Wednesday, August 12, 2009

HIBURAN : RABU 12 OGOS 2009


Biarlah masa menentukan
APABILA menatap wajah terbaru penghibur tersohor negara, Datuk SheilaMajid yang manis bertudung ini, pasti ramai yang mengandaikan Sheilakini sedang melalui fasa baru dalam hidupnya.


Noorkhiriah rindu ke lokasi
KETIKAini, usia kandungan aktres berbakat besar dalam dunia lakonan,Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie sudah punmencecah enam bulan.


Antara festival filem dan makan angin
FESTIVAL Filem Malaysia ke-22 ( FFM22 ) selesai diadakan di DewanCanselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah Sabtu lalu.


Naskhah terbaru Afdlin Shauki
BELUMpun reda peminat memperkatakan tentang kejayaan Papadom yang munculFilem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 ( FFM22 ), pengarahberbadan gempal ini bakal muncul dengan satu lagi filem terbaruarahannya berjudul Jalan Lama .

Semoga Allah ampunkan dia
SEBAK,sedih dan kecewa. Itulah rumusan perasaan Papa kala membuka blogseorang selebriti yang penuh bongkak mendakwa dia penulis palingmasyhur di alam maya.

Rizalman pilihan Ajai, Liza
HUJUNGminggu ini, Papa akan ke Pulau Pinang untuk menyaksikan sepasang lagimerpati dua sejoli yang akan disatukan sebagai suami isteri.

Apa khabar Ida Nerina?
SEMENJAKbeberapa hari lalu, tiba-tiba saja Papa terkenangkan aktres Ida Nerinayang kali terakhir diketahui ramai dimasukkan ke hospital setelahterjatuh di kediamannya beberapa bulan lalu.







Kenapa saya pilih lelaki Inggeris?
Dua bulan lepas dia dah lamar saya, tapi bukan dalam acara peminanganyang lazim dilakukan, kami dah bertunang sendiri-sendiri


Mega masih hidup
AWAL tahun 1990-an nama kumpulan Mega mendaki sehingga ke puncak dekkerana lagu-lagu melankolik yang cukup mendapat tempat di hati peminatwaktu itu.





'Yasmin lihat Siti dari sudut berbeza'
MASIHjelas di ruang mata bagaimana susuk tubuh yang sebelum itu begitucergas dan bertenaga, membentangkan kertas kerja, tiba-tiba rebah tidakbermaya. Malah, sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinganyabaris demi baris ayat indah yang dilafazkan wanita itu sebelum diapergi buat selama-lamanya.

Jawab, jangan tak jawab!: 'Takkanlah asyik nak berkepit'
PASANGANini hanya tergelak besar apabila ada 'angin ribut' yang membawaperkhabaran rumah tangga mereka sekali lagi dilanda badai. Kali ini,ceritanya lebih hebat apabila mereka didakwa baru saja memfailkanperceraian mereka di mahkamah. Pun begitu, saat dihubungi Hip bagimendapatkan kesahihan cerita itu, pasangan berkenaan, Aida Radzwill dansuaminya Joe Radzwil, berkata semua cerita itu hanyalah sekadar kisahdongeng semata-mata.

Fragmen: Benarkah filem Yasmin karya filem tanah air paling hebat?
WALAUPUNsudah hampir dua minggu berlalu, namun kehilangan Yasmin Ahmad dalamdunia perfileman masih dirasai. Tidak dinafikan semasa hayatnya, beliauhadir dengan karya yang segar dan penuh emosional kepada penontonnyaDalam erti kata lain, karyanya sama dalam menerusi filem atau iklanyang dihasilkannya memang menyentuh jiwa.

'Asyik orang sama menang'
SUARANYApernah diiktiraf sebagai bernilai RM1 juta apabila dia memenangipertandingan realiti One In A Million setahun lalu. Sejak itu, ramaiyang mengagumi bakat semula jadi dan vokal milik penyanyi bernama AyuDamit ini.

Bengkel penulisan skrip
PENGGIATfilem dan drama sering kali mengeluh kerana sukar untuk memperolehskrip bermutu. Jika ada pun ia dihasilkan oleh penulis skrip yang samasaja.

Bebas menjadi diri sendiri
SIAPAboleh lupa aksi gedik dan 'over' Aznil Nawawi ketika mengacarakanprogram Pop Kuiz di TV3 satu ketika dulu sehingga rancangan berkenaanmuncul gameshow popular dan pernah menerima pengiktirafan HighlyCommended Programme oleh Asia Television Awards 1996.

Semangat Tun Mamat
KESETIAANmembuta tuli membawa kesengsaraan pada diri sendiri dan keluarga. Iamungkin tema paling menyerlah yang dapat dilihat daripada persembahanteater bangsawan Tun Mamat dan Mimpi Tuanku yang dipentaskan olehIstana Budaya di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, selama tiga hariberturut-turut bermula 7 Ogos lalu.

Suara Azmir pikat orang Singapura
AZMIRArif tidak mahu menggunakan kekurangan dirinya untuk dikenali ramai.Sebaliknya ketika berkunjung ke Balai Berita baru-baru ini, anak mudaberusia 26 tahun dari Balik Pulau, Pulau Pinang itu tidak mahu masalah'sengau' terus dijadikan bahan cerita kerana bimbang dikatakan cubameraih simpati orang, sebaliknya dia mahu dikenali kerana suaranya.

VJ Utt janji panaskan konsert
MALAYSIAmencipta sejarah tersendiri dalam dunia hiburan antarabangsa apabiladipilih sebagai negara pertama di dunia untuk muncul lokasi World StageLive In Malaysia anjuran dan terbitan sepenuhnya oleh MTV. Pemilihanitu tentu sekali penghargaan cukup istimewa buat negara ini apabilabeberapa nama besar dunia bakal berkampung dalam satu persembahan yangpasti menggegarkan.

Dengarnya: Bosan pelakon pegang watak klise
MENJADIpelakon yang serba boleh sememangnya menjadi tuntutan apabila bergelaranak seni. Tak semestinya pelakon berpandukan skrip yang diberi sudahboleh dianggap hebat. Kalau mahu diuji kemampuan pelakon ialah denganmemberikan mereka tugasan spontan tanpa skrip seperti yang dipraktikkanprogram Anak Wayang dengan mengundang pelakon untuk bergandingan denganpeserta.

Dengarnya: Putus kasih dua sahabat
TERKEJUTjuga Cik Normah apabila dapat tahu dua orang pelakon yang pernahdilihat seperti belangkas ini sebenarnya pernah bergaduh berlanjutanhingga beberapa minggu dan bulan. Malah, ketika artikel ini ditulis,Cik Normah diberitahu rakan sepejabat mereka masih tidak bertegur sapa.

Dengarnya: Rozita tunai umrah pada Ramadan
ALHAMDULILLAH,Cik Normah seronok mendengar cerita mengenai rakan sepejabat yangrancak bercerita mengenai pelakon jelita, Rozita Che Wan yang akanmenunaikan umrah buat kali kedua penghujung bulan ini ketika seluruhumat Islam sudah mula melakukan ibadat puasa.

Ketabahan ibu tunggal dalam drama bersiri di TV2
KISAHhidup yang dilalui Rozita Che Wan menerusi drama terbaru terbitanEurofine (M) Sdn Bhd, Bara Yang Ku Genggam seolah-olah mengamitkehidupannya sebenar sebagai ibu tunggal.

Dengarnya... Kejutan Catriona buat suami tersayang
CIKNormah seronok melihat kebahagiaan pasangan pengantin baru CatrionaRoss dengan suaminya Shaharuddin Mokhtaruddin. Rumah tangga merekabertambah bahagia apabila Cat bunting pelamin. Sebenarnya Cik Normahbukan nak bercerita fasal Cat yang dah mengandung tetapi mengenaibetapa beruntungnya Shaharuddin dikurniakan isteri yang romantisseperti Cat ini.






Dunia tari Sabrina
SEJAK bujang, Sabrina Ali Dad Khan, 29, menjalani kehidupan tenangtanpa kontroversi menghantui diri. Sehinggalah dia mendirikan rumahtangga dengan Mohd Shahrin Abdul Halim, 38, pada 21 Mei 2006, tidakpernah sekali dirinya disapa gosip panas.

'Contohi Bollywood, Hong Kong'
MAJORITI kalangan artis, seniman dan seniwati yang menghadiriFestival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah, sudahpun pulang ke kampung halaman masing-masing pada petang Isnin lalu.

Lenka ‘siasat’ Petaling Street
LIMA hari di Malaysia, tidak banyak sedikit pastinya Lenka Kripac,31, memperoleh pengalaman menarik sepanjang berada di negara ini.

INTERAKSI: 'Mahu aktif tonton filem tempatan'
BAKAT yang dimiliki Jaclyn Victor atau Jac lebih tertumpu padabidang nyanyian. Ketika namanya mula dikenali ramai, Jac mengukirkejayaan selepas menjuarai program realiti, Malaysian Idol musimpertama pada 2004.

Faizal selesa bergerak sendiri
JIKA dibandingkan dengan Vince, Zahid dan Mawi, boleh dikatakanMohammad Faizal Ramly atau Faizal, 25, agak 'tercicir' daripadapopulariti. Sekalipun, menyandang gelaran juara Akademi Fantasia musimkeempat (AF4), tetapi aura seninya nampak pudar.

Saiful lebih tegap, langkah lebih pantas
APABILA bercerita mengenai sukan berkuda, tentu ramai memikirkanbayaran mahal dan layak untuk golongan elit saja. Bayangkan, hargaseekor kuda mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit. Itu belumtermasuk penjagaan setiap bulan makanan dan ubatan menjangkau ribuanringgit sebulan.

Marion cuba bidang lakonan
WAJAH jelita Marion Counter, 29, sememangnya tidak asing ditelevisyen sebagai pengacara mengendalikan program realiti One In AMillion (OIAM) di 8TV untuk tiga musim atau di Channel [V] sejak 2007.

Era kurang bercakap
KEKAL di tangga teratas, nyata bukan mudah untuk Era FMmempertahankan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu. Pelbagai'pembaharuan' dibawa bagi memastikan pendengar sentiasa mendapat apayang mereka mahu selain daripada hiburan.

Soseh Soseh: Keletah tak kira tempat
APABILA berada di masjid, sudah tentu segala adab perlu dijaga.Lagipun, berada di situ bukanlah untuk bersuka ria kerana perlumenghormati masjid sebagai rumah Allah, iaitu rumah beribadat.

Soseh Soseh: Gambar panas babit isteri artis di Internet?
SABAN hari ada saja gambar anak Melayu yang SS pasti beragama Islam dipaparkan di Internet dalam keadaan memalukan.

Jejak Rasul 15 tahun
DOKUMENTARI Jejak Rasul yang menemui penonton setiap Ramadan, akankembali lagi dengan paparan lebih menarik untuk tahun ke-15, tahun ini.

Antara festival filem dan makan angin

Antara festival filem dan makan angin


DUA seniman veteran, Datuk Aziz Sattar (kanan) dan Wahid Satay antara penggiat filem yang komited dan sering memberi sokongan pada setiap acara perfileman yang dianjurkan.


FESTIVAL Filem Malaysia ke-22 (FFM22) selesai diadakan di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah Sabtu lalu.

Keputusannya pun sudah diketahui oleh ramai orang. Suka atau tidak, itu adalah keputusan muktamad panel juri kita yang profesional.

Namun, biasalah bak kata orang, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Setiap tahun senarionya lebih kurang sama sahaja.

Kita pun sudah muak dengan isu-isu yang berbangkit. Mungkin kita kena ada peribahasa baru selepas ini iaitu, rumah sudah siap, pahat bukan sahaja tidak berbunyi tetapi rumah sepatutnya makin cantik.

Dalam isu FFM22, sejak dari awal lagi, kalau kita perhatikan sudah ada beberapa perkara yang tidak kena dan boleh dipertikaikan.

Contohnya, ada filem yang dikategorikan filem komedi tetapi dicalonkan pula dalam kategori yang lain. Ia seolah-olah mahu memberi kuota atau menjaga hati pihak-pihak tertentu.

Filem yang disenarai pendek pula adakalanya filem-filem yang macam tidak layak sahaja.

Sedangkan ada filem lain yang jauh lebih bermutu tetapi tidak pula diangkat sebagai finalis. Menang jauh sekali.

Di sini panel juri memainkan peranan penting kerana mereka adalah penentu kemenangan sesuatu calon yang bertanding. Juri bukan sahaja perlu arif selok-belok teknikal dalam bidang perfileman.

Malah, mereka ini juga haruslah mempunyai cita rasa yang tinggi. Jika tidak, akan timbul pertikaian daripada segi kredibiliti para juri yang terbabit. Kita tidak mahu para peminat lebih pandai menilai mutu dan kreativiti sesebuah filem.

Kita perlu adil

Cita rasa dan pengamatan para juri yang tinggi secara tidak langsung mampu mengangkat filem-filem kita yang kurang bermutu supaya sekurang-kurangnya berada di kalangan yang bermutu.

Yang terbaik sebenarnya ialah, mengangkat filem-filem kita yang terbaik di kalangan yang terbaik! Kita perlu adil. Adil dalam erti kata yang sebenarnya ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Selain juri dan penjurian, langkah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menganjurkan FFM22 di Kota Kinabalu pula tidak dinafikan, memang patut dipuji.

Sebabnya, usaha itu antara lain bertujuan memasyarakatkan dunia perfileman dalam konteks yang lebih luas terutamanya buat para peminat di luar bandar.

Pelbagai aktiviti seperti bengkel lakonan, penulisan skrip dan tayangan filem-filem tempatan percuma diadakan sebagai pengisian sepanjang 4 hingga 8 Ogos festival itu berlangsung di sana.

Sayangnya, festival filem yang disertai sekitar 630 delegasi dari Kuala Lumpur dan Singapura itu sepatutnya menggambarkan kemeriahan yang diwakili oleh para pelakon, pengarah dan penerbit filem tanah air.

Senarionya yang berbeza apabila daripada jumlah delegasi itu, penyertaan bilangan artis terutamanya artis-artis popular masa kini boleh dikira dengan jari.

Sebaliknya, delegasi FFM22 pula lebih ramai disertai oleh orang yang seperti tiada kena mengena dalam bidang perfileman di negara ini.

Siapa mereka itu? Pelakon? Pengarah? Penerbit?

Atau cuma sekadar jiran atau kawan sepejabat ahli-ahli persatuan artis sahaja?

Pada masa sama, ada delegasi yang ambil kesempatan bawa anak isteri mereka ke festival tersebut. Kata orang sambil tengok festival, sambil bercuti.

Memang seronok kerana tiket penerbangan dan hotel penginapan untuk menghadiri FFM22 ditanggung oleh pihak penganjur. Mungkin itu cara golongan ini yang ibarat sambil menyelam minum air.

Perkara itu jelas kelihatan pada acara-acara yang dijalankan sepanjang FFM22 berlangsung.

Festival itu seperti kurang meriah kerana ramai artis popular yang tidak hadir. Tidak pastilah sama ada mereka itu tidak dijemput atau sengaja tidak mahu hadir.

Sebab itu, ramai peminat di Sabah yang kurang mengenali golongan ini apabila terlalu ramai orang-orang yang entah dari mana datangnya turut menyibuk.

Mereka ini memang spesies yang suka mengambil kesempatan.

Pada masa depan, Finas harus mengenal pasti agar hanya orang-orang yang ada kaitan dalam bidang perfileman diketengahkan pada festival filem seterusnya.

FFM22 juga harus dipuji kerana sanggup membawa lebih 10 pelakon veteran era tahun 1950-an dan 1960-an dari Singapura dan Kuala Lumpur ke festival tersebut.

Namun, persoalannya ialah, mana perginya para pelakon lain dari era tahun 1970-an dan 1980-an pada FFM22?

Sepatutnya, lebih ramai artis era tersebut dibawa bersama. Mereka ini pernah memeriahkan industri ini. Peminat mereka juga masih ramai.

Tahun depan FFM23 khabarnya akan diadakan di Kuala Lumpur. Ketika itu kita lihat sahajalah nanti berapa ramaikah yang akan datang memeriahkannya?

Lenggang

Paling menyedihkan apabila hampir tidak kelihatan pelakon popular pada aktiviti-aktiviti FFM22 dijalankan.

Misalnya, pada sesi Lawatan Amal Bersama Artis ke Rumah Kebajikan Bukit Harapan di Inanam sehari sebelum festival itu berlangsung.

Sudahlah bilangan artis popular yang terbabit sedikit jumlahnya, mereka ini pula seperti membuat haluan masing-masing.

Langsung tidak mahu turun padang menjayakan aktiviti-aktiviti anjuran FFM22 terutamanya membabitkan kerja-kerja amal.

Simposium atau apresiasi filem juga kelihatan lenggang tanpa pembabitan artis-artis terbabit.

Sepatutnya acara-acara seperti inilah yang menjadi tumpuan golongan karyawan perfileman kita sebagai medan mempertingkatkan ilmu masing-masing.

Namun, yang suka dan lebih ramai hadir pada acara-acara seperti itu ialah golongan-golongan tertentu yang sengaja mahu mempertikaikan kredibiliti Finas sebagai agensi yang dipertanggungjawab membangunkan industri perfileman di negara ini.

Ramai yang bosan apabila sesi majlis ilmu seperti itu adakalanya bertukar menjadi pertikaman lidah atau leteran yang lebih panjang berjela daripada soalan-soalan yang dikemukakan.

Dalam hal ini, delegasi yang menjayakan FFM22 amat penting. Ia bagi menggambarkan festival itu sebagai suatu pesta yang seharusnya dijayakan oleh para penggiat perfileman yang betul-betul genuine (asli).

Sebabnya, FFM22 bukanlah suatu festival bagi mengisi pakej percutian bersama keluarga tetapi ia adalah amanah terhadap masyarakat yang harus kita laksanakan.

Selagi filem yang kita hasilkan belum bermutu dan penonton pula tidak dapat manfaat daripadanya, maka antara puncanya ialah kita sambil lewa dan hanya bersuka ria semasa menganjurkan festival tersebut.

Biarlah masa menentukan

Biarlah masa menentukan


KATA Sheila, biarlah Allah yang menentukan masa dan waktu untuknya berhijab.


APABILA menatap wajah terbaru penghibur tersohor negara, Datuk Sheila Majid yang manis bertudung ini, pasti ramai yang mengandaikan Sheila kini sedang melalui fasa baru dalam hidupnya.

Apatah lagi, setelah pulang dari menunaikan fardu haji awal tahun ini ramai yang mahu melihat Sheila tampil dengan imej sebegini.

Namun, tuan punya diri dengan penuh hemah dan diplomasi sambil tersenyum manis memberitahu, penampilannya itu bukanlah bermakna dia kini sudah berubah.

Sebaliknya, kata Sheila, penampilannya bertudung dan berjubah itu adalah untuk memenuhi konsep rancangan 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan terbitan saluran Astro Oasis (saluran 106, Astro) sempena Aidilfitri.

Tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, kata Sheila, dia enggan memuaskan hati masyarakat dengan tampil bertudung dan berimej muslimah seandainya hatinya belum terbuka berbuat demikian.

Malah, dia sendiri sudah berkali-kali memberikan penjelasan tentang perkara tersebut (isu penampilan) baik sebelum mahupun selepas pulang daripada mengerjakan haji.

"Isu bertudung dan pemakaian semuanya perlu datang dari hati yang ikhlas dan tulus. Saya tidak mahu melakukannya semata-mata untuk memuaskan hati pihak yang mahu saya berbuat demikian hanya kerana saya sudah menunaikan haji.

"Malah, saya juga tidak mahu menetapkan masa bilakah saya akan bertudung kerana itu semua urusan Allah SWT. Siapa tahu kalau dalam waktu terdekat ini, hati saya dibuka olehNya untuk bertudung, saya pasti akan memakainya," jelasnya yang cukup manis berpakaian serba putih rekaan butik Hajabah.

Malah, Sheila sendiri memberitahu, dia cukup selesa dengan jubah yang direka khas untuknya oleh butik berkenaan.

Ini kerana katanya, dengan saiz kecil moleknya itu agak sukar sekali untuk mendapatkan saiz yang terdapat di butik dan kedai seperti orang lain.

Ketenangan

Penghibur ternama ini turut ditanya tentang perubahan yang dilaluinya kini selepas hampir sembilan bulan bergelar hajah.

Katanya, dia bersyukur kerana dia kini mula melalui fasa-fasa yang membuatkan dirinya semakin tenang menghadapi kehidupan bersama keluarga tersayang.

"Saya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku ilmiah tentang agama dan yang berkaitan. Apa yang saya katakan ini bukan mahu menunjuk kerana saya pun tidak mahu dikatakan riak.

"Dalam usia 44 tahun ini sudah banyak yang saya lalui. Kalau diperhatikan, pemakaian saya pun sudah jauh berubah dan tidak lagi seperti dulu," katanya yang juga banyak menghabiskan masa menonton rancangan yang disajikan menerusi saluran Oasis.

Kerana itu jugalah, hatinya terbuka dan tertarik menerima tawaran Oasis untuk beraksi dalam program 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan yang akan ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri nanti.

Tidak seperti rancangan hiburan yang sering ditampilkan sebagai santapan penonton di bulan Syawal membuatkan Sheila tidak berfikir panjang untuk menerima pelawaan Astro.

Memandangkan beliau jarang terlibat dalam sebarang rancangan sempena Syawal, inilah peluangnya untuk mengubati rindu peminatnya yang sering mendambakan persembahannya menerusi kaca televisyen.

Mendendangkan lagu Ku Mohon yang pernah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 2000, Sheila menyifatkan lagu berkenaan telah melengkapkan lagi perjalanan program 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan.

"Biarpun lagu berkenaan berteraskan muzik pop, tetapi melodi dan liriknya mempunyai unsur-unsur ketuhanan yang mampu dinikmati oleh semua golongan," ujar ibu kepada empat orang cahaya mata ini lagi.

Luahan rasa

Jika bertemu dan berbual dengan pemilik nama penuh Shahila Abdul Majid ini, tidak sah seandainya tidak bertanyakan tentang sebarang perkembangan terbarunya terutama sekali perihal pembikinan albumnya.

Ujar pemilik vokal Di Dalam Emosi Ini dan Pengemis Muda ini, setakat ini dia mempunyai beberapa buah lagu yang berada di dalam simpanannya.

Namun apabila memikirkan tentang senario industri rakaman negara yang tidak begitu memberangsangkan, rancangan menerbitkan single mahupun album sedikit terencat.

Sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam lapangan seni lebih dua dekad, Sheila sememangnya layak untuk membicarakan tentang industri muzik tempatan.

Katanya, selain masalah cetak rompak yang membelenggu industri seni tanah air, sikap masyarakat dan peminat yang gemar muat turun lagu secara tidak sah juga antara penyumbang kepada kemeruduman industri seni.


SHEILA Majid bersama Khalefa yang kini menjadi duta untuk Nespray 1+ selama setahun.


Semangat patriotik

Untuk itu, dia kini sedang merangka beberapa strategi dan mekanisme seandainya dia mahu tampil dengan album baru kelak.

"Bagaimana karyawan seni tempatan mahu memberikan hasil yang berkualiti dan mencapai standard seperti mana yang dimahukan oleh masyarakat jika perkara ini tidak berkesudahan.

"Peminat mahukan yang terbaik dan sering mengatakan produk kita tidak bagus tetapi secara tidak sedar, mereka sendiri yang memusnahkannya. Kalau buat album sekarang pun, ia tidak menjaminkan apa-apa kerana mereka boleh menyalin semula dan muat turun secara tidak sah.

"Masyarakat dan peminat harus fikir kos untuk membuat sebuah album bukan untuk penyanyi sahaja tetapi sebaliknya juga untuk mereka yang terlibat di belakang tabir termasuk komposer dan penulis lirik," tuturnya penuh tegas yang kali terakhir muncul dengan album studio, Cinta Kita pada tahun 2004.

Bukan itu sahaja, sambil berseloroh Sheila memberitahu, meskipun dia mempunyai album baru peminat masih mahukannya menyanyi lagu-lagu malar segarnya dalam setiap persembahan.

Menyambung perbualan, kata Sheila, masyarakat dan peminat muzik di negara ini masih belum memahami dan menghargai muzik seperti mana di negara-negara Barat mahupun Asia yang lain.

Jika ada sekalipun peminat di negara ini yang memiliki sikap positif itu, bilangan itu hanya boleh dibilang dengan jari.

Dalam hal ini, Sheila memberikan contoh peminat muzik di Indonesia yang begitu patriotik dan setia serta menyokong artis mereka sendiri.

Konsert sendiri

Trek rekod Sheila sepanjang bergelar anak seni sememangnya tiada tandingan dan dia antara penyanyi yang berjaya mencipta legasi seninya yang tersendiri.

Di zaman kegemilangannya, dia antara artis yang kerap mengadakan konsertnya baik secara solo mahupun sewaktu menaungi Roslan Aziz Productions (RAP).

Malah, sehingga kini peminat setianya masih lagi mendambakan sebuah konsert daripadanya terutama sekali di pentas bertaraf internasional yakni di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Beberapa bulan kebelakangan ini pun, konsert dan persembahan yang dijayakan oleh artis-artis hebat dan ternama seperti Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain semuanya mendapat respons yang positif dan baik daripada peminat dan masyarakat.

Sambil tumpang gembira dengan kejayaan oleh teman-teman artisnya itu, penyandang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1997 ini menyuarakan hasrat untuk beraksi di pentas yang sama.

Untungnya menjadi seorang yang bernama Sheila Majid apabila kehebatan dan kredibilitinya sebagai seorang penghibur telah melayakkannya beraksi di pelbagai pentas berprestij di dalam dan luar negara.

"Tetapi sebenarnya bukan mudah untuk menganjurkan sebuah konsert. Dulu lain di mana kita mudah mendapat penajaan tetapi sekarang berbeza. Kita harus bekerja keras dalam menyakinkan pihak korporat dan swasta untuk menaja konsert kita.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki dapatlah saya membuat persembahan di Istana Budaya. Semoga peminat mendoakan dapat mendoakan hasrat itu menjadi kenyataan," ujarnya penuh harapan.

Antara Jerneh dan Nespray

Dalam perkembangan lain, Sheila turut berkongsi berita baru tentang produk kecantikannya, Jerneh yang semakin mendapat sambutan itu.

Masih lagi mengamalkan pembelian secara online menerusi laman web rasmi, www.jernehbysheilamajid.com, Sheila menjelaskan, Jerneh akan dipasarkan di Kelantan sekitar bulan Oktober ini.

"Dengan konsep Jerneh yang halal dan bersih, kerana itu Kelantan dipilih sebagai negeri pertama untuk kami pasarkan produk ini ke sana.

"Insya-Allah, selepas ini ia akan ke negeri-negeri lain. Saya mahu melakukannya secara perlahan-lahan," ujarnya penuh optimis.

Biarpun di kala usianya yang sudah mencecah empat dekad, Sheila masih lagi menjadi pilihan untuk bergelar duta.

Kali ini, dia menjadi duta Nespray 1+ bersama anak keempatnya, Khalefa Laila Murshim yang kini berusia dua tahun untuk tempoh satu tahun.

Khalefa merupakan anak kedua menerusi perkahwinannya bersama Hashridz Murshim Hassim atau Acis.

Jelas Sheila, dia terbuka untuk menerima tawaran daripada pihak Nestle itu adalah kerana dia mahu kanak-kanak zaman ini meneroka di luar lingkungan mereka dengan membiarkan mereka meneroka alam sekeliling.

"Ini mampu menajamkan lagi pancaindera mereka dan membuatkan mereka menjadi lebih yakin. Ibu bapa zaman sekarang jarang sekali mengadaptasi cara itu dengan membenarkan anak-anak mereka berada di luar rumah.

"Dalam masa yang sama, ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak-anak mereka dengan masalah sosial yang berlaku sekarang ini. Tetapi, itu bukan satu halangan untuk mengongkong dan membataskan pergerakan mereka.

"Mereka perlu diajar sejak kecil agar mereka mampu menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan berketerampilan apabila dewasa kelak," katanya yang juga terlibat dalam kempen Terokalah Manjaku (Let Kids Be Kids) anjuran Nestle itu.

Noorkhiriah rindu ke lokasi

Noorkhiriah rindu ke lokasi


TAMPAK manis bertudung, usia kandungan Noorkhiriah kini mencecah enam bulan dan dijangka melahirkan anak sulungnya pada November ini.


KETIKA ini, usia kandungan aktres berbakat besar dalam dunia lakonan, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie sudah pun mencecah enam bulan.

Berehat sementara daripada segala aktiviti seni, ia memberi ruang sepenuhnya kepada Noorkhiriah untuk menjaga kandungan sementelah dia pernah melalui trauma ekoran keguguran dua tahun lalu.

Dijangka melahirkan anak sulungnya sekitar November depan, keadaannya kini cukup stabil selepas melalui saat genting tatkala tiga bulan pertama kehamilan.

Sungguhpun begitu, biar diselubungi ujian demi ujian, Noorkhiriah tidak henti memanjatkan kesyukuran kerana semuanya itu ditempuhi dengan penuh rasa sabar.

"Tiga bulan pertama hamil, saya alami alahan dan hampir pengsan. Semuanya itu dugaan. Tetapi selepas itu Alhamdulillah segalanya sudah okey.

"Kini saya berehat sahaja di rumah. Tiada pengambaran. Hajat di hati ingin ke FFM (Festival Filem Malaysia ke-22) pun tak dapat,'' katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat Renda Ramadan TV3 dan Ramadan@9 di Masjid al-Bukhary, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Noorkhiriah, dalam proses merehatkan diri sementara menunggu tarikh bersalin, dia rindu untuk ke lokasi pengambaran.

Jelasnya, meskipun sarat hamil, dia masih lagi mampu untuk menjalani pengambaran.

Bagaimanapun, katanya, semuanya itu bergantung atas kebenaran suaminya, Azfaidzul Antan.

"Kalau ada yang panggil untuk pengambaran filem atau drama, saya okey sahaja. Tapi, itupun kalau suami benarkan.

"Saya bukanlah mengejar duit sangat untuk berlakon dalam keadaan begini. Cuma saya rasa rindu dan seronok jika berada dalam suasana di set pengambaran,'' ujar Noorkhiriah yang manis mengenakan tudung pada majlis berkenaan.

Senarai nama

Noorkhiriah bertemu jodoh dengan Azfaidzul atau Faizul pada 11 November 2006.

Pelakon berasal dari Raub, Pahang itu mengalami keguguran selepas lima bulan berkahwin.

Dua tahun berlalu, sinar kebahagiaan terbit semula di wajah Noorkhiriah apabila disahkan mengandung sekali lagi.

Menurutnya, dalam meniti detik November ini, dia dan suami sudah pun mempunyai senarai nama untuk anak sulungnya itu.

Diajukan persoalan tentang jantina bayi sulungnya itu, Noorkhiriah bagaimanapun enggan untuk berkongsi dengan semua pihak mengenai perkara tersebut.

"Memang saya sudah periksa (jantina bayi) tetapi biarlah rahsia,'' katanya yang akan merancang untuk bersalin di Hospital Pakar Damansara dan menjalani proses pantang di kampung halamannya di Raub, Pahang.

Apa yang menariknya, biarpun belum habis berpantang, pelakon berusia 33 tahun ini sudah pun dilamar produksi yang mahu mengambilnya berlakon.

"Memang sudah ada tawaran tapi hanya cakap mulut sahaja. Belum ada hitam putih. Saya akan lihat dahulu bagaimana tawaran tersebut. Sudah pasti, ketika itu saya akan tumpukan sepenuhnya kepada anak,'' katanya yang berazam untuk berpuasa penuh di bulan Ramadan nanti.

Naskhah terbaru Afdlin Shauki

Naskhah terbaru Afdlin Shauki


Afdlin SHAUKI


BELUM pun reda peminat memperkatakan tentang kejayaan Papadom yang muncul Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22), pengarah berbadan gempal ini bakal muncul dengan satu lagi filem terbaru arahannya berjudul Jalan Lama.

Jika selama ini beliau banyak mengarahkan filem genre komedi, kata Afdlin Shauki, Jalan Lama merupakan filem pertama arahannya yang berteraskan genre drama serius.

Sebagai pengarah Afdlin tidak mahu statik dalam mengarahkan filem, sebaliknya dia mahu memperkembangkan lagi bakat serta gaya pengarahannya dalam skop yang lebih luas.

"Saya mahu mencabar bakat yang ada dalam diri saya. Sebagai pembikin filem ini adalah cabaran saya. Apatah lagi, penerbit filem itu, Tayangan Unggul Sdn. Bhd. memberi kepercayaan kepada saya untuk mencuba genre itu.

"Jika tiada aral melintang minggu depan saya akan mula menjalani penggambaran Jalan Lama. Filem ini antara lain mengisahkan dua beradik yang pulang ke kampung selepas ayah mereka meninggal dunia.

"Daripada saat itulah mereka melalui pelbagai perkara yang akan mengubah hidup mereka. Filem ini mirip Lords of the Rings dan ia merupakan filem serius pertama arahan saya," jelasnya.

Menurut Afdlin, antara pelakon yang akan membintangi Jalan Lama ialah Namron, Vanidah Imran dan Que Haidar.

Afdlin turut menjelaskan, Jalan Lama akan dihasilkan dalam lingkungan bajet yang rendah.

Apa yang membezakan penglibatan Afdlin kali ini berbanding dengan penglibatannya dalam filem-filem arahannya sebelum ini ialah dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya pada kerja-kerja di belakang tabir.

Sebelum ini, lazimnya, dalam filem-filem arahannya Afdlin turut membabitkan diri sebagai pelakon filem tersebut secara langsung.

"Saya akan terlibat juga (sebagai pelakon) tetapi orang tidak akan sedar kemunculan saya dalam filem itu. Saya anggarkan bajet filem ini agak rendah iaitu sekitar RM1.5 juta sahaja," ujar seniman yang turut ditabal sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Papadom pada FFM22 minggu lalu.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik yang diraih oleh Afdlin itu merupakan yang ketiga berada dalam genggamannya selepas memenanginya menerusi filem Suara Hati dan Buli juga menerusi festival filem yang sama.

Talentime ditayang semula

Sementara itu, pada acara FFM22, karyawan filem tanah air terus diraikan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Pastinya juga sudah ramai yang sedia maklum dengan keputusan yang bakal menjadi rekod dalam sejarah industri sinema tanah air.

Antaranya filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad berjudul Talentime yang disenaraikan sebagai finalis Top 5 kategori Filem Terbaik bukan sahaja mengangkat beliau sebagai pemenang kategori Pengarah Terbaik festival itu, malah filem terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd. itu juga mengumumkan akan ditayangkan semula di pawagam mulai 13 Ogos ini (esok) sebagai mengenang jasa dan pembabitan Allahyarham dalam industri perfileman tanah air.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, tayangan semula Talentime di pawagam secara tidak langsung juga akan memberi peluang peminat yang belum menonton filem tersebut.

Pada masa yang sama, tujuan penayangan semula filem itu juga dibuat seiring dengan matlamat syarikat produksi itu yang mahu beramal.

Sehubungan itu, Primeworks kata Farid, bersetuju untuk menyumbang RM1 daripada jualan tiket tayangan filem itu kepada mereka yang memerlukannya.

Semua ini ujar Farid, dilakukan semata-mata sebagai menyatakan rasa hormat syarikat itu pada Yasmin yang dianggap sebagai ikon dalam bidang perfileman di negara ini.

"Ini adalah salah satu cara kita memberi penghargaan kepada Allahyarham atas segala pembabitannya dalam bidang penerbitan filem selama ini," katanya kepada Hits ketika ditemui selepas malam kemuncak anugerah FFM22 di Dewan Cancelor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Talentime merupakan sebuah karya Yasmin yang sarat dengan elemen kasih sayang dan perpaduan watak-watak berbilang bangsa yang dipaparkan melalui filem itu.

Filem berkenaan menampilkan pelakon-pelakon ternama seperti Harith Iskander, Mahesh Kishor, Mohd. Shafie Naswip, Azean Irdawaty, Sukania Venugopal dan Jaclyn Victor.

Sehubungan itu, mulai esok pawagam-pawagam yang akan menayangkan semula Talentime ialah GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, Queensbay Mall, Pulau Pinang, Sunway Carnival, Prai, Dataran Pahlawan, Melaka dan Alamanda, Putrajaya serta MBO Cinemas, Ampang, Batu Pahat Mall dan MBO Kluang, Johor.

Turut menayangkan Talentime ialah pawagam TGV KLCC, Bukit Tinggi dan Bukit Raja, Klang, Tebrau City, Johor bahru, Cheras Selatan, Kuala Lumpur, One Utama, Petaling Jaya, Selangor, Growball, Kota Kinabalu, The Mall, Brunei dan rangkaian Lotus 5 Star di Taiping, Teruntum, Kuantan, Riverside, Kuching dan Alor Setar, Kedah.

Semoga Allah ampunkan dia

Semoga Allah ampunkan dia

SEBAK, sedih dan kecewa. Itulah rumusan perasaan Papa kala membuka blog seorang selebriti yang penuh bongkak mendakwa dia penulis paling masyhur di alam maya.

Sebetulnya, sebelum ini Papa sentiasa mengingatkan diri agar jangan sesekali membaca blog si penulis yang Papa sifatkan sebagai biadap itu.

Namun, beberapa teman merayu meminta Papa membaca dan menilai mentaliti personaliti yang hidupnya semakin 'huru-hara' dan ditambah dengan krisis identiti yang dihadapinya.

Selain diminta membaca blognya, rakan-rakan juga meminta Papa agar menegur personaliti itu melalui tulisan dalam ruangan ini.

Kata rakan-rakan Papa, personaliti itu memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar kerana berdasarkan apa yang ditulis dalam blognya, dia sudah jauh tersasar dari landasan kehidupan sebagai seorang manusia yang waras.

Bila diteliti tulisannya, Papa langsung tidak pernah terfikir yang dia tergamak mencarut, memaki dan menghina manusia.

Lebih membuatkan Papa malu ialah dia tanpa segan silu bercerita pada seluruh dunia mengenai gaya hidupnya yang memualkan!

Tidakkah dia terfikir mengenai harga diri, maruah keluarga dan reputasinya?

Atau barangkali, dia suka apabila orang bercakap, berdebat dan bercerita mengenai hidupnya?

Mengurut dada dan mengucap panjang Papa sebaik membaca artikel-artikel yang disiarkan dalam blog itu. Semuanya menggambarkan dia seorang manusia yang tebal dengan keegoan dan keangkuhan.

Selama ini, Papa diberitahu, rakan-rakan media dari akhbar arus perdana sentiasa menjadi mangsa kecaman si personaliti itu.

Ada saja fitnah yang dilemparkan oleh si penulis blog itu.

Namun, paling terbaru, seorang individu berpengaruh dalam industri televisyen menjadi mangsa penulis tidak bermaruah itu.

Papa sungguh sedih kerana seorang yang datang dari sebuah keluarga yang baik tergamak menghina manusia sehingga ke tahap sedemikian rupa.

Tertanya-tanya Papa, apa niat beliau melakukan sedemikian rupa?

Papa tidak mahu lagi menulis panjang lebar mengenai blog personaliti itu.

Cuma doa Papa buat personaliti itu ialah semoga Allah mengampunkan segala keterlanjuran yang beliau lakukan dalam penulisannya selama ini.

Papa percaya, mereka yang pernah menjadi mangsa cemuhan, hinaan dan fitnah si personaliti itu juga akan sentiasa memaafkannya.

Mengambil rahmat dan keberkatan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi, harapan Papa, personaliti itu akan sedar bahawa dia tidak sewajarnya berbuat demikian.

Dan Papa tidak fikir Papa orang yang paling layak untuk menasihatinya kerana dia sudah besar panjang.

Lagipun Papa difahamkan personaliti ini mendakwa, dia sudah berhenti membaca akhbar arus perdana.

Sekali lagi, doa dan harapan Papa, personaliti akan berubah dan akan mencari kehidupan yang lebih mulia pada masa depan.

Rizalman pilihan Ajai, Liza

Rizalman pilihan Ajai, Liza

HUJUNG minggu ini, Papa akan ke Pulau Pinang untuk menyaksikan sepasang lagi merpati dua sejoli yang akan disatukan sebagai suami isteri.

Papa merupakan antara orang yang paling gembira kerana pasangan yang bakal bernikah iaitu komposer ternama, Ajai dan Nor Liza Mohamad Ilias atau Liza, kedua-duanya kawan baik Papa.

Acara pernikahan pasangan itu akan berlangsung pada hari Sabtu ini di Masjid Negeri, Pulau Pinang dan tentunya ramai rakan media yang akan turun ke sana untuk meraikan hari bahagia mereka.

Khabarnya, Liza mendapatkan sentuhan daripada pereka fesyen dan perunding perkahwinan popular, Rizalman Ibrahim

Amboi tentunya majlis akad nikah pasangan itu akan berseri-seri bukan kerana sentuhan Rizalman bukan calang-calang tau.

Apa-apapun, Papa ingin mengucapkan tahniah buat Ajai dan bakal isterinya, Liza.

Semoga perkahwinan mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat. Insya-Allah.

Apa khabar Ida Nerina?

Apa khabar Ida Nerina?

SEMENJAK beberapa hari lalu, tiba-tiba saja Papa terkenangkan aktres Ida Nerina yang kali terakhir diketahui ramai dimasukkan ke hospital setelah terjatuh di kediamannya beberapa bulan lalu.

Ada seorang rakan wartawan yang beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbitnya, tidak dijawab.

Papa juga difahamkan, wartawan berkenaan juga ada mengirim SMS bertanya khabar Ida, tetapi sayang sekali tiada langsung balasan.

Menurut seorang rakan karib Papa, Ida berada dalam keadaan sihat dan kini lebih banyak memberi tumpuan menjalani latihan fisioterapi.

Papa faham, kesakitan yang dialaminya mengambil masa yang lama untuk pulih.

Insya-Allah berkat usaha dan doa seluruh famili dan peminat-peminat Ida, keadaannya sudah tentu akan kembali pulih seperti sedia kala.

Kenapa saya pilih lelaki Inggeris?

Kenapa saya pilih lelaki Inggeris?

Dua bulan lepas dia dah lamar saya, tapi bukan dalam acara peminangan yang lazim dilakukan, kami dah bertunang sendiri-sendiri




LELAKI Inggeris asalnya bukan antara kriteria lelaki idaman yang bermain di fikiran Serina. Apa pun, kata anak dara Chef Wan itu, dia lebih tertarik dengan lelaki Melayu untuk dijadikan buah hati.

Bagaimanapun, jika benar lelaki Inggeris sudah tersurat sebagai jodoh buatnya, Serina sepenuh hati menerima kehadiran jejaka berasal dari London, England, Gavin Edward O' Luanaigh sebagai bakal insan bergelar suaminya. Mereka bakal disatukan sebagai suami isteri menjelang 1 Januari 2010.

"Sebelum ini, minat saya lebih kepada lelaki Melayu, sebab itulah bila Salahuddin (nama Islam bakal suaminya) beria-ria ajak bersembang, saya buat biasa-biasa sahaja. Saya tak minat. Lagipun saya baru putus cinta ketika itu, malas nak melayan mana-mana lelaki.

"Dia minta nombor telefon saya tapi enggan berikan sebaliknya saya berdalih, saya minta nombor telefonnya dan berjanji, saya yang akan hubungi dia nanti," luah Serina membuka cerita bagaimana bertautnya cinta terhadap pemuda Inggeris yang telah menukar nama kepada Salahuddin Ghaffar, 34.

Sempat merahsiakan statusnya sebagai artis, Serina hanya memperkenalkan dirinya sebagai pelajar dan menyedari mat salleh di Malaysia bukannya mengambil tahu perkembangan seni tempatan.

Seminggu selepas kad nama pemuda itu tersimpan dalam kocek seluarnya, barulah Serina terniat untuk menelefon Salahuddin, itupun setelah secara tidak sengaja kad nama Salahuddin terjatuh ketika pakaian-pakaian kotornya hendak dicuci.

"Kami keluar minum dan masa itu juga saya berterus-terang tentang karier saya. Dia terkejut tapi awal-awal lagi sudah mengagak bahawa saya bukan pelajar sebalik bekerja sebagai model. Bila saya kata saya pelakon, dia mula buat kajian, cari dalam Intenet dan jumpa banyak benda termasuklah gambar-gambar lama saya bersama kekasih sebelum ini.

"Terpaksalah saya berterus-terang tapi semua itu sudah berlalu dan Salahuddin menerima saya seadanya. Selepas berkawan dengannya, persepsi saya terhadap pemuda Inggeris berubah. Dia sama sahaja macam kita semua, semua bangsa sama sahaja. Cuma mungkin dia terlebih romantik sikit," luah Serina kini sibuk di lokasi penggambaran Akademi Polis musim kelima serta Roda-Roda KL musim ketiga.

Menambahkan keyakinan Serina terhadap Salahuddin, pemuda itu sebenarnya sudah memeluk Islam setahun sebelum mereka berkenalan. Salahuddin sendiri sudah lebih lapan tahun tinggal di Malaysia dan minat mendekati ajaran Islam seperti solat dan membaca al-Quran.


KELUARGA bahagia Chef Riz, Chef Wan dan Serina dalam satu sidang media program The 3rd Chocolate Cake Championship di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Enam bulan bersahabat, Salahuddin menyuarakan hasrat untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius sementelah dalam masa yang sama, Serina memang mengimpikan lelaki yang serius dalam komitmen gara-gara dua kali gagal dalam hubungan sebelum ini.

Di mata Serina, Salahuddin yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Football Focus Sdn. Bhd. itu juga berjaya mengembalikan sifat kewanitaan yang selama ini terperosok jauh dalam dirinya.

"Orang nampak saya sebagai perempuan yang lasak, boleh berdikari, boleh angkat bagasi sendiri tapi dia buat saya rasa seronok jadi perempuan, dia layan dan hormati saya sebagai seorang wanita.

"Dia juga bukan jenis cepat mengeluh atau merungut jika saya selalu sibuk dengan jadual penggambaran, kadang-kadang sebulan kami tidak bertemu, tapi dia okey dan selalu bagi semangat," jelas Serina tentang sikap Salahuddin yang membuatkan mereka selesa dan sepakat untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Berkongsi minat yang sama, Serina gemarkan aktiviti lasak serta bermain futsal manakala Salahuddin pula tidak sah jika tidak ke padang bermain bola sepak. Jarang bersosial juga antara faktor kenapa pemuda itu yang membuatkan Serina mudah ditawan tatkala sebentuk cincin disarungkan ke jarinya.

"Dua bulan lepas dia dah lamar saya, tapi bukan dalam acara peminangan yang lazim dilakukan, kami dah bertunang sendiri-sendiri," getus Serina yang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan dalam taman menjelang hari bahagianya kelak.

Mengikut perancangan, sebuah majlis berinai besar akan dilangsungkan pada 31 Disember dan upacara akad nikah akan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1 Januari nanti. Majlis resepsi pula dijadualkan pada 2 Januari bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Serina ditemui pada sidang akhbar The 3rd Chocolate Cake Championship di Alexis Bistro, Jalan Ampang, baru-baru ini. Hadir sama, bapanya, Chef Wan yang juga ketua juri pada pertandingan itu. Abangnya, Chef Riz pula turut terlibat sebagai chef undangan.

Bercakap tentang restu dan sokongan keluarga terutama Chef Wan sendiri yang terkenal cerewet dalam soal memilih menantu. Kata Serina, itu semua ditanggung beres.


BIARPUN hubungan cintanya pernah mendapat halangan Chef Wan, Serina mengakui restu bapanya penting dalam kebahagian rumah tangganya.


Bahkan untuk majlis resepsi nanti, 80 peratus bajet dan persediaan perkahwinannya ditanggung dan akan diuruskan oleh Chef Wan.

Ditanya perasaan Chef Wan yang akhirnya akan bermenantukan 'mat salleh', tukang masak popular yang baru sahaja diiktiraf sebagai Selebriti Chef Terbaik Dunia di Gourmans Award 2009, ada jawapan tersendiri.

"Sebenarnya saya tak kisah siapapun yang kahwin dengan anak saya, jadi menantu saya asalkan orang itu bukan 'hantu'. Saya cakap dengan Rina (Serina), kahwinlah dengan siapa yang dia suka, dengan pemandu teksipun saya tak kisah asalkan mereka genbira, dapat suami bertanggungjawab dan yang paling penting hormat hak isteri.

"Dengan Salahuddin, saya tiada masalah. Lagipun dia jenis otak bisnes, jadi kami boleh bersembang banyak benda. Dia minat sukan, si Rina pun macam tu juga, satu lagi, bukan Rina puncanya dia masuk Islam. Dari situ saya nampak kecenderungan dia," ujar Chef Wan.

Tidak berhajat untuk meraikan satu-satunya anak perempuannya dalam satu majlis besar-besaran, kata Chef Wan: "Cukuplah buat secara sederhana tapi meriah dengan kehadiran saudara dan kenalan terdekat.

"Bagi saya majlis perkahwinan tidak perlu jadi sarkas. Saya tak nak buat besar-besaran, tak nak membazir. Biarlah orang kata saya kedekut dan berkira walaupun hanya ada seorang anak perempuan. Daripada membazir lebih baik sedekahkan duit kepada orang yang kurang bernasib baik, anak yatim atau saudara-mara yang memerlukan," kata Chef Wan lagi.


SERINA tampil lebih feminin sejak mengikat cinta.


Mahukan yang terbaik untuk Serina, Chef Wan prihatin bukan sahaja mengenai juadah yang bakal dihidangkan kepada tetamu menjelang majlis resepsi nanti tetapi begitu juga dengan jumlah wang hantaran yang bakal diberikan oleh pihak pengantin lelaki.

Hasil persetujuan bersama dan saranan Chef Wan, pihak lelaki telah bersetuju akan menyerahkan wang hantaran sebanyak RM30,000 dengan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan oleh pihak perempuan pada majlis pernikahan nanti.

Kata Chef Wan: "Saya pula yang terlebih bersemangat dengan majlis itu nanti. Setakat ini, sudah 30 peratus yang dibereskan. Untuk majlis persandingan, Datuk Faridah Hashim dah bersetuju untuk reka konsep persandingan dalam taman seperti yang dimahukan oleh Rina."

Mega masih hidup

Mega masih hidup


RAHMAD (dua dari kanan) semasa zaman populariti kumpulan Mega.


AWAL tahun 1990-an nama kumpulan Mega mendaki sehingga ke puncak dek kerana lagu-lagu melankolik yang cukup mendapat tempat di hati peminat waktu itu.

Barisan lagu seperti Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara, Takdir & Waktu dan Bayangan Gurauan antara lagu yang menjadi siulan sehingga kini.


RAHMAD masih aktif menyanyi di pertunjukan pentas sekalipun tanpa kehadiran anggota Mega yang lain.


Namun, ke mana hilangnya kumpulan Mega yang cukup megah suatu ketika dulu? Kesempatan bertemu dengan vokalisnya Rahmad Tohak atau lebih popular sebagai Rahmad Mega baru-baru ini terus sahaja ditanya masa depan kumpulannya itu.

Mungkin ramai yang beranggapan kumpulan yang turut dianggotai oleh Sam (gitar utama), Munir (drum) dan Mat Mega (bass) itu sudah pun hilang dan berkubur.

Namun, hakikatnya kumpulan Mega masih lagi wujud namun bezanya mereka bukan lagi muda dan popular seperti dulu.

Menurut Rahmad yang kini berusia 40 tahun, perjuangan seni yang dipikulnya sejak zaman muda masih berkekalan sehingga kini. Tidak sedikit pun ia berubah walaupun nama kumpulan Mega tidak lagi popular.

"Saya masih lagi menyanyi seperti dulu, sama juga dengan anggota Mega yang lain semuanya masih aktif bermain muzik cuma kami tiada album.

"Semangat kami terhadap muzik tetap sama, cuma apabila meningkat usia komitmen semakin banyak, jadi tumpuan lebih diberikan untuk mencari rezeki dan keluarga. Ingin saya tegaskan kumpulan Mega masih lagi wujud, kami tidak berpecah," ujarnya.

Tambahnya, perjalanan seni mereka semakin perlahan kerana Mega kini tidak lagi bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

"Kami tidak ada kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman, semuanya berjalan sendiri. Memang saya ada niat untuk bergabung semula dengan anggota Mega yang lain dan keluarkan satu album.

"Tetapi masing-masing sibuk dan ada yang duduk di utara dan ada yang di selatan, jadi agar sukar untuk mengumpulkan mereka semua," jelasnya.

Kata bapa kepada lima orang anak yang berusia di antara satu hingga 14 tahun itu lagi, kali terakhir mereka bergabung dalam satu persembahan ialah pada tahun 2006.

"Saya memang teringin untuk bersatu balik, buat persembahan kerana lagu-lagu Mega masih diputarkan di radio sehingga ke hari ini.

"Itu membuktikan lagu-lagu kami masih mendapat tempat di hati peminat. Tetapi untuk membuat satu persembahan bersama agak sukar melainkan ada majlis-majlis besar kerana kami semua terikat dengan kerja," ulasnya.

Rahmad yang kini menceburi bidang perniagaan dan menjadi jurulatih di kem-kem jati diri bakal mengeluarkan lagu single terbarunya tidak lama lagi.

Bicaranya, meskipun jarang muncul pada mana-mana majlis hiburan dan kurang diberi publisiti, jiwa seninya masih lagi utuh. Dalam diam, dia juga sibuk mencipta lagu.

"Saya banyak simpan melodi lagu untuk simpanan sendiri sahaja. Sekarang ini kalau nak keluar satu album penuh memang agak sukar. Sebab itu saya memilih untuk keluarkan lagu single, cuma waktunya belum diketahui lagi," tuturnya.

Dalam pada itu, Rahmad juga sempat memberi pandangannya terhadap trend industri hiburan kini yang lebih menjurus kepada kelahiran band-band indie.

"Saya rasa perkembangan industri muzik kita bagus terutama ramai anak muda yang muncul dengan lagu-lagu yang kreatif cuma lagu-lagu mereka tidak melekat.

"Maksud saya mereka bagus, lagu popular tetapi lagu-lagunya setelah dikeluarkan dalam beberapa bulan orang akan lupa. Apa yang saya lihat perbezaan antara penggiat muzik dulu dan sekarang ialah teknologi.

"Macam pada zaman saya, kami lebih tekankan pada lagu itu sendiri, lirik dan lagu sama-sama penting tetapi orang zaman sekarang pada mereka muzik lebih penting daripada lirik. Sedangkan kedua-dua harus diambil berat untuk menghasilkan sebuah lagu yang mampu diingati sampai bila-bila," katanya yang merujuk pada lagu-lagu evergren kumpulannya.

Rahmad yang ditemui pada majlis anugerah Jaza Global Network turut menyanyikan lagu Suara Cinta dan Bayangan Gurauan.