Wednesday, August 19, 2009

Bujang Haliza Misbun ada 'harga'

Bujang Liza ada 'harga'

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

TIDAK kisah terus membujang meskipun usia Haliza Misbun sudah mencecah 36 tahun. Banyak perkara yang perlu dilakukannya daripada asyik memikirkan jodoh yang entah bila akan kunjung tiba.

Pun begitu kata Haliza, dia sedikit pun tidak tertekan dengan keadaan itu tetapi orang di sekeliling pula sibuk bertanya bila dia hendak naik pelamin.

"Saya ok je. Bukan tak mahu berkahwin tetapi belum ada jodoh tetapi saya tak kisah kerana saya percaya ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah SWT. Tetapi saya tengok orang di sekeliling pula nampak lebih tertekan daripada saya dan tak jemu bertanya bila hendak makan nasi minyak.

"Apa yang saya alami ini pasti turut dirasai wanita yang berusia lanjut macam saya di luar sana. Selalu dihimpit persoalan sama saban waktu. Walaupun saya tidak kisah mengenai status diri yang masih membujang tetapi adakala rimas juga.

"Selain belum ada jodoh, saya belum bersedia untuk menamatkan zaman solo kerana banyak perkara sedang dirancang terutama membabitkan kerjaya. Saya percaya wanita di luar sana juga ada sebab tersendiri mengapa mereka lebih senang hidup sendiri," katanya.

Sebagai meluahkan isi hati mewakili mereka yang sudah termasuk dalam golongan andartu, syarikat produksinya, Big Productions Sdn Bhd menerbitkan filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami arahan Din CJ.

Filem sulung Big Productions itu dijayakan Haliza yang memegang watak utama bersama Ari Wibowo, Abby Abadi, Erra Fazira, Fizo Omar, Abon, Maimun Talib, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan Fahrin Ahmad.

Kata Haliza, filem ini mengisahkan masalah andartu yang selalu dipandang rendah masyarakat. Haliza mahu masyarakat lebih bersikap terbuka selepas menonton filem ini dan tidak mahu lagi golongan andartu berasa rendah diri dan malu kerana masih solo pada usia agak lewat.

"Pada saya tidak ada malunya hidup solo kerana kebahagiaan itu terletak pada hati kita sendiri, bukannya daripada orang di sekeliling kita. Ada kawan sanggup berkahwin tanpa rela kerana 'termakan' cakap orang. Akhirnya usia perkahwinan baru setahun jagung sudah bercerai-berai.

"Keluarga dan masyarakat perlu menghormati hak orang lain, jangan dipaksa jika tidak suka. Tentu seseorang itu ada sebab sendiri kenapa dia tidak mahu berkahwin. Tidak semestinya kebahagiaan hanya boleh dimiliki apabila bersuami.

"Jika dipertemukan dengan lelaki yang baik, syukur ke hadrat Allah SWT, Jika sebaliknya lebih baik membujang sampai tua, apatah lagi wanita yang sudah mempunyai kerjaya bagus," katanya.

Untuk filem ini, sekali lagi Haliza mempelawa Ari berlakon dengannya memegang watak Dr Ryan Diprojo kerana baginya, pelakon terkenal Indonesia itu sangat memahami cita-citanya dalam dunia seni. Mereka pernah bekerjasama dalam VCD Rohaya Roy, lima tahun lalu terbitan Halle Pictures Sdn Bhd, juga milik Haliza.

"Selepas siap pembikinan Rohaya Roy, saya terus terfikir hendak menerbitkan filem dan Ari sentiasa memberikan sokongan serta percaya saya boleh melakukannya. Meskipun dia jauh di seberang, kami selalu berhubung antara satu sama lain.

"Saya tahu ramai mentertawakan saya apabila menyuarakan hasrat hati menerbitkan filem tetapi impian itu menjadi kenyataan juga akhirnya.

"Senang bekerja dengan Ari kerana dia pelakon yang bagus, saling memberi dan menerima. Sifat Ari yang berdiplomasi dan menggunakan pendekatan psikologi apabila bercakap juga membuatkan saya yang keras kepala ini boleh mendengar cakapnya. Dia juga tidak pernah memperlekehkan cita-cita saya," katanya.

Haliza akui agak gementar kembali ke lokasi filem kerana kali terakhir beraksi di layar perak melalui filem Scoop arahan Aziz M Osman yang diterbitkan 13 tahun lalu.

"Untuk berlakon filem semula membuatkan saya gementar. Tetapi Ari menyakinkan saya boleh melakukannya. Bagaimanapun, sebelum melangkah semula ke layar lebar, saya banyak berlakon drama kerana menganggap ia kolej terbaik untuk belajar menjadi pelakon filem berkarisma.

"Berlakon filem untuk tayangan di skrin besar lebih sukar berbanding drama kerana segala kecacatan dalam lakonan akan terserlah," katanya.

Dalam satu babak filem itu, Haliza mandi bunga untuk mencari jodoh yang diatur ibunya, lakonan Maimon. Lokasi diadakan di Kem Isi Rimba Ulu Kemensah, baru-baru ini. Haliza juga tidak kisah tampil berkemban untuk babak itu.

Mengenai pemilihan Din CJ sebagai pengarah, kata Haliza, pengarah filem Mr Cinderella 2 itu antara pengarah yang serasi bekerja dengannya sejak bekerjasama menjayakan drama Cinderella. Disebabkan persefahaman itu juga, Din CJ dipilih mengarahkan Rohaya Roy.

"Abang Din banyak menyokong perjuangan saya dalam bidang seni dan memahami siapa sebenarnya Haliza Misbun. Dia tahu angin saya macam mana dan tahu hendak 'menghentikan' ribut taufan yang datang," katanya.

Menyentuh sikapnya yang baran itu, ramai dikatakan tidak suka bekerja dengannya. Haliza mengakui agak baran tetapi katanya, marahnya mesti bersebab.

"Orang yang marah tanpa tujuan, gila namanya. Takkan orang buat perkara betul, saya hendak marah. Apatah lagi ia membabitkan syarikat sendiri. Bukan murah hendak hasilkan drama atau filem, jadi kerja mesti serius. Sebelum datang ke lokasi, buat persediaan terlebih dulu.

"Buktinya, saya tiada masalah bekerja dengan Erra dan Abby. Ini kerana mereka sangat profesional. Tak adalah pula berlaku kejadian bertarik rambut di lokasi. Buat kerja apa pun kita mesti bersedia supaya tidak membazirkan masa, wang dan tenaga.

"Jika tiba di lokasi, baru hendak hafal skrip dan memahami watak, siapa yang tak marah. Pengarah pun naik hantu. Saya perlu tegas ketika bekerja bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Seperti juga dalam hubungan suami isteri, jika si suami tidak mencetuskan onar dalam rumah tangga, takkan isteri hendak marah membuta tuli.

"Apatah ini adalah filem sulung saya yang diterbit menggunakan wang yang disimpan sekian lama tentu saya mengharapkan segalanya berjalan lancar.

"Demi kepuasan peribadi juga, lebih baik saya terbitkan drama dan filem sendiri. Boleh buat cerita yang saya suka dan pilih hendak pegang watak apa serta mengambil pengarah kesukaan.

"Insya-Allah jika filem ini mendapat sambutan, saya merancang untuk menghasilkan filem seterusnya. Untuk menjadi ahli perniagaan berjaya, saya perlu bersedia dengan pelbagai projek," katanya.

Dalam filem itu, Erra pegang watak Markonah dan pasti peminatnya tidak sabar hendak menonton kelainan lakonannya kali ini. Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami juga lakonan filem pertama Erra selepas bergelar isteri dan ibu.

"Filem ini akan ditayangkan tahun depan, namun saya percaya ramai tak sabar hendak menyaksikan penampilan Erra. Oleh itu, saya bercadang selepas filem ini siap, saya akan mengadakan tiga tayangan perdana istimewa di KL (Kuala Lumpur) dan Brunei.

"Kepada mereka yang ingin menjadi penonton pertama filem itu, kena beli meja dan sebahagian daripada wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada tabung amal Pernim (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia).

"Oleh kerana Ari berlakon sama, saya juga berhasrat menayangkan filem ini di Indonesia dan saya harap Ari boleh bantu memasarkan filem ini di negaranya. Ari juga sudah tiga tahun tidak berlakon, pasti peminat merindui kelibatnya di pawagam," katanya.

>Profil

NAMA: Haliza Misbun

USIA: 36 tahun

TARIKH LAHIR: 14 Mei 1973

TEMPAT LAHIR: Kuala Lipis, Pahang tetapi dibesarkan di Bangsar, Kuala Lumpur

KELUARGA: Anak kedua daripada enam beradik

STATUS: Solo

KERJAYA: Pelakon, produser dan pengarah (dokumentari)

DRAMA:

MAKANAN KEGEMARAN: Masakan ibu dan makanan Barat

MINUMAN KEGEMARAN: Air kosong

DRAMA: Cinderella, Rohaya Roy, Gris & Gucci, Karmila, Jernih Kasih Myra, Kembalikan Amanda, Roy... Catatan Andartu

FILEM: Abang 92, Scoop, Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta

ANUGERAH: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Skrin (ASK) 1997/1998 menerusi drama Cinderalla; Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK 1997/1998 (Air Mata Ibu) dan Pelakon Wanita Terbaik ASK 1997/1998 (Odisi), Pelakon wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2004 menerusi drama Sumayah dan trofi Aktres Telefilem Pilihan Juri (telefilem Schizoid) Anugerah Oskar

INTERAKSI: 'Presiden mesti jujur'

INTERAKSI: 'Presiden mesti jujur'

Oleh ESME JOHARI WAHAB
esme@hmetro.com.my

WALAUPUN kepemimpinannya menerajui Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) dikatakan lebih kepada mencari populariti dan mementingkan diri, ahli masih mahu Datuk M Daud Wahid terus mengetuai Papita sebagai presiden bagi penggal keempat.

M Daud menang majoriti pertandingan tiga penjuru mengatasi Malik Ridzuan dan Nasir Datuk Ahmad Nawab pada pemilihan Mesyuarat Agung Papita kali ke-12 di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, Sabtu lalu. M Daud menerajui Papita sejak sembilan tahun lalu.

Keputusan itu meletakkan Malik menjadi Timbalan Presiden dan Naib Presiden I disandang Johari Mat Rozekhi atau Joey BPR sementara Nasir memikul jawatan Naib Presiden II.

Antara matlamat M Daud, 66 tahun ialah meneruskan impian mewujudkan Festival Muzik Etnik Antarabangsa dan mencari bakat baru melalui pertandingan kugiran dan mahu artis memiliki imej lebih berkualiti dan masa depan lebih terjamin.

Ketika dihubungi kelmarin, M Daud mengatakan dia berada di Kota Kinabalu, Sabah untuk berbincang dengan kerajaan Sabah mengenai penganjuran festival yang bakal membabitkan penyertaan rantau Asia Tenggara, Asia Pasifik dan Afrika.

Ikuti temu ramah serta pandangan beliau untuk terus meningkatkan reputasi dan imej Papita melalui pelbagai program jangka panjang bersama wartawan Harian Metro, ESME JOHARI WAHAB (esme@hmetro.com.my).

SOALAN (S): Tahniah atas kejayaan Datuk mempertahankan jawatan Presiden. Bagaimana Datuk melihat kejayaan meneruskan perjuangan untuk penggal keempat?

JAWAPAN (J): Syukur ke hadrat Allah SWT kerana ahli Papita masih mahukan kepemimpinan saya. Sebenarnya saya tidak takut jawatan itu diambil orang lain. Malah saya bangga apabila ada calon lain turut berminat bertanding jawatan itu. Malah, Mesyuarat Agung ke-12 untuk memilih ahli jawatankuasa baru Papita tidak menghadapi masalah. Hanya sedikit panas apabila isu peribadi dan masalah tidak faham dibangkitkan.

Bagi saya, sedikit cabaran dalam mesyuarat bagus kerana dapat memperbaiki kelemahan. Saya jelaskan matlamat dan perjuangan masa depan Papita. Saya mahu Papita lebih cemerlang dan lega jika dapat mengurangkan beban jika pengganti mengambil tugas saya pada masa depan. Orang mengatakan saya berkepentingan tetapi ia tidak mengatasi bidang tugas diamanahkan. Orang lain turut berpeluang mencari pendapatan dan saya ikhlas mahu menaikkan martabat Papita.

S: Apakah ada pihak mahu menjatuhkan Datuk dengan tuduhan penyelewengan wang dalam Papita?

J: Setakat ini tiada rasanya. Jawatan Presiden Papita kerdil berbanding Perdana Menteri yang lebih ramai musuh. Saya fokus, komited dan serius terhadap tugas. 400 ahli Papita dan artis mendapat manfaat melalui persembahan tarian dan solo hasil kerjasama Papita dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dua tahun lalu. Saya selalu memikirkan bagaimana meningkatkan kemajuan Papita walaupun pulangan kewangan tidak lumayan. Setiap bahagian dapat insentif dan ganjaran. Saya menggunakan budi bicara dan pendapatan disalurkan untuk banyak pihak. Saya rancang tetapi Tuhan menentukannya.

S: Apakah rancangan terdekat Papita?

J: Saya hantar kertas cadangan penganjuran Festival Muzik Etnik Antarabangsa kepada kerajaan Sabah, membabitkan penyertaan rantau Asia Tenggara, Asia Pasifik dan Afrika. Saya lobi sebelum Festival Filem Malaysia (FFM22) di Kota Kinabalu, baru-baru ini. Jika menjadi realiti, ia acara tahunan di Sabah. Saya mahu ketengahkan gabungan tarian dan muzik, dua elemen ini tidak boleh dipisahkan.

Bajet program RM3 juta, malah Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Musa Aman turut berminat. Sabah memiliki 32 etnik dan unik tetapi negeri lain boleh mengetengahkan keunikan negeri masing-masing bagi menggambarkan 1Malaysia. Kita kaya budaya, jadi turut menarik pelancong dan pembangunan bakat baru.

S: Mengapa mahu pertandingan kugiran diadakan dan mengapa ia keutamaan?

J: Saya mahu kreativiti asli. Kugiran intelek, boleh cipta lirik dan dendang lagu sendiri dan bukan main hasil kerja orang lain. Setakat ini, 60 kugiran serata Malaysia berminat. Format kugiran bebas pilih jenis muzik dan pilih lagu. Ia kesinambungan Rentak Juara RTM sebelum ini.

Cara itu, anak muda beriadah dan atasi gejala tidak sihat. Prasyarat agak ketat dan salah satu cara meningkatkan semula industri muzik kita yang suram. Papita cadang wujudkan kursus kugiran berbakat mendalami mzik dan faham nota muzik. Jadi, masa depan, karier kugiran terjamin. Mereka ada permintaan buat persembahan di hotel dan atau tempat eksklusif kerana muzik universal. Jika boleh, serapkan mereka ke dalam Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

S: Apakah kebajikan dilakukan Papita dan sikap profesional masih perlu diperbaiki?

J: Masalah tiada persefahaman sewaktu mesyuarat dan kelancaran mesyuarat terganggu kerana ada ahli bertanya perkara remeh dan peribadi. Saya jelaskan, setiap pertanyaan jika tidak puas hati. Wang digunakan bagi kebajikan hari raya, ahli sakit, khairat kematian dan elaun. Papita sedia kenderaan bagi kegunaan ahli hadiri mesyuarat dan program tertentu. Kita tidak boleh buat keputusan dalam keadaan emosi tidak stabil. Asal rasa tak puas hati luah tetapi tidak nampak apa tersirat. Saya sentiasa memegang kata-kata amanah Pengerusi Majlis Muzik Malaysia, Datuk A Rahman Hassan. Presiden mesti jujur dan ada inisiatif. Ada ahli berminat datang mesyuarat ambil elaun saja.

S: Apakah pengalaman memalukan Datuk sebagai presiden Papita?

J: Ditegur Sultan Perak dan Sultan Perlis sewaktu Program Malaysia Ku Gemilang. Salah seorang jawatankuasa Papita diberi amanah mengendalikan sistem bunyi memainkan lagu politik. Sultan Perak dan Sultan Perlis menegur kerana lagu dipaparkan bukan lagu Negaraku.

Ada pihak tidak puas hati apabila ditegur atas kesilapan itu. Jika kita hendak bagus, perlu boleh ditegur kerana perasaan pandai sentiasa berada dalam diri kita dan sukar mengakui kesilapan. Apakah kita mahu diberi tanggungjawab tetapi tidak peka?

S: Bagaimana perkembangan mewujudkan perkampungan artis di Melaka? Apakah sudah mencapai matlamat?

J: Ya, saya mahu wujudkan perumahan artis sejak tiga tahun lalu di Melaka. Sekarang permohonan tanah 25 hektar diluluskan awal tahun ini oleh kerajaan negeri Melaka melalui Yayasan Melaka membabitkan 212 unit banglo. Papita mahu memperkayakan sejarah Melaka, konsep itu ada di Bollywood dan Hollywood sebagai karya seni. Impian itu bukan untuk jangka masa pendek. Artis boleh membina rumah konsep tradisional Minang, Bandung, Melaka, Portugis atau Perancis, malah boleh dijadikan lokasi penggambaran pada masa depan.

S: Apakah kekuatan Papita sekarang?

J: Kekuatan? Semua ada, semua cukup cuma kita tak pandai bersatu padu, masing-masing bertelingkah dan jika begini, Papita tidak boleh kekal. Papita mendapat gambaran tidak baik, tiada hemah jika berpecah-belah. Perjuangan perlu sokongan, jangan buat tuduhan kerana boleh menghilangkan keyakinan orang terhadap kita. Pelapis mesti ada mentaliti betul, bukan berwawasan menjatuhkan orang atau wawasan selalu tidak puas hati jika tidak dapat seperti orang lain. Saya tidak nampak siapa pengganti, saya bimbang tiada pengganti. Saya harap orang mengambil alih cinta dan sayang kepada persatuan. Ada sifat tanggungjawab, boleh tegur dan tidak buat komplot.

S: Apakah Papita mendapat sokongan padu artis baru?

J: Ya, begitu menggalakkan. Mereka mahu rakam lagu dan cipta lagu baru. Rakaman baru boleh mengimbangi kemasukan artis luar seperti Indonesia. Peminat dapat pilihan dan artis dapat peluang rakam album dan masa depan lebih baik. Saya cari penggubah lagu, kugiran baru dan cuba rakam lagu baru terbaik sebanyak mungkin. Disiplin penting mendidik artis. Apa pandangan penonton atau peminat jika artis buat persembahan pakai singlet dan seluar bertampal ketika atas pentas? Jika hendak dihormati, mereka perlu ada contoh baik.

S: Harapan masa depan Papita? Mengapa masih belum pilih setiausaha dan bendahari?

J: Bangunan sendiri kerana Papita tiada bangunan sendiri sejak 1977. Sekarang menyewa di Stadium Bola Sepak KL dengan sewa berpatutan. DBKL banyak membantu menjayakan program Senandung Budaya sejak sembilan tahun lalu. Saya tidak mahu terburu-buru individu pilih, tangkap muat isi jawatan setiausaha dan bendahari.

Saya waspada kerana saya mahu orang berpengetahuan. Jika boleh, lelaki dan wanita muda menduduki exco. Mengikut perlembagaan, jawatan setiausaha kehormat dan bendahari dilantik Presiden mengikut Fasal 8 Undang-Undang Papita.

Noriezuana Syed Shafudin ( Juara My Starz LG 2 ) 'Saya mahu jadi contoh'

'Saya mahu jadi contoh'

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


BERTITIK tolak dari tarikh 22 Februari lalu yang menjulang namanya sebagai juara My Starz LG musim kedua, Noriezuana Syed Shafudin, 22, atau Wana sedar mahu atau tidak, dia harus bersedia menghadapi cabaran sebagai anak seni.

Kejayaan itu baginya adalah kepercayaan semua pihak yang menyokong dirinya selama ini terutama keluarga dan peminat.

"Justeru, payah ataupun sukar sekalipun perjalanan anak seni itu, saya perlu tabah dan cekal menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

"Berbekalkan semangat mereka juga, buat saya semakin kuat berusaha membina nama sebagai penyanyi dan penghibur yang dihormati, mudah-mudahan dapat menjadi contoh kepada remaja lain," katanya.

Pada 11 Ogos lalu, Wana selamat melancarkan album sulungnya berjudul Siapa yang mula berada di pasaran sejak semalam (18 Ogos).

Bersesuaian dengan usia tuan empunya diri, Siapa menjurus ke arah konsep segar dan bertenaga, sesuai untuk semua peringkat terutama golongan muda.

Menampilkan komposer seperti Zaf VE dan Audi Mok, album memuatkan lima lagu berkonsepkan pop itu diadun elemen balada serta raggae, cuma mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

"Kalau ikutkan perancangan asal, album ini sepatutnya keluar tiga bulan selepas kemenangan saya di My Starz LG. Namun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, misalnya kesukaran mencari lagu bersesuaian vokal saya termasuk hal lain menyebabkan proses rakaman terpaksa dilewatkan.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana album ini dapat juga dilancarkan. Terasa seperti sedang bermimpi pula, meskipun sejak dari kecil saya memang suka menyanyi tetapi tidaklah pula terfikir suatu hari nanti akan memiliki album sendiri.

"Apapun, saya berharap peminat menyukai lagu dalam album ini kerana ia cukup istimewa dan mampu memenuhi kehendak semua pendengar, tidak kira yang muda mahupun tua," katanya.

Untuk single pertama, Wana memilih lagu Orang Biasa berentak pop reggae manakala lagu yang dijangka menjadi tumpuan pendengar, Siapa Orangnya dan Ingin Bersama Kembali, sebuah lagu duet bersama teman seperjuangan menerusi MyStarz LG yang juga pemenang tempat kedua, Nashrin.

Mengenai pemilihan Nashrin sebagai pasangan duet, Wana berkata, keserasian menyatukan mereka untuk bekerjasama dalam album ini.

"Syarikat rakaman Warner Music Malaysia mahu mencipta pasangan duet daripada artis baru. Lagipun, kami terbabit dalam program sama dan sudah lama kenal. Justeru, antara saya dan Nashrin sebenarnya ada keserasian dalam nyanyian," katanya.

Mengakui Gerhana, satu-satunya lagu paling sukar untuk disampaikan kerana ia berentak balada, namun Wana akur untuk mengatakan lagu itulah yang paling disukainya.

"Sejak dulu lagi saya memang jarang menyampaikan lagu balada dan kerana itu, saat merakamkan Gerhana terasa begitu payah sekali. Namun, kesukaran itulah membuatkan saya begitu menyukai Gerhana dan saya sendiri percaya akhirnya berjaya juga menyempurnakan lagu itu," katanya.

Dengan lambakan ramai penyanyi berbakat besar termasuk saingan daripada bintang realiti, Wana sedar dia perlu mempertingkatkan kebolehan dari semasa ke semasa dan tidak boleh berasa selesa dengan apa yang dimilikinya sekarang.

Gadis yang sentiasa tersenyum ini juga berharap, dia tidak leka dengan pujian dan mahu menjadi artis yang dikenali dengan sikap merendah diri.

"Dekat sekolah dulu orang menggelarkan saya 'kerang busuk' kerana suka tersenyum tidak kira dengan siapapun dan disebabkan sikap itu, saya memperoleh ramai kawan. Saya harap setinggi manapun kejayaan saya nanti, saya tetap kekal dengan sifat bersederhana dan merendah diri," katanya.

Sentuhan terakhir Yasmin

Sentuhan terakhir Yasmin

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

TANGGAL 25 Julai lalu, negara kehilangan pengarah filem dan iklan terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad. Namun, siapa sangka hingga ke akhir hayatnya sutradara kreatif itu tetap 'tegar' berkarya. Ia nyata terbukti menerusi projek 15Malaysia yang disertainya.

Setia bekerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu yang mengilhamkan projek itu, Pete Teo, sentuhan filem pendek Yasmin, Chocolate meninggalkan kenangan yang begitu mendalam. Tentunya, di kalangan peminat dan kenalan rapat yang mengenali Yasmin.

Menerusi Chocolate yang menggunakan dua bahasa, Melayu dan Mandarin, Yasmin juga setia mempertaruhkan bakat bintang ciptaannya, Sharifah Amani di samping Tan Mei Ling dan Howard Hon Kahoe. Chocolate ditayangkan mulai hari ini di www.15malaysia.com.

Pete Teo berkata, walaupun Yasmin sudah tiada di dunia ini, karyanya tetap diminati. Justeru, saksikan garapan terakhirnya, Chocolate menerusi projek 15Malaysia dijayakan. Ia pasti akan mengingatkan kita semua pada memori yang ditinggalkannya.

"Apa yang pasti, Yasmin memiliki inspirasi yang besar dan semua orang tahu mengenainya. Tetapi, dia sekarang sudah tiada lagi serta inilah karya yang ditinggalkan. Saya harap sesiapa yang menonton Chocolate akan terhibur dengan mesej yang dibawa.

"Bagaimanapun, saya yakin Yasmin tentu bangga dengan projek ini. Maklum saja, sebagai pembikin filem bebas bukan mudah untuk dapatkan bantuan kewangan. Justeru, terima kasih kepada syarikat perkhidmatan Internet tempatan, Packet One Networks (P1) kerana menjadi penaja," katanya.

Selaku penerbit, Pete berkata pihaknya mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan projek itu. Menurutnya lagi, lebih 100 terbabit secara langsung dalam projek 15Malaysia yang mengetengahkan jalan cerita merangkumi budaya, politik, seni dan isu sosial masyarakat.

"Segala yang dipaparkan berkisar kepada apa yang berlaku di negara ini. Oleh itu, tidak hairanlah apabila gabungan pelakon menjayakannya terdiri daripada pengarah, pemuzik dan ahli politik tanah air. Bahkan, kemunculan mereka atas kesanggupan dan kesesuaian watak.

"Bagaimanapun, filem pendek pertama ditayangkan pada 17 Ogos lalu, Potong Saga arahan Ho Yuhang berjaya mendapat sambutan menggalakkan. Sejak penayangannya, kira-kira 15,000 orang sudah melayari laman web kami termasuk 3,000 mendaftar di Facebook," katanya.

Menurut Pete lagi, satu demi satu filem pendek berdurasi antara 5 hingga 7 minit akan dilancarkan selama 30 hari sehingga 16 September depan. Antaranya, The Tree diarahkan Amir Muhammad pada 21 Ogos, House (Linus Chung -24 Ogos) dan Halal (Liew Seng Tat -26 Ogos).

Diikuti, The Son arahan Desmond Ng ditayang pada 28 Ogos, Lumpur (Kamal Sabran - 31Ogos) One Future (Tan Chui Mui- 2 September), Slovak Sling (Woo Ming Jin - 4 September), Gerhana (James Lee - 7 September), Meter (Benji & Bahir - 9 September), Duit Kecil (Johan John - 11 September), Healthy Paranoia (Khairil Bahar - 14 September), Lollipop (Nam Ron - 15 September) dan Rojak! (Suleiman Brothers - 16 September).

Selain menontonnya di laman sesawang disediakan, filem pendek diminati juga boleh dipindah turun menerusi MP4. Apapun, antara ahli politik terbabit dalam projek ini ialah Khairy Jamaluddin, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Zaid Ibrahim dan Tian Chua.

Memandangkan ada pembabitan ahli politik, projek 15Malaysia juga diperjelaskan bukan pernyataan politik mana parti politik di negara ini dan bukan juga video promosi mana-mana kementerian. Ia sekadar menyuarakan hasrat hati.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai berkata pihaknya berminat menaja projek 15Malaysia kerana melihat negara ini memiliki ramai pengarah bebas berbakat yang perlukan platform betul untuk ketengahkan idea masing-masing.

"Sebaik Pete menunjukkan kertas kerja projek ini, saya tertarik untuk merealisasikannya kerana berpendapat bakat yang ada itu wajar ditonjolkan. Justeru, selaku penaja, P1 mengeluarkan dana untuk menerbitkan setiap filem pendek sudah dipilih itu.

"Hasilnya cukup membanggakan dan P1 rasa berbaloi menjayakan projek ini. Diharapkan semua yang dipaparkan dapat menyampaikan mesej masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Ini kerana, filem pendek dihasilkan terdiri daripada pelbagai genre," katanya.

Sehubungan itu, antara barisan pelakon tanah air yang menjayakan projek istimewa ini ialah Namewee, Atilia, Ida Nerina, HarithIskander, Amber Chia, Jay Menon, Namron, Ciplak, Jason Lo, Patrick Teo, Daphne Iking, Bront Palarae dan Adibah Noor.

Legasi Tun Razak di Istana Budaya

Legasi Tun Razak di Istana Budaya

Oleh Sani Kamarudzaman
ianz@hmetro.com.my

Darah bangsawan yang diwarisi oleh mu tuan,
Tidak pernah walau setitik kau simpan dalam tempayan emas,
Di mahligai kebesaran seorang negarawan,
Tetapi darah suci itu kau relakan mengalir ke kolam kasih,
Milik marhaen payah di pedalaman jauh serta tumpah di tengah riuh kota yang teguh.
- Seharum Namamu Tuan, Sahrunizam Abdul Talib, Puisi Khas Penyair Pahang.

ALLAHYARHAM Tun Abdul Razak antara contoh terbaik seorang tokoh yang mewariskan legasi kepemimpinan terbaik, bukan saja untuk negara, malah jasa dan bakti beliau menjulang dan meletakkan hak serta martabat bangsa Melayu ke tempat yang tinggi harus sentiasa direnungkan dan diteladani.

Karisma Tun Razak sebagai pemimpin Melayu berjiwa besar, bersemangat waja, gigih berusaha, bijak dan berilmu, berpandangan jauh, berfikiran strategik, ikhlas, setia serta bersungguh-sungguh dalam setiap tindakan khususnya dalam perjuangannya membela bangsa, agama dan negara.

Dua perkara yang tidak dapat dipisahkan malah amat sinonim dengan Tun Abdul Razak iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Felda. DEB adalah cetusan idea Tun Abdul Razak merangka agenda membela bangsa Melayu dalam usaha menstabilkan politik dan keamanan negara manakala Felda agenda membela masyarakat luar bandar.

DEB membuktikan Allahyarham Tun Abdul Razak individu yang amat memahami latar belakang masyarakat majmuk di negara ini serta seorang yang amat prihatin, mengambil berat mengenai untung nasib dan masa depan bangsa Melayu.

Allahyarham Tun Abdul Razak menzahirkan keinsafan dalam diri semua pihak, khususnya masyarakat Melayu pada waktu itu, bahawa orang Melayu pada saat kepimpinan beliau terlalu jauh ketinggalan dalam arus pembangunan negara dan DEB bukanlah bertujuan merompak hak dan keistimewaan bangsa lain, tetapi sekadar memberi keadilan kepada bangsa Melayu yang sudah lama berkongsi tanah mereka.

Allahyarham Tun Abdul Razak memperkenalkan DEB bagi membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.

Sesungguhnya terlalu banyak nilai dan jasa yang boleh dipelajari dan diteladani generasi muda hari ini menerusi legasi Tun Abdul Razak dalam membela nasib rakyat serta membangunkan negara ini.

Allahyarham Tun Abdul Razak mewariskan sebuah sistem kerajaan yang menjadi tunggak utama menentukan jatuh bangun dan maju mundurnya bangsa dan negara yang terus kekal menjadi asas kepada rakyat Malaysia hari ini.

Teater Muzikal Tun Abdul Razak (TMTAR) di Istana Budaya dipentaskan selama lima hari yang berakhir esok menjelmakan kembali legasi yang ditinggalkan Tun Razak.

TMTAR arahan Datuk Rahim Razali mula dipentaskan Ahad lalu menghidupkan kembali perjuangan Tun Abdul Razak selama enam tahun mentadbir Malaysia .

Watak Tun Abdul Razak dilakonkan dengan baik oleh pelakon terkenal, Rashidi Ishak dan Fauziah Latiff melakonkan watak sebagai isteri, beliau Tun Rahah Mohd Noah.

Skrip teater muzikal itu ditulis Mohd Izuddin Ismail, Che Kem, Rosdeen Suboh manakala A Aris Kadir, Shafrul Azim Suhaimi dan Hafiz Untong bertindak sebagai koreografer.

TMTAR turut menjadi kemuncak kepada segala pengalaman penuntut Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang sebelum ini cuma beraksi dalam pementasan kecil.

Pementasan itu memberikan cabaran hebat kepada mereka apatah lagi ia mengangkat perjalanan hidup seorang tokoh yang memberi impak besar kepada masyarakat Malaysia.

Menyentuh mengenai persembahan TMTAR secara keseluruhan, kelihatan interpretasi watak Tun Abdul Razak di tangan Rashidi agak berjaya.

Karisma Bapa Pembangunan Negara itu ditangani dengan begitu berhati-hati oleh Rashidi, namun keupayaan Fauziah menangani watak sebagai Tun Rahah memancarkan keanggunan dan ketokohan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia suatu ketika dulu.

Gandingan vokal Rashidi dan Fauziah juga tidak menghampakan malah keupayaan vokal Fauziah dalam teater muzikal ini amat menonjol.

Perjalanan persembahan TMTAR yang dipentaskan sebagai satu daripada pengisian sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-52 secara keseluruhan dijalin dengan begitu kemas.

Pilihan segmen persembahan muzikal TMTAR lebih memfokuskan jasa dan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak mengemudi pembangunan Negara dan turut ditonjolkan peranan Tun Rahah sebagai sayap kiri beliau sebagai penasihat tidak rasmi dan isteri yang setia,

TMTAR bermula daripada pementasan kecil yang dijayakan penuntut institusi itu di Panggung Eksperimen Aswara dari 20 Oktober hingga 23 Oktober, tahun lalu.

Bagaimanapun, idea kecil itu dikembangkan dengan kajian lebih intensif dilakukan oleh barisan panel penulis skrip untuk disesuaikan dengan skala pementasan bertaraf profesional.

Muzikal yang menyatukan gabungan idea Mohd Izzuddin Ismail, Rosdeen Suboh dan Che Kem sebagai penulis skrip mengungkap tiga persoalan utama iaitu perjuangan, perpaduan dan kekeluargaan.

Dibahagikan kepada empat segmen, persembahan selama dua jam itu akan membawa khalayak mengimbau detik awal perjuangan Allahyarham hingga detik terakhir kepimpinannya yang meninggalkan kesan besar kepada seluruh warga Malaysia.

Mawi tak serik buat ‘stunt’

Mawi tak serik buat ‘stunt’
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

FILEM Aduh Saliha yang menjadi filem sulung Asmawi Ani atau Mawi belum juga siap, namun peminat tetap dapat melihat aksi lakonannya menerusi filem Jin Notti terbitan KRU Studios yang akan ditayangkan pada hari raya pertama nanti.

Bukan hanya mengembangkan bakat dalam bidang lakonan, malah Mawi menyahut cabaran melakukan sendiri aksi stunt (lagak ngeri) sehingga mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan selepas penggambaran babak pergaduhan dalam filem arahan Azhari Zain itu.

Dia yang melakonkan watak Aziz, seorang pegawai polis dalam filem itu menganggap kecederaan kecil berkenaan berlaku secara tidak sengaja dan tak menjejaskan perjalanan penggambaran.

Katanya, kecederaan berkenaan berlaku ketika penggambaran satu babak pergaduhan dalam kelab malam. Ketika hendak melakukan aksi lompat, entah bagaimana kedudukan Mawi tidak stabil menyebabkan dia berlanggar dengan kerusi dan meja berhampiran.

“Apa yang memeritkan ialah apabila saya terjatuh atas skru yang terlekat pada sebuah meja. Ia menyebabkan saya luka dan kesan calar pada lutut sebelah kanan.

“Bagaimanapun kecederaan itu tidak begitu serius. Saya cuma sengal pada lutut. Selepas kejadian itu saya cuma berehat selama 15 minit, sebelum menyambung gambaran semula dan lebih berhati-hati.

“Waktu itu Ekin turut berada di lokasi. Dia juga risau melihat keadaan saya. Namun, saya yang belum berkahwin dengan Ekin ketika itu memaklumkan kepadanya supaya tidak perlu risau,” katanya ketika ditemui pada sesi prebiu filem itu, baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha itu mengakui gementar menantikan reaksi peminat terhadap filem lakonannya itu.

Apapun, kata pemuda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini, dia tetap berpuas hati kerana dapat melakukan sendiri aksi stunt itu biarpun ia filem pertama lakonannya.

“Memang puas apabila dapat melakukan sendiri aksi stunt dalam filem ini. Sebagai pelakon baru saya tidak berasa kekok untuk melakonkan aksi stunt. Malah saya juga pernah mempelajari serba sedikit ilmu silat sebelum ini.

“Biarpun dalam filem ini tidak menunjukkan aksi silat, namun ketika aksi bergaduh saya dapat menggunakan ilmu silat yang pernah dipelajari.

“Saya akan terus buat ‘stunt’ sendiri jika ada peluang untuk berlakon lagi, namun tengok pada aksi juga, kalau aksi yang agak bahaya, saya akan serahkan kepada yang lebih pakar,” kata Mawi

Mengenai lakonannya selepas menyaksikan sendiri filem itu, Mawi memaklumkan sedikit lega dan pada waktu sama berdebar menantikan reaksi orang ramai.

“Saya agak takut dengan reaksi orang ramai sebaik menonton filem ini. Maklumlah ini filem pertama saya. Apatah lagi tiada pengalaman langsung dalam lakonan.

“Saya bersyukur kerana mendapat gandingan pelakon yang mantap dan kenal lama. Di samping bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengarah (Azhari),” katanya.

Mawi yang digelar Raja SMS pernah dinobatkan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian tiga tahun berturut-turut pada 2005 hingga 2007 turut aktif dalam bidang belakang tabir. Syarikatnya, MW Entertainment yang ditubuhkan dua tahun lalu sudah menerbitkan beberapa program televisyen.

Projek pertama di bawah syarikat MW Entertainment ialah telemovie komedi - Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya yang dijadualkan siarannya di Astro Prima pada hari raya kedua nanti. Program berkenaan turut menampilkan Ekin dan beberapa pelakon undangan.

Selain itu program travelog, Langkah Mawi yang menjalani penggambaran di Melbourne, Australia, India dan Hong Kong. Jika tiada aral produksi Mawi juga dijangka menerbitkan satu lagi drama 13 episod.

Tuesday, August 18, 2009

HIBURAN : SELASA 18 OGOS 2009


Pernikahan mereka menutup spekulasi
TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba industri hiburan tanah air'dikejutkan' dengan berita pernikahan antara Akhil Hayy, 40, danWaheeda, 30, yang berlangsung pagi Ahad lalu di Kuala Kubu Baru,Selangor.


Syafeera berdakwah melalui nasyid
IRAMAnasyid merupakan muzik universal . Tak lekang dek panas, tak lapuk dekhujan. Di Malaysia sendiri, lagu berunsurkan dakwah dan ketuhanan inisentiasa mendapat sambutan walaupun sudah pelbagai genre muzik baruyang hadir.


Hargai petugas veteran RTM
PERSATUAN Veteran RTM (PVRTM) akan menemui Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam masaterdekat bagi menghantar memorandum menghidupkan semula slot MasihkahKau Ingat di Klasik Nasional, yang mengundang veteran RTM.


Couple tidak tolak publisiti media
DITUBUHKAN sejak 1995, band indie bernama Couple sememangnya gigihdalam menempatkan diri di gelanggang hiburan tanah air. Membawakankonsep power pop, untuk tempoh 14 tahun ini, Couple tidak pernahberhenti melangkah biarpun telah beberapa kali bertukar ahli.


Celcom, TV3 tawar pakej deko
SAMBUTANperayaan Aidilfitri anda pastinya lebih meriah jika ruang tamu yangmenjadi medan berkumpul bersama ahli keluarga dihias cantik, malahdilengkapi dengan pelbagai perabot baru yang bersesuaian dengan ruang.


Santau papar sifat kejam, keji manusia
BERLEGARsoal cemburu terhadap kebahagiaan dan kejayaan orang lain, filem Santauyang bakal ditayangkan tahun ini hadir tepat pada masanya.


Di sebalik kemilau FFM22
FESTIVAL Filem Malaysia ke-22 (FFM22) telah berlangsung di KotaKinabalu dengan majlis penutupnya yang meriah dan gemilang. Parapemenangnya juga telahpun diketahui.










Liza permaisuri hati Ajai
BENARLAH kata pepatah yang berbunyi, 'Cinta adalah fajar perkahwinan,dan perkahwinan adalah senja percintaan'. Melayari percintaan selamatiga tahun dengan wanita idaman hatinya pasti bukan satu tempoh yangmudah bagi komposer muda yang tersohor ini, apatah lagi desas-desusdirinya yang dikaitkan dengan beberapa wanita jelita sebelum ini yangkononnya telah berjaya mengetuk pintu hatinya.


RM50,000 milik ibu tunggal
TEKA-TEKIsiapakah yang bertuah untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlahRM50,000 bagi kempen Lagu Berduit Suria FM yang dianjurkan oleh stesenradio popular, Suria FM akhirnya terjawab.


Aish dimanja bapa mentua
DALAMsibuk-sibuk seluruh dunia memperkatakan tentang wabak penyakit selesemababi H1N1, para pelakon Bollywood tidak terkecuali daripada merasaiketakutan jangkitan penyakit itu.

Layan macam kekasih
SELEPASberlakon bersama dalam lebih satu dozen filem antaranya NamasteyLondon, Welcome dan Singh is King , Akshay Kumar sudah sangat mengenaliaktres Katrina Kaif termasuk dalam hal berkaitan kesihatannya.


Riya model kalendar
PELAKON seksi, Riya Sen mengikut jejak langkah kakaknya, Raima Sen apabila menjadi model kalendar Ram Bherwani.


O-Two beri album percuma
MULAbergiat dalam industri hiburan pada tahun 2003, album pertama kumpulanO-Two, Radio Tanah Melayu pernah memenangi anugerah Album Hard RockTerbaik pada majlis Anugerah Industri Muzik 13 (AIM13). Lagu daripadaalbum itu, Anak Merdeka kini sudah disenaraikan sebagai khazanahnegara.


Lady Gaga layan buruk lelaki
LONDON - Bintang pop, Lady Gaga merupakan seorang wanita yang tidakberperasaan dan melayan kaum lelaki ibarat habis madu sepah dibuang,lapor sebuah akhbar semalam.


Grant mahu berhenti berlakon
LONDON - Pelakon kacak dari Britain, Hugh Grant sekali lagi mengumumkanbahawa dia mahu berundur daripada dunia lakonan, lapor sebuah akhbarsemalam.

Aksi lucah wanita mirip Manohara tersebar
JAKARTA- Klip video lucah wanita mirip model terkenal, Manohara Odelia Pinottersebar di Indonesia menerusi telefon bimbit, lapor sebuah akhbarsemalam.








Cinta ustaz
TIADAprejudis dalam soal cinta kerana ia hak sesiapa saja waima wanitabertudung seperti Waheeda sekalipun. Seperti wanita lain juga penyanyiyang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan sebaik sajabergelar isteri, ingin dicintai.

U-Wei mula mencari Nina
MUNGKINpengarah ini tidak kerap menghasilkan filem. Bagaimanapun, setiap kalidia muncul bersama buah tangan yang baru, pasti ada sesuatu yangmenarik mengenai projek dihasilkannya.

Kaca jadi permata
PERASAANbimbang dan ragu yang selama ini bersarang di hatinya kini lenyap samasekali. Sebaliknya perasaan negatif itu diganti dengan rasa puas danbangga yang tidak terkira apabila protege yang dikesan bakatnyamenerusi program realiti Pilih Kasih menyinar bagaikan permata.

Imej baru Sheila Majid?
SEBAIKsaja kembali menunaikan ibadah Haji awal tahun ini, ramai yangtertanya-tanya, apakah Datuk Sheila Majid akan tampil bertudung? Namunsewaktu membuat kemunculan pada majlis pelancaran produk penjagaankulit, Jerneh, penampilan wanita kecil molek ini masih seperti biasa.

Belasungkawa (1954 -2009): Sepi seorang pelawak
PERTEMUANNYAdengan pelawak R Jaafar di pekan Tampin mengubah kehidupan seoranginsan bernama Param. Daripada seorang pekerja biasa di Pejabat Belia diNegeri Sembilan, Param mula dikenali sebagai pelawak dan pelakon yangsentiasa saja menceriakan kehidupan kita di sekitar tahun 80-an.

Dengarnya...: Berbaloikah Ari Wibowo?
KETIKAartikel ini ditulis, Cik Normah dapat tahu Haliza Misbun menerusi rumahproduksi miliknya, Big Productions Sdn Bhd sedang rancak melunaskanfilem terbitannya sendiri berjudul Andartu Terlampau... 21 Hari MencariSuami!. Kelas judul, memang sesuai dengan diri Haliza yang sudah lamahidup solo tanpa lelaki bergelar suami.

Dengarnya...: Meluat kerenah personaliti perasan
MELIHATpersonaliti dirinya yang ramah tamah dan mesra pasti ramai yang takpercaya, apa yang dipamerkan itu hanya ‘plastik’ semata-mata. Luarnampak baik, bersopan dan sentiasa, tetapi di sebaliknya rasa nak pecahkepala mereka yang terpaksa melayani kerenahnya yang pelbagai.

Dengarnya...: Perasan tapi takut bayang sendiri!
LAINpula halnya dengan seorang penyampai radio yang turut dikenali sebagaipengacara ini. Sejak dulu lagi, Cik Normah tak berapa nak berkenandengan perangainya.

Gladiator UK panaskan ntv7 setiap Ahad
PROGRAMyang disiarkan sekitar 1990, Gladiator cukup diminati penonton diseluruh dunia. Ketika disiarkan di Saluran Ceria Anda, ntv7 pada tahun2008, program yang memaparkan suka lasak itu berjaya mencatatkan rating500,000 penonton.







Takdir satukan kami
SELEPAS hampir empat bulan dibelenggu pelbagai kontroversi sertatanda tanya mengenai status hubungan mereka, akhirnya penyanyi,pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy mengambil langkah menutupmulut semua pihak dengan memilih penyanyi Waheeda sebagai temanhidupnya.

Jualan amal tetap meriah
WALAUPUN sambutan terhadap Karya1 Malaysia Bazar Amal yangdianjurkan Persatuan Karyawan di Kompleks Amcorp Mall, Petaling Jaya,kelmarin berlangsung sederhana disebabkan mungkin ramai yang takutkeluar rumah kerana penularan wabak H1N1, ia tetap meriah dengankehadiran artis menjual barangan peribadi.

Yasmin inspirasi Aizat
MANA-mana artis atau selebriti pernah bekerjasama dengan seseorangpengarah filem memiliki reputasi tinggi dan meraih pelbagai anugerahperfileman pasti membuatkan mereka bersemangat untuk terus maju.

'Param rakan istimewa'
JUMAAT lalu dunia seni kehilangan seorang lagi permata yang tidakternilai. Kebolehan sebagai pelakon dan pelawak P Paramasivam, 55, ataulebih dikenali sebagai Param sememangnya sukar dicari ganti.

'Sejauh Kuala Lumpur - New York'
JANGKAAN penonton untuk menentukan juara program realiti Pilih Kasihmenerusi undian SMS bukanlah keputusan muktamad. Sebaliknya, MuhammadIqbal Mazlan yang menduduki tangga ke-10 dengan jumlah SMS 0.36 peratusmembuktikan dia pelakon pilihan pelakon popular, Rosyam Nor yang dicarisejak 11 minggu program itu berlangsung.

Soseh Soseh: Slot khas klip video Rabbani
WALAUPUN Asri sudah tiada, namun dirinya terus dikenang. Bagimemperingati pemergiannya itu, SS dapat tahu banyak pihak termasukmereka yang rapat dengannya ingin mengadakan majlis tahlil.

Soseh Soseh: Suami pelakon hilang sabar
MELIHATKAN keintiman dan kebahagiaan pasangan ini, pastinyamembuatkan ramai yang cemburu. SS sendiri pun cemburu melihat merekatapi jangan salah faham, SS bukan dengki, sebaliknya seronok melihatpasangan yang 'loving' meskipun sudah beranak-pinak.

Hollywood: Tak tumpang nama isteri
BUKAN suatu masalah bagi bintang Hollywood untuk melakonkan babakranjang dengan pasangan mereka di depan kamera. Bagaimanapun, apabilaperkara itu dilakukan aktor Ryan Reynolds, 32, bersama Sandra Bullockdalam The Proposal, tentunya mengundang kejutan buat peminat.

Reynolds 'panas'
BERBEKALKAN susuk tubuh sasa dan wajah kacak, wanita mana yang tidakmenyimpan perasaan terhadapnya. Namun, apa yang pasti 'cinta' aktorpopular Hollywood, Ryan Reynolds, 32, sudah sah menjadi milik aktres,Scarlett Johannson, 24, sejak tahun lalu.

Pernikahan mereka menutup spekulasi

Pernikahan mereka menutup spekulasi


AKHIL dan Waheeda mengharapkan perkahwinan mereka akan menutup segala spekulasi negatif terhadap mereka.


TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba industri hiburan tanah air 'dikejutkan' dengan berita pernikahan antara Akhil Hayy, 40, dan Waheeda, 30, yang berlangsung pagi Ahad lalu di Kuala Kubu Baru, Selangor.

Memang sebelum ini berita tentang perhubungan mereka telah mendapat liputan yang cukup meluas sehingga mereka dikatakan sering main tarik-tali saat ditanyakan tentang hubungan mereka.

Tidak cukup dengan itu, hubungan mereka yang penuh kontroversi itu juga dikatakan menjadi punca kepada perceraian Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal setelah 13 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sejak muncul sebagai penyanyi nasyid dan pendakwah bebas dua tahun lalu, nama Akhil sememangnya cukup panas dan bara itu bertambah apabila namanya dikaitkan dengan Waheeda.

Namun, Akhil tidak pernah menafikan bahawa dia mempunyai hubungan dengan penyanyi lagu Wassini itu kerana dia menegaskan berkali-kali bahawa hubungannya dengan Waheeda tidak lebih daripada seorang kawan.

Lantas, apabila diajukan kepada Akhil tentang pernikahannya bersama Waheeda yang berlangsung dalam serba sederhana pagi Ahad lalu, Akhil memberitahu semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Malah, dia sendiri tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Waheeda biarpun mengakui dia rapat dengan wanita itu. Semuanya atas nama persahabatan.

Kata Akhil atau nama sebenarnya Abdul Akhil Hai selain itu juga, dia mahu mempercepatkan perkahwinan mereka sebelum menjelangnya Ramadan pada 22 Ogos ini.

Malah, berdasarkan perancangan awal, mereka sepatutnya berkahwin pada 21 Ogos. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tarikh 16 Ogos menjadi pilihan mereka.

"Alhamdulillah, apa yang saya harapkan dan rancang semuanya berjalan dengan lancar. Tiada apa yang saya mahukan melainkan segala kisah buruk tentang kami tidak lagi dijaja dan disebut-sebut.

"Apa yang berlaku semuanya sudah berlalu. Bermula detik saya berjabat tangan sebagai tanda ijab dan kabul itu, saya tekad untuk melayari kehidupan saya dengan tenang.

"Malah, saya mahu memulakan penghidupan yang baru bersama Waheeda dan anak-anak saya," katanya tenang sewaktu dihubungi Hits petang Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, Akhil turut memberitahu sebaik sahaja Waheeda sah menjadi isterinya, ia menandakan bahawa penyanyi dan pelakon itu sudah tidak lagi menjadi seorang artis.

Akhil dan Waheeda atau nama sebenarnya, Nor Wahidah Abdul Wahab bernikah di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di Kuala Kubu Baru dan dengan sekali lafaz sahaja, Waheeda sah menjadi milik Akhil.

Majlis serba sederhana itu dihadiri lebih daripada 200 orang tetamu termasuk ahli keluarga serta teman rapat kedua belah pihak.

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Hulu Selangor, Ustaz Zulkhairi Zaid yang juga kawan karib Akhil.

Ibu dan bapa Waheeda, Abdul Wahab Yusof dan Asri Othman selain ibu Akhil, Azizah Daud yang hadir memberikan restu untuk anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, anak pertama dan kedua Akhil iaitu Siti Numaisarah, 12 , dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11, turut hadir pada majlis itu meraikan perkahwinan kedua bapa mereka.

Waheeda menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan senaskah al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Jelas Akhil, kitab suci itu dijadikan sebagai wang hantaran adalah atas permintaan kedua ibu bapa Waheeda sendiri.

Akhil turut memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pihak Waheeda dengan sembilan dulang.

Saat ditanya tentang majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara mengejut dan sedikit tergesa-gesa itu, Akhil menjelaskan ia sememangnya dimahukan oleh kedua-dua belah pihak bagi meraikan keluarga dan teman rapat sahaja.

Bagaimanapun pada majlis resepsi di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 31 Oktober depan, mereka akan mengundang lebih ramai tetamu termasuk beberapa artis untuk menyanyi di majlis mereka.

Akhil hanya mampu berdoa dan berharap agar pernikahannya dengan Waheeda akan menghapuskan segala kata-kata nista dan cercaan orang terhadap diri mereka berdua.

Apa yang dimahukan agar masyarakat memandangnya dari sudut positif dan menghentikan segala kisah buruk yang mahu disimpan rapi dalam diari hidupnya.

"Setidak-tidaknya ia melenyapkan spekulasi yang mengatakan kami ini sudah mendirikan rumah tangga sebelum ini. Jadi, pernikahan kami ini menjadi saksi bahawa kami tidak pernah bernikah sebelum ini," katanya penuh berhemah.

Namun begitu, Akhil tetap dengan pendiriannya untuk berahsia bilakah bibit cintanya mula berputik dengan Waheeda sekali gus melamar wanita itu untuk menjadi suri hidupnya.

"Pada saya, itu adalah satu yang privasi dan tidak harus dibincangkan kepada umum kerana ia merupakan satu perasaan dalaman.

"Saya bersyukur kerana ditemukan dengan Waheeda dan sekarang adalah tanggungjawab saya untuk membimbingnya menjadi seorang isteri solehah," ujar hos rancangan Cafe Akhil Hayy yang ditayangkan di saluran Oasis (saluran 106, Astro) itu.

Akhil yang juga bekas penyanyi rock itu mahu Waheeda menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga dan menjaga anak-anak mereka.

Sementara itu, Waheeda ketika dihubungi pula berkata, dia tidak mahu ambil peduli dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.

Jelasnya, dia kini mempunyai kehidupan baru dan banyak lagi perkara penting untuk difikirkannya daripada memikirkan tentang kata-kata orang terhadap dirinya dan Akhil.

"Kalau orang di luar sana mahu terus cakap kami berdua menipu, itu terpulanglah pada pandangan masing-masing. Saya sudah tidak kisah dan tidak mahu membebankan fikiran dengan benda yang tidak berfaedah.

"Saya menganggap pernikahan ini sebagai satu rahmat besar Allah buat kami kerana secara tidak langsung, ia telah merapatkan lagi hubungan serta jalinan ukhuwah sesama keluarga yang renggang selama ini.

"Tiada lebih yang saya minta melainkan berdoa dan berharap agar perkahwinan ini direstui dan dirahmati oleh Allah SWT," jelas penyanyi lagu Wassini ini dalam nada ceria.

Menyentuh mengenai anak, ujar Waheeda, dia mahu memiliki zuriatnya sendiri bersama Akhil dan sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang ibu memandangkan dia sudah bersara sepenuhnya menjadi seorang artis.

Ditanya pula tentang perasaan cintanya terhadap Akhil, dia memberitahu perasaan itu baru timbul dalam dirinya dan kini dia meniti fasa percintaan dengan lelaki idamannya itu biarpun dakwaan mengatakan mereka sudah lama bercinta.

"Kami memang saling mengambil berat antara satu sama lain sebagai seorang sahabat sebelum ini dan kerana itu jugalah, persahabatan kami dipandang serong oleh sesetengah pihak.

"Jadi, kalau selepas ini ada lagi pihak yang masih mahu memperkatakan tentang hubungan kami, saya rasa tidaklah perlu berbuat demikian lagi. Doakanlah sahaja kebahagiaan kami kerana itulah yang terbaik untuk semua pihak," tuturnya penuh harapan.

Syafeera berdakwah melalui nasyid

Syafeera berdakwah melalui nasyid


SYAFEERA dianggotai (dari kiri) Ekin, Leeya, Zana dan Seti.


IRAMA nasyid merupakan muzik universal. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Di Malaysia sendiri, lagu berunsurkan dakwah dan ketuhanan ini sentiasa mendapat sambutan walaupun sudah pelbagai genre muzik baru yang hadir.

Lihat saja kejayaan kumpulan nasyid seperti Raihan dan Rabbani. Bertahun-tahun mereka di industri muzik, namun masih tetap mendapat tempat di hati orang ramai.

Namun, walaupun kumpulan-kumpulan nasyid ini masih bertahan dalam industri, kumpulan nasyid wanita masih belum ada yang menyerlah dan bertahan lama.

Jika 30 tahun dahulu, kumpulan-kumpulan nasyid wanita seperti Al-Mizan, Al-Jawaher dan Hidayah mencipta nama sehingga masih diingati sehingga sekarang walaupun ketika itu irama nasyid belum lagi menjadi sepopular seperti hari ini.

Tetapi, senario kumpulan nasyid wanita ini hadir sekadar trend sahaja. Tidak bertahan lama seiring dengan kumpulan nasyid lelaki.

Bagi mengembalikan kegemilangan kumpulan nasyid wanita, kumpulan nasyid Syafeera yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini begitu optimis dengan apa yang mereka bawa ke dalam industri seni ini.

Dianggotai oleh empat orang wanita iaitu Seti Syuhada Zakaria atau Seti, Norashikin Abdullah (Ekin), Dahliana Robani (Leeya) dan Zanariyah Ngarit (Zana), Syafeera hadir dengan album sulung mereka yang bertajuk Cahaya Solat.

Menurut Leeya selaku ketua kumpulan Syafeera, mereka menghasilkan album bukanlah kerana ingin mengejar populariti tetapi sebagai salah satu cara mereka berdakwah kepada orang ramai melalui pendekatan irama nasyid.

"Disamping itu kehadiran kami dalam industri ini sebagai langkah pertama dalam usaha memartabatkan irama tersebut supaya semua golongan dapat menerima lagu nasyid ini sebagai pendidik jiwa kepada masyarakat," kata Leeya.

Memperjuangkan

Menurut Leeya, mereka juga ingin bersama-sama memperjuangkan irama nasyid wanita, memandangkan pada masa ini, nasyid wanita sangat berkurangan.

"Kami berharap kehadiran Syafeera dapat diterima dan semua lagu-lagu yang kami sampaikan akan dijadikan iktibar, nasihat dan teladan dalam memilih hiburan yang baik dan bermanafaat," ujar Leeya.

Menyingkap penubuhan Syafeera, Leeya berkata, kumpulan berkenaan tercetus apabila Abdul Halim Abdullah atau Aim Crossfire, mendengar nyanyian Leeya di Quantize Studio & Productions ketika Leeya datang bersama ahli keluarganya.

Kelunakan suaranya menggamit Aim untuk menubuhkan kumpulan nasyid wanita.

Leeya mengatur langkah dengan mengajak rakannya, Seti untuk menyertainya.

Seti pula yang merupakan guru sekolah agama mempelawa rakan seangkatannya, Zana untuk turut sama menyertai menyertai Syafeera.

Keindahan nama Syafeera dipetik daripada satu nama bunga. Ia umpama kumpulan berkenaan yang dianggotai kaum hawa dan namanya diberikan Aim sendiri.

Mengekalkan konsep nasyid tradisional, Syafeera tampil dengan album Cahaya Solat bulan Mei lalu yang memuatkan empat lagu seperti Cahaya Solat, Carilah Ilmu, Ku Mohon dan Dendang Nasihat.

Persembahan

Lagu-lagu mereka kini sering disiarkan di IKIM.fm dan Selangor FM, Melaka FM dan Negeri Sembilan FM.

Sebelum menghasilkan album ini, Syafeera aktif menyertai pertandingan-pertandingan nasyid dan sering mengadakan persembahan di sekitar Johor.

Antara pertandingan yang pernah disertai Syafeera ialah johan Pertandingan Nasyid Wanita Piala Ahli Parlimen Batu Pahat, naib johan Pertandingan Nasyid Moden Jabatan Agama Islam Johor, Marhaban di Astro dan johan Pertandingan Nasyid Wanita Peringkat Kebangsaan di Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam anjuran Pertubuhan Himpunan Budayawan Johor.

Mengulas tentang radio-radio mengutamakan untuk memainkan lagu kumpulan nasyid lelaki sahaja, Seti berkata, peluang harus diberikan sama-rata kerana tujuan mereka sama iaitu untuk berdakwah.

"Hak berdakwah itu bukan hanya terletak di bahu lelaki semata-mata. Golongan wanita juga mempunyai ruang untuk berbuat demikian.

"Lagipun, bukannya kami mengalunkan lagu yang boleh membuatkan orang ramai sampai teruja berlebih-lebihan.

"Selagi batas agama dijaga, kami juga mempunyai hak untuk muncul di pentas menyampaikan lagu berunsur dakwah kepada khalayak," ujar Seti yang bergelar seorang ustazah.

Hargai petugas veteran RTM

Hargai petugas veteran RTM


Helan Abu (duduk, tengah) bersama barisan ahli jawatankuasa penggal 2009-2011 PVRTM.


PERSATUAN Veteran RTM (PVRTM) akan menemui Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam masa terdekat bagi menghantar memorandum menghidupkan semula slot Masihkah Kau Ingat di Klasik Nasional, yang mengundang veteran RTM.

Slot selama satu jam itu dikhaskan untuk ahli-ahli PVRTM dalam menyumbang kepakaran mereka sebagai juruhebah bertujuan sebagai panduan kepada deejay di RTM.

Program Masihkah Kau Ingat yang mengundang veteran RTM sebelum ini pernah diwujudkan sempena 50 tahun kemerdekaan negara pada 2007.

Bagaimanapun, setelah setahun bersiaran bermula 5 Februari hingga 24 Disember 2007, program tersebut dihentikan tanpa sebarang penjelasan.

Masihkah Kau Ingat menyenaraikan 24 bekas juruhebah ketika itu yang dijayakan ahli PVRTM selama satu jam setiap Isnin pada pukul 3 petang di radio Klasik Nasional.

Kini Masihkah Kau Ingat yang ke udara setiap hari selama dua jam mulai 2 petang hanya memutarkan lagu-lagu lama permintaan para pendengar.

Pada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-7 Persatuan Vateran RTM, yang dihadiri seramai 53 orang daripada 220 ahlinya yang berlangsung di Hotel Singgahsana baru-baru ini, persoalan tersebut telah dibangkitkan.

Antaranya, mereka mencadangkan supaya diadakan slot khas untuk juruhebah veteran RTM agar ia menjadi rujukan kepada para penyampai dan deejay stesen berkenaan.

"Banyak bezanya juruhebah dahulu dengan deejay sekarang. Dahulu, sambil putar lagu, ada informasi yang disampaikan sebagai rujukan untuk para pendengar mereka.

"Ini berbeza dengan corak penyampaian deejay hari ini. Bukan tiada langsung yang memberi informasi tetapi jumlahnya tidak ramai.

"Begitu juga dengan pemilihan sesebuah lagu. Kemudahan digital hari ini membezakan juruhebah dahulu dan sekarang. Tetapi bagi saya itu bukan satu masalah.

"Dari segi pengetahuan asas juga banyak bezanya, malah gaya bahasa kebanyakan deejay sekarang lebih kepada bahasa rojak," katanya.

Dilantik sebagai Presiden PVRTM untuk penggal yang ketiga, kata Helan:

"Kita kalau boleh mahu gunakan pengalaman yang ada pada ahli-ahli PVRTM untuk membantu industri penyiaran.

"Bagaimanapun, kalau tiada peluang diberikan usaha itu tidak mendatangkan apa-apa hasil."

Tambah Helan, cadangan mewujudkan kembali sebuah slot selama satu jam dengan mengundang bekas juruhebah RTM dilihat sebagai sesuatu yang positif kepada industri penyiaran negara.

Kata orang, bakat yang lama kaya dengan pengalaman. Manakan tidak, berpuluh-puluh tahun mengumpul pengalaman sehingga hasilnya kini boleh dilihat dan dinikmati generasi pelapis hari ini.

Hakikatnya, kalau tiada mereka terdahulu yang berusaha keras menjalankan tugas masing-masing, sudah tentu kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi gagal mencambahkan pelbagai perubahan.

Petugas-petugas yang suatu masa dahulu pernah menyumbang khidmat di RTM sebagai juruhebah, penyampai radio dan pembaca berita sudah tentu bukan kecil bilangannya.

Malah, di kalangan mereka inilah pernah menjadi 'tunjang' penyampai pelbagai informasi berkualiti kepada pendengar dan penonton setia gergasi penyiaran negara itu.

Tiga tahun lalu, PVRTM juga pernah menghantar 15 orang juruhebnya menyertai program Jejak Penyiar sempena 60 tahun RTM yang berlangsung selama dua minggu bermula 17 Mac hingga 31 Mac 2006.

Ahli-ahli PVRTM yang terlibat ketika itu termasuklah Helan Abu, Noorazah Aziz, Zainaldin Zainal, Rukiah Ramlan, Baharin Tahir, Halijah Buang, Tan Sri Datuk S.M. Salim, Habsah Hassan dan Wan Chik.

Sementara itu pada majlis yang sama, pelantikan ahli-ahli jawatankuasa bagi sesi 2009-2011 turut diadakan.

Selain Helan sebagai Presiden, pemegang jawatan lain ialah Latiffah Sidek (timbalan presiden), Datuk Aziz Singah (naib presiden 1), Abdul Aziz Abas (naib presiden 2), Tengku Mohd. Ali Bustaman (setiausaha agung) dan Hasiah Ariffin (bendahari).

Ahli-ahli jawatankuasa PVRTM pula terdiri daripada Mustaza Maah, V. Arumugam, Norela Samad, Chin Then Shoong, Razally Hussain dan Hamzah Abdul Rahman.

Couple tidak tolak publisiti media

Couple tidak tolak publisiti media


BIAR tidak popular dan lagu-lagunya hanya diputarkan di radio-radio tertentu sahaja, Couple tidak pernah patah semangat dalam memperjuangkan muzik mereka.


DITUBUHKAN sejak 1995, band indie bernama Couple sememangnya gigih dalam menempatkan diri di gelanggang hiburan tanah air. Membawakan konsep power pop, untuk tempoh 14 tahun ini, Couple tidak pernah berhenti melangkah biarpun telah beberapa kali bertukar ahli.

Asalnya berdua, kini Couple dianggotai empat anak muda termasuk vokalis asal band terbabit, Mohd. Aidil Rusli atau Aidil.

Selain Aidil, anggota Couple yang lain adalah Mohd. Shahrin Ismail (drum); Ariana Adnan (gitar) dan Awang Masrin Awang Mohd. Nor (bass).

Membanggakan, meski tanpa publisiti di mana-mana media, Couple sejak ditubuhkan lagi sudah aktif mencipta dan merakamkan lagu mereka sendiri.

Bermula 1996 dengan sembilan buah lagu, album pertama mereka hadir 10 tahun kemudiannya yang berjudul Top Of The Pop yang memuatkan 11 buah lagu.

Dipasarkan menerusi internet melalui www.myspace.com/couple, teruja dengan sambutan yang menggalakkan daripada peminat, Couple kemudiannya muncul dengan album kedua pada tahun lalu iaitu Teenage Disc Fantastic.

Dan, bersesuaian dengan lengkapnya keanggotaan mereka seramai empat orang, untuk tahun ini, Couple bakal muncul dengan album ketiga, Pop Tak Masuk Radio.

Menurut Aidil, Pop Tak Masuk Radio merupakan album berbentuk sindiran terhadap sikap segelintir stesen radio tempatan yang dilihat Couple sebagai liat memutarkan lagu-lagu mereka.

Walaupun enggan bernada kecewa dengan perkara tersebut, Aidil menjelaskan bahawa Couple tetap mampu berbangga kerana lagu-lagu mereka sudah pun berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Sebagai contoh, jelasnya, di bawah label indie di Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, Couple memperoleh peluang untuk mengembangkan pengaruh ke negara berkenaan.

Pernah mengadakan persembahan di Bangkok, Singapura dan Indonesia, peluang membawa lagu-lagu ke AS dan Jepun kata Aidil, bermula dengan internet.

"Kami mengirim lagu-lagu indie ke negara berkenaan dan ternyata mereka amat meminatinya.

"Paling membanggakan, lagu Now I Can See telah digunakan sebagai lagu tema sebuah drama bersiri online di AS, Humanzee arahan James Gunn.

"Couple juga pernah diiktiraf sebagai antara 25 band terbaik di dalam laman web MySpace oleh majalah muzik Rolling Stone,'' katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di studio Utusan, baru-baru ini.

Ujar Aidil, di kalangan penggemar lagu-lagu band indie, Couple sudah semakin dikenali dan sekarang fokus band itu adalah untuk menguatkan nama di persada muzik perdana.

Dalam hal itu, menurutnya, Couple menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa band indie tidak memerlukan publisiti media untuk bertapak dalam industri muzik.

"Memang ada orang beranggapan band indie tidak perlukan publisiti. Tetapi, bagi kami, Couple sentiasa ada usaha untuk mengembangkan sayap.

"Oleh yang demikian, jika ada apa sahaja peluang untuk sesi fotografi dan publisiti, Couple tidak akan melepaskan peluang tersebut,'' ujarnya yang merupakan bekas graduan undang-undang di sebuah universiti di London.

Persaingan dan perpecahan

Sementara itu, Aidil yang diajukan persoalan tentang persaingan dengan band-band indie lain yang muncul bak 'cendawan tumbuh selepas hujan' berkata, istilah bersaing sebenarnya tidak wujud di dalam kamus setiap anggota Couple.

Gagal meraih pengiktirafan di dalam Shout! Awards baru-baru ini, Aidil memberitahu bahawa sebagai band indie, sokong menyokong antara satu sama lain adalah penting untuk bersatu menaikkan muzik tanah air.

"Memanglah antara band indie cuba untuk menaikkan nama masing-masing.

''Bagi Couple, kami tidak perlu bersaing. Apa yang penting adalah melakukan yang terbaik dalam apa sahaja peluang yang diberikan,'' jelasnya.

Mengenai perihal perpecahan antara ahli, Aidil bagaimanapun melahirkan harapan agar Couple akan kekal selamanya.

''Saya akui kalangan ahli pun pernah berlaku pergaduhan. Tetapi pergaduhan itu berkisar soal kerja seperti penghasilan lirik dan lagu.

''Ia bukanlah serius tetapi kami jadikannya untuk menguatkan lagi muzik Couple.

''Kalau boleh, biarlah Couple kekal selamanya. Jika ada yang berkahwin sekalipun, insya-Allah kami akan tetap aktif berkarya,'' katanya penuh yakin.

Celcom, TV3 tawar pakej deko

Celcom, TV3 tawar pakej deko


ZALMAN Aefendy (kanan) bersama Shareen Ooi (tengah) dan Rizalman pada sidang media kempen Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue di Menara Celcom, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SAMBUTAN perayaan Aidilfitri anda pastinya lebih meriah jika ruang tamu yang menjadi medan berkumpul bersama ahli keluarga dihias cantik, malah dilengkapi dengan pelbagai perabot baru yang bersesuaian dengan ruang.

Percaya atau tidak, anda mungkin merupakan salah seorang daripada pemenang hadiah utama kempen Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue anjuran bersama Celcom (Malaysia) Berhad dan TV3 yang berlangsung selama dua bulan bermula 22 Ogos hingga 23 Oktober ini.

Terbuka kepada semua penonton TV3 dan pelanggan Celcom Blue, kempen yang julung kali diadakan itu bukan sahaja menawarkan hadiah utama berupa pakej deko ruang tamu tetapi turut menawarkan hadiah harian bernilai lebih RM1 juta.

Kepada semua pelanggan TV3 yang ingin menyertai kempen tersebut, anda hanya perlu menghantarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip BLUE ke talian 33399.

Bagi mendapatkan kata laluan, anda dikehendaki menonton TV3 dan menjawab beberapa soalan mudah berkaitan Celcom dan TV3.

Hadiah-hadiah lain yang turut ditawarkan kepada pemenang harian termasuklah baucer barangan atau duit raya, TV LCD 37 inci, TV LCD 32 inci, mini hifi, PS3, pemain DVD, penghawa dingin, kerusi urut dan home theatre.

"Setiap hari bermula 22 Ogos ini kami menawarkan baucer barangan bernilai RM200 kepada empat pemenang.

"Selain hadiah harian, sebanyak 111 hadiah mingguan disediakan untuk para pelanggan Celcom Blue yang telah menjawab soalan-soalan serta mendapatkan kata laluan di TV3.

"Pelanggan Celcom Blue hanya perlu menambah nilai RM20 dan menggunakan sepenuhnya nilai yang ada dalam tempoh seminggu," kata Naib Presiden Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin pada sidang media kempen tersebut di Menara Celcom, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadiah mingguan berupa pakej deko ruang tamu bernilai RM30,000 manakala hadiah utama berupa pakej deko ruang tamu bernilai RM50,000 kedua-duanya dihias sendiri oleh pereka hiasan dalaman terkenal, Rizalman Ibrahim.

"Selain berhibur menonton pelbagai rancangan menarik yang disajikan di TV3, penonton juga boleh menyertai kempen tersebut dan berpeluang memenangi hadiah utama untuk membuat perubahan hiasan pada ruang tamu," kata Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan Khidmat Pelanggan Media Prima Berhad, Shareen Ooi pada majlis sama.

Fesyen dan deko hampir sama - Rizalman

Perunding hiasan dalaman yang cukup terkenal sebagai pereka fesyen, Rizalman Ibrahim ketika ditemui pada majlis serupa menyifatkan tiada banyak perbezaan antara rekaan pakaian dengan menghias sesebuah ruang.

"Fesyen adalah kerja manakala deko adalah kecintaan saya," ringkas jawapan yang diberikan oleh Rizalman berhubung dua kerjayanya itu.

Sama ada rekaan pakaian mahupun rekaan hiasan rumah kedua-duanya begitu kuat bermain dengan elemen warna, saiz mahupun nilai estetika.

Biarpun tiada asas mengenai hiasan dalaman secara formal namun, cara penyampaian dan kreativiti menerusi rekaan fesyen cuba diterjemahkan dalam bentuk hiasan dalaman pula.

"Celcom beri saya peluang untuk melakukan dekorasi mengikut idea saya sendiri bersesuaian dengan latar belakang serta keadaan rumah pemenang .

"Bagi saya lebih baik jika barang-barang yang hendak digunakan nanti dipilih oleh saya sendiri supaya kepelbagaian rekaan dapat dihasilkan.

"Kalau boleh, rancangan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kepentingan menghias rumah yang menjadi tempat tinggal kita.

"Masing-masing mahukan ketenangan apabila memasuki rumah sendiri, jadi bagi saya tiada sebab kenapa kita tidak boleh menghias kediaman kita sendiri," katanya.

Dalam pada itu, kata Rizalman, ini merupakan cabaran buat dirinya yang tiada sebarang pendidikan khusus tentang hiasan dalaman untuk menghias serta memilih barangan yang betul-betul sesuai dengan sesebuah ruang menggunakan yang dimenangi.

"Bukan semua barang-barang yang mahal dan cantik untuk disesuaikan dalam hiasan sesebuah rumah. Kita kalau boleh nak ajar penonton dengan menggunakan barangan yang murah mengikut skim warna yang betul mencantikkan sesebuah ruang," kata Rizalman lagi.

Santau papar sifat kejam, keji manusia

Santau papar sifat kejam, keji manusia


PELAKON utama Santau, Putri Mardiana, Farisya dan Esma Daniel.


BERLEGAR soal cemburu terhadap kebahagiaan dan kejayaan orang lain, filem Santau yang bakal ditayangkan tahun ini hadir tepat pada masanya.

Masih dalam proses penggambaran, filem arahan. Azhari Mohd. Zain ini secara umum memaparkan betapa keji dan kejamnya hati sesetengah daripada kita yang sanggup 'menjahanamkan' orang lain menerusi ilmu hitam itu.

Malah, bertambah sedih dan mendukacitakan, ada kalanya sasaran santau yang 'dihantar' terpesong ke arah insan-insan yang tidak bersalah.

Justeru, atas dasar ingin mengingatkan semua, Metrowealth International Group (MIG) mengambil peluang menerbitkan Santau dengan harapan agar kita semua menghindari ilmu atau ajaran syaitan itu.

Menurut Azhari, filem yang menelan kos sebanyak RM1.5 juta itu merupakan sebuah filem kritikan sosial terhadap penyakit dalam budaya masyarakat kita.

Jelasnya, kelebihan filem tersebut adalah pada jalan ceritanya yang berdasarkan kisah benar dan disulami dengan unsur-unsur suspen serta kekeluargaan.

"Ia turut menggabungkan dua elemen utama iaitu gerun dan menjijikkan. Kita gabungkan elemen itu untuk mencabar ketakutan penonton.

"Apa yang penting, pengakhiran Santau akan memberi pengajaran besar kepada masyarakat,'' katanya ketika ditemui Hits di lokasi penggambaran filem itu di Jalan Travers, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Santau membariskan pelakon-pelakon seperti Putri Mardiana, Esma Daniel, Zul Handy Black, Riezman Khuzaimi, Bob Lokman, seniwati Mariani dan lebih istimewa, ia menampilkan pelakon cilik berusia lapan tahun, Farisya Fatin Faisal.

Membabitkan 38 krew penggambaran, proses pembikinan filem ini mendapat khidmat pengarah fotografi, Indra Che Muda.

Ujar Azhari, selain membentangkan kisah benar, penghasilan Santau bukannya atas dasar imaginasi semata tetapi turut melibatkan penyelidikan terhadap mereka yang terlibat dengan santau termasuk mangsa santau.

"Penyelidikan secara ilmiah juga dilakukan. Setiap sudut santau itu dikaji dan hasilnya, santau diketahui mempunyai tiga jenis iaitu menerusi racun, sihir dan jin.

"Untuk filem ini, kita menggabungkan ketiga-tiga jenis santau berkenaan," katanya.

Mengakui seorang penakut, Azhari berkata, perasaan takut yang ada dalam dirinya itu menjadi salah satu elemen yang membantunya mengarahkan filem ini.

Farisya takut-takut berani

Sementara itu, menceritakan tentang penglibatan Farisya di dalam Santau, Azhari menjelaskan bahawa pelakon kanak-kanak itu pada mulanya agak takut menjalani penggambaran bersama hantu-hantu yang direka dalam set.

Namun lama-kelamaan. Farisya sudah berani membiasakan diri.

"Aksi penakutnya juga sedikit sebanyak menampakkan realiti rasa takut Farisya membawakan wataknya,'' ujarnya.

Bagi Farisya pula, meskipun pada mulanya asyik menangis kerana ketakutan, dia akhirnya dapat mengawal perasaan itu atas bantuan ibu bapa dan pujukan Azhari.

"Ibu dan ayah menyokong saya berlakon dalam filem ini. Santau adalah filem lakonan saya yang pertama. Sebelum ini saya ada berlakon dalam beberapa buah drama,'' katanya yang agak pemalu.

Rezeki WCOPA - Putri Mardiana

Dalam pada itu, Putri Mardiana yang merupakan pelakon baru di bawah naungan MIG tidak menyangka akan diberikan watak utama dalam Santau.

Jelasnya, bakat lakonannya dihidu oleh David Teo ketika penerbit filem terkenal itu melihatnya beraksi dalam Worldstars Road To Hollywood di Istana Budaya.

"Dalam Worldstars Road To Hollywood, saya telah berjaya menempatkan diri untuk menyertai World Championship Of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, di bawah kategori lakonan.

"Saya kemudiannya dihubungi beliau (David) supaya hadir ke pejabatnya dan ditawarkan berlakon.

"Saya memang minat berlakon. Dulu saya tidak ada peluang,'' kata Putri Mardiana.

Watak utama dalam filem

Telah hampir 20 tahun hidup sebagai anak seni, Esma Daniel pula menganggap penglibatannya selaku pelakon utama dalam filem Santau bagaikan satu mimpi.

Sejak mula berlakon pada 1991, ini merupakan kali pertama dia diberi watak utama dalam filem.

"Sangat mencabar kerana sebelum ini saya banyak berlakon drama. Untuk filem ini, saya kena memberikan imaginasi yang lebih.

"Bagaikan bermimpi pula apabila Azhari menghubungi dan menawarkan saya sebagai teraju utama,'' jelas Esma.

Katanya, dalam usia penglibatannya yang sudah pun berstatus senior, dia tidak kisah diberikan apa jua watak.

Di sebalik kemilau FFM22

Di sebalik kemilau FFM22


AFDLIN SHAUKI DAN PARA PELAKON PAPADOM di FFM22.


FESTIVAL Filem Malaysia ke-22 (FFM22) telah berlangsung di Kota Kinabalu dengan majlis penutupnya yang meriah dan gemilang. Para pemenangnya juga telahpun diketahui.

Tetapi, sejauh manakah kilauan kemeriahan FFM kali ini mampu sama mencapai matlamat FFM22 iaitu meletakkan Filem Malaysia ke Persada Dunia?

FFM22 menggariskan objektif yang cukup baik kali ini. Antaranya meraikan kejayaan pengamal industri filem dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair dengan menggalakkan penghasilan karya filem yang bermutu dan diterima di peringkat global. Kedua, memasyarakatkan filem dengan mencintai filem tempatan di kalangan masyarakat.

Daripada barisan pemenang FFM22 kali ini, sebenarnya memperlihatkan satu perkembangan yang cukup menarik. Para pemenang FFM22 kali ini dikuasai oleh filem-filem dan karyawan dari generasi muda. Tiga filem generasi baru yang cukup menonjol adalah Papadom, Setem dan Talentime.

Filem Papadom arahan Afdlin Shauki memenangi anugerah Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Skor Muzik Terbaik. Kejayaan filem ini diikuti oleh filem Setem arahan Kabir Bhatia yang memenangi suntingan, fotografi dan penataan seni terbaik. Filem Talentime arahan Yasmin Ahmad memenangi anugerah Pengarah dan Lakonlayar Terbaik (Sayangnya Yasmin Ahmad telah meninggal dunia sebelum sempat menerima hadiah Pengarah Terbaik). Selain nama-nama pengarah ini, Yusry Halim (Cicakman), Shamsul Yusuf (Bohsia), Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak (Kami: The Movie) dan James Lee (Histeria) adalah juga pengarah generasi muda.

Dalam tulisan saya tentang filem-filem tempatan 2008 (Skrin, 6 Jan. 2009) saya nyatakan perkembangan industri filem tempatan tahun 2008 cukup menarik kerana kemunculan begitu banyak pembikin filem generasi muda. Mereka bukan sahaja berpotensi tetapi filem-filem mereka diberi pendekatan yang berbeza berbanding dengan filem-filem yang dihasilkan oleh pengarah generasi terdahulu. Keberanian yang dibawa oleh pembikin filem generasi baru inilah yang mampu mengembang dan memajukan filem tempatan dalam jangka masa panjang.

Apa yang penting keyakinan untuk meletakkan filem tempatan ke persada dunia akan ada di tangan pembikin filem generasi muda. Malah sebenarnya kita mempunyai begitu banyak pembikin filem generasi baru yang cukup berpotensi dan bersemangat berdasarkan sejumlah besar filem-filem pendek yang dihasilkan oleh para graduan dari institusi pengajian tinggi. FFM22 dengan berani telah mengiktiraf pembikin filem generasi baru.

Tiga filem ini iaitu Papadom (yang masih belum ditayangkan), filem Setem dan Talentime membawa pemikiran generasi baru Malaysia dan pendekatan gaya penceritaan mereka sudah tidak terikat kepada satu kaum sahaja.

Tetapi saya lebih percaya, filem yang mampu meletakkan filem Malaysia di persada dunia adalah filem yang mampu mengangkat emosi dan tema kemanusiaan yang sejati, sama ada filem tersebut memfokus kepada kehidupan satu kaum sahaja atau tidak, ia tidak menjadi persoalan utama. Yang penting filem tersebut dihasilkan dengan kualiti pemikiran dan mampu mengangkat emosi kemanusiaan yang unik dan sensitif.

FFM22 kali ini juga meletakkan matlamat untuk memasyarakatkan filem tempatan. Pada saya matlamat ini jauh lebih penting. Memasyarakatkan filem Malaysia bermakna meletakkan rasa kepunyaan dan rasa kasih kepada setiap filem tempatan oleh penduduk negara. Inilah aspek yang terasa bukan sahaja kurang, malah menjadi aneh apabila sebahagian masyarakat negara ini seakan tidak merasa kasih dan mencintai filem-filem negara mereka sendiri.

Dengan bangga mereka menolak dan merendahkan taraf filem tempatan. Sebagaimana anehnya sebahagian masyarakat negara ini yang tidak meyakini kemampuan bahasa kebangsaan sendiri, sehingga perlu dibuat kempen dan slogan mencintai bahasa kebangsaan. Inilah juga senario yang berlaku kepada filem-filem tempatan kita. Hingga memerlukan kempen dan slogan untuk menarik minat masyarakat negara ini menyokong seni filem tempatan.

Hal-hal sebegini tentulah sesuatu yang aneh di India, Jepun, Korea dan malah di Thailand. Kecintaan yang tebal terhadap seni filem tempatan menyebabkan seni dan industri filem mereka berkembang maju bukan sahaja daripada segi kualiti tetapi juga perkembangan industrinya. Akhirnya yang untung adalah masyarakat dan negara itu sendiri.

Perlu diingat, seni dan industri perfileman tidak harus dilihat dari sudut hiburannya sahaja, tetapi seni filem sudah menjadi ukuran kreativiti dan pemikiran sesuatu bangsa sepertimana karya sastera menjadi ukuran kepada perkembangan tamadun sesuatu bangsa.

Filem bukan sahaja arena untuk para karyawan dan seniman berkarya tetapi melalui filem juga puluhan dan ratusan para profesional terlibat dalam menghasilkan sesuatu produksi. Tidak hairan jika negara-negara seperti Amerika, Jepun, Korea, Hong Kong dan kini Thailand memberikan perhatian utama kepada pembangunan industri filem mereka.

Justeru itu, antara meletakkan sasaran global dan memasyarakatkan filem, matlamat memasyarakatkan filem tempatan menjadi objektif yang cukup penting. Ini kerana objektif inilah yang akan menentukan perkembangan dan kemajuan seni dan industri filem tempatan.

Namun sekali lagi matlamat ini akan hanya mampu dicapai jika pembikin filem kita mampu memberikan filem yang berkualiti, menghiburkan dan tentunya pemikiran yang digarap tidak merendahkan intelektual khalayak penonton. Hanya dengan cara ini filem kita mampu berada di persada filem dunia.

Liza permaisuri hati Ajai

Liza permaisuri hati Ajai


AJAI mencium dahi Liza selepas selamat dinikahkan di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang Sabtu lalu.


BENARLAH kata pepatah yang berbunyi, 'Cinta adalah fajar perkahwinan, dan perkahwinan adalah senja percintaan'. Melayari percintaan selama tiga tahun dengan wanita idaman hatinya pasti bukan satu tempoh yang mudah bagi komposer muda yang tersohor ini, apatah lagi desas-desus dirinya yang dikaitkan dengan beberapa wanita jelita sebelum ini yang kononnya telah berjaya mengetuk pintu hatinya.

Pernah dilabel sebagai antara 'duda terhangat tanah air', pengalaman lalu juga menjadikan dirinya amat berhati-hati bila diajak bicara soal cinta.

Bagaimanapun kisah percintaan antara Ajai dan Norliza Ilias, 37, atau Liza yang mula dihidu rakan wartawan terungkai juga akhirnya melalui titipan kad jemputan ke majlis pernikahan mereka awal bulan lalu.

Ibarat sudah terang lagikan bersuluh, teka-teki cinta Ajai dan Liza berakhir juga ke jenjang pelamin.

Memang benarlah cinta itu buta, tetapi sama ada secara kebetulan atau memang sudah suratan jodoh kedua Ajai atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Maas, 36 juga kepada gadis dari Pulau Mutiara.

Sabtu lalu, Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang menjadi saksi termeterainya kasih Ajai dan Liza. Dengan sekali lafaz akad nikah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Bandaraya Pulau Pinang, Mansor Taib kira-kira pukul 10.45 pagi, kedua-duanya sah bergelar suami isteri.


AJAI dan Liza bagaikan pinang dibelah dua memilih baju pengantin rona putih rekaan Rizalman Ibrahim pada hari pernikahan mereka.


Ajai yang kelihatan tenang tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya pada majlis pernikahan yang berlansung tidak sampai tiga minit itu seraya melemparkan senyuman kepada Liza.

Jelas, senyuman bahagia terpancar di wajah raja sehari ini apatah lagi mahligai baru Ajai dan Liza turut dikongsi dengan permata hati Ajai iaitu Ayu Nazirah, 11. Tidak kekok bergelar ibu segera, seakan-akan ada pertalian erat antara Liza dengan Ayu yang mesra memanggilnya 'Mummy Liza' sambil mengucup tangan ibu barunya selepas majlis pernikahan selesai.

Ini merupakan pernikahan kali kedua buat Ajai yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular, Nurul Huda Abdul Wahab juga berasal dari Pulau Pinang.

Terdahulu, Liza yang kelihatan manis dan ayu tiba bersama rombongannya kira-kira pukul 10.30 pagi. Kehadiran rombongan keluarga pengantin perempuan yang berpakaian serba biru diketuai oleh bapa dan ibunya, Mohamad Ilias Mohamed dan Asma Hashim.

Rombongan Ajai didahului ibu bapanya, Maas Abd. Rahim dan Ishah Abu Bakar serta adik-beradik dan saudara-mara terdekat dari Johor Bahru serta kenalan dari Kuala Lumpur tiba lebih awal iaitu kira-kira pukul 10.15 pagi.

Pada majlis itu, pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran termasuk mas kahwin RM1,001, hantaran dalam bentuk cek bernilai RM15,000, beg tangan, kasut, minyak wangi, gubahan buah-buahan serta sirih junjung.

Sementara pengantin lelaki pula menerima balasan sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, baju kemeja, kek, kasut, dompet dan tali pinggang, barang dandanan diri, telefon bimbit, sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.


D: CEK bernilai RM15,000 yang dihias kemas di atas dulung hantaran.


Kedua-dua pasangan yang mengaku bercinta sejak tiga tahun lalu itu kelihatan berseri-seri dengan pilihan busana sedondon berwarna putih rekaan Rizalman Ibrahim.

Pasangan itu kemudiannya diraikan pada satu majlis doa selamat di kediaman keluarga Liza di Jalan Pisang Raja, Kampung Melayu, Air Hitam dekat sini.

"Pengalaman perkahwinan terdahulu menyebabkan saya lebih berhati-hati membuat keputusan untuk kehidupan kali kedua," itu pengakuan jujur Ajai pada sidang media yang diadakan sejurus selepas majlis pernikahan selesai.

Katanya, jiwa wanita Liza yang berjaya mengikat perasaanya itu mengukuhkan hubungan mereka berdua walaupun mengakui sukar mulanya untuk membuat keputusan mencari suri pelengkap kekosongan hati.

"Sudah ketentuan jodoh saya kuat dengan dirinya. Mungkin juga faktor kami kerap berjumpa kerana kerjaya dalam bidang yang sama menerbitkan bibit-bibit cinta, tapi yang jelas 98 peratus ciri-ciri kewanitaan yang saya idamkan ada pada dirinya.

"Memang sebelum ini saya ada berkenalan dengan beberapa wanita tetapi jujur saya katakan, Liza yang paling sesuai. Bercinta dengan saya pula umpama satu pakej kerana saya perlu pastikan Ayu Nazirah setuju dengan siapa yang bakal bergelar ibunya kelak.

"Bukan niat untuk menafikan kisah cinta kami sepertimana dipaparkan media sebelum ini, tetapi biarlah ia begitu kerana saya berminat berkongsi kisah tentang kerjaya selaku penerbit dan pengarah sahaja berbanding kisah-kisah peribadi," jelasnya.

Menurut Ajai, selama ini beliau lebih suka berdiam diri apabila ditanya tentang hubungannya dengan Liza kerana fokus kepada kerjaya tetapi di masa sama tidak menghalang kisah peribadinya itu disiarkan media.

"Cukuplah kalau saya katakan saya amat gembira hari ini dan bersyukur kerana segala yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan dan bersedia untuk memulakan satu kehidupan baru.

"Walaupun ada yang kata saya berteka-teki, tetapi jujurnya kami telah merancang untuk bernikah sejak setahun lalu. Syukur kepada Allah, berkat doa keluarga dan kenalan akhirnya hari bahagia yang dinanti muncul juga," ujarnya yang kepingin untuk menimang cahayamata lelaki kembar bagi melengkapi kebahagian yang bakal dilayari.

Selepas sekian lama menduda, adakah Ajai berasa kekok untuk bergelar suami semula?

Pastinya tidak. Kerana menurut Ajai: "Pengalaman 11 tahun ketika pernikahan pertama menjadikan saya lebih matang untuk membuat keputusan kali kedua (bernikah).

"Saya pernah give up tentang perkahwinan, tapi manusia punyai penilaian yang berbeza dan memang sukar untuk buat pilihan ini, akhirnya ketentuan Ilahi membuatkan saya berfikir semuanya berbalik pada soal jodoh.

"Tentang Ayu Nazirah pula, saya kenal anak saya, dan yang penting dia gembira dengan pilihan saya dan begitulah sebaliknya," kata Ajai lagi.


LIZA selamat menjadi permaisuri hidup Ajai dengan sekali lafaz akad di hadapan kadi, Mansor Taib baru-baru ini.


Sepertimana Ajai, Liza juga tidak menyangka jodohnya dipertemukan dengan insan yang hampir dalam hidupnya.

"Mengenali Ajai, penampilannya cuma nampak garang di kaca televisyen apabila menjadi juri, tapi sebenarnya dia mempunyai ciri-ciri yang gemar berjenaka. Malah jika tertekan semasa kerja, Ajai lebih gemar ketawa.

"Sifat bertanggungjawab yang ada pada dirinya menepati ciri yang saya perlukan kepada lelaki yang bergelar suami. Kami pernah berkerja di syarikat yang sama selama kira-kira tujuh tahun dan walaupun tidak lagi sebumbung tetapi kami sering bertembung atas keperluan tugas.

"Bak kata orang Pulau Pinang 'pi mai pi mai tang tu' menyebabkan jodoh kami begitu dekat dan saya bersyukur ia dimeterai secara sah hari ini," ujarnya.

Tanpa berselindung, Ajai memberitahu sekembalinya ke ibu negara nanti mereka sibuk dengan tugasan syarikat yang perlu diselesaikan.

"Apa yang pasti urusan syarikat tetap berjalan lancar di mana Liza bertanggungjawab menguruskan soal-soal acara dan pengurusan pejabat, manakala saya lebih kepada penerbitan dan kerja kreatif.

"Walaupun berada satu bumbung bukan bermakna kami selalu jumpa di pejabat." ujar Ajai.

Ketika ditanya tentang rancangan berbulan madu, Ajai memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.

"Saya rasa lebih manis berbulan madu di rumah sahaja, apatah lagi ini kali pertama kami menyambut Ramadan sebagai suami isteri.

"Telah lama saya mencari erti kewanitaan sebenar pada diri seorang wanita, dan inilah masa paling sesuai untuk saya menyelaminya.

"Apa yang saya pinta ialah panjatkan doa agar pelayaran keluarga kami berdua kekal ke akhir hayat," pintanya sambil mengharap restu seluruh teman dan taulan untuk mendoakan pelayaran keduanya dengan wanita yang dicintai ini.