Sunday, August 16, 2009

CAK: Tak layak kerana imej

CAK: Tak layak kerana imej


SIAPA kata rupa dan bakat adalah jaminan boleh bertahan lama dalam industri? Kalau tidak disertakan dengan disiplin, belum tentu kekal tau.

Ramai artis terlupa hakikat itu, sebaliknya terus ghairah mencipta masalah yang pastinya mendatangkan kesan di kemudian hari.

Ada antara mereka tidak menyesal dan asyik mengulangi kesilapan sama. Termasuk seorang artis jelita ini. Dia tidak serik dengan kontroversi, malah sentiasa berasakan dirinya di pihak benar.

Kononnya dengan rupa dan bakat yang ada, dia mampu pergi jauh. Memang tidak dinafikan dia pernah ada di kemuncak tapi dek kerana masalah yang dicipta sendiri, dia hanya bertahan seketika cuma. Jika diperhatikan, publisiti mengenai dirinya kian suram.

CAK difahamkan, baru-baru ini dia ditawarkan melakonkan watak anggota keselamatan dan apabila produksi itu menyerahkan senarai nama pelakon kepada jabatan berkenaan, namanya digugurkan.

CAK dengar dia tidak dibenar melakonkan watak itu kerana tidak sesuai dengan imej anggota keselamatan. Senang cerita, dek kerana perangai macam-macam sebelum ini, dia tidak layak menghidupkan karakter itu.

Pasti perkara ini memberi tamparan hebat kepada artis itu. Bagaimanapun, mungkin penolakan itu akan membuatkan dia terfikir baik buruk laluan yang dipilihnya selama ini dan berusaha melakukan perubahan ke arah lebih positif.

No comments: