Gayah Gebu: Tiga dara bosan
BARU minggu lalu Gayah membebel mengenai dua artis yang sekarang semua orang tahu ada hubungan cinta sampai dah bercakap soal kahwin. Minggu ini Gayah terbaca pula mengenai kisah seorang artis dan seorang selebriti yang lebih kurang sama kesnya dengan dua artis berkenaan.
Bezanya si artis dan selebriti itu belum mengaku ada hubungan istimewa. Namun, memberi gambaran ‘kebahagiaan’ mereka. Paling ketara, baru-baru ini diuar-uarkan si anak kepada selebriti itu suka artis terbabit. Suka artis itu menjadi ibu mereka.
Hmmm... ini sudah masuk episod baru nampaknya. Walaupun belum mengaku, kenyataan terbaru mereka memberi satu lagi persepsi. Selepas ini apa pula agaknya.
Baguslah kalau anak sudah suka. Cuma, sebagai wanita, Gayah nak tegurlah sikit artis wanita itu.
Tidak terfikirkah apa yang kau katakan akan membuatkan satu lagi pihak terasa. Sudahlah dia terkontang-kanting sendirian membesarkan anak, kau pula cakap anak dia nak kau jadi ibu.
Memanglah itu kebenarannya, tetapi cubalah fikir perasaan orang lain. Sudahlah masih belum mahu mengaku, cara kau cakap memberi gambaran kau kini bahagia dengan bekas suaminya. Berpada-padalah Minah oiii!
Kisah kau baru nak reda, tetapi kau timbulkan persoalan lagi. Paling membosankan, asyik beri jawapan sama jika ditanya mengenai arah tuju hubungan mereka. Iskhhh... ikutkan hati, Markonah Tonggek, Mimi Ranggi dan Esah Bulat serta Gayah nak sangat jumpa kau, tanya sendiri sampai mengaku.
Apa pun, tidak mengapalah. Seperti Gayah selalu katakan, kebenaran akan terserlah jua akhirnya.
Hmm... ketika ini nampaknya sudah ada dua artis berstatus anak dara yang berdepan kontroversi hampir sama, masih berteka-teki bila akan disatukan. Oppss... baru Gayah ingat. Kalau ikutkan. bukan dua tetapi tiga sebenarnya.
Artis ketiga ini turut mencetuskan kontroversi sama. Didakwa menjadi punca kepada perceraian seorang artis. Entah berapa kali dia kata sudah ada pilihan hati dan mahu berkahwin. tetapi masih merahsiakannya. Membosankan!
Sudahnya si Sherry Gomak yang tak sayang mulut itu secara spontan menggelarkan mereka ‘tiga dara bosan’. Lantak koranglah!
Sebelum berundur, Gayah nak bercakap mengenai dua artis berstatus janda. Dua artis ini Gayah tak tahulah nak cakap apa. Makin lama makin singkat pula pakaiannya.
Memanglah korang terkenal dengan imej seksi dan mekap tebal, tetapi sekali lagi Gayah katakan, berpada-padalah. Perlu diingat, ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah.
Sekarang, orang memang suka, terutama lelaki mata keranjang, tetapi lama kelamaan tak mustahil orang menyampah. Ketika itu, nak singkatkan lagi pakaian? Kalau begitu, itu sudah tahap ‘lorong belakang’ namanya. Jumpa lagi minggu depan.
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment