Sunday, August 16, 2009

Gayah Gebu: Eksploitasi diri sendiri

Gayah Gebu: Eksploitasi diri sendiri

EKSPLOITASI diri sendiri atau tak sedar diri? Itu yang Gayah nak tanya kepada beberapa artis yang boleh Gayah sifatkan ‘poyo’ tahap maksimum.

Bukan apa, baru-baru ini Gayah terbaca satu cerita mengenai filem terbaru seorang artis. Wah! Tajuknya bukan main ganas. Ada kena mengena dengan kisah hidup artis itu sendiri.

Selain baca cerita, Gayah sempat juga melihat gambar dia ketika menjalani penggambaran. Mata Gayah macam nak terkeluar apabila melihat aksi ‘gediknya’.

Secara lahiriah memang jelas dan terang pelakon itu mengeksploitasi dirinya sendiri, tetapi yang lebih jelas dan terang memang pelakon itu tak sedar diri.

Hish... sudahlah tajuk filemnya begitu, berlakon pun tergedik-gedik. Eloklah tu. Kau kata filem itu sebahagian kisah hidup kau, maknanya memanglah kau begitu. Menyampah tengok!

Gayah tak kata tak boleh eksploitasi diri, tetapi eksploitasilah bakat, bukan benda yang boleh mengundang perasaan menyampah.

Orang semua tahu status kau, kau buat pula filem begitu dan kau sendiri jadi pelakonnya.

Gayah faham, itu taktik supaya orang ambil tahu filem kau. Memanglah ramai tak sabar-sabar nak tengok filem itu, tetapi jangan kau ingat semua orang suka.

Bukan kau seorang saja ada status seperti itu. Ramai lagi, malah dalam geng mesyuarat tingkap Gayah ada yang memegang status itu dan pastinya akan ada yang terasa.

Tunggulah nanti... Gayah nak dengar apa yang akan mereka bebelkan. Mulut mereka pun boleh tahan juga.

Hmm... Memanglah apa yang kau buat itu ada kelainannya, tetapi dah tak ada benda lain yang boleh dibuat ke? Sudah terdesak ke? Inilah namanya matlamat menghalalkan cara.

Apa nak jadilah artis kita ini. Dulu, ada yang eksploitasi diri apabila dengan sejujurnya bercerita mengenai benda yang sepatutnya tidak dilakukan. Cucuk sana cucuk sini dan ‘operate’ sana ‘operate’ sini.

Cara percakapannya bukan main lantang. Memanglah kau kata kau tak menyusahkan orang, tapi kau dah tahu hukum ke?

Itu baru Gayah cerita mengenai dua artis. Hakikatnya bukan dua artis itu saja, tetapi ada lagi artis mengeksploitasi diri dengan cara yang boleh buat orang menyampah.

OKlah, apapun Gayah dah tegur. Sama ada nak dengar atau tidak, ada Gayah kisah?

No comments: