Sunday, August 16, 2009

Haziq nak tengok makhluk asing

Haziq nak tengok makhluk asing




MENGGAMIT perhatian dengan keletah bersahaja dan kebijaksanaannya berinteraksi dalam program kanak-kanak popular kelolaan Aznil Nawawi, Tom Tom Bak dan Macam-Macam Aznil, Muhammad Haziq Mohd Hazem, 9 tahun, nyata tidak mensia-siakan bakat yang ada.

Memang meminati seni sejak kecil, dua program tersebut menjadi platform buat kanak-kanak yang mengaku dirinya nakal ini bergelar pelakon.

Melalui dunia lakonan juga, penggemar Will Smith, John Travolta dan Jack Black ini menyerlah. Hasilnya, anak berdarah campuran Melayu-Arab ini dinobatkan sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik melalui lakonan bersahajanya dalam filem Syurga Cinta pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Teruja dengan kemenangan tersebut, Haziq saat ditanya tentang habuan RM10,000 yang dimenanginya dengan selamba berkata: "Rahsia," sebelum pengikut siri kartun Ben 10 ini lari daripada sesi temu bual. Dia kembali fokus selepas neneknya, Wan, yang setia menemani memujuknya untuk ditemu bual.

"Saya ada banyak tawaran berlakon, tapi saya tak ambil sebab terikat dengan siri Belalang Epik Anakanda Nujum Diraja. Dan lepas ini saya nak berlakon banyak filem," tuturnya tentang jadual seni yang padat.

No comments: