Sunday, August 16, 2009

Adik aktres popular bersosial sakan di kelab hiburan!

Adik aktres popular bersosial sakan di kelab hiburan!

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

SEBENARNYA sudah banyak kali Zubir memaparkan kisah yang seakan serupa dengan cerita geli yang akan didedahkan minggu ini. Kakak penyanyi popular, adik perangi macam 'teet', bersosial macam tak ada hari esok! Ada tu lagi, kakak pelakon popular dan mempunyai ramai peminat, adik pula perangi buruk, berpakaian seksi macam kedai kain dah kehabisan stok, minum air setan macam air mineral!

Minggu ini Zubir sekali lagi dimaklumkan, adik aktres popular yang laku di kaca TV, bersosial bersama teman-teman di pusat hiburan macam nak rak!

Sebenarnya kelakuan begitu boleh mencalarkan imej bersih yang dipelihara kakaknya selama ini. Zubir difahamkan, kakaknya juga sesekali apabila menjayakan sesi fotografi, dia tampil seksi, tapi taklah macam adiknya, muka baik, ayu, macam suci bersih, tapi apabila terlepas bersosial, hampehh!

"Kakak dia ni model dan pelakon drama. Nak kata popular, rasanya popularlah juga sebab buka saja mana-mana saluran TV, pasti kita berpeluang melihat lakonan kakaknya. Nak kata kakaknya boleh dijadikan contoh, tak juga sebab aku pernah tengok kakaknya berpakaian agak seksi ketika menjayakan sesi fotografi sebelum ini.

"Sekarang ni aku tengok adik dia yang lebih sudu daripada kuah! Pakaian seksi tak hengat, bersosial di pusat hiburan macam tak ada hari esok, padahal awak tu masih bersekolah! Sekurang-kurangnya jagalah sikap kelakuan tu, orang kenal kakak awak tu artis. Kalau perangai dah macam 'teet', bukan si adik saja yang dapat nama busuk, dengan kakaknya sekali orang bercakap benda tak elok.

"Tolonglah Zubir nasihatkan artis dan kaum keluarga mereka. Mereka ni apabila bergelar penyanyi atau pelakon, mereka boleh dianggap sebagai ikon dan idola peminat, jagalah kelakuan di luar, ini tidak, hidup kat dunia ni macam tak ada orang kenal saja, padahal muka pasport. Kalau si kakak atau artis saja yang berusaha memelihara nama baik mereka, tapi si adik tabur pasir dalam periuk nasi kakak, tak guna juga.

"Kita ni hidup bermasyarakat, apa-apa yang dibuat, orang nampak. Tambahan pula, ini bukan Hollywood, setakat bersosial, mabuk dan seks bebas, itu perkara lazim di tempat mereka, tapi ini Malaysia beb, jagalah sikit nama baik orang Melayu. Kalau dah tak sanggup jadi orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa dan pekerti yang mulia, aku rasa berhenti saja jadi orang, jadi 'teet' lagi elok," luah seorang teman kepada Zubir, marah-marah.

Nasihat Zubir mudah saja, tolonglah jaga nama baik anggota keluarga anda, sekiranya adik, abang, kakak, ibu dan ayah mereka berstatus selebriti, anggota keluarga yang lain harus sama-sama memelihara perangai, jangan main hentam saja, ingat sikit, 'CCTV' sekarang ada di merata tempat!

ZUBIR: Ramli MS menyifatkan vokal Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani) umpama suara turun dari 'langit' dan industri kehilangan seorang pakar rujuk lagu nasyid.

No comments: