Gelagat peserta 1... 2... Jus! mencuit hati. |
RANCANGAN berkonsepkan permainan zaman kanak-kanak, 1..2.. Jus! kembali menemui penonton dengan musim baru yang lebih menyengat. Saksikan aksi nakal dan sifat keanak-anakan terpendam selebriti dalam 1... 2... Jus! musim ketiga, setiap Jumaat, jam 8.31 malam, hanya di ntv7 - Saluran Ceria Anda!
Dengan menampilkan Nabila Huda, pelakon genit, petah dan sentiasa riang sebagai pengacara di samping Cat Farish, ikon irama hip hop, penonton tentunya akan merasai keseronokan tanpa henti dan tertawa selama sejam menerusi 1...2... Jus! Nabila mewakili elemen ‘protagonis’ rancangan, memberi dorongan dan sorakan kepada peserta, manakala Cat berperanan sebagai ‘antagonis’, menduga peserta di samping merangsang mereka meragui kebolehan diri masing-masing.
Gurau senda di kalangan pengacara sudah tentu menceriakan 1..2 Jus! yang turut menampilkan barisan artis popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan telatah mencuit hati selebriti seperti Nabil Mentor, Azhar Sulaiman, Rina Omar, Rebecca, Sazzy Falak, Raja Farah, Nubhan, Marsha, Awal Ashaari, Diddy, Kefli, Marion Counter, Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Alif, Farhan, Juliana Evans, Tomok, Aweera dan ramai lagi.
Setiap minggu menyaksikan enam selebriti bertarung hebat bagi memenangi hadiah menarik. Musim kali ini mempertaruhkan empat segmen dan dalam segmen pertama, selebriti dikehendaki bermain permainan 1..2 Jus bagi menentukan giliran masing-masing. Pemenang segmen pertama akan diberi peluang untuk menjawab soalan mengenai selebriti terkenal tanah air dan antarabangsa.
Jawapan yang betul akan diberikan markah manakala jawapan yang salah akan didenda dengan cabaran berbeza setiap minggu. Tentunya, penonton akan teruja melihat selebriti kesukaan mereka didenda dengan aksi-aksi menggelikan hati.
Segmen kedua sehingga segmen keempat akan memaparkan lebih banyak kerenah menggelikan hati apabila selebriti terpaksa mengharungi cabaran berbentuk fizikal bagi mendapatkan markah.
Markah terkumpul akan dikira dan selebriti yang kecundang akan menjalani hukuman pada segmen keempat iaitu segmen terakhir. Persembahan menarik artis indie akan mengakhiri rancangan itu. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh barisan artis termasuklah ‘guling bersama’, ‘isyarat simpulan bahasa’, ‘celup & kunyah’, ‘teknik menghias kek’, ‘tempahan kek’, ‘cabaran bola’, ‘kutip, baling & goyang’, ‘bola, tilam & angin’ dan beraneka lagi jenis permainan yang menarik dan lain daripada lain.
Penerbit 1... 2... Jus!, Shannen Lee Siew Fong, berkata untuk mencipta permainan yang kreatif, menghiburkan dan lain dari lain adalah sesuatu yang mencabar. Jika boleh, mereka mahu mengelak dari berlakunya klise – tentunya penonton tidak mahu melihat artis kegemaran mereka melakukan aktiviti atau jenis permainan yang biasa mereka tonton menerusi game show lain.
Untuk malam Jumaat yang lebih menghiburkan, penuh dengan gelak ketawa, keseronokan dan permainan, pastikan anda menonton 1..2 Jus! pada 8.31 malam hingga 9.30 malam di ntv7. Untuk informasi lanjut atau siaran ulangan di CatchUp TV online, sila layari www.ntv7.com.my.
No comments:
Post a Comment