Sunday, August 9, 2009

CAK: Mazin di ZEE TV

CAK: Mazin di ZEE TV

SEJAK Jumaat lalu bermula sesi pencarian pengacara bagi program baru di saluran Zee TV, Bollywood Anchor Hunt. Seramai 20 orang disenaraikan dan akan disaringkan ke beberapa orang yang kini berlangsung di Nandos, One Utama, Bandar Utama sehingga jam 6 petang ini.

Ramai muka baru yang ingin mencuba dan CAK tertarik dengan dua tiga bakat yang petah berbahasa Melayu dan berpengetahuan luas dalam dunia Bollywood.

Jangan terkejut, dalam ramai itu terselit wajah yang biasa nampak. Itulah Mazin Ameen Siraj, pelakon dan model. Sekadar mencuba nasib dan elok juga kerana program ini menunjukkan sesiapa boleh menyertainya tanpa mengira ‘populariti’.

Mungkin juga ada yang akan kata penyertaan Mazin seolah-olah menutup peluang peserta lain dan seperti mencari publisiti murahan pula.

Namun ketika dihubungi, Mazin menafikan tindakannya menyertai program itu untuk mencari publisiti atau menutup pintu rezeki peserta lain.

“Zee TV sebuah saluran global yang tidak hanya ditonton di Malaysia, jadi ini satu landasan baik untuk saya memperkenalkan diri serta bakat yang ada di persada antarabangsa pula.

“Malah, tidak wujud soal memotong jalan peserta lain dengan populariti yang saya ada kerana pengadil yang memilih pemenang program ini adalah profesional dan tidak menilai pada populariti seseorang, sebaliknya bakat dan persembahan kami,” katanya.

Apapun, CAK ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Mazin kerana baru-baru ini dikurniakan cahaya mata lelaki comel, Asyaaf Mukhtar.

No comments: