Iwan dan Rosnah. |
"PERKAHWINAN kami tidak boleh diselamatkan lagi... jauh sangat kami terpisah," demikian keluhan penyanyi dangdut, Iwan mengenai krisis rumah tangganya bersama dramatis terkenal, Rosnah Mohd Nor kepada Harian Metro pada 10 Januari 1995.
Masalah keretakan rumah tangga pasangan itu memang sudah tersebar luas di kalangan wartawan hiburan saja, tetapi kebelakangan ini ia semakin meruncing dan tidak dapat dibendung sehingga cerita itu tersiar di akhbar dan majalah hiburan tempatan.
Malah, Iwan turut menyifatkan kenyataan Rosnah dalam sebuah akhbar sebelum itu bahawa beliau tidak lagi boleh menerimanya sebagai seorang suami, satu peristiwa paling menyedihkan dalam hidupnya.
"Hati saya hancur mengenangkan kenyataannya itu. Mungkin ada sebab di sebalik kata-kata itu tetapi ia memberi kata akhir untuk saya membuat keputusan. Jika rumah tangga saya berjaya diselamatkan sekalipun, pasti ia akan pincang. Banyak sangat peristiwa yang membuatkan saya begitu terluka," katanya.
Penyanyi itu turut memberitahu media, rumah tangganya bersama Rosnah memang sentiasa bergelombang sejak mereka mendirikan berkahwin pada 1989.
Katanya, perselisihan berpunca apabila Rosnah menuduhnya mempunyai perempuan lain sedangkan beliau sudah menafikannya.
No comments:
Post a Comment