Sunday, August 9, 2009

Kempen Lagu Berduit Suria FM : Peluang rebut RM50,000 hanya dengan satu SMS

Peluang rebut RM50,000 hanya dengan satu SMS

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Engku Emran

HANYA satu SMS (khidmat pesanan ringkas), anda mungkin peminat bertuah yang akan menerima RM50,000! Kempen Lagu Berduit Suria FM anjuran stesen radio, Suria FM kini menawarkan hadiah wang tunai lebih lumayan. Daripada RM500 dan RM1,000, kini hadiahnya naik berganda kepada RM50,000.

Kempen Lagu Berduit Suria FM berlangsung dari 20 Julai hingga 16 Ogos ini menghendaki pendengar meneka judul lagu yang diputarkan Suria FM. Setiap hari sebuah lagu diputarkan di slot yang berbeza. Sebaik mendengar lagu diputarkan sepenuhnya di Suria FM, pendengar hanya perlu SMS dengan menaip, SuriaLB hantar ke 33080.

Talian SMS akan dibuka selama 20 minit sebaik saja lagu berduit ke udara. Pendengar bertuah akan dihubungi oleh penyampai radio dan mereka perlu menjawab panggilan dalam masa lima saat, kemudian berikan judul lagu yang ke udara.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, berkata sehingga kini, RM30,000 sudah diberikan kepada 45 pendengar yang berjaya memenangi wang tunai RM500 dan RM1,000 setiap seorang dalam tempoh 15 hari sejak kempen berkenaan bermula pada Isnin, 20 Julai lalu.

"Kami terkejut dengan sambutan yang diterima, malah sehingga hari ini, kami menerima hampir 60,000 penyertaan menerusi SMS. Bukan hanya penyampai radio berdepan dengan pelbagai kerenah pendengar, malah kakitangan Suria FM lain turut berdepan dengan masalah pendengar yang begitu teruja untuk merebut peluang keemasan memenangi ‘durian runtuh’ duit raya yang ditawarkan oleh One Drop Perfumes.com dan Suria FM.

"Pejabat Suria FM turut dihujani panggilan telefon yang tidak henti-henti, malah ada yang menggunakan daya kreativiti tersendiri untuk memujuk penyampai Suria FM bagi mengetahui waktu ‘lagu berduit’ itu ke udara. Antaranya, seperti yang dilakukan oleh Maziah Ahmad dari Kajang, Selangor yang sanggup datang ke pejabat Suria FM dengan membawa makanan seperti karipap dan kek untuk menjamu penyampai Suria FM.

"Kempen ‘Lagu Berduit Suria FM’ kini semakin rancak diperkatakan selain di facebook Suria FM, ia turut menjadi bualan di portal hiburan antaranya manggaonline, zonartis.com, emenang.com, budiey.com, cari.com, selain menerusi beberapa laman blog seperti rockybru.com.my, nursamad.blogspot.com dan lain-lain," katanya.

Engku Emran berkata, kempen berkenaan memberi peluang kepada pendengar memenangi wang tunai dengan cara paling mudah dan membolehkan pendengar Suria FM memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM100,000 yang ditawarkan oleh One Drop Perfumes.com. dan Suria FM.

"Selepas tiga minggu, kami tidak lagi menawarkan hadiah wang tunai RM500, sebaliknya tawaran dinaikkan kepada RM1,000 setiap kali ‘lagu berduit’ diputarkan sepenuhnya setiap hari. Menariknya, sehingga kini, hadiah RM50,000 yang ditawarkan untuk seorang pendengar Suria FM yang bertuah masih belum berjaya dimenangi.

"Jadi untuk memenangi wang RM1,000 dan RM50,000, pendengar perlu dengar segmen pagi, breakfast@suria bersama Tuah Zoqarnain & Zizi jam 8 pagi, setiap hari untuk mengetahui apakah lagu berduit yang dipilih untuk hari berkenaan. Keterangan lanjut, bolehlah melayari www.suriafm.com.my," katanya.

No comments: