Sunday, August 9, 2009

Diana Amir bersama kekasih & isu pinggul Rempt-It V3

Diana Amir bersama kekasih & isu pinggul Rempt-It V3

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

Gambar kiriman blogger. Diana Amir dipercayai bersama buah hatinya.

Foto seksi aktres Impian Sunsilk di samping teman lelaki tersebar di internet

APABILA terpandang wajah comel Diana Amir, 23, dalam sebuah majalah hiburan baru-baru ini, terdetik di dalam hati, siapa dia ni? Zubir tak pernah nampak atau dengar namanya sebelum ini. Adakah dia penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio atau sekadar model penghias majalah?

Selepas bertanya kepada teman wartawan lain, barulah Zubir dimaklumkan, Diana Amir ialah aktres dan pengacara. Diana yang dilahirkan di England sedang menempa populariti menjayakan drama bersiri TV3, Impian yang kini sudah pun memasuki musim keduanya mulai 14 Julai lalu. Maafkan Abang Zubir Diana sebab tak kenal, maklumlah artis ‘bebas kontroversi’ seperti Diana, ada kalanya kurang mendapat perhatian media massa.

Pun begitu, baru-baru ini Zubir menerima kiriman e-mel perihal Diana dan beberapa keping foto seksinya bersama seorang pemuda kacak dipercayai teman lelakinya daripada rakan blogger.

Poster asal Remp-It V3 yang dikatakan tidak dapat kelulusan.

“Ramai peminat kecewa melihat Diana semakin hari terus berubah. Pakaiannya semakin terdedah di sana sini. Melihat gambarnya yang begini (seksi), mungkin gambar pinggul yang terdapat dalam poster Remp-It V3 milik Diana!,” komen peminat Diana yang dipetik daripada sebuah laman web hiburan popular.

Selain dikenali sebagai Diana Impian Sunsilk, dia juga bakal muncul menerusi filem sulung arahan aktor kacak, Farid Kamil, Remp-It V3. Mudah-mudahan filem terbitan Metrowealth Movies Production (MMP) itu tidak berdepan masalah dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Pun begitu, selepas Zubir melakukan sedikit ‘penyiasatan’ daripada sumber yang boleh dipercayai kredibilitinya, Zubir dimaklumkan, gambar pinggul dalam poster Remp-It V3 itu sama sekali bukan milik Diana. Lagipun poster berkenaan sekadar lukisan yang diilhamkan daripada ilustrasi pelukisnya saja. Namun, Zubir difahamkan poster berkenaan khabarnya tidak mendapat kelulusan untuk pameran.

Justeru, sebuah poster baru dengan judul lain, V3 Samseng Jalanan terpaksa dihasilkan dan kali ini Zubir dapat tahu barulah ia mendapat kebenaran.

Apabila Diana, penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, menampilkan sisi sebenar dirinya, mungkin peminatnya kecewa kerana idola mereka tidak seperti digambarkan. Zubir tidak menyalahkan Diana dalam hal ini, mungkin dia masih mentah dan berpakaian begitu tidak menjadi kesalahan baginya.

Mengenai pemuda bersebelahan Diana, kemungkinan besar dia adalah kekasih Diana. Khabarnya pemuda berkenaan berdarah campuran Arab. Dengar cerita pemuda itu pemilik syarikat kereta di Subang. Entah betul ke tak, dia kononnya bekas teman lelaki aktres kacukan Melayu-Punjabi-Siam, Faezah Elai!

Judul baru dapat lampu hijau.

Kepada Diana, just be cool, jangan terasa hati dengan komen Abang Zubir. Bagi Zubir, ada eloknya gambar kontroversi Diana bersama kekasih tersebar di internet, sekurang-kurangnya boleh membuatkan Zubir mengenali dan mendekati siapa sebenarnya Diana Amir.

ZUBIR: Adik aktres popular berpeleseran di pusat hiburan berpakaian seksi, minum arak tanpa menghiraukan nama baik kakaknya bakal tercalar.

No comments: