Sunday, August 9, 2009

Kawan 9 mula aktiviti

Kawan 9 mula aktiviti


MALAYSIA kaya dengan makanan. Sebut saja nama makanan, pastinya mudah dicari. Masakan Melayu, Cina, India, barat dan banyak lagi begitu mudah dicari, baik di restoran mahupun di gerai sesuai dengan kehidupan rakyat Malaysia majmuk ini. Hanya rasanya saja berbeza.

Baru-baru ini Kawan 9 amat berbesar hati apabila dipelawa oleh Hot FM untuk sama-sama memeriahkan Hot FM Le Tour de Gerai yang dibawakan khas oleh Maxis. Bermula di sekitar kawasan selatan, diikuti di kawasan utara dan berakhir di Lembah Klang, jelajah gerai yang berlangsung selama 36 jam untuk setiap kawasan dan mengambil masa tiga minggu berturut-turut ini berjaya menambat hati peminat setia TV9 dan juga pendengar stesen radio itu.

Melalui acara sebegini, Kawan 9 yang baru mengorak langkah dengan acara padang berjumpa orang ramai ini berpeluang mempromosikan program menarik dan baru TV9.

Orang ramai juga berpeluang untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti kuiz bagi mendapat barangan ekslusif TV9.

Aktiviti Kawan 9 juga mengadakan lawatan dari sekolah ke sekolah di sekitar Lembah Klang. Lawatan ini diadakan untuk memberi kesedaran pelajar mengenai kepupusan orang utan yang kian membimbangkan akibat pembalakan dan perbuatan manusia.

Program yang dijayakan bersama TV9, Boh dan WWF Malaysia, Sinar Harapan Orang-Utan (New Hope For Orang-Utan School Programme) mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada guru dan pelajar sekolah. Program ini turut disokong oleh Kementerian Pelajaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari www.tv9.com/k9 atau www.orangutan.com.my .

Kawan 9 akan meneruskan aktiviti padang setiap minggu di lokasi berlainan. Jika anda mempunyai cadangan menarik kepada Kawan 9, sila hubungi menerusi laman web www.tv9.com/k9 di ruangan ‘chat’ atau emel kepada kawan9@tv9.com.my.

No comments: