Sunday, August 9, 2009

CAK: ‘Cantik pelamin daripada pengantin’

CAK: ‘Cantik pelamin daripada pengantin’

TERGELAK besar CAK bila dengar cerita mengenai seorang penyanyi dan pengacara yang tak sayang mulut. Memang tak dinafikan orangnya peramah dan banyak bercakap, tapi agak-agaklah sikit sebab kadangkala apa yang keluar dari mulut boleh buat orang terasa hati. Satu hal lagi, tengok jugalah tempatnya.

Itu padahnya kalau tak berhati-hati. Nak dijadikan cerita, dia diundang menjadi pengacara dan menyanyi di majlis perkahwinan anak VIP dengan seorang artis baru.

Namun ketika majlis berlangsung, tugas mengacara diberi kepada seorang selebriti lebih berpengalaman dan dia hanya menyanyi.

Di atas pentas, dia main sedap mulut bercakap. Selamba badak je cakap pelamin lebih cantik daripada pengantin dan macam-macam lagi dia merapu. Kalaupun niat mahu bergurau, tapi bagi CAK langsung tak kena tempat.

Bukankah pengantin diraikan dalam majlis, jadi bercakaplah perkara yang manis-manis dan sedap didengar. Itukan hari raja sehari dan ia akan jadi kenangan terindah buat mereka. Jagalah air muka mereka dan keluarga kedua-dua belah pihak mempelai.

Nasib baik pengantin itu bukan CAK, kalau tidak penyanyi itu mesti jadi sasaran lontaran kasut CAK. Baru padan muka, celupar sangat.

CAK ada terfikir, mungkin artis ini sentap bila tempatnya sebagai pengacara diganti orang lain. Namun rileks la, bayaran tetap sama, cuma tugas yang berkurang.

Lainlah kalau bayaran pun kurang, logiklah kalau nak angin satu badan. Lagipun buat apa nak berkira sangat, orang yang menggantikan tempat awak berkhidmat atas dasar kawan dan langsung tidak mengenakan bayaran.

Mungkin sentap itu juga, penyanyi tadi belah begitu saja selepas selesai tugasnya. Tiada salam dengan pengantin, jauh sekali berterima kasih atas jemputan itu.

No comments: