi asas yang kukuh. Teknik wawancara yang baik boleh dipelajari ketika menjadi wartawan yang secara realiti sentiasa bersedia bertanya untuk mendapatkan jawapan.

Sekiranya diperhatikan, penyampai atau pengacara yang berjaya adalah terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai latar belakang kewartawanan. Lihat sahaja Aznil Nawawi yang pernah menjadi wartawan am di TV3 dan juga wartawan Money Matters. Begitu juga dengan Suhaimi Sulaiman yang mempunyai latar belakang kewartawanan penyiaran di TV3.


ATAS dari kiri: Mohamed Shahril, Mohd. Sharkawi dan Khairul Faizi. Bawah dari kiri: Ensyfrido, Al Firdaus dan Kamal.


Penyampai TV boleh dikategori kepada dua: penyampai yang berotak dan juga penyampai yang kurang bijak.

Penyampai yang berotak ialah mereka yang membuat penyelidikan dan kelihatan cerdik ketika melaksanakan wawancara, sementara yang satu lagi ialah mereka yang tidak membuat kajian sebelum mewawancara seseorang dan hanya mengharapkan soalan-soalan yang disediakan oleh pihak lain atau penerbit rancangan.

Dalam Penyampai Ikon, semestinya penyampai dalam kategori kedua yang bakal dilahirkan, namun sepintas lalu adakah ia persis menyamai sebuah program pencarian bakat pengacara, Malaysian Top Host yang pernah disiarkan TV3 satu ketika dahulu?

Di mana ketulenan Penyampai Ikon berbanding Malaysian Top Host dan apa yang menjadikan ia unik berbanding program realiti sedia ada?

"Malaysian Top Host lebih ke arah pencarian pengacara TV, selain menekankan personaliti menarik. Berbanding dengan Penyampai Ikon, ia sebuah program pencarian penyampai TV yang lebih lengkap merangkumi laporan berita, penulisan skrip berita TV, imej serta disiplin," kata Yusanani.




Uniknya, peserta yang tersingkir tidak akan dikeluarkan daripada program Penyampai Ikon, sebaliknya mereka akan dikekalkan dan wajib mengikuti segala jadual yang ditetapkan sehingga ke episod terakhir.

Peserta yang tersingkir dalam Penyampai Ikon bukan bermaksud mereka gagal untuk selama-lamanya. Jika tidak bergelar Penyampai Ikon atau menjadi pembaca berita utama, mungkin mereka boleh memulakan karier sebagai wartawan dalam program berita. Dari situ, ilmu dan bakat akan berkembang dan tidak mustahil mereka boleh menjadi penyampai yang berjaya pada kemudian hari.

"Dalam Penyampai Ikon, kami tidak mahu mensia-siakan pelaburan yang telah dibuat sejak dari awal pencarian bermula April lalu.

"Peserta yang telah disingkir tetap akan berada di dalam kelas tetapi penglibatannya tidak akan disiarkan.

"Satu lagi uniknya program ini ialah kesemua peserta Penyampai Ikon akan diberi peluang untuk bergelar wartawan penyiaran di RTM. Maknanya, mereka sudah ada pekerjaan apabila program berakhir. Berbanding ramai lagi wartawan di Bilik Berita RTM yang tidak berpeluang berkursus, mereka ini sangat bernasib baik," kata Yusanani.

Menggariskan disiplin setiap peserta dan pasukan Penyampai Ikon sebagai prinsip yang menentukan kejayaan program berkenaan, Yusanani menambah: "Bukan glamor atau berharap untuk dikenali, sebaliknya Penyampai Ikon adalah platform terbaik untuk memasuki dunia kewartawanan TV secara profesional."

Padah nama Khan

Padah nama Khan

Oleh Zainuri Misfar


PENAHANAN selama dua jam oleh pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New York, membuatkan Shah Rukh Khan semakin tawar hati untuk berada di Amerika Syarikat.

Kali pertama Shah Rukh Khan tidak rasa bangga dengan nama besar yang dimilikinya

NAMA Shah Rukh Khan cukup gah sebagai pujaan ramai di negaranya, namun aktor ini tidak ghairah untuk membina nama dalam industri filem Hollywood seperti yang dilakukan kebanyakan pelakon seangkatan dengannya.

“Sebenarnya saya belum cukup bagus untuk pergi ke Hollywood,” katanya sambil menjelaskan untuk mencipta nama di Hollywood, dia harus menilai kemampuan dirinya. Bagaimanapun, katanya, itu tidaklah bermakna dia tidak menyimpan keinginan untuk mencuba di Hollywood.

“Kalau mereka di sana (Hollywood) menawarkan watak yang cukup baik, saya akan pertimbangkan. Tapi setakat ini saya tidak pernah diberikan tawaran besar atau watak yang bagus dari Hollywood, tak kiralah ia watak besar atau kecil.

“Lagipun, pada usia sudah 40 tahun ini, saya tidak fikir bakat sebagai pelakon sudah cukup bagus. Iyalah, maksud saya sangat berbakat, cukup tampan dan boleh bertutur (bahasa Inggeris) dengan baik.

“Saya juga tidak boleh melakukan sesuatu secara khusus seperti berkungfu. Lainlah mereka mula membuat filem lagu Hindi di Hollywood. Itupun saya tidak fikir mereka akan panggil saya berlakon,” katanya dalam nada yang dianggap menyindir itu.

SHAH RUKH KHAN (kanan) bersama patung lilin yang menyerupainya di sebuah muzium di Paris.

Namun begitu, Shah Rukh mengalu-alukan mana-mana bintang Bollywood yang mahu mencuba nasib dalam industri perfileman di Hollywood.

“Macam manapun, saya tak fikir bekerja di sana (Hollywood) adalah matlamat utama mereka atau menjadi sasaran penting kepada setiap aktor atau aktres dari India,” katanya.

Penahanannya selama dua jam oleh pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New York, membuatkan Shah Rukh semakin tawar hati untuk berada lama di Amerika Syarikat atau mempunyai perancangan serius untuk melebarkan kariernya di Hollywood.

Ketika ditahan, aktor itu dalam perjalanan ke Chicago untuk menghadiri majlis berkaitan dengan Hari Kebangsaan India.


“Mereka memeriksa dengan teliti disebabkan saya orang Asia. Mereka hendak tahu kenapa saya datang ke Amerika dan di mana saya tinggal di sini (Amerika Syarikat),” katanya.

Pengurus Shah Rukh, Niloufer Qureshi memberitahu IANS: “Dia (Shah Rukh) ditahan hanya kerana ada nama Khan di hujungnya. Dia terus ditahan sehinggalah pegawai dari kedutaan India campur tangan.”

Ditanya perkara yang sama, Shah Rukh berkata: “Sesetengah negara ada masalah dengan nama saya. Tapi saya bangga dengan nama ini (Khan)”.

Berita penahanan Shah Rukh Khan itu mendapat maklum balas segera sehingga mencetuskan ‘perbalahan’ antara India dan Amerika Syarikat. Di New Delhi, jurucakap Menteri Dalam Negeri, Vishnu Prakash berkata India akan mendapatkan penjelasan berhubung penahanan aktor kesayangan mereka itu daripada Kedutaan Amerika dan Konsol utama India di New York.

“Perkara ini akan diajukan dengan kedutaan Amerika. Kita mahu mendapatkan penjelasan mengapa perkara ini boleh berlaku,” kata Prakash.

Dalam kenyataan balas, Duta Amerika ke India, Timothy J Roemer berkata, pihaknya cuba menyelesaikan masalah itu sebaik mungkin.

“Shah Rukh adalah ikon global dan dia dialu-alukan sebagai tetamu di Amerika Syarikat. Ramai rakyat Amerika suka filemnya,” kata Timothy.

Kenyataan daripada pihak keselamatan lapangan terbang yang dipetik oleh agensi berita AFP, menyatakan penahanan Shah Rukh bukan niat hendak menghalang aktor memasuki Amerika.

“Ia bukan pengasingan, bukan juga bertujuan menghalang masuk ke negara ini. Sekiranya kami bimbang keganasan dan pengganas, kami semua bertanggungjawab untuk mencegahnya. Pemeriksaan ini bukan saja dilakukan oleh rakyat asing tetapi rakyat Amerika juga tidak terkecuali,” kata jurucakap itu.

Menteri Penerangan dan Penyiaran India, Ambika Soni mengumumkan penahanan Shah Rukh kerana sesuatu yang tidak jelas.

“Saya tidak fikir penahanannya disebabkan namanya berkait dengan agama. Tetapi di Amerika, memang ada beberapa kejadian yang menyebabkan mereka sering mendapatkan butir seseorang itu lebih daripada yang diperlukannya,” katanya.

Menteri Hal Ehwal Luar India, Vayalar Ravi menyifatkan Shah Rukh sebagai ‘kebanggaan India’ dan beliau terkejut apabila aktor itu ditahan di lapangan terbang.

'Shah Rukh Khan ialah kebanggaan India. Saya terkejut apabila dia ditahan di Lapangan Terbang Newark,” katanya.

Produser filem Bollywood yang rapat dengan Shah Rukh, Karan Johar dalam reaksinya di Mumbai berkata, dia amat terkejut dan berasakan ia tidak sepatutnya berlaku. Turut melahirkan perasaan sama ialah Priyanka Chopra dan seorang lagi produser, Kabir Khan.

Shah Rukh mengakui bahawa dia ditahan kerana menjadi ‘kebimbangan besar’ kepada pegawai Amerika yang menyoalnya bertalu-talu - kebanyakannya mengenai tujuan perjalanannya ke Amerika.

Aktor itu berkata, sekumpulan rakyat India, termasuk penganjur acara dari Chicago sudah menunggu di luar lapangan terbang untuk menyambut ketibaannya.

“Secara peribadi saya berasakan perkara ini sudah selesai. Tapi sekiranya ini berlaku lagi, saya boleh minta pihak berkuasa di India supaya menahan Angelina Jolie apabila pelakon itu masuk ke negara saya pula,” kata Shah Rukh Khan.

IRONINYA sebelum penahanan itu, Shah Rukh tidak menghadapi masalah untuk menjalani penggambaran filem My Nam Is Khan yang dibuat di sekitar San Francisco.

Filem itu diterbitkan dengan kerjasama antara Dreamworks dan Reliance yang kemudian bersekutu bersama syarikat penerbitan milik Shah Rukh sendiri iaitu Shah Rukh Khan Red Chillis Entertainment dan Karan Johar Dharma Production, manakala Fox Star Studio pula akan bertindak sebagai pengedar dan pemasaran.

Fox Star Studio adalah syarikat yang memberi sokongan terhadap penerbitan filem Slumdog Millionaire. Usaha Fox Star ini dikatakan sebagai percubaan untuk mengetengahkan sentuhan ajaib Johar yang dipilih mengarahkan filem My Name is Khan.

Bagi filem ini, Shah Rukh dilaporkan menerima bayaran kira-kira RM73 juta (AS$21 juta) untuk filem ini. “Saya sangat mengambil berat dengan tawaran ini dan memang memberikan perhatian serius terhadap filem ini. Ia seperti bermula dari awal lagi selepas dua dekad,” kata aktor ini.

Filem My Name is Khan mengambil latar pasca peristiwa 9/11. Ia memberi tumpuan di atas diskriminasi yang dihadapi oleh Rizwan Khan (Shah Rukh Khan) sebagai seorang lelaki Muslim. Rizwan menderita sejenis Autism dikenali sebagai sindrom Asperger. Dia jatuh cinta dengan ibu tunggal bernama Mandira (lakonan Kajol). Cerita filem ini berlatarkan di San Francisco dengan fokusnya adalah bagaimana serangan pengganas memberi kesan terhadap kehidupan dan perhubungan mereka. Filem My Name Is Khan dijangka ditayangkan pada tahun 2010.

Selain SRK, filem ini turut dibintangi Kajol, Sonia Jehan, Jimmy Shergill, Zarina Wahab, Parvin Dabbas, Arif Zakari, Navneet Nishan, Sheetal Menon dan Tanay Chheda.

Shah Rukh menggambarkan dirinya sebagai ‘superstar’ terakhir Bollywood. Dia mendakwa perubahan dalam industri hiburan sekarang bererti ‘superstar’ di Bollywood sedang menghadapi era kesukaran. “Industri hiburan berubah sangat pesat, terutama dengan perkembangan saluran satelit dan multipleks. Tidak lama lagi tidak akan ada lagi superstars. Saya percaya bahawa saya adalah superstar terakhir India,” katanya.

FAKTA: Shah Rukh Khan

  • Dilahirkan pada 2 November 1965, di New Delhi. Graduan sarjana Ekonomi dari Hansraj College pada 1988.

  • Muncul pertama kali di TV pada tahun 1988. Filem pertamanya muncul empat tahun selepas itu. Selain popular sebagai penyanyi dan penari, dia juga dikenali sebagai pengacara program Who Wants To be a Millionaire versi India untuk satu musim.

  • Sudah membintangi lebih 70 filem.

  • Nama Shahrukh bermaksud Wajah Raja (Face of the King), tetapi lebih suka namanya ditulis sebagai Shah Rukh Khan atau S.R.K.

  • Pada mulanya dia ke Mumbai bukan hendak menjadi pelakon tetapi mahu mencari bekas kekasihnya, Ghauri. Mereka kemudian berkahwin dan mempunyai dua anak. SRK seorang Muslim, sedangkan isterinya masih seorang Hindu.

  • Buku kegemarannya ialah The Hitchhiker's Guide to the Galaxy dan mempunyai seekor anjing bernama Chewbacca.

  • Dia mengaku tidak menerima tawaran dari penerbit filem Amerika tetapi dia tidak kisah.

  • Dia dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti Bedfordshire Britain pada Julai 2009/

  • Membuat pengakuan dia bersedia berlakon dengan percuma kalau terlalu suka dengan wataknya.
  • Mesti Tonton: Dendam budak yatim dalam The Orphan

    Mesti Tonton: Dendam budak yatim dalam The Orphan


    ANTARA babak filem The Orphan.

    Kehadiran Esther membuatkan keluarga John Coleman menjadi huru hara

    FILEM: The Orphan
    Pelakon: Vera Farmiga, Peter Saarsgard, Isabelle Fuhrman, CCh Pounder, Jimmy Bennett
    Pengarah: Jaume Collet-Serra
    Genre: Seram, Drama
    Tarikh tayangan: 20 Ogos 2009.

    SEBELUM ini banyak filem seram yang memaparkan kisah kanak-kanak diterbitkan. Filem The Omen, The Unborn dan Ju-On adalah antara contoh filem seram yang pernah mencetuskan fenomena dan membuatkan penonton masih terbayang-bayang aksi seram yang ditonjolkan. Terbaru, filem dari genre serupa muncul di pawagam Khamis lalu. Pada zahirnya, The Orphan bukanlah sebuah cerita hantu kanak-kanak ataupun kisah kanak-kanak yang dirasuk tetapi lebih kepada kekejaman yang dilakukan oleh seorang budak perempuan berusia 9 tahun.

    Kisah bermula apabila pasangan Kate dan John Coleman melalui saat getir dalam rumah tangga apabila anak ketiga mereka, Jessica mati ketika dalam kandungan. Peristiwa itu amat sukar diterima Kate, yang pada masa sama mengalami masalah ketagihan alkohol. Bagi mengatasi kesedihannya, Kate menabur abu mayat Jessica di bawah pokok bunga ros putih di tamannya dan meletakkan plak yang terukir kata-kata azimat sebagai mengingati bayinya yang sudah tiada itu.

    Tak cukup dengan itu, mereka mengambil anak angkat - seorang kanak-kanak perempuan bernama Esther dari sebuah rumah anak-anak yatim. Berbeza dengan kanak-kanak sebaya dengannya, Esther banyak menghabiskan masa bersendirian dengan melukis dan menyanyi. Kebijaksanaannya bertutur dan melahirkan pendapat membuatkan pasangan itu berminat engambil Esther sebagai anak angkat.

    Namun begitu, kehadiran Esther dalam keluarga Coleman disambut dingin oleh anak lelakinya Daniel, tetapi anak perempuannya, Max, yang cacat pendengaran menerima kedatangan Esther dengan gembira kerana dia kini mempunyai kawan untuk bermain. Pun begitu, kebahagiaan yang dinikmati keluarga Coleman pada awalnya berubah dengan sekelip mata sejak Esther tinggal bersama mereka.

    Kebaikan Esther tidaklah seperti yang disangka. Dia kejam dan penuh dendam kesumat. Dalam hatinya tidak ad rasa kasihan. Lihat saja bagaimana dia sanggup membunuh seorang rahib kerana bimbang wanita itu membongkar rahsia yang selama ini disimpannya dengan rapi serta melakukan pelbagai salah laku lain yang tidak sepatutnya dibuat seorang kanak-kanak.

    Sejak kehadiran Esther, banyak peristiwa pelik berlaku sehinggakan Kate merancang untuk menyiasat latar belakangnya. Bagaimanapun, apabila Kate menyuarakan kebimbangannya itu kepada suaminya, hasratnya ditolak tanpa menyedari kehadiran Esther di dalam keluarga mereka sebenarnya mengundang bahaya. Apa sebenarnya rahsia yang cuba disembunyikan Esther?

    Filem ini memang padat dengan unsur cemas serta terdapat banyak babak menakutkan membuatkan penonton mampu menjerit di dalam pawagam. Malah, pengarah filem ini juga bijak bermain dengan situasi sekali gus membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimana Esther boleh menjadi begitu ganas. Pun begitu, segala persoalan itu terjawab di penghujung cerita.

    Pujian sewajarnya diberikan kepada penulis filem ini, Alex Mace kerana berjaya menghasilkan sebuah cerita seram yang mampu membuatkan adrenalin penonton mengalir deras dan sentiasa di dalam debaran. Dan apa yang lebih penting, pengakhiran filem ini penuh dengan kejutan. Hendak tahu apakah kejutan itu, silalah ke pawagam kerana filem The Orphan ini memang berbaloi untuk ditonton.

    @sinepleks: Adakala tidak mudah jadi dewasa

    @sinepleks: Adakala tidak mudah jadi dewasa

    Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


    ANTARA babak yang dapat ditonton dalam filem I Love You, Beth Cooper.

    Filem I Love You, Beth Cooper cuba menyingkap konflik dunia remaja

    MUNGKIN filem I Love You, Beth Cooper lebih sesuai untuk tontonan remaja berikutan kisah yang ditampilkan dalam karya arahan Chris Columbus itu bertumpu kepada kehidupan bekas pelajar sekolah tinggi yang kini menunggu waktu melangkah ke fasa baru dalam kehidupan.

    Namun begitu, ia sebuah judul menghiburkan, penuh babak lawak, disokong pula dengan jalan cerita serta kekuatan lakonan bintang utamanya, Hayden Panettiere.

    Kisah bermula dengan ucapan pelajar terbaik, Denis Cooverman (Paul Rust) yang mengaku menyintai Beth Cooper (Panettiere) di majlis perhimpunan tamat belajar. Bukan sekadar Beth yang yang disebut Denis dalam ucapannya, bahkan beberapa kenalan lain turut dimalukan di majlis itu termasuk teman karibnya, Rich (Jack Carpenter) yang dikatakan sebagai lelaki homoseksual.

    Bertemu dengan gadis idamannya, Denis mengajak Beth ke parti yang diadakan di kediaman ibu bapanya. Amat mengejutkan apabila Beth dan dua temannya yang seksi, Cammy (Lauren London) dan Treece (Lauren Storm) tidak menghampakan harapan Denis.

    Malangnya, teman lelaki Beth, Kevin (Shawn Roberts) dapat menghidu jejak kekasihnya, lalu menyerbu rumah Denis.

    Beth dan rakannya menyelamatkan Denis serta Rich dengan memandu keluar daripada kawasan perumahan berkenaan. Mereka singgah melepak di kawasan hutan, berparti di rumah rakan, berenang dan akhirnya melepaskan lelah di kabin milik bapa Treece.

    Denis yang pada awalnya melihat Beth sebagai gadis sempurna, mula mengenali lebih dekat wanita muda itu sepanjang pengembaraan mereka. Dia melihat segala kekurangan yang ada pada Beth, seterusnya mengubah pandangan Denis terhadap gadis terbabit.

    Secara ringkas, I Love You, Beth Cooper adalah hiburan ringan yang cuba mengajak penonton memahami dilema remaja yang melangkah ke alam dewasa. Pada masa sama, penulisnya, Larry Doyle, seperti berpesan kepada khalayak untuk menerima seseorang itu dengan seadanya.

    Watak Denis, umpamanya, bagai tidak dapat menerima hakikat gadis pujaannya, Beth, ialah perempuan yang sanggup mengucup lelaki asing hanya kerana ingin membeli bir. Lama kelamaan, selepas mendalami personalitinya, Denis menyukai Beth kerana diri wanita muda itu yang sebenar, bukan si sempurna yang dimimpikan olehnya sejak beberapa tahun lama.

    Segala kejadian yang ditempuh lima remaja dengan permasalahan sendiri itu hanya dialami dalam masa sehari. Begitupun, pengarahnya bijak menyusun plot menjadikan penonton tidak bosan menunggu apakah insiden seterusnya akan berlaku.

    Menghidupkan cerita tentunya aktres muda yang cukup dikenali menerusi siri Heroes, Hayden Panettiere. Begitu besar potensi pelakon berusia 20 tahun ini. Watak remaja yang tampak ceria, tetapi sebenarnya memendam pelbagai duka dalam diri, amat menjadi di tangan Panettiere. Kuat sekali mainan emosi pelakon ini, walaupun pada dasarnya filem sepanjang 102 minit adalah dalam jalur komedi.

    Maka tidak hairanlah, dia antara bintang muda dalam ciptaan yang kian menjadi perhatian produser filem terkemuka. Tahun depan, namanya akan terus bersinar dengan tiga filem iaitu Hoodwinked 2: Hood vs. Evil, Alpha and Omega dan Carmel.

    Jika anda ingin berhibur bersama sebuah cerita ringan, I Love You, Beth Cooper diharapkan pilihan yang tidak mengecewakan. Filem terbitan Kanada dan Amerika Syarikat ini mula ditayangkan di Malaysia pada 20 Ogos.

    Ella tidak mengecewakan

    Ella tidak mengecewakan

    Oleh Zul Husni Abdul Hamid
    zhusni@bharian.com.my


    PERSEMBAHAN bertenaga Ella.

    Beraksi penuh bertenaga dan menghiburkan dalam mini konsert hampir dua jam tajaan Canon Marketing

    BARANGKALI untuk mencari kelainan dalam persembahan Ratu Rock, Ella adalah satu perkara paling sulit terutama kepada mereka yang sudah terbiasa menonton aksinya di pentas.

    Namun kebiasaan itu bukan bermakna Ella sudah tidak lagi relevan untuk sebuah konsert besar. Biarpun usia terus memanjat, legasi seni Ella masih utuh mendakap hati pendengar.

    Satu kenyataan yang sukar dinafikan mengenai penyanyi berusia 43 tahun itu, kemunculannya sentiasa membawa aura dan pesona yang membuatkan dirinya tidak pernah jemu ditonton.

    Lupakan butir bicaranya yang manja dan aksi liuk lentuk kerana itu memang cara Ella mencuri hati peminat. Cukup sudah memperkatakan perkara remeh itu kerana Ella memiliki lebih daripada itu untuk dikongsi bersama penggemarnya. Senjata Ella cuma kekuatan vokalnya yang terus ampuh, selain kekentalan aksinya yang penuh bertenaga bersama himpunan lagu nyanyiannya yang sentiasa malar segar.

    Penyanyi kecil molek ini memberikan yang terbaik setiap kali muncul di pentas. Ini memberikan kepuasan kepada peminatnya yang memenuhi ruang The Mist Club, Jalan Liku, Kuala Lumpur, pada malam Ahad lalu apabila menghiburkan peminatnya menerusi siri promosi jelajah, Ella - People & Places With PowerShot.

    Persembahan yang dibawakan Canon Marketing (Malaysia) itu seakan mengubat kerinduan peminat yang sudah lama tidak menyaksikan kemantapan Ella dalam sebuah persembahan besar.

    "Ini antara impian yang sudah lama saya simpan, untuk beraksi di hadapan peminat membawa rangkaian lagu yang menjadi kegemaran bersama serta berhibur," katanya.

    Berterima kasih kepada Canon kerana merealisasikan impian yang sekian lama terpendam itu, ruang itu dimanfaatkan Ella untuk memberikan aksi terbaiknya apatah lagi dia sendiri sudah lama tidak beraksi dalam persembahan besar di Kuala Lumpur.

    Agak istimewa kerana persembahan yang bermula sekitar jam 8.30 malam itu umpama refleksi perjalanan seni Ella yang sarat pelbagai kenangan - suka, duka, tawa dan ceria namun semua itu memberi kekuatan kepadanya untuk terus bertahan.

    Seperti katanya: "Industri seni bukan sekadar untuk glamor. Asalkan kita jujur dengan apa yang dibuat dan masih mendapat sokongan peminat, pastinya kita mampu bertahan lama dalam industri".

    Dan malam itu, Ella menyerlahkan kejujurannya lewat lagu yang menjulang namanya ketika memulakan langkah sebagai anak seni bersama The Boys sehingga rakaman terkini - tiga lagu baru yang dimuatkan dalam kompilasi, The Greatest Hits.

    Malam itu anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang pada 31 Julai 1966 kurang berbicara sebaliknya dia membiarkan lagu-lagunya berkisah segala rakaman perasaan yang dialami sebagai insan seni.

    Memulakan persembahannya dengan lagu rancak, Permata, Pemotong, Permata, dia membawa peminat tenggelam dalam himpunan lagu yang memperkasakan namanya dalam industri hiburan.

    Hampir kesemua lagu popularnya dinyanyikan pada malam itu dan kematangan Ella memahami kehendak pendengar wajar dipuji kerana bijak mengimbangi pilihan lagu untuk menggerakkan suasana persembahannya.

    Lagu lain yang dinyanyikannya dalam persembahan yang berlangsung lebih satu jam setengah itu termasuk Rama-Rama, Dua Insan Bercinta, Permata Biru, medley Sepi Sekuntum Mawar Merah/Pengemis Cinta, Bayangan, Sembilu, Layar Impian, Kesal dan Nuri.

    Ella kemudian mengundang adiknya, Korie berduet dalam lagu popular mereka, Pergilah Sayang serta Smell Like Teen Spirit.

    Menggambarkan sebagai perjalanan seni Ella, peminat juga dijamu dengan klip video filem lakonan penyanyi yang setia dengan imej rambut panjang ikal berkilat iaitu Bayangan Maut, Pemburu Bayang dan Hanya Kawan ketika dia berlalu untuk ke bilik persalinan.

    Membawakan keseluruhan 15 lagu termasuk tiga single terbarunya, Jiwa Setia, Mencari dan Puisi Hamba sebelum mengakhiri dengan lagu Nuri, Ella - People & Places with PowerShot pastinya meninggalkan kenangan buat penggemarnya.

    Kerjasama Ella dan Canon juga bukan sebenarnya bukan baru kerana 13 tahun lalu penyanyi yang tidak dimamah usia itu pernah dilantik menjadi duta kalkulator jenama itu.

    Justeru, apabila kembali dilamar untuk bekerjasama memperkasakan jenama itu menerusi siri promosi rangkaian kamera terutama dalam siri PowerShot, Ella pantas menyatakan persetujuan.

    Lebih bermakna, kata Ella, kerjasama itu juga membawanya kembali mendekati peminat menerusi siri persembahan Ella - People & Places with PowerShot.

    "Ia juga memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan lagu baru menerusi album kompilasi Ella - The Greatest Hits sebagai pengenalan sebelum album penuh sedia untuk dipasarkan menjelang akhir tahun ini," katanya.

    Panel TV: Haiwan Teladan musim kedua sepanjang Ramadan

    Panel TV: Haiwan Teladan musim kedua sepanjang Ramadan

    RANCANGAN Haiwan Teladan yang diperkenalkan pada Ramadan tahun lalu kembali menemui penonton untuk musim kedua khusus ketika penonton kanak-kanak menjalani ibadat berpuasa.

    Haiwan Teladan adalah rancangan bersiri kanak-kanak yang menceritakan pelbagai kisah menarik dan teladan yang diadaptasi dari kisah haiwan tetapi jarang diceritakan namun ia terdapat di dalam al-Quran.

    Program menarik ini akan ke udara sepanjang bulan yang mulia di TV3 setiap Isnin hingga Jumaat bermula 24 Ogos 2009, jam 9 pagi.

    Selain dari sesi bercerita tentang kejadian haiwan ini, terdapat juga beberapa segmen lain seperti kraf dan bahasa di mana penonton boleh mempelajari bahasa seperti Arab, Mandarin, Inggeris dan lain-lain lagi.

    Adik-adik juga boleh meningkatkan ilmu bacaan doa di mana segmen doa akan memaparkan doa-doa mudah untuk dibacakan bersama-sama dalam studio. Istimewanya, musim kedua ini akan memperkenalkan segmen masakan iaitu resepi mudah untuk dikongsi bersama penonton cilik mencuba di rumah.

    Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, berkata stesen televisyen ini pernah menyiarkan program khusus pada Ramadan untuk kanak-kanak berjudul Kisah Anbiya’ bersama dengan pengacaranya, Wardina Safiyyah.

    “Berbeza dengan Kisah Anbiya’, Haiwan Teladan mengetengahkan pengacara baru, Shaiya Abbas. Naluri keibuan yang terserlah dan keperibadian Shadiya dianggap sesuai untuk mengendalikan program khusus buat penonton kanak-kanak ini.

    “Haiwan Teladan dipertontonkan kepada adik cilik bertujuan untuk menceritakan kepada para penonton khususnya penonton cilik tentang kisah-kisah haiwan dari Al-Quran,” katanya.

    Menurutnya, ramai yang tidak menyedari bahawa setiap kejadian makhluk termasuk haiwan mempunyai kepentingan dan tujuan tertentu bagi faedah dan ujian bagi manusia.

    “Selain itu, melalui program ini dapat meningkatkan kreativiti minda penonton dengan adanya segmen kraf, belajar bahasa dan segmen masakan.

    “Selepas menjalani uji bakat, seramai lebih kurang 10 adik-adik dari tadika di sekitar Lembah Klang telah dipilih menjadi tetamu di studio. Rakaman sebanyak 19 episod telahpun selesai dirakamkan selama dua minggu di Kompleks 3C MPSJ, Subang Jaya,” katanya lagi.

    Barisan produksi yang menjayakan Haiwan Teladan terdiri dari Ruzmi Kamarudin (Penerbit Eksekutif), Junaidah Md Din (Penerbit) dan menampilkan Shadiya Abbas sebagai pengacara.