Sunday, August 9, 2009

Finalis bintang realiti 'ratu arak & lesbian'

Finalis bintang realiti 'ratu arak & lesbian'

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

Bintang program realiti (kanan) bangga mempamer botol arak.

TERBELIAK biji mata Zubir apabila menerima dua set e-mel daripada 'sumber berani mati' yang tidak pernah jemu menyalurkan maklumat dan foto sensasi untuk dihebahkan menerusi ruangan ini.

Senario gadis remaja bersosial keterlaluan sebelum diri bergelar selebriti apabila menyertai mana-mana pertandingan hiburan atau memasuki program realiti, pasti memakan diri sendiri apabila foto seksi dan aksi mencolok mata mereka disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi internet.

Justeru, hal yang sama dilaporkan berlaku kepada finalis sebuah program realiti popular apabila beberapa keping foto tak senonohnya sedang asyik berhibur di pusat hiburan sambil memegang botol minuman keras dan melakukan aksi terlampau - cium mulut dengan pasangan sesama jenis, kini sedang disebarkan secara meluas di laman web hiburan.

“Hebat dan mantap! Mungkin inilah kriteria personaliti yang dicari-cari selama ini. Sopan santun, ayu dan berbudi pekerti. Kesemuanya ada pada diri gadis ini ketika sesi memperkenalkan dirinya sebagai peserta program realiti berkenaan. Sekalipun dibesarkan dalam persekitaran metropolitan, dia mendakwa tidak pernah melupakan asal usulnya yang dibesarkan dalam keluarga Melayu.

Bakal bergelar artis, tapi foto kontroversi lesbiannya kini tersebar.

“Kata finalis itu lagi, dia memahami dan mempraktikkan cara hidup serta adat budaya orang Timur. Jika dilihat daripada tutur kata dan manis wajahnya berbaju kurung, muka pula ala baik bak seorang ustazah, memang berbaloi dibuat menantu! Namun, semua itu hanya lakonan semata-mata sebab nak masuk TV, tak lama lagi nak jadi artis. Namun, kehidupan sebenarnya, ‘hampeh’!,” kata sumber.

Sebagai bukti, lihat saja pakaian finalis ini ketika bersosial bersama teman, memang tak cukup kain. Pegang botol minuman keras berjenama mahal dengan rasa bangga dan bongkak, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya. Bukan itu saja, finalis program realiti ini juga dikatakan mengamalkan cara hidup songsang apabila dengan rakusnya dan begitu teruja melakukan aksi cium mulut dengan pasangan sesama jenis, lesbian!

Justeru, sememangnya bakal bintang program realiti ini layak diberi gelaran ‘Ratu Arak & Lesbian’!

Bagi Zubir, dia seharusnya menyalahkan dirinya sendiri apabila tersebarnya foto panas berkenaan. Itulah orang lain pun bergembira, tapi sentiasa berwaspada. Kalau dah tahu tak boleh kawal diri apabila fikiran sudah dikuasai pengaruh alkohol, janganlah bawa masuk kamera kompak atau telefon bimbit ke pusat hiburan kerana gambar kontroversi seperti inilah yang boleh dijadikan ‘senjata’ oleh musuh dalam selimut!

ZUBIR: Aktres jelita sanggup masak laksa kegemaran si jantung hatinya, tapi apabila ditanya betul ke sedang bercinta, asyik mengelak saja.

No comments: