Pelakon, pengarah berpeluk?
KALAU Raja sebut nama pelakon seorang ini, rasanya seantero Malaya mengenalinya. Malah sejak dulu, si pelakon memang terkenal dengan sikap cerewet, garang dan bengis ketika bekerja.
Saya mendapat e-mel daripada seorang peminat yang bercerita perihal si pelakon. Sejauh manakah kebenarannya, Raja tak pasti tetapi masakan tiada angin pokok akan bergoyang?
Khabarnya pelakon itu terbabit dalam sebuah projek besar, tetapi hanya pelakon pembantu. Khabarnya perangai si pelakon nampak sangat dia inginkan perhatian pengarah, malah ragamnya cukup memeningkan kepala pengarah dan kru produksi.
Si pelakon mahu dilayan sebagai superstar, dia inginkan bilik mekap sendiri dan mahu namanya diperkenalkan sebagai penampilan istimewa, sedangkan si pelakon hanyalah memegang watak pembantu. Cukup menyakitkan hati, anginnya tidak menentu, ada kala kru produksi ditengking sesuka hati. Disebabkan orang produksi sudah tidak tahan dengan ragamnya, terpaksalah pengarah datang memujuk. Biasalah, lagi dipujuk, lagilah si pelakon buat hal.
Khabarnya si pengarah punyalah baik hati dan bertimbang rasa ikut saja telunjuk si pelakon, kononnya ada saja perkara yang tidak memuaskan hati. Akibat tak tahan dengan ragam si pelakon, ada ketikanya pengarah terpaksa memeluk untuk memujuknya. Hai selepas dipeluk khabarnya kuranglah sedikit ragam si pelakon.
Kasihan si pengarah, ada kalanya dia kebuntuan idea dan sering tertekan ketika mengarahkan projek berkenaan. Si pengarah terpaksa berbuat demikian untuk memujuk si pelakon menghabiskan projek yang berjalan. Tapi lain pula yang berlaku, selepas insiden berkenaan si pelakon seolah-olah jatuh hati pula padanya. Selepas projek itu selesai khabarnya si pelakon sering menghubungi pengarah, mengganggu tidak tentu masa. Khabarnya si pengarah mula rimas dan cuba melarikan diri, maklumlah si pengarah suami orang, bukan bujang trang trang trang...
Entahlah manusia rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Mungkin juga si pelakon rindukan belaian seorang insan bergelar suami kot!
RAJA: Tahniah kepada Editor Bintang Popular, Akmal Abdullah dan isteri yang menimang cahaya mata lelaki, minggu lalu.
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment