Sunday, August 9, 2009

Hujan Mencari Konklusi

Hujan Mencari Konklusi

SELEPAS Bunkface, kini giliran Hujan pula memeriahkan Channel V. Tambah menarik, saluran berkenaan akan menyiarkan klip video Hujan menerusi lagu berjudul Mencari Konklusi.

SELEPAS Bunkface, kini giliran Hujan pula memeriahkan Channel V. Tambah menarik, saluran berkenaan akan menyiarkan klip video Hujan menerusi lagu berjudul Mencari Konklusi.

Menariknya, penonton saluran ini akan ditayangkan klip video berkenaan secara eksklusif — hanya di Channel V pada 14 Ogos ini, tepat jam 9 malam.

Klip video yang dirakam di Bandung, Indonesia, itu menampilkan Hujan dan Scha bersama pelakon dari seberang iaitu Fauzi Baadilla, pastinya akan menarik perhatian penonton.

Selain itu, Hujan yang dianggotai Noh (vokal/ gitar), AG (gitar), Jaja (bass), Dimas (keyboard) dan Am (dram) ditemubual oleh Nicholas Saputra. Pelbagai topik menarik dirungkai menerusi segmen V Plug yang akan disiarkan selama dua minit setiap 9 malam, bermula 10 hingga 14 Ogos ini.

Bagi menambahkan kemeriahan itu, Channel V memaparkan kisah pahit maung band berkenaan ketika di Malaysia dan juga Indonesia. Menerusi segmen ini persediaan, kesukaran dan kisah hidup mereka sebelum, ketika dan selepas mengadakan persembahan turut dipertontonkan.

Tambah menarik, Hujan yang akan membuat persembahan di Festival Muzik FX di Kompleks FX, Jakarta, akan turut ditayangkan khas untuk peminatnya di Malaysia pada 30 Ogos ini, jam 10 malam.

Jadi, pastikan anda tidak terlepas menonton pelbagai rancangan menarik mengenai band indie selain melihat aksi mereka memperjuang muzik dan nama negara.

No comments: