CAK: Kejut guna kaki
KISAH ini dilayangkan khas buat CAK daripada seorang teman yang sudah lama bergiat dalam industri. Dia kasihan dengan nasib bekas pelajar AF7 yang diperlakukan seperti budak hingusan oleh seorang pengurus artis.
CAK difahamkan, pengurus itu bukan main kekwat dan berlagak bagus, walhal dia baru saja diambil bekerja. Ketika penggambaran sebuah program raya, pengurus ini sesuka hati memarahi bekas pelajar AF7.
Ada saja yang tak kena di mata, tak boleh silap sikit, mesti naik hantu. Ramai tidak puas hati dengan pengurus artis ini, termasuk Hafiz.
Punyalah kurang ajar sampai dia tergamak mengejutkan seorang pelajar lelaki menggunakan kaki. Main sepak je badan pelajar. Hinanya... kot ya pun nak tunjuk kuasa, gunalah cara lebih murni.
Selepas kejadian itu semua bekas pelajar AF7 boikot pengurus artis itu. Baru padan muka, belum apa-apa lagi dah berlagak macam sudah lama dalam industri. Macam mana orang nak hormat? Patutnya orang macam ni masukkan dalam kelas tatatertib dulu.
Lebih sengsara bila penggambaran di Melaka dikatakan dilakukan oleh produksi yang tidak profesional. Masa bekas pelajar AF7 banyak terbuang di lokasi. Sudahlah terpaksa menunggu lama, pengarah pula banyak kerenah.
CAK difahamkan, pengarah itu syok sendiri, habis kaum kerabatnya terbabit dalam penggambaran itu. Sudahlah katering pun milik saudaranya, isterinya pun ikut campur tangan. Suka sangat menyibuk, sekali pandang dah macam puan pengarah.
Teman yang menyampaikan cerita ini bukan apa, dia bimbang program raya itu syok sendiri. Sudahnya nanti, program itu jadi bahan lawak penonton. Lagipun, kasihan sangat budak-budak AF7 tu!
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment