Sunday, August 16, 2009

CAK: Ramai bintang sedia menari

CAK: Ramai bintang sedia menari


DALAM diam, rupa-rupanya sudah ada senarai nama peserta program realiti Sehati Berdansa musim ketiga. Pandai sungguh Astro menyimpan rahsia.

CAK dengar beberapa pasangan artis giat menjalani latihan untuk program itu yang akan ke udara tidak lama lagi.

Antara artis dan pasangan masing-masing yang dikhabarkan terbabit kali ini adalah Didie Alias, Enot, Nabila Huda, Ifa Raziah dan Isma AF7.

Melihat senarai kali ini, boleh tahan juga persaingan. Pasti meriah pentas Sehati Berdansa kerana artis disenaraikan rata-ratanya cukup ‘sporting’, lucu dan kecoh kalau sudah berkumpul. Tak sabar-sabar pula nak melihat aksi mereka memenuhi kehendak tema setiap minggu apabila acara ini ditayangkan kelak.

Tak tahulah pula kalau sumber yang sampai ke pengetahuan CAK tidak tepat, tapi rasa-rasanya betul sebab ketika menghadiri sebuah majlis, ada seorang teman yang bekerja di Astro terlepas cakap mengenai penyertaan musim baru Sehati Berdansa.

Siapa agaknya yang akan mengikut jejak langkah Vanidah Imran dan Lisdawati?

No comments: