CAK: Lagi artis kena buatan
MASYARAKAT kita, baik Melayu atau mana-mana kaum, masih tidak lekang dengan mainan ilmu hitam atau makhluk halus. Ramai yang percaya, malah tidak kurang juga yang tidak yakin dengan kewujudan mereka. Apa-apapun, semuanya makhluk Allah.
Begitu juga dengan dunia hiburan yang sering CAK dengar kisah ‘seram’ sehingga ada produser menjadikan isu ini sebagai subjek filem dan drama terbitan mereka.
Tidak kurang juga yang mengaplikasinya di luar filem. Soal ‘mandrem’ atau guna-gunakan orang antara yang biasa kita dengar. Macam yang CAK dengar mengenai seorang pengacara dan penyanyi ini yang sekarang menderita kehilangan suara.
Hampir seminggu suaranya hilang. Ketika CAK hubunginya awal minggu ini, suaranya memang serak, ingatkan sakit tekak. Bercakap pun dengar tak dengar, hinggalah kami lebih selesa berhubung melalui SMS.
“Memang aku sakit tekak, tetapi tak pernah sampai tak ada suara langsung macam ni,” tulisnya dalam SMS.
Jumpa doktor, cuma diberi ubat antibiotik dan sakit tekak. Namun katanya, sakit yang berpanjangan itu ada kaitan dengan ‘buatan orang’. Mulanya dia tidak percaya tetapi selepas diyakini oleh beberapa orang yang rapat dengannya, baru dia mengangguk.
Bagaimanapun, artis ini tidak mahu mengesyaki sesiapa, biarpun pengamal ilmu pawang ini ada memberi klu empunya pembuat angkara.
Katanya lagi, orang itu pernah menjadi kawannya dan sekarang iri hati dengan tawaran persembahan pentas yang semakin lebat diterimanya. Rakan artis pembuat angkara itu dikatakan kecil hati dengannya hanya kerana dia menolak ajakan ‘kawan’ itu menyertai bisnesnya. CAK pun tak faham dengan mainan dunia ini. Hal kecil pun boleh sampai begitu.
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment