Friday, August 28, 2009

Cabaran Erma arah Natrah

Cabaran Erma arah Natrah


DARI kiri Mohd. Yazid Zakaria, Mohamed Juhari Shaarani, Erma Fatima dan Fatini Yaacob selepas sidang media teater Natrah di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAMAI yang tahu tragedi kisah cinta dan anutan agama gadis Belanda bernama Natrah yang terpaksa berpisah daripada keluarga angkatnya yang beragama Islam pada tahun 1950-an.

Malah, Natrah atau nama asalnya Maria Bertha Hertogh pada ketika itu juga sudah berkahwin dengan jejaka Melayu, Mansur Adabi tetapi sayang jodohnya tidak berpanjangan.

Disebabkan faktor undang-undang dan keadaan semasa tidak menyebelahinya menyebabkan dia dipisahkan daripada suaminya dan dibawa pulang oleh keluarga asalnya ke Belanda.

Natrah yang meninggal dunia pada 9 Julai lalu meninggalkan kenangan pahit dalam lipatan sejarah negara di mana anutan agama beliau pada penghujung hayatnya menjadi pertikaian ramai.

Justeru apabila Istana Budaya berhasrat mahu mementaskan kisah Natrah di Panggung Sari sebagai sebuah naskhah teater, ia bukanlah perkara yang mudah untuk direalisasikan.

Pengarah teater Natrah, Erma Fatima mengakui, cabaran terbesarnya mengarahkan teater itu ialah bagaimana mahu mengangkat syiar Islam berdasarkan kisah hidup wanita tersebut.

"Cabaran atau dilema saya ialah bagaimana saya mampu memenangkan atau mengangkat imej agama Islam daripada kisah Natrah itu di saat kita kalah dalam isu tersebut.

"Ini kerana, ada yang kata Natrah mati dalam bukan agama Islam dan ada juga yang kata Natrah pada penghujung hayatnya merupakan seorang yang berfahaman free thinker (tiada agama).

"Saya harus berhati-hati dengan segala sensitiviti dan sensasi yang bakal tercetus. Saya harap bukan saya yang cetuskan kontroversi kerana kisah Natrah itu sendiri sudah sensasi," katanya.

Itu adalah nada kebimbangan Erma berhubung teater Natrah ketika ditemui sebelum sidang media teater tersebut di Bilik Seri Nilam, Istana, Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teater Natrah yang kini sedang mencari barisan pelakonnya dijadualkan menjalani latihan pada Oktober ini sebelum ia dipentaskan di Panggung Sari dari 17 hingga 25 November ini.

Selaku pengarah serta penulis skrip Natrah, Erma cuba menekankan soal agama dan bangsa Melayu sebagai memenuhi hasrat Istana Budaya selaku penganjur pementasan tersebut.

"Saya menerima tawaran mengarahkan Natrah daripada Istana Budaya. Ia juga dipentaskan atas kehendak Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan).

"Ia suatu tanggungjawab yang besar buat saya. Teater ini bukan setakat tentang Natrah yang dipisahkan daripada keluarga angkatnya tetapi ia juga ada kaitan dengan maruah agama Islam.

"Itu adalah isu yang harus kita ketengahkan kepada masyarakat. Skrip teater ini juga dalam proses untuk disiapkan dan saya masih memilih daripada sudut mana cerita ini akan dihalakan," ujarnya.

Menurut Erma, cabaran mengarah Natrah satu daripada dua perkara yang belum dilaksanakannya iaitu mengangkat syiar Islam melalui seni dan menjadi ibu serta isteri yang baik.

Sementara itu, pengkaji dan penasihat teater Natrah, Datin Fatini Yaacob pula berkata, selepas membuat kajian selama 20 tahun baru kini beliau dapat merumuskan kisah wanita Belanda itu.

"Ada tiga perkara utama yang saya boleh rumuskan iaitu kisah Natrah adalah kisah perjuangan bangsa Melayu yang dijajah oleh British dan Belanda.

"Keduanya ia tentang semangat orang Melayu yang cintakan agamanya bagi menentang British di mana perjuangan ini amat mulia dan patut dihormati oleh generasi hari ini.

"Dan yang ketiganya kisah Natrah adalah kisah pertentangan antara undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Dalam kes ini pihak penjajah telah memperlekehkan agama Islam," jelasnya.

Fatini yang mula mengkaji tentang kisah hidup Natrah sejak 1989 sewaktu bertugas sebagai wartawan akan membantu Erma dalam menyediakan susur galur cerita teater tersebut.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia, Mohd. Yazid Zakaria.

Pada majlis itu, Mohamed Juhari mengumumkan Istana Budaya juga akan mengadakan Konsert 1Malaysia bersama Orkestra Tradisional Malaysia pada 27 hingga 29 September ini.

Khazanah berharga di RTM

Khazanah berharga di RTM


chuari Selamat menunjukkan fail senarai koleksi lagu melayu yang berada dalam simpanan Klasik Nasional.


KITA sering mendengar frasa muzik merupakan bahasa sejagat yang membawa maksud muzik akan difahami oleh semua tanpa mengira lingkungan fahaman, budaya, geografi dan juga kaum.

Ada benarnya maksud frasa berkenaan. Namun sebelum sampai ke tahap menjadi bahasa sejagat, muzik perlu menjadi suara jiwa pendukung dalam masyarakatnya.

Dalam budaya orang Melayu misalnya, muzik pula disifatkan sebagai susur jiwa.

Lantaran itu, khazanah berharga muzik Melayu wajar dipelihara dan semua ini menuntut rasa kasih dan cinta yang menebal selain minat yang mendalam.

Mujur, negara ini yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu memiliki stesen televisyen dan radio gergasi, RTM.

Khazanah berharga khususnya koleksi lagu Melayu yang ada dalam simpanan RTM bukan kecil jumlahnya.

Di Rakam Khanah P. Ramlee misalnya, anda boleh senaraikan apa saja judul lagu Melayu terutamanya, semuanya tersimpan molek dalam perpustakaan yang mula diwujudkan sejak siaran radio pertama di Malaya pada tahun 1946.

Bayangkan lebih 100,000 judul lagu tersimpan rapi dalam Rakam Khanah P. Ramlee.

Justeru, Rakam Khanah P. Ramlee menjadi manifestasi terhadap kesungguhan kerajaan menerusi RTM memelihara khazanah lagu-lagu Melayu.

Usaha meningkatkan apresiasi terhadap lagu-lagu Melayu juga diperluaskan lagi dengan pengenalan stesen radio Klasik Nasional pada tahun 2006.

Sebetulnya Klasik Nasional merupakan penjenamaan baru stesen berkenaan oleh RTM bermula dengan Radio Irama Melayu Asli atau RIMA yang dilancarkan pada April 1998.

Hampir tujuh tahun bersiaran, RIMA kemudiannya dikenali pula Klasik FM pada 1 April 2005.

Dan hanya pada tahun 2006, stesen berkenaan diubah semula namanya menjadi Klasik Nasional.

Biar apa sekalipun perubahan yang berlaku, hakikatnya, tanggungjawab stesen berkenaan ialah untuk memelihara karya berharga karyawan muzik tanah air.

"Kita semua bernasib baik kerana Klasik Nasional diwujudkan. Ia sebagai badan yang melindungi lagu-lagu klasik yang begitu terhad jumlahnya.

"Bayangkan, jika tiada usaha mewujudkan stesen berkenaan, saya tidak tahu apa akan jadi pada lagu-lagu klasik kita," luah Pengawal Klasik Nasional, Chuari Selamat pada satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Ada kebenaran kata-kata Chuari itu. Masakan tidak, 'perlindungan' yang diberikan oleh Klasik Nasional kepada lagu-lagu Melayu klasik yang jumlahnya berpuluh ribu mempunyai nilai yang cukup berharga.

Bagi generasi masa kini, andai diajak berbicara mengenai lagu-lagu Melayu klasik, kita barangkali hanya akan terkenang penyanyi-penyanyi seperti Allahyarham Abdullah Chik, Allahyarham Rosiah Chik, Aspalela Abdullah dan Andre Goh yang kita anggap sebagai pejuang lagu-lagu Melayu.

Namun, di Klasik Nasional, kita sebetulnya mampu berkongsi kegemilangan lagu Melayu seawal tahun 1930-an.

Ketika itu, pejuang-pejuang lagu Melayu adalah terdiri daripada nama-nama hebat seperti Miss Julia, Miss Tijah dan ramai lagi.

"Inilah kelebihan yang ada pada Klasik Nasional yang orang jarang mahu ambil tahu. Lagu paling lama dalam simpanan kita ialah lagu yang diterbitkan pada tahun 1930-an," Chuari mendedahkan kelebihan yang ada pada stesen yang diterajuinya itu.

Apa yang menariknya, ketika stesen radio swasta lain menjalankan operasi berorientasikan perniagaan, Klasik Nasional wajar dihargai lantaran mengekalkan konsep penyiaran memuatkan muzik atau lagu berteraskan budaya Melayu.

Dalam erti kata yang mudah, penyiaran lagu-lagu di Klasik Nasional bukan berteraskan aspek komersial.

Lantaran sasaran dan objektif penyiarannya yang berbeza dengan stesen-stesen lain, Klasik Nasional dihormati sebagai stesen radio yang memiliki identiti sendiri.

Klasik Nasional bukan seperti stesen radio lain yang memilih pendekatan popular, sebaliknya, ia diwujudkan sebagai khidmat sosial kepada masyarakat sekali gus menanam penghayatan budaya menerusi muzik.

Justeru, Chuari berharap Klasik Nasional sewajarnya dilihat dari perspektif yang lebih besar berbanding daripada apa yang dada sekarang.

"Klasik Nasional merupakan stesen radio yang berteraskan budaya nasional," tegasnya berkali-kali.

Tinjauan Hits ke stesen berkenaan selain Rakam Khanah P. Ramlee mendapati kekayaan khazanah yang ada di Angkasapuri, RTM sungguh luar biasa.

Masakan tidak, stesen radio berkenaan menghimpunkan lagu-lagu yang mewakili warna sosiobudaya era pramerdeka, pascamerdeka dan masa kini.

Bahkan, terpaku dan ralit sejenak apabila Chuari menyenaraikan genre-genre lagu-lagu yang berkumandang di stesen itu terdiri daripada pelbagai genre dan menyimpan mesej dalam bentuk langgam, joget dan keroncong.

"Kalau mereka yang mendengar Klasik Nasional, ia saling tidak ubah membawa pendengar melayari zaman-zaman yang berbeza.

"Seperti mendengar lagu keroncong dengan sendirinya tersingkap zaman silam. Inilah stesen yang mendekatkan mereka dengan persekitaran yang kini sekadar menjadi nostalgia.

"Ada ketika saya sendiri terkenang kisah silam apabila mendengar lagu-lagu yang pernah popular di zaman kanak-kanak saya diputarkan di stesen Klasik Nasional," ujar Chuari yang juga personaliti radio yang sangat masyhur suatu ketika dulu.

Mendengar Klasik Nasional juga, membawa pendengar yang terdiri daripada warga emas menyelusuri jalan-jalan kenangan.

Sementara bagi generasi muda pula, mereka dengan mudah terbuai dengan irama zaman itu.

Sehingga kini, stesen yang didengari oleh lebih 1.2 juta pendengar menyenaraikan banyak segmen menarik.

Antara segmen yang cukup popular di Klasik Nasional ialah segmen Nostalgia yang menemui pendengar pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Segmen Nostalgia lebih banyak menyiarkan lagu-lagu yang cukup popular di sekitar tahun 1950-an.

Manakala segmen Masihkah Kau Ingat atau MKI yang disiarkan pada pukul 2 hingga 4 petang pula tentunya akan membawa ingatan para pendengar kepada lagu-lagu yang pernah masyhur di sekitar tahun 1960-an, 1970-an hingga 1980-an.

Buat peminat-peminat lagu antarabangsa pula, Klasik Nasional memilih hari Sabtu selama 45 minit bermula pukul 9.15 malam untuk menyiarkan segmen Klasik Antarabangsa.

Menurut Chuari, biarpun Klasik Nasional lebih fokus kepada penyiaran lagu-lagu lama, namun apa yang membanggakan beliau ialah, para juruhebah yang bertugas sebilangan besarnya terdiri daripada orang muda.

Ada juga beberapa juruhebah senior yang disifatkan oleh Chuari sebagai 'perpustakaan bergerak' lantaran ilmu dan pengalaman mereka yang begitu mantap.

Gabungan penyiar muda dan senior di Klasik Nasional juga sejajar dengan hasrat stesen berkenaan untuk menarik perhatian pendengar yang berusia 25 tahun ke atas.

"Sudah pasti kami juga mengundang semua lapisan pendengar untuk sama-sama menghayati lagu irama Melayu," katanya mengakhiri perbualan.

Sajian RTM sempena Ramadan, Merdeka

Sajian RTM sempena Ramadan, Merdeka


BARISAN para pelakon dalam telemovie Songkok yang akan disiarkan di TV2.


MENJELANG Ramadan dan Hari Kemerdekaan negara ke-52 tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lupa untuk bersama membangkitkan rasa cintakan tanah air di samping menimbulkan kenikmatan menjalani ibadah puasa.

Menerusi saluran TV1, TV2 dan 34 buah stesen radionya, tema kemerdekaan dan Ramadan diselitkan dalam program-programnya.

Untuk Ramadan, TV1 hadir dengan tema Nikmat Ramadan di TV1, manakala TV2 pula menawarkan program Ikhlas Ramadan di TV2.

Melalui Nikmat Ramadan di TV1, saluran utama RTM itu membariskan program terhebat yang meliputi drama bersiri, dokumentari, program masakan serta program agama.

Antara program-program itu ialah drama bersiri Ramadan Bersamamu dan Seharum Kasturi, manakala terdapat juga dokumentari yang menghidangkan tujuh buah program iaitu Melangkau Destinasi, Antidot, Sihat Ramadan, Land of Prophets, Syahadah (musim kelima), Pertama Ramadan dan Ronda-Ronda Ramadan.

Bagi program masakan, TV1 menghimpunkan enam program seperti Ketuk-Ketuk Ramadan Bersama Sheila Rusly, Citarasa Selebriti Bersama Datuk Siti Nurhaliza, Jurnal Chef, Jom Rasa, Kulinari Daisy Chef Liza dan Ramadan Bersama Naida.

Program bercorak keagamaan juga tidak ditinggalkan yang merangkumi Tijarah, Siaran Langsung Solat Tarawih Dari Mekah, Tadarus al-Quran, Ramadanku serta Khas Ramadan.

Di TV2 pula, Ikhlas Ramadan di TV2 membawakan enam buah telemovie khas, dua buah drama bersiri, 11 buah program majalah di samping program istimewa Persiapan Raya Kaum India Muslim dan Persiapan Raya Kaum Cina Muslim.

Telemovie khas menghidangkan drama Di Bawah Teduh Lazuardi, Nur Ar Rahman, Buah Nau Halwa Kabung, Memintas Seribu Bulan, Anak Cucu Tok Wan dan Email Dari Ankara, selain drama bersiri Pas Az Baran serta Hanya Tuhan Yang Tahu.

Tidak cukup dengan itu, 11 buah program majalah di TV2 menjanjikan pelbagai maklumat seperti Busana Lebaran, Fesyen De Raya, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan, Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan, Diet @ Ramadan, Sinaran Sihat, Enak Lagi Sihat, Aneka Rasa Ramadan, Syahadah dan Syahadah (India).

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, sempena bulan Ramadan, sebanyak 54 jam diperuntukkan bagi penayangan program di televisyen dengan kesemuanya adalah rancangan-rancangan baru.

"RTM menyediakan rancangan yang baru. Tiada ulangan dilakukan terhadap rancangan-rancangan yang lalu,'' katanya pada sidang media Pertemuan Murni Ramadan dan Merdeka RTM di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, kebanyakan program yang disediakan adalah untuk membantu penonton dan pendengar memahami erti kemerdekaan serta menghayati Ramadan.

Sementara itu, di pihak radio pula, kehadiran Ramadan sememangnya dinanti-nantikan oleh pendengar setia radio-radio milik RTM.

Sebagai contoh, radio Klasik Nasional yang terkenal dengan lagu-lagu Melayu klasik akan membawakan Resipi Warisan Ramadan, manakala KLfm menampilkan Menu Ramadan @ KLfm serta Prebiu Buku Khas Ramadan yang mengetengahkan buku-buku panduan mengenai penghayatan Ramadan.

Turut serta, saluran radio khusus untuk masyarakat Orang Asli, ASYIKfm yang menyediakan sebuah rancangan berjudul Suci Henem.

Di samping rangkaian radio nasional, stesen radio negeri juga tidak ketinggalan dengan pelbagai program menarik masing-masing.

Program Merdeka

Untuk sambutan kemerdekaan pula, TV1 dengan tema Bersatu Merdeka di TV1 menghidangkan 17 buah program khas dan Merdeka TV2 bagi tema saluran TV2 dengan lapan buah filem serta telemovie terbaik yang berkonsepkan kemerdekaan.

Antara program sempena kemerdekaan di TV1 ialah Paradigm, Riak-Riak Merdeka, Kebebasan, Mercu Merdeka, 8 Glittering Malaysian, Malaysia's Success Story, Majalah Kanak-Kanak Merdeka, Tokoh-Tokoh Merdeka, Gerbang Merdeka (The Making of Malaysian Society), Tun Sambanthan dan Tunku Abdul Rahman, The Residency Years, Unburying The Past - Perak Man, Bajau Laut - Nomads of The Sea untuk program dokumentari selain sebuah program muzikal, Simfoni Merdeka.

Empat buah telemovie khas bakal ditayangkan iaitu Lemas Dalam Cinta, Namaku Bukan Setsuko, Bunga Dari Liverpool dan Menantu Tiga Rasa.

Menerusi TV2, lapan buah filem serta telemovie yang disediakan ialah 1957 Hati Malaya, Chicken Little, Songkok, Kasih Merdeka, Bunga Raya Untuk Su Tin, Hati Yang Merdeka, Azam dan Daerah Kelabu.

Songkok lakonan Mubarak Majid, Jesse Lim, Hasnol Rahmat, Justin Choo, Maimon Mutalib, Nurul Hidayah Ishak dan Abdul Hadi Hassan mengajak penonton berkongsi kisah suka duka Mustafa, seorang pembuat songkok tradisional sejak zaman sebelum merdeka.

Dalam pada itu, laungan semangat patriotisme bakal berkumandang di 34 buah stesen radio RTM dengan gabungan satu suara.

Selain radio berbahasa Melayu, Aifm, stesen berbahasa Mandarin akan menyiarkan drama khas merdeka iaitu 1 Malaysia di samping sampaikan salam merdeka dalam Salam 1 Malaysia.

Bagi masyarakat India, MINNALfm juga memeriahkan sambutan merdeka dengan Sketsa Merdeka dan Pantun Merdeka.

Tak pinjam bintang Alyah dan Stacy

Tak pinjam bintang Alyah dan Stacy




BUKAN adik-beradik, bukan juga teman rapat. Namun, banyak persamaan yang dimiliki oleh Riz dan Chaq yang kini duduk di bawah jagaan syarikat rakaman milik komposer Ajai, Wake The Baby.

Masih baru dalam menjadi anak seni yang tegar, mereka mahu mencipta nama dan mengecapi populariti sepertimana yang diraih artis dan penyanyi popular seperti Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain.

Umum tahu, mereka menempa nama melalui pertandingan program realiti iaitu daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) serta Mentor yang baru saja selesai pertandingannya.

Masing-masing membawakan muzik berkonsep pop R&B namun persamaan mereka lebih jelas boleh dilihat apabila karier mereka dibayangi wanita lain untuk bertapak dalam industri muzik.

Menggabungkan Riz dan Chaq untuk sesi fotografi kali ini, mereka tersenyum saja tatkala diajukan soalan mengenai bayangan wanita yang mereka miliki.

Tak tumpang populariti

Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi tidak boleh menafikan karier seni sedikit dingin selepas keluar daripada AF6. Namun, sejak beberapa bulan lalu, nama Riz kembali meniti di bibir peminat, tuah duetnya bersama Alyah dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap diputarkan di radio.

Kerana lagu itu juga nama Riz semakin bersinar. Bagaimanapun, Riz seperti dibayangi Alyah ke mana sahaja dia pergi.

Malah, untuk single ketiga, Bermula Semula, Riz juga menggunakan suara Alyah untuk beberapa bahagian lagu tersebut.


CHAQ berkebolehan menyanyi dan menari dengan baik.


Menurut Riz, dia tidak pernah terlintas untuk menumpang populariti penyanyi jelita itu.

"Saya tak terfikir atau beranggapan untuk tumpang populariti sesiapa. Apa yang ditampilkan oleh saya dan Alyah sekadar mahu mencari kelainan kepada peminat.

"Lagipun saya masih baru dalam bidang ini. Untuk bertahan lama dan menarik perhatian peminat, kita perlu kreatif supaya usaha kita nampak di mata masyarakat.

"Kalau nak dijadikan cerita, masa mula-mula dulu, Alyah juga kurang dikenali. Apa yang saya rasa, nama kami naik bersama dengan lagu itu.

"Sebelum kami rakam lagu itu, saya dengar dulu suara dia, nak dengar sesuai atau tidak dengan suara saya. Bila dah dengar, masing-masing setuju untuk rakam lagu tersebut," katanya.

Tambah Riz, dia berharap agar peminat tidak salah faham mengenai hubungannya bersama Alyah yang dianggap sebagai kakaknya sahaja, tidak lebih daripada itu.

"Saya tahu, ada juga orang yang memanggil saya sebagai Riz-Alyah. Tapi saya tak kisah, janji nama saya disebut. Itu tandanya orang tahu mengenai kewujudan saya dalam industri," ujarnya.


NAMA Riz kembali menjadi sebutan selepas lagunya bersama Alyah semakin mendapat perhatian.


Kata Chaq, dia tahu, kehadirannya dalam industri selepas adiknya pasti akan menjadi perbualan ramai.

"Suka atau tidak, saya kena terima. Takkan saya tak mahu mengaku dia (Stacy) ialah adik saya. Lagipun Stacy pun sudah mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

"Kami mempunyai cita-cita yang sama iaitu, mahu menjadi seorang penyanyi. Sebelum ini saya dan Stacy pernah bersama dalam kumpulan Evoke dalam pertandingan Gangstars dan rezeki berpihak kepadanya dahulu bila menjuarai AF5.

"Bagaimanapun, saya tak kisah apa orang nak kata. Janji tiada yang buruk mengenai kami berdua. Tapi kalau boleh, saya nak orang nampak bakat saya, bukan kerana saya ini abang kepada Stacy," ujarnya yang turut merancang untuk berduet dengan adiknya itu.

Bermula Semula

Bercerita mengenai single ketiga Riz iaitu Bermula Semula yang dihasilkan oleh Ajai dan lirik oleh Abie Abdullah, ia merupakan sebuah lagu yang begitu bermakna buat penyanyi kelahiran Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak ini.

Mana taknya, untuk menyiapkan lagu itu sahaja, Riz terpaksa mengumpul wang sehingga mencukupi sebelum merakamkan lagu berkenaan.

"Biasalah kalau guna bajet sendiri, memang lama sikit sebab nak kena kumpul duit sampai cukup. Insya-Allah, single ketiga saya ini akan dilancarkan selepas Hari Raya Puasa," ujarnya.

Berbicara mengenai lagu Bermula Semula, Riz merasakan bait-bait lirik itu begitu kena dengannya.

Apatah lagi ia mengisahkan mengenai kebangkitan seseorang daripada masalah, membuatkan Riz mudah untuk menghayati lagu tersebut ketika dirakamkan.

"Lagu ini mempunyai dua maksud. Satu, ia mengenai kisah cerai antara suami isteri yang kemudiannya mahu berdamai semula. Tapi saya anggap, lagu ini membayangkan seperti saya, di mana, perjalanan karier saya agak perlahan selepas AF6 dan inilah masanya untuk saya bangkit semula," kata Riz yang baru saja tamat rakaman drama raya, Mawi Habibi Raya.


DUA anak muda kelahiran program realiti TV ini berusaha gigih untuk berjaya di persada muzik tanah air seperti mana penyanyi wanita yang sering dikaitkan dengan mereka.


Begitu juga dengan Chaq atau nama sebenarnya, Camellus De'Lelli, dia tidak terkecuali dikatakan menumpang populariti adiknya yang merupakan juara AF5, Stacy, ketika di awal penyertaannya dalam Mentor lagi.

Bagi Chaq pula, biarpun kehidupannya terus berubah dek status seorang selebriti, anak kelahiran Sabah ini masih lagi tidak biasa dengan kehidupan barunya itu.

Apatah lagi bila ada orang yang tidak dikenali mula menyapanya, Chaq terasa pelik kerana sebelum ini, tiada siapa yang kisah mengenainya.

Namun, keadaan itu mula dibiasakan. Cuma, Chaq tidak sangka, menjadi seorang penyanyi bukannya mudah. Banyak cabaran yang perlu dilalui sebelum dapat hidup senang seperti penyanyi-penyanyi berjaya lain.

Ditambah pula dengan lagu singlenya, Penjelasan 1/1, masih belum lekat di hati peminat-peminat muzik, ia membuatkan Chaq takut jika dirinya tidak diterima.

"Bila lagu saya dihantar ke semua stesen radio, saya berharap ia akan terus melonjakkan karier saya.

"Sebaliknya pula berlaku bila tidak semua stesen radio yang memainkan lagu saya. Itu membuatkan saya perlu mencari alternatif lain untuk promosikan single yang diciptakan oleh Ajai ini.

"Baru saya faham, bagaimana sukarnya untuk bergelar seorang penyanyi yang berjaya. Bagaimanapun, saya tak mahu keadaan ini berlarutan. Target saya, dalam setahun, saya akan memberikan pencapaian yang memberangsangkan dan menyumbang sesuatu dalam industri muzik tempatan," tegasnya.

Tambah Chaq, biarpun risau dengan penerimaan orang tentang lagu singlenya, dia tidak sabar untuk menanti kemunculan filem lakonan pertamanya, Dimensi Cinta.

Cerai bukan raih populariti

Cerai bukan raih populariti




KETIKA berita pelakon utama filem Santau, Putri Mardiana Zainal Abidin dan suaminya, Shahnaz Norwawi, 32, disahkan bercerai secara taklik dengan talak satu diumumkan pada 25 Ogos lalu, ramai yang tertanya-tanya siapakah aktres itu?

Ramai yang tidak mengenalinya kerana filem lakonan pertamanya, Santau hanya akan ditayangkan pada Disember ini. Tetapi Putri Mardiana sebenarnya merupakan wakil tunggal negara dalam kategori lakonan Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat yang berlangsung pada 11 hingga 19 Julai lalu. Lebih manis dia memperoleh pingat emas pada acara itu.

Namun, ramai yang mempunyai tanggapan bahawa Putri Mardiana yang selesa dengan panggilan Nina itu sengaja 'memilih' masa ini untuk bercerai kerana mahukan populariti bagi membantu karier lakonannya yang sedang meningkat naik.

Nina bagaimanapun menafikan pandangan itu ketika ditemui pada sidang media drama terbitan MIG Production Sdn. Bhd., Mama Murai yang turut dilakonkan olehnya bersama Kartina Aziz, Shiela Mambo dan Intan Ladyana.

"Siapa yang tahu sebenarnya, rumah tangga saya sudah bergoyang sebelum saya menjadi pelakon lagi? Dulu mungkin orang tidak mengenali saya jadi tidak ada berita.

"Tapi kini saya juga faham mengapa ramai orang mencari saya untuk mendapatkan pengesahan. Namun, saya ingin orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi jangan salah anggap kerana apa yang penting adalah bakat saya dan bukannya apa yang terjadi kepada kehidupan peribadi saya."

Menyifatkan mereka kurang serasi dan kurang komunikasi sehingga menjadi punca perpisahan, bekas suami Nina bekerja di Singapura sebagai konsultan jurutera.

Itu yang menyebabkan hubungan mereka tidak mesra. Disebabkan merajuk, Nina mengambil tindakan meninggalkan rumah sekitar Jun 2008 untuk menetap bersama ibunya di Setiawan, Perak.

"Enam bulan saya meninggalkan dia dan tiga orang anak saya kerana masalah saya dan dia. Tapi saya ada pulang setiap minggu untuk melawat anak-anak saya. Ketika itu, mereka dijaga oleh pembantu rumah kami," jelas Nina yang hanya mula berlakon sejak April lalu.


PUTRI Mardiana mengakui keretakan rumah tangganya berlaku sebelum dia bergelar pelakon lagi.


Selepas enam bulan meninggalkan rumah, Nina kembali untuk memperbaiki hubungannya dengan bekas suami. Berusaha selama enam bulan, Nina sedar hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

"Saya telah cuba sedaya upaya untuk baiki tetapi kalau saya seorang sahaja berusaha, hubungan kami tidak akan baik semula.

"Tapi saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak. Saya juga tidak mahu mengaibkan keluarga kami berdua kerana ini adalah cerita peribadi kami," keluh Nina yang sedang menjalankan penggambaran Legasi 43 Carot.

Shahnaz memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai taklik itu apabila mendakwa Nina melanggar syarat taklik pada 3 Julai lalu. Bekas suaminya telah melafazkan cerai menerusi telefon pada 1 Jun lalu untuk menghalang Nina daripada meninggalkan rumah sekali lagi.

Namun, Nina yang tidak tahan dengan sikap bekas suaminya bertindak meninggalkan rumah pada 3 Julai selepas satu pergaduhan besar.

"Saya tahu apa akibatnya keluar dari rumah tetapi saya sudah tidak boleh menerima dia. Lagipun saya tahu niat di sebaliknya mengapa dia lafaz taklik. Bayangkan kalau dua bulan kami hidup tanpa berhubungan. Lebih baik lepaskan saya," ujarnya lagi.

Berkahwin sejak tahun 2003, Nina, 28, dikurniakan tiga cahaya mata. Anak sulungnya, Aliawia Dani, 6, Amir Firman, 4 dan Airell Zuhair, 3, kini hidup bersama bekas suaminya.

Ini kerana Nina tidak mahu memisahkan anak-anaknya dengan bapa mereka tetapi turut meminta supaya dia diberi hak untuk melawat mereka.

"Kami akan berbincang secara damai nanti mengenai hak penjagaan anak. Kalau dia memberi kebenaran untuk saya berjumpa dengan anak-anak, saya okey.

"Tapi kalau tidak, saya akan membawanya ke mahkamah. Apa yang saya minta cuma peluang untuk berjumpa dengan anak. Janganlah sampai memisahkan anak-anak daripada saya," katanya yang turut terlibat dalam telefilem Duda dan Dara.

Bertanya sama ada penglibatan dalam dunia lakonan menjadi salah satu punca perpisahan, Nina dengan tegas memberitahu dia ada meminta izin bekas suaminya sebelum berlakon.

"Saya pernah berniaga jual nasi lemak untuk meringankan beban dia. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon dan semuanya dilakukan dengan izin dia.

"Hanya selepas mendapat restu dia saya meneruskan impian saya. Malah, saya menerima tawaran penggambaran juga dengan niat mahu menambahkan rezeki untuk anak-anak kami," tambah Nina.

Sudah banyak bersabar sejak melahirkan anak pertama, 'kebebasan' yang dikecapi Nina sekarang adalah satu permulaan kepada kehidupannya yang baru. Mendapat sokongan daripada keluarganya, Nina kini mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada kariernya.

"Berlakon menjadi perkara paling utama sekarang kerana saya sudah tawar hati dengan cinta. Kalau cerita mengenai penerimaan lelaki lain pada masa akan datang, saya tidak mahu fikir lagi.

"Hati saya sudah tertutup tetapi bukan sepenuhnya," katanya yang memulakan penggambaran drama Mama Murai hari ini.

Renee bertunang kekasih Aniston

Renee bertunang kekasih Aniston


RENEE ZELLWEGER


SETELAH beberapa bulan bercinta, pelakon jelita Renee Zellweger dilaporkan telah bertunang dengan pelakon Bradley Cooper.

Satu sumber memberitahu Contactmusic, Bradley, yang pernah bercinta dengan Jennifer Aniston telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian yang anggun kepada Renee.

"Dia juga telah membawa Renee untuk bertemu dengan keluarganya di Jenkintown, Pennsylvania bagi memaklumkan berita pertunangan mereka," kata sumber tersebut.

Aktor berusia 34 tahun itu pernah bekerjasama dengan Renee dalam filem seram, Case 39, sebelum ini. Baru-baru ini, mereka dilaporkan telah membuat sesi fotografi bersama di Barcelona, Sepanyol.


BRADLEY COOPER

Thursday, August 27, 2009

HIBURAN : KHAMIS 27 OGOS 2009

Norman KRU perjelas kontroversi
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, NormanAbdul Halim menyifatkan kontroversi yang tercetus di Indonesiaberkaitan iklan promosi bagi enam siri dokumentari, Animatic Malaysiaterbitan pihaknya berpunca daripada salah faham.

Lagu Deepavali bakal diangkat ke taraf global
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jika diminta menyanyikan lagu-lagu perayaanAidilfitri, Tahun Baru Cina dan Krismas, ramai antara kita yang bolehmelakukannya walaupun hanya dua atau tiga baris lirik.



Bertemu selepas tujuh tahun
BERITA tentang pelakon bergaduh sesama sendiri sewaktu menjalanipenggambaran drama mahupun filem bukanlah satu perkara baru. Ia tidakhanya berlaku di dalam industri hiburan di Hollywood tetapi ia jugapernah terjadi antara pelakon kita sendiri.


Elemen 1Malaysia di Discovery Channel
BAKALbersiaran di Discovery Channel (saluran 551, Astro) pada 29 Ogos ini,Eye On Malaysia merupakan program yang mampu mengangkat karya anaktempatan dan khazanah negara di pentas antarabangsa.


Giliran Chandra tawan Malaysia
BERPENGALAMANmenjadi penyanyi latar kepada penyanyi ternama Indonesia dan Malaysiaseperti Kris Dayanti, Ruth Sahanaya, Titi DJ dan Datuk Sheila Majidsudah cukup meyakinkan Chandra Satria atau Chandra mengorak langkahnyasebagai penyanyi solo.









Nak gaduh biar ada kelas
BAYANGKAN apabila dua nama besar di gelanggang seni tanah air, NashaAziz dan Erra Fazira digandingkan bersama dalam sebuah karya. Benar,bukan mudah untuk membariskan dua aktres yang sama tinggi darjat pesonadan bakatnya dalam sebuah drama atau filem.


Klip P. Ramlee dalam telefon
FILEM-FILEM lakonan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masihdikagumi dan ditonton oleh masyarakat kini walaupun sudah genap 36tahun pemergian P. Ramlee pada 29 Mei lalu. Hasil kerjanya terutamaproduk komedi paling diminati dan masih kerap ditayangkan di stesentelevisyen.


SNSD tolak Facebook
KERANAmahu mengekalkan nilai eksklusif, kumpulan popular SNSD tidakdibenarkan mempunyai akaun Facebook mahupun Twitter oleh syarikatrakaman naungan mereka, SM Entertainment.


Rosyam minta tutup buku
KASIHANMarilyn lihat juara program realiti, Pilih Kasih, Iqbal yang baru mahubertatih dalam industri seni. Selepas tamatnya program itu, macam-macamcerita keluar tentangnya. Ada yang kata, mentornya, Rosyam Nor, pilihkasih dan sengaja mahu Iqbal menang dalam pertandingan itu.


Brown dihukum kerja
LOS ANGELES – Penyanyi irama R&B, Chris Brown kelmarin diletakkandi bawah pengawasan polis selama lima tahun selain melakukan kerjakomuniti selama 180 hari kerana menyerang bekas teman wanitanya iaitubintang pop, Rihanna pada Februari lepas.







Buah tangan Aidilfitri
SUARANYAdi hujung talian sarat nada ceria. Kegembiraan itu berganda apabiladisuakan pertanyaan mengenai rakaman terbaru, single Aidilfitriberjudul Maafkan yang disempurnakan baru-baru ini di Studio NAR, TamanTun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Jalin silaturahim
KESIBUKANdi lokasi penggambaran ada kalanya membataskan anak seni untukmenjalani ibadat puasa dengan sempurna. Tetapi mereka seperti golonganprofesional yang lain, cuba untuk mengimbanginya demi mencari rezekiyang halal.

Epilog: Perlukah wujud Perbadanan Muzik Malaysia
SENARIOperkembangan industri muzik tempatan ketika ini dikatakan masih tidakmenentu dari segi pasaran menyebabkan hampir semua album penyanyi tidaklagi laris macam dulu. Album baru Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza jugapun semakin merosot sambutannya apatah lagi penyanyi baru yang lain,lagilah kurang dan tak laku album mereka.

Dengarnya...: Natasha Hudson bakal gamatkan Istana Budaya
SEBELUMini, Cik Normah diberitahu rakan sepejabat Datin Natasha Hudsonterpaksa melupakan hasratnya untuk berlakon teater Gamat kerana adakomitmen lain yang harus diberi keutamaan. Alih-alih, baru-baru ini CikNormah dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai di IstanaBudaya (IB), ibu kepada Nessa Helena itu mengesahkan boleh berlakonbalik.

Dengarnya...: Cara Amyza beramal pada bulan puasa
GEMBIRACik Normah dengar niat mulia anak seni di negara kita. Dalam kesibukanmencari rezeki, ada anak seni yang tidak lupa kepada tanggungjawabmereka sesama manusia. Teman sepejabat Cik Normah, dengan begitu terujamemanggil Cik Normah untuk melihat laman sosial, Facebook seorang rakanartis bernama Amyza Adnan.

Dengarnya...: Erma mahu jadi isteri, ibu sempurna
SEKARANGini biarpun mulut pengarah teater Natrah, Erma Fatima masih terkuncirapat mengenai siapa yang bakal berlakon, Cik Normah sudah dapat tahunama yang sering disebut seperti Diana Danielle, Umie Aida dan RemyIshak sebenarnya sudah mendapat tawaran.

Lagu Hantaran Daripada Hati 'hidupkan' Wadi Unung
NYANYIANDatuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Melawan Kesepian yang dipetik darialbum Hantaran Daripada Hati sudah mampu membuatkan drama Wadi Unungyang sedang rancak disiarkan di Astro Prima sejak 5 Ogos lalu menambatperhatian ramai setiap kali ia disiarkan dari Isnin hingga Khamis.







Dapat hidayah
SELEPAS kejayaan filem Ayat-Ayat Cinta (AAC) yang di adaptasidaripada novel karya Habiburahman Syirazi sebelum ini, kini industriperfileman Indonesia begitu 'teruja' dengan penerbitan filem bergenrekeagamaan.

Zulkiflee ganti ustaz Asri
HILANG seri, begitulah diumpamakan persembahan pertama Rabbani diHotel Singgahsana tanpa Mohd Asri Ibrahim yang meninggal dunia pada 13Ogos lalu.

Diddy atas awan
LAGU Hilang antara single yang melonjak namanya Shamsul Hirdy Muhid,24, atau Diddy dalam dunia seni tanah air. Di samping nyanyian, Diddyturut mengembangkan bakat dalam dunia lakonan.

Ramai sokong PMM
INISIATIF mewujudkan Perbadanan Muzik Malaysia (PMM) untuk memberisokongan serta membincangkan perkara berbangkit dalam industri muzikmendapat sambutan baik penyanyi tempatan.

Muka serius buat lawak
RAMAI beranggapan pelawak tidak hebat dan kadangkala dipandang sinis sesetengah pihak. Secara realiti, berlakon komedi apatah lagi matlamat utamanya membuat penonton ketawa, amatlah sukar.

BORAK LOKASI: Kecoh curi haiwan eksotik
SUASANA tenang dan damai di kawasan Zoo Negara, Hulu Klang padapetang itu kecoh seketika apabila ada pihak melaporkan mengenai keskehilangan haiwan eksotik yang juga spesis semakin pupus seperti ular,landak, musang dan monyet dari kandang masing-masing.

BORAK LOKASI: Azhari memang tunggu peluang arah filem komedi fantasi
SELEPAS filem seram Santau, Zoo adalah filem kedua arahan Azhari Zain bersama MIG Production Sdn Bhd.

BORAK LOKASI: Ahmad Rusli bermula sebagai kru persembahan
PEMBABITAN Ahmad Rusli Mohamed Khadri atau Ollynn dalam kerjabelakang tabir produksi bermula sebagai kru persembahan untuk band XPDCpada 1996 hingga 1999.

BORAK LOKASI: Shahril berguru dengan Indra
DALAM usia muda iaitu 24 tahun, Mohd Shahril Abu Bakar, 24, sudahpun diberi kepercayaan menjadi pembantu jurukamera dalam pelbagai filemterbitan produksi tempatan.

SOSEH SOSEH: Nabila makin laris lepas kahwin
BERBULAN sebelum puasa, teman SS cuba mengaturkan fotografi denganpelakon berbakat besar, Nabila Huda atau mesra dengan panggilan Abiltapi sampai sekarang, belum berjaya mendapatkan tarikh yang sesuai.

SOSEH SOSEH: Artis menang anugerah dipinggir
CABARAN bergelar artis pada masa kini banyak beza dengan apa yangpernah dilalui artis veteran suatu ketika dulu. Ada yang kata, artisbaru kini mudah mendapat banyak peluang dan publisiti.

Koleksi terbaik lagu dangdut
MENJADI aliran masa kini, album kompilasi lebih banyak diterbitkan berbanding album lagu baru.

Bos Hot FM belajar puasa
KEMUNCULAN sebagai antara stesen radio yang menjadi pilihanpendengar masa kini, Hot FM turut menyemarakkan sambutan Ramadan denganmenganjurkan pelbagai aktiviti.

HOLLYWOOD: Jadi lebih bermakna
KARAKTER dimiliki Robin Williams sinonim dengan genre komedi. Sama ada filem mahupun drama, Williams berjaya membawakan lakonan dengan berkesan hingga menggeletek hati penonton.

HIBURAN : RABU 26 OGOS 2009

Pelakon Santau bercerai
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pelakon filem Santau, Putri Mardiana ZainalAbidin dan suami, Shahnaz Norwawi hari ini disahkan bercerai secarataklik dengan talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Kajang dekatsini mensabitkan talak yang dilafazkan melalui panggilan telefon.

Mahkamah sahkan cerai talak satu pelakon Santau
HULULANGAT: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan perceraiansecara taklik talak satu pelakon utama filem Santau, Puteri MardianaZainal Abidin, 28, dengan suaminya Shahnaz Norwawi, 32, yang dibuatmelalui telefon bimbitnya.

Sudirman layak digelar ikon 1Malaysia
PETALING JAYA 25 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri RosmahMansor menyifatkan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad layak digelarikon 1Malaysia dalam bidang seni atas sumbangannya mempopularkanlagu-lagu patriotik di negara ini.

Sudirman layak digelar ikon 1Malaysia
PETALINGJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkatapenghibur nombor satu negara, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad layakdigelar ikon 1Malaysia dalam nyanyian atau kesenian kerana nilaipositif serta semangat patriotik yang ditonjol menerusi lagunya.








Farawahida temui kunci kebebasan
BEBERAPA bulan lalu, kisah perang dingin membabitkan penyanyiFarawahida Razali atau Farawahida dan bekas pengurusnya, Julfekar AhmadShah menggemparkan dunia hiburan tanah air.


U-Wei berusaha mencari Nina
BERMULAdengan filem penuh kontroversi Perempuan, Isteri & ... danseterusnya Kaki Bakar, Jogho serta Buai Laju Laju , hasil karyapengarah filem tersohor, U-Wei Haji Shaari sememangnya dikagumi ramaipemerhati dan pengkritik filem.

Kisah Natrah 'cermin' buat orang Melayu
ISTANA Budaya (IB) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, tahun ini menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya.


Mengenang pahlawan keroncong nusantara
SENIMANyang mahu diceritakan kisahnya ini barangkali namanya tidak sesohorseniman-seniman lain yang kita kenali. Namun, kekebalan jiwanyaterhadap kesenian keroncong membuatkan Wawang Wijaya muncul sebagaisatu-satunya pemuzik tersohor yang tiada tolok bandingnya di rantaunusantara.


Konsert kali ke-4 Pop Shuvit di Jepun
JIKAtiada sambutan daripada para peminat di Jepun, kumpulan rapcoreterkenal tempatan, Pop Shuvit tidak mungkin akan mengadakan lagikonsert bergerak terbaru mereka di negara matahari terbit itu mulai 28Ogos ini.










Belum mahu tayang tunang
SIAPA kata hubungan pertunangan Diddy bersama tunangannya, EllenNorazah Abdullah, 24, sudah retak menanti belah sebelum sempat merekake jenjang pelamin?


Guna bomoh kenakan kekasih
TIDAKsangka, wanita moden seperti Jessica Simpson mempercayai bomoh! Bulanlalu, sehari sebelum hari jadi Jessica yang ke-29, Jessica baru sahajaditinggalkan oleh kekasihnya, pemain bola sepak Amerika Syarikat, TonyRomo. Apa yang lebih mengejutkan apabila penyanyi itu telah menemuiseorang wanita yang dikenali melalui Internet, meminta untuk menjampiTony dan merosakkan hidup lelaki itu agar tidak boleh jatuh cinta lagi.


Dos tinggi punca Jacko mati
LOS ANGELES - Dos tinggi ubat bius Propofol membunuh penyanyi terkenal,Michael Jackson, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh mediakelmarin.







Puas jadi hitam legam
KIRA-KIRA34 tahun lalu, Datuk Jamil Sulong mengarahkan filem Dayang Senandongdengan membariskan pelakon seperti Datuk Ahmad Mahmud, Datuk SarimahAhmad, Malik Sutan Muda, Haji Mahadi dan Ibrahim Pendek. Watak jahatnyadisandang dan dimainkan dengan cukup berkesan oleh Salleh Kamil.

Peluang berbuka puasa bersama selebriti
JIKAanda peminat drama bersiri Nur Kasih yang sedang hangat diputarkan diTV3 setiap Jumaat jam 9 malam, dua nama ini pasti bukan asing. FizzFairuz yang memegang watak Adam dan Tiz Zaqyah yang membawakan watakseorang gadis bernama Nuramina.

Jawablah! Buat apa nak kecewa!
SEJAKtersiarnya gosip yang mengatakan berlagak diva ketika terbabit dalampementasan teater Intan Yang Tercanai karya Datuk Noordin Hassan diDewan Bahasa dan Pustaka (DBP pada awal Julai lalu serta isu menolaktawaran Jamal Abdillah untuk menjayakan konsert penyanyi itu di IstanaBudaya, baru-baru ini, pelakon, penyanyi, pengarah dan penerbitterkenal ini memang sukar untuk dihubungi.

Nostalgia di Jalan Merdeka
KISAHtiga sahabat daripada tiga kaum berbeza bukan sesuatu yang baru dalamdrama atau telefilem. Hanya yang membezakan adalah cara persembahannyasaja iaitu secara serius atau drama berat. Cara kedua ialah persembahanyang lebih bersahaja, santai atau komedi kerana cara ini agakmenghiburkan selain mudah diterima penonton walaupun ceritanya sinis.

Fragmen: Bulan puasa bukan halangan untuk semarakkan semangat merdeka
PADAIsnin lalu, ketika santai selepas balik menunaikan solat terawih disurau di tempat kerja di NSTP, kita menonton dua dokumentari yang agakmenarik disiarkan menerusi saluran Astro History (saluran 555).

Zulkiflee vokalis utama Rabbani
MEMANGterasa ada kekurangan apabila melihat persembahan anggota kumpulanRabbani tanpa pemimpin mereka, Mohd Asri Ibrahim atau Ustaz Asri yangmeninggal dunia pada 13 Ogos lalu.

Dengarnya... Rezeki Nabil di bulan puasa
SEWAKTUkawan Cik Normah berkunjung ke sebuah kedai peralatan elektrikbaru-baru ini, tiba-tiba dia ternampak wajah Bintang Paling PopularABPBH2008, Nabil bergantungan di premis itu.Melihat kepada cara gambar itu digantung, nampaknya buah hati pengarangjantung pelakon Irma Hasmie ini sedang mempromosikan barangan elektrikitu. Disebabkan kawan Cik Normah itu memang ringan mulut orangnya, jadidia pun bertanyakan hal itu kepada pekerja di premis itu.

Dengarnya... Bakat tak seberapa tapi berlagak
SETIAPkali apabila terdengar cerita peserta program realiti yang bersikapbiadap, kurang ajar atau tak hormat orang, memang Cik Normah sentapmendengarnya. Apatah lagi kalau perkara itu berlaku pada kawan CikNormah, memang Cik Normah tak boleh terima. Iyalah, awak tu baru nakkenal dunia luar, tapi sudah pandai buat perangai tak elok. Contohnyamacam seorang peserta program realiti ini.

Dengarnya... Kenapa asyik siar filem Yasmin Ahmad?
APAyang Cik Normah hendak ceritakan di sini adalah luahan hati seorangpenonton yang mahu dirinya dikenali sebagai Miss X yang ditujukan khasuntuk stesen televisyen berbayar Astro. Menurut Miss X, apabila Astroberhasrat untuk membuat saluran khas semata-mata untuk mengenangpemergian Allahyarhamah Yasmin Ahmad, dia adalah antara penonton yangpaling gembira.

Panel TV: Kupasan Al-Risaalah musim ketiga di TV9 lebih menarik
DOKUMENTARIpendidikan Al-Risaalah yang disiarkan di TV9 sejak 2006 kini sudahmemasuki musim ketiga yang akan memberi tumpuan kepada kisah NabiZakaria a.s hingga Nabi Isa a.s. Kini menerusi musim musim terbaru,Al-Riasaalah lebih berinfomatif dengan memilih tema Isa Ibn Mariam





Sunyi cengkam jiwa
MENCEBURI dunia seni sebagai penyanyi namun Dayang Nur Camelia AbangKhalid, 35, lebih terserlah sebagai model iklan komersial dan ikonfesyen. Saban tahun dia menghadiri minggu fesyen di Paris.

MMM perlu nafas baru
KETIADAAN badan perantara mengatasi masalah industri muzik dihadapipenggiat seni dan persatuan bernaung di bawah Majlis Muzik Malaysia(MMM) menyebabkan ramai antara mereka gulung tikar dan menukarprofesion.

Tak mahu kontroversi
PEMENTASAN teater Natrah bukan sekadar menceritakan kisah cinta dukalara Natrah dan bekas suaminya Mansor Adabi yang pernah mencetuskanrusuhan Natrah di Singapura pada era 1950-an, sebaliknya mesejnya lebihbesar dari itu.

Syahadah jadi penanda aras RTM
KEDATANGAN Ramadan yang penuh keberkatan tidak menghalang pihakstesen televisyen tempatan menyediakan pelbagai program merangkumihiburan dan dokumentari menarik.

Bintang eksklusif Astro sinari Aidilfitri
SEMPENA sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, stesentelevisyen satelit, Astro menyiarkan program hiburan istimewa yangmenampilkan bintang eksklusifnya.

Riuh-rendah artis jayakan program
BAGI wajah selebriti Astro Oasis, Akhil Hayy program hiburan MegaRaya Astro memberi peluang kepadanya berkumpul bersama kelompokselebriti Astro yang lain.

Rebut rahmat Ramadan
KETIBAAN Ramadan bukan saja menjanjikan rahmat kepada umat Islam,tetapi juga menghadiahkan pahala berlipat ganda kepada mereka yangmengerjakan amal soleh.

SOSEH SOSEH: Awie, Erra kembali 'bersama'?
DAH biasa benar SS dengar apabila sesama artis putus cinta, merekakata tak kisah berlakon bersama kerana kononnya mereka profesional.

SOSEH SOSEH: Mimpi buruk jadi pengacara
TIDAK kira artis atau orang biasa, bermacam cara dilakukan untuk mencari rezeki. Sempena Ramadan, ada kalangan artis yang ambil peluang berniaga.

SOSEH SOSEH: Bosannya tonton rancangan ini
BARU-baru ini, SS berkesempatan menonton pertandingan akhir satu program televisyen. Walaupun, tidak menonton keseluruhannya, tetapi SS akui amat membosankan. Bukan apa, terlalu padat dengan kandungan 'kisah' yang dirasakan membazir masa menonton.

Hati Pija sudah tawar
MASIH ingat lagi Norafizah Mohd Yasin atau Pija ? Mengukir namaselepas menjuarai Mentor musim pertama tuah belum memihak kepada gadiskelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini.

Ingatan dikawal komputer
DRAMA genre sains fiksyen sering kali menarik perhatian ramaipenonton. Sebelum ini, drama seperti Star Trek dan The X-Files antarayang meraih rating tinggi penonton. Memberi kepelbagaian pada genreberkenaan, drama terbaru Dollhouse sudah mula menemui penonton setia8TV.

Jasmin didik anak puasa
SAMA seperti ibu-bapa lain, dia juga mahukan anaknya seimbang ilmu dunia dan akhirat.

Rahsia santapan raja
APABILA bercakap mengenai masakan istana, ramai beranggapan santapan kerabat diraja biasanya disediakan pakar masakan istana.

Wednesday, August 26, 2009

Farawahida temui kunci kebebasan

Farawahida temui kunci kebebasan


FARAWAHIDA kini mengakui menemui kunci kebebasan.


BEBERAPA bulan lalu, kisah perang dingin membabitkan penyanyi Farawahida Razali atau Farawahida dan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah menggemparkan dunia hiburan tanah air.

Mendakwa itu dan ini terhadap permasalahan yang dihadapi, ia berkemungkinan akan dibawa kepada penyelesaian di mahkamah.

Menyedari kemelut yang tidak berkesudahan dan saling berhubungkait Farawahida membuat laporan polis pada awal bulan lalu.

Laporan itu dibuat gara-gara Julfekar yang dikatakan enggan melepaskannya daripada Millenium Art Sdn. Bhd., syarikat rakaman milik komposer berkenaan.

Hal tersebut bertambah serius apabila Farawahida memberi kenyataan bahawa komposer itu telah mengugutnya untuk menyebarkan gambar bogelnya di internet.

Memberi maklum balas terhadap perkara itu, Julfekar pula lebih senang mengambil pendekatan membiarkan segalanya ditentukan di mahkamah nanti.

Kemelut ini semuanya bermula gara-gara Farawahid dikatakan tidak puas hati dalam soal kontrak membabitkannya dengan syarikat rakaman Millenium Art Sdn. Bhd.

Julfekar mendedahkan kononnya penyanyi itu telah melanggar kontrak yang dipersetujui sebagai artis naungan Millenium Art.

Kontrak Farawahida bersama Milenium Art menurut Julfekar ialah 5+1 iaitu lima tahun campur satu tahun pilihan syarikat.

Bagaimanapun, Farawahida enggan meneruskan kontrak itu dan dia dikatakan mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu lagi bersama syarikat rakaman itu.

Melihat apa yang berlaku sebagai pengajaran untuknya berhati-hati pada masa depan kini, dia merasakan nikmat kebebasan tanpa terikat dengan pihak yang akan menentukan itu dan ini terhadapnya.

Enggan untuk dikaitkan dengan Julfekar lagi, Farawahida yang ditemui pada sesi rakaman Aidilfitri Nona dan Wanita Hari Ini (WHI) di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia kini bagaikan baru 'dilahirkan semula' sebagai seorang insan bernama Farawahida.

Sementelah, Farawahida kini secara tidak rasminya sudah bergerak sendiri untuk menentukan corak masa depan hidup dan kerjayanya sebagai penyanyi.

"Selepas kes saya dan dia (Julfekar) heboh diperkatakan, saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk aktif menyanyi.

"Lagipun, saya sekarang ini sedang mengumpul wang untuk menghasilkan single sendiri.

"Kini, saya kena jadi diri saya sendiri dan berdiri di atas kaki sendiri. Saya sudah tidak ada apa-apa dengan dia lagi,'' katanya.

Ujar Farawahida, dalam keadaan yang seakan mencabar kesabaran, keluarga merupakan pihak yang banyak memberikannya semangat untuk terus melalui liku-liku kehidupan.

Tidak tergugat dengan segala dakwaan, jelasnya, selama dilihat tidak sehaluan lagi bersama Julfekar, dia masih memperoleh tawaran mengadakan persembahan.

"Alhamdulillah, tidak ada pula orang yang mencemuh atau mengutuk saya. Banyak juga tawaran persembahan yang saya dapat.

"Apa yang saya boleh simpulkan, kehidupan saya sekarang ini lebih nikmat dengan kata kuncinya ialah kebebasan,'' jelasnya yang mengambil tindakan menyepi seketika sebaik bergelumang dengan permasalahan yang melanda.

Ketika ditanya apakah tidak ada jalan penyelesaian untuknya berbaik semula dengan Julfekar, Farawahida berkata;

"Tidak kira siapa dia, apa pun, dia sudah buat hal dengan saya. Belum masanya untuk kami berbaik semula."

Keyakinan Farawahida

Kata Farawahida yang juga juara Etnik Kreatif untuk lagu Persoalan Cinta di Anugerah Juara Lagu ke-23, Januari lalu, meski dibelenggu dengan kemelut tersebut, dia tetap yakin terhadap kerjayanya di masa hadapan.

"Insya-Allah, saya boleh naik semula. Sekarang ini pun saya sedang memikirkan bagaimana cara untuk memantapkan diri.

"Saya juga akur bahawa akan ada peminat yang larikan diri daripada saya atas apa yang berlaku ini. Insyaallah saya tidak akan putus asa,'' tegasnya yang baru sahaja selesai menjalani rakaman program raya Sinar Lebaran di Singapura.

Ditanya mengenai usahanya untuk menghasilkan single sendiri, Farawahida memberitahu bahawa ada sebahagian peminatnya yang bermurah hati untuk menghantar lagu menerusi Facebook.

"Akan saya teliti lagu-lagu itu. Mungkin juga selepas ini saya akan hasilkan lagu sendiri,'' tambah Farawahida yang merancang untuk pulang ke kampung halamannya di Taiping, Perak pada Aidilfitri nanti.

U-Wei berusaha mencari Nina

U-Wei berusaha mencari Nina


U-WEI (tiga dari kanan) bersama Zalman (dua dari kanan), Sawicki (kiri) dan antara barisan pelakon filem Hanyut di majlis pelancaran Hanyut di Basil Leaf Restaurant, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BERMULA dengan filem penuh kontroversi Perempuan, Isteri & ... dan seterusnya Kaki Bakar, Jogho serta Buai Laju Laju, hasil karya pengarah filem tersohor, U-Wei Haji Shaari sememangnya dikagumi ramai pemerhati dan pengkritik filem.

Sebagai seorang pengarah yang mempunyai karisma, namun, kekuatan filem-filem U-Wei bukanlah bersandarkan kepada keupayaannya semata-mata.

Ini kerana, kehebatan barisan pelakon juga merupakan salah satu faktor penting bagi memastikan sesebuah filem tersebut 'hidup' atau sebaliknya.

Untuk itu, bagi U-Wei, kebanyakan pelakon-pelakon yang pernah dicorakkannya tidak pernah mengecewakan.

Nasir Bilal Khan (Perempuan, Isteri & ...); Khalid Salleh (Jogho); dan Eman Manan (Buai Laju Laju), masing-masing pernah menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1994, 1999 serta 2004.

Lebih membanggakan pada 1998, Khalid Salleh memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 (FFAP43) yang berlangsung di Taipei.

U-Wei sendiri banyak mencipta kemenangan antaranya untuk filem Perempuan, Isteri &... yang menjuarai Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Cerita Terbaik pada FFM 1994.

Beliau kemudiannya mengulangi kecemerlangan di FFM 1999 apabila merangkul anugerah Panca Delima untuk Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik menerusi filem Jogho arahannya yang turut terpilih sebagai Filem Terbaik.

Begitulah penangan U-Wei yang begitu dikenali sebagai pengarah yang cukup berhati-hati dalam penghasilan filemnya.

Kini, selepas menyepi buat seketika waktu, U-Wei kembali ke lembah perfileman negara untuk karya terbarunya berjudul Hanyut.

Diterbitkan oleh Tanah Licin Sdn. Bhd., Hanyut merupakan filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Joseph Conrad iaitu Almayer's Folly.

Almayer's Folly berkisar kisah Almayer, seorang pedagang Inggeris yang berdepan dengan pelbagai suka duka kehidupan di Borneo sekitar kurun ke-19.

Impiannya untuk mencari gunung emas yang belum pasti wujud dan tercabar dengan kerenah isteri, kuasa penjajah, ketua suku kaum dan pedagang Arab serta cinta anak perempuannya, Nina terhadap seorang putera Melayu, Dain Maroola.

Almayer mengahwini seorang wanita tempatan berketurunan Betawi dan ketika Nina mencapai umur 10 tahun, dia dihantar bersekolah di Singapura.

Menurut U-Wei, penggambaran Hanyut akan dijalankan awal tahun depan di Kuala Lipis, Pahang.

Jelasnya, pihak produksi akan membina tiga penempatan di lokasi penggambaran bagi menghidupkan suasana kurun ke-19.

Setakat ini, ujar U-Wei, antara pelakon yang sah akan membintangi Hanyut ialah Khalid Salleh untuk watak Babalatchi, Sabri Yunus (Mahmat) serta dua pelakon ternama Indonesia, Alex Komang sebagai Sayed Rashid dan El Manik (Lakamba).

"Idea menghasilkan filem ini sudah saya lontarkan sejak 10 tahun lalu. Atas faktor kewangan, ia tidak dapat dilaksanakan.

"Skrip semuanya sudah siap. Ia akan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Saya bukannya memfilemkan buku Almayer's Folly tetapi menjadikannya sebagai inspirasi,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Hanyut di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama, Duta Poland ke Malaysia, Eugeniusz Sawicki dan Naib Presiden Kanan, Pemasaran Celcom (M) Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Jelas U-Wei, watak Almayer merupakan watak utama dan pihak produksi telah pun menjalankan sesi uji bakat di Australia bagi mencari mereka yang menepati kehendaknya.

Tanah Licin juga, katanya, sedang mencari beberapa lagi pelakon untuk memegang watak sebagai Nina, Taminah (orang gaji), Mem (ibu Nina), Dain Maroola.

Dain Maroola merupakan seorang putera yang bijak dan tampan. Pemegang watak ini haruslah berusia antara 25 hingga 35 tahun dan mempunyai sosok tubuh yang tegap serta menarik.

Untuk watak ibu kepada Nina pula, wanita Melayu berusia 30 hingga 45 tahun dicari U-Wei manakala Taminah (wanita Melayu lingkungan usia 17 ke 25 tahun).

Siapa Nina?

Sementara itu, U-Wei memberitahu, bagi menghidupkan watak Nina, Tanah Licin kini mencari seorang wanita berwajah Pan-Asia yang memiliki wajah jelita, tinggi lampai dan mempesona. Berusia awal 20-an, katanya, dia tidak kisah andai Nina dilakonkan oleh pelakon baru asalkan pemegang watak itu menepati kriteria yang ditetapkan selain bijak berlakon. Sesi uji bakat akan dijalankan secara online menerusi laman web www.findingnina.com. Caranya ialah dengan menghantar gambar dan video lakonan ke laman web berkenaan atau www.xpax.com.my/gotx yang dijana oleh Xpax. "Akhirnya nanti, saya dan mungkin bersama Sofea Jane akan memilih mereka yang terpilih untuk watak Nina nanti,'' katanya.Lawatan ke Poland

Kata U-Wei yang pernah dikritik hebat dalam Perempuan, Isteri & ... berkata, sekitar Jun lalu, dengan sokongan dan kerjasama Kedutaan Poland di Kuala Lumpur, beliau berpeluang melawat Poland untuk menjalankan kajian terhadap Joseph Conrad. Menurutnya, dalam lawatan ke negara itu, beliau turut berkesempatan bertemu dengan pengarah filem terkenal Poland yang menjadi idolanya, Andrezj Wadja. "Pada usia 83 tahun, kekuatan Wadja menjadi inspirasi kepada saya untuk maju ke hadapan. "Dia adalah mentor saya. Sepanjang 10 hari di Poland, kami banyak berborak dan berkongsi idea tentang filem,'' tambahnya.

Kisah Natrah 'cermin' buat orang Melayu

Kisah Natrah 'cermin' buat orang Melayu

ISTANA Budaya (IB) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, tahun ini menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya.

Sejak sedekad lalu, IB telah menjadi pentas persembahan pelbagai naskhah seni dan budaya tempatan ataupun yang diimport dari luar negara.

Daripada seni pementasan teater dan muzikal tradisional hinggalah kontemporari, IB menjadi medan terbaik dan paling berprestij dalam seni persembahan pentas di negara ini.

Sesuai dengan namanya, IB paling molek mengangkat naskhah-naskhah yang ada hubungkaitnya dalam menterjemah nilai-nilai seni dan budaya yang bertunjangkan masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khususnya.

Natrah misalnya, merupakan naskhah teater terbaru yang akan dipentaskan di Panggung Sari, IB, mulai 17 hingga 25 November ini.

Teater yang bakal diarahkan oleh Erma Fatima itu merupakan naskhah yang cukup relevan untuk dipentaskan di IB sesuai dengan nama, peranan dan prestij IB. Juga dalam konteks persekitaran semasa yang berlaku pada ketika ini.

Biarpun barisan pelakon utama teater itu belum diputuskan lagi, tetapi daripada susur galur kisah Natrah itu, yang pasti banyak unsur tersirat yang boleh diselongkar bagi diketengahkan kepada khalayak.

Kita mungkin tidak terlalu teruja untuk mengetahui siapakah pelakon yang akan melakonkan watak Natrah.

Sebaliknya, ramai yang mungkin tertanya-tanya sejauh manakah naskhah Natrah mampu mengeksploitasi di sebalik kisah gadis Belanda itu bagi mencetuskan suatu nilai pemikiran di minda para penonton?

Kisah cinta lara dan rumahtangga Natrah pada tahun 1950-an yang penuh tragis itu secara kasarnya hanya berada di luar kerangka pengisahannya sahaja.

Namun, di sebalik paparan naskhah itu, ia mampu mengundang pelbagai nilai pemikiran yang tersirat untuk diinsafi oleh orang Melayu pada hari ini.

Isu murtad, krisis identiti, pemartabatan bahasa Melayu, agama Islam, semangat patriotik, kesepakatan dan cintakan bangsa sendiri merupakan antara perkara penting yang boleh ditekankan menerusi teater tersebut.

Kita tidak mahu teater Natrah kelak menjadi sebuah pementasan yang lebih membuai kisah asyik percintaan antara Natrah dan Mansor Adabi semata-mata.

Tugas berat Erma ialah bagaimana mahu membentangkan naskhah itu agar ia mampu mengetuk minda orang Melayu supaya sedar dengan realiti sosial dan politik yang sedang menghimpit mereka pada ketika ini.

Difahamkan ketika ini Erma sedang sibuk memilih pelakon yang akan melakonkan watak Natrah. Tidak dinafikan, pelakon watak utama itu amat penting bagi menghidupkan jalan cerita teater terbaru arahan Erma tersebut.

Beberapa nama pelakon yang mempunyai darah kacukan telah pun disebut-sebut sebagai pendokong watak Natrah. Sayangnya, perkara yang kurang penting seperti itu pula yang lebih heboh diperbualkan ketika ini.

Harus diingat bahawa pementasan Natrah jangan disamakan dengan persembahan muzikal yang lazimnya lebih hanyut dibuai oleh alunan iramanya sahaja. Natrah sebenarnya sebuah naskhah teater yang berat.

Ia berat dan penuh dengan tanggungjawab untuk agama Islam dan bangsa Melayu. Ini adalah naskhah terbitan IB yang terletak di bawah naungan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pementasan ini menggunakan duit rakyat, di mana tentunya ia juga dipentaskan untuk rakyat.

Sejauh mana Natrah atau Maria Bertha Hertogh boleh mencetuskan kesedaran kepada orang Melayu? Bebanan itu tentunya terletak di atas bahu Erma.

Sepatutnya, soal mencari pelakon popular mana yang akan melakonkan watak Natrah menjadi perkara kedua.

Bagaimana dengan skrip teater ini? Adakah Erma mampu menyampaikan mesej-mesej itu menerusi Natrah?

Dalam isu pelakon utamanya pula, yang paling penting pelakon itu mestilah mampu menghayati dan melakonkan watak Natrah dengan berkesan.

Apalah gunanya mengambil pelakon muda yang baru setahun jagung berlakon dan hanya popular dengan kisah-kisah sensasi melakonkan watak tersebut? Bimbang nanti, lakonan entah ke mana, mesejnya pun entah ke mana.

Para penonton yang mengetahui latar kisah Natrah tentunya tidak kisah siapakah pelakon utama teater itu.

Sebabnya, Natrah bukanlah sebuah naskhah hiburan berkonsepkan penglipurlara, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah pementasan yang boleh dijadikan 'serampang dua mata' untuk menguatkan lagi kesedaran orang Melayu pada hari ini.

Erma yang juga penulis skrip Natrah haruslah lebih berani dan kreatif menekankan intipati maksud tersirat yang terdapat dalam kisah tersebut.

Antara persoalan penting yang harus kita sama-sama fikirkan daripada teater Natrah kelak ialah, berapa ramai lagikah insan seperti Natrah yang akan menjadi mangsa keadaan seperti itu?

Sudahkah kita bersedia dan rela kehilangan lebih ramai Natrah? Watak Natrah secara simbolik menggambarkan kealpaan bangsa Melayu dalam mempertahankan agama mereka.

Kurangnya kesedaran kita terhadap persekitaran yang sedang berlaku termasuklah percaturan politik yang merugikan sesama Melayu, sikap keterbukaan sosial yang melampau-lampau merupakan antara 'penyakit' yang menyebabkan tragedi seperti itu tidak mustahil akan berlaku lagi pada masa depan.

Justeru, Natrah merupakan sebuah naskhah yang bukan sahaja berat untuk digalas oleh Erma dan IB.

Malah, ia juga menagih penghayatan yang tinggi buat kalangan audiensnya. Sama ada para penonton 'mendapat sesuatu' daripada Natrah atau tidak, ia adalah penanda aras kejayaan pementasan itu kelak.

Mengenang pahlawan keroncong nusantara

Mengenang pahlawan keroncong nusantara


ALLAHYARHAM Wawang Wijaya


SENIMAN yang mahu diceritakan kisahnya ini barangkali namanya tidak sesohor seniman-seniman lain yang kita kenali. Namun, kekebalan jiwanya terhadap kesenian keroncong membuatkan Wawang Wijaya muncul sebagai satu-satunya pemuzik tersohor yang tiada tolok bandingnya di rantau nusantara.

Percayalah bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia kurang kenal siapa itu Wawang Wijaya.

Andai yang mengenali seniman ini sekalipun, mereka barangkali, orang-orang yang pernah rapat dengan beliau, individu yang pernah berguru dengannya atau penonton dan peminat setia beliau.

Sayang sekali, Wawang sudah tiada lagi di muka bumi ini untuk terus mengalunkan muzik keroncong yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Bahkan, kerugian besar dapat dirasakan oleh para karyawan muzik muda khususnya serta pengkaji-pengkaji muzik Melayu kerana di dada Wawang sarat dengan ilmu yang boleh mengajak kita untuk sama-sama meningkatkan apresiasi terhadap kesenian muzik serantau umumnya dan tentunya keindahan muzik keroncong.

Justeru, perlu dijelaskan, artikel ini ditulis dengan satu harapan iaitu mengajak khalayak seni untuk mengenang satu-satunya pahlawan keroncong yang ketika hayatnya memilih untuk hidup tanpa cahaya kemilau glamor.

Berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa kenalan Allahyarham, beliau lebih banyak memberi tumpuan terhadap kerja-kerja kesenian seperti memenuhi undangan bermain muzik di acara-acara yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan negara.

Wawang juga sangat gemar berkongsi ilmu dan , mengajar dan mengasah bakat anak-anak muda dalam muzik keroncong serta mengajar di pusat-pusat pengajian tinggi selain diundang memberikan ceramah mengenai keroncong adalah keutamaannya.

Sebetulnya, pengaruh lelaki yang dilahirkan di Jogyakarta, Indonesia pada penghujung era penjajahan Jepun sangat besar dalam perkembangan muzik keroncong di rantau ini.

Lalu, bukan sesuatu yang mengejutkan pemergian Wawang ke rahmahtullah pada 25 Jun lalu sehingga kini dan selamanya akan terus dikenang di kalangan rakan-rakan rapat serta sebilangan besar tokoh-tokoh kenamaan negara yang sering dihiburkan oleh seniman yang berasal dari negara jiran itu.

"Saya pasti akan merindui beliau. Allahyarham banyak membantu saya mengasah bakat dalam bidang nyanyian khususnya lagu-lagu keroncong.

"Sebagai seorang guru, banyak ilmu dan nasihat Allahyarham yang akan menjadi bekalan buat saya selama-lamanya," ujar si cilik Jamilah Abu Bakar, 14, salah seorang anak murid yang sangat dikasihi Allahyarham Wawang.

Hubungan Wawang dengan Jamilah bukan sekadar hubungan guru dan anak murid, sebaliknya, Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun sudah seperti saudara kandung.

Masakan tidak, keluarga Jamilah khususnya ayah dan ibunya, Abu Bakar Ismail serta Kamariah Che' Soh sudah begitu akrab dengan Allahyarham sementelah Wawang sebatang kara di Malaysia.

"Oleh kerana beliau bersendirian di sini, maka kami antara yang mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham.

"Cuma, saya serta isteri dan Jamilah agak sedih dan ralat kerana tidak berada di sisi semasa beliau menghembuskan nafas terakhir," kata Abu Bakar kepada Hits dalam satu pertemuan dengan beliau baru-baru ini.

Kesedihan Abu Bakar ada sebabnya kerana Wawang disedari meninggal dunia sendirian di kediamannya di sebuah apartmen di Apartmen Lestari, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor oleh polis yang memecah masuk pintu rumahnya.

Beberapa jam sebelum meninggal dunia, Abu Bakar ada menerima panggilan telefon daripada Allahyarham memaklumkan kelas muzik keroncong Jamilah terpaksa dibatalkan memandangkan beliau kurang sihat.

Itulah perbualan terakhir antara Abu Bakar dengan Allahyarham.

Sebetulnya persahabatan antara Abu Bakar sekeluarga dengan Allahyarham Wawang bermula pada 2007 pada acara Festival Pertandingan Akhir Keroncong Remaja Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam.

Mengimbas kenangan silam itu, Abu Bakar berkata, pada malam itu Jamilah yang baru berusia 11 tahun dijemput sebagai penyanyi undangan menyampaikan dua buah lagu keroncong, Stambul Baju Biru dan Sate Kajang.

"Kami diperkenalkan kepada Wawang oleh tokoh pemuzik keroncong tanah air, Abdullah Safri. Tertarik dengan persembahan nyanyian Jamilah, Wawang menawarkan diri untuk melatih anak saya," kata Abu Bakar bercerita detik permulaan perkenalan dengan Allahyarham Wawang.

Kasih sayang sebagai seorang guru terhadap anak muridnya terpancar pada peribadi Allahyarham yang begitu mengagumi minat Jamilah kerana jarang sekali Wawang bertemu dengan si kecil yang mempunyai kecenderungan pada muzik keroncong.

Keakraban itu juga membuatkan Wawang menganggap Jamilah seperti anak kandungnya sendiri dan memanggil anak muridnya itu dengan panggilan Puteri.

"Jamilah dan Wawang juga sering bersama-sama memenuhi undangan persembahan di banyak tempat," kata Abu Bakar menyambung perbualan.

Biarpun jasad Wawang sudah tiada lagi, namun dalam diri Abu Bakar dan Jamilah terutamanya, kekentalan semangatnya, ketabahannya menghadapi pancaroba kehidupan seorang diri tetap bersemadi dalam sanubari mereka.

Mengimbas kembali fasa kehidupan Wawang, apa yang perlu khalayak ketahui mengenai seniman ini ialah beliau didedahkan dengan muzik keroncong melalui datuknya.

Ke mana destinasi

Pada tahun 1977, Wawang berhijrah ke Kuala Lumpur dan semenjak itu, Wawang aktif dengan kumpulan keroncong O.K. Malindo (sebuah kumpulan keroncong dari Melaka yang dianggotai oleh pemuzik-pemuzik keroncong Indonesia dan Malaysia).

Selang tujuh tahun, Wawang ditawarkan sebagai pensyarah keroncong Indonesia di Universiti Teknologi Mara dan pada tahun 1995 di Universiti Sains Malaysia.

Allahyarham juga antara pengasas Orkes Keroncong Putra Malaysia yang pernah diundang mengadakan persembahan di Belanda pada tahun 2003 dan 2005.

Ketika di sana juga, Allahyarham bersama rombongan yang lain mengadakan persembahan di Den Haag.

Dalam satu tulisan beliau, Allahyarham pernah menyuarakan kebimbangan terhadap minat dan kecenderungan masyarakat terhadap muzik keroncong yang sudah semakin pudar.

Paling utama, Allahyarham Wawang ada mempersoalkan ke mana destinasi masa depan muzik keroncong seandainya minat dan kecenderungan generasi muda terhadap genre muzik itu sudah berakhir.

Kini, Wawang Wijaya pula sudah tiada lagi untuk membantu memasyhurkan muzik yang begitu sinonim dengan kehidupannya.

Jika berpegang pada kebimbangan yang disuarakan Allahyarham Wawang, apakah ini bermakna satu hari nanti, kita terpaksa mengucapkan salam perpisahan pada muzik keroncong?

Konsert kali ke-4 Pop Shuvit di Jepun

Konsert kali ke-4 Pop Shuvit di Jepun


SAMBUTAN para peminat di Jepun menyebabkan Pop Shuvit sering mengadakan persembahan di sana.


JIKA tiada sambutan daripada para peminat di Jepun, kumpulan rapcore terkenal tempatan, Pop Shuvit tidak mungkin akan mengadakan lagi konsert bergerak terbaru mereka di negara matahari terbit itu mulai 28 Ogos ini.

Kumpulan yang dianggotai oleh Moots! selaku vokalis, DJ Uno (turntable), JD (gitar), AJ (bass) dan Rudy (dram) itu membuktikan mereka kini semakin diterima oleh ramai peminat selepas tiga kali mengadakan konsert bergerak di sana.

Menurut DJ Uno atau nama sebenarnya Syazleey Zalsyam, 28, menerusi konsert Gangima Nite Tour 2009 itu mereka akan mengadakan tiga konsert iaitu masing-masing di Nagoya pada 28 Ogos ini, Osaka (29 Ogos) dan Tokyo (30 Ogos).

"Ini adalah konsert bergerak kali keempat Pop Shuvit di Jepun seleps kali pertama diadakan pada tahun 2005 diikuti 2006 dan 2007. Cuma pada tahun lepas sahaja kami tidak berkunjung ke Jepun kerana ada konsert lain.

"Pada tahun lalu kami sibuk mengikuti kumpulan My Chemical Romance dalam konsert bergerak mereka di Asia. Kami merupakan artis undangan mereka pada konsert di Manila, Filipina dan Hong Kong," katanya kepada Hits.

Melonjakkan nama

Konsert Gangima Nite Tour 2009 itu merupakan kesinambungan atas sambutan para peminat Pop Shuvit dan juga rakan-rakan mereka di Jepun yang banyak membantu melonjakkan nama mereka dalam persada muzik selama ini.

DJ Uno tidak menafikan sambutan yang cukup memberangsangkan itu secara tidak langsung memberi kepercayaan kepada syarikat telekomunikasi Celcom menaja Pop Shuvit bagi menjayakan konsert bergerak tersebut.

"Sebelum ini konsert bergerak kami di Jepun kami usahakan sendiri, tetapi kali ini Celcom telah bersetuju menajanya. Kami telah bekerjasama dengan Celcom menjayakan peraduan Gox, Got Friends di laman web mereka baru-baru ini.

"Seorang pemenang bertuah telah dipilih mendapat dua tiket bagi mengikuti kami pada konsert bergerak yang akan diadakan di Jepun pada minggu ini. Peraduan itu dijalankan selama dua minggu di mana ia ditaja oleh Celcom.

"Konsert ini bukan setakat membuktikan sambutan para peminat kami di Jepun yang semakin bertambah tetapi juga kepercayaan syarikat seperti Celcom terhadap genre muzik yang kami ketengahkan ini selama ini," ujarnya.

Jelas DJ Uno, sambutan para peminat di Jepun katanya dapat dilihat berdasarkan jualan album sulung mereka terbitan EMI berjudul Take It 'N Shuvit yang berjaya dijual hampir 50,000 unit biarpun tanpa promosi meluas di sana.

Sempena dengan konsert Gangima Nite Tour 2009 itu, kumpulan berasal dari Kuala Lumpur itu juga tidak akan melepaskan peluang mempromosikan album single terbaru mereka berjudul Oh Sizuka.

"Sewaktu di Jepun kami akan mengadakan konsert bersama beberapa kumpulan tempatan yang terkenal di sana seperti Uzumaki dan Rize. Kawan-kawan kami di sana banyak membantu memperkenalkan nama kami selama ini.

"Biasanya dalam satu-satu persembahan yang kami adakan di sana ia ditonton sekitar 1,000 hingga 2,000 penonton. Setiap kali mengadakan konsert di sana, persembahan Pop Shuvit akan dirakamkan dalam bentuk video.

"Selepas itu, kami akan mengedarkan hasil rakaman video itu kepada stesen-stesen televisyen seperti Channel V dan 8TV untuk ditayangkan kepada umum," katanya yang akan berada seminggu di Jepun sempena konsert itu.

Tambah DJ Uno, buat masa ini Pop Shuvit bergerak aktif dalam bidang muzik menerusi syarikat mereka sendiri iaitu Shuvit Management, manakala urusan edaran album pula akan dilakukan oleh Universal Music Sdn. Bhd.

Diddy Hirdy : Belum mahu tayang tunang

Belum mahu tayang tunang




SIAPA kata hubungan pertunangan Diddy bersama tunangannya, Ellen Norazah Abdullah, 24, sudah retak menanti belah sebelum sempat mereka ke jenjang pelamin?

Tuan empunya diri, Diddy sendiri membuka mulut bahawa ikatan pertunangannya masih kukuh bahkan semakin matang, cuma hari bahagia mereka sahaja yang belum diputuskan tarikhnya.

"Masih, kami masih bertunang dan dia (Ellen) ada di Kuala Lumpur. Kami selalu berjumpa dan hubungan kami masih berjalan seperti dulu," ucap Diddy ringkas.

Selain menjawab pelbagai spekulasi dilontarkan pada hubungan pertunangannya, sama seperti lirik lagu terbaru penyanyi itu, Biar Diddy Sambung, ia sekaligus menjelaskan sesungguhnya belum ada jawatan kosong untuk hati Diddy mencari pencinta baru.

Bahkan, masih berpegang kepada prinsipnya, Diddy, 24, seboleh-boleh tidak mahu menayangkan gambar tunangnya di media, di dada akhbar, majalah mahupun media elektronik.

Kata Diddy, tunangannya bukan selebriti mahupun artis, biarlah dia berada di belakang tabir sahaja. Janji Diddy kepada media, apabila sah bergelar suami isteri nanti, barulah mereka bersedia untuk merakamkan gambar bersama.

Sudah namanya bergelar artis, Diddy tidak lokek ketika soalan berbaur peribadi dibawa mengisi wawancara biarpun hajat pertemuannya bersama media sebenarnya untuk bercerita perkembangan terbaru tentang karier.


DIDDY menghasilkan album penuh bertajuk Lelaki Atas Awan yang kembali melonjakkan namanya di persada seni.


"Masa bertunang, ikut perancangan asal kami tidak akan ambil masa yang lama untuk berkahwin, tapi masuk tahun ini, sudah tiga tahun kami bertunang dan sampai sekarang belum diputuskan bila kami akan berkahwin.

"Ellen tidak pernah mendesak tetapi sebagai lelaki saya faham perasaannya, dia seorang wanita dan tidak ramai wanita yang sanggup menunggu lebih lama. Bila dah tetap tarikhnya nanti, saya akan beritahu," janji Diddy lagi kepada semua media.

Diddy cuma mengangguk dan tersenyum saat diusik bermacam persoalan tentang perancangan perkahwinannya. Bukan soal jodoh, cinta atau kahwin yang ralit menjadi bahan bicara Diddy, sebaliknya tumpuan pemuda tinggi lampai itu tempoh terdekat ini adalah kepada karier.

Biarpun sukses kariernya di persada seni tidaklah melantun hingga ke bintang, namun tidak mustahil, ada ketika lonjakannya mungkin mencecah awan.

Itu dimensi letaknya jejak penyanyi yang mahu dikenali sebagai Diddy Hirdi ketika ini. Bertahun-tahun program yang melahirkannya, Akademi Fantasia musim keempat ditinggalkan, Diddy kini selesa dengan imej, penerimaan serta kewujudannya di tengah-tengah atmosfera muzik yang banyak ragamnya ketika ini.

"Selepas keluar daripada AF, saya sedar karier nyanyian saya tidaklah terlalu 'meriah' tetapi ada peningkatan dan tidak statik.

"Saya selalu mahu tingkatkan kemampuan. Selain belajar main gitar dengan abang kandung saya, ada juga saya berjinak-jinak dengan lakonan. Jadi dari situ, penonton TV akan sedar bahawa saya masih wujud.

"Lebih penting adalah penghasilan single. Itu produk penting bagi artis seperti saya untuk terus berada dalam industri," getus Diddy yang semakin melonjak dengan single terbarunya, Biar Diddy Sambung yang sedang hangat diputarkan di corong radio.

Ibarat penyambung kepada kemunculannya dengan lagu Hilang yang popular sebelum ini, Biar Diddy Sambung yang menggunakan khidmat Cat sebagai komposer membuktikan percubaan Diddy untuk lebih peka terhadap kemahuan deria dengar peminat dan trend muzik semasa.

"Hasil idea Cat, katanya lagu itu akan lebih manis kalau ada elemen featuring, maka terbentuk Biar Diddy featuring Wangi. Alhamdulillah, penerimaan pendengar memberikan semangat kepada saya," jelas Diddy ketika ditemui dalam satu majlis santai pradengar single ketiganya untuk tahun 2009, Lelaki Atas Awan di ibu negara, baru-baru ini.

Kata Diddy, ada sesuatu yang menarik perhatiannya terhadap lagu Lelaki Atas Awan. Berbeza dengan Hilang, Diddy dan pengurusnya Badrul Hashim menggelarkan konsep balada yang menjadi pilihannya kali ini sebagai balada gembira.

"Kita mahu cuba kelainan berbanding Hilang. Walaupun balada, Lelaki Atas Awan masih sebuah balada yang gembira, bukan balada kecewa, sedih atau pilu," kata Badrul atau lebih mesra dengan panggilan Bard di kalangan media.

Bagi Diddy pula, lagu yang lirik ditulis oleh Abie Abdullah itu seolah-olah membayangkan siapa diri Diddy ketika ini.

"Ia berkisarkan perasaan dan situasi seorang lelaki yang merasakan dirinya sudah dilengkapi dengan semua perkara, cinta dan karier. Dia puas dan sedang bahagia dengan hidupnya," tambah Diddy berterus-terang.


SEJAK dari awal kemunculan sehingga ke hari ini, Diddy kekal dengan imej bersih dan mengelak daripada kontroversi.


Bakal diluncurkan ke stesen-stesen radio selepas Aidilfitri nanti, penghasilan single-single termasuklah Biar Diddy Sambung, Lelaki Atas Awan serta single terdahulu Sudah, merupakan strategi Diddy untuk tampil dengan sebuah lagi album studio keduanya, selewat-lewat hujung tahun nanti.

Memandangkan album agak sukar menjana wang, dari satu segi, kesungguhan serta kesanggupan Diddy dan Bard berdepan risiko kerana sanggup berbelanja lebih untuk penghasilan sebuah album penuh, bukan mini album atau sekadar single wajar dipuji.

"Terus-terang saya katakan, album pertama Diddy bukannya boleh buat duit sangat sebab peminat sekarang lebih gemar lagu yang dimuat turun menerusi Internet.

"Tapi kami masih percaya bahawa album adalah satu rakaman yang boleh disimpan lama dan setiap artis ada cara tersendiri untuk menghargai penerimaan peminat. Bagi saya dan Diddy kami memilih untuk membalas penghargaan peminat dengan album sebagai hadiah, tapi hadiah yang kena keluarkan belanja sendiri," jelas Bard.

Menariknya, demi peminat yang masih menyokong perjalanan karier Diddy, Bard merancang untuk tidak mengambil kira lagu sebaliknya hanya kos percetakan dan pembikinan dalam menetapkan harga jualan kaset atau CD album terbaru Diddy nanti.

Seperkara lagi yang ditekankan Diddy dan Bard, penghasilan album kedua kali ini juga dilakukan secara lebih teliti dan berhati-hati. Tujuannya adalah membaiki segala kelemahan yang dikenalpasti sewaktu album pertama dihasilkan.

"Single pertama, Sudah yang dihasilkan secara kolaborasi oleh Audi Mok, Nurfatimah dan Diddy sendiri ambil dua bulan untuk selesai rakaman.

"Dulu Diddy baru nak naik, jadi artis baru kena cepat-cepat ada produk atau album untuk dipromosikan. Lagu Lelaki Atas juga ambil masa selama dua bulan untuk disiapkan," jelas Bard lagi.