Sunday, August 9, 2009

Kesabaran tinggi

Kesabaran tinggi

Oleh ABIE ABDULLAH

JAM 6 petang, Ifa Raziah dan rombongannya tiba di Studio Finas. Itu masa yang dijanjikan untuk rakaman program Bintang Pujaan bagi slot Muzik Aktif RTM.

JAM 6 petang, Ifa Raziah dan rombongannya tiba di Studio Finas. Itu masa yang dijanjikan untuk rakaman program Bintang Pujaan bagi slot Muzik Aktif RTM.

Kalau mengikut perancangan, dua jam selepas itu dia mulakan latihan bersama band sebelum rakaman sebenar.

Namun kita hanya mampu merancang, masa selalu ‘lari’. Kata Produser A Aida Production, A Aida, ‘menunggu’ bagaikan sebahagian daripada dunia artis.

Sambil menunggu, studio sibuk dengan penggambaran episod Nassier Wahab yang juga ‘terbabas’, sepatutnya sehari sebelum itu.

Ifa memulakan sesinya kira-kira jam 3 pagi dengan lagu Goyang Inul. Bukan Ifa saja yang penat menunggu, malah pemuzik yang setia mengiringi penyanyi setiap pagi hingga awal pagi esoknya dan juga penonton. Bagaimanapun di depan kamera, senyum mereka harus melebar dan ceria.

Bagaimanapun dalam keletihan itu, Ifa bijak membangkitkan ‘mood’ persembahan. Sempat bergurau senda dengan penonton yang berkali-kali menguap sehingga apa yang kita akan lihat di kaca TV nanti, seperti ‘mengghaibkan’ kepenatan.

Kata Ifa, ini sebahagian daripada tugasnya. Tidak hanya menghibur di depan kamera, malah di belakang tabir juga penting demi membangkitkan visual cantik dan segar untuk penonton di rumah.

“Ifa tak kisah. Kalau Ifa lama menunggu, mereka lagi lama. Jadi untuk melancarkan perjalanan rakaman ini, jangan kita pula ‘panas’ sehingga semua tidak menjadi,” katanya.

Ifa antara contoh yang saya lihat ketika rakaman Bintang Pujaan, kebetulan saya bertugas di belakang tabir untuk program ini. Saya melihat kesabaran artis kita begitu tinggi.

Tidak hanya Ifa, malah Nassier, Hattan, Ramlah Ram, Rem, Haiza, Iwan, Hafiz Hamidun, Mila, Azharina, Safura, Nash dan Izwan Pilus.

Kesabaran menunggu rupa-rupanya situasi biasa bagi mereka. Hanya mampu bertahan atau tidak. Kadangkala kita dikejutkan dengan perangai sesetengah artis yang ‘naik angin’ di lokasi, tetapi kejutan itu sebenarnya perlu diteliti sebab musababnya.

Kalau anda perasan, artis juga selalu dikaitkan dengan insan seni yang sensitif dan berjiwa halus.

Sensitif dan kehalusan ini sering juga disalahertikan sehingga ada yang menyifatkan mereka mengada-ngada, tambahan yang berdarah muda.

Bagaimanapun, inilah sebahagian dunia mereka. Kata Ifa, pengorbanan sangat perlu bagi sesetengah artis untuk terus hidup dan bernafas dalam industri.

Jika tidak, mereka tidak mampu bertahan lama. Lebih-lebih lagi dengan persaingan sesama sendiri yang kadangkala menjurus kepada perbalahan.

“Demi sesuap nasi dan minat di dalam bidang ini, yang pahit itu adakalanya perlu kita telan walaupun perit,” katanya.

Kata-kata itu sangat mendalam maksudnya. Masyarakat dan peminat hanya memandang dari luar, sehingga lupa artis juga manusia seperti kita yang ada perasaan dan keluarga yang harus dijaga. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Kesilapan kecil diperbesar-besarkan.

Ini antara lumrah dunia artis. Bintang Pujaan yang akan ditayangkan sekitar September menerusi Muzik Aktif saluran Astro 180 juga ‘dunia’ mereka.

Menerusi program arahan Roslan Ramli dan Nik Azizah Hassan ini, saya juga melihat sisi penghibur artis yang diundang. Persembahan ‘live’ dengan iringan band itu membuka mata mengenai kewujudan ramai penghibur tanah air yang kita miliki.

Saya tidak mahu komen lebih mengenai Hattan, Nash dan Ramlah Ram, sesi rakaman mereka cukup hidup. Namun saya tertarik dengan tenaga Ifa, Safura, Mila, Azharina dan Nassier menjadikan Bintang Pujaan secocok nama mereka.

Buktinya anda akan lihat apabila Bintang Pujaan ini ditayangkan nant

No comments: