Sunday, August 23, 2009

MTV World Stage 2009 - Pentas Malaysia untuk dunia

MTV World Stage 2009 - Pentas Malaysia untuk dunia


KASABIAN. Persembahan mereka menjentik keterujaan peminat setia mereka di Malaysia.


SEBUAH produksi berskala besar dan bertaraf dunia dipersembahkan dari bumi Malaysia untuk penonton di seluruh dunia - MTV World Stage 2009 di Sunway Lagoon.

Pentas di atas sebuah kolam mandi, suluhan lampu yang cantik dan sistem bunyi yang menyedapkan telinga, pakej hiburan malam Sabtu lalu sememangnya sempurna.

Rata-rata penghibur antarabangsa itu pertama kali datang ke Malaysia kecuali Hoobastank.

Walaupun hujan yang turun sejam sebelum konsert berlangsung mendinginkan suasana, kehangatan dimulakan dengan persembahan grup tempatan.

Estranged memberikan mukadimah yang cukup hangat dengan Slave In Us, Ketika Ini, Yang pernah dan In No Time. Ia kebanggaan buat Din, Rich, Hanafi dan Andy di tanah air sendiri.

Grup dari Massachusetts, Amerika Syarikat, Boys Like Girls kemudian membuat pengisian internasional dengan lagu seperti Hero/Heroine, Thunder dan The Great Escape.

Ini diikuti oleh Ray Gun, sebuah grup yang menampilkan warna 80-an dengan lagu seperti Just Because. Aksi gila-gila vokalis utamanya, Ray Gun ternyata menarik minat penonton hingga selepas persembahan.


BOYS and Girls, grup baru yang memberi salam perkenalan.


Tiga grup 'kumbang' itu menyebabkan penonton wanita letih menjerit. Kemudian, tiba masanya untuk peminat daripada kaum Adam menjamu mata dan telinga dengan kehadiran gadis berusia 18 tahun, Pixie Lott.

Berpakaian sopan, Pixie melontar kekuatan vokal melalui Turn It Up, Boys Like Girls dan lagu hitnya Mama Do. Tiga buah lagu Pixie sudah cukup untuk memperkenalkannya.

Tiga kali bertandang ke Malaysia memadai bagi peminat Hoobastank bersatu di Sunway Lagoon.

Tenaga yang diberikan oleh vokalisnya untuk lagu hit seperti My Turn, The Letter, Crawling In The Dark dan pastinya The Reason sekali lagi meraih jeritan.

Selepas itu, Doug Robb dan rakan-rakannya membuatkan hampir 15,000 penonton menyanyikan lagu nostalgia, Ghostbuster. Kehadiran kali pertama The All-American Reject sememangnya dinantikan.

Tyson yang banyak berlucu dan tampil dengan lukisan yang ditampal serbuk berwarna-warni menyanyikan lagu Dirty Little Secret, I Wanna, The Real World dan Gives You Hell. Ia sungguh bertenaga.

Mungkin sebahagian penonton pulang awal kerana mahu mengelak daripada kesesakan lalu-lintas atau disebabkan kurang mengenali grup asal Leicester iaitu Kasabian.


DOUG Robb, vokalis Hoobastank berjaya memeriahkan suasana.


Rugi mereka pulang awal kerana Kasabian memberikan impak penuh untuk pentas acara ini.

Gabungan Tom Meighan, Sergio Pizzorno, Chris Edwards dan Ian Matthews walau letih kerana baru sampai dari Sydney setelah dikuarantin, sangat mengujakan.

Mereka memuntahkan bunyi yang padu untuk lagu Fire, Clubfoot, Vlad The Impaler, Where Did The Love Goes, Underdog dan sesudah dijeritkan 'Kami mahukan lagi', mereka menghadiahkan sebuah lagu wajib dalam persembahan Kasabian, LSF (Lost Soul Forever).

Grup ini membuatkan konsert malam itu sempurna.

No comments: