CAK: Betul ke Yuna buat hal lagi?
DULU pernah kecoh cerita penyanyi dan komposer baru, Yuna, suka membatalkan sesi fotografi bersama media pada saat akhir. Macam-macam alasan diberi sampaikan ada yang tidak masuk akal.
Dia juga dikatakan gemar mengelak dan sukar memberi kerjasama kepada teman media. Bila cerita itu menjadi buah mulut ramai, Yuna tampil memberi penjelasan dia bukan seperti digambarkan.
Jika ada kelapangan, dia tidak akan menolak permintaan teman media.
Bagaimanapun, baru-baru ini CAK dengar Yuna sekali lagi buat perangai bila membatalkan janjinya dengan Astro.
Sepatutnya Yuna menyanyi pada majlis sidang akhbar Indahnya Ramadan, Selasa lalu, tetapi memaklumkan pada penganjur tidak dapat hadir kerana terikat dengan persembahan di Kuantan.
Yang bikin orang marah, perkara itu dimaklumkan pada sebelah pagi hari dan majlis berlangsung pada petangnya. Kelam kabut dibuatnya, sedangkan sehari sebelum majlis Yuna berjanji akan menyanyi.
Kenapa tiba-tiba bagi alasan ada persembahan di Kuantan, kononnya sudah lama berjanji dengan penganjur di sana. Kalau ikutkan, sudah sebulan dia bersetuju dengan tawaran Astro.
Apa dah jadi Yuna, takkan suka-suka hati tabur janji di sana sini kot? Kan dah jadi masalah bila ada pertindihan jadual. Tak pasal-pasal nama sendiri juga yang busuk. Mungkin Yuna boleh jawab hal ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment