CAK: Susulan ‘kejut guna kaki’
BARU-baru ini CAK berkesempatan bersua muka dengan ‘orang kuat’ Astro. Dalam seronok berbual, CAK bertanya mengenai isu artis AF7 ‘disampahkan’, baru-baru ini.
Mulanya, dia keberatan menceritakan hal sebenar kerana takut perkara remeh itu bertukar panjang. Jenuh CAK yakinkan, akhirnya dia membuka juga mulutnya.
Ceritanya begini. Kisah nasib bekas pelajar AF7 yang diperlakukan bagai budak hingusan oleh seorang pengurus artis sehingga ada yang berkata dia tergamak mengejutkan seorang pelajar lelaki menggunakan kaki itu seperti dakwaan sumber CAK minggu lalu itu, hanya omong kosong.
Katanya, meskipun pengurus artis itu baru diambil bekerja untuk musim ini, hubungan mereka sesama sendiri agak rapat. Tidak hairan jika kadangkala ada yang bergurau kasar. Bagaimanapun, mungkin mata yang memandang tidak mengetahui perkara sebenar lalu terpantul pelbagai cerita kurang enak.
Dalam situasi lain, pengurus artis ini dikatakan sering marah dan panas baran. Namun kata sumber CAK, sesiapa pun yang dalam keadaan tertekan, penat dan perlu melayan kerenah 14 artis ‘baru’ dengan pelbagai ragam pasti akan melenting.
Malah, kadangkala mereka perlu tegas terhadap pelajar ini supaya arahan dapat dituruti. Jika mahu melayan ragam pelajar ini nanti, satu kerja pun tak akan siap.
Dia turut menjelaskan, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kini hanya mempunyai lima artis di bawah naungan mereka iaitu finalis AF7, manakala sembilan bekas pelajar program realiti itu diberi surat pelepasan supaya mereka bergerak sendiri.
Katanya, memandangkan pekerja AESB hanya dua orang, mereka terpaksa buat keputusan begitu kerana tidak mampu menguruskan perjalanan seni mereka.
Bagaimanapun, AESB akan tetap membantu sembilan bekas pelajar ini dan memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada mereka demi meneruskan kerjaya diceburi.
CAK harap, dengan penjelasan sumber CAK ini, tiada lagi kata-kata nista yang menuduh AESB tidak bertanggungjawab terhadap bekas pelajar AF7 ya.
Sunday, August 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment