Sunday, August 16, 2009

Biar Diana Danielle habis belajar dulu

Biar Diana Danielle habis belajar dulu

Bersama Raja Nurfatimah Mawar

Diana bersama ibunya, Norsiah Ramli.

MEMILIKI anak dara cantik dan sering menjadi buruan ramai lelaki adalah antara cabaran besar buat seorang ibu yang merangkap pengurus anaknya. Situasi ini sering membuatkan ibu pelakon remaja, Diana Danielle, Norsiah Ramli tersepit dengan keadaan. dia megnaku pada raja, pening kepala dibuatnya apabila Diana tak sudah-sudah dikaitkan dengan cinta dan kontroversi.

Belumpun reda kes pukul dengan bekas teman lelakinya, Shamsul Yusof tidak lama dulu, Diana dikaitkan dengan pemberian kereta mewah oleh seorang VIP. Penat Diana bersengkang mata siang, malam bekerja mahu mencari rezeki halal tetapi bila orang luar nampak Diana pakai kereta besar, duduk rumah mewah, lain pula yang diperkatakan. Puas menepis dan menafikan, kini timbul pula cerita pelakon berusia 18 tahun itu menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Farid Kamil. Sekali lagi Norsiah pening kepala nak menerangkan keadaan sebenar.

Raja sempat berbual panjang dengan Norsiah, awal minggu lalu. Ibu Diana tu nampaknya begitu tertekan dengan gosip cinta yang menghimpit Diana. Mana tidaknya, bukankah Diana masih belajar dan usia pula masih bawah umur, belum sesuai nak bercakap soal cinta. Dan paling ditakuti ialah anggapan orang luar terhadap Diana, sudah gatal sangat ke?

Norsiah beritahu Raja, dia mahu Diana belajar dulu dan berjaya mengecapi impiannya bergelar saintis. Kalau boleh biarlah Diana melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dan menjadi artis berilmu.

"Saya tertekan dengan gosip yang tak habis-habis menghimpit Diana. Sebagai ibu, saya tahu Diana mempunyai cita-cita yang tinggi, bukan hanya mahu berjaya sebagai artis, malah cemerlang dalam akademi. Saya nak tegaskan di sini, Diana tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Farid, mereka hanya kawan sesama artis. Peliknya, Diana juga rapat dengan artis lelaki lain tetapi tidak pula dikaitkan punya hubungan.

"Sejak dulu, saya memang tak lepas Diana keluar bersendirian dan saya juga tidak suka anak saya terlalu bebas. Saya sentiasa mengawasi gerak geri Diana hinggakan ke kolej pun, Diana ditemani pembantu peribadi. Bukan apa, saya tidak mahu orang luar bebas memperkatakan mengenai anak saya. Nanti saya dan keluarga juga malu, jadi lebih baik saya mengawasi anak saya daripada perkara yang tidak sepatutnya timbul.

"Saya hanya mahu Diana menumpu perhatian pada pelajaran, saya tidak mahu tumpuannya terjejas dengan cerita-cerita yang tidak menyenangkan. Saya juga tidak menggalakkan anak saya rapat dengan mana-mana lelaki, bukan saya mengongkong anak saya tetapi belum masanya lagi untuk Diana bercinta. Saya tahu ramai lelaki yang cuba rapat dengan Diana, tetapi Diana bukanlah jenis senang memberi harapan," katanya.

Baguslah Norsiah, bak kata orang, jaga sekandang lembu lebih mudah daripada menjaga seorang anak gadis. Diana terlalu muda, perjalanan hidup pula masih jauh, apapun yang dilakukan perlu fikir masa depan.

RAJA: Teringat kontroversi hubungan seniwati Mariani dengan anak gadisnya dulu, Melissa Saila.

No comments: